alat & bahan jahit

10
OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid dapat: mengenal pasti alatan dan bahan jahitan seperti jarum, gunting fabrik, benang, penetas jahitan, jarum peniti dan alatan-alatan lain. menyatakan kegunaan alatan dan bahan jahitan seperti jarum, gunting fabrik, benang, penetas jahitan, jarum peniti dan alatan-alatan lain. dapat memilih alatan dan bahan jahitan seperti jarum, gunting fabrik, benang, penetas jahitan, jarum peniti dan alatan-alatan lain yang bersesuaian untuk digunakan dalam proses menjahit. Alatan-Alatan Menjahit Nama Alatan : Pita Pengukur Fungsi : Untuk mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit.

Upload: lukman-hakeem

Post on 18-Feb-2015

802 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

apa2

TRANSCRIPT

Page 1: Alat & Bahan Jahit

OBJEKTIF KHUSUSPada akhir pembelajaran ini murid dapat: mengenal pasti alatan dan bahan jahitan seperti jarum, gunting fabrik, benang, penetas jahitan, jarum peniti dan alatan-alatan lain.

menyatakan kegunaan alatan dan bahan jahitan seperti jarum, gunting fabrik, benang, penetas jahitan, jarum peniti dan alatan-alatan lain.

dapat memilih alatan dan bahan jahitan seperti jarum, gunting fabrik, benang, penetas jahitan, jarum peniti dan alatan-alatan lain yang bersesuaian untuk digunakan dalam proses menjahit.  

  Alatan-Alatan Menjahit

 Nama Alatan : Pita PengukurFungsi : Untuk mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit.

 Nama : gunting Fabrik

Page 2: Alat & Bahan Jahit

Fungsi : Untuk menggunting fabrik atau kain sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk menggunting kertas kerana boleh menumpulkan mata gunting.

 Nama : Gunting KertasFungsi : Digunakan untuk menggunting kertas sahaja.

 

Nama : Kapur Tukang JahitFungsi : Untuk memindahkan tanda dan garisan pemadan daripada pola    kepada fabrik.

Page 3: Alat & Bahan Jahit

 Nama : Jarum PenitiFungsi :Untuk menyemat pola pada fabrik dan menyemat kepingan fabrik sebelummenjahit jelujur.

 Nama : Jarum TanganFungsi : Untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik

Page 4: Alat & Bahan Jahit

 Nama : Penetas BenangFungsi : Untuk menanggalkan benang jelujur, menentaskan jahitan mesin atau jahitan tangan dan membuat lubang butang.

 Nama : Pembaris LurusFungsi : Untuk mengukur dan menanda bahagian yang hendak digunting atau dijahit.

Page 5: Alat & Bahan Jahit

 Nama : SterikaFungsi : Untuk melicinkan fabrik atau kain dan menekan mata jahitan

 Nama : Benang jahitanFungsi : Untuk menjahit jahitan tangan dan jahitan mesin

Page 6: Alat & Bahan Jahit

 

 

 Nama : Fabrik atau KainFungsi : Kain kapas atau fabrik kapas ialah bahan untuk menghasilkan sesuatu pakaian. 

Rujukan : http://www.khskpt.com/nota-kemahiran-hidup/67-jahitan-tahun-5.html 

Page 7: Alat & Bahan Jahit

http://www.slideshare.net/juradi79/khsr-jahitan-tahun-5  

Mata   Jahitan Asas

Nama Jahitan : Jahitan Jelujur HalusKegunaan : Membaiki kelepet merentasi.                       Boleh menggantikan mata jahitan mesin.                       Menjadi perhiasan pada artikel.

Nama Jahitan : Jahitan KiaKegunaan : Memulakan dan mematikan jahitan tangan.                       Melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik.                       Menjahit kelim yang merentas.                       Boleh menggantikan jahitan mesin.

Nama Jahitan : Jahitan SembatKegunaan : Menetapkan dan mengemaskan kelepet.                       Mata jahitan ini boleh dilihat pada sebelah luar fabrik.

Nama Jahitan : Jahitan Lilit KemasKegunaan : Mengemaskan guntingan tepi fabrik.                       Mencantumkan dua kepingan fabrik.                       menjahit butang katup, cangkuk dan palang.

Nama Jahitan : Jahitan Lubang ButangKegunaan : Jahitannya kukuh dan kemas.                       Menjahit lubang butang, butang katup, cangkuk dan palang.

Nama Jahitan : Jahitan Silang PangkahKegunaan : Menjahit kelepet, lapik, mengemaskan pita zip dan sebagai jahitan hiasan.

Nama Jahitan : Jahitan Insang PariKegunaan : Mengemaskan tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjadi motif.

Nama Jahitan : Jahitan Sembat SusupKegunaan : Menjahit dan mengemaskan kelepet.

Kancing dan Butang

Jenis : Butang Dua Lubang dan Empat LubangKegunaan : Dijahit pada baju supaya mudah dipakai dan dilucutkan.                       Dibuat daripada plastik, kayu dan kulit.

Jenis : Butang Katup Soket dan Conet

Page 8: Alat & Bahan Jahit

Kegunaan : Digunakan pada belah pakaian di bahagian leher dan lengan baju.                       Diperbuat daripada logam.

Jenis : Cangkuk dan PalangKegunaan : Dijahit pada bahagian pinggang seluar dan skirt pakaian.                       Dperbuat daripada logam dan merupakan kancing paling kukuh.

Kelim

Merupakan satu proses mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik yang telah digunting.Fungsi kelim adalah untuk mencantum bahagian pakaian, memberi bentuk dan juga sebagai hiasan pada pakaian.Kelim biasanya dibuat pada garisan bahu dan rusuk untuk menyambung bahagian hadapan dengan bahagian belakang pakaian.

Terdapat lima jenis kelim iaitu : Kelim papan mesin

Kelim papan tangan

Kelim lipat tindih

Kelim belah kangkung

Kelim betawi

Mata jahitan yang digunakan untuk menjahit kelim yang merentas ialah : Jahitan jelujur halus

Jahitan kia

Kelepet

Merupakan suatu kaedah yang berfungsi sebagai pengemas hujung pakaian dan sebagai hiasan.Kelepet dibuat daripada sejalur fabrik yang disambungkan kebahagian hujung pakaian untuk memanjangkan atau melabuhkan bahagian tersebut sekali gus mengemaskannya.Apabila proses kelepek siap, ia boleh kelihatan pada sebelah luar pakaian atau sebelah dalam pakaian.Kelepek pada bahagian luar boleh dijadikan sebagai hiasan pada pakaian tersebut.

Kelepk bolah dilihat pada bahagian : Hujung kaki seluar

Hujung lengan baju

Bahagian bawah pakaian

Jenis mata jahitan yang digunakan untuk menjahit pakaian yang merentas ialah : Jahitan sembat

Jahitan silang pangkah

Page 9: Alat & Bahan Jahit

JENIS-JENIS JAHITAN

Jahitan boleh dibahagi kepada beberapa kumpulan seperti berikut:

Jahitan Sementara

Jelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur dan jahitan tanda

Jahitan Penyambung

Jelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi, dan jahit mesin.

Jahitan Pengemas

Sembat, Sembat Susup, lilit kemas, insang pari, jahit lubang butang dan silang pangkah

Jahitan SulamanJahit rantai, jahit batang, jahit kuku kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang pangkah

Jahitan Sementara

Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan ditanggalkanapabila mata jahitan kekal dijahit.Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dantidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka.Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembarbenang kecuali jelujur tanda.Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalamkain dari kanan ke kiri.Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atauantara yang halus.

Kegunaan Jelujur

Untuk memindahkan garisan-garisan pada pola kain

Misalnya jelujur tanda

Untuk menandakan kedudukan dan garisan-garisan pola

Jelujur tak samaJelujur panjang pendek

Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim, kocek buat sementara

Jelujur tak samajelujur panjang pendek jelujur kasar

Untuk menetapkan dua atau lebih lapisan kain sebelun di mesin

Jelujur tegakJelujur serong

http://kemahiranhidupshaniza.blogspot.com/2011/05/jenis-jenis-jahitan.html