157366277 psikologi-individu

Post on 30-Jun-2015

283 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PSIKOLOGI INDIVIDU

ALFRED ADLER (1870-1937)

PENGENALAN

• Pada mulanya, Adler bekerjasama dengan Sigmund Freud untuk mengembangkan teori psikoanalisis.

• Disebabkan terdapat ketidaksamaan pendapat diantara Adler dengan Freud, Adler mula mengembangkan teori psikologi individu.

PANDANGAN ADLER TERHADAP MANUSIA

Fictional Finalism (Ketentuan yang diada-adakan)

• Kehidupan individu selalunya ditentukan oleh idea yang diada-adakan atau berbentuk fiksyen yang sebenarnya tidak wujud di dalam realiti alam nyata.

Berusaha ke arah Superioriti

• Adler berpendapat bahawa menuju ke arah kesempurnaan dan berdaya tindak ke atas perasaan rendah diri dengan menguasai kelebihan diri adalah sesuatu yang semulajadi wujud dalam setiap diri manusia.

Perasaan Rendah Diri dan Pampasan

• Setiap orang dilahirkan dengan kekurangan-kekurangan tertentu yang membawa kepada perasaan rendah diri.

• Perasaan rendah diri ini mendorong individu tersebut untuk mengatasinya agar dia mencapai rasa superioti dan kesempurnaan.

Minat untuk Bermasyarakat

• Semua manusia mempunyai hasrat, keinginan dan minat untuk bergaul dengan orang lain untuk bekerjasama, bantu-membantu dan tolong-menolong serta berempati.

Gaya Hidup

• Daripada satu kelemahan, individu berusaha untuk mengatasinya, bukan untuk menjadi orang yang utama atau yang paling berkuasa tetapi untuk mencapai kesempurnaan bagi diri sendiri.

Kendiri Kreatif

• Adler percaya bahawa dapatan tentang kendiri kreatif ini merupakan kemuncak pencapaiannya.

• Kendiri kreatif menjadi komponen personaliti yang teragung (menurut Adler).

Susunan Kelahiran (Gugusan Keluarga)

• Adler turut percaya perbezaan layanan ibu bapa terhadap anak- anak adalah berkait-rapat dengan turutan kelahiran (birth order) setiap anak. Dalam erti kata yang lain, layanan yang diterima oleh anak sulung, anak kedua, anak tengah, anak tunggal dan anak bongsu adalah berbeza- beza antara satu sama lain.

• Anak pertama menerima perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa, dididik untuk menurut perintah, bertingkah laku baik dan berdaya maju mengambil alih tanggungjawab apabila ketiadaan ibu bapanya.

• Anak kedua pula lebih bersifat cemburu dan tidak diberi perhatian sebagaimana anak pertama. Kebiasaannya, anak kedua lebih bebas dan kreatif serta tidak terikat dengan peraturan-peraturan sebagaimana anak pertama.

• Anak tengah selalunya merasakan mereka dilayan dengan tidak adil oleh ibu bapanya. Mereka banyak mempelajari tentang perkara kekeluargaan dan cara berunding. Kemahiran ini digunakan untuk memdapatkan apa yang dikehendakinya.

• Anak bongsu pula menerima perhatian yang sepenuhnya daripada yang lain dan mendapat tempat bermanja dengan ibu bapa. Terdapat kemungkinan besar anak bongsu akan menjadi terlalu manja.

• Pada masa yang sama, si bongu ini berusaha untuk mencapai cita-citanya berdasarkan role model (abang atau kakaknya).

• Anak tunggal akan matang awal dan mempunyai pencapaian yang tinggi dan mungkin ada daya khayalan atau imaginasi yang tinggi kerana banyak masa yang terluang.

• Sama seperti anak sulung, anak tunggal menerima perhatian yang sepenuhnya.

• Kadang-kala, anak tunggal boleh menjadi terlalu manja, mementingkan diri dan tidak pernah bersosial.

PERANAN KAUNSELOR

• Kaunselor adalah sebagai pendiagnos, guru dan model.• Kaunselor membantu klien untuk meneroka pemikiran sedar,

kepercayaan dan logik.• Menggalakkan hubungan terapeutik.• Menggalakkan klien mengambil tanggungjawab untuk

berubah melalui proses semula pendidikan.• bertindak "seolah-olah" pelanggan adalah yang mereka ingin

jadi .• Menyediakan pelanggan dengan "kerja rumah" di luar sesi.• Penekanan kepada galakan dan tanggungjawab.

Membantu klien membangunkan gaya hidup sihat dan bersosial.

Kaunselor membantu melalui 4 proses traputik:

-Hubungan traputik.-Memantau gaya hidup klien.-Membangunkan jati diri klien.-Merubah tingkah laku.

MATLAMAT

PROSES DAN TEKNIK

TEKNIK

• Membina hubungan,menentukan gaya hidup dan membantu klien membentuk matlamat.

• Konfrontasi mengandungi cabaran logik peribadi pelanggan dan tingkah laku.

• Bertanya "Soalan" kepada pelanggan yang terdiri daripada bagaimana kehidupan mereka akan berbeza jika mereka berubah? Persoalan yang sering ditanya kepada ibu bapa apa yang akan menjadi masalah jika kanak-kanak ini bukan masalahnya?

• Galakan klien dengan memberi kepercayaan dalam keupayaan untuk mengambil tanggungjawab dan melakukan perubahan tingkah laku.

• Mengarahkan pelanggan untuk bertindak "seolah-olah" tidak ada masalah atau sebagai orang yang pelanggan ingin jadi.

• Penangkapan diri terdiri daripada membantu pelanggan belajar untuk membawa tingkah laku yang merosakkan ke dalam kesedaran dan menghentikannya.

• Penetapan tugas terdiri daripada membantu menetapkan pelanggan matlamat jangka

pendek yang membawa ke arah mencapai matlamat yang jangka panjang

TAMAT

top related