alat alat sebutan fungsi setiap alat sebutan peranan setiap alat sebutan dan mekanisme edaran udara...

Upload: eveline-elyn

Post on 12-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

  • 5/21/2018 Alat Alat Sebutan Fungsi Setiap Alat Sebutan Peranan Setiap Alat Sebutan Dan Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi - slidepdf.

    1/10

    NIK HASSAN BASRI BHNA KADIR

    PENSYARAH KANAN

    FAKULTI BAHASA

    TARIKH :9Feb 2011

    Alat-alat sebutan,

    Fungsi setiap alat sebutan

    Peranan setiap alat sebutan.

    Mekanisme edaran udara yang menghasilkan bunyi.

    ALAT PERTUTURAN

    Alat pertuturan atau artikulator ialah alat yang sangat penting dalam proses penghasilanbunyi bahasa bagi manusia untuk berkomunikasi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan

    oleh alat pertuturan manusia yang dikenali sebagai artikulator yang digunakan semasa

    berkomunikasi. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat

    dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :

    i. artikulator bahagian dada

    ii. artikulator bahagian tekak

    iii. artikulator bahagian kepala

    ARTIKULATOR BAHAGIAN DADA

    Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian dada adalah

    seperti yang berikut:

    i. Paru-paru (lungs)

    ii. Batang tenggorak (trachea)

    ARTIKULATOR BAHAGIAN TEKAK

  • 5/21/2018 Alat Alat Sebutan Fungsi Setiap Alat Sebutan Peranan Setiap Alat Sebutan Dan Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi - slidepdf.

    2/10

    Artikulator yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses penghasilan

    bunyi bahasa bahagian tekak adalah seperti yang berikut:

    i. Pangkal tenggorok (larynx)

    ii. Pita suara (vocal cords)

    iii. Krikoid (cricoid)

    iv. Tiroid (thyroid)atau halkum

    v. Aritenoid (arythenoids)

    vi. Farinks (pharynx) atau dinding rongga kerongkong

    vii. Epiglotis (epiglottis)

    ARTIKULATOR BAHAGIAN KEPALA

    Artikulator bahagian kepala boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan

    sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif.

    Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat

    dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

    i. artikulator aktif

    ii. artikulator pasif / daerah artikulasi pasif

    ARTIKULATOR AKTIF

    Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa.

    Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini

    disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti yang berikut:

    i. Anak tekak (uvula)

    ii. Akar lidah (root of the tongue - hump)

    iii. Belakang lidah (back of the tongue - dorsum)

    iv. Tengah lidah (middle of the tongue - medium)

    v. Daun lidah (blade of the tongue - laminal)

    vi. Hujung lidah (tip of the tongue - apex)

    vii. Lelangit lembut (soft palate - velum)

  • 5/21/2018 Alat Alat Sebutan Fungsi Setiap Alat Sebutan Peranan Setiap Alat Sebutan Dan Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi - slidepdf.

    3/10

    viii. Bibir bawah (lower lip - labia)

    ARTIKULATOR PASIF

    Artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang

    digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa. Artikulator pasif atau daerah artikulasipasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak. Malahan, artikulator pasif disifatkan

    sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti yang berikut:

    i. Gelungan (retroflex)

    ii. Lelangit keras (hard palate - palatum)

    iii. Gusi lelangit keras(alveolar ridge)

    iv. Gigi atas (upper teeth - denia)

    v. Gigi bawah (lower teeth - denta)

    vi. Bibir atas (upper lip - labia)

    vii. Mulut (mouth)

    viii. Rongga mulut (mouth cavity / oral cavity)

    ix. Rongga hidung (nose cavity / nasal cavity)

    FUNGSI ARTIKULATOR

    Perbagai alat artikulasi atau artikulator waima artikulator bahagian dada, tekak dan kepala,

    di samping dua jenis artikulator bahagian kepala, iaitu artikulator aktif dan pasif telah kita

    teliti baik yang menghasilkan bunyi bahasa secara langsung atau tidak langsung semasa

    berkomunikasi, maka elok rasanya diteliti pula fungsi bagi setiap alat artikulasi atau

    artikulator itu.

    PARU-PARU

    Paru-paru atau lungsialah artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa

    dalam pertuturan bagi manusia. Paru-paru terletak di bahagian dada. Fungsi utama paru-

    paru adalah untuk pernafasan, iaitu berperanan untuk menyedut udara dan mengepamnya

    kembali ke luar, di samping membantu dan menghasilkan bunyi bahasa dalam pertuturan.

    Proses yang pertama itu juga dikenali sebagai tarik nafas, manakala proses yang kedua itu

    pula dipanggil lepas semula. Paru-paru disifatkan sebagai alat artikulasi manusia yang secara

    langsung terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa.

    PARU-PARU

  • 5/21/2018 Alat Alat Sebutan Fungsi Setiap Alat Sebutan Peranan Setiap Alat Sebutan Dan Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi - slidepdf.

    4/10

    Menurut pendapat Pike (1947: 4) dan Malmberg, B. (1963: 21-22) yang dipetik oleh Abdul

    Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007: 22) bahawa selama manusia masih

    hidup, proses mengembang dan mengempis yang dikerjakan oleh otot-otot di bahagian paru-

    paru, otot perut dan rongga dada berjalan terus secara teratur. Proses ini terjadi oleh sebab

    udara yang mengandungi oksigen akan memasuki paru-paru, jikalau tekanan udara luar lebih

    besar daripada tekanan udara yang ada dalam paru-paru. Tegasnya, arus udara inilah yang

    menjadi sumber syarat mutlak terhasilnya bunyi.

    PARU-PARU

    Walau bagaimanapun, mereka turut bersetuju dan menjelaskan bahawa epiglotislah yang

    berfungsi untuk melindungi masuknya makanan dan minuman ke batang tenggorok.

    Tambahnya lagi, semasa kita membentuk bunyi bahasa, epiglotis tidak mempunyai sebarang

    peranan.

    Pendeknya, dapatlah disimpulkan bahawa kualiti bunyi bahasa yang dihasilkan oleh

    seseorang itu bergantung sepenuhnya pada proses pengembangan dan pengempisan paru-

    paru.

    BATANG TENGGORAK

    Batang Tenggorak atau trachea ialah artikulator yang terlibat secara tidak langsung dalam

    proses penghasilan bunyi bahasa dalam pertuturan bagi manusia. Alat artikulasi ini

    merupakan terowong atau saluran udara yang terletak di antara paru-paru atau lungs dengan

    pangkal tenggorok atau larynx. Fungsi batang tenggorak atau trachea ialah sebagai laluan

    udara yang disedut masuk dan dipam semula oleh paru-paru keluar melalui rongga mulut dan

    hidung dalam proses penghasilan bunyi bahasa.

    PANGKAL TENGGORAK

    Pangkal Tenggorak atau larynx ialah artikulator yang terlibat secara tidak langsung dalam

    proses penghasilan bunyi bahasa dalam pertuturan manusia. Alat artikulasi ini merupakan

    suatu bahagian yang kedudukannya berada di atas batang tenggorak atau trachea yang

    menjadi laluan udara pernafasan.

    Menurut Malmberg, B. (1963: 22) dan Peter Roach (2004: 13) bahawa di dalam pangkal

    tenggorak atau larynx ini ada empat komponen seperti yangberikut:

    i. pita suara

    ii. tulang rawan tiroid

    iii. tulang rawan krikoid

    iv. dua tulang rawan aritenoid

  • 5/21/2018 Alat Alat Sebutan Fungsi Setiap Alat Sebutan Peranan Setiap Alat Sebutan Dan Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi - slidepdf.

    5/10

    PANGKAL TENGGORAK

    Bahagian penting di dalam pangkal tenggorak atau larynx ini ialah sepasang pita suara

    yang terbentuk oleh dua keping otot dan tisu yang kedudukannya bertentangan antara satu

    sama lain yang dikenali sebagai vocal folds kerana kita dapat menggerakkannya kepada

    beberapa posisi seperti membuka luas dan menutup rapat. Tujuan utama pita suara membukaluas adalah untuk membolehkan udara antara paru-paru dengan mulut atau hidung

    melepasinya dengan pantas. Demikian halnya apabila pita suara menutup rapat. Hal ini

    bermakna pita suara berfungsi sebagai pintu klep yang mengatur pengawasan dan pengaliran

    arus udara yang disedut masuk dan dipam semula oleh paru-paru keluar melalui rongga mulut

    dan hidung dalam proses penghasilan bunyi bahasa. Suatu ruang atau celah yang wujud di

    antara pintu klep itu disebut sebagai glotis.

    PANGKAL TENGGORAK

    Glotis yang terbuka luas yang terjadi semasa kita bernafas secara normal menghasilkan

    bunyi tidak bersuara. Sebaliknya, jika glotis tertutup sehingga arus udara yang melaluinya

    mengalami getaran, maka terhasillah bunyi bersuara atau phonation. Maknanya proses

    pengaliran arus udara yang disedut masuk dan dipam semula oleh paru-paru keluar melalui

    rongga mulut dan hidung dalam proses penghasilan bunyi bahasa boleh mempengaruhi pita

    suara waima pita suara boleh menjadi bergetar dan sebaliknya. Jikalau pita suara bergetar

    bererti bunyi bahasa yang terhasil ialah bunyi bersuara dan sebaliknya, iaitu jika pita suara

    tidak bergetar bererti bunyi bahasa yang terhasil itu pula ialah bunyi tidak bersuara.

    PANGKAL TENGGORAK

    Walau bagaimanapun, kebanyakan bunyi bahasa ialah bunyi bersuara, manakala yang lain

    ialah bunyi tidak bersuara. Dalam hubungan ini, jikalau kita ingin mengesani bunyi bahasa

    itu bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara, bolehlah kita melakukannya. Antara caranya

    adalah dengan melafazkan bunyi [s] dan [z]. Dengan itu, hasil yang kita peroleh ialah kedua-

    dua bunyi konsonan itu berbeza. Satunya terdiri daripada bunyi bersuara, iaitu [z] dan satu

    lagi ialah bunyi tidak bersuara, iaitu [s]. Perbezaan bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara

    ini dapat kita kesan dengan baik, jika semasa kita memasukkan jari tangan ke dalam lubang

    telinga itu kita menyebutkan bunyi [z].

    PANGKAL TENGGORAK

    Malahan, kita juga dapat mengesani getaran, andainya dengan lembut dan jari kita

    menekankan bahagian pangkal tenggorak atau larynx tatkala yang sama kita menyebutkan

    bunyi [z]. Dalam bahasa Melayu dan bahasa lain bunyi vokal ialah bunyi bersuara. Demikian

    juga dengan bunyi konsonan nasal seperti [m] dan [n].

    Seperkara lagi, jika pintu klep atau glotis itu kita tutup serapat-rapatnya dan pada masa yang

    sama kita menghalang arus udara daripada keluar, maka akan terhasillah bunyi yang dikenali

    sebagai bunyi glotal atau glottal stop. Dalam bahasa Melayu, bunyi glotal ialah bunyi

    huruf hamzah.

    RONGGA KERONGKONG

  • 5/21/2018 Alat Alat Sebutan Fungsi Setiap Alat Sebutan Peranan Setiap Alat Sebutan Dan Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi - slidepdf.

    6/10

    Farinks (pharynx) atau Rongga Kerongkong ialah rongga yang menghubungkan pangkal

    tenggorak atau larynx dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak, rongga mulut dan

    rongga hidung. Maknanya farinks atau rongga kerongkong bermula dari bahagian atas

    pangkal tenggorak atau larynx hingga ke bahagian atas rongga tekak, anak tekak, bahagian

    bawah rongga mulut dan bahagian bawah rongga hidung. Fungsi utama farinks atau rongga

    kerongkong ialah sebagai saluran makanan dan minuman. Di samping itu, dalam prosespenghasilan bunyi bahasa, fungsi farinks atau rongga kerongkong ialah sebagai tabung udara

    yang akan turut bergetas apabila pita suara bergetar. Bunyi bahasa yang terhasil oleh farinks

    atau rongga kerongkong ialah bunyi faringal seperti yang dalam bahasa Arab dan Hebrew

    (Davenport, M. dan Hannahs, S.J., 1998: 13).

    LELANGIT LEMBUT

    Lelangit Lembut (soft palate / velum)

    Lelangit Lembut atau soft palate boleh bergerak-gerak. Lelangit lembut yang terletak dibahagian paling belakang yang boleh bergerak turun dan naik bagi menentukan bunyi oral

    atau bunyi nasal dikenali sebagai velum. Velum ialah sebahagian kecil lelangit lembut yang

    dapat menyentuh belakang lidah. Apabila bahagian paling belakang lelangit lembut diangkat

    (menutup rongga hidung), maka udara tidak dapat melalui rongga hidung atau sebaliknya,

    iaitu bahagian paling belakang lelangit lembut diturunkan bererti udara dapat melalui rongga

    hidung.

    LELANGIT LEMBUT

    Jika sekiranya bahagian paling belakang lelangit lembut diturunkan dan menyentuhbelakang lidah, maka udara dapat melalui rongga hidung bererti bunyi yang akan terhasil

    dikenali sebagai bunyi nasal atau sengau. Bunyi bahasa yang terhasil yang disebabkan oleh

    lelangit lembut disebut sebagai bunyi velar. Fungsi lelangit lembut diangkat adalah untuk

    menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung.

    Walau bagaimanapun, bahagian lelangit lembut yang dikenali sebagai velum yang

    paling pengesut ialah secebis tisu kecil yang dikenali sebagai uvulaatau anak tekak itu

    berperanan sebagai sebahagian dalam penyebutan bagi beberapa bahasa di dunia. Jika bunyi

    yang terhasil yang disebabkan oleh halangan anak tekak atau uvula, maka bunyi itu disebut

    sebagai bunyi anak tekak atau uvular.

    LELANGIT KERAS

    Lelangit Keras atau hard palate / palatum merupakan artikulator pasif kerana tidak boleh

    bergerak-gerak sebagaimana lelangit lembut. Lelangit keras boleh disentuh oleh artikulator

    aktif seperti bahagian depan lidah. Lelangit keras ialah bahagian selepas gigi-gusi, iaitu yang

    merupakan tetulang, yakni bahagian yang tinggi dan melengkung.

    LELANGIT KERAS

  • 5/21/2018 Alat Alat Sebutan Fungsi Setiap Alat Sebutan Peranan Setiap Alat Sebutan Dan Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi - slidepdf.

    7/10

    Menurut Bloch dan George, L. Trager (1942: 15) bahawa bunyi bahasa yang

    penghasilannya disebabkan oleh lelangit keras dikenali sebagai palatal.Bunyi yang terhasil

    oleh sebab halangan tengah lidah (medium) dikenali sebagai medial, manakala bunyi bahasa

    yang dihasilkan oleh hujung lidah (apex) disebut sebagai apikal. Bunyi terhasil kerana

    hujung lidah dan lelangit keras disebut sebagai apiko-palatal, manakala bunyi bahasa yang

    terhasil kerana tengah lidah dan lelangit keras disebut sebagai medio-palatal.

    LIDAH

    Lidah atau tongue merupakan aktikulator aktif kerana boleh bergerak-gerak. Dalam

    penghasilan bunyi bahasa, fungsi lidah sangat penting. Beberapa bahagian lidahlah yang

    menentukan bunyi bahasa. Antaranya ialah bahagian hujung lidah jika menyentuh gigi atas

    akan menghasilkan bunyi geseran [] seperti dalam perkataan misali [miali] dan sebagainya.

    Sekiranya hujung lidah menyentuh gusi akan menghasilkan bunyi letupan [t] seperti dalam

    perkataan tali [tali] dan sebagainya. Seterusnya, jika hujung lidah digetar-getarkan tatkala

    menyentuh gigi-gusi akan menghasilkan bunyi getaran [r] seperti dalam perkataan [rakit] dansebagainya. Demikian juga, jika hujung lidah menyentuh lelangit keras akan menghasilkan

    bunyi sisian [l] seperti dalam perkataan [lalu] dan sebagainya.

    LIDAH

    Bahagian lidah yang lain ialah akar lidah (root), pangkal lidah (dorsum), tengah lidah(medium) dan daun lidah (lamina). Bunyi dorso-velarialah hasil antara akar lidah dengan

    rongga kerongkongan.

    BIBIR

    Bibir atau li p, labiasama seperti lidah ada bahagian. Bibir boleh dibahaikan kepada dua

    bahagian, iaitu bibir atas dan bibir bawah. Bibir bawah merupakan artikulator aktif kerana

    boleh bergerak-gerak, manakala bibir atas sebagai artikulator pasif. Dalam penghasilan bunyi

    bahasa, fungsi bibir bawah sangat penting. Antaranya ialah bahagian bibir bawah jika

    menyentuh rapat dengan bibir atas akan menghasilkan bunyi letupan dua bibir tidak bersuara

    [p] atau letupan dua bibir bersuara [b] seperti dalam perkataan [palu], [balu] dan sebagainya.

    Sekiranya bibir bawah bersentuhan dengan gigi atas akan menghasilkan bunyi labio-dental

    atau bunyi geseran tidak berbersuara [f] seperti dalam perkataan [fitnah] atau bunyi geseran

    bersuara [v] seperti dalam perkataan [veto].

    MEKANISME UDARA

    Udara dan artikulator memainkan peranan penting dalam menentukan dan menghasilkan

    bunyi, khususnya bunyi bahasa dalam pertuturan manusia.

    Udara yang keluar daripada artikulator daripada ketiga-tiga bahagian yang terlibat waima

    artikulator bahagian dada, tekak atau kepala akan menghasilkan bunyi yang berbeza-beza.

    MEKANISME UDARA

  • 5/21/2018 Alat Alat Sebutan Fungsi Setiap Alat Sebutan Peranan Setiap Alat Sebutan Dan Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi - slidepdf.

    8/10

    Hal ini kerana penghasilan bunyi bahasa yang berbeza-beza itu dipengaruhi juga oleh udara

    yang dihembus yang disebut sebagai udara egresif atau udara yang dihisap yang dikenali

    sebagai udara ingresif.

    Selain itu, penghasilan bunyi bahasa yang berbeza-beza juga ditentukan oleh artikulator

    seperti pita suara yang bergetar atau tidak bergetar, akan menentukan bunyi bahasa yang

    terhasil itu bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.

    MEKANISME UDARA

    Di samping itu, tekanan udara yang keluar dari paru-paru waima tekanan kuat atau

    perlahan, berhalangan atau tidak, bahagian lidah yang terlibat seperti hujung lidah, akar lidah

    (root), pangkal lidah (dorsum), tengah lidah (medium) dan daun lidah (lamina), dan

    kedudukan velum pun boleh menentukan bunyi oral atau nasal serta mampu mempengaruhi

    penghasilan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza-beza, selain beberapa perkara yang lain lagi.

    MEKANISME UDARA

    Penghasilan bunyi bahasa juga bergantung pada tempat yang dilalui oleh udara. Antaranya

    ialah paru-paru (lungs), batang tenggorak (trachea), pangkal tenggorok (larynx), pita suara

    (vocal cords), farinks (pharynx) atau dinding rongga kerongkong, rongga mulut (mouth

    cavity / oral cavity) atau rongga hidung (nose cavity / nasal cavity), di samping artikulator

    yang lain.

    Jadi, bunyi bahasa yang terjadi kerana adanya halangan pada artikulator aktif atau pasif

    sehingga terhasilnya bunyi konsonan, vokal dan bunyi diftong. Semua bunyi vokal ialah

    bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan boleh bersifat bersuara dan tidak bersuara.

  • 5/21/2018 Alat Alat Sebutan Fungsi Setiap Alat Sebutan Peranan Setiap Alat Sebutan Dan Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi - slidepdf.

    9/10

    NIK HASSAN BASRI BHNA KADIR

    PENSYARAH KANAN

    FAKULTI BAHASA

    TARIKH : 9 Feb 2011

    Bunyi-bunyi vokal Melayu

    Vokal depan

    Vokal belakang

    Vokal tengah

    Ciri-ciri setiap vokal

    Lambang vokal dan transkripsi

    Jadual vokal Melayu

    VOKAL

    Vokal ialah bunyi bahasa yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan arus udaranya

    dilafazkan tanpa pergeseran, sekatan, gangguan atau halangan oleh alat artikulasi. Bunyi yang

    terhasil itu ialah bunyi bersuara yang sifatnya nyaring, bertenaga, lantang dan panjang. Bunyi

    vokal yang dihasilkan ialah bunyi vokal yang berciri silablik atau boleh menjadi puncak suku

    kata. Walau bagaimanapun, kualiti vokal atau bunyi suara yang dihasilkan itu ditentukan oleh

    tiga faktor, iaitu:

    i. kedudukan tinggi atau rendahnya lidah

    ii. bahagian lidah yang mengalami kenaikan, waima bahagian depan,

    tengah atau belakang lidah

    iii. bentuk bibir semasa bunyi bahasa itu dihasilkan

    VOKAL

    Sesungguhnya, tiga faktor itu boleh menentukan bentuk vokal (a, , , i, o, u)yang

    dihasilkan waima vokal depan, vokal tengah atau vokal belakang. Kalau bahagian depan

    lidah yang terlibat, maka vokal yang dihasilkan ialah vokal depan. Jika bahagian tengah lidah

    yang terlibat, maka vokal yang terhasil ialah vokal tengah.

  • 5/21/2018 Alat Alat Sebutan Fungsi Setiap Alat Sebutan Peranan Setiap Alat Sebutan Dan Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi - slidepdf.

    10/10

    Akhir sekali jikalau bahagian belakang lidah yang terlibat, maka vokal yang terjadi ialah

    vokal belakang. Di samping tinggi atau rendahnya lidah atau bahagian depan, tengah atau

    belakang lidah yang terlibat, kualiti vokal juga dipengaruhi oleh bentuk bibir, iaitu bundar (

    o, u ), normal ( e [] ) atau leper ( i ).

    VOKAL

    Dalam bahasa Melayu, seperti yang diberikan dalam jadual berikut ada enam vokal asli

    yang berfungsi, iaitu :

    i. tiga vokal depan : ( a, e [ ], i ).

    ii. satu vokal tengah : ( e [] ).

    iii. dua vokal belakang : ( o, u ).

    VOKAL

    VOKAL

    Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, bunyi e (dalam perkataan ekor) dan bunyi e

    (dalam perkataan emak) diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf e dalam ekor ialah

    vokal depan separuh sempit dikenali sebagai e taling (), manakala huruf e dalam emak

    ialah vokal tengah separuh luas dikenali pula sebagai e pepet ().

    Hanya tiga vokal, iaitu i, a, dan u dapat hadir di bahagian awal, tengah, dan akhir perkataan.

    Vokal e taling (), o dan e ( pepet) hanya hadir di bahagian awal dan tengah perkataan.

    Vokal e taling () dan o hanya hadir di bahagian akhir perkataan dalam suku kata terbuka

    pada perkataan pinjaman, seperti sate, tauge, moto, dan polo. Antara contoh taburan vokal

    asli bahasa Melayu dalam perkataan adalah seperti yang berikut:

    VOKAL

    VOKAL BUNDAR

    Vokal bundar ialah vokal yang dikeluarkan dengan membundarkan bibir. Bunyi vokalyang dihasilkan ialah bunyi vokal udan o.