tutorial java - membina kalkulator dengan netbeans

9
Pengaturcaraan Java http://sempoi.me/rusmaini TUTORIAL MEMBINA KALKULATOR DENGAN JAVA & NETBEANS Pemasangan Java & Netbeans 1. Muat turun dan pasangkan (install) Java SE Development Kit (JDK) versi 5.0 atau ke atas. a) URL: http://www.oracle.com/technetwork/java/javase/downloads/index.html 1

Upload: rusmaini-miftah

Post on 01-Jul-2015

2.333 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Panduan langkah demi langkah membina sistem ringkas - kalkulator darab dengan menggunakan netbeans dan bahasa pengaturcaraan java.

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial Java - Membina Kalkulator Dengan Netbeans

Pengaturcaraan Javahttp://sempoi.me/rusmaini

TUTORIAL MEMBINA KALKULATOR DENGAN JAVA & NETBEANS

Pemasangan Java & Netbeans

1. Muat turun dan pasangkan (install) Java SE Development Kit (JDK) versi 5.0 atau ke atas.

a) URL: http://www.oracle.com/technetwork/java/javase/downloads/index.html

1

Page 2: Tutorial Java - Membina Kalkulator Dengan Netbeans

Pengaturcaraan Javahttp://sempoi.me/rusmaini

2. Muat turun dan pasangkan (install) Netbeans IDE 6.9.1

a) URL: http://netbeans.org/downloads/index.html

2

Page 3: Tutorial Java - Membina Kalkulator Dengan Netbeans

Pengaturcaraan Javahttp://sempoi.me/rusmaini

Membangunkan Projek Kalkulator Java

1. Membina projek dengan nama Kalkulator

a) Buka Netbeans

b) Pilih menu File > New Project dan klik Next

c) Masukkan nama projek dengan Kalkulator

d) Pilih lokasi projek di E:\JAVA (atau lokasi folder aplikasi Java anda)

e) Buangkan check (deselect) pada Create Main Class

f) Tandakan pada Set as Main Project

g) Klik butang Finish

2. Membina antaramuka hadapan

a) Klik-kanan pada nama projek kalkulator dan pilih New > JFrame Form

b) Masukkan nama KalkulatorUI pada ruangan Class Name

c) Masukkan my.Kalkulator pada ruangan Package

d) Klik butang Finish

IDE Netbenas akan menghasilkan borang (form) dan class KalkulatorUI ke dalam aplikasi

KalkulatorUI.java

3

Page 4: Tutorial Java - Membina Kalkulator Dengan Netbeans

Pengaturcaraan Javahttp://sempoi.me/rusmaini

3. Menambah komponen kepada borang

a) Tambahkan satu panel

b) Pada atribut border, klik butang "..."

c) Pilih Titled Border pada kotak dialog yang dipaparkan dan masukkan Kalkulator pada

ruangan Title dan klik butang OK

4

PANEL

BORDERTITLED BORDERTITLE

Page 5: Tutorial Java - Membina Kalkulator Dengan Netbeans

Pengaturcaraan Javahttp://sempoi.me/rusmaini

d) Tambahkan 3 label, 3 kotak input dan 3 butang seperti rajah di bawah

4. Menamakan semula (rename) komponen yang telah ditambah

a) Double-click pada jLabel1 dan tukarkan teks tersebut kepada Nombor Pertama

b) Double-click pada jLabel2 dan tukarkan teks tersebut kepada Nombor Kedua

c) Double-click pada jLabel3 dan tukarkan teks tersebut kepada Hasil Darab

d) Right-click pada jTextField1, jTextField2 dan jTextField3 dan pilih menu Edit Text

e) Padamkan teks berkenaan

f) Right-click pada jButton1, pilih menu Edit Text dan tukarkan kepada Darab

g) Right-click pada jButton2, pilih menu Edit Text dan tukarkan kepada Reset

h) Right-click pada jButton3, pilih menu Edit Text dan tukarkan kepada Keluar

Anda akan memperolehi hasil seperti berikut:

5

Page 6: Tutorial Java - Membina Kalkulator Dengan Netbeans

Pengaturcaraan Javahttp://sempoi.me/rusmaini

5. Memastikan butang Keluar berfungsi

a) Right-click pada butang Keluar

b) Pilih menu Events > Action > actionPerformed dan ruangan kod sumber (source code)

akan dipaparkan

c) Masukkan System.exit(0); seperti dalam rajah berikut

private void jButton3ActionPerformed(java.awt.event.ActionEvent evt) {System.exit(0);

}

6. Memastikan butang Reset berfungsi

a) Klik pada tab Design (sebelah tab Source) untuk kembali ke paparan borang

b) Right-click pada butang Reset

c) Pilih menu Events > Action > actionPerformed dan ruangan kod sumber (source code)

akan dipaparkan

d) Kita akan memadam semua teks yang berada di dalam kotak input apabila butang

Reset ini ditekan

e) Masukkan kod berikut

private void jButton2ActionPerformed(java.awt.event.ActionEvent evt) { jTextField1.setText(""); jTextField2.setText(""); jTextField3.setText("");}

6

Page 7: Tutorial Java - Membina Kalkulator Dengan Netbeans

Pengaturcaraan Javahttp://sempoi.me/rusmaini

7. Memastikan butang Darab berfungsi

a) Proses ini akan membolehkan pengguna memasukkan input ke dalam jTextField1 dan

jTextField2 dan menukarkan jenis data string kepada float

b) Kemudian proses darab bagi kedua-dua nambor akan dilakukan

c) Hasil darab akan dipaparkan di dalam kotak input jTextField3

d) Klik pada tab Design

e) Rigt-click pada butang Darab (jButton1)

f) Pilih menu Events > Action > actionPerformed

g) Atau anda boleh terus double-click pada butang Darab dan ruangan kod sumber

(source code) akan dipaparkan

h) Masukkan kod seperti berikut

private void jButton1ActionPerformed(java.awt.event.ActionEvent evt) { //isytihar pembalehubah float num1, num2, result; //tukarkan teks daripada kotak input ke jenis data float num1 = Float.parseFloat(jTextField1.getText()); num2 = Float.parseFloat(jTextField2.getText()); //laksanakan proses darab result = num1*num2; //hantarkan nilai hasil darab ke jTextField3 //dan tukarkan nilai darab ke jenis data string jTextField3.setText(String.valueOf(result)); }

7

Page 8: Tutorial Java - Membina Kalkulator Dengan Netbeans

Pengaturcaraan Javahttp://sempoi.me/rusmaini

8. Melarikan program (Run)

a) Pada bar menu di atas pilih Run > Build Main Project

b) Atau tekan butang F11 pada papan kekunci anda

c) Sekiranya tiada sebarang ralat, anda akan perolehi skrin seperti ini

8

Page 9: Tutorial Java - Membina Kalkulator Dengan Netbeans

Pengaturcaraan Javahttp://sempoi.me/rusmaini

d) Pada bar menu di atas, pilih Run > Run Main Project

e) Atau tekan butang F6 pada papan kekunci anda

f) Berikut ialah paparan hasil aplikasi Kalkulator yang telah siap

Sekian.. Wassalam.

Rujukan: http://netbeans.org/kb/articles/gui-functionality.html

Disediakan Oleh: Rusmaini Bin Miftah

Laman Web:

http://rusmaini.com

http://sempoi.me/rusmaini

9