usul, fiq, tasawuf ringkas

114
Bab 1 : Memahami Konsep Tauhid Pengertian Tauhid Mengesakan Allah, tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan . Pengertian Iman Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota. Rukun Iman Percaya kepada Allah Sifat Allah Wajib Mustahil Harus 20 Lawan sifat 20 1 Percaya kepada Malaikat Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili Jibril Menyampaikan wahyu Mikail Membawa rezeki Israfil Meniup sangkakala 'Izrail Mencabut nyawa Munkar Menyoal mayat di dalam kubur Nakir Menyoal mayat di dalam kubur Raqib Mencatat amalan kebajikan Atid Mencatat amalan kejahatan Malik Menjaga pintu neraka Ridwan Menjaga pintu syurga Percaya kepada Kitab 1

Upload: saif-al-haromaini

Post on 22-Jun-2015

587 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Bab 1 : Memahami Konsep Tauhid

Pengertian Tauhid

Mengesakan Allah, tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .

Pengertian Iman

Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.

Rukun Iman

Percaya kepada Allah

Sifat AllahWajib Mustahil Harus20 Lawan sifat 20 1

Percaya kepada Malaikat

Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsiliJibril Menyampaikan wahyuMikail Membawa rezekiIsrafil Meniup sangkakala'Izrail Mencabut nyawaMunkar Menyoal mayat di dalam

kuburNakir Menyoal mayat di dalam

kuburRaqib Mencatat amalan kebajikanAtid Mencatat amalan kejahatanMalik Menjaga pintu nerakaRidwan Menjaga pintu syurga

Percaya kepada Kitab

Kitab SamawiAl-Quran Injil Zabur TauratMuhammad

Bahasa Arab

Isa

Bahasa Siryani

Daud

Bahasa Qibti

Musa

Bahasa Ibrani

Percaya kepada Rasul

1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh

1

Page 2: Usul, fiq, tasawuf ringkas

6. Ibrahim

7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya'qub

11. Yusuf

12. Ayub 13. Syu'aib

14. Harun 15. Musa

16. Ilyasa'

17. Zulkifli

18. Daud 19. Sulaiman

20. Ilyas

21. Yunus

22. Zakaria

23. Yahya

24. Isa 25. Muhammad S.A.W.

Percaya kepada Hari Akhirat

59. Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu).- Al Mu ‘min.

Percaya kepada Qadha’ dan Qadar

o Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara

o Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara

o Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah

Bab 2 : Permulaan Ilmu Tauhid

Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid

Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda' Bererti : Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :

1) Nama ilmu ini :

Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid, Ilmu sifat dan Al-Iman.

2) Tempat ambilannya :

Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.

3) Kandungannya :

Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.

2

Page 3: Usul, fiq, tasawuf ringkas

4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya )kepada empat tempat :

Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya.

Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.

Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.

Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.

5) Faedah Ilmu Tauhid :

Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.

6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :

Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.

7) Yang menghantarkan :

Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.

8) Hukumnya :

Fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal. Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .

9) Kelebihannya :

Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya." ( Riwayat Hakim )

3

Page 4: Usul, fiq, tasawuf ringkas

10) Kesudahan ilmu ini :

Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.

Bab 3: Hukum 'Aqal

Sesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui sifat-sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum 'aqal dan bahagiannya.

Pengertian Hukum 'Aqal :

Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukum Syari'e ).

Pengertian 'Aqal :

Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga dengan itu manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu Nazhariyyah ( Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan segala pekerjaan dengan fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai-bagai manafaat dan kebahagiaan kepada manusia.

Aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak juga tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada 'aqal. Dan di antara keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal berhajat kepada Syarak dan Syara' berhajat kepada 'Aqal ) .

Bahagian Hukum 'Aqal :

Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :

1) Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka maksudnya ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam.

2) Mustahil 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya mesti tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya tidak sekali-kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu.

3) Harus 'Aqli iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka hakikatnya boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak atau diam.

Bahagian Wajib 'Aqli :

4

Page 5: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Adalah wajib 'aqli terbahagi dua :

1) Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua .

2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.

Bahagian Mustahil 'Aqli :

Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua :

1) Mustahil 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satu itu separuh daripada tiga.

2) Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang mensyirik bagi Allah s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendatangkan dalil.

Bahagian Harus 'Aqli :

Adalah Harus A'qli itu terbahagi dua :

1) Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam .

2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .

Bab 4 : Kejadian Alam

Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.

1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.

5

Page 6: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Maka dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha Pencipta.

2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.

Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah Ta’ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.

3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi.

Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan segala kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanya mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan.

Sesungguhnya dari Kaedah Syar’iyyah dan berita para Nabi bahawa yang menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan. ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )

Bab 5 : Mengenal Allah S.W.T.

1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.

2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.

6

Page 7: Usul, fiq, tasawuf ringkas

3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.

2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.

4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-

1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.

2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.

3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.

5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).

6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan keterangan.

7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Taqlid Jazam (putus)

- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus).

2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)

7

Page 8: Usul, fiq, tasawuf ringkas

- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak,zhan atau waham(tiada putus).

8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.

9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli bida’ah.

10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia. Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )

Bab 6 : Sifat 20

Sifat dua puluh merupakan sistem pengenalan terhadap Allah s.w.t yang sangat mudah sekali, kerana menghafalnya lebih mudah dari menghafal al-Qur`an, para sahabat Rasul telah menghafal al-Qur`an, jadi di dalam al-Qur`an sendiri telah disebut sifat-sifat Allah, dengan makna lain mereka telah menghafal sifat-sifat Allah melalui al-Qur`an, jadi jika umat Islam di suruh untuk menghafal sifat 20 dengan dalil Naqli ( al-Qur`an dan Hadis ) dan akal itu lebih mudah dari pada menghafal seluruh al-Qur`an.

Sifat-sifat Allah terlalu banyak sekali, baik disebutkan didalam al-Qur`an mahupun didalam hadis Rasul, jadi jika umat Islam di suruh untuk menghafal seluruh sifat -sifat yang ada, ini merupakan sesuatu yang memberatkan bagi umat Islam, sementara pengajian sifat dua puluh memudahkan umat Islam dengan menyebutkan sifat-sifat yang paling berpengaruh dari seluruh sifat-sifat yang lainnya, sebab jika sifat 20 ini tidak ada, maka sifat-sifat yang lain pun tidak akan ada pula, sebab itulah sifat-sifat Allah yang lain itu bergantung kepada sifat 20, dengan makna jika sifat wujud Allah tidak ada maka sifat pengampun, pemurah, penyayang dan lain-lainnya juga tidak ada, jika sifat qidam Allah tidak ada maka sifat menciptakan, memberi, kuat dan lain-lainnya juga tidak akan ada.

Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :

1. Wujud : Ertinya Ada

Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud ,

8

Page 9: Usul, fiq, tasawuf ringkas

maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) .

Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud , kerana wujud itu zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawa wujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya berkata mereka itu Allah yang menjadikan……………"( Surah Luqman : Ayat 25 )

Sifat Wujud ini mesti ada pada tuhan yang di sembah jika tidak ada maka dia tidak berhak dianggap tuhan, sementara dalil yang di petik darial-Qur`an adalah :

تمنون ( ما الخالقون ) ( 58أفرءيتم نحن أم تخلقونه وما ) 59وأنتم الموت بينكم قدرنا نحنبمسبوقين ( 60-58الواقعة ). 60نحن

Ertinya : Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan ( ke dalam rahim )? ( 58 ) Adakah kamu yang menciptakannya atau kami yang menciptakannya? ( 59 ) Kamilah yang menentukan kematian diantara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan ( 60 ).

2. Qidam : Ertinya Sedia

Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian :

1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala )

2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala )

3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada anak )

9

Page 10: Usul, fiq, tasawuf ringkas

4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun ) Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada Allah Ta'ala.

Allah s.w.t bersifatkan qadim maksudnya wujud Allah s.w.t tidak didahului oleh tiada, jika sesuatu didahului oleh tiada maka sesuatu itu tidak boleh disebut tuhan. Dalilnya : اآلخر وهو األول هو

Ertinya : Dia-lah yang awal dan yang akhir ( al-Hadid 3 ).

Tidak semestinya jika al-Qur`an tidak menggunakannya untuk sifat Allah berarti tidak boleh gunakan, selama maksud sifat itu terdapat didalam al-Qur`an dan telah menjadi istilah yang di terima oleh ulama maka sifat itu boleh digunakan, sebab Imam Abu Hanifah, Imam Tohawi dan lain-lainnya juga menggunakan kalimat ini. Sifat qidam juga telah di riwayatkan di Imam Ibnu Majah, Imam al-Hakim didalam Mustadrak, juga terdapat didalam sunan Ab Daud.

3. Baqa' : Ertinya Kekal

Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).

Allah berfirman : واإلكرام الجالل ذو ربك وجه ويبقى

Ertinya : Dan kekallah Zat Tuhan mu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. ( ar-Rahman 27 ).

Perkara –perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat dan Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa melainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di tungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah perkara yang diiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian :

1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.

2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan lain-lain lagi.

3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara yang diatas tadi ( Kedua ).

10

Page 11: Usul, fiq, tasawuf ringkas

4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu.

Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah ada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupai dengan yang baharu pada zatnya, sifatnya atau perbuatannya.

Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali zatnya berdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan , tiada berpihak ,tiada bertempat dan tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi ta'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia pada segala maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya di dalam Al-Quraan dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , maka perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'ala Yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat dengan segala sifat yang baharu.

11. …..tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Melihat.(As-Syura: 11)

5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya. Tidak berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak berkehendak kepada yang menjadikannya

Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya. Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu sama ada pada perbuatannya atau hukumannya. Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan undang-undang semuanya untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada sekalian makhluk.

Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah kerana kelebihan dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah. Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manfaat di atas ketaatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi mudarat kepada Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan kemungkaran hamba-hambanya. Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya adalah perkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-hamba-nya jua.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka pahalanya itu pada dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka bala-sannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke atas dirinya jua ".

( Surah Fussilat : Ayat 46 )

11

Page 12: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya, terbahagi kepada empat bahagian :

1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi- kannya iaitu zat Allah s.w.t.

2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu ).

3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak kepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) .

4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat iaitu sifat Allah Ta'ala.

6. Al – Wahdaniyyah. Ertinya : Esa

Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan. Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil ( yang berhubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang bercerai ).

Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil pada Zat ( menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zat Allah Ta'ala tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat dan lain-lain. Menafikan Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan yang bercerai pada zat Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain menyamai zat Allah Ta'ala.

Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil pada Sifat ( menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidak sekali-kali bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya dua qudrat dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan–bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat yang lain menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna.

Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan Kam Muttasil pada perbuatan ( menafikan bilangan yang bercerai–cerai pada perbuatan ) iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai seperti perbuatan Allah bahkan segala apa yang berlaku di dalam alam semuanya perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya dan hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada pada hakikat-nya seperti kufur dan maksiat sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan yang lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya pada usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas.

Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagi Kam yang lima itu iaitu :

12

Page 13: Usul, fiq, tasawuf ringkas

1) Kam Muttasil pada zat.

2) Kam Munfasil pada zat.

3) Kam Muttasil pada sifat.

4) Kam Munfasil pada sifat.

5) Kam Munfasil pada perbuatan.

Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lain menyamai dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .Dan tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepada menyengutukan Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menjejaskan serta merosakkan iman.

7. Al – Qudrah. Ertinya: peKuasa

Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan meniadakan tiap-tiap sesuatu. Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit (tetap) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah.

Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada mengadakan atau meniadakan , hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu. Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai fikiran dan fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad.

1) Iktiqad Qadariah :

Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang beriktiqad akan segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit atau berpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dan sedikitpun tiada bersangkut-paut dengan kuasa Allah s.w.t.

2) Iktiqad Jabariah :

Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya orang yang beriktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak dan qadar Allah semata-mata ( tiada usaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ).

3) Iktiqad Ahli Sunnah Wal – Jamaah :

Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut perjalanan Nabi dan perjalanan orang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata dan tidak memberi bekas segala perbuatan yang disengajanya, tetapi ada perbuatan yang di sengaja pada zahir itu yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas sebenarnya sengaja hamba itu daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala makhluk ada usaha dan ikhtiar pada zahir dan tergagah pada batin dan ikhtiar serta usaha hamba adalah tempat

13

Page 14: Usul, fiq, tasawuf ringkas

pergantungan taklif (hukum) ke atasnya dengan suruhan dan tegahan ( ada pahala dan dosa ).

8. Al – Iradah. Ertinya : Menghendaki

Menghendaki Allah Ta'ala. Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atau tiadanya. Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri pada Zat Allah Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus atas mumkin . Maka Allah Ta'ala yang selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu apa yang diperbuatnya.

Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah dengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala tentang rezeki , umur , baik , jahat , kaya , miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib ( bahagian ) di dalam dunia ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Janganlah kamu lupakan nasib (bahagian) kamu di dalam dunia ".(Surah Al – Qasash : Ayat 77)

Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh untuk kemajuan di dunia dan akhirat di mana menjunjung titah perintah Allah Ta'aladan menjauhi akan segala larangan dan tegahannyadan bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t.

9. Al – Ilmu. Ertinya : Mengetahui

Mengetahui Allah Ta'ala. Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang Maujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ). Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta'ala.

Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkara Itu tersembunyi atau rahsia dan juga yang terang dan nyata. Maka Ilmu Allah Ta'ala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu di Alam yang fana' ini.

10. Al – Hayat . Ertinya : Hidup

Hidup Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta’ala. Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak ( pendapat )Iaitu : sifat qudrat , iradat , Ilmu , Sama’ Bashar dan Kalam.

11. Al - Samu’ : Ertinya : peDengar Allah Ta'ala.

Mendengar Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada Zat Allah Ta’ala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap yang maujud sama ada yang maujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya atau yang ada itu harus sama ada atau telah ada atau yang akan diadakan. Tiada terhijab ( terdinding ) seperti dengan sebab jauh , bising , bersuara , tidak bersuara dan

14

Page 15: Usul, fiq, tasawuf ringkas

sebagainya. Allah Ta'ala Maha Mendengar akan segala yang terang dan yang tersembunyi. Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".(Surah An-Nisa'a - Ayat 148)

12. Al – Bashar : Ertinya : peLihat

Melihat Allah Ta'ala .Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat sama ada yang dapat dilihat oleh manusia atau tidak , jauh atau dekat , terang atau gelap , zahir atau tersembunyi dan sebagainya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

" Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan ".( Surah Ali Imran - Ayat 163 )

13 . Al – Kalam : Ertinya : peKata

Berkata-kata Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali, berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang wajib, maka ia menunjukkan atas yang wajib sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

" Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".( Surah Taha - Ayat 14 )

Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"...( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Ta'ala yang ketiga daripada tiga...". (Al-Mai'dah - 73 )

Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu".(Ash. Shaffaat- 96 )

Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang. Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakan iaitu :

1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendirikan solat dan lain-lain kefarduan.

2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain larangan.

3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun dan lain-lain.

4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taat dan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain.

15

Page 16: Usul, fiq, tasawuf ringkas

5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orang yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azab seksa yang amat berat.

14. Kaunuhu Qadiran :

Ertinya keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat.

15.Kaunuhu Muridan :

Ertinya keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Iradat.

16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan Tiap-tiap sesuatu.

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu.

17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup.

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Hayat.

18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yang Maujud.

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum, iaitu lain daripada sifat Sama'.

19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap yang Maujudat ( Benda yang ada ).

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Bashar.

20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata.

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat.

Bab 7 : Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t

Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi lawan daripada dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di sini sifat-sifat yang mustahil satu-persatu :

1. ‘Adam beerti “tiada”

16

Page 17: Usul, fiq, tasawuf ringkas

2. Huduth beerti “baharu”

3. Fana’ beerti “binasa”

4. Mumathalatuhu Lilhawadith beerti “menyerupai makhluk”

5. Qiyamuhu Bighayrih beerti “berdiri dengan yang lain”

6. Ta’addud beerti “berbilang-bilang”

7. ‘Ajz beerti “lemah”

8. Karahah beerti “terpaksa”

9. Jahl beerti “jahil/bodoh”

10. Mawt beerti “mati”

11. Samam beerti “tuli”

12. ‘Umy beerti “buta”

13. Bukm beerti “bisu”

14. Kaunuhu ‘Ajizan beerti “keadaannya yang lemah”

15. Kaunuhu Karihan beerti “keadaannya yang terpaksa”

16. Kaunuhu Jahilan beerti “keadaannya yang jahil/bodoh”

17. Kaunuhu Mayyitan beerti “keadaannya yang mati”

18. Kaunuhu Asam beerti “keadaannya yang tuli”

19. Kaunuhu A’ma beerti “keadaannya yang buta”

20. Kaunuhu Abkam beerti “keadaannya yang bisu”

Bab 8: Sifat Harus Bagi Allah s.w.t

Adalah sifat yang harus pada hak Allah Ta’ala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan tiada.

(Rujukan Buku: Tauhid Dalam Tasauf, Penulis: Jihad, Terbitan: Edaran Proaktif Sdn.Bhd. Cetakan pertama 2005).

17

Page 18: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Fikah Ibadah.

Bab 1 : Taharah / Bersuci

1. Definisi :

i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih 

ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.

2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.

3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukalaf lelaki dan perempuan.

4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :

" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bermaksud: " Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "

5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.

6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .

7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.

8. Syarat wajib taharah ialah :

Islam

18

Page 19: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Berakal

Baligh

Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).

Tidak lupa

Tidak dipaksa

Berhenti darah haid dan nifas

Ada air atau debu tanah yang suci.

Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.

9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.

10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:

م=اء>  025.048 م=اء< الس? م<ن= =ا @ن ل @ز= =ن و=أ <ه< ح@م=ت ر= =د=ي@ ي @ن= =ي ب ا ر> Eش@ ب =اح= ي Gالر س=ل= ر@= أ ?ذ<ي ال و=هEو=

ا ط=هEور>

Maksudnya : "Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "

11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.

12. Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:

Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.

o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.

Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah:

19

Page 20: Usul, fiq, tasawuf ringkas

م=ا  004.043  =مEوا =ع@ل ت ?ى ت ح= ى =ار= ك Eس Eم@ @ت =ن و=أ الص?الة= Eوا ب =ق@ر= ت ال Eوا آم=ن ?ذ<ين= ال Rه=ا ي= أ =ا ي

و@ = أ Sف=ر س= ع=ل=ى و@

= أ ض=ى م=ر@ Eم@ @ت Eن ك <ن@ و=إ Eوا ل =س< =غ@ت ت ?ى ح=ت Sيل> ب س= <ر<ي ع=اب <ال إ >ا Eب ن Eج و=ال Eون= =قEول ت>ا Gب ط=ي ص=ع<يد>ا =م?مEوا =ي ف=ت م=اء> =ج<دEوا ت =م@ ف=ل اء= Gس= الن EمE ت الم=س@ و@

= أ <ط< @غ=ائ ال م<ن= Eم@ @ك م<ن =ح=د\ أ اء= ج=ا غ=فEور> ع=فEوا =ان= ك ?ه= الل <ن? إ Eم@ @د<يك =ي و=أ Eم@ <وEجEوه<ك ب حEوا ف=ام@س=

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ” (Surah Al-Nisa’, 4:43)

3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.

4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.

Rujukan Kitab :

1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi . 4) 4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.

Bab 2: Najis

PENGERTIAN NAJIS

Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.

Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.

PEMBAHAGIAN NAJIS

Najis dari segi ‘ainnya terbahagi kepada dua:

20

Page 21: Usul, fiq, tasawuf ringkas

1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga:

i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.

ii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.

iii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya.

Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.

2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu’ dan hadath besar (janabah) yang dapat dihilangkan dengan mandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air.

Bahagian Najis

Najis ‘Aini Dan Najis Hukmi. Najis terbahagi kepada dua bentuk, iaitu najis  ‘aini dan najishukmi.

Pertama: Najis ‘aini, iaitu dzat (‘ain) najis tersebut atau sifatnya;

iaitu rasa, warna dan bau yang boleh dikesan dengan pancaindera. Kedua: Najis hukmi, iaitu dzat (‘ain) najis dan sifatnya yang tidak boleh dikesan dengan pancaindera, oleh sebab tersembunyi, tidak kelihatan atau hilang kesan najis tersebut; seperti air kencing yangtelah kering

Cara Membersihkan Najis ‘Aini Dan Hukmi

Cara membersihkan atau menyucikan bahagian atau tempat yangmampat (bukan jenis cecair) yang terkena najis adalah sepertiberikut:

1. Najis ‘Aini 

21

Page 22: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Sesuatu bahagian atau tempat  yang terkena selain najis mughallazhah (anjing dan babi), cara membersihkannya ialah menghilangkan dzat najis tersebut terlebih dahulu. Kemudiandiikuti dengan cucian atau basuhan (jirusan) menggunakan air muthlaq yang menghilangkan atau menghapuskan sifat najis iaitu rasa, warna dan bau. Jika perlu menggunakan seumpama sabundan dia mampu mengadakannya, maka hendaklah digunakan.

 Manakala sesuatu bahagian atau tempat yang terkena najis mughallazhah (anjing dan babi), maka cara membersihkannya atau menyucikannya ialah dengan cara menyertu. Caranya ialahbahagian yang terkena najis itu hendaklah dibasuh sebanyak 7 kali dengan air muthlaq, salah satu daripadanya hendaklah air yang bercampur dengan tanah yang suci dengan kadar sekira-kira keruhair tersebut. Perlu juga diingat, jika masih terdapat dzat najis, maka hendaklah terlebih dahulu dihilangkan dzat najis itu kemudian barulah dilakukan sertu.

Perkara ini berdasarkan hadits  yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah  Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah  Shallallahu ‘alaihiwasallam bersabda: Maksudnya: “Apabila anjing menjilat pada bejana salah seorang di antara kamu, maka cucilah ia  dengan tujuh kali cucian, salahsatunya (air) yang bercampur dengan tanah.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Keadaan yang dituntut untuk menyertu sesuatu bahagian atau tempat yang terkena najis  mughallazhah ialah apabila salah satu atau kedua-dua pihak itu dalam keadaan basah, sama ada kerana menyentuh atau tersentuh najis tersebut atau suatu bahagian atautempat itu menjadi najis disebabkan olehnya.

2. Najis Hukmi

Cara membersihkan atau menyucikan bahagian atau tempat yang terkena najis hukmi, iaitu yang tidak lagi didapati dzat dan sifat (bau, rasa dan warna) najis, seperti kencing yang telah kering, ialahmemadai dengan menjirus (mengalirkan) air ke atasnya sebanyak satu kali jirusan. Memadai, yakni terhasil, kebersihan dan kesucian bahagian atau tempat yang terkena najis itu  walaupun tanpadilakukan oleh sesiapa (pelaku), umpama bahagian atau tempat itu dijirus atau disirami oleh air hujan. Manakala cara menyucikan najis  hukmi daripada jenis najis

22

Page 23: Usul, fiq, tasawuf ringkas

mughallazhah yang sudah hilang dzat  dan sifatnya ialah dengan cara menyertu sepertimana yang telah dijelaskan terdahulu.

Kesan Najis ‘Aini Sukar Dihilangkan Atau Dihapuskan Dalam keadaan tertentu, walaupun dzat najis itu dapat dihilangkan, namun kadang-kala terdapat  kesukaran untuk menghilangkankeseluruhan kesan atau sifat najis, seumpama kesan warna darah dan bau arak yang sukar untuk dihilangkan.

Jika ini yang berlaku, memadailah dengan menghilangkan dua daripada tiga sifat najis, umpamanya rasa dan warna atau rasa dan bau. Akan tetapi hendaklah digosok dengan bersungguh-sungguhterlebih dahulu bahagian atau  tempat yang masih ada kesan bau atau warna dengan air sebanyak 3 kali. Setelah dilakukan sedemikian dan masih juga terdapat bau atau warna najis,sekalipun daripada najis mughallazhah, maka bahagian atau tempat itu dianggap sudah bersih atau suci. Sekiranya dia berupaya untuk menghilangkan kesan najis tersebut selepas itu, maka tidak wajib ke atasnya lagi untuk menghilangkannya. Adapun sifat ‘rasa’ daripada najis tersebut, mestilah dihilangkan, kecuali jika terdapat keuzuran, maka ia adalah dimaafkan. Maksud keuzuran di sini rasa najis itu tidak hilang melainkan dengan dipotong bahagian yang terkena  najis itu. Sekiranya kemudian daripada itu dia berupaya untuk  menghilangkan ‘rasa’ najis tersebut, maka wajib menghilangkannya.

Manakala dalam menentukan rasa  dan bau najis tersebut sudah hilang atau belum, adalah memadai dengan adanya sangkaan yang kuat bahawa rasa dan bau najis itu sudah hilang dan ianya tidak wajib diuji dengan merasanya ataupun menghidunya.

NAJIS YANG DIMAAFKAN

Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan:

1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing.

2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah.

3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.

23

Page 24: Usul, fiq, tasawuf ringkas

4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap atau kudis.

CARA MENYUCI NAJIS

Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja’, membasuh dan menyamak.

Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut:

1. Najis mughallazah (berat): Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

2. Najis mutawassitah (pertengahan)

Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa). Setengah pendapat mengatakan hendaklah dihilang ain najis terlebih dahulu dan dibasuh hingga 3 kali bagi menghilang sifat najis.

3. Najis mukhaffafah (ringan)

Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya.

*Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.

Bab 3: Hadath

PENGERTIAN HADATH

Hadath dari segi bahasa bererti sesuatu yang datang atau berlaku.

Hadath dari segi syara‘ bermaksud sesuatu yang berlaku pada tubuh badan yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadah.

Ia terbahagi kepada hadath kecil dan hadath besar.

1. Hadath kecil ialah sesuatu perkara yang membatalkan wudhu’.

2. Hadath besar ialah sesuatu perkara yang mewajibkan mandi.

SEBAB HADATH DAN KESANNYA

24

Page 25: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Sebab hadath kecil adalah sebab yang membatalkan wudhu’. Maka kesan daripada berhadath kecil adalah terbatalnya wudhu’ dan diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.

2. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.

3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.

Sebab hadath besar pula adalah berjunub, keluar haidh atau nifas dan melahirkan anak.

Apabila seseorang berhadath besar kerana berjunub, maka dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.

2. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.

3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.

4. Membaca Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.

5. Beri‘tikaf di dalam masjid.

Apabila seseorang berhadath besar kerana keluar haidh dan nifas, maka dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.

2. Berpuasa.

3. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.

4. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.

25

Page 26: Usul, fiq, tasawuf ringkas

5. Membaca Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.

6. Masuk, duduk dan beri‘tikaf di dalam masjid walaupun dengan wudhu’.

7. Bersetubuh.

8. Talaq.

CARA MENGHILANGKAN HADATH

Untuk menghilangkan hadath kecil ialah dengan berwudhu’ atau tayammum apabila tidak dapat melakukan wudhu’.

Untuk menghilangkan hadath besar ialah dengan mandi atau bertayammum sebagai ganti daripada mandi.

Bab 4 : Haid, Nifas dan Hamil/Wiladah

HAID

Iaitu darah yang keluar dari kemaluan perempuan pada masa sedang sihat a’fiat ialah kerana menurut tabiat perempuan. Darah yang keluar daripada perempuan selain daripada beranak (wiladah) atau nifas atau penyakit.

Sekurang-kurangnya umur bagi perempuan yang boleh keluar darah haid itu dari sembilan tahun ke atas iaitu 9 tahun hijrah (8 tahun 9 bulan Masihi) sehingga putus haid (monopaus). Tidak dikira darah haid, darah yang keluar dari perempuan yang belum cukup umurnya 9 tahun hijrah.

Tempohnya

Darah yang dikira haid adalah sekurang-kurangnya 1 hari 1 malam (24jam) dan tidak melebihi 15 hari 15 malam (360 jam), kebiasaannya antara 6 dan 7 hari. Jika kurang dari 1 hari atau melebihi 15 hari ianya bukan lagi dikira haid, ianya darah istihadhah. Bagi perempuan yang melebihi 15 hari maka dia wajib sembahyang atau puasa walaupun masih keluar darah, tetapi mesti mengentahui segala syarat bagi orang yang istihadhah untuk beribadat. (akan diterangkan selepas ini).

Suci diantaranya

Sekurang-kurangnya suci diantara satu haid ke satu haid itu lima belas hari, biasanya dua puluh empat hari. Ada juga perempuan tiada keluar haid dari kecil hingga besar atau haid telah putus daripadanya maka masa suci baginya itu tidak terhingga. Masa antara suci dan haid (antara dua haid) adalah sekurang-kurangnya 15 hari 15 malam dan tiada dihadkan untuk yang melebihi 15 hari. Darah yang keluar sebelum tibanya hari yang ke15 setelah sucinya, tidak dikira haid, ianya darah

26

Page 27: Usul, fiq, tasawuf ringkas

istihadhah juga. Contohnya: Si A datang haid pada 1hb dan suci daripada pada 7hb, tiba-tiba pada 20hb dia keluar darah lagi. Ini tidak dikira haid kerana masa sucinya belum mencukupi 15 hari dan wajib bagi perempuan ini sembanhyang atau puasa, Haid juga keluar dari perempuan yang mengandung tetapi amat jarang berlaku. Hukum bagi orang ini sama dengan orang haid.

Warna darah haid

Warna darah haid itu merah tua, rasanya hangat apabila ia keluar. Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;

1. Hitam

2. Merah

3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)

4. Kuning

5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).

Caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci. Dalam Mazhab Syafie hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Untuk memastikan darah haid sudah habis ialah dengan memasukkan sedikit kapas dalam kemaluan dan lihat pada kapas tadi. Jika keluar air jernih, kapas putih atau kapas kering. Itu menandakan darah haid sudah tiada dan boleh untuk mandi wajib. Jika keluar kapas yang ada warna hitam, merah, antara merah dan kuning, kuning atau keruh. Ini bermakna wanita itu masih dalam haid.

PERHATIAN! Tanda wanita itu bersih ialah pada kapas tadi keluar air jernih, kapas putih atau kapas kering. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh seperti diterangkan diatas, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.

27

Page 28: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

PERKARA YANG DILARANG SEMASA HAID DAN NIFAS

1. Duduk atau diam dalam masjid walaupun seketika, dimaafkan jika hanya lalu di dalam masjid (masuk pintu lain, keluar pintu lain) tanpa berhenti dengan syarat darah haid itu tidak bertitik dalam masjid, jika tidak yakin darah tidak bertitik semasa lalu dalam masjid, jagan lalu terus dalam masjid.( tidak boleh melintasi masjid jika dikuatiri akan mencemarkan masjid )

2. Puasa fardhu atau sunat walaupun puasa qadha'.3. Haram atas suaminya menceraikan isterinya dalam waktu ini.4. Haram atas suaminya bergurau senda dengan isterinya antara pusat dan lutut

termasuk jima' (bersetubuh) dengannya, ada pendapat yang bukan jumhur hanya mengharamkan jima' sahaja.

5. Termasuk juga perkara yang diharamkan bagi orang yang berjunub (berhadas besar):

a.Sembahyang sunat dan fardhu atau qadha'.b.Baca Quran walaupun niat zikir dan untuk niat belajar, tiada diharamkan

zikir dan ayat Al Quran yang sudah dikategorikan sebagai zikir oleh ulama seperti basmalah, tahmid, tahlil dan sebagainya. Tidak haram juga ayat Quran yang sudah menjadi kebiasaan orang arab bertutur dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana lidah mereka sudah terbiasa mengucapkan kalimah tersebut.

c.Menanggung mush-haf (kitab Quran) termasuk juga menyentuh Quran, termasuk barang- barang yang berkait secara langsung dengan Quran itu seperti rehal, penunjuk Quran, dan beg Quran yang tiada diguna untuk perkara lain. Menanggung Quran bersama kitab-kitab lain adalah diharuskan jika tidak diqashadkan (diniatkan) menanggung Quran.

d.Membaca khutbah Jumaat atau khutbah dua hari raya. (lelaki)e.Sujud tilawah dan sujud syukurf. Tawaf di Baitullah (kaabah)

28

Page 29: Usul, fiq, tasawuf ringkas

ISTIHADHAH

Iaitu darah perempuan yang keluar bukan masa haid dan nifas. Seperti darah haid yang keluar lebih daripada lima belas hari lima belas malam atau darah yang keluar dahulu dari melahirkan anak dan yang keluar di atas enam puluh hari dan ini harus di namakan darah penyakit.

Darah yang keluar dari perempuan bukan kerana bersalin atau nifas dan bukannya haid. Ada perempuan yang terus menerus keluar darah dari kemaluannya selama 3 bulan malah boleh mencapai lebih 2 tahun. Inilah darah istihadhah.

Katakan pada bulan lepas datang haid pada 1hb dan habis pada 7hb iaitu cukup enam hari tempoh keluar darah haid. Pada bulan ini darah keluar dari hari pertama dan berhenti pada hari kelima. Wajib wanita tadi tunggu hingga cukup enam hari seperti adab sebelum ini. Katakan darah haid hanya lima hari sahaja. Jadi solat pada hari keenam itu wajib dikodor. Wanita tadi tidak boleh solat pada hari keenam kerana dia perlu tunggu mengikut adab haidnya. Katakan bulan lepas datang haid pada 1hb dan habis pada 7hb iaitu cukup enam hari, pada bulan ini haidnya 1hb, berhenti seketika pada 5hb iaitu hari keempat haid, dan datang pula 7hb iaitu hari keenam. Maka solat pada hari kelima itu tidak perlu diganti kerana keenam-enam hari itu dikira haid.

Contoh Si A datang haid pada 1 hb dan tidak berhenti sehingga beberapa bulan. Diantara hari pertama hingga hari 15 dia dikira haid dan antara hari 16 hingga hari berakhir darah tersebut dikira istihadhah dan 1hb yang berikutnya dia kembali dikira haid sehingga 16hb(15 hari 15 malam) juga dan begitulah seterusnya.

PERHATIAN pada masalah di atas dikira darah haidnya sehingga 15 hari 15 malam ialah sekiranya bau dan warna darahnya sama. Jika tidak. Dia perlu catat dan perhati dalam tempoh keluar darah tersebut berapa harikah yang warna darahnya paling terang. Contohnya hari pertama hingga keenam darahnya warna hitam, hari ketujuh dan seterusnya merah. Jadi hukum pada darah itu ialah hari pertama hingga hari keenam sahaja dikira haid. Dikira haid hari yang darahnya pekat sahaja. Hukum ini boleh dikira sekiranya bau darah haidnya sama sahaja.

PERHATIAN sekiranya bau darah haid tidak sama hukum pada warna sudah terbatal. Kini hukum pada bau darah. Contohnya hari pertama hingga keenam bau darahnya paling kuat(busuk,hanyir dan sebagainya), hari ketujuh dan seterusnya bau darah tidak sekuat hari pertama hingga hari keenam. Jadi hukum pada darah itu ialah hari pertama hingga hari keenam sahaja dikira haid. Dikira haid hari yang berbau darahnya paling kuat. Kedua-dua hukum di atas berlaku dan boleh dikira sekiranya haid melebihi 15 hari. Sekiranya haid sehari semalam hingga 15 hari, hukumnya kelima-lima belas hari 15 malam itu ialah tempoh darah haid.

Ciri-ciri Istihadhah

29

Page 30: Usul, fiq, tasawuf ringkas

1. Wanita umur kurang dari dari sembilan tahun ke atas iaitu 9 tahun hijrah (8 tahun 9 bulan Masihi).

2. Wanita yang keluar darah melebihi batasan haid 15 hari dan 15 malam. Atau wanita yang mengeluarkan darah kurang dari 24 jam atau satu hari dan satu malam.

3. Wanita yang mengeluarkan darah melebihi batasan masa nifas 60 hari dan 60 malam.

4. Wanita didatangi darah sebanyak dua kali yang diselangi dengan masa suci kurang dari 15 hari dan 15 malam(kurang 360 jam antara tempoh masa haid pertama dan kedua).

Hukum Istihadhah

1. Tidak wajib mandi ketika ingin mengerjakan solat wajib ataupun sunat pada bila-bila masa. Kecuali satu kali ketika haidnya sudah berhenti. Wajib mandi selepas haid berhenti sahaja.

2. Orang Istihadhah wajib berwuduk setiap kali hendak mengerjakan solat. (hukum sama seperti kencing tak lawas dan buasir)

3. Hendaklah ia membasuh kemaluannya sebelum berwuduk dan kemudian ia menutup kemaluannya dengan sehelai kain atau kapas untuk menahan atau mengurangi najis daripada terus keluar. Jika cara ini tidak berjaya menahan darah istihadhah, maka hendaklah ia menyumbat atau mengikat kemaluannya supaya tidak bocor.

4. Tidak menjadi halangan bagi suami yang ingin menjimak isterinya ketika istihadhah. Ini merupakan pendapat majoriti para ulamak, kerana ia tidak mempunyai satu dalilpun yang mengharamkannya.

5. Hukum wanita istihadhah sama sepertimana wanita yang suci daripada haid dan nifas. wanita istihadhah boleh mengerjakan solat, puasa, tawaf, membaca Al-Quran, menyertuh Al-Quran dan sebagainya.

NIFAS

Iaitu darah perempuan yang keluar pada masa melahirkan anak atau darah yang keluar setelah lahir anak itu.

Tempohnya

30

Page 31: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Sekurang-kurang masa keluar darah nifas itu sekelip mata(1 saat) iaitu sedikit sangat dan biasanya empat puluh hari dan selama-lama masanya enam puluh hari. Palig cepat dikira ialah 1 saat dan paling lama 60 hari.

Masalah nifas sama dengan masalah haid pada adat. contoh sebelumnya atau tahun lepas nifas ibu ini 40 hari. Untuk terkini atau tahun ini kena tunggu sehingga 40 hari juga. Sama seperti masalah haid. Katakan lebih 40 hari darahnya. Dia perlu tunggu sehingga 60 hari. Kerana nifas tempoh paling lamanya ialah 60 hari.

HAMIL/WILADAH

Sekurang-kurangnya masa mengandung itu enam bulan dan biasanya sembilan bulan ada juga lebih lama dari masa ini sehingga tiga tahun. Apabila habis darah haid atau nifas wajiblah di atas perempuan itu bersuci iaitu mandi melainkan istihadhah, tiada wajib mandi hanya memadai ia berbasuh. (Sumber Rujukan : 1) Kitab Tuntutan

Ibadah Oleh Syeikh Ali Abdullah)

Bab 5: Istinja'

PENGERTIAN ISTINJA’

Istinja’ bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau batu atau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat menghilangkan najis dan tidak haram menggunakannya.

HUKUM ISTINJA’

Hukum istinja’ untuk menghilangkan najis adalah wajib. Sunat beristinja’ dengan batu kemudian dibasuh dengan air. Harus memilih untuk beristinja’ dengan hanya menggunakan air sahaja atau menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan najis. Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana air lebih berupaya dan berkesan untuk menghilangkan najis.

Jika menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:

1. Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.

2. Tidak merebak ke bahagian lain.

3. Tidak bercampur dengan najis yang lain.

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan air.

31

Page 32: Usul, fiq, tasawuf ringkas

ADAB MEMBUANG AIR

1. Haram menghadap ke arah qiblat atau membelakanginya apabila membuang air di kawasan lapang. Walaubagaimanapun, disunatkan juga tidak menghadap atau membelakangi qiblat apabila membuang air di dalam bangunan seperti tandas atau apabila ada dinding atau tabir antara orang itu dengan qiblat.

2. Makruh membuang air di dalam air yang tidak mengalir atau di dalam air mengalir yang sedikit, tetapi jika air mengalir itu banyak, maka yang lebih baik dielakkan dari membuang ke dalamnya. Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim yang bermaksud:

“Bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam menegah membuang air (kencing) di dalam air yang tidak mengalir.”

3. Makruh membuang air di bawah pokok buah-buahan sama ada ketika berbuah atau tidak.

4. Makruh membuang air di dalam lubang dan di celah rekahan tanah.

5. Makruh membuang air di jalan, di tempat teduh dan di dalam lubang yang bukan digali khas untuk membuang air.

6. Makruh bercakap ketika membuang air kecuali kerana sesuatu keperluan.

7. Makruh menghadap ke arah matahari atau bulan ketika membuang air.

8. Sunat berlindung daripada pandangan manusia.

9. Haram membawa bersama-sama sebarang benda yang ada catatan nama Allah, Al-Qur’an dan seumpamanya ketika membuang air.

Bab 6 : WUDHU'

PENGERTIAN WUDHU’,

Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.

Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan

32

Page 33: Usul, fiq, tasawuf ringkas

akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

HUKUM WUDHU’

Hukum wudhu’ adalah seperti berikut:

1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.

2. Sunat. Banyak perkara yang disunatkan berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu’.

HIKMAH WUDHU’

Hikmah berwudhu’ ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin.

FARDHU WUDHU’

1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka. Niat wudu’ adalah seperti berikut:

Maksudnya:“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.

atau

Maksudnya:“Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.

2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.

3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.

33

Page 34: Usul, fiq, tasawuf ringkas

4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala.

5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.

6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur.

SYARAT-SYARAT WUDHU’

Terdapat dua syarat dalam wudhu’ iaitu syarat wajib dan syarat sah.

Syarat Wajib Wudhu’

1. Islam.

2. Baligh.

3. Berakal.

4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi.

5. Berlakunya hadath.

6. Suci daripada haidh dan nifas.

7. Kesempitan waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.

Syarat Sah Wudhu’

1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.

2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’.

3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.

4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas.

Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhu’ mengikut ulama’ mazhab Syafi‘i, iaitu:

1. Islam.

2. Mumayyiz.

3. Suci daripada haidh dan nifas.

4. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.

34

Page 35: Usul, fiq, tasawuf ringkas

5. Mengetahui kefardhuan wudhu’.

6. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat.

7. Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu’.

8. Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air.

9. Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu.

10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’.

11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan.

12. Muwalat, iaitu berturutan.

SUNAT WUDHU’

Perkara sunat ketika berwudhu’ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:

1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz 

2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.

3. Berkumur-kumur.

4. Memasukkan air ke dalam hidung.

5. Menyapu seluruh kepala.

6. Menyapu dua telinga.

7. Menyelati janggut yang tebal.

8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.

9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.

10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.

11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.

12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.

13. Menggosok anggota wudhu’ supaya lebih bersih.

14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.

15. Menghadap qiblat.

35

Page 36: Usul, fiq, tasawuf ringkas

16. Membaca doa selepas berwudhu’, iaitu:

Maksudnya:“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih.”

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’

1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi.

2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk.

3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya.

4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah mati.

5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri.

6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

Bab 7 : PENYAPUAN KHUF

PENGERTIAN KHUF

Khuf atau muzah ialah sejenis pakaian yang diperbuat daripada kulit yang menutup bahagian kaki( kasut askar spike boot tidak menepati ciri khuf kerana ada lubang kecil di bahagian tepi kasut.) yang diwajibkan basuh ketika berwudhu’ iaitu kaki dan buku lali ke atas, seperti sarung kaki. Bahagian khuf yang disapu ialah bahagian luar sebelah atas bukan tapak.

Menyapu khuf adalah sebagai gantian bagi membasuh kedua-dua belah kaki dalam berwudhu’. Ia adalah suatu rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan oleh syara‘ untuk kemudahan umat Islam terutamanya ketika musim sejuk.

CARA PENYAPUAN KHUF

36

Page 37: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Tempoh sesuatu pemakaian khuf ialah satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang bermusafir, berdasarkan hadith riwayat Muslim yang bermaksud:

“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam memberi (rukhsah untuk menyapu khuf) selama tiga hari dan tiga malamnya kepada orang musafir dan satu hari satu malam bagi orang yang bermukim”.

Tempohnya ialah bermula dari mula memakai khuf selepas mengangkat hadath sama ada berwudhu’ atau mandi mengangkat hadath.

Caranya ialah apabila seseorang itu selesai bersuci dari hadath sama ada mengambil wudhu’ atau mandi mengangkat hadath, ia hendaklah memakai kedua-dua belah khuf tanpa ditanggalkan lagi selama satu hari satu malam (24 jam). Apabila ia terbatal wudhu’ dengan sebab hadath kecil dalam tempoh 24 jam itu, maka ia mengambil wudhu’ semula tetapi bila sampai giliran membasuh kaki, ia tidak perlu membuka khuf dan membasuh kaki, sebaliknya menyapu di atas khuf yang dipakainya itu sebagai gantian membasuh kaki. Begitulah seterusnya setiap kali mengambil wudhu’ dalam tempoh 24 jam itu. Apabila tamat tempoh 24 jam tadi barulah ia wajib membasuh kaki semula ketika mengambil wudhu’ baru dan bermula pula tempohnya.

SYARAT KEHARUSAN PENYAPUAN KHUF

1. Memakai khuf ketika suci sepenuhnya daripada hadath besar dan kecil.

2. Khuf yang bersih serta menutup semua bahagian kaki yang wajib dibasuh ketika berwudhu’.

3. Khuf yang kukuh yang boleh digunakan untuk meneruskan perjalanan biasa.

4. Khuf yang sempurna dan tiada kerosakan padanya.

5. Khuf yang tidak meresap air.

6. Khuf yang tebal yang tidak menampakkan kulit kaki.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PENYAPUAN KHUF

1. Semua perkara yang mewajibkan mandi hadath seperti berjunub, haidh dan nifas.

2. Mencabut salah satu khuf atau kedua-duanya sekali atau rosak khuf.

3. Tamat tempoh sapuan khuf iaitu satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang musafir.

Bab 8 : Tayammum

PENGERTIAN TAYAMMUM

37

Page 38: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia.

·Disyari‘atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:

<ل=ى  005.006 إ Eم@ =ك @د<ي =ي و=أ Eم@ وEجEوه=ك Eوا ل ف=اغ@س< الص?الة< <ل=ى إ Eم@ قEم@ت <ذ=ا إ Eوا آم=ن ?ذ<ين= ال Rه=ا ي= أ =ا ي

<ن@ و=إ وا Eف=اط?ه?ر >ا Eب ن Eج Eم@ @ت Eن ك <ن@ و=إ @ن< =ي =ع@ب @ك ال <ل=ى إ Eم@ =ك ل Eج ر@= و=أ Eم@ ك ءEوس< Eر> ب حEوا و=ام@س= اف<ق< @م=ر= ال

=م@ ف=ل اء= Gس= الن EمE ت الم=س@ و@= أ <ط< @غ=ائ ال م<ن= Eم@ @ك م<ن =ح=د\ أ اء= ج= و@

= أ Sف=ر س= ع=ل=ى و@= أ ض=ى م=ر@ Eم@ @ت Eن ك

Eه? الل Eر<يدE ي م=ا Eه@ م<ن Eم@ @د<يك =ي و=أ Eم@ <وEجEوه<ك ب حEوا ف=ام@س= >ا Gب ط=ي ص=ع<يد>ا =م?مEوا =ي ف=ت م=اء> =ج<دEوا تون= EرE ك =ش@ ت Eم@ ?ك =ع=ل ل Eم@ @ك =ي ع=ل Eه= <ع@م=ت ن <م? Eت <ي و=ل Eم@ ك Eط=هGر= <ي ل Eر<يدE ي =ك<ن@ و=ل Sج ح=ر= م<ن@ Eم@ @ك =ي ع=ل =ج@ع=ل= <ي ل

Maksudnya:“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”(Surah Al-Ma’idah, 5:6)

Semua ibadah atau amalan ta‘at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur’an, sujud tilawah dan beri‘tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu’ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.

SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM

1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.

2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.

3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.

SYARAT TAYAMMUM

1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta‘mal, tidak bercampur benda lain.

2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.

3. Hilang najis terlebih dahulu.

38

Page 39: Usul, fiq, tasawuf ringkas

4. Masuk waktu sembahyang.

5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.

6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.

ANGGOTA TAYAMMUM

1. Muka.

2. Dua belah tangan hingga siku.

RUKUN TAYAMMUM

1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:

Maksudnya:“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”

2. Menyapu muka.

3. Menyapu kedua-dua belah tangan.

4. Tertib.

SUNAT TAYAMMUM

1. Membaca basmalah iaitu lafaz 

2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka.

3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM

1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.

2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.

3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

Bab 9: Mandi

PENGERTIAN MANDI

39

Page 40: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.

Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.

PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI

1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.

2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.

3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.

4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).

5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.

6. Mati, kecuali mati syahid.

FARDU MANDI

1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.

Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:

Maksudnya:“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.

atau

Maksudnya:“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.

Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:

40

Page 41: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Maksudnya:“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.

atau

Maksudnya:“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.

2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.

3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.

PERKARA SUNAT SEMASA MANDI

Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:

1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz 

2. Berwudhu’ sebelum mandi.

3. Membasuh dua tapak tangan.

4. Menggosok seluruh bahagian badan.

5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.

6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.

7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

MANDI-MANDI SUNAT

Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:

1. Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.

2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.

3. Mandi kerana minta hujan (istisqa’).

4. Mandi kerana gerhana bulan.

5. Mandi kerana gerhana matahari.

41

Page 42: Usul, fiq, tasawuf ringkas

6. Mandi kerana memandikan mayat.

7. Mandi kerana masuk agama Islam.

8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.

9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.

10. Mandi ketika hendak ihram.

11. Mandi kerana masuk Makkah.

12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.

13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.

14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.

15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.

16. Mandi kerana sa‘i.

17. Mandi kerana masuk ke Madinah.

Bab 10 : Azan dan Iqamah

PENGERTIAN AZAN DAN IQAMAH

Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu.

Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.

Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang.

HUKUM AZAN DAN IQAMAH

Azan dan iqamah adalah sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama‘ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha’ atau tunai bagi orang lelaki.

Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara ‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama‘ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan suara mereka.

42

Page 43: Usul, fiq, tasawuf ringkas

LAFAZ AZAN DAN ATURAN MELAKUKANNYA

Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak empat

kali dan lafaz kalimah tawhid   hanya sekali sahaja.

Lafaz tersebut adalah seperti berikut:

Pada azan subuh pula ditambah kalimah  sebanyak dua

kali selepas   kali yang kedua.

Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan berjama‘ah seperti sembahyang sunat hari raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma dilaungkan semasa hendak menunaikannya dengan lafaz

 atau pada sembahyang tarawih

diucap  .

SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH

1. Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam.

2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.

3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada jama‘ah ketika sembahyang berjama‘ah.

4. Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.

5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.

6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.

PERKARA SUNAT SEMASA AZAN

1. Mu’azzin hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.

43

Page 44: Usul, fiq, tasawuf ringkas

2. Menghadap ke arah qiblat.

3. Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.

4. Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.

5. Dilakukan secara berdiri kecuali uzur.

6. Memalingkan muka ke sebelah kanan semasa menyebut   

dan ke sebelah kiri semasa menyebut   dengan keadaan dada yang tetap.

7. Melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.

8. Melakukan tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut

kalimah   sebanyak dua kali selepas laungan

.

9. Meletakkan jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan untuk meninggikan suara.

10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi apa yang disebut oleh mu’azzin kecuali ketika mu’azzin menyebut kalimah 

 dan  , maka hendaklah dijawab

dengan kalimah  . Begitu juga ketika tathwib, hendaklah dijawab dengan lafaz .

11. Berdoa dan salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas azan seperti berikut:

LAFAZ IQAMAH DAN ATURANNYA

Lafaz iqamah mempunyai sebelas kalimah, setiap kalimah diucapkan hanya sekali sahaja kecuali takbir yang pertama dan akhirnya diulang sebanyak dua

44

Page 45: Usul, fiq, tasawuf ringkas

kali. Begitu juga dengan lafaz   yang diucapkan

selepas kalimah  juga diulang sebanyak dua kali.

Lafaz iqamah adalah seperti berikut:

Syarat-syarat iqamah adalah sama seperti azan, tetapi dibolehkan jika dilakukan oleh kaum wanita sama ada semasa sembahyang bersendirian atau berjama‘ah sesama mereka.

Selain itu, iqamah juga disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamah hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyari‘atkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.

Perkara-perkara sunat semasa iqamah juga hampir sama dengan azan, cuma disunatkan kepada orang yang mendengar iqamah menjawab dengan

kalimah  semasa bilal menyebut  yang kedua.

AZAN DAN IQAMAH UNTUK TUJUAN SELAIN SEMBAHYANG

Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain:

1. Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam sendiri telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.

2. Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir.

3. Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan.

Bab 11 Solat

PENGERTIAN SOLAT

45

Page 46: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. 

Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy.

WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:

“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.” 

Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:

1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.

2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.

46

Page 47: Usul, fiq, tasawuf ringkas

4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.

5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.

WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLAT

Terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya, iaitu:

1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.

2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari.

3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).

4. Selepas sembahyang ‘Asar hingga terbenam matahari.

5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.

Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:

1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.

2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah.

Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:

1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang telah luput (qadha’), jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.

2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).

3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.

4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.

47

Page 48: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang ditegah melakukan sembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki mimbar masjid untuk membaca khutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali sunat rawatib pada kedua-duanya.

Bab 12 : Syarat-syarat Sah Solat

SYARAT-SYARAT SOLAT

Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.

SYARAT WAJIB SOLAT

Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang. 

Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam.

2. Baligh.

3. Berakal.

4. Suci daripada haidh dan nifas.

5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.

6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.

SYARAT SAH SOLAT

Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. 

Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:

1. Suci daripada hadath kecil dan besar.2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak

dimaafkan.3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin

atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.

4. Menutup aurat.5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).

48

Page 49: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Bab 13 : Rukun Solat

Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:

1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.

2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.

3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz  . Boleh

juga dengan lafaz   atau  . Syarat-syarat takbir ialah :

Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.

Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.

Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.

Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.

Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.

Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.

4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:

Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.

Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.

Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.

Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.

49

Page 50: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.

5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.

6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.

7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:

Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.

Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.

Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.

Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.

Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.

Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.

Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.

8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:

Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.

Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.

50

Page 51: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.

9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.

10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:

Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.

Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.

Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.

Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).

Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.

11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-

kurangnya  . Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah:

Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

Hendaklah dengan lafaz “Muhammad”  . Boleh juga dengan lafaz

“Rasulullah”   atau “An-Nabiy”  .

Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.

51

Page 52: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.

12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:

Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam   iaitu  ,

maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin  .

Diucapkan dengan “kaf al-khitab”   bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.

Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.

Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama‘”   yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai.

Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.

Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.

Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.

Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.

Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.

13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

Bab 14 : Perkara Sunat Dalam Solat

Sunat ketika melakakukan sembahyang ada dua jenis iaitu sunat ab'adh dan sunathai'ah. Sunat ab'adh ialah setiap perkara yang sangat dituntut untuk dilaksanakan di mana jika ditinggalkan maka sunat diganti dengan sujud sahwi pada akhir sembahyang (sebelum memberi salam). Manakala sunat hai'ah pula ialah setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sudud sahwi.

Sunat Ab‘adh

1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk selepas melakukan setiap dua raka‘at dalam sembahyang Zuhur, ‘Asar, Maghrib dan ‘Isya’.

52

Page 53: Usul, fiq, tasawuf ringkas

2. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud awal tanpa disambung dengan salawat ke atas ahli keluarga Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.

3. Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud akhir.

4. Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat ab‘adh di atas.

5. Bacaan qunut semasa i‘tidal pada raka‘at sembahyang Subuh, pada raka‘at akhir sembahyang witir ketika separuh kedua bulan Ramadhan iaitu selepas malam kelima belas.

Sunat Hai’ah

Sunat hai’ah sangat banyak semasa melakukan sembahyang. Secara umumnya, sunat hai’ah boleh diringkaskan kepada perkara-perkara berikut:

1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku‘ dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada tasyahhud awal.

2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.

3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.

4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.

5. Membaca al-isti‘azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.

6. Selain daripada itu, ma’mum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat-tempat yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua raka‘at pertama sembahyang Maghrib dan ‘Isya’, Juma‘at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa’, tarawih, witir ramadhan, dua raka‘at selepas tawaf pada malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah memperlahankan suara.

7. Membaca   selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma’mum atau bersendirian.

8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan ma’mum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada raka‘at ketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan dua raka‘at pertama.

9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain.

53

Page 54: Usul, fiq, tasawuf ringkas

10. Membaca  semasa mengangkat kepala daripada ruku‘.

11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.

12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud.

13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada selain mereka yang masbuq dan yang lupa.

14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.

15. Berdoa dan ta‘awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas tasyahhud akhir.

16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.

17. Khusyu‘, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.

Bab 15 : Perkara Makruh Dalam Solat

PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG

Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.

Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:

1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.

2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.

3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.

4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau dalam dua raka‘at.

5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.

6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.

7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab.

54

Page 55: Usul, fiq, tasawuf ringkas

8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.

9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.

10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.

11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.

12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.

13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.

14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.

15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.

16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.

17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.

Bab 16 : Perkara Yang Membatalkan Solat

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:

1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.

2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.

3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:

a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.

55

Page 56: Usul, fiq, tasawuf ringkas

b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.

c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.

d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.

e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.

4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:

a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.

b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.

c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.

d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.

e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.

f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.

5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.

6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.

7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.

Bab 17 : Pembahagian Solat - Solat Fardhu

JENIS-JENIS SOLAT

Solat terbahagi secara umumnya kepada dua jenis sahaja iaitu solat fardhu dan solat sunat. Solat Juma‘at juga merupakan salah satu solat fardhu tetapi ia disyari‘atkan bagi menggantikan solat Zuhur kepada golongan tertentu. Solat fardhu juga kadangkala dilakukan semasa bermusafir dan cara-caranya

56

Page 57: Usul, fiq, tasawuf ringkas

lebih berbentuk fleksibel. Sementara solat sunat nafilah mempunyai banyak jenis dan bentuknya.

SOLAT FARDHU

Bentuk Solat Fardhu

Solat fardhu mempunyai beberapa bentuk ketika hendak melakukannya, iaitu:

1. Solat Berjama‘ah.

2. Solat Juma‘at.

3. Solat Musafir.

4. Solat Khauf.

SEMBAHYANG BERJAMA‘AH

Sembahyang berjama‘ah bermaksud menggabungkan sembahyang ma’mum dengan sembahyang imam. Jama‘ah terhasil dengan bilangan dua orang atau lebih. 

Hukumnya adalah fardhu kifayah kecuali sembahyang Juma‘at. Oleh itu, ia mesti dilakukan oleh sekumpulan penduduk dalam sesebuah tempat atau kawasan. 

Namun demikian, terdapat beberapa keuzuran yang dibenarkan syara‘ untuk tidak menghadirkan diri ke masjid bagi mendirikan sembahyang berjama‘ah seperti berikut:

1. Keuzuran umum seperti hujan, angin yang kuat pada waktu malam, jalan terlalu becak dan berlumpur.

2. Keuzuran khusus seperti sakit, keadaan yang terlalu lapar dan dahaga, takut kepada orang yang akan melakukan kezaliman ke atas diri dan hartanya, ketika menahan diri daripada berlaku hadath (kecil) disebabkan kencing dan buang air besar. Begitu juga seseorang yang makan makanan yang berbau busuk, atau berpakaian dengan pakaian yang kotor dan berbau yang boleh mengganggu orang lain.

Syarat Imam

1. Imam bukanlah seorang ummi yang tidak betul bacaan al-fatihah, cacat dari segi sebutan, ketiadaan syaddah dan sebagainya, sedangkan ma’mum lebih baik daripadanya.

2. Imam bukan dari kalangan wanita jika ma’mumnya lelaki.

3. Imam yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada imam lain.

57

Page 58: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Cara mengikut Imam

1. Ma’mum hendaklah tidak berada di hadapan imam. Makruh sekiranya ma’mum berdiri selari dengan imam, tetapi yang sunatnya ialah di belakang sedikit dari imam. Ukuran yang diambilkira sama ada berada di hadapan atau di belakang ialah tumit kaki.

2. Ma’mum hendaklah mengikut imam dengan tidak mendahului takbiratul ihram imam. Hukumnya makruh jika dilakukan serentak dengan imam pada selain takbiratul ihram.

3. Ma’mum hendaklah mengikuti perbuatan imam dalam semua perpindahan dari satu rukun kepada satu rukun yang berbentuk perbuatan (rukun fi‘liyy) dengan keadaan perbuatan ma’mum hendaklah terkemudian daripada imam, melainkan jika ada keuzuran seperti bacaannya lambat, maka dia boleh tertinggal daripada mengikut imam dengan tiga rukun yang panjang.

4. Ma’mum hendaklah mengetahui perpindahan imam dari satu rukun ke satu rukun sama ada dengan melihatnya atau melihat sesetengah daripada saf atau mendengar suara imam atau muballigh (penyampai takbir imam).

5. Jarak tempat antara ma’mum dan imam itu hendaklah tidak terlalu jauh jika kedua-duanya sembahyang di luar masjid. Jika sembahyang didirikan dalam masjid, maka ikutan ma’mum itu sah walau sejauh mana sekalipun jarak antara kedua-duanya.

6. Ma’mum hendaklah berniat berjama‘ah atau mengikut imam ketika takbiratul ihram.

SEMBAHYANG JUMA‘AT

Sembahyang Juma‘at telah difardhukan di Makkah sejurus sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam juga menegaskan dengan sabdanya: “Sembahyang Juma‘at adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.”

Syarat Wajib Juma‘at

1. Mukallaf, iaitu seorang yang beragama Islam, baligh dan berakal.

2. Kemerdekaan yang sempurna. Hamba tidak diwajibkan Juma`at.

3. Lelaki, ia tidak diwajibkan ke atas wanita kerana mereka sibuk dengan anak-anak dan urusan rumahtangga, seterusnya menimbulkan kesulitan kepada mereka.

58

Page 59: Usul, fiq, tasawuf ringkas

4. Sihat tubuh badan, tidak sakit yang memudaratkan.

5. Bermukim di tempat Juma`at didirikan.

Syarat Sah Juma‘at

1. Sembahyang itu hendaklah didirikan dalam sempadan kawasan bangunan dan binaan sama ada di pekan atau di kampung yang penduduknya bertaraf mastautin.

2. Bilangan ahli Juma‘at yang cukup syarat tidak kurang daripada empat puluh orang yang cukup syarat.

3. Bilangan ahli Juma‘at berkekalan dari awal khutbah hingga tamatnya sembahyang.

4. Didirikan dalam waktu Zuhur. Jika waktu Zuhur telah sempit, tidak cukup untuk didirikan sembahyang Juma‘at, maka mereka wajib mendirikan sembahyang Zuhur.

5. Tidak berbilang-bilang Juma‘at pada satu tempat selama ia boleh dibuat dalam satu jama‘ah kecuali penduduk terlalu ramai sedangkan tempat adalah sempit.

Fardhu Juma‘at

Ia terdiri daripada dua fardhu, iaitu khutbah dan sembahyang dua raka‘at. Sembahyang Juma‘at hendaklah didirikan dengan dua raka‘at secara berjama‘ah selepas khutbah. Untuk mendapatkan jama‘ah dalam sembahyang Juma‘at, hanya disyaratkan mendapatkan satu raka‘at yang penuh. Sekiranya ia diperolehi, maka sembahyang Juma‘at adalah sah dan jika tidak, ia wajib ditukar kepada Zuhur.

Rukun Khutbah

1. Memuji Allah subhanahu wata‘ala dengan menggunakan mana-mana lafaz sekalipun terdapat di dalam isi kandungan ayat yang dibaca.

2. Bersalawat ke atas Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam dengan mana-mana perkataan yang memberi maknanya.

3. Berpesan supaya bertaqwa kepada Allah dengan menggunakan apa jua lafaz.

4. Membaca satu ayat daripada Al-Qur’an yang dapat memberi kefahaman dan mempunyai makna yang jelas pada salah satu daripada dua khutbah.

5. Berdoa untuk orang-orang yang beriman pada khutbah yang kedua.

Syarat Khutbah

1. Khatib berdiri ketika berkhutbah sekiranya ia berkuasa untuk berbuat demikian. Kedua-dua khutbah tersebut hendaklah dipisahkan dengan duduk.

2. Tidak dikemudiankan daripada sembahyang.

59

Page 60: Usul, fiq, tasawuf ringkas

3. Khatib berada dalam keadaan suci daripada hadath kecil dan besar, serta najis yang tidak dimaafkan sama ada pada pakaian, badan atau tempatnya dan berada dalam keadaan menutup ‘aurat.

4. Rukun-rukun khutbah dibaca dalam bahasa Arab biarpun tidak difahami oleh para jama‘ah.

5. Berturut-turut di antara rukun-rukun khutbah dan juga antara khutbah pertama dengan khutbah kedua serta antara khutbah kedua dengan sembahyang.

6. Rukun kedua-dua khutbah tersebut hendaklah didengari oleh empat puluh orang yang mencukupi syarat-syarat sah sembahyang Juma‘at.

SEMBAHYANG ORANG YANG BERMUSAFIR

Bermusafir adalah suatu yang berbentuk azab. Disebabkan musafir, manusia kehilangan perasaan-perasaan tenang dan kerehatan. Oleh itu, Allah subhanahu wata‘ala telah memberikan kepada mereka dua bentuk keringanan dalam sembahyang seperti berikut:

1. Memendekkan bilangan raka‘at yang dinamakan qasar.

2. Menghimpunkan dua sembahyang tunai antara satu sama lain dalam satu waktu dinamakan jama‘.

Perjalanan yang membolehkan sembahyang jama‘ dan qasar disyaratkan :

1. Jarak jauh perjalanan hendaklah sampai dua marhalah iaitu lebih kurang 81(96 bagi pendapat yang lebih cermat) km atau lebih.

2. Perjalanan hendaklah menuju ke arah tertentu dan diketahui bahawa tempat yang dimaksudkan itu jauh.

3. Perjalanan itu bukan dengan tujuan maksiat. Bermusafir dengan tujuan berniaga arak, mengambil riba atau menyamun adalah maksiat maka tidak diberi kelonggaran.

SEMBAHYANG QASAR

Ia adalah sembahyang fardhu dengan memendekkan setiap sembahyang empat raka‘at iaitu Zuhur, ‘Asar dan ‘Isya’ menjadi dua raka‘at dalam perjalanan yang diharuskan. 

Syarat-syarat sah sembahyang qasar seperti berikut :

1. Sembahyang itu telah masuk waktu ketika bermusafir dan hendaklah ditunaikan ketika musafir.

2. Orang yang bermusafir hendaklah telah sampai ke sempadan bandar atau pekan yang hendak ditinggalkan atau melepasi bangunan-bangunan di pekan tersebut.

60

Page 61: Usul, fiq, tasawuf ringkas

3. Orang bermusafir tidak berniat untuk tinggal di tempat tujunya selama empat hari atau lebih, tidak termasuk hari sampai dan pulang.

4. Orang yang musafir tidak menjadi ma’mum kepada orang yang bermukim, maka sembahyang wajib ditunaikan dengan bilangan raka‘at yang sempurna.

Takrifan Solat Qasar 

      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh      diqasarkan.

Jarak Dibenarkan Qasar

      Dua marhalah iaitu empat burudin dimana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer /56batu). Mengikut pendapat yang lebih cermat 2 marhalah bersamaan 96 kilometer.

iii.Berniat qasar didalam takbiratul ihram.

iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam(sempurna).

v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Contoh Niat                      

  لله قصرا ركعتين الظهر فرض أصليتعالى

“Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala”

SEMBAHYANG JAMA'

Sembahyang jama‘ bermaksud menghimpunkan dua sembahyang tunai antara satu sama lain dalam satu waktu. 

Sembahyang jama‘ terbahagi kepada dua bahagian:

1. Jama‘ taqdim iaitu menunaikan sembahyang kedua dalam waktu yang pertama. Syarat-syarat jama‘ taqdim adalah seperti berikut :

61

Page 62: Usul, fiq, tasawuf ringkas

a) Ditunaikan secara tertib antara keduanya, iaitu dengan menunaikan sembahyang yang pertama terlebih dahulu kemudian diikuti dengan sembahyang yang kedua.

b) Hendaklah berniat jama‘ untuk menunaikan sembahyang kedua ke dalam waktu yang pertama sebelum selesai sembahyang yang pertama ketika takbiratul ihram.

c) Ditunaikan secara berturut-turut (muwalat) iaitu sembahyang yang kedua ditunaikan segera sebaik sahaja selesai daripada salam sembahyang pertama tanpa dipisahkan oleh sesuatu pun sama ada zikir, sembahyang sunat atau lain-lain.

d) Perjalanan berterusan sehingga dilakukan sembahyang yang kedua.

e) Sembahyang yang pertama hendaklah diyakini bahawa didirikan dengan sah walaupun sembahyang itu mesti ditunaikan semula kerana mungkin ketiadaan air untuk berwudhu’.

2. Jama‘ ta’khir iaitu melewatkan sembahyang pertama ke dalam waktu kedua. Sembahyang secara jama‘ ta’khir tidak disyaratkan tertib antara kedua sembahyang bahkan boleh memulakannya dengan mana-mana sembahyang yang dikehendaki. Juga tidak disyaratkan muwalat (berturut-turut) tetapi ia disunatkan. Syarat-syaratnya ialah :

a) Berniat hendak melewatkan sembahyang pertama ketika dalam waktunya dalam jarak masa yang boleh ditunaikan sembahyang tersebut.

b) Orang yang bermusafir itu hendaklah terus berada dalam keadaan musafir sehingga kedua-dua sembahyang selesai didirikan.

Takrifan Solat Jama’

Solat Jama’ terbahagi kepada 2 :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Syarat Solat Jama’:

1.Solat Jama’ Taqdim

I. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

II. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

III. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

62

Page 63: Usul, fiq, tasawuf ringkas

IV. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

V. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2. Solat Jama’ Ta’khir

I. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

II. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Contoh Niat

1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

إليه مجموعا ركعات اربع الظهر فرض أصليتعالى لله اداء العصر

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

إليه مجموعا قصرا ركعتين الظهر فرض أصليتعالى لله اداء العصر

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

إلى مجموعا ركعات اربع الظهر فرض أصليتعالى لله اداء العصر

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

63

Page 64: Usul, fiq, tasawuf ringkas

إلى مجموعا قصرا ركعتين الظهر فرض أصليتعالى لله اداء العصر

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Hikmah

1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.

2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.

3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.

4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

Adab-adab bermusafir

i. Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah memohon petunjuk daripada Allah.

ii. Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah menyediakan bekalan secukupnya seperti wang, pakaian, makanan dll.

iii. Melantik seorang ketua apabila bermusafir dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 orang atau lebih.

iv. Elakkan bermusafir seorang diri,sunat membawa teman. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

v. Meminta nasihat drpd orang yg berpengalaman.

vi. Dilarang melakukan kerosakkan pada alam sekitar.

vii. Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang-oprang yang ditinggalkan bagi memaklumkan kepada mereka tentang keberangkatan dan tempat yang dituju.

viii. Disunatkan solat sunat musafir, azan dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.

ix. Dianjurkan agar segera kembali ke pangkuan keluarga apabila urusan sudah selesai. Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada

64

Page 65: Usul, fiq, tasawuf ringkas

kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR

I. Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat.II. Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. “Rasulullah SAW

berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

III. Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan.

IV. Membaca doa ketikan hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan. Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.” (Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

V. Jika jarak yang hendak dituju mencecah atau melebihi tiga marhalah maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat.

VI. Memulakan perjalanan pada waktu malam.  Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Persoalan semasa musafir.A) Menurut pendapat Imam Maliki dan Syafi'i apabila seorang musafir berniat

untuk tinggal di suatu tempat selama 4 hari, maka dia mestilah melakukan sembahyang dengan cukup bilangan rakaatnya(Tidak Qasar) kerana Allah mengharuskan qasar dengan syarat musafir di muka bumi, oleh itu seorang yang bermukim atau berniat untuk bermukim tidak dikira sebagai musafir lagi, dan hadith telah menjelaskan bahawa kurang daripada 4 hari tidak memutuskan musafir(masih dikira musafir) dan menurut hadith riwayat Sahih al-Bukhari dan Muslim;

Maksudnya: Orang yang berhijrah, bermukim di sana selesai mengerjakan ibadah hajinya selama 3 hari. Dan Nabi SAW melakukan qasar sembahyang ketika tinggal di Makkah selama 3 hari semasa baginda menunaikan umrah(Al-Durr Al-Mukhtar, Jil.1 Hlmn 772).

Jika seseorang yang bermusafir menunggu untuk menunaikan keperluan yang dijangka akan tertunai pada bila-bila masa sahaja atau keperluan yang diharapkan tercapai pada bila-bila masa sahaja atau memerangi musuh yang berlaku pada bila-bila masa sahaja atau bersedia untuk meneruskan musafir lepas satu hari ke satu hari pula, menurut pendapat ulama' Maliki dan Hambali diharuskan

65

Page 66: Usul, fiq, tasawuf ringkas

qasar sekalipun lama tempoh penungguan itu, selagi tidak diniatkan untuk tinggal di tempat itu, sebagaimana pendapat ulama' Hanafi.

Tetapi menurut pendapat Syafi'i seorang musafir tersebut berhak melakukan qasar selama 18 hari, tidak termasuk hari masuk dan hari keluar, kerana Nabi SAW melakukan qasar selama tinggal di Makkah pada tahun pembukaan Makkah dalam peperangan Hawazin.(Al-Durr Al-Mukhtar, Jil.1 Hlmn 772)Rujukan: Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh (Dr. Wahbah al-Zuhaili)

B) Kelonggaran bagi orang musafir mengerjakan solat fardhu secara qasar jamak hendaklah dilakukan sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah yang tidak patut ditolak. Walaubagaimanapun keharusan melakukannya memerlukan pengetahuan berkaitan dengan syarat-syarat solat qasar dan jamak.Berikut adalah syarat-syaratnya :

1. Tujuan musafir adalah baik dan diharuskan oleh syarak, tidak mengandungi unsur-unsur maksiat.

2. Jarak musafir tidak kurang dari dua marhalah iaitu 91km atau 56 batu Merujuk kepada kitab-kitab Fiqh semasa hari ini, 2 marhalah ditetapkan -mengikut ukuran KM- antara 85KM – 90KM. Yang lebih cermat ialah 96 km

3. Tahu destinasi yang dituju dan ia tidak kurang dari dua marhalah. Jika musafir tanpa tujuan, tidak harus mengqasar atau menjama’ solat walaupun perjalanannya lebih dari dua marhalah.

4. Solat yang boleh diqasar ialah solat fardhu empat rakaat iaitu solat Zuhur, Asar dan Isyak.

Manakala solat yang boleh dijama’ ialah Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak.

5. Tahu bahawa solat jama’ dan qasar dan hukumnya harus bagi orang musafir.

6. Berniat qasar ketika takbiratulihram dan tidak berubah-ubah sehingga selesai solat.

7. Berniat jama’ taqdim ketika takbiratulihram yang pertama. Tahu bahawa dia masih kekal dalam musafir ketika melakukan solat qasar atau jama’. Jika ketika solat qasar itu, disedari dia telah tiba ke tempat dia bermukim, wajiblah disempurnakan solatnya empat rakaat.

8. Mengerjakan solat qasar dan jama’ di luar kawasan kampung keluarga atau di luar daerahnya.

9. Berniat sebelum bertolak hendak bermukim di tempat yang dituju tidak lebih daripada tiga hari. Setelah tiga hari sekiranya dia melanjutkan lagi tempoh menetap , maka wajib solat sempurna dan tidak harus menjama’ solat. Jika sebelum bertolak

66

Page 67: Usul, fiq, tasawuf ringkas

dia berniat menetap di situ tempat lebih daripada tiga hari, maka putuslah musafirnya sebaik tiba di tempat tersebut.

SEMBAHYANG KHAWF (KETIKA TAKUT)

Sembahyang khawf ialah sembahyang fardhu yang didirikan ketika berlaku peperangan. Ia istimewa daripada sembahyang lain disebabkan beberapa rukhsah (kemudahan) yang diberikan terutamanya ketika berjama‘ah. 

Sembahyang khawf mempunyai dua keadaan berdasarkan keadaan peperangan yang berlaku, iaitu:

1. Keadaan berjaga-jaga dan peperangan belum tercetus.

2. Ketika peperangan tercetus, saf-saf bertaburan dan suasana membimbangkan.

KEADAAN BERJAGA-JAGA DAN PEPERANGAN BELUM TERCETUS

Bagi keadaan ini terdapat dua cara yang berbeza dengan sebab perbezaan kedudukan musuh:

1. Ketika musuh berada dan terkawal pada arah qiblat dan peperangan belum lagi tercetus. Imam hendaklah menyusun tentera kepada dua saf, empat atau lebih dan bersembahyang bersama-sama dengan mereka. Apabila imam sujud, saf yang berada di belakang imam hendaklah turut sujud bersama dengan imam. Manakala yang baki hendaklah menjaga rakan-rakan mereka yang sedang sujud daripada gerakan musuh. Apabila imam dan saf yang sujud bersamanya bangun, maka saf yang berdiri tadi hendaklah sujud sehingga mereka bersama dengan imam ketika duduk tasyahhud. Selepas itu semuanya memberi salam bersama dengan imam. Inilah cara sembahyang yang dilakukan oleh Rasulullah dalam peperangan Asfan.

2. Ketika musuh bertebaran, bukan berada di arah qiblat dan peperangan belum lagi tercetus. Cara sembahyang yang disunatkan dalam keadaan tersebut ialah seperti berikut:

a) Tentera yang bersembahyang dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pertama berdiri ke arah musuh kerana mengawal dan menjaga orang-orang Islam dan kumpulan kedua pergi menunaikan sembahyang secara berjama‘ah bersama-sama imam.

b) Imam bersembahyang bersama dengan kumpulan kedua hingga selesai satu raka‘at. Apabila imam berdiri pada raka‘at kedua, para ma’mum hendaklah berniat mufaraqah (bercerai daripada imam) dan mereka menyempurnakan raka‘at kedua secara sendiri. Kemudian mereka pergi ke tempat kumpulan pertama yang sedang berjaga.

c) Kumpulan pertama yang berjaga datang pula mengikut imam dan imam semestinya berdiri lama pada raka‘at kedua sekadar kumpulan pertama sempat

67

Page 68: Usul, fiq, tasawuf ringkas

berdiri bersamanya. Imam bersembahyang dengan mereka pada raka‘at kedua yang merupakan raka‘at pertama jika dinisbahkan kepada ma’mum. Apabila imam duduk untuk tasyahhud, mereka bangun menyempurnakan raka‘at kedua sehingga mereka duduk dalam keadaan imam masih membaca tasyahhud. Kemudian imam memberi salam bersama-sama mereka.

KETIKA PEPERANGAN TERCETUS, SAF-SAF BERTABURAN DAN SUASANA MEMBIMBANGKAN.

Apabila berlaku keadaan tersebut, maka tidak ada cara tertentu untuk ditunaikan sembahyang. Bahkan setiap orang menunaikan sembahyang mengikut keadaan yang mengizinkan mereka mendirikannya sama ada dalam keadaan berdiri, menunggang, berjalan kaki atau berhenti, sama ada menghadap qiblat atau tidak. Ruku‘ dan sujud dilakukan dengan isyarat atau dengan menggerakkan kepalanya sebagai isyarat kepada ruku‘ dan sujud dengan menjadikan sujud lebih rendah daripada ruku‘.

Bab 18 : Pembahagian Solat - Solat Nafilah

SOLAT NAFILAH

Nafilah bermaksud tambahan dan dalam konteks sembahyang ialah sembahyang tambahan daripada apa yang difardhukan oleh Allah subhanahu wata‘ala.

Sembahyang sunat terbahagi kepada dua bentuk iaitu:

1. Sembahyang yang tidak sunat dilakukan secara berjama‘ah.

2. Sembahyang yang sunat dilakukan secara berjama‘ah.

Sembahyang Yang Tidak Disunatkan Berjama‘ah

Sembahyang yang tidak disunatkan secara berjama‘ah juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu sembahyang sunat yang mengiringi fardhu dan yang tidak mengiringi fardhu.

1. Sembahyang sunat yang mengiringi sembahyang fardhu. Ia terbahagi dua:

a) Sembahyang yang merupakan sunnah mu’akkadah, yang terdiri daripada:

i. Dua raka‘at sebelum sembahyang Subuh.

ii. Dua raka‘at sebelum dan selepas sembahyang Zuhur.

68

Page 69: Usul, fiq, tasawuf ringkas

iii. Dua raka‘at selepas sembahyang Maghrib.

iv. Dua raka‘at selepas sembahyang ‘Isya’.

b) Sembahyang yang bukan sunnah mu’akkadah pula terdiri daripada:

i. Dua raka‘at sebelum sembahyang Zuhur, tambahan kepada dua raka‘at yang mu’akkadah.

ii. Dua raka‘at selepas sembahyang Zuhur, tambahan kepada dua raka‘at yang mu’akkadah.

iii. Empat raka‘at sebelum sembahyang ‘Asar.

iv. Dua raka‘at yang ringan sebelum sembahyang Maghrib. Maksud “ringan” ialah melakukan rukun-rukun sembahyang, sunat-sunat dan adab-adabnya seminimum yang mungkin.

v. Dua raka‘at yang ringan sebelum sembahyang ‘Isya’.

2. Sembahyang sunat yang tidak mengiringi sembahyang fardhu. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Sembahyang sunat yang tiada nama dan waktu tertentu yang lebih dikenali sebagai sembahyang sunat mutlaq, dilakukan pada mana-mana waktu kecuali pada waktu tertentu yang dilarang melakukannya. Ia dilakukan dengan diberi salam pada setiap dua raka‘at.

b) Sembahyang sunat yang ada nama dan waktu tertentu, antaranya:

i. Sembahyang sunat tahiyyatul masjid, iaitu sembahyang dua raka‘at sebelum duduk setiap kali masuk masjid. Tahiyyatul masjid terhasil dengan sembahyang fardhu atau dengan mana-mana sembahyang sunat yang lain kerana maksud daripadanya ialah seseorang itu tidak segera duduk dalam masjid tanpa menunaikan sembahyang.

ii. Sembahyang sunat witir. Ia merupakan sunnah mu’akkadah. Dinamakan witir atau ganjil kerana ia disudahi dengan satu raka‘at berlainan dengan sembahyang yang lain. Waktu sembahyang witir ialah di antara sembahyang ‘Isya’ dan terbit fajar. Yang paling afdhal ialah dilewatkan sehingga ke akhir sembahyang malam. Sekurang-kurang witir ialah satu raka‘at, tetapi makruh jika hanya melakukan dengan bilangan tersebut dan sekurang-kurang bilangan raka‘at yang sempurna ialah tiga raka‘at. Didirikan dua raka‘at kemudian satu raka‘at. Jumlah yang paling sempurna ialah sebelas raka‘at.

iii. Qiyamullail. Ia dinamakan juga dengan tahajjud jika dilakukan selepas tidur. Qiyamullail merupakan sunat yang tidak mempunyai bilangan raka‘at yang tertentu. Ia ditunaikan selepas bangun tidur dan sebelum azan Subuh.

69

Page 70: Usul, fiq, tasawuf ringkas

iv. Sembahyang sunat dhuha. Sekurang-kurang sembahyang sunat dhuha ialah dua raka‘at dan yang paling banyak dan sempurna ialah lapan raka‘at. Ia lebih afdhal jika dipisahkan pada setiap dua raka‘at dengan salam. Waktunya bermula dari naik matahari sehingga gelincir dan yang afdhalnya ialah setelah berlalu satu perempat siang hari.

v. Sembahyang sunat istikharah, iaitu sembahyang dua raka‘at yang didirikan bukan pada waktu yang dimakruhkan. Ia disunatkan kepada sesiapa yang ingin kepada sesuatu atau ingin melakukan sesuatu perkara yang diharuskan tetapi dia tidak mengetahui kebaikan yang ada padanya. Disunatkan membaca doa ma’thur yang datang daripada Rasulullah selepas selesai sembahyang. Jika selepas itu Allah membuka hatinya untuk melakukan perkara tersebut, maka dia boleh melakukannya.

SEMBAHYANG YANG DISUNATKAN SECARA BERJEMAAH

Sembahyang Dua Hari Raya

Sembahyang hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya korban merupakan sunnah mu’akkadah. Ia dituntut supaya dilakukan secara berjama‘ah tetapi tetap sah jika dilakukan secara bersendirian. Waktunya bermula dari terbit matahari hingga gelincir matahari. Waktu yang lebih afdhal ialah ketika matahari naik sekadar panjang lembing (tinggi segalah).

Sembahyang hari raya mempunyai dua raka`at. Ia dimulakan dengan takbiratul ihram kemudian membaca doa iftitah, kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali seperti mana takbiratul ihram. Ketujuh-tujuh takbir tadi dipisahkan antara satu sama lain sekadar satu ayat yang sederhana dan disunatkan membaca tasbih. Kemudian membaca al-isti`azah dan membaca al-fatihah serta dibaca bersamanya satu surah atau beberapa ayat. Takbir untuk raka‘at yang kedua hanyalah sebanyak lima kali. Selain daripada itu disunatkan berkhutbah dengan dua khutbah setelah selesai sembahyang sama seperti khutbah jumaat, cuma ia dilakukan selepas sembahyang.

Sembahyang Tarawih

Sembahyang tarawih disyari‘atkan khusus pada bulan Ramadhan dan sunat didirikan secara berjama‘ah serta sah jika didirikan secara individu. Waktunya di antara sembahyang ‘Isya’ dan sembahyang Subuh dan sebelum sembahyang witir. Ia boleh didirikan sebanyak lapan raka‘at dan boleh sebanyak dua puluh raka‘at dengan dilakukan setiap dua raka‘at satu salam.

Sembahyang Gerhana Matahari dan Bulan

Al-Kusuf (gerhana matahari) pada bahasa digunakan ketika cahaya matahari atau bulan terlindung sama ada sebahagiannya atau kesemuanya. Kebiasaannya,

70

Page 71: Usul, fiq, tasawuf ringkas

al-kusuf digunakan bagi gerhana bulan. Hukumnya pula ialah sunnah mu’akkadah. Jika sembahyang gerhana itu adalah untuk matahari, maka bacaan hendaklah diperlahankan, manakala jika gerhana bulan, bacaan hendaklah dinyaring dan dikuatkan. 

Sembahyang gerhana mempunyai dua cara:

1. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri, dua kali membaca (Al-Fatihah dan ayat) serta dua kali ruku‘ tanpa memanjangkannya (berdiri, membaca dan ruku‘, kemudian berdiri membaca dan ruku‘). Dan sah sembahyang gerhana jika didirikan dua raka‘at dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku‘ seperti sembahyang Juma‘at.

2. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri. Pada setiap kali berdiri dibaca bacaan yang panjang. Dibaca selepas Al-Fatihah, Surah Al- Baqarah atau surah-surah lain yang sama panjangnya pada berdiri kali pertama di raka‘at pertama. Untuk berdiri kali kedua pada raka‘at pertama, dibaca ayat yang menyamai 200 ayat. Manakala bacaan ketika berdiri kali pertama pada raka‘at kedua ialah sekadar 150 ayat. Dan bacaan ketika berdiri kali kedua pada raka‘at kedua ialah bacaan yang menyamai 100 ayat Surah Al-Baqarah.

Kemudian apabila ruku‘, maka dipanjangkannya sehingga menyamai lebih kurang dengan 100 ayat, ruku‘ kedua dipanjangkan sekadar 80 ayat, ruku‘ ketiga sekadar 70 ayat dan ruku‘ keempat sekadar 50 ayat. Cara yang kedua ini adalah yang lebih sempurna. Apabila sembahyang telah selesai, imam bangun berkhutbah dengan dua khutbah, sama seperti khutbah Juma‘at, cuma imam hendaklah mendorong orang ramai supaya bertaubat, melakukan kebaikan serta memberi ingatan agar tidak lalai.

Sembahyang Istisqa’ (Minta hujan)

Makna sembahyang istisqa’ ialah sembahyang yang disyari‘atkan ketika hujan tidak turun dan mata air kekeringan. Ia disunatkan ketika berlaku sebabnya. Tuntutan melakukannya akan luput apabila sebab tersebut hilang seperti turunnya hujan atau mata air mula mengalir.

Terdapat tiga cara untuk meminta hujan :

1. Cara paling minima, iaitu berdoa kepada Allah pada bila-bila waktu yang disukai.

2. Cara pertengahannya ialah dengan berdoa selepas bangun daripada ruku‘ pada raka‘at terakhir sembahyang yang diwajibkan, atau selepas selesai sembahyang.

3. Cara yang paling sempurna ialah dengan melakukan perkara-perkara berikut:

a) Pada peringkat permulaan, imam (ketua pemerintah) atau timbalannya hendaklah menyuruh orang ramai supaya bertaubat, bersedekah kepada fakir, meninggalkan segala bentuk kezaliman, dan berpuasa selama empat hari berturut-turut.

71

Page 72: Usul, fiq, tasawuf ringkas

b) Imam yang sebaik-baiknya ketua pemerintah keluar bersama-sama orang ramai pada hari ke empat dalam keadaan berpuasa, memakai pakaian yang lama (lusuh), dalam keadaan khusyu‘ dan hina menuju ke padang yang luas melalui satu jalan tertentu dan pulangnya melalui jalan yang lain pula. Kemudian ketua atau timbalannya melakukan sembahyang bersama-sama orang ramai sebanyak dua raka‘at seperti sembahyang hari raya.

c) Apabila selesai sembahyang, imam (ketua pemerintah) hendaklah berkhutbah dengan dua khutbah seperti khutbah hari raya, kecuali kedua-duanya hendaklah dimulai dengan istighfar sembilan kali pada khutbah pertama dan tujuh kali pada khutbah kedua sebagai ganti kepada takbir. Apabila khutbah kedua bermula dan berlalu satu pertiga daripadanya, khatib hendaklah berpaling ke arah qiblat dengan membelakangkan orang ramai dengan mengubah kedudukan kain jubah atau selendang dengan dijadikan bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas, bahagian kanan ke kiri dan bahagian kiri ke kanan bagi menzahirkan perasaan kehinaan ke hadapan Allah subhanahu wata‘ala. Orang ramai juga disunatkan melakukan apa yang dilakukan oleh khatib.

Sembahyang Jenazah

Syarat-syarat sah sembahyang jenazah ialah seperti berikut:

1. Sembahyang jenazah sama halnya dengan sembahyang yang lain, iaitu harus menutup ‘aurat, suci dari hadath besar dan kecil, suci badan, pakaian dan tempat serta menghadap ke arah qiblat.

2. Mayat sudah dimandikan dan dikafankan.

3. Mayat diletak sebelah qiblat mereka yang menyembahyangkannya kecuali jika sembahyang dilakukan di atas kubur (sembahyang ghaib).

Cara melakukan sembahyang jenazah ialah dengan keadaan berdiri sahaja dengan tidak ruku‘, sujud, tasyahhud dan duduk. Sebelum dilakukannya juga tidak disertai dengan azan dan iqamah. 

Rukun-rukun dan cara menunaikannya adalah seperti berikut:

1. Bertakbir dengan takbiratul ihram dalam keadaan berniat sembahyang ke atas mayat.

2. Selepas bertakbir, dibaca Surah Al-Fatihah.

3. Bertakbir untuk kali kedua. Seterusnya membaca salawat dengan mana-mana lafaz salawat dan yang paling afdhal ialah salawat Ibrahimiyyah.

72

Page 73: Usul, fiq, tasawuf ringkas

@ت= ?ي ص=ل =م=ا ك Sح=م?دEم سيدنا آل< و=ع=ل=ى Sح=م?دEم سيدنا ع=ل=ى Gص=ل ?هEم? =لل اسيدنا ع=ل=ى =ار<ك@ ب و @م= اه<ي @ر= <ب إ سيدنا آل< و=ع=ل=ى @م= اه<ي @ر= <ب إ سيدنا ع=ل=ى

@م= اه<ي @ر= <ب إ سيدنا ع=ل=ى @ت= ك =ار= ب =م=ا ك Sح=م?دEم سيدنا آل< و=ع=ل=ى Sح=م?دEم @د\ ي م=ج< Eد@ ح=م<ي ?ك= <ن إ العالمين في @م= اه<ي @ر= <ب إ سيدنا آل< و=ع=ل=ى

4. Kemudian bertakbir untuk kali ketiga dan berdoa untuk si mati selepas takbir tersebut.

Paling pendek: Eه= ل اغ@ف<ر@ ?هEم? لل= أ

“Ya Allah, ampunilah baginya”

Yang afdal:

Eه= ل EزE ن @ر<م@ ك= و=أ Eه@ ع=ن Eو=اع@ف و=ع=اف<ه< Eح=م@ه و=ار@ Eه= ل اغ@ف<ر@ ?هEم? لل

= أم<ن= =قGه< و=ن د<، =ر= @ب و=ال @ج< =ل @ث و=ال @م=اء< <ال ب Eه@ ل و=اغ@س< Eه= ل م=د@خ= ع@ و=و=س<

Eه@ @د<ل ب= و=أ =س<، الد?ن م<ن= =ض= @ي =ب األ ?و@ب= الث Eت@ =ق?ي ن =م=ا ك =ا @خ=ط=اي الا @ر> ي خ= و@ج>ا و=ز= <ه< =ه@ل أ م<ن@ ا @ر> ي خ= < =ه@ال و=أ ، د=ار<ه< م<ن@ ا @ر> ي خ= ا د=ار>

و=م<ن@ @ر< @لق=ب ا ع=ذ=اب< م<ن@ Eع<ذ@ه= و=أ ، ?ة= ن @ج= ال Eه@ ل =د@خ< و=أ ، و@ج<ه< ز= م<ن@?ار< الن ع=ذ=اب<

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

5. Kemudian bertakbir untuk kali keempat dan berdoa selepasnya.

@ن= ?ذ<ي ال =ا <ن <خ@و=ان و=إل Eه= و=ل =ا =ن ل و=اغ@ف<ر@ Eع@د=ه= ب ?ا <ن =ف@ت ت = و=ال Eه =ج@ر= أ =ا =ح@ر<م@ن ت = ال ?هEم? لل= أ

ؤEو@ف\ ر= ?ك= <ن إ =ا ?ن ب ر= Eو@ا آم=ن @ن= ?ذ<ي <ل ل ? غ<ال =ا <ن Eو@ب قEل ف<ى =ج@ع=ل@ ت = و=ال @م=ان< <ي <اإل ب =ا =قEو@ن ب س=@م\ ي ح< ر=

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang

73

Page 74: Usul, fiq, tasawuf ringkas

yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

6. Kemudian memberi salam ke sebelah kanan dan kiri.

7. Selesai beri salam, kita bolehlah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

?ة< ن @ج= ال =اض< ر<ي م<ن@ و@ض=ة> ر= Eه @ر= ق=ب اج@ع=ل@ ?هEم? =لل @ت=  , ا =ن و=أ EهR ب ر= @ت= =ن أ ?هEم? =لل ا > =م ال <س@ @ا <إل ل Eه= @ت ه=د=ي @ت= =ن و=أ Eه= =ق@ت ل =مE  خ= =ع@ل أ @ت= =ن و=أ Eو@ح=ه Eر =ض@ت= ق=ب @ت= =ن و=أ

و=ق=د@ <ه< =ت <ي =ن و=ع=ال ه< Gر <س< =ا  ب =قEو@ن ب س= @ن= ?ذ<ي ال =ا <ن <خ@و=ان و=ال< Eه= ل ف=ع=اء= Eش =اك= @ن ئ ج<

@م=ان< <ي <اإل ?ك  ب <ن إ =ا ?ن ب ر= Eو@ا آم=ن @ن= ?ذ<ي <ل ل ^ غ<ال =ا <ن Eو@ب قEل ف<ي@ =ج@ع=ل@ ت = ؤEو@ف\ و=ال ر=<ه< , آل و=ع=ل=ى Sح=م?دEم =ا Gد<ن ي س= ع=ل=ى Eالله و=ص=ل?ى @م ي ح< <ه< ر? ب و=ص=ح@

=ص<فEو@ن= , ي ع=م?ا ة< @ع<ز? ال Gب ر= =ك= ان @ح= ب Eس @ن= =ج@م=ع<ي ع=ل=ى  أ =م\ ال و=س= Gب ر= @ح=م@دE لله< و=ال @ن= <ي ل س= @مEر@ . ال @ن= =م<ي @ع=ال ال

Lafaz doa ini bagi mayat lelaki, jika mayat perempuan diubah dhomir “hu” itu kepada “haa” seperti:

Rه=ا – ب ر= @ت= =ن أ ?هEم? =لل ا ه=ا @ر= ق=ب اج@ع=ل@ ?هEم? =لل =ه=ا  – ا =ق@ت ل خ= @ت= =ن و=أ

Atau doa ini:  

و@ح< , ر= م<ن@ ج= خ=ر= @ك= @د=ي ع=ب Eن@ و=اب @دEك= ع=ب ه=ذ=ا ?هEم? =لل <ه=ا , ا ع=ت و=س= =ا @ي الدRن@م=ة< ظEل <ل=ى إ @ه=ا ف<ي <ه< ?ائ ب =ح< و=أ <ه< Eو@ب ب ه=دE ,  و=م=ح@ =ش@ ي =ان= ك @ه< =ق<ي ال و=م=اهEو= @ر< @ق=ب ال

@ت= =ن ا ? <ال إ =ه= <ل إ = ال =ن@ @دEك= ,  أ ع=ب مEح=م?د> =ن? و=أ =ك= ل @ك= ر<ي ش= = ال و=ح@د=ك=@ت= , =ن و=أ Eك= و@ل Eس ?ا  و=ر= م<ن <ه< ب Eم= =ع@ل . أ

<ه< ب Sو@ل Eز@ م=ن Eر@ ي خ= @ت= =ن و=أ <ك= ب ل= =ز= ن Eه? <ن إ ?هEم? =لل <ل=ى  , ا إ ا @ر> ف=ق<ي =ح= ص@ب= و=أ

و=ق=د@ , , <ه< ع=ذ=اب ع=ن@ <ي} غ=ن @ت= =ن و=أ <ك= ح@م=ت ف=ع=اء= ,  ر= Eش @ك= =ي <ل إ @ن= <ي ب اغ< ر= =اك= @ن ئ ج<. Eه= ل

<ن@ , و=إ <ه< ان <ح@س= إ ف<ي@ ف=ز<د@ >ا ن مEح@س< =ان= ك <ن@ إ ?هEم? =لل او=ز=  ا =ج= ف=ت >ا @ئ ي مEس< =ان= كو=ق<ه< , , ر<ض=اك= <ك= ح@م=ت <ر= ب =قGه< و=ل Eه@ =هE .  ع=ن ل =ح@ واف@ت <ه< و=ع=ذ=اب @ر< @ق=ب ال =ة= @ن ف<ت

74

Page 75: Usul, fiq, tasawuf ringkas

ض= , ر@= @أل ا و=ج=اف< @ر<ه< ق=ب م<ن@  ف<ي@ =م@ن= @أل ا <ك= ح@م=ت <ر= ب =قGه< و=ل ، @ه< =ي @ب ن ج= ع=ن@

ح=تى? <ك= @ن=  ع=ذ=اب اح<م<ي الر? ح=م= =ر@ =اا ي <ك= ?ت ن ج= <ل=ى إ Eه= @ع=ث =ب . ت

Doa ini untuk si mati lelaki, jika si mati perempuan, maka lafaz doanya sebagai berikut:  

م<ن@ , ج=ت@ خ=ر= @ك= @د=ي ع=ب Eت@ <ن و=ب Eك= =م=ت ا ه=ذ=ه< ?هEم? =لل <ه=ا , ا ع=ت و=س= =ا @ي الدRن و@ح< ر=<ل=ى إ @ه=ا ف<ي <ه=ا ?ائ ب ح<

= و=أ <ه=ا Eو@ب ب =ت@ ,  و=م=ح@ =ان ك Eه@ =ت =ق<ي ال و=م=اه<ي= @ر< @ق=ب ال @م=ة< ظEل=ه= <ل إ = ال =ن@ أ Eه=د =ش@ مEح=م?د> ,  ت =ن? و=أ =ك= ل @ك= ر<ي ش= = ال و=ح@د=ك= @ت= =ن ا ? <ال إ

@دEك= ?ا ,  ع=ب م<ن <ه=ا ب Eم= =ع@ل أ @ت= =ن و=أ Eك= و@ل Eس . و=ر=

Sو@ل Eز@ م=ن Eر@ ي خ= @ت= =ن و=أ <ك= ب ل=ت@ =ز= ن ?ه=ا <ن إ ?هEم? =لل <ل=ى ,  ا إ ة> @ر= ف=ق<ي =ح=ت@ ص@ب= و=أ <ه=ا ب

ع=ن@ , <ي} غ=ن @ت= =ن و=أ <ك= ح@م=ت @ك= , , ر= =ي <ل إ @ن= <ي ب اغ< ر= =اك= @ن ئ ج< و=ق=د@ <ه=ا ع=ذ=ابف=ع=اء= Eه=ا. ش= ل

<ه=ا ان <ح@س= إ ف<ي@ ف=ز<د@ =ة> ن مEح@س< =ت@ =ان ك <ن@ إ ?هEم? =لل =ة>  , ا @ئ ي مEس< =ت@ =ان ك <ن@ و=إر<ض=اك= , <ك= ح@م=ت <ر= ب =قGه=ا و=ل @ه=ا ع=ن =ج=او=ز= <ه< . , ف=ت و=ع=ذ=اب @ر< @ق=ب ال =ة= @ن ف<ت و=ق<ه=ا

@ر<ه=ا ق=ب ف<ي@ =ه=ا ل =ح@ <ك=  , واف@ت ح@م=ت <ر= ب =قGه=ا و=ل ، @ه=ا =ي @ب ن ج= ع=ن@ ر@ض== @أل ا و=ج=اف<

م<ن@ =م@ن= @أل @ن=  ا اح<م<ي الر? ح=م= =ر@ =اا ي <ك= ?ت ن ج= <ل=ى إ =ه=ا @ع=ث =ب ت ح=تى? <ك= . ع=ذ=اب

75

Page 76: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Bab 1 : Pengenalan

Pengertian Ilmu Tasawwuf : 

Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:

a) Banyak bersabar

b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .

Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :

1) Taubat .

2) Khauf ( Takut )

3) Zuhud

4) Sabar.

5) Syukur.

6) Ikhlas.

7) Tawakkal.

8) Mahabbah ( Kasih Sayang )

9) Redha.

10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :

1) Banyak Makan

76

Page 77: Usul, fiq, tasawuf ringkas

2) Banyak bercakap.

3) Marah.

4) Hasad.

5) Bakhil.

6) Cintakan kemegahan.

7) Cintakan dunia .

8) Bangga Diri.

9) Ujub ( Hairan Diri ). (terpesona dengan diri)

10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).

Bab 2: Khauf

1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain". ( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )

3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.

4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.

5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.

6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

Bab 3 : Sifat Redha

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

77

Page 78: Usul, fiq, tasawuf ringkas

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.

Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud : 

" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".

( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian

78

Page 79: Usul, fiq, tasawuf ringkas

urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : " Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud : 

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 

79

Page 80: Usul, fiq, tasawuf ringkas

" Demi Allah yang jiwakuditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".

( Riwayat Muslim )

Bab 4 : Ikhlas

1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.

2. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )

3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.

4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.

5. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

Bab 5 : Taubat

1. Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.

2. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.

( Surah Al – Muzammil - Ayat 20 )

3. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :

Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.

Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.

80

Page 81: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.

Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.

Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.

4. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan manusia yang Ma’asum ( terpelihara daripada dosa ) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.

5. Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

6. Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:

Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.

Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .

Meningkatkan ketaqwaan diri.

Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat.

Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat.

Bab 6 : Zuhud

1. Ertinya meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya.

2. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T.

3. Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam ( berbuat kebaikan dan amalan soleh ) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

4. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan , pakaian , tempat tinggal dan lain-lain lagi.

5. Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah S.W.T. ( zuhud orang awam ).

Bab 7 : Sabar

Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

81

Page 82: Usul, fiq, tasawuf ringkas

1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahuwata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.

2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.

3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Bab 8 : Syukur

Iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahuwata‘ala.

Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah subhanahuwata‘ala kepada makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan suatu kewajipan kepada Allah subhanahuwata‘ala.

Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah orang yang tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat.

Bab 9 : Tawakkal

Iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah subhanahuwata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu. 

Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya.

Bab 10 : Mahabbah

82

Page 83: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Iaitu kasihkan Allah subhanahuwata‘ala dengan mengingatiNya pada setiap masa dan keadaan. 

Kasihkan Allah ialah dengan segera melakukan segala perintahNya dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahanNya.

Bab 11 : Zikrulmawt

Iaitu sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik. 

Oleh kerana seseorang itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara yang berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan kembali lagi.

Bab 12 : Sifat-sifat Mazmumah

1. Syarrutta‘am (banyak makan) (Keburukan makan)

Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.

Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.

Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.

2. Syarrul kalam (banyak bercakap) (keburukan percakapan)

Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap. (iaitu pada perkara2 yg tiada faedah pada agama)

Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.

3. Ghadhab (pemarah) (marah)

Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.

83

Page 84: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.

Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.

4. Hasad (dengki)

Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahuwata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

5. Bakhil (kedekut)

Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.

Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahuwata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahuwata‘ala. 

Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.

Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.

Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

84

Page 85: Usul, fiq, tasawuf ringkas

7. Hubbuddunya (kasihkan dunia)

Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.

Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.

Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah. 

Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong) (sifat besar diri)

Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.

Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. 

Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

9. ‘Ujub (bangga diri) (terpesona dengan diri)

Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.

Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. 

Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)

Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.

Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.

85

Page 86: Usul, fiq, tasawuf ringkas

Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.

86