bab 3-1.ppt

Post on 10-Jul-2016

71 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DAN

ETIKA PERNIAGAAN

BAB 3

PENGENALAN• masyarakat pada hari ini menuntut pengurusan

organisasi memberi penekanan terhadap isu berkaitan dengan bidang tanggungjawab sosial dan etika semasa membuat keputusan perniagaan.

• Masyarakat pula sentiasa mengharapkan organisasi melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial, khususnya dalam aspek kebajikan dan penyediaan persekitaran yang selesa untuk kesejahteraan hidup mereka.

• pengurusan organisasi perlu memberi pertimbangan utama terhadap bidang tanggungjawab sosial dan etika perniagaan.

ASAS TANGGUNGJAWAB SOSIAL

• Certo (1997) mendefinisikan tanggungjawab sosial korporat sebagai kewajipan pengurusan untuk mengambil tindakan yang melindungi dan memperbaiki kebajikan masyarakat sebagai suatu keseluruhan dan kepentingan organisasi.

3.2.1 Model Tanggungjawab Sosial Korporat Davis

• Keith Davis telah membentuk satu model tanggungjawab sosial korporat yang diterima umum (Certo 1997).

• Model Davis ini merupakan satu senarai pernyataan yang menghuraikan mengapa dan bagaimana organisasi seharusnya memberi perhatian terhadap kewajipan untuk mengambil tindakan yang melindungi dan memperbaiki kebajikan masyarakat dan organisasi.

3.2.1.1 Pernyataan 1: Tanggungjawab sosial wujud dari kuasa sosial

• Mengikut Davis, tindakan kolektif semua perniagaan dalam sesebuah negara akan menentukan tahap utama jumlah minoriti yang diambil bekerja dan keadaan alam sekitar yang diperlukan oleh rakyat untuk hidup.

• keterangan Davis ini sebagai bermaksud bahawa masyarakat hanya menuntut organisasi melaksanakan tanggungjawab sosialnya sekadar yang ditentukan oleh undang-undang berkaitan dengan kegiatan perusahaannya sahaja.

3.2.1.2 Pernyataan 2: Perniagaan perlu beroperasi sebagai suatusistem terbuka, iaitu menerima input daripada masyarakatdan mendedahkan maklumat operasi perniagaan kepada

awam

• Davis mencadangkan supaya perlu terdapat kejujuran yang berterusan dan komunikasi terbuka antara perniagaan dengan wakil masyarakat sekiranya kebajikan masyarakat keseluruhannya hendak dikekalkan atau dipertingkatkan.

3.2.1.3 Pernyataan 3: Kos sosial dan faedah daripada sesuatuaktiviti, produk atau perkhidmatan perlu dibuat pengiraanmenyeluruh dan dipertimbangkan bagi menentukan samaada untuk menerus tanggungjawab sosial atau sebaliknya

• Pernyataan ini menegaskan bahawa faktor teknikal dan keuntungan ekonomi bukanlah menjadi faktor mutlak yang mempengaruhi pembuatan keputusan perniagaan.

3.2.1.4 Pernyataan 4: Kos sosial yang berkaitan dengan setiapaktiviti, produk atau perkhidmatan perlu diberikan kepada

pelanggan

• Pernyataan ini menegaskan bahawa perniagaan tidak boleh diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk membiayai aktiviti yang hanya memberi faedah dari aspek sosial tetapi tidak berfaedah dari aspek ekonomi.

3.2.1.5 Pernyataan 5: Institusi perniagaan mempunyaitanggungjawab dalam masalah sosial tertentu yang

berada di luar bidang operasi mereka

• Pernyataan ini menegaskan kepada kita bahawa sekiranya perniagaan mempunyai kepakaran untuk menyelesaikan masalah sosial, ia bertanggungjawab membantu masyarakat menyelesaikan masalah tersebut walaupun tidak berkaitan secara langsung dengannya.

3.2.2 Bidang Tanggungjawab Sosial Korporat

(a)Pandangan menyokong perniagaan melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial

(b) Pandangan menentang perniagaan melaksanakan aktivititanggungjawab sosial

3.2.3 Prestasi Aktiviti Tanggungjawab Sosial oleh Perniagaan

(a) Perlaksanaan aktiviti tanggungjawab sosial yang diperlukan.

(b) Perlaksanaan sukarela aktiviti tanggungjawab sosial

(c) Hubungan terhadap tahap penglibatan tanggungjawab sosial

3.3 TINDAK BALAS SOSIAL• Tindak balas sosial didefinisikan sebagai

tahap kecekapan dan keberkesanan yang ditunjukkan oleh organisasi dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.

3.3.1 Menentukan Kewujudan Tindak Balas Sosial

• Cabaran yang dihadapi oleh pengurus yang berhasrat untuk bersifat tindak balas sosial ialah menentukan kewajipan sosial yang perlu dilaksanakan, khususnya berkaitan dengan situasi perniagaan mereka.

3.3.2 Tindak Balas Sosial dan Membuat Keputusan

• Organisasi bertaraf tindak balas sosial yang cekap dan berkesan akan menyempurnakan tanggungjawab sosial tanpa membazirkan sumber organisasi.

3.3.3 Pendekatan untuk Memenuhi Tindak Balas Sosial

• Pendekatan ini mempunyai lima langkah seperti berikut:(i) Menggabungkan matlamat sosial ke dalam proses

perancangan tahunan.(ii) Mencari norma industri bandingan untuk program sosial.iii) Memberi laporan kepada ahli organisasi, lembaga

pengarah dan pemegang saham tentang kemajuan tindak balas sosial.

(iv) Melakukan uji kaji dengan pendekatan yang berbeza untuk mengukur prestasi program sosial.

(v) Mengukur kos program sosial dan pulangan ke ataspelaburan program sosial tersebut.

• S. Prakash Sethi (1975) pula telah memperkenalkan tiga pendekatan pengurusan untuk mencapai kewajipan sosial. Pendekatan ini termasuklah pendekatan kewajipan sosial, pendekatan tanggungjawab sosial, dan pendekatan tindak balas sosial.

(a) Pendekatan Kewajipan Sosial• Pendekatan kewajipan sosial boleh anda rujuk sebagai

pendekatan untuk mencapai kewajipan sosial.(b) Pendekatan Tanggungjawab Sosial• Berbeza dengan pendekatan kewajipan sosial yang kita

bincangkan di atas, pendekatan tanggungjawab sosial merupakan pendekatan untuk mencapai kewajipan sosial dengan mempertimbangkan perniagaan sebagai mempunyai matlamat ekonomi dan masyarakat.

(c) Pendekatan Tindak Balas Sosial• Pendekatan ini juga merupakan

pendekatan untuk mencapai kewajipan sosial. Ia mempertimbangkan perniagaan sebagai mempunyai matlamat ekonomi dan masyarakat.

3.4 AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN FUNGSI PENGURUSAN

3.4.1 Perancangan Aktiviti Tanggung jawab Sosial.

• Perancangan aktiviti tanggungjawab sosial sebagai proses menentukan bagaimana organisasi perniagaan berusaha mencapai objektif tanggung-jawab sosialnya.

3.4.2 Pengorganisasian Aktiviti Tanggung jawab Sosial.

• pengorganisasian aktiviti tanggungjawab sosial memerlukan penetapan penggunaan secara logik semua sumber organisasi. Ia menekankan pencapaian objektif sosial organisasi.

3.4.3 Pengaruh Aktiviti Tanggungjawab Sosial

• pengaruh dalam aktiviti tanggungjawab sosial boleh kita definisikan sebagai proses mempengaruhi dan memimpin aktiviti ahli organisasi ke arah yang akan memperkukuhkan pencapaian objektif

• tanggungjawab sosial organisasi.

3.4.4 Pengawalan Aktiviti Tanggungjawab Sosial

• Pengawalan seperti yang didefinisikan dalam bab lepas merupakan proses untuk mengawal aktiviti organisasi supaya prestasi sebenar adalah selaras dengan jangkaan piawaian dan matlamat organisasi.

• 3.4.4.1 Bidang Pengukuran Tanggung jawab Sosial

(a) Bidang Ekonomi• Dalam bidang ekonomi, dapat kita lihat

bahawa sesuatu pengukuran dibentuk untuk menentukan agar organisasi melaksanakan aktiviti berdasarkan kepada objektif dan matlamat tanggungjawab sosial.

(b) Bidang Kualiti Kehidupan• Dalam bidang kualiti kehidupan pula,

sesuatu pengukuran yang dibentuk perlu memfokus kepada tindakan organisasi. Ini bagi memastikan sama ada organisasi sedang melakukan peningkatan, pembaikan atau mengurangkan kualiti kehidupan masyarakat.

(c) Bidang Pelaburan Sosial• Dalam bidang ini, sesuatu pengukuran

harus difokuskan kepada tahap penglibatan organisasi sama ada melabur wang atau sumber manusia untuk menyelesaikan masalah sosial masyarakat.

(d) Bidang Penyelesaian Masalah• Aktiviti seperti penglibatan dalam

perancangan komuniti jangka panjang atau menganjurkan kajian untuk mengetahui masalah sosial adalah merupakan contoh organisasi sedang berurusan dengan masalah sosial.

3.4.4.2 Audit Sosial• Audit sosial dapat kita anggap sebagai

satu alat yang digunakan bagi membuat laporan kemajuan mengenai pencapaian objektif tanggungjawab sosial.

• Audit sosial merupakan suatu proses mengukur aktiviti sosial yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi.

ETIKA PERNIAGAAN• Etika perniagaan juga merujuk kepada

keupayaan untuk menentukan bagaimana nilai dan keputusan yang dibuat memberi kesan kepada berbagai kumpulan stakeholders.

• Pengurus yang beretika sentiasa berusaha untuk memperoleh kejayaan dalam batasan pengurusan yang dicirikan oleh kesaksamaan dan keadilan.

• Terdapat tiga bidang tumpuan etika perniagaan, iaitu

(a) Produktiviti• Kakitangan sesebuah korporat adalah

merupakan satu kumpulan stakeholders yang mendapat kesan daripada amalan pengurusan. Apabila pengurusan memutuskan untuk bertindak secara etika terhadap stakeholders, kakitangan akan mendapat kesan secara positif.

(b) Hubungan stakeholders• Hubungan stakeholders merupakan bidang

kedua di mana amalan pengurusan beretika boleh memperkukuhkan kesejahteraan korporat.

• Ia boleh dilakukan dengan cara memberi kesan positif kepada stakeholders yang berada di luar organisasi, termasuklah pembekal dan pelanggan.

(c) Peraturan Kerajaan• Amalan pengurusan beretika boleh

memperkukuhkan kesejahteraan korporat dengan cara meminimumkan peraturan kerajaan.

3.5.1 Kod Etika• Kod etika didefinisikan sebagai kenyataan formal yang

bertindak sebagai suatu panduan bagi membuat sesuatu keputusan atau tindakan dalam sesebuah organisasi.

• Kod etika ini membantu ahli organisasi untuk bertindak secara sepatutnya dan membuat keputusan dalam suasana yang beretika.

• Kesimpulannya, pengurus harus mengambil langkah mewujudkan suasana tempat kerja yang boleh mendorong pekerja untuk bertingkah laku secara beretika dan meminimumkan keadaan pekerja untuk bertingkah laku secara tidak beretika.

RUMUSAN• Keith Davis telah membentuk satu model

tanggungjawab sosial korporat yang mempunyai lima pernyataan untuk pengurus bertanggungjawab sosial, iaitu

(i)tanggungjawab sosial wujud dari kuasa sosial;

(ii) perniagaan perlu beroperasi sebagai sistem terbuka dengan menerima input daripada masyarakat dan mendedahkan maklumat operasi kepada awam;

(iii) kos sosial dan faedah daripada sesuatu aktiviti, produk atau perkhidmatan perlu dibuat pengiraan menyeluruh dan dipertimbangkan bagi menentukan sama ada untuk meneruskan tanggungjawab sosial atau sebaliknya;

(iv) kos sosial yang berkaitan dengan setiap aktiviti, produk atau perkhidmatan perlu diberikan kepada pelanggan; dan

v) institusi perniagaan mempunyai tanggungjawab dalam masalah sosial tertentu yang berada di luar bidan operasi mereka.

top related