urutan pelbagai peristiwa menjelangnya hari kiamat
TRANSCRIPT
URUTAN BERBAGAI PERISTIWA MENJELANGNYA HARI KIAMAT
1) Iraq memerangi Kuwait dan saling serang menyerang Pada tahun 1990 Masihi, Saddam Hussein Presiden Iraq merasa tamak hendakkan hasil
minyak petrol yang dimiliki oleh Jabir pemerintah Kuwait, lalu akhirnya Jabir melarikan diri meminta bantuan Amerika, Eropah dan sekutunya (negara barat berbangsa Nasrani
dan beragama kristian). Jabir mengajak mereka mengusir Saddam dari negaranya, lantas
mereka menyerang Iraq dan menghancur leburkan di persekitaran bumi Arab dalam
rangka perjalanan pertama peperangan dunia ketiga dari awal pertempurannya.
2) Negara Iraq dikepung
iaitu satu pengepungan dari segi ekonomi, politik, ramai antara rakyat yang dipenjarakan
dan sistem negara mereka dilumpuhkan. Semenjak bermulanya penyerangan Iraq
berterusan sehingga ke hari ini tidak ternyata di horizon dunia sebarang tanda satu kuasa
yang boleh membinasakan dan menghapuskan sama sekali negara Iraq. Ini benar-benar
berlaku di salah satu pengepungan negara bukan Islam dan ianya dikongsi bersama oleh
beberapa negara bukan Arab.
3) Pengepungan negara-negara Syam (Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan)
Negara Palestin kini benar-benar dikepung, sekalipun rakyat mereka sentiasa berjuang
habis-habisan, bermula pada September, 2000 Masihi yang berterusan sehinggalah ke
hari ini. Diketahui bahawa negara-negara Syam ialah mengandungi negara Palestin,
Syria, Jordan dan Lubnan. Adakah negara Syria dan Lubnan yang berdekatan dengan
pihak negara Amerika, Eropah dan sekutunya akan berterusan dikepung? Kemungkinan,
keadaan peristiwanya berlaku secara khusus dan Amerika sendiri memainkan peranan
dengan menyerahkan dua buah negara ini kepada ketua negara-negara pengganas untuk meneruskan gerakan keganasannya. Pengepungan ini dinamakan sebagai ‘pengepungan
Amerika’ kerana pemain peranan utamanya ialah Amerika dan medan kubu
ketenteraannya ialah di Israel. Peristiwa ini memang berlaku sebagaimana yang
disabdakan oleh Rasulullah SAW satu pengepungan yang dilakukan dari pihak
negara Amerika, Eropah dan sekutunya. Untuk diketahui, pengepungan ini akan
berterusan, perjuangan rakyat Palestin yang tidak mengenal sampai bila akan tamat,
pembunuhan pelbagai golongan orang Islam yang berlaku berdekatan dengan pintu Baitul
Maqdis serta persekitarannya sehinggalah munculnya Imam Mahdi.
4) Satu Tempoh Jangkamasa yang pendek
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang disebutkan dalam bab
Fitnah dalam sahihnya, iaitu menerangkan tentang urusan peristiwa dari awalanya dari
hadis Rasulullah SAW tentang pengepungan Iraq, negara-negara Syam dikepung dan
kemudiannya peristiwa lain berlaku dalam tempoh jangkamasa yang pendek sebelum munculnya Imam Mahdi. Kita sekarang ini berada pada zaman antara pengepungan
negara-negara Syam dan munculnya Imam Mahdi.
5) Munculnya pasukan tentera pemegang bendera hitam (Toliban)
Gerakan puak Toliban muncul dengan membawa benderanya berwarna hitam, iaitu
berserban hitam dan memakai satu fesyen baju berwarna putih. Orang lain melihatnya
merasa takjub dengan bentuk gayanya dan penampilannya. Kemunculan gerakan ini di sekitar tahun 1996 Masihi. Sunnah dan Athar Nabawi mengistilahkannya sebagai
‘Pasukan Tentera Kecil Pembawa Bendera Hitam’ untuk membezakan dengan pasukan
tentera pembawa bendera hitam yang lebih besar dari Bani Abbas (dari Iran bermazhab
Syiah). Memang berlalu satu masa kemunculan pasukan tentera kecil pembawa bendera
hitam, iaitu puak Toliban di Afghanistan. Pasukan inilah yang dimaksudkan dalam athar
Nabawi dan dalam sebahagian athar lainnya menceritakan tentang satu jarak masa antara
munculnya pembawa bendera hitam dengan kemunculan Imam Mahdi, iaitu selama lebih
kurang 72 bulan sahaja, iaitu lebih kurang selama 6 tahun. Jika sahih athar tidak kekal
melainkan sedikit yang dikira dengan beberapa bulan.
Diketahui bahawa pasukan tentera pembawa bendera hitam ini adalah golongan pertama
yang membantu Imam Mahdi dan bersekongkol sama untuk memperkuatkan
kekuasaannya.
Rasulullah SAW bersabda:
yang bermaksud: “Segolongan manusia muncul)يخرج ناس من المشرق فيوطئون للمهدي سلطانه(dari negara sebelah timur, lalu bersetuju bersama menguatkan kekuasaan Imam Mahdi .”
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, Imam Tabrani dan selainnya).
Rasulullah SAW bersabda:
)تخرج من خراسان رايات سود فال يردها شيء حتى تنصب بإيلياء(
yang bermaksud: “Beberapa pasukan ketenteraan pembawa bendera hitam akan muncul
dari negara Khurasan. Sesuatu pun tidak dapat menghalangnya seh inggalah mereka
dinobatkan di Iliya’ (Baitul Maqdis).” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam
Termizi, Imam Nu’aim bin Hammad daripada Abu Hurairah RA).
Ibnu Kathir berkata, pasukan ketenteraan pembawa bendera hitam ini
muncul untuk membantu perjuangan bersama-sama Imam Mahdi. Rasulullah SAW bersabda:
)إذا رأيتم الرايات السود قد أقبلت من خراسان فأتوها ولو حبوا على الثلج، فإن فيها خليفة هللا المهدي(yang bermaksud: “Jika kamu melihat beberapa buah pasukan ketenteraan pembawa
bendera hitam yang datang dari negara Khurasan, kamu hendaklah datang menemuinya
sekalipun kamu merangkak di atas salji kerana di dalamnya akan wujudnya khalifah
Allah bernama Imam Mahdi.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Nu’aim bin
Hammad, Imam Hakim dan Abu Nu’aim dari hadis Thauban. Hadis ini disahihkan oleh
Imam Hakim dan dipersetujui oleh Imam Zahabi, begitu juga disahihkan oleh Mustaffa
al-Adawi dalam kitab sahih Musnad yang mengandungi hadis-hadis Fitan dan
Pertempuran).
6) Serangan pasukan tentera barat menentang pasukan Afghanistan (pembawa
bendera hitam) Peristiwa ini telah berlaku dalam jangkamasa yang terdekat iaitu sekitar bulan Oktober,
2001 Masihi. Athar juga memberitahu kepada kita bahawa antara sebab kedatangan barat
dengan membawa panji ketenteraannya (pakatan ketenteraan antara Amerika, Britain dan
beberapa negara Eropah) adalah berlakunya perselisihan antara beberapa golongan
pasukan pembawa bendera hitam ini sesama sendiri, lalu pasukan tentera barat muncul
untuk menghancurkannya. Sedangkan tujuan lain yang lebih jelas ialah ingin menguasai
dunia bermula dari negara-negara sebelah timur berfahaman komunis serta Syiah dan
diakhiri dengan negara sebelah timur tengah beragama Islam.
Ketua pasukan pakatan ketenteraan barat ialah berkaki tempang, berbangsa Kanada, dan
mengetuai pasukan kekuatan bersekutu, Richard Mairez. Ini juga salah satu daripada tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi, iaitu peristiwa terakhir yang berlaku sehingga ke
hari ini. Peristiwa berikutnya ialah pelbagai peristiwa yang kita akan nanti-nantikannya
menurut urutan masa yang berikut.
7) Peperangan Dunia ketiga di Armageddon
Dalam tahap perjalanan kedua mempamirkan kepada kita beberapa buah negara timur
serta barat mula berpecah dan bergerak di mana beberapa kekuatan mula menjalan
operasi konspirasi dan gerombolan ketenteraan lain dihalau serta dihancurkan di bawah
beberapa kuasa pasukan terkuat. Negara barat dari pihak sebelah Amerika, Eropah dan
sekutunya sekarang ini sudah bersiap sedia. Negara pakatan sebelah timur berfahaman
komunis, athies dan berfahaman Syiah (Russia, China dan Iran) yang sesat pula sedang
menunggu-nunggu kejahatan mereka yang lebih sedikit lagi untuk menggerakkan peranannya. Sebahagian orang Islam akan berkumpul bagi kemaslahatan beberapa pihak
puak sebelah barat, iaitu Amerika, Eropah dan sekutunya kerana mereka dipaksa
bersekongkol untuk mengadakan persepakatan menentang puak sebelah timur dengan
dua belah pihak. Kecuali negara Iraq sahaja yang menyebelahi dan mengadakan
persepakatan dengan negara sebelah timur. Peperangan nuklear akan menghancur
leburkan dan tidak akan meninggalkan baki bagaikan padang jarak padang tekukur dan
kemenangan berada di sebelah pihak ketenteraan barat dari pihak Amerika, Eropah dan
sekutunya serta sebahagian puak Islam.
Armageddon @ Dragon War @ War World III
8) Sungai Furat dari banjaran gunung melimpah ruahkan jongkong emas
Kemungkinan, salah satu sebab berlaku pertempuran di Armageddon dan kawasan sekitarnya adalah disebabkan pelancaran perang nuklear kepada negara Iraq. Ini
kemungkinan besar akan berlaku dan salah sebab mereka memerangi sesama mereka
untuk mendapatkan kawasan air yang boleh dijadikan sebagai tempat perkhemahan
tentera.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Nu’aim bin Hammad dalam kitab Fitnah
melalui sanadnya:
)ال تدع الروم على الساحل أيام المالحم ماء إال عسكروا عليه(yang bermaksud: “Pada hari pertempuran nanti, negara bersekutu Rom(Negara
Amerika, Eropah dan sekutunya) tidak sekali-kali akan meninggalkan kawasan perairan
air melainkan mereka terus membuat perkhemahan tentera di situ .”
Kemungkinan besar, Sungai Furat melimpahkan isi kandungannya adalah hasil daripada
tindakan jenayah serangan pihak Turki berfahaman sekularisma, di mana fahaman
negaranya menjadi hancur sedikit demi sedikit sehingggalah benar-benar menjadi kafir
serta sekular yang sebelum itu menjadi pusat pemerintahan khilafah Islamiah. Sekarang
ini negara Turki mempunyai puluhan empangan yang diakhiri dengan ‘Empangan
Ebliso’. Kekuatan empangan ini mampu menghalang air sungai Furat yang berpunca dari
negara Iraq secara total. Sungai Furat akan melimpahkan airnya dari banjaran gunung
berupa emas. Ini satu kemungkinan juga yang boleh jadi akan berlaku sebagaimana
peristiwa sebelumnya.
Jangan hampiri longgokan emas ini!!
Begitulah sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW agar kita menjauhkan
diri dari banjaran pergunungan emas ini kerana di persekitarannya akan berlakunya satu
pertempuran hebat dan tanah menjadi hangus terbakar. Dalam setiap 100 orang, 99 orang
daripadanya akan terbunuh. Sesiapa yang sempat melihat peristiwa ini, jangan sekali-kali
mengambil sedikit pun dari harta bumi tersebut. Ianya adalah benar-benar emas kuning,
bukannya sebagaimana yang disangkakan oleh sebahagian orang yang mengatakan
bahawa ianya adalah emas hitam (minyak petrol). Sebabnya yang ringkas ialah kerana
minyak petrol memang wujud di sebahagian besar negara di dunia dan berada di pedalaman bumi, bukannya di permukaan dengan sebab sungai Furat melimpah ruahkan
segala isi kandungannya. Ini adalah sebagai untuk membedakan antara Sungai Furat
dengan banjaran gunung emas.
9) Pemerintah Arab Saudi meninggal dunia
Sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah dan menjadi pengganti raja serta tampuk
pemerintahan dikenali sebagai khalifah. Penulis katakan sebelum ini, ianya kemungkinan adalah Malik Fahad, tetapi Insya Allah, Allah SWT akan memanjangkan usianya dan jika
Allah SWT tidak mengkehendakinya, Dia akan melakukan apa sahaja. Ini adalah satu
takdir Allah SWT yang tidak boleh ditolak sama sekali.
Selepas itu, bila satu pembunuhan dilakukan kepada Malik, lalu 3 orang daripada ahli
keluarganya berebut sesama sendiri untuk menduduki takhta singgahsana pemerintahan
serta pentadbiran. Prof. Muhammad Hussein Haikal mengkhususkan sebuah fasal khas
dengan tajuk ‘satu pandangan terhadap peristiwa di Saudi’ dalam kitabnya yang bernilai
‘Beberapa Makalah orang Jepun’. Dia menerangkan di dalamnya tentang beberap pihak
pengintip untuk menunggu peluang keemasan yang terdiri daripada saudara kandung
seibu sebapa Malik Fahad sendiri, iaitu Amir turus angkatan tentera, menteri pertahanan
dan Amir Salman. Dari pihak saudara bukan seibu sebapa ialah Amir Abdullah bin
Badawiah, putera mahkota dan ketua keamanan negara.
Selepas dia membentangkan tentang hal ehwal politik di sana, dia berbicara, “Semuanya
itu adalah beberapa bukti peristiwa yang menggegarkan. Jika ditambahkan beberapa suasana yang berlaku di persekitaran negara jiran Arab Saudi dan negara-negara di
persekitaran yang memanjang pantai Teluk, nescaya zahirlah beberapa bahaya. Bahaya
ini bukan sebuah negara sahaja yang akan menghadapinya secara khususnya, tetapi ianya
tertumpu di kawasan persekitarannya secara total. Untuk menunggu agar semuanya lega
kembali, negara gerakan orang Islam dan dunia ini berkeadaan dalam suasana kacau bilau
menurut beberapa perkiraan yang amat teliti dan sensitiviti.”
Urutan peristiwa yang ke 8 dan ke 9 ini, penulis tidak dapat memastikannya untuk
berurutan sedemikian. Mungkin salah satunya akan terjadi lebih dahulu dan penulis tidak
dapat memastikannya kerana penulis tidak ada bahan rujukan yang lengkap untuk
membantu menyelesaikannya. Penulis hanya berpada kepada susunan urutan yang ada.
10) Tanda-tanda peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan
Dalam masa ini, di mana semua orang merasa tidak tenang, kacau bilau, tidak tenteram,
masyarakat semakin berselisih dengan sebab kematian khalifah dan berlakunya fitnah,
tiba-tiba orang ramai dikejutkan dengan pelbagai tanda menakjubkan yang muncul dari
arah langit dalam bulan Ramadhan. Penulis sebutkan tanpa menurut urutan yang mana
satu akan muncul lebih dahulu dan yang mana akan muncul selepasnya. Bulan Ramadhan
belum lagi, orang ramai sudah dapat melihat satu peristiwa yang besar dan hebat.
Peristiwa itu adalah antaranya:
a) Pada awal bulan Ramadhan, gerhana bulan akan berlaku.
b) Munculnya bintang berekor yang berlaku hampir dengan bumi dan memancarnya
cahayanya dari langit seperti terdapatnya tiang cahaya. Dikatakan, selepas berlakunya kejadian kemunculana bintang berekor ini, bumi akan mengalami musibah semula jadi,
iaitu seperti sebahagian negara di bumi akan ditenggelami oleh air lautan dan bah besar,
antaranya ialah bandar New York dan Florida, Amerika. وهللا أعلم sejauh mana benarnya
fakta ini, tidak jauh berbeza daripada peristiwa berlaku pada zaman keajaiban.
c) Pada pertengahan Ramadhan malam Jumaat, terdengar bunyi yang kuat dan suara besar
menakutkan yang boleh didengari oleh semua orang. Ianya muncul dari arah langit yang akan mengakibatkan sebahagian manusia akan ditimpa musibah.
d) Pada pertengahan Ramadhan juga, berlakunya gerhana matahari.
Kedua-dua peristiwa terakhir ini atau salah satunya berlaku pada satu hari. Apa yang
pastinya, suara yang kuat berlaku pada waktu malam, sedangkan gerhana matahari
berlaku pada waktu siang hari. Tetapi, penulis tidak dapat pastikan secara yakin mana
satukah yang berlaku terlebih dahulu.
11) Peperangan, gegak gempita, panas terik, kacau bilau, gempar, huru-hara
dan fitnah berlaku sepanjang bulan Syawal, Zul Kaedah dan Zul Hijjah
Jika berlakunya beberapa tanda menakjubkan yang muncul dari langit dalam bulan
Ramadhan, jangan bertanya tentang bilakah berlakunya sebarang fitnah. Pintu
kegemparan telah dibuka, air lautannya telah bergelombang, suasana kepanasan gegak
gempita di daratan sudah mula terik, lalu semua umat terkena percikannya.
Pada bulan Syawal, suara gempita peperangan sudah mula kedengaran, perjalanan
beberapa puak menuju ke arah puak yang lain untuk saling berperang.
Pada bulan Zul Kaedah, beberapa buah negara Islam sering bertelagah dan bermulalah
berlakunya pertarungan senjata antara mereka.
Pada bulan Zul Hijjah, orang ramai mengerjakan haji tanpa mempunyai seorang
pemimpin. Mereka terus saling berperang pada musim haji, darah suci mengalir di atas Jamrah Aqabah.
12) Imam Mahdi muncul pada bulan Muharram
Imam Mahdi muncul di Mekah berdekatan dengan Masjidil Haram sebaik-baik sahaja
selepas berlakunya peperangan, gegak gempita, kegemparan, huru-hara dan fitnah yang tersebut. Para ulama yang mengetahui ciri-ciri sifat Imam Mahdi terus memberikan
bai’ah kepada Imam Mahdi antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim agar beliau
menenangkan keadaan suasana kekacauan dan pengaliran darah.
13) Pasukan tentera ditelan bumi dan tersebarnya nama Imam Mahdi
Anak keturunan Saddam Hussein (atau beliau sendiri) yang berketurunan as-Suffiani
menghantar pasukan tentera Iraqnya dari pihak negara Syam menuju ke arah Mekah untuk memerangi Imam Mahdi. Pada permulaannya, pasukan itu menyokong Imam
Mahdi. Pasukan tentera yang berniat jahat itu berjalan sehinggalah sampai ke
persekitaran bandar Madinah, lalu membelok menuju ke arah Mekah. Bila sampai ke
sebuah tempat yang bernama Baida’ di kawasan bandar Madinah, dengan kuasa Allah
SWT semua pasukan tentera ini ditelan bumi kecuali seorang. Seorang tentera itu
memberitahu tentang hal yang sebenarnya. Dari sinilah, nama Imam Mahdi menjadi
tersebar di mana-mana dan orang ramai dari segenap penjuru dunia menuju ke Mekah
untuk memberikan bai’ah dan membantu Imam Mahdi. Seramai 12,000 atau 15,000
orang lelaki berkumpul di sekelilingnya untuk sanggup berperang bersama-sama Imam
Mahdi yang kebanyakannya ialah puak pembawa bendera hitam. Golongan berserban
dari Iraq, kumpulan wali daripada Syam dan para ulamak yang mempunyai kelebihan
dari Mesir.
14) Peristiwa puak Kalab
Anak-anak keturunan as-Suffiani tidak mendapat sebarang pengajaran dan tidak
mengambil iktibar dari peristiwa angkatan tentera bersenjatanya yang ditelan bumi. Dia meminta bantuan dari saudaranya dari puak Kalab, lalu menghantar seangkatan tentera
lain untuk menentang Imam Mahdi. Dengan mudah, Imam Mahdi dapat
menghancurkannya dengan kekalahan yang amat teruk dan mendapat banyak harta
rampasan perang.
Rasulullah SAW bersabda:
)والخيبة لمن لم يشهد غنيمة كلب(yang bermaksud: “Tidak sampai apa yang dimaksudkan sesiapa yang tidak dapat
menyaksikan harta rampasan puak Kalab .”
15) Imam Mahdi menawan Semenanjung Tanah Arab
Imam Mahdi memegang tampuk pemerintahan dan kemuliaan pentadbiran di semua
penjuru Semenanjung Tanah Arab, iaitu Arab Saudi, Yemen, Emiriyah Arab Bersatu,
Kuwait, Qatar, Oman dan semua negara semenanjung Arab.
16) Imam Mahdi menawan negara Iran
Puak Syiah amat marah terhadap orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah, malahan mereka
mengkafirkan orang Sunni. Oleh sebab itulah negara Syiah lebih utama untuk ditawan.
Imam Mahdi menyerang negara mereka, lalu menawannya.
17) Imam Mahdi menyerang bangsa Yahudi, menawan Baitul Maqdis dan
membebaskan Masjid Aqsa yang tertawan Ini adalah negara terakhir orang Israel dan bukannya negara terakhir bangsa Yahudi.
Segolongan dari mereka sentiasa menunggu-nunggu raja mereka yang ikhlas, iaitu Dajjal.
Di mana, 70 ribu bangsa Yahudi menjadi pengiringnya dan dia tidak sekali-kali mengaku
kalah, sekalipun pengikutnya dihapuskan sama sekali selepas itu. Berakhirnya negara
Israel adalah di tangan Imam Mahdi dan saki baki bangsa Yahudi akan dihapuskan sama sekali selepas turunnya Nabi Isa AS, lalu beliau membunuh sekali Dajjal.
18) Pertempuran yang amat hebat
Negara Amerika, Eropah dan sekutunya dengan membawa benderanya sebanyak 80
panji-panji perang dan angkatan tentera bersenjatanya yang jumlahnya hampir sejuta orang (960,000 orang tentera). Selepas meninggalkan Armageddon, mereka kembali ke
negara mereka untuk terus meninggalkan medan pertempuran. Di pertengahan jalan
kepulangan ke negara mereka, lalu mereka sampai ke satu medan pertempuran yang lebih
hebat dalam satu jangkamasa selama 9 bulan. Di sana, mereka mendapati Imam Mahdi
dan tentera-tenteranya sudah menunggu dan membuat satu perkhemahan tentera di
Ghoutah.
Peristiwa pertempuran berlaku dengan amat dahsyat di persekitaran bandar Damsyik,
yang mereka sentiasa mencirikannya sebagai puak pengganas dan mereka meletakkannya
sebagai pusat pemerintahannya. Ini dialah puak pengganas, sebagaimana yang mereka
sangkakan, yang mereka sentiasa mengingatinya sebagai satu pengajaran. Sekalipun baki
umur dunia tidak mungkin diingati atau terlupa, mereka tidak mempunyai peluang lagi
untuk terus menyerang sebagai satu pengiktibaran. Tetapi, maksudnya yang jelas ialah
orang Islam di bawah kepemimpinan Imam Mahdi yang tulus dapat menghancurkan
Amerika, Eropah dan sekutunya dengan satu kekalahan yang amat teruk dan dapat
membunuh kebanyakan daripada mereka sehingga aliran darah menyamai tali kekang
kuda atau darah mereka mengalir ke dalam sebuah takungan.
Peperangan berlangsung selama 4 hari, sebagaimana yang disebutkan dalam Sahih
Muslim. Mereka berperang menggunakan pedang dan menaiki kuda. Pelbagai senjata
strategi yang dianggap sebagai satu peralatan yang boleh menghancurkan dengan sekali
lontaran sahaja dapat dihancurkan atau tidak berfungsi sama sekali dengan salah satu
sebab. Kalau senjata yang canggih itu ada pun dan boleh digunakan, apakah sebabnya
yang membuatkan Amerika bersama-sama Britain dan negara-negara Eropah bersusah
payah bergerak melalui jalan darat untuk bertemu dengan orang Islam di Syria?
Bukankah lebih mudah mereka kembali semula ke negara mereka dan menghancurkan
Syria dari jarah jauh menggunakan senjata peluru berpandu atau nuklear, sebagaimana
yang mereka lakukannya di bandar Hiroshima dan Nagasaki, di Iraq atau Afghanistan?
Peperangan ini adalah satu pertempuran daratan dan bertempur secara berdepan menggunakan senjata mudah sebagaimana yang digunakan pada peringkat permulaan
Islam.
19) Menawan Russia, China dan India
Mereka adalah bangsa Khouz dan penduduk yang tinggal di salah sebuah daerah Iran
yang ibu negaranya ialah Khirman. Angkatan tentera Islam ini tidak disertai oleh Imam
Mahdi kerana ketika mereka kembali dari berperang dengan sekutu Amerika, mereka
berjumpa dengan Nabi Isa AS yang telah turun dari langit. Imam Mahdi menghantar
pasukan tenteranya selepas selesainya pertempuran yang hebat tersebut. Dalam
pertempuran ini, pasukan Islam menghabiskan satu jangkamasa tertentu untuk menawan
negara Russia, China dan India. Selepas mencapai kemenangan, pasukan tentera Islam
membawa kembali ‘Fajbaiyi’ dan seumpamanya dalam rantai besi yang ditarik. Mereka
merasa gembira dapat bertemu dengan Nabi Isa AS.
20) Menawan kota Konstantinapel (Turki)
Kota Konstantinapel, Astana atau Intanbul adalah ibu kota Turki dan bekas negara
Khilafah Islamiah. Angkatan bersenjata berjumlah 70 ribu orang tentera dari kalangan
bani Ishak (Ahli Kitab) menyerangnya dan mereka akhirnya masuk Islam pada akhir
zaman. Kota Konstantinapel dapat ditawan dengan teriakan ال إله إال هللا، وهللا أكبر , lalu
benteng kota tersebut hancur lebur dan mereka dapat memasuki ke dalam, sebagaimana
yang terdapat dalam Sahih Muslim. Maha Suci Allah SWT!! Pembukaaan kota ini lebih
dahulu daripada keluarnya Dajjal, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.
Orang Islam dapat menawan semula kota Konstantinapel sebagaimana mereka dapat
menawannya buat pertama kalinya sebelum ini.
21) Munculnya Dajjal
Orang Islam berjaya menawan semula kota Konstantinapel ini sehingga keluarnya Dajjal menyebabkan Dajjal tersangat marah disebabkan orang Islam mencapai kemenangan
cemerlang berturut-turut. Dajjal terus bergaduh dengan sesiapa sahaja selama 40 hari.
Hari pertama seperti setahun lamanya, hari kedua seperti sebulan lamanya, hari ketiga
seperti seminggu lamanya. Bakinya iaitu sebanyak 37 hari seperti hari kita sekarang ini.
Rasulullah SAW bersabda, kita mesti menentukan solat kita untuk menganggarkan hari
yang panjang ini. Kita hendaklah mengkadarkan hari pertama itu selama mana kita
bersolat selama setahun, kita menentukan hari kedua selama mana kita bersolat selama
sebulan, kita menentukan hari ketiga selama mana kita bersolat selama seminggu dan hari
keempat serta hari seterusnya kita bersolat sebagaimana biasa.
22) Nabi Isa AS turun, Dajjal dibunuh dan munculnya Yakjuj serta Makjuj
Nabi Isa AS turun pada hari-hari terakhir umur Dajjal. Lalu Nabi Isa AS mengejarnya
sehingga sampai di pintu Luddi di Palestin dan Nabi Isa AS dapat membunuhnya menggunakan lembingnya. Para pengikut Dajjal seramai 70 ribu orang Yahudi yang
bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan baju besar dapat dibunuh oleh orang Islam di
bawah kepemimpinan Imam Mahdi dan di bawah pengawasan Nabi Isa AS. Dengan ini,
bumi dapat dibersihkan dari sebarang najis dan kekotoran fahaman bangsa Yahudi.
Kemudian, Yakjuj dan Makjuj keluar dan bumi dipenuhi dengan bangsa ini. Nabi Isa AS
melaknat mereka, lalu mereka semuanya mati. Selepas itu, Nabi Isa AS berdoa dan
banyak burung yang datang dari lautan mengutip semua bangkai Yakjuj dan Makjuj yang
ada di mana-mana sehingga semua kawasan bumi bersih dari bangkai serta bau busuk
mereka.
23) Kota Rom (Itali) ditawan
Selepas itu, orang Islam menuju ke arah selatan untuk menawan kota Rom ibu kota Itali
dan mereka dapat menceroboh masuk kawasan Vatikan.
24) Imam Mahdi wafat dan kemudian Nabi Isa AS pula wafat
Selepas Nabi Isa AS turun dari langit, tidak lama selepas itu, iaitu lebih kurang 2 atau 3
tahun menurut pendapat kebanyakan ulamak, Imam Mahdi wafat. Orang Islam
menjadikan seorang lelaki lain bernama ‘al-Kahthani’ sebagai khalifah di bawah
pengawasan Nabi Isa AS. Lelaki Kahthani ini seperti Imam Mahdi juga dari segi
kelebihan dan kebaikannya.
Kemudian Nabi Isa AS pula wafat selepas 5 atau 6 tahun kewafatan Imam Mahdi. Orang
Islam menyembahyangkannya.
25) Kaabah runtuh dan bermulanya tanda-tanda hari kiamat yang besar
a) Seorang lelaki berbetis kecil berbangsa Habsyi menguasai Kaabah,
meruntuhkannya dan mencabut dinding Kaabah sedikit demi sedikit.
b) Tidak lama selepas itu, matahari terbit dari sebelah barat.
c) Binatang berkaki empat keluar dari celah rekahan di bukit Safa, penampilannya amat
besar, boleh bercakap dengan manusia, mengajar mereka berdekatan dengan wajah mereka, lalu muka orang beriman nampak bercahaya, sedangkan muka orang kafir gelap
gulita.
d) Asap tebal besar muncul dari langit sebagai kerahmatan kepada orang beriman dan satu
azab kepada orang kafir.
e) Angin lembut sepoi-sepoi bahasa muncul pula dari arah negara Syam untuk mematikan
semua orang beriman. Hanya tinggal orang kafir sahaja.
f) Gerhana bulan berlaku sebanyak 3 kali, iaitu di sebelah timur, di sebelah barat dan di
bumi Arab.
g) Api keluar dari pihak negara Yaman untuk mengepung orang kafir menuju ke arah
padang perkumpulan di negara Syam.
h) Kemudian, hari kiamat berlaku, semua makhluk akan binasa dan kembali sebagaimana
sedia kala.
s