apit bangsawan
Post on 07-Apr-2018
288 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 apit bangsawan
1/57
BANGSAWAN
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dwibahasa, Teater memberi makna sebuah
gedung sandiwara iaitu yang menerangkan tentang tempat lakonan
itu dijalankan. Teater juga bermakna penulisan dan pementasan
yang menggambarkan tentang kegiatan dalam teater yang dilebih-
lebihkan, dibuat-buat dan diada-adakan dengan secara sedar dan
sengaja. Pengertian ini sebenarnya merupakan pengertian
mengenai teater yang paling dasar. (Saparman Bakri, 1982: 1-2)
2.0 Sejarah Persembahan Teater Terawal
Sehingga kini, sejarah masih tidak dapat membuktikan mana
satu bangsa atau negara yang terlebih dahulu memiliki tradisi
drama. Ahli-ahli sejarahwan tidak menyifatkannya sebagai sebuah
misteri yang belum dapat dipecahkan. Namun begitu, hasil
penyelidikan dan pengkajian tidak membuktikan bahawa drama
sebenarnya sudah wujud sebelum adanya tradisi tulisan. (Abdul
Rahman Napiah, 1987: 1). Seni drama dunia merupakan hasil
perkembangan seni tarian dan berkait rapat dengan kegiatan
keagamaan. Cara memuja Tuhan dengan membuat penyataan
melalui tarian dan kelakuan telah diketahui ada sejak zaman
kebesaran Mesir. (Rahman Bujang, 1975: 6)
1
1
-
8/6/2019 apit bangsawan
2/57
2.1 Drama Mesir
Menurut Muhammad Abdul Rahim, kesan sejarah Mesir tidak
meninggalkan dokumentasi bertulis. Hanya dari piramid dan
hierogliphics dapat dicungkil beberapa kenyataan. (Abdul Rahman
Napiah, 1987: 2). Menurut ahli-ahli sejarah drama, telah ada hasil
seni drama yang nyata ketika itu dalam sebuah cerita lakonan
bernama Abydos Passion Play yang telah dijumpai dalam
kumpulan-kumpulan penulisan piramid atau hierogliphics. Drama
ini merupakan drama yang tertua diketahui di dunia. (Rahman
Bujang, 1975: 6)
Asal-usul Abydos Passion Play dapat dikaitkan dengan
upacara perayaan kematian dewata Osiris. Osiris ialah satu metos
yang tumbuh dari konsep heroisme, kemudian dilagendakan dengan
mengadakan persembahan kepada rohnya, dipercayai
mendatangkan kesejahteraan dan keselamatan. Bentuk
persembahannya mengandungi tarian, nyanyian dan lakonan.
Drama Mesir ini merupakan manifestasi melalui gerak bagi
melahirkan emosi dan rasa sentimental yang rapat kaitannya
dengan unsur-unsur magis yang berupa simbolisme. (Abdul Rahman
Napiah, 1987: 2-3)
Dengan kata lain, drama Mesir ini merupakan satu drama
yang dilakonkan berdasarkan 35 pencerita dan diiringi oleh muzik
yang bertujuan membuatkan persembahan lebih menarik. Akan
2
2
-
8/6/2019 apit bangsawan
3/57
tetapi, Abydos Passion Play itu tidak dapat berkembang kepada
suatu bentuk drama yang baru. Sehingga berakhirnya kerajaan
Firaun di Mesir, bentuk dramanya tetap di tahap yang dinyatakan di
atas. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 3). Di samping itu, banyak lagi
hasil-hasil drama dari tamadun ini tidak dapat dipastikan kerana
pengkajian heirogliphics tidak lengkap akibat dihapuskan oleh masa
dan iklim.
2.2 Drama Yunani atau Greek
Berbeza dengan drama Mesir, drama Yunani atau Greek telah
memiliki teknologi drama yang cukup tinggi. Etimologi drama itu
sendiri berasal dari bahasa Greek yang bererti aksi atau gerak.
Pada zaman Yunanilah, sudah wujudnya tradisi penulisan skrip,
pengarahan, pemanggungan dan lain-lain aspek pementasan.
(Rahman Bujang, 1975: 3).
Seni drama Yunani sama dengan drama Mesir juga lahir dari
perkembangan upacara pemujaan Tuhan yang bernama Dionysos.
Tarian dan lakunan diadakan untuk memuja dan memuji Dionysos.
Dari perayaan inilah lahirnya bentuk seni drama yang terawal di
dunia iaitu lakonan Tragedi. Perayaan Dionysos yang pertama
dijangka berlaku lebih kurang dalam tahun 534 S.M. di mana
pertandingan lakonan Tragedi dipertandingkan. Selain itu, dalam
zaman yang sama, terdapat sebuah bentuk drama lain yang
3
3
-
8/6/2019 apit bangsawan
4/57
dipanggil lakonan Komedi (sebalik dari Tragedi). (Rahman Bujang,
1975: 7)
Pada zaman Yunani, beratus-ratus penulis drama telah
dilahirkan. Misalnya, Arion, Thespis, Aeschylus (525-456 S.M),
Sophocles (497-506 S.M), Euripides (485-506 S.M) dan lain-lain lagi.
Antara daripada mereka, empat orang yang paling terkemuka iaitu,
, Aeschylus, Sophocles, Euripides dan Aristophanes. Aeschylus,
Sophocles dan Euripides telah menghasilkan drama yang berbeza
dari segi stail dan penggarapan tema tetapi berdasarkan falsafah
pendramaan yang sehala iaitu memilih bentuk plot tragedi.
Manakala Aritophenes pula menghasilkan bentuk drama komedi.
(Ahmad Rahman Napiah, 1987: 9-11). Aristotle (384-322 S.M) pula
merupakan tokoh pengkritik seni drama Yunani yang pertama.
Melalui karyanya, Poetics, beliau dengan membuat pertalian ilmu
seni drama dengan ilmu pengkajian manusia, telah menjadikan
drama sebagai bidang ilmu yang saintifik dan universal. (Rahman
Bujang, 1975: 8).
2.3 Drama Romawi
Drama Romawi merupakan saduran daripada Greek. Jika
zaman Yunani atau Greek diibaratkan sebagai zaman permulaan
penggunaan pentas, maka, zaman Romawi pula merupakan zaman
perkembangan penggunaan pentas.
4
4
-
8/6/2019 apit bangsawan
5/57
Livius Andronicus dari Rom telah mengusahakan penyaduran,
penyalinan, penterjemahan, serta mementaskan drama-drama
Greek di Rom. Hampir satu abad, kegiatan drama di Rom
dipengaruhi oleh teori-teori dan falsafah-falsafah tragedisme dan
komedisme Greek. Apabila taraf Rom bertukar dari republik ke
empayar, usaha untuk menghasilkan karya-karya asli bermula
kerana ingin mencari identiti kebangsaan sendiri.
Pada zaman Rom, terdapat 3 orang dramatis yang terkenal
iaitu Plautus, Terence dan Seneca. Plautus telah menghasilkan 24
buah drama dan kebanyakkannya berbentuk komedi. The
Hanbted merupakan dramanya yang terbaik. Terence (bekas
seorang hamba dan peminat Aristophones) pula menghasilkan 6
buah skrip drama komedi yang kebanyakkan ditujukan kepada
golongan elit. Antara karya Terence yang terkenal ialah Adelphi.
Seneca pula merupakan penulis drama tragedi yang memenuhi
konsep Katarsis. Beliau telah menghasilkan sepuluh buah
drama.
Tradisi teater Rom yang unik ialah penumpuan kepada
perhiasan dan keindahan pemanggungan. Panggung atau pentas
yang didirikan itu penuh dengan seni yang halus sehingga senibina
itu kadangkala lebih penting dari drama yang dipentaskan.
5
5
-
8/6/2019 apit bangsawan
6/57
Oleh kerana sudah terbiasa dan terbelenggu dengan gaya
drama Yunani. Rom sesungguhnya tidak dapat menghaslikan karya-
karya yang asli. Kesannya ialah drama menduduki tempat kedua
dalam senarai hiburan di Rom selepas pertunjukan-pertunjukan
peperangan dan perlawanan kekuatan antara manusia hamba
dengan binatang buas. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 12-15)
2.4 Drama di Eropah
Drama di Eropah merupakan kesinambungan dari
perkembangan ilmu manusia pada zaman Renaissance atau Zaman
Baru. Pada ketika itu, pemikiran manusia lebih revolusioner. Alam
seni drama di Eropah adalah lebih menitikberatkan penilaian dari
segi keindahan estetikanya dari pada sifat-sifat keagamaan. Aliran
romantisme, realisme, simbolisme, naturalisme dan lain-lain telah
timbul perkembangan pemikiran manusia.
Negara-negara di Eropah seperti Perancis, England, Itali,
Sepanyol dan Jerman telah menghasilkan karya-karya drama yang
diolah mengikut keadaan tempatan dalam zaman-zaman kegiatan
drama di negara masing-masing.
Di Perancis, terdapat tokoh penulis drama yang terkenal
seperti Piere Racine (Andromague, Phedre dan Brenica), Pierre
Corneille (Le Cid) dan Moliere (Tartuffe dan Lavare).
6
6
-
8/6/2019 apit bangsawan
7/57
Di England pula, Shakespeare dengan karya-karya
tragedisnya seperti Romeo and Juliet dan Hamlet; serta karya-
karya komedi seperti A Mid Summer Nights Dream telah
mendapat sambutan yang baik dari golongan bangsawan dan
rakyat biasa.
Di Itali pula, timbul corak drama komedi iaitu Commedia eru
dita dan Commedia de llarte. Drama ini unik kerana
penyampaian dialognya ialah secara spontan.
Di Sepanyol, keunikan persembahan dramanya dilihat dari
segi scenario atau peralatan pentas bagi setiap babak sudah sedia
didirikan terlebih dahulu.
Negeri Jerman merupakan negara dari Eropah yang telah
membawa aliran realisme ke dalam dunia drama. Tokoh yang
bertanggungjawab membawa aliran realisme ialah Ibsen. Karyanya
yang terkenal ialah Rumah Patung, Hantu dan Musuh Rakyat.
Keseluruhan aktiviti seni drama di Eropah pada zaman baru
itu berkembang dengan begitu baik terutamanya dari segi
penciptaan, pengkajian dan penganalisaannya. (Rahman Bujang,
1975: 9-12).
2.5 Drama India
7
7
-
8/6/2019 apit bangsawan
8/57
Drama di India sering dikatakan sebagai pusat seni budaya
Asia. Dari hasil kajian ahli-ahli sejarah drama India, didapati
kelahiran seni drama di India berbeza dengan di Barat. Di Barat,
seni drama lahir sebagai satu daya memuja Tuhan-Tuhan, tetapi di
India, seni drama lahir sebagai satu daya memperkembangkan
agama Hindu kepada rakyat dengan cara yang paling mudah.
Oleh kerana India merupakan tempat kelahiran agama Hindu
yang juga merupakan agama yang tertua di rantau Asia, maka
pengaruhnya sangat jelas dalam seni drama tradisional di negara-
negara Asia. (Rahman Bujang, 1975: 13)
Ahli-ahli teori India membahagikan corak drama kepada dua
iaitu Lokadharmi (kebenaran) dan Natyadharmi (kezaliman).
Lokadharmi dimaksudkan sebagai penggembaran kelakuan
manusia di atas pentas serta membentang objek-objek dengan cara
semulajadi. Natyadharmi pula merupakan persembahan sesuatu
lakonan dengan menggunakan gerakan-gerakan yang sengaja
dijeniskan dan diberi perkembangan-perkembangan tertentu.
Maka, Natyadharmi lebih mementingkan kesenian dan estetika
dari kebenaran. (Rahman Bujang, 1975: 15-16)
Antara dramatis India yang terkemuka ialah Kalidasa dengan
Sangkutala dan Malavikakangnimitram, Sudraka dengan
8
8
-
8/6/2019 apit bangsawan
9/57
Madhyanavyayoga dan Ratnavali dan lain-lain. (Abdul Rahman
Napiah, 1987: 31)
2.6 Drama Bangsawan
Drama Bangsawan merupakan seni pementasan atau teater
lama di Malaysia yang dapat dianggap sebagai teater bangsawan.
Drama ini di zaman gemilangnya merupakan seni pertunjukan
pentas yang paling terkenal dan amat diminati oleh semua
golongan masyarakat. Pengaruhnya kepada penonton dapat
disamakan minat masyarakat sekarang menonton tayangan filem
Hindustan pada suatu masa dahulu. Pementasan drama
Bangsawan pada masa dahulu dapat juga dianggap sebagai
wayang bergerak. Setiap kumpulan mengadakan
persembahannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Di
mana sahaja persembahan Bangsawan diadakan pada waktu
tersebut pasti mendapat sambutan daripada orang ramai.
Perkataan Bangsawan dalam istilah Bahasa Malaysia
dikatakan berasal dari dua perkataan iaitu bangsa dan wan.
Bangsa membawa maksud kumpulan atau segolongan manusia,
manakala perkataan wan pula adalah gelaran untuk orang-orang
berketurunan raja. Jadi perkataan bangsawan adalah cantuman
daripada dua perkataan tersebut. Memang pada asalnya, orang-
orang daripada keturunan itulah yang menceburkan diri sebagai
9
9
-
8/6/2019 apit bangsawan
10/57
pelakon Seni Bangsawan. (Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff,
1983: 31-32)
Di negara-negara Asia Tenggara yang lain juga memiliki
drama seakan-akan drama bangsawan. Misalnya di Indonesia, ia
dikenali sebagai stamboel, ketoprak, ludruk dan lenong; di
Thailand dengan likay; Vietnam cailong; Filipina zarzuela;
Burma satpuve dan sebagainya. (Abdul Rahman Napiah, 1987:
64)
Mengenai asal-usul drama Bangsawan di Malaysia, Rahman
Bujang telah menyetujui pendapat A.H.Edrus yang mengatakan ia
berasal dari India. Pada tahun 1870an, sebuah rombongan drama
India bernama Rombongan Wayang Farsi atau Mendu yang
dianggotai oleh pelakon lelaki dan perempuan telah sampai di Pulau
Pinang. (Abdul Rahman Napiah, 1087: 64). Bentuk
persembahannya adalah kombinasi antara nyanyian, tarian dan
lakonan membawa cerita-cerita serta bermotifkan hiburan.
Masyarakat tempatan sangat terpesona. Kemudiannya, peralatan
rombongan tersebut telah dibeli oleh hartawan di Pulau Pinang
bernama Mamak Pushi atau Muhammad Pusi. (Rahman Bujang,
1975: 20)
Menurut Profesor Madya Abdul Rahman Napiah, teori yang
mengatakan bahawa bangsawan berasal dari India itu dapat
dipertikaikan. Pada pendapat beliau, drama bangsawan itu berasal
10
10
-
8/6/2019 apit bangsawan
11/57
dari Parsi dan bukannya dari India. Kalau pun ia berasal dari India,
yang mengerjakannya ialah orang-orang yang berdarah Parsi.
(Abdul Rahman Napiah, 1987: 65)
Pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia
pernah menerbitkan sebuah buku kerja tentang Seni Bangsawan.
Dalam buku tersebut, dinyatakan setelah Muhammad Pusi
mempunyai wayang bangsawannya sendiri, maka nama bangsawan
terus dipopularkan dan kumpulannya sendiri diberi nama Pusi
Indera Bangsawan of Penang. Dalam perkembangan seterusnya
nama baru bagi wayang bangsawan dikenali sebagai Opera.
Nama tersebut digunakan oleh anak-anak wayang bangsawan
berdasarkan kemasukan pengaruh seni drama barat ke dalam seni
lakon bangsawan. Boleh dikatakan cerita drama ciptaan
Shakespeardan seni drama Itali telah mempengaruhi nama opera
itu. (Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff, 1983: 35-36)
Pada zaman kegemilangannya drama Bangsawan ditubuhkan
dengan banyak. Di antara nama-nama kumpulan yang terkenal
ialah Malay Opera of Selangor, Malay Opera of Malacca, Star
Opera, Nahar Bangsawan, Seri Nara Opera dan lain-lain.
Kesemua kumpulan tersebut tidak tinggal tetap dan sentiasa
berpindah-pindah.
3.0 Persembahan Bangsawan
11
11
-
8/6/2019 apit bangsawan
12/57
Bangsawan merupakan sebuah corak drama tradisional yang
mempunyai beberapa sifat yang unik. Persembahan bangsawan
keseluruhannya tidak menggunakan skrip kecuali terdapat satu
senario atau ringkasan ceritanya. (Zakaria Ariffin, 1993: 15). Ia
merupakan satu bentuk drama yang menggunakan senikata yang
diimprovisasi sendiri oleh pelakon-pelakonnya. Sesungguhnya
maksud cerita atau garis kasar jalan cerita telah diberikan oleh
pengarah, tetapi tanggungjawab yang berat terletak kepada
pelakon-pelakon yang terpaksa menjalankan lakonan dengan
senikata yang digubah sendiri. Dengan kata lain, setiap pelakon
mesti memahami cerita tersebut dan mencipta dialognya sendiri,
tetapi mestilah bersesuaian dengan watak-watak lain.
Kejayaan sesebuah kumpulan bangsawan banyak bergantung
kepada Seri Panggung atau pelakon wanita utamanya dan orang
muda atau pelakon-pelakon lelaki utamanya. Penonton
kebanyakannya lebih tertarik untuk melihat Seri Panggung atau
orang muda daripada menonton cerita bangsawan itu sendiri.
(Zakaria Ariffin, 1993: 15). Kerana itulah Seri Panggung atau orang
muda yang cantik atau kacak sering menjadi rebutan bagi
kumpulan-kumpulan bangsawan.
Pelakon utama dari sesuatu persembahan Bangsawan
mestilah terdiri daripada mereka yang pandai mengeluarkan
senikata yang panjang lebar dan sesuai dengan peranan yang
12
12
-
8/6/2019 apit bangsawan
13/57
dipegang. Secara tidak langsung, sesuatu lakonan yang bersifat
flexible terbentuk mengikut sambutan penonton. (Rahman Bujang,
1975: 44). Jika sesuatu persembahan mendapat sambutan
penonton yang hangat, maka cerita akan dipanjangkan dengan
menokok-tambah selingan lagu-lagu atau tarian-tarian sebagai
babak extra turn iaitu babak yang tidak berkiatan dengan jalan
cerita. Selain itu, tarian dan nyanyian juga ditunjukkan sebagai
selingan apabila suatu pertukaran babak dijalankan.
Kadang-kadang watak komedi atau acara lawak jenaka juga
sering diselitkan bersama dalam lakonan drama bangsawan bagi
mengurangkan ketegangan jalan cerita di samping mengubah
perhatian penonton kepada kisah-kisah lucu untuk menghindarkan
dari kebosanan terhadap jalan cerita yang lazimnya sudah diketahui
terlebih dahulu oleh penonton. Dengan itu, acara lawak jenaka itu
telah menjadi unsur daya penarik dalam persembahan Bangsawan.
(Rahman Bujang, 1975: 46)
3.1 Pelakon-pelakon Bangsawan
Pelakon-pelakon Bangsawan adalah sejumlah besar daripada
golongan anak-anak Bangsawan. Dari jumlah 60 orang anak-anak
Bangsawan, 40 daripada mereka terdiri daripada pelakon-pelakon.
Dalam golongan ini terdapat pula pemeringkatan peranan daripada
kedudukan yang serendah-rendahnya hingga kepada setinggi-
tingginya. Biasanya, pelakon-pelakon peringkat atasan terdiri
13
13
-
8/6/2019 apit bangsawan
14/57
daripada mereka yang sudah lama berkecimpung dalam
persembahan Bangsawan, dan telah pernah memegang berbagai-
bagai peranan.
Peringkat pertama peranannya hanyalah sebagai Pak Pacak
iaitu pelakon-pelakon tambahan yang tugasnya hanya memegang
tombak di sebelah kiri dan kanan pentas dalam set pemendangan
istana.
Peringkat kedua pula apabila ia diberi peranan sebagai anak
mambang iaitu watak yang memakai pakaian yang cantik tetapi
tidak banyak berdialog selain daripada membuat ucapan-ucapan
salam atau perkhabaran berita masing-masing. Dalam cerita-cerita
Melayu, watak ini dilambangkan oleh peranan panglima. Dalam
cerita-cerita kayangan pula, watak ini dilambangkan oleh peranan
dewa dewi.
Peringkat ketiga, apabila ia diberi peranan anak raja di mana
ia diperlukan dalam beberapa babak dan sentiasa ada di samping
raja (ayahandanya) yang memerintah. Tetapi, ia masih tidak
banyak dialog selain daripada menjawab pertanyaan perkhabaran
daripada ayahandanya.
Peringkat keempat ialah peringkat peranan raja, menteri dan
lain-lain peranan yang memerlukan dialog-dialog yang panjang-
14
14
-
8/6/2019 apit bangsawan
15/57
panjang juga. Syarat pelakon-pelakon diterima kepada peringkat ini
bukan sahaja pada kebolehan memegang peranan dengan natural
tetapi juga ada gaya dan perawakan untuk peranan itu.
Peringkat kelima merupakan peringkat yang tertinggi iaitu
seri panggung, orang muda dan ahli lawak yang biasanya
mempunyai suara yang baik dan pandai menyanyi. Mereka
dimestikan mempunyai keelokkan paras rupa dan dapat memikat
hati penonton keran kecantikan mereka. Ahli lawak pula dimestikan
mempunyai kebolehan berdialog dan beraksi dengan cara selucu-
lucunya sehingga menimbulkan gelak ketawa di kalangan penonton.
Bagi ketiga peranan ini, boleh juga dicapai tanpa menempuh tiap-
tiap peringkat dalam barisan kepentingan peranan dari peringkat
pertama dan seterusnya tadi. Ada yang dipilih kerana disedari
adanya bakat pada mereka dan ada pula yang terus-menerus diuji
untuk peranan utama ini.
Pelakon-pelakon Bangsawan boleh dibahagikan kepad 2
kategori, iaitu (a) pelakon utama dan penting dan (b) pelakon
tambahan, penari-penari dan penyanyi.
a) Pelakon Utama
Pelakon-pelakon utama terdiri daripada lelaki dan perempuan
mengikut peringkat-peringkat mereka.
15
15
-
8/6/2019 apit bangsawan
16/57
1) Pelakon Wira
Dalam Bangsawan pelakon wira dikenali sebagai orang muda.
Ia memainkan peranan yang penting dalam persembahan
Bangsawan. Orang muda biasanya diberi peranan sebagai anak
raja atau lain-lain peranan yang berfungsi penting.
Seorang pelakon wira mesti mempunyai suara yang baik
supaya boleh membawa lagu-lagu yang diberi kepadanya dalam
lakonan kelak. Selain itu, suaranya juga harus jelas kedengaran
kepada penonton serta dengan nada yang nyaman pula kepada
pendengaran.
Orang muda juga dipilih berasaskan kepada rupa parasnya. Ia
haruslah seorang yang baik rupanya di samping mempunyai
kelakuan yang lemah-lembut, iaitu mempunyai peribadi yang selari
dengan kebaikan rupanya.
2) Pelakon Wirawati
Dalam persembahan Bangsawan pelakon wirawati dipanggil
Seri Panggung. Peranannya sama penting dengan peranan orang
muda. Pada zaman permulaan kegiatannya, antara tahun 1880-
1900, peranan Seri Panggung ini diambil dari pemuda-pemuda.
Keadaan ini terjadi kerana masyarakat dahulu yang tidak
menganggap baik terhadap kaum wanita yang berkecimpung dalam
sesuatu pekerjaan di luar rumah. Oleh itu, pelakun-pelakun yang di
16
16
-
8/6/2019 apit bangsawan
17/57
ambil untuk watak ini adalah pemuda-pemuda belasan tahun yang
berperawatakan keperempuan.
Tetapi setelah tahun 1900, perempuan-perempuan mulai
berani memasuki perkumpulan-perkumpulan Bangsawan sebagai
seri panggung, penari dan lain-lain peranan wanita. Peranan seri
panggung sama pentingnya dengan peranan orang muda.
Pemilihannya juga berdasarkan kecantikan paras rupa dan
kebolehan menyanyi selain daripada kepandaian dan kecekapan
membawa lakonan. Ia mestilah terdiri dari perempuan-perempuan
yang berkulit putih. Seri Panggung juga dikenali sebagai Prima
Donna. Kecantikannya telah menjadi daya penarik dan alat
perdagangan sesebuah kumpulan Bangsawan.
Peranan-peranan Seri Panggung biasanya diberi peranan
sebagai tuan puteri atau permaisuri, anak atau puteri jin yang jelita
dan manis dan perempuan kampung yang hina-dina tetapi
mempunyai sifat-sifat yang utama.
3) Ahli Lawak
Pelakon-pelakon yang mengambil peranan lawak ini dipanggil
ahli lawak. Dalam drama Bangsawan ahli lawak ini mengambil
nama Badut. Ia mempunyai kedudukan yang setaraf dengan
peranan orang muda dari segi tingkatan gaji yang kadang-kadang
menyamai gaji orang muda, terutama jika ia lebih mendapat tepuk
17
17
-
8/6/2019 apit bangsawan
18/57
sorak penonton daripada pelakon-pelakon lain kerana kelakuan-
kelakuan lucunya.
Tiap-tiap persembahan wajib diselitkan dengan lawak jenaka
oleh ahli-ahli lawak sesuatu kumpulan itu. Watak-watak lawak
dalam Bangsawan adalah merupakan watak tipa iaitu mempunyai
kebebasan mengeluarkan kata-kata yang akan dianggap sumbang
atau biadap andainya disebut oleh pelakon-pelakon lain tetapi
menjadi unsur gelak ketawa.
4) Raja Jin (Jin Afrit)
Peranan raja jin adalah watak antagonis atau jahat dalam
lakonan Bangsawan. Ia juga merupakan watak stereotype seperti
ahli lawak. Perwatakannya sentiasa ditujukkan sebagai besar,
hebat, kasar dan jahat.
Dalam persembahan Bangsawan, raja jin mempunyai badan
yang besar, tinggi serta tegap, dengan suara yang kasar dan kuat
pula. Oleh itu, pemilihan peranan raja jin mestilah berdasarkan
bentuk badan yang tegap dan suara yang kuat dan garau. Raja Jin
mempunyai perwatakan yang menunjukkan kehebatan dan
kedahsyatannya. Tetapi, walau bagaimana kehebatan dan
kedahsyatan rupa seseorang Raja Jin, namun beliau tidak pernah
menang dalam pertarungannya dengan orang muda. Sebagai
18
18
-
8/6/2019 apit bangsawan
19/57
watak yang jahat dan penyamun, raja jin juga diberi berkumis dan
berjanggut.
5) Raja
Watak raja adalah watak yang standard dalam Bangsawan.
Dalam sesuatu kumpulan, peranan ini dipegang oleh seorang anak
Bangsawan sahaja. Dan dalam kumpulan-kumpulan yang besar,
peranan raja khas dipegang oleh seorang yang layak. Biasanya,
seorang yang sudah dianggap sesuai dan mahir memegang peranan
ini tidak akan diberi memegang peranan lain.
Sikap watak raja dimestikan mempunyai kebesaran dan
kesopanan. Kebesarannya digambarkan melalui pakaiannya. Dari
segi kesopanan pula, raja tidak dibenarkan ketawa terbahak-bahak
walau bagaiman lucu sekalipun kejadian atau kelakuan yang
dilihatnya, ia hanya tersenyum tanpa melupai bahawa ia seorang
raja.
b) Pelakon Tambahan
Peranan-peranan lain semuanya merupakan peranan yang
tidak penting tetapi masih perlu untuk kelicinan sesuatu lakonan
Bangsawan. Di antara peranan-peranan yang terdapat ialah:
1) Menteri
19
19
-
8/6/2019 apit bangsawan
20/57
Watak menteri hanya untuk mengangkat sembah, serta
membalas atau menyambut titah perintah raja. Lebih kerap watak-
watak ini diberi kepada pemain-pemain baru sebagai batu loncatan
untuk menuju kepada peranan yang lebih penting.
2) Orang Pertapaan
Orang pertapaan sering muncul dalam lakonan Bangsawan.
Seorang petapa mempunyai awet tua, berkumis dan berjanggut
putih dengan sebatang tongkat di tangan.
3) Hulubalang
Peranan tambahan ini hanya wajib dalam cerita-cerita yang
memerlukan watak raja seperti cerita-cerita istana dan dewa dewi.
Ia tidak begitu memerlukan dialog, malah ada di antara watak-
watak hulubalang yang pada tiap-tiap babak hanya berdiri tanpa
bergerak-gerak dari tempatnya dengan memegang lembing.
Hulubalang-hulubalang ini perlu untuk menunjukkan kebesaran raja.
4) Dayang-dayang
Peranan dayang-dayang juga diadakan dalam cerita-cerita
yang memerlukan perwatakan tuan-tuan puteri. Watak dayang
biasanya dibahagikan kepada dayang tua iaitu pengasuh kepada
tuan puteri satu dayang muda yang bertugas menghiburkan puteri
20
20
-
8/6/2019 apit bangsawan
21/57
dengan menari dan menyanyi. Peranan dayang tua lebih penting
dari dayang muda kerana ia perlu berdialog panjang lebar dengan
tuan puteri.
Selain daripada watak-watak tambahan ini terdapat juga
pelakon-pelakon lain yang hanya merupakan watak-watak
komplimentari kepada watak-watak penting seperti anak raja,
permaisuri, ayah dan ibu seri panggung atau orang muda dan
rakyat jelata.
3.2 Upacara Pembukaan
Persembahan Bangsawan juga mempunyai upacara
pembukaan yang tradisional. Setiap kumpulan Bangsawan
mempunyai seorang pawang atau bomoh (biasanya tuanpunya
kumpulan Bangsawan atau Pengarah Kumpulan) yang memainkan
peranan sebagai pembuka upacara pada permulaan pertunjukan.
Upacara Pembukaan tersebut menunjukan masih ada unsur-unsur
animistik dan ritual.
Kerja Tok Bomoh ialah menyembah pentas dengan membaca
jampi serapah, membakar kemenyan di atas pentas dan menabur
kunyit supaya dapat menyuruh atau meninta Tuhan dan roh-roh
menjaga dan melindungi persembahan tersebut dari diganggu atau
menjauhkan diri dari diganggu oleh roh-roh dan jin serta ditimpa
21
21
-
8/6/2019 apit bangsawan
22/57
kecelakaan dalam proses lakonan terutamanya jika ada babak yang
menggunakan senjata.
Tok Bomoh membaca jampi pada suatu mangkuk air
kemudian air yang telah dijampi tersebut dipercik ke atas muka dan
tangan tiap-tiap pelakon terutama pelakon seri panggung dan orang
muda. Tujuannya adalah supaya lakonan mereka dapat menarik
perhatian penonton di sepanjang persembahan. (Mohd Taib Osman,
1969: 149)
3.3 Pementasan Bangsawan
Bentuk drama tradisional di Tanah Melayu sebelum drama
Bangsawan seperti Mak Yong, Wayang Kulit dan Menora tidak
menggunakan sesuatu pentas yang khas. Permainan hanya
diadakan di satu kawasan lapang, di mana penonton mengelilingi
pelakon-pelakon dalam sebuah bulatan yang dibentuk oleh
penonton-penonton tadi. Tetapi kedatangan bentuk drama
Bangsawan telah memperkenalkan teknik pementasan yang rumit
dan teratur sekali. Oleh itu, di antar seni drama Melayu, Bangsawan
yang mula-mula menggunakan teknik pementasan seperti drama-
drama di negeri Inggeris dan lain-lain negeri di Barat. (Rahman
Bujang, 1975: 79)
Pentas Bangsawan tidak banyak menggunakan set atau
peralatan pentas, kecuali adegan dalam istana. Bagaimanapun,
22
22
-
8/6/2019 apit bangsawan
23/57
terdapat sekurang-kurangnya enam tirai latar yang dapat
menunjukkan latar sebenar atau tempat sesuatu adegan itu berlaku
digunakan dalam persembahan Bangsawan.
Tirai-tirai tersebut menunjukkan pemandangan di hutan,
pemandangan di jalanraya, pemandangan dalam istana,
pemandangan dalam rumah miskin, pemandangan dalam taman
dan pemandangan umum (sawah padi, bukit-bukau dan
sebagainya). (Zakaria Ariffin, 1993: 13). Salah satu daripada tirai ini
akan diturunkan sebelum adegan yang berlatarkan pemandangan
berkenaan bermula.
Bagi tiap-tiap pementasan Bangsawan, lampu-lampu terpaksa
digunakan untuk menerangi penonton-penonton dan juga
menimbulkan efek siang atau malam di atas pentas. Penggunaan
lampu adalah sat keperluan bagi sesuatu pementasan Bangsawan
yang diadakan pada waktu malam. Lampu juga digunakan untuk
efek-efek tertentu seperti bulan dan cahaya warna-warna lain. Efek
cahaya merah misalnya dilakukan dengan membalut kertas bunga
yang berwarna merah disekeliling cermin lampu.
Pada zaman-zaman permulaan kegiatan Bangsawan, sebelum
penggunaan kuasa lektrik meluas di Tanah Melayu, lampu-lampu
minyak tanah (kerosene) telah digunakan. Oleh kerana
menggunakan lampu dari kuasa minyak tanah, maka seorang
23
23
-
8/6/2019 apit bangsawan
24/57
pekerja terpaksa berdiri di depan lampu untuk mengepamkan
lampu itu tiap-tiap satu atau dua jam apabila cahayanya mulai
malap supaya sesuatu persembahan boleh dijalankan dengan
rancak.
Manakala bagi kumpulan yang menunjukkan lakonan di
panggung-panggung wayang yang sudah sedia ada bekalan
elektrik, biasanya lampu-lampu lektrik yang sederhana sahaja
terangnya digunakan. Denga lain kata, bekalan cahaya lampu
hanya setakat mencukupi fungsi menerangkan pelakon-pelakon dan
setting kepada penonton dan sebaliknya.
Dalam persembahan drama Bangsawan Melayu terdapat 3
jenis pentas yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Bangsawan.
(1) Kumpulan-kumpulan kecil menggunakan pentas dengan
kelengkapan pentas yang asas dan perlu.
(2) Kumpulan-kumpulan besar yang menggunakan pentas-
pentas besar yang cukup lengkap dengan peralatan-
peralatan daripada papan dan atap rumbia.
(3) Pentas dalam bentuk kemas panjang yang berdinding
kanvas. Bentuk ini hanya digunakan oleh kumpulan-
kumpulan yang besar dan mashyur sahaja.
24
24
-
8/6/2019 apit bangsawan
25/57
3.4 Pentas Kumpulan Kecil
Kumpulan kecil biasanya mengandungi lebih kurang 30 orang
anak-anak bangsawan. Mereka ini menunjukkan permainan di
kawasan luar bandar, kawasan pendalaman dan juga di bandar-
bandar kecil. Kumpulan kecil tersebut membawa bersama alat-alat
untuk sebuah pentas. Manakala ada pula yang hanya membawa
diri masing-masing dan peralatan di atas pentas sahaja sementara
kerja mendirikan pentas adalah tangunggjawab bagi orang-orang
kampung dan bandar kecil tadi.
Pentas-pentas kegunaan kumpulan-kumpulan kecil tidak
begitu luas biasanya lebar bahagian depan lebih kurang 16 kaki
untuk kawasan tirai pertama. Tetapi buka pentas dari pentas
pertama ke bahagian hadapan pentas biasanya luas sedikit untuk
kemudahan penonton terutama mereka yang duduk di bahagian
tepi pentas. Buka bahagian hadapan pentas lebih kurang 18 kaki
dan bumbungnya dibuat tinggi sedikit daripada bahagian lainnya.
Bahagian prosenium iaitu bahagian pentas di hadapan tirai diberi
tulisan nama kumpulan yang menunjukkan permainan dan ukiran
atau peralatan yang menarik dipandang untuk dijadikan daya
penarik dan menarik perhatian penonton.
Bahagian belakang dan kiri kanan pentas diberi dinding atap
atau pelupuh (dinding daripada buluh yang dipotong nipis-nipis
memanjang dan diayam menjadi dinding) atau papan untuk
25
25
-
8/6/2019 apit bangsawan
26/57
memberi kemudahan kepada pelakon-pelakon bertukar pakaian dan
membentuk dandanan mereka. Ruang di seluruh kawasan pentas
dibahagi kepada dua. Sebahagian besar untuk kawasan lakonan di
mana satu pintu untuk kemudahan pelakon-pelakon keluar masuk
ke sesuatu sektor mengikut bahagian atau giliran masing-masing
dalam adegan tertentu.
Penggunaan tirai sesuatu babak atau adegan dalam didirikan
dengan sepasang sebing iaitu sekeping frame yang didirikan
menyenang antara tepi-tepi dinding pentas untuk menunjukkan
ruang dan juga bertujuan untuk menutup bahagian tepi tirai dan
kesibukan di belakang atau di sebelah tirai. Ia juga berguna untuk
melindungi pekerja tarik tirai.
Tiap-tiap kumpulan kecil harus ada sekurang-kurangnya tiga
pasang sebing dengan dipadankan lukisannya untuk tiria-tirai
tertentu, contohnya, jika tirai menunjukkan hutan atau rumah orang
miskin, sebing diberi gambar pokok-pokok dan kadang-kadang
sebahagian daripada sebuah rumah kampung.
Sebing mempunyai ukiran 3 kaki lebar dan lebih kurang 7 kaki
tinggi yang boleh menutup seorang dewasa yang berdiri di
belakangnya. Ia boleh dibuat daripada kertas atau kayu. Selain itu,
terdapat juga tirai pertama atau Drop Scene di bahagian depan
26
26
-
8/6/2019 apit bangsawan
27/57
pentas dan tirai stret untuk menutup kekacauan pertukaran alat-
alat untuk babak yang lain.
Bahagian yang paling dekat dengan pentas dikhaskan untuk
penonton-penonton utama seperti golongan Diraja di mana kerusi-
kerusi bertilam dan berwarna kuning diatur di barisan hadapan
sekali. Manakala di bahagian belakang barisan ini diatur kerusi-
kerusi untuk penonton-penonton yang terkemuka dan penonton-
penonton yang lain. Kumpulan-kumpulan kecil biasanya hanya
menyediakan tempat duduk untuk lebih kurang 300 penonton.
3.5 Pentas Kumpulan Besar
Kumpulan-kumpulan besar biasanya mempunyai bilangan
anak Bangsawan hingga seratus orang atau lebih. Hitung panjang
tiap-tiap kumpulan besar mempunyai lebih daripada enam puluh
orang anak Bangsawan. Mereka biasanya hanya menunjukkan
permainan di bandar-bandar besar sahaja. Kumpulan-kumpulan
besar ini juga pergi dari satu bandar ke satu bandar lain dengan
menyewa beberapa gerabak keretapi, khas untuk anak-anak
Bangsawan sahaja, sementara dua atau tiga buah lori mengangkat
peralatan serta perkakas-perkakas pentas mereka.
Selalunya tiap-tiap bandar besar ada panggung wayang
sendiri yang boleh disewa oleh kumpulan Bangsawan yang mampu.
Jadi masalah mendirikan pentas tidak timbul, hanya kerja-kerja
27
27
-
8/6/2019 apit bangsawan
28/57
mengatur perkakas-perkakas dan mengantung tirai sahaja yang
perlu dijalankan sebleum diadakan sesuatu pertunjukan.
Luas ruang pentas yang didirikan adalah lebih kurang 20-26
kaki dan mempunyai bahagian depan iaitu kawasan dekat
prosenium dengan luas 22-28 kaki. Tinggi pentas pula ialah 5 kaki
dari tanah ke lantai pentas dan 15 kaki dari lantai ke bahagian
tertinggi dalam lingkungan bumbungan bahagian hadapan pentas
(prosenium). Ukuran panjang pentas dari depan ke belakang lebih
kurang seratus kaki. (Rahman Bujang, 1975: 83).
Peralatan pentas seperti tirai, sebing ataupun perkakas-
perkakas perhiasan babak-babak tertentu adalah jauh lebih lengkap
dan elok pula perbuatannya daripada peralatan kumpulan-
kumpulan kecil. Tirai atau drops adalah lebih banyak dalam
kumpulan besar hingga mencapai bilangan 20 buah untuk fungsi
drops, sementara 3 atau 4 buah tirai tanpa pemandangan (tirai
stret) yang dibuat daripada kain satin atau baldu untuk dilabuhkan
antara pertukaran babak dan sebelum permulaan sesuatu lakonan
Bangsawan. Tirai stret tersebut boleh bertukar-tukar warna dan
untuk diturunkan dalam pertunjukan tarian. Pertunjukan ini
dipanggil stret scene biasanya diadakan di antara dua babak
untuk membolehkan pertukaran peralatan untuk babak yang lain.
Tirai pertama (drop scene) pula biasanya hanya satu warna sahaja
tanpa apa-apa lukisan ataupun dilukis dengan gambar kota.
28
28
-
8/6/2019 apit bangsawan
29/57
Pemandangan tirai-tirai kumpulan besar sesungguhpun
banyak tetapi mempunyai pemandangan yang serupa dengan enam
tirai basik. Contohnya, sebuah kumpulan besar mempunyai tiga
tirai pemandangan hutan, di antara tiga tirai itu terdapat tirai
pertama menunjukkan gambaran hutan yang dekat dengan
penduduk-penduduk kampung, tirai kedua hutan tebal dan tirai
ketiga hutan belantara.
Kumpulan besar mempunyai lima atau enam pasang sebing.
Satu pasang sebing boleh mengiringi dua atau tiga buah tirai atau
drops. Ia adalah dilukis dan diberi warna mengikut perspektif
supaya menambah efek ruang di atas pentas, terutama dalam
kawasan satu-satu babak tadi.
3.6 Pentas Kumpulan Besar dan Masyhur
Pentas jenis ini pernah dipakai atau digunakan oleh
sesetengah kumpulan besar seperti Kumpulan Wayang Siti Hawa
yang masyhur dalam tahun 1920an dan Kenta Opera atau Wayang
Nasir.
29
29
-
8/6/2019 apit bangsawan
30/57
Bangsawan pentas sebenarnya terdiri dari kanvas tebal yang
didirikan di atas dua atau tiga batang tiang agung dan khemah yang
mempunyai ukuran panjang lebih kurang 100 kaki. Kawasan untuk
penonton juga disediakan dalam khemah ini, di mana luas
kawasannya untuk penonton boleh memuatkan 600 orang iaitu 100
orang di ruang hadapan atau kelas pertama, 200 orang di bahagian
tengah atau kelas dua dan 300 orang duduk di tenggek ayam iaitu
kerusi-kerusi panjang yang diatur berbaris-baris.
Kumpulan-kumpulan besar ini biasanya mempunyai beberapa
buah lori untuk membawa alat-alat pentas dan peralatan wayang
dari satu tempat ke satu tempat sementara anak-anak Bangsawan
yang lain menaiki keretapi.
4.0 Cerita-cerita Yang Menjadi Pilihan Lakonan Bangsawan
Sesungguhpun pola cerita dalam persembahan Bangsawan
hampir serupa semuanya, tetapi pengambilan bahan-bahan cerita
adalah dari berbagai corak kebudayaan yang ada di Tanah Melayu
dan Singapura. Pilihan cerita-cerita yang berlatarkan kebudayaan
asing adalah disebabkan adanya sambutan dari penonton-penonton
bukan Melayu terhadap pertunjukan Bangsawan Melayu.
Kebanyakan dari pemilihan cerita-cerita lakonan Bangsawan boleh
dikategorikan kepada lima jenis yang terbesar. Antaranya adalah:
1) Cerita dari sejarah tempatan
30
30
-
8/6/2019 apit bangsawan
31/57
2) Cerita kejadian sezaman
3) Cerita Islam atau Timur Tengah
4) Epik Hindu
5) Cerita Cina
4.1 Cerita-cerita dari Sejarah Tempatan
Cerita-cerita yang berkaitan dengan kisah-kisah bersejarah di
Tanah Melayu adalah menjadi kegemaran para repertoire
bangsawan Melayu. Pada keseluruhannya, temanya secara umum
adalah berdasarkan kisah-kisah kebesaran raja-raja, riwayat hidup
mereka dan juga kisah-kisah tokoh-tokoh pahlawan Melayu. Cerita-
cerita seperti ini adalah lebih digemari kerana berdasarkan kepada
beberapa faktor. Antaranya adalah kerana kebanyakan penonton
adalah terdiri dari orang-orang Melayu yang lebih berminat
menonton kisah-kisah kebesaran negara dan bangsa mereka.
Cerita-cerita begini mendapat sambutan baik terutamanya di
kawasan luar bandar yang majoritinya terdiri dari orang-orang
Melayu.
Selain daripada itu, cerita-cerita yang bercorak begini
membolehkan bangsawan mengadaptasikan unsur-unsur tahyul dan
fantasi di dalam lakonan mereka sebebas-bebasnya. Sebagai
contohnya, kisah raja-raja yang sentiasa menunjukkan kedaulatan
dan kebesaran dengan adanya kuasa-kuasa dan kejadian-kejadian
ajaib di sekiling seseorang raja itu. Selain daripada merupakan satu
31
31
-
8/6/2019 apit bangsawan
32/57
cara yang baik untuk mempertahankan imej raja-raja Melayu, ia
juga membolehkan penggunaan alat-alat pentas atau kasmat dan
pakainan yang berlebih-lebihan mutu artistiknya untuk menyamai
keadaan raja-raja. Begitu juga keadaannya dengan cerita-cerita
pahlawan yang dilebih-lebihkan unsur kepahlawanan hingga
mencapai kesaktian.
Dari segi jalan cerita, corak ini juga menguntungkan kerana ia
membolehkan tokok tambah kepada cerita asalnya dengan dilebih-
lebihkan episod-episod terutama episod yang spectacular. Unsur-
unsur tahyul dan fantasi boleh dilebih-lebihkan tanpa menjemukan
penonton dan ini adalah cara yang sebaik-baiknya untuk
memanjangkan cerita dan seterusnya memanjangkan masa
pertunjukan kepada beberapa hari untuk satu cerita. Terdapat
enam tema yang sering menjadi kegemaran dalam lakonan
Bangsawan secara umumnya. Antaranya adalah seperti berikut:
a. Kisah kezaliman rakyat jelata dan pembalasan
kezalimannya.
b. Kezaliman permaisuri muda terhadap putera atau puteri
dan terhadap permaisuri tua serta pembalasan
kejahatannya.
c. Kisah puteri yang mencari tunangnya atau putera yang
mencari jodohnya yang dipertemukan kepadanya
32
32
-
8/6/2019 apit bangsawan
33/57
melalui mimpi atau wasiat. Cerita ini merupakan
episod-episod dalam pengembaraan mencari jodoh yang
berakhir dengan pertemuan dan perkahwinan.
d. Kisah cinta antara raja dunia dengan puteri kayangan
yang berakhir dengan suka atau duka. Cerita bercorak
ini adalah merupakan hiburan semata-mata. Cerita
sebenarnya adalah kejadian-kejadian yang berlaku
akibat menentang pantang-larang yang diisyaratkan
sebelum perkahwinan antara manusia dunia dengan
makhluk kayangan ini.
e. Kisah percintaan antara dua kekasih dari dua peringkat
kedudukan berbeza, iaitu antara seorang raja dengan
rakyat biasa. Tetapi rupa-rupanya rakyat biasa ini
sebenarnya adalah anak raja yang hilang atau telah
dibuang sejak lahir akibat dengki khianat permaisuri
atau orang-orang istana. Atau jika memang benar-
benar dari golongan rakyat, ia seorang yang mempunyai
kebijaksanaan yang melebihi golongan raja-raja sendiri.
f. Kisah pahlawan-pahlawan dengan eksploit
kegagahannya. Cerita umpama ini tidak mempunyai
jalinan plot yang kukuh kerana episod-episod yang
33
33
-
8/6/2019 apit bangsawan
34/57
longgar dan boleh diasingkan satu episod dari yang
lainnya tanpa merosakkan cerita.
Di antara cerita-cerita yang menjadi pilihan pula termasuklah:
a. Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
b. Hikayat Bistamam
c. Dandan Setia
d. Jula Juli Bintang Tiga
e. Jula Juli Bintang Tujuh
f. Laksamanan Mati Dibunuh
g. Siti Muslimat/Beliung Emas
h. Hang Tuah
i. Amok Tuk Nading
j. Si Badang dan sebagainya
Cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang akan diambil sebagai
contoh. Laksamana Megat Seri Rama diperintahkan menyerang
lanun di Mersing, meninggalkan isterinya yang sedang mengandung
anak sulung, di bawah jagaan Pak Wak. Maimunah (isteri Megat
Seri Rama) mengidam hendak makan nangka. Setelah puas
mencari, akhirnya Pak Wah mendapat tahu ada sebiji nangka
tunggal berbuah dalam taman raja. Maimunah merayu-rayu kepada
Bendahara lalu diberi kepadanya seulas nangka itu. Sultan menjadi
murka melihat nangkanya sudah ditebuk orang. Oleh yang
demikian Bendahara pun menceritakan segala-galanya. Tetapi,
34
34
-
8/6/2019 apit bangsawan
35/57
seorang pembesar bergelar Raja Di Hilir telah mengatakan bahawa
dakwaan itu hanya terbukti benar jika budak dalam kandungan itu
memang benar memakan nangka tersebut. Ekoran dari hasutan
Raja Di Hilir, Sultan memerintah supaya perut Maimunah dibelah.
Didapati betul budak itu sedang memakan nangka tadi, tetapi
malangnya Maimunah sudah pun mati. Justeru itu Sultan
memerintahkan supaya peristiwa yang berlaku itu dirahsiakan.
Malangnya peristiwa tersebut telah dihidu dan sampai ke
pengetahuan Laksamana. Laksamana marah lalu membunuh Raja
Di Hilir dan Temenggung. Kemudian Laksamana telah menikam
Sultan Mahmud yang sedang dijulang untuk pergi ke masjid. Sultan
Mahmud yang sempat mencabut keris itu lalu melontarkannya
kembali kepada Laksamana semula. Laksamana mati. Sebelum
mangkat, Sultan Mahmud menyumpah semua orrang-orang Bintan
tidak boleh masuk ke Johor Lama. Kalau masuk juga akan muntah-
muntah darah.
4.2 Cerita-Cerita Kejadian Sezaman
Kebanyakan cerita-cerita yang boleh digolongkan ke dalam
bahagian ini selain daripada kisah-kisah yang berlaku dalam negeri
termasuk juga cerita-cerita yang berlaku dalam negeri termasuk
juga cerita-cerita yang diambil dari kebudayaan asing.
35
35
-
8/6/2019 apit bangsawan
36/57
Pemilihan cerita-cerita yang dijadikan bahan lakonan telah
diubah-ubah oleh anak-anak Bangsawan untuk menarik minat
penontonnya mengikut kegemaran sesuatu kawasan. Penumpuan
lakonan cerita adalah bergantung kepada keadaan tempat di mana
sesuatu kumpulan sedang menunjukkan persembahan. Di
kawasan-kawasan pedalaman dan kampung-kampung misalnya, di
mana pengaruh Barat belum mendalam dan pengaruh kesultanan
serta pencampuran kebudayaan Hindu-Islam masih tebal, anak-
anak Bangsawan akan melakukan cerita-cerita yang dekat dengan
jiwa penduduk-penduduk itu.
Berikut adalah antara senarai cerita-cerita kejadian sezaman:
a. Bawang Putih Bawang Merah
b. Batu Belah Batu Bertangkup
c. Saudagar Sailok
d. Nyai Dasimah
e. Jambatan Patah
f. Pintu Hantu
g. Antara Dua Peti Mati
h. Neraka Dunia
i. Cahaya Bintang
j. Perkahwinan Saudara
Selain daripada itu, tujuan lakonan Bangsawan ini telah
dieksploitasikan oleh pihak Jepun untuk menyalurkan propaganda
36
36
-
8/6/2019 apit bangsawan
37/57
mereka. Misalnya, di antara tahun 1942-1945 adalah merupakan
tahun-tahun berleluasanya propaganda Jepun menentang Brisith
dan segala yang berkaitan dengannya. Dalam usaha
menyampaikan propaganda ini, selain menggunakan media massa
seperti surat khabar dan melalui sekolah-sekolah juga digunakan
media persembahan Bangsawan. Justeru itu kumpulan yang masih
aktif dipaksa untuk melakonkan cerita-cerita anti-British yang
dikarang oleh orang-orang Jepun untuk tontonan askar-askar Jepun
dan orang ramai. Di antara cerita-cerita propaganda anti-British
ialah cerita British Anjing.
Walaupun lakonan cerita-cerita propaganda ini ditentang oleh
anak-anak Bangsawan tetapi kawalan dan pengawasan ketat pihak
Jepun terhadap kumpulan Bangsawan menjadi satu kecelakaan pula
andaninya tentangan ditunjuk secara terang-terang. Oleh yang
demikian, aktiviti kumpulan Bangsawan ini seolah-olah tersekat
kerana mereka terpaksa patuh kepada kehendak pihak Jepun.
Fenomena ini telah mengakibatkan banyak kumpulan terpaksa
dibubarkan di samping akibat dari kesulitan zaman perang.
Cerita-cerita bercorak pengajaran sangat sesuai untuk
menarik minat penonton terutamanya orang-orang Melayu kerana
jiwa simpati mereka. Tema yang menjadi kegemaran dalam cerita-
cerita pengajaran ini termasuklah kezaliman ibu tiri, pengkhianatan
terhadap yang miskin dan yang lemah dan penindasan golongan
37
37
-
8/6/2019 apit bangsawan
38/57
atasan terhadap golongan bawahan iaitu tema-tema yang
menunjukkan anggapan yang lebih sterotype dari benar.
Salah sebuah cerita pengajaran ini adalah Nyai Dasimah.
Berikut diceritakan sipnosis mengenai cerita ini. Abang Puasa
adalah seorang yang paling ditakuti oleh orang-orang Kampung
Kuitang di Betawi. Kegemarannya ialah menghisap candu. Jika dia
mendapat candu, mukanya menjadi merah sebaliknya jika dia tidak
dapat, dia akan kelihatan tidak bermaya.
Di Betawi terdapat seorang bekas perempuan simpanan
Belanda bernama Nyai Dasimah. Orangnya muda, cantik dan kaya
yang dicemburu oleh para isteri. Dia memelihara seorang budak
lelaki bernama Kuntum berumur kira-kira 10 tahun.
Watak Samion adalah sebagai seorang penarik kereta kuda
sewa yang mengilai Nyai Dasimah. Segala percubaannya untuk
mendapatkan Nyai Dasimah tidak berhasil. Walaupun wangnya
sudah banyak dibelanjakan namun dia masih tidak dapat menarik
perhatian Nyai Dasimah. Tetapi sebenarnya dia lebih mengidamkan
harta milik Nyai Dasimah. Setiap hari Samion bertengkar dengan
isterinya, Hayati yang suka berjudi. Jika isterinya bising, duit sahaja
yang akan mendiamkannya. Kerana sakit hati, Samion telah
mengupah Abang Puasa untuk membunuh Nyai Dasimah. Harta
38
38
-
8/6/2019 apit bangsawan
39/57
bendanya dirampas. Abang Puasa ditangkap dan dihukum penjara
seumur hidup. Sementara Samion dihukum penjara 10 tahun.
4.3 Cerita-Cerita Hindu
Cerita-cerita yang berasal dari India ataupun yang mempunyai
pengaruh keHinduan, hanya mendapat sambutan dalam repertoire
terutama antara tahun-tahun 1900-1920an. Pada peringkat ini,
pengaruh Wyang Parsi kuat lagi dan cerita-ceritanya pun masih ala
Hindustan walaupun senikatanya bahasa Melayu.
Antara cerita-cerita yang sangat popular dalam bahagian
cerita-cerita Hindu ini ialah cerita-cerita seperti Laila Baba, Sukaryit,
Ali Chandran, Gul Bakawali, Hikayat Bristaman atau Bistaman Sakti,
Topeng Besi dan lain-lain lagi.
4.4 Cerita-Cerita Islam
Menurut Brandon (Brrandon J.J., 1967: 33-39), cerita-cerita
kegemaran Bangsawan seperti juga lain-lain bentuk drama
tradisional adalah cerita-cerita yang dibawa oleh kedatangan Islam.
Di Tanah Melayu, seperti juga di negeri-negeri lain di Asia Tenggara,
Islam datang melalui Pasi dan India. Walaupun prinsip-prinsip Islam
yang asli daripada negeri Arab telah bercampur aduk dengan
kepercayaan dan kebudayaan dari Parsi dan India, tetapi dari segi
kesenian percampuran ini merupakan satu kekayaan yang ditambah
39
39
-
8/6/2019 apit bangsawan
40/57
dengan penerimaan dan asimilasikebudayaan kacukan ini ke dalam
kebudayaan Melayu.
Orang-orang India dan golongan penyebar agama Islam di
Tanah Melayu, sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang
sudah turun-temurun hidup dengan kekayaan seni tari dan seni
drama sebagai satu cara melepaskan perasaan di jiwa mereka. Di
bahagian yang lain pula, Islam membawa bersama-samanya
kemasyhuran Timur Tengah dengan pahlawan-pahlawan handalan
Islam, raja yang kaya-raya dan ketakjuban negeri yang sakti dan
diterima Allah.
Dari kemasyhuran kisah-kisah yang datang dari Timur
Tengah, pihak golongan anak-anak Bangsawan telah menyambut
baik cerita-cerita ini untuk persembahan drama Bangsawan mereka.
Malah drama Bangsawan pada peringkat awalnya menunjukkan
kecenderungan kepada cerita-cerita Timur Tengah biarpun
kebanyakan darinya telah kehilangan pengertian keagamaan.
Cerita-cerita ini lebih mendapat sambutan di kalangan penduduk-
penduduk Melayu dan peranakan India yang sebahagian besarnya
beragama Islam. Sebenarnya cerita-cerita Islam ini bukanlah yang
mengisahkan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. atau riwayat
hidupnya selain daripada mengambil cerita-cerita dari Parsi yang
lebih mementingkan unsur pengembaraan, kecerdikan dan
romantik.
40
40
-
8/6/2019 apit bangsawan
41/57
Cerita-cerita yang benar-benar menunjukkan aspek
keagamaan tidak disukai kerana beberapa pegangan anak
Bangsawan dan orang ramai dengan kepercayaan agama Islam
yang tidak dilakonkan dengan terus-terang. Misalnya dalam
sesebuah cerita yang mengkehendaki perwatakan nabi adalah
dianggap satu kesalahan melakonkan watak ini. Kehadirannya
dalam cerita tidak dilakonkan oleh seseorang pelakon tertentu,
hanya disebut oleh pelakon-pelakon lain. Ini akan lebih
mengkomplikasikan jalan cerita.
Cerita-cerita yang menjadi pilihan adalah cerita-cerita yang
lebih tergolongan di dalam bidang sastera Roman daripada sastera
agama. Antara cerita-ceritanya adalah seperti:
a. Aladdin dengan Lampu Ajaib
b. Ali Baba dengan 40 pencuri
c. Tajul Muluk
d. Abu Nawasan
e. Hikayat Malaun Takadir
f. Laila Majnun dan sebagainya
4.5 Cerita-Cerita Cina
Cerita-cerita Cina tidaklah begitu popular sungguhpun ada
juga yang telah dilakonkan. Cerita-cerita ini lebih mendapat
sambutan dari golongan masyarakat bandar yang sebahagian
41
41
-
8/6/2019 apit bangsawan
42/57
besarnya terdiri dari orang-orang Cina seperti di sekitar Kuala
Lumpur dan Ipoh. Untuk mendapat sambuttan penonton-penonton
bukan Melayu, cerita-cerita yang lebih dekat dengan jiwa mereka
terpaksa didahulukan daripada cerita-cerita lain. Cerita-cerita Cina
yang menjadi bahan lakonan Bangsawan Melayu yang popular pada
masa itu termasuklah cerita-cerita seperti Panglima Ah Chong,
Sampit Ng Tai, Siti Zubaidah dan sebagainya.
4.6 Cerita-Cerita Indonesia dan Thailand
Selain daripada cerita-cerita yang boleh digolongkan kepada
bahagian-bahagian seperti yang telah dikemukakan terdapat juga
cerita-cerita ambilan dari negeri-negeri jiran seperti Indonesia dan
Thailand. Malahan kegiatan Bangsawan di Tanah Melayu dan
Singapura bukanlah tanpa tandingannya di Indonesia. Sejak Mamak
Pushi menjual kumpulan Bangsawannya kepada Jaafar The Turk,
Bangsawan juga mendapat sambutan baik di Indonesia, di mana
namanya berubah kepada gelaran Sandiwara. Antara kumpulan-
kumpulan Bangsawan di Tanah Melayu dengan kumpulan-kumpulan
Sandiwara dari Indonesia kerap terdapat perhubungan yang baik.
Terdapat juga keadaan di mana berlaku pengambilan pelakon-
pelakon Indonesia dari kumpulan Sandiwara ke dalam kumpulan
Bangsawan dari Tanah Melayu atau sebaliknya beberapa masa
tertentu. Terdapat juga pertukaran antara kumpulan di mana
kumpulan Bangsawan Melayu berhijrah ke Indonesia menunjukkan
42
42
-
8/6/2019 apit bangsawan
43/57
persembahannya atau sebaliknya. Dalam keadaan perhubungan
umpama ini berlaku pengambilan dan penyesuaian antara kedua-
dua pihak. Kumpulan-kumpulan Bangsawan dari Tanah Melayu
telah mengambil cerita-cerita dari Indonesia untuk dipersembahkan
dalam repertoire Bangsawan. Antara cerita-cerita yang digemari
ialah Raden Mas (Jawa), Siti Jamilah (Minangkabau) dan Bukan Salah
Ibu Mengandung (Sumatera).
Begitu juga dengan Thailand, sungguhpun bangsawan tidak
diambil bentuk dramanya ke dalam perbendaharaan seni drama
Thai, tetapi Bangsawan sendiri telah mengambil cerita da Thailand
untuk dilakonkan. Antara cerita Thailand ialah Paratcha.
5.0 Peralatan Muzik
Bunyi-bunyian sebagai latar belakang suasana dalam lakonan
ataupun untuk mengiringi tarian-tarian dan nyanyian adalah perlu
untuk menghidupkan sesuatu lakonan drama. Begitu juga dengan
drama Bangsawan di mana latar belakang muzik lebih-lebih lagi
perlu dengan adanya selingan-selingan tarian dan nyanyian yang
banyak di dalam sesuatu pementasan.
Pada peringkat permulaannya adat-adat muzik yang
digunakan hanyalah tabla, harmonium dan dol. Tetapi setelah
pengaruh Barat mulai berkembang di Tanah Melayu dan Singapura,
alat-alat muzik Barat mulai digunakan oleh Orkestra Bangsawan.
43
43
-
8/6/2019 apit bangsawan
44/57
Pada peringkat kemashyurannya (antara tahun-tahun 1920-1935)
terdapat alat-alat muzik seperti biola dan mandolin dari jenis
stringed instrumentals, drum, tabla dan cymbal dari jenis
percussion, dan terdapat juga seruling, saxaphone, clarinet
dan trumpet dan jenis wind instruments.
Pada akhir-akhir zaman kegemilangan Bangsawan, Piono
telah juga menjadi alat bunyi-bunyian yang diwajibkan bagi tiap-tiap
orkestra kumpulan Bangsawan. Orkestra sesebuah kumpulan
Bangsawan biasanya bertempat di sebelah kiri atau kanan pentas
dan terlindung dari penonton. Tetapi apabila penggunaan alat-alat
muzik bertambah banyak dan pemain-pemain muzik bertambah
ramai. Justeru itu, orkestra Bangsawan ditempatkan di bahagian
hadapan pentas iaitu di hadapan prosenium dengan
membelakangkan penonton.
Dari bekas-bekas pemain-pemain muzik orkestra Bangsawan
terdapat tokoh-tokoh muzik yang terkenal seperti Pak Zubir Said,
Dol Ramli, Sharif Medan dan sebagainya.
6.0 Nyanyian dan Lagu
Bentuk persembahan yang khusus dalam lakonan Wayang
Bangsawan ialah para pelakon utama akan menyanyi jika cerita
yang dilakunkan ada hubungannya dengan lagu yang dinyanyikan.
44
44
-
8/6/2019 apit bangsawan
45/57
Demikian juga perasaan-perasaan lain seperti sedih, gembira,
marah takut dan sebagainya akan dilahirkan melalui nyanyian.
Lagu-lagu yang dinyanyikan pada umumnya berirama asli
seperti lagu Siti Payung, Nasib Panjang, Selendang Delima dan lain-
lain lagi. Oleh itu, seseorang pelakon Bangsawan harus tahu
menyanyi dengan suara yang baik disamping boleh bertutur dengan
lancar.
Oleh kerana peranan pelakon utamanya begitu penting dan
sukar, jelaslah seseorang yang menjadi pelakon Bangsawan pastilah
mempunyai bakat yang semulajadi, bukan sekadar meniru-meniru
begitu sahaja. Pada zaman tersebut juga pasti tiadak institut atau
bengkel yang khusus untuk melatih mereka yang ingin menjadi
pelakun. Hanya orang-orang yang benar-benar berbakat sahaja
yang akan diterima menjadi pelakon. Maka itu, tidak hairanlah jika
pelakon utama Wayang Bangsawan sangat terkenal dan disanjungi
oleh masyarakat. Gelaran yang diberi kepada pelakon Bangsawan
pada waktu itu adalah Anak Wayang.
7.0 Tarian
Di bawah peringkat golongan pelakon pula terdapat golongan
anak-anak Bangsawan yang terdiri daripada penari-penari dan
pekerja-pekerja.
45
45
-
8/6/2019 apit bangsawan
46/57
Penari-penari terdiri daripada lelaki dan perempuan yang
terlatih dalam berbagai-bagai jenis tarian Timur dan Barat bagi
persembahan dalam babak-babak extra, iaitu bahagian di antara
dua babak dalam lakunan Bangsawan atau sebagai selingan. Ianya
adalah untuk memudahkan pertukaran alat-alat pentas mengikut
latar babak-babak tertentu dan supaya penonton-penonton tidak
tertunggu-tunggu.
Tarian-tarian lama yang pernah dijadikan popular oleh
Bangsawan ialah tarian Tarik Tari ciptaan Kumpulan Wayang Siti
Hawa, tariah Mak Inang, tarian Lilin dan lain-lain lagi.
Dalam zaman Bangsawan mula mengambil gelaran opera
selepas tahun 1930, tarian ala Barat seperti mambo dan ca ca ca
telah menjadi kegemaran.
8.0 Pakaian Bangsawan
Seperti diketahui, dasar persembahan Bangsawan yang lebih
mementingkan aspek pemandangan atau spectacle dari pilihan
estetika pada seni lakonannya, maka tiap-tiap kumpulan akan cuba
mengadakan pakaian yang indah dan menarik perhatian penonton.
Semua pelakon-pelakon Bangsawan akan mengenakan pakaian
yang cantik, dari pilihan estetika pada seni lakonannya, maka tiap-
tiap kumpulan akan cuba mengadakan pakaian yang indah dan
menarik perhatian penonton. Semua pelakon-pelakon Bangsawan
46
46
-
8/6/2019 apit bangsawan
47/57
akan mengenakan pakaian yang cantik, dari pilihan estetika pada
seni lakonannya, maka tiap-tiap kumpulan akan cuba mengadakan
pakaian yang indah dan menarik perhatian penonton. Semua
pelakon-pelakon Bangsawan akan mengenakan pakaian yang
cantik, dari pilihan estetika pada seni lakonannya, maka tiap-tiap
kumpulan akan cuba mengadakan pakaian yang indah dan menarik
perhatian penonton. Semua pelakon-pelakon Bangsawan akan
mengenakan pakaian yang cantik, indah dan bersinar bersesuaian
dengan watak utama, raja-raja dan penari-penari kecuali ahli lawak.
8.1 Pakaian Seri Panggung
Di antara pelakon-pelakon Bangsawan, pakaian seri
panggunglah yang melebihi pakaian pelakon-pelakon lain. Misalnya
dalam cerita-cerita Melayu, Seri Panggung akan memakai baju
kebaya labuh atau kurung cara dahulu. Bagi cerita Barat pula ia
memakai gawn labuh lengkap dengan perhiasan pakaian di
kepala dan bagi cerita-cerita ala Hindustan atau Cina, Seri
Panggung memakai seluar dan blouse panjang.
Bagi tiap-tiap jenis pakaiannya mestilah diperbuat daripada
jenis kain yang berkilat-kilat seperti kain kilat barat (boleh bertukar-
tukar warna apabila digerakkan), seventh heaven (kain lembut
yang disulam dengan benang emas atau perak), dan satin serta
kain-kain baldu. Jika kain yang bukan daripada jenis berkilat-kilat, ia
akan dijahit pula dengan alat-alat berkilat seperti manik-manik dan
47
47
-
8/6/2019 apit bangsawan
48/57
labuci. Pakaian yang bertekat ini hanya untuk Seni Panggung yang
memegang watak puteri-puteri raja atau dewi-dewi sahaja.
Sesetengah kumpulan Bangsawan membezakan Seni
Pangugng dari pelakon-pelakon lain dengan jenis pakaian yang
berbeza. Bagi kumpulan Dean Tijah Bangsawan, Seni Panggung
memakai bulu ekor merak dihiaskan di atas sanggul rambut
mereka, ada juga yang memakai keroncong di lengan mereka. Jadi
dengan identiti ini seseorang Seni Panggung tidak perlu
diperkenalkan tiap-tiap kali ia keluar membuat persembahan di atas
pentas.
Fesyen rambut pula lebih kerap kepada jenis sanggul, di
mana untuk melebatkan rambut dan sanggul supaya nampak
cantik, dikusut-kusutkan rambut terlebih dahulu sebelum
mendandangkannya (Beehive style) atau digunakan sahaja rambut
palsu (cemara) untuk siput atau sanggul. Sanggul-sanggul juga
dihias dengan bulu ayam, riben atau lain-lain "ace"yang elok dan
beraneka warna.
Tiap-tiap Seni Panggung lebih suka menyolek muka sendiri di
mana teknik menyolek tidak begitu menurut efek cahaya lampu
atas pentas. Make-up pun tidak begitu berlebih-lebih melainkan
untuk peranan tua oleh pelakon muda di mana perlu diadakan
kedut-kedut dengan pertolongan alat solek.
48
48
-
8/6/2019 apit bangsawan
49/57
8.2 Pakaian Orang Muda
Selain daripada pakaian yang perlu mengikut watak atau
peranan dalam sesebuah lakonan seperti pakaian anak raja untuk
peranan anak raja, orang muda dimestikan memakai stokin panjang
dan memakai kolar (collar). Ia tidak dibenarkan menyimpan misai
atau janggut tetapi sebaliknya harus mempunyai awet muka yang
licin dan bersolek supaya kelihatan berseri dan tampan.
8.3 Pakaian Ahli Lawak
Ahli lawak akan mengenakan pakaian yang berombak-ombak
dan beropal-ropal dalam warna yang beraneka ragam atau
berbelong-belongkan. Setengah-setengah kumpulan pula, ahli
lawak biasanya diconteng-conteng untuk menambahkan kesan lucu
daripada penglihatan penonton. Misalnya, mulut sengaja
dibesarkan dengan pertolongan gincu, hidung juga dibesarkan
dengan menggunakan hidung palsu atau muka disolek dengan
coreng-moreng untuk menimbulkan peribadi yang rendah dan
ditertawakan. Andainya pakaian Seri Panggung dan orang muda
diberi kesempurnaan untuk menimbulkan ejek kedudukan atasan
atau kebesaran serta kebaikan peribadi, maka ahli lawak diberi
pakaian yang menimbulkan ejek kebodohan, kelucuan dan
kerendahan kedudukannya.
8.4 Pakaian Raja-raja
49
49
-
8/6/2019 apit bangsawan
50/57
Bagi pemegang watak raja, mereka akan dikenakan pakaian
seperti golongan atasan dengan menggunakan pakaian yang elok
dan sempurna menunjukkan kebesaran mengikut bagaimana
pakaian golongan atasan juga. Malah bagi peranan raja misalnya,
penting menimbulkan kebesaran raja sebenarnya kepada peranan
raja dalam persembahan Bangsawan. Pakaian harus lengkap
dengan tanjak, keris, baju dari kain longkat atau sutera dan tanda-
tanda kebesaran. Sebagai seorang raja ia juga dimestikan
membawa tabii raja seperti tidak boleh ketawa berdekah-dekah
melainkan hanya senyum sahaja biarpun rakyat-rakyat ketawa kuat
lantaran kelucuan atau kelakuan ahli lawak. Ia harus menjaga
peribadi sultan sebenarnya untuk memupuk dan memelihara
perhubungan baik antara raja-raja dengan mereka. Contohnya ialah
seperti semasa Sultan Iskandar di Perak, baginda begitu baik
dengan setengah-setengah kumpulan Bangsawan hinggakan
kumpulan-kumpulan itu dibenarkan menunjukkan persembahan
mereka biarpun dalam bulan Ramadhan. Bondanya juga telah
dengan sukarela melatih anak-anak Bangsawan tentang selok-belok
dalam istana seperti adat sembah menyembah dan lain-lain supaya
peranan diraja dapat dibawa dengan sempurna dan berkesan.
8.5 Pakaian Lain-lain Pelakon
Menteri-menteri pula dimestikan mempunyai misai dan
janggut di mana kekurangan kedua-dua ini boleh dipenuhi dengan
menggunakan rambut palsu atau alat solek.
50
50
-
8/6/2019 apit bangsawan
51/57
Raja Jin perlu pakaian dan solekan yang dapat menunjukkan
peribadi kasarnya kepada penonton-penonton. Selain daripada
memerlukan susuk badan yang tinggi dan bersuara garang, ia
dikehendaki memakai baju berwarna hitam atau warna gelap dan
dimestikan mempunyai kening yang lebat dan hitam. Rambut juga
dikehendaki supaya lebat yang boleh diperbuat dengan cara
mengosotkan rambut seseorang pelakon yang membawa peranan
tersebut. Kemasukannya ke hadapan pentas sentiasa dibuat
dengan cara yang mengejut diikuti dengan ketawa kasarnya.
Pakaiannya berlengan labuh dan seperti pakaian orang-orang Rom
tanpa topinya. Malah segala-galanya dari kelakuan, pakaian dan
solekannya harus melambangkan cara yang sangat dibuat-buat
supaya jelas dilihat watak kesyaitanan padanya.
Selain daripada watak-watak ini, terdapat juga watak-watak
tambahan seperti dayang, hulubalang, orang tua bertapa dan
hantu-hantu serta rakyat jelata. Dayang-dayang mempunyai
pakaian yang khas dan bviasanya 3 dan 4 0rang dayang memakai
baju yang serupa sungguhpun berlainan warnanya.
Hulubalang pula biasanya memakai baju yang terdiri daripada
seluar dan baju yang berwarna gelap dan memakai tombak atau
keris serta mempunyai tanjak yang sama warnanya dengan baju
51
51
-
8/6/2019 apit bangsawan
52/57
tadi. Solekannya cara biasa sahaja dengan kadang-kala ditambah
misai sedikit pada satu atau dua orang watak tadi.
Peranan orang tua baik Tok Dukun atau orang bertapa
selalunya memerlukan pakaian dalam bentuk jubah hitam atau
putih diikuti dengan bentuk rupa tua. Bagi orang bertapa perlu juga
mempunyai misai dan janggut yang panjang dan berwarna putih
serta bersamanya tongkat hikmah. Pelakon ini harus
membengkokkan badannya untuk menambahkan kesemulajadian
peranannya sebagai orang tua.
Peranan hantu sungguhpun tidak kerap dan jarang-jarang pula
keluar di atas pentas, merupakan satu-satunya watak yang perlu
diberi pakaian dan solekan yang akan menunjukkan identitinya
tanpa perlu diperkenalkan terlebih dahulu. Peranan hantu
pontianak misalnya, harus dilengkapkan dengan jubah labuh
berwarna putih dengan bantal diikat dikepala belakang pelakon
tersebut. Ini bertujuan agar ia kelihatan buruk dan membongkok
seperti sabot. Mukanya ditampal-tampal dengan tanah liat dan
make-up untuk menunjukkan bengkak-bengkil, giginya pula
bertaring serta rambutnya merebang-rebang, kukunya panjang,
matanya tertonjol keluar dan besar serta ia dikehendaki mengilai
supaya bertambah menakutkan. Tetapi walau macam mana ia
menakutkan sekalipun akan bertukar kepada kelucuan apabila
bersama watak lawak. Misalnya hantu yang menakutkan akan
menimbulkan gelak ketawa dari kalangan penonton apabila ahli
52
52
-
8/6/2019 apit bangsawan
53/57
lawak menarik jubahnya di bahagian belakang lalu menampakkan
bantal yang diikat ke bahunya. Jadi di sini ahli Lawak bebas
membuat apa sahaja kelakuan-kelakuan lucu biarpun mengubah
sama sekali suasana sesuatu babak atau adegan.
Rakyat jelata manakala memakai pakaian biasa sahaja tanpa
keluar daripada kebiasaan atau kelebihan baik pada warna, rupa
atau kelakuannya,. Seterusnya ia harus pula melambangkan
perbezaan yang jelas dengan kebesaran Sultan dan pemerintah-
pemerintah negeri dibandingkan dengan kerendahan kedudukan
mereka. Solekan mereka pun hanya setakat mencerahkan muka
supaya dapat diterangkan oleh cahaya lampu pentas dan mudah
dilihat penonton. Hanya kalau sesuatu peranan rakyat mahu
diketengahkan sebagai watak penting barulah diberi keistimewaan
kepadanya supaya memakai baju yang menarik dari pelakon-
pelakon rakyat yang lain. Ia perlu menyolek mukanya untuk
menambah atua membangkitkan keelokaan dan kebaikan atau
kebengisan dan kejahatan peribadinya.
9.0 Penutup
Dari penjelasan pensejarah, ulasan dan keterangan mengenai
pergerakan drama Bangsawan di bahagian-bahagian yang lalu, jelas
menunjukkan bahawa Bangsawan merupakan satu daripada seni
drama dan pementasaan yang benar-benar menjadi hak milik
ciptaan orang-orang Melayu. Selepas diperkenalkan oleh kumpulan
53
53
-
8/6/2019 apit bangsawan
54/57
Parsi di Tanah Melayu, dengan cepat telah meningkat sebagai
bentuk hiburan yang popular sekali dalam zamannya.
Selain daripada itu, Bangsawan juga lahir sebagai satu bentuk
seni drama yang menggambarkan kebudayaan Melayu. Cerita-
ceritanya adalah cerita Melayu dan pakaian Melayu. Malah pelakon-
pelakon pun terdiri daripada anak-anak Melayu.
Oleh itu, Bangsawan selain daripada berfungsi menghibur, ia
juga tergolong di bawah seni drama popular yang menyebarkan
kebudayaan Melayu. Akan tetapi akibat ia wujud sebagai satu
cabang seni yang diperdagangkan oleh anak-anak Bangsawan
sebagai satu sumber mata pencarian, faktor ini telah membawa
kepada kemerosotan dan kejatuhan Bangsawan kerana
dieksploitasikan oleh anak-anak Bangsawan tadi. Malah, penonton-
penonton juga tidak mementingkan mutu estetika persembahan
sebuah drama Bangsawan. Apa yang lebih minat mereka ialah efek
luaran iaitu yang kepada kegemilangan persembahan
dankecantikan pelakon-pelakon sahaja, tidak dari kesatuan semua
ini untuk menambah mutu drama yang dilakonkan. Akibatnya,
Bangsawan telah mengalami kemerosotan pada akhirnya.
54
54
-
8/6/2019 apit bangsawan
55/57
BIBLIOGRAFI
Abdulah Rahman Napiah. 1987. Drama Moden Malaysia:Perkembangan dan Perubahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.
Miettinen, J.O. 1992. Classical Dance and Theatre in South-EastAsia. New York: Oxford University Press.
Mohd Taib Osman. 1974. Traditional Drama and Music of SoutheastAsia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nur Nina Zuhru. 1992. An Analysis of Mordern Malay Drama. ShahAlam: Biroteks (Biro Penyediaan Teks).
Rahman Bujang. 1975. Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan diTanah Melayu dan Singapura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.
Saparman Bakri. 1982.Alam Teater. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zakaria Ariffin. 1993. Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
55
55
-
8/6/2019 apit bangsawan
56/57
Bangsawan adalah satu seni lakon Melayu yang tersendiri dengan asal usul dalam teater
Parsi - satu bentuk hiburan popular di India dalam mendiang ke-19 dan cepat berkurun-
kurun ke-20. Menyedarkan Malaysia oleh Mamak pendatang-pendatang dalam mendiang
1800s, dan pada asalnya mempersembahkan dalam bahasa Hindi, Bangsawan dengan
cepat telah mengambil mengempiskan kawasan Pulau Pinang dan di tempat lain pada
semenanjung. Seni itu telah berkembang sepanjang masa kepada satu seni yang Melayu
secara unik mempersembahkan dalam bahasa Melayu.
Bangsawan adalah juga satu seni lakon yang pelbagai budaya benar-benar. Ia termasuk
unsur-unsur Melayu, India, dan budaya-budaya Cina tiga kumpulan kebudayaan
utama dalam Malaysia yang masa kini. Orkestra Bangsawan adalah sama-sama berlainan,
mengandungi satu campuran India, Western, Amerika Latin, dan bunyi-bunyian peribumi
Melayu. Muzik itu sendiri adalah satu gabungan Melayu dan unsur-unsur Western.
Nyanyian Bangsawan gaya, perhiasan suara, dan pola-pola tong adalah Melayu jati untuk
kebanyakan bahagian, walaupun sesetengah keharmonian dan pengorkestraan adalah
Western dalam inspirasi
Beberapa lagu irama Melayu patuh, manakala orang lain mengikut Timur Tengah, Cina,atau irama India. Kebanyakan daripada cerita-cerita itu datang daripada bahasa Melayu,
Cina, atau budaya rakyat India, tetapi beberapa mengambil jalan cerita mereka daripada
kerja-kerja bagi Tuan William Shakespeare dan penulis drama Western lain dan penulis-
penulis. Kostum-kostum, alatan, dan set-set pentas adalah satu bahagian penting sangat
bagi teater Bangsawan. Setiap dengan berhati-hati dikaji dan pakaian tempah mempunyai
satu makna tersendiri. Alatan itu dan adat mereka set-set menyokong cerita, tetapi pereka-
pereka itu menyesuaikan ditetapkan untuk zaman moden dan untuk kejadian tempatan.
Jalan terbaik untuk anda untuk memahami Bangsawan adalah bagi pengalaman satu
prestasi. Pertunjukan itu bermula dengan seorang pelawak yang menelefon satu locengtangan dan menarik anda dan yang lain para penonton duduk dekat jatuh. Orkestra
drama-drama kemudian muzik tradisional sebagai langsir itu buka. Mungkin dengan jelas
mewarnai kostum-kostum menangkap mata anda. Mungkin anda perhatikan set-set itu
pertama. Bangsawan set-set pentas umumnya menunjukkan satu tempat kejadian istana di
dalam warna kuning (warna diraja |) atau satu tempat kejadian taman dengan banyak
dengan jelas mewarnai tumbuh-tumbuhan, bunga-bunga, dan air terjun.
Muzik, menari, dan lagu-lagu menghidupkan prestasi dari mula bagi menamatkan. Jika
cerita itu melibatkan akta-akta berani, prestasi itu mungkin termasuk pencak tradisional.
Kalau anda meninggalkan kerusi anda semasa masa rehat, anda mungkin gagal
56
56
-
8/6/2019 apit bangsawan
57/57
tambahan giliran skit-skit komedi atau tarian-tarian tradisional yang mengisi masa
semasa perubahan-perubahan tetap.
Bangsawan bermula untuk penurunan dalam populariti tidak lama selepas ketibaan
wayang gambar-wayang gambar itu ke Malaysia. Terawal filem-filem senyap
menunjukkan lagak ngeri mengagumkan dipersembahkan di atas gasing bangunan-
bangunan tinggi dan tempat-tempat tidak dapat dibayangkan lain yang pelakon-pelakon
Bangsawan tidak dapat melakukan atau membiak di depan para penonton secara
57
top related