1 peranan otak

Post on 12-Jun-2015

894 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

2

PENGENALAN

Pada akhir sesi, pelajar dapat:

mengenalpasti konsep pemikiran.

mengenalpasti kepentingan manusia BERFIKIR.

membezakan struktur & fungsi otak manusia.

membuat perbandingan antara OTAK dan MINDA.

3

KONSEP PEMIKIRAN

John Dewey (1933) – “Pemikiran ialah perilaku menyelesaikan masalah”.

Edward de Bono – “Thinking is the operating skill with which intelligence acts upon experience (for a purpose)”.

Vincent R. Ruggiero (2004) – Thinking is any mental activity that helps formulate or solve a problem, make decisions or fulfill a desire to understand. It is searching for answers, reaching for meaning.

4

AKTIVITI MENTAL DALAM PROSES PEMIKIRAN (RUGGIERO, 2004)

Pemerhatian teliti Mengingat Imaginasi Menanya Menterjemah Menilai Mempertimbangkan dan lain-lain Kombinasi aktiviti di atas digunakan

semasa menyelesaikan masalah /membuat keputusan.

5

PEMIKIRAN

(John Arul Phillips, 1997)

Satu proses mental yang memerlukan pengetahuan

Melibatkan pengolahan kemahiran-kemahiran mental tertentu

Ditujukan ke arah penyelesaian masalah

Tingkah laku dihasilkan

Merupakan sikap

“PEMIKIRAN”

6

KEPENTINGAN PEMIKIRAN

Untuk menyelesaikan masalah kehidupanMembuat keputusanMendapat perspektif mendalam dan baru

tentang sesuatu yang kita percayaMencari pengetahuan, makna dan tujuanMenghasilkan sesuatuMengawal tingkahlaku dan sikap

7

Keunikan Otak

Otak adalah organ pertama dijadikan apabila janin terjadi.

Pembinaan otak bermula dari hari keenam dalam kandungan ibu.

Otak dianggap sebagai the unique competencies of the human – kehebatan manusia yang unik

2% daripada berat badan

8

Enam Kehebatan Otak - NURY

1. Keupayaan meningkat pancaindera.2. Menggunakan maklumat dan stimulasi.3. Mempunyai “deria keenam”- sixth sense4. Mengumpul pengalaman yang lalu.5. Berupaya membuat penilaian,

perancangan dan cetusan idea.6. Mampu percaya kepada sesuatu yang

ghaib.

9

Perkembangan Otak

Perkembangan otak berlaku dengan pesat mengikut potensi pembesaran normal. 25% tahap pencapaian pada waktu lahir. 50% tahap pencapaian pada usia 6 bulan. 85% tahap pencapaian pada usia 3 tahun 95% tahap pencapaian pada usia 6 tahun Usia 3 – 6 adalah masa penting bagi

perkembangan otak kanak-kanak.

10

Saraf Tunjang

Sistem saraf: saraf pusat (otak dan saraf tunjang) dan saraf periferi.

Saraf tunjang di akhiri dengan saraf peri-peri. Saraf tunjang membawa semua maklumat dan

isyarat ke otak dan dari otak. Sebarang kerosakan kepada mana-mana saraf

tunjang menyebabkan sensori atau pengawalan motor tidak dihantar ke otak.

Sistem saraf pula mendapat bantuan daripada bahagian tubuh lain seperti otot, jantung, ginjal dan lain-lain.

11

Komposisi Otak

Otak terdiri daripada gray matter (40%) dan white matter (60%) yang terkandung dalam tengkorak kepala.

Sel otak termasuk neurons dan glial cells.

Otak mempunyai 3 bahagian utama: the cerebrum, the cerebellum, and the brain stem (medulla).

Otak memerlukan 20% bekalan oksigen dan 20% aliran darah. Kegagalan memperolehi oksigen selama 3-5 minit, akan mematikan sel otak.

12

Struktur Otak Manusia

13

Sel Otak Otak dan saraf tunjang dibentuk oleh banyak sel

termasuk neuron dan glial.

“Neuron” Juga disebut ‘grey matter’ @ sel saraf. Berfungsi untuk menghantar dan menerima isyarat

kepada dan daripada otak dan sistem saraf.

“ Glial” ianya 10 kali ganda lebih banyak dari neuron. Neuron membawa maklumat dan glia membantu proses

ini.

14

Badan sel (soma) mempunyai nukleus yang mengawal fungsi sel. Axon ialah bahagian sel yang memanjang. Ia berfungsi untuk

membawa impulse dari badan sel. Dendrite adalah struktur beranting yang menerima isyarat. Synapse adalah gap di antara axon terminal dengan sel penerima.

15

Glial Cells

90% sel otak dibentuk oleh Glial Cells.

Ia tidak membawa impulse tetapi menjalankan beberapa fungsi penting seperti: Mencerna bahagian sel yang mati Menghasilkan myelin (lapisan lemak yang

meningkatkan kelajuan penghantaran maklumat)

Menyediakan keperluan neuron

16

Struktur Otak

Otak mempunyai 3 bahagian utama mengikut fungsi: Cerebrum Cerebellum Brain Stem (Medulla

oblongata)

17

Cerebral Cortex (Cerebrum)

Bahagian otak ini adalah yang terbesar. Bahagian ini mengawal sebahagian besar fungsi-

fungsi otak seperti aktiviti kecerdasan (fungsi kognitif), pengalaman yang berlaku secara sedar, ingatan, emosi,mengawal bahasa, ‘artistry’ dan pendengaran.

Bahagian ini boleh dibahagi kepada 2 hemisfera: Hemisfera kanan: mengawal bahagian kiri badan Hemisfera kiri: mengawal bahagian kanan badan

Corpus Callosum - Penyambung komunikasi di antara hemisfera kanan dan kiri otak.

18

Cerebellum

Terletak di bawah cerebrum dan di belakang medulla.

Ia mengawal keseimbangan, posture, pergerakan dan koordinasi otot serta keseluruhan aktiviti motor.

Bahagian inilah yang membolehkan pemain piano mendendangkan lagu dengan lancar.

Kerosakan menyebabkan mengganggu pergerakan yang halus dan perimbangan badan. (Sindrom mabuk-ditumbuk)

19

Medulla OblongataTerletak di hujung atas saraf tunjang.

Di sini gentian motor bersilang kedudukan di badan dengan di otak.( kiri ke kanan)

Mengawal fungsi automatik seperti pernafasan, penghadaman, pergerakan refleks dan denyut jantung.

Kegagalan medula berfungsi akan menyebabkan kelumpuhan.

20

MINDA•Entiti yang berbeza daripada OTAK.

•Suatu bentuk tenaga bukan organ.

•Melibatkan keseluruhan daripada fikiran, tanggapan, persepsi, memori, mimpi dsb (Betchel, 1988) .

•Dianggap sebagai keupayaan kognitif seperti kebolehan berfikir & menaakul.

•Juga pusat kawalan bagi EMOSI (gembira, bahagia, risau, sedih, takut dll.)

•Berkait rapat dengan perkembangan kesihatan MENTAL (secara langsung) & kesihatan FIZIKAL (secara tidak langsung).

21

•Betts (1971) – gabungan antara perlakuan yang meningkatkan PENGETAHUAN (ingatan, imaginasi, diskriminasi, perbandingan & alasan) dengan perlakuan yang melibatkan PERASAAN (takut, sayang, sedih & seronok) serta melibatkan perlakuan yang menunjukkan KEHENDAK (memilih).

•Kesemua proses ini menjadi satu aliran perlakuan yang dilakukan oleh MINDA dalam menjalankan tugasnya.

•MINDA yang berjaya (dalam tugasnya) adalah apabila kesemua aktiviti mental itu bekerjasama secara HARMONI.

MINDA …

22

•Menurut pakar sains saraf, minda boleh dibahagikan kepada:

-MINDA sedar – apabila kita sedang berfikir tentang sesuatu perkara & ia akan diaktifkan ketika kita sedang sedar.

-MINDA bawah sedar – aktiviti yang berlaku secara tidak sedar tanpa kehendak kita iaitu spontan, otomatik & daripada pengalaman lepas.

•Newton & Einstein (1986) – MINDA manusia yang dirangsang oleh IMAGINASI dapat menghasilkan IDEA-IDEA yang KREATIF.

MINDA …

23

BEZA ANTARA OTAK DAN MINDA

OTAK MINDA/AKAL

Organ yang terletak di dalam kepala.

Kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh OTAK.

makanan (berkhasiat) + oksigen

(yg cukup) OTAK berfungsi dengan sempurna.

Pelajaran (ILMU PENGETAHUAN) + Pengalaman + kekerapan kita berfikir secara positif MINDA yang SIHAT

- OTAK & MINDA mengalami perubahan fizikal sebagai tindak balas kepada persekitaran.

- OTAK & MINDA saling berkait antara satu sama lain.

- OTAK tidak membina MINDA tetapi MINDA berfungsi melalui OTAK.

- OTAK sebenarnya menyimpan MINDA di tempat yang tidak kita ketahui!

24

RUMUSAN

•Sebagai manusia, kita patut bersyukur kerana dikurniakan OTAK & MINDA (AKAL).

•Kita hendaklah memanfaatkan kedua-duanya dengan sebaik-baiknya.

•Neuron-neuron dalam OTAK boleh terganggu akibat pengambilan ubat-ubat tertentu, penyakit & faktor persekitaran, kehidupan yang kurang sempurna (cth: penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat, kurang minat & kesediaan untuk belajar).

•Fungsi OTAK boleh dikuatkan & dipulihkan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

•Jika manusia tidak menggunakan OTAKnya, mereka mungkin kehilangan kebolehan untuk berfikir.

top related