adjust teprt kenari

Upload: tarmizhi

Post on 15-Oct-2015

149 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Tappet adjustment untuk Perodua Kelisa/Kenari.Salam blogger dan pembaca smua....

Sebenarnya aku membuat entry adalah untuk saudara Norman khasnya yang menghantar email bertanyakan cara cara untuk membuat adjustment tappet pada kenderaan jenis Kelisa atau Kenari.Bukan saudara Norman je,korang yang berminat pun boleh baca juga.Entry ini mungkin agak panjang lebar, tapi mana tau ianya boleh jadikan panduan untuk korang yang guna kenderaan jenis ni.Sebenarnya cylinderhead kedua dua kenderaan jenis ni adalah sama dan ia menggunakan sistem twin camp,sama juga dengan sistem yang digunakan oleh kenderaan keluaran jenama Toyota.Cuma ia berbeza dari segi fizikal sahaja.Sebagai permulaan sebelum anda membuat penyelenggaraan untuk cylinderhead jenis ini anda perlu untuk mengetahui terlebih dahulu punca punca masalah yang menyebabkan ia perlu untuk dibaikpulih.Kebiasaannya masalah atau rungutan yang sering saya dengar kebanyakkannya ialah bunyi bising setelah ia dibaikpulih.Bunyi bising yang dimaksudkan ialah seperti bunyi serpihan besi.Aku tak tau nak sebut camna.Korang paham paham sendiri dah lah ye.....Kebiasaanya bunyi seperti ini berpunca dari cylinderhead.Selain itu asap yang berlebihan,penggunaan bahan api yang semakin berlebihan dan kehilangan daya pecutan pun penyebab ia perlu dibaikpulih.Sebelum aku memulakan penerangan ini,aku nak tanya dulu samada anda hanya ingin membuat servis atau membaikpulih keseluruhan part part cylinderhead.Sekiranya hanya untuk membuat servis,ada baiknya anda membuat mark atau tanda terlebih dahulu pada beberapa bahagian yang penting seperti Valve.Liftervalve dan tining gear.Tapi sekiranya anda ingin membongkar kesemua bahagian cylinderhead,maka kesemua itu tidak diperlukan.Biarkan ia bercampur aduk .....tak ngapa.LANGKAH PERTAMA

bahagian atas

Setelah cylinderhead dikeluarkan dari enjin ia akan berada dalam keadaan seperti diatas.Tapi kebiasaanya cylinderhead dari jenis ini ,anda terpaksa mengeluarkan camshaft terlebih dahulu sebelum dapat mengeluarkan cylinderhead.Akan tetapi sebagai langkah berjaga jaga ,anda perlu membuat tanda atau mark terlebih dahulu pada timing gear.Ini penting untuk memudahkan anda apabila proses pemasangan semula nanti.Ada lebih baik anda menggunakan liquid pen kerana ia lebih jelas.Tandakan pada tanda titik sepeti gambarajah dibawah.

Timing gear

Selepas siap menanda,anda perlu pula perhatikan pada bahagian intake timing gear.Intake timing gear mempunyai 2 lapaisan gear dimana terdapat satu lubang skru bersaiz 6mm.Pada lubang skru itu memang tiada skru yang dipasang seolah olah skru tertanggal.Tapi ia sememangnya berkeadaan begitu.Anda perlu pasangkan skru pada bahagian itu sehingga menebusi pada lapisan gear yang kedua.Ini bertujuan untuk memastikan ketika anda mengeluarkan camshaft dari tempatnya,gear tadi tidak akan terpusing atau berseliseh.Sekiranya ini berlaku dan anda terus memasangnya semula tanpa meletakan gigi gear seperti keadaan asal,comform enjin kereta anda akan bising.Perhatikan cara pemasangan skru pada gambarajah dibawah.

Lock gear

Selesai mengikat skru,baru anda boleh keluarkan camshaft.Anda juga boleh keluarkan liftervalve,valve spring dan valve.Cylinderhead perlu dihantar ke mesin shop atau sebagai nya untuk menjalani proses baikpulih.Bahagian yang kerap dibaikpulih ialah valve seat,valve , valve guide dan surface skimming.Dari pengalaman aku selama membaikpulih cylinderhead dari jenis ini ,jarang berlaku kerosakan pada part part dia kecuali Valve guide/Sarung valve.Akan tetapi aku tidak menggalakkan anda menukar mana mana part yang sifatnya melekat pada cylinderhead kecuali terpaksa.Ini kerana sekiranya anda menukar bahagian tertentu contohnya seperti valve guide,peratus untuk mengalami kerosakkan semula amat besar.Bukan disebabkan material,tapi dari segi tenaga kerja yang kadangkala kita sendiri pun takut bila melihatnya.

Adjustment tappet

Setelah siap proses baik pulih, kini bab pemasangan dan adjustment tappet semula akan dilakukan .Tanpa memasang spring anda masukkan semula kesemua lifervalve kedalam tempatnya.Pasangkan camshaft bahagian outake (exzos) terlebih dahulu.Buat satu persatu kerana sekiranya anda memasang kedua dua camshaft,anda akan mengalami kesukaran untuk memusingkanya nanti.Perhatikan seperti gambarajah diatas.Ikat camshaft cap dengan kekuatan standard tork , sekitar 40 paund.Kalau tidak mempunyai tork spanar ,anda agak agak je dengan kekuatan tangan anda ,jangan tercabut pulak skrunya dah la...hehehe.

Feller gauge

Dengan menggunakan feller gauge tool,gunakan saiz 0.30mm untuk exzos dan 0.20 untuk intake untuk mendapatkan clearence antara liftervalve dengan camshaft.Caranya seperti gambarajah di atas atau dibawah ini.

Pastikan liftervalve rapat ke camshaft dengan cara menolak valve keatas sekuat mungkin seperti gambarajah diatas dan cuba masukan feller gauge.Untuk clearence 0.30,ianya mesti tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.Bagi memastikan anda memdapat ukuran yang tepat,gunakan saiz 0.25mm dan 0.35mm.Pastikan ukuran 0.25mm lepas ,sementara 0.30mm tidak lepas.Pastikan juga 0.30mm lepas tapi 0.35mm tidak lepas.Barulah anda akan dapat ukuran yang 90% tepat.Tandakan 123 atau ABC pada valve dan liftervalve yang telah siap diadjust clearence mengikut urutan bermula dari timing gear.Lakukan cara yang sama pada semua bahagian sehingga selesai dan sehingga anda merasa puas hati.

Valve

Kerja menggunakan tulang empat kerat ni kebanyakkanya tidak lari dari membuat kesilapan.Kesilapan yang dimaksudkan ialah proses menggosok atau memotong hujung valve (1) sekiranya terlalu ketat.Kadang terlebih ,kadang terkurang.Begitu juga kalau terlalu longgar,anda terpaksa membuat graidvalve pada bahagian yang bernombor (2).Tugas ini memerlukan kesabaran yang tinggi.Kalau tidak mempunyai kesabaran,alamat cylinderhead akan menjadi bahan sepak terajang korang.

Setelah siap kesemuanya, pasangkan semula cylinderhead kepada enjin blok dan masukan semula liftervalve kedalam tempatnya mengikut urutan tanda yang anda buat.Pasangkan semula camshaft dan pastikan titik timing gear betul kedudukannya,kemudian pasangkan kesemua cap kecuali no.satu bagi memudahkan untuk anda memasang timing belt nanti.Setelah siap kesemuanya dan timing belt telah dipasang ,barulah anda boleh membuka semula skru yang anda pasang pada timing gear tadi.Jangan lupa......Sekiranya terlupa ,mungkin gigi gear anda akan hancur .Satu masalah lagi.

Sampai disini dahulu penerangan dari aku semuga anda akan mendapat manfaat darinya.Sekiranya anda kurang faham dan ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut email kan sahaja kepada aku .