aes updated
TRANSCRIPT
Keberkesanan Kamera Automated Enforcement System (AES)
dan keluhan pengguna jalanrayaKumpulan NEXUS
Ahli NEXUS
BATMANATHAN (KETUA) NORFAUZANA MOHAMED TERMIZI KHAIRUL NIZAM SHAFIRUL AKRAM MOHD SAIFULLAH MUHAMMAD NIZAM HELMEE EZANEE
Apakah itu AES?
Singkatan kepada Automated Enforcement
System.
Satu sistem pengesanan dan merakam secara
automatik kesalahan lalu lintas menggunakan
alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan
alat perakam imej kesalahan menggunakan
kamera (gambar dan video).
STATISTIK
831
Jumlah Keseluruhan Kamera
566
Jumlah Kamera Hadlaju
265
Jumlah Kamera Lampu Isyarat
63,558Imej Kesalahan Lalulintas berjaya dirakam
Hanya untuk 14 buah kameraBermula dari 23 sept hingga 5 okt 2012
717 jutaKos keseluruhan yang ditanggung penuh oleh Syarikat Pembekal
RM16Untuk setiap gambar yang dirakam
Keberkesanan
Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain
di seluruh dunia.
Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain:
› PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun
sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
› JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya
di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan
pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
› KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
› UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada
kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.
Keberkesanan
Kurang kadar rasuah sekiranya pemasangan AES diteruskan kerana
tiada pengguna menawarkan rasuah dan anggota polis meminta rasuah.
Gambar kereta melebihi halaju dihantar terus kepada pengguna.
Meningkatkan pendapatan negara, AES sedikit sebanyak meningkatkan
pendapatan negara sekiranya dikuatkuasakan sepenuhnya.
Tiada lagi anggota polis yang dilanggar kenderaan yang melebihi had
laju akibat membuat sekatan jalan raya di laluan yang tidak sepatutnya /
salah timing (road block tengah-tengah lebuhraya buat pulak tengah-
tengah malam, mana orang nak nampak dari jauh).
Punca
Membebankan pengguna jalanraya yang berpendapatan rendah untuk
membayar saman / kompaun. (Saman terlalu mudah dikeluarkan)
Pemasangan AES tidak dibuat di lokasi kemalangan atau di tempat yang
sesuai.
AES bukan mengurangkan kemalangan tetapi boleh menyebabkan
kemalangan kerana kenderaan membrek secara tiba-tiba. (wujud lokasi
baru kemalangan) - faktor sementara.
Saman dikeluarkan walaupun hanya melebih had laju dalam julat 10km/j
(jika had laju 80km/j, kelajuan 83km/j tetap dikenakan saman).
Punca
Kesalahan dan kemalangan jalanraya biasanya dilakukan oleh
kenderaan berat (lori, bas) yang had kelajuannya lebih rendah
berbanding kenderaan biasa. (Had kelajuan 100km/j tetapi memandu
110km/j, tidak disaman kerana had kelajuan di lokasi AES adalah
110km/j) Kesan dari kecuaian kenderaan ini juga memberi impak
lebih besar dalam kemalangan berbanding kenderaan persendirian.
Motorsikal tidak terlibat dalam penguatkuasaan kamera AES
sedangkan statistik kemalangan dari golongan tersebut adalah yang
paling tinggi saban tahun.
Kos pemasangan dan penyelenggaraan yang tinggi.
Idea dan Kesan
Kadar saman / kompaun yang munasabah dan mengikut kelajuan (had laju 80km/j : kalau
bawa kelajuan 83km/j disaman RM100 kalau bawa kelajuan 120km/j disaman RM300.
› Kesan : Tidak membebankan kepada pengguna.
Memasang kamera untuk setiap 2 km atau 3 km.
› Kesan : Pengguna akan memandu mengikut had laju setiap masa, bukan memecut selepas
melepasi kamera AES.
Pasang kamera AES di lokasi yang kerap berlaku kemalangan.
› Kesan : Kemalangan dapat dikurangkan.
Wujudkan garisan belang melintang berwarna kuning.
› Kesan : Tiada lagi brek mengejut, pengguna lebih bersedia dan tidak leka.
Kamera boleh mengesan dua kesalahan had berbeza, contoh had laju lori 90km/j dan
kenderaan persendirian 110km/j.
› Kesan : Saman secara adil kepada semua kategori pengguna jalanraya (kereta, motorsikal dan
lori).
Idea dan Kesan
Menangguhkan penguatkuasaan AES dengan mendengar pendapat
orang ramai (kajiselidik) terlebih dahulu.
› Kesan: Meredakan kemarahan pengguna jalan.
Guna aplikasi AES Detector.
› Kesan : Pengguna lebih berjaga-jaga lebih awal lokasi AES ketika memandu.
Memasang teknologi Satelit pada kenderaan.
› Kesan : Kenderaan secara automatik akan memperlahankan kelajuan apabila
melalui kawasan kamera AES (Serupa teknologi mengesan pencuri kenderaan).
Memberi kesedaran awal dan memupuk nilai moral dalam menghormati
hak dan nyawa orang lain.
› Kesan : Pengguna akan beringat kesan akibat kemalangan kepada keluarga
dan orang disayangi.
Penyelesaian Masalah
Menangguhkan penguatkuasaan AES
dengan mendengar pendapat
pengguna jalanraya (kajiselidik)
terlebih dahulu.
› Kesan : Meredakan kemarahan dan
keluhan pengguna jalanlaraya
Sekian, Terima Kasih