tragedi bhopal

18
Apa itu Virus Ebola, Sejarah Virus Ebola dan Gejala dan Cara Penularan Virus Ebola Apa itu sebenarnya Virus Ebola? Virus Ebola merupakan jenis virus mematikan yang pertama kali ditemukan di sungai Ebola di Republik Demokratik Kongo pada tahun 1976. Virus Ebola terbagi ke dalam 4 sub tipe yaitu: 3 tipe yang menyerang manusia ( Zaire, Pantai Gading, serta Sudan ), dan 1 tipe yang menyerang binatang primata ( ebola-Reston). Virus Ebola ini hidup serta mampu berkembang biakdi dalam badan binatang yang terdapat di benua Afrika. Dilaporkan bahwa kasus yang terkait dengan Virus Ebola , muncul di Zaire, Gabon, Sudan, Pantai Gading serta Uganda. Virus Ebola dapat menyebabkan penyakit "ebola hemorrhagic fever" (EHF). Lalu bagaimana cara penyebaran serta cara penularan Virus Ebola sampai ke tubuh manusia? 1. Penularan terjadi dari binatang yang telah terinfeksi Virus Ebola ke tubuh manusia. 2. Kemudian dari manusia yang terinfeksi ini, virus dapat ditularkan ke dalam beberapa cara, misalnya ditularkan dengan cara kontak langsung dengan carah, keringat, organ tubuh serta cairan tubuh lainnya dari manusia yang telah terinfeksi Virus Ebola. 3. Manusia juga dapat terinfeksi oleh sebab berkontak dengan benda, misalnya jarum suntik yang terkontaminasi dengan manusia yang telah terinfeksi Virus Ebola.

Upload: ummie-khalid

Post on 19-Jul-2015

160 views

Category:

Documents


36 download

TRANSCRIPT

Apa itu Virus Ebola, Sejarah Virus Ebola dan Gejala dan Cara Penularan Virus Ebola Apa itu sebenarnya Virus Ebola?

Virus Ebola merupakan jenis virus mematikan yang pertama kali ditemukan di sungai Ebola di Republik Demokratik Kongo pada tahun 1976. Virus Ebola terbagi ke dalam 4 sub tipe yaitu: 3 tipe yang menyerang manusia ( Zaire, Pantai Gading, serta Sudan ), dan 1 tipe yang menyerang binatang primata ( ebola-Reston). Virus Ebola ini hidup serta mampu berkembang biakdi dalam badan binatang yang terdapat di benua Afrika.

Dilaporkan bahwa kasus yang terkait dengan Virus Ebola , muncul di Zaire, Gabon, Sudan, Pantai Gading serta Uganda. Virus Ebola dapat menyebabkan penyakit "ebola hemorrhagic fever" (EHF). Lalu bagaimana cara penyebaran serta cara penularan Virus Ebola sampai ke tubuh manusia? 1. Penularan terjadi dari binatang yang telah terinfeksi Virus Ebola ke tubuh manusia. 2. Kemudian dari manusia yang terinfeksi ini, virus dapat ditularkan ke dalam beberapa cara, misalnya ditularkan dengan cara kontak langsung dengan carah, keringat, organ tubuh serta cairan tubuh lainnya dari manusia yang telah terinfeksi Virus Ebola. 3. Manusia juga dapat terinfeksi oleh sebab berkontak dengan benda, misalnya jarum suntik yang terkontaminasi dengan manusia yang telah terinfeksi Virus Ebola.

4.Penularan yang terjadi di Rumah Sakit pun dapat terjadi bila pasien serta tenaga medis tidak menggunakan masker atau sarung tangan. 5. Adapun masa inkubasi nya adalah 2 sampai dengan 21 hari. Lalu bagaimana gejala bila menderita infeksi penyakit yang disebabkan oleh Virus Ebola? 1. Demam mendadak 2. Tubuh melemah 3. Otot sakit 4. Sakit kepala serta sakit tenggorokan 5. Sering muntah, diare, ruam, ginjal serta fungsi lever terganggu 6. Muncul pendarahan dalam serta luar

Lalu bagaimana Penyebaran Sejarah Virus Ebola serta kasus penyakit yang disebabkan oleh Virus Ebola ini? Tahun 1976 : Virus Ebola pertama kali diidentifikasi di provinsi sebelah barat negara Sudan serta wilayah Zaire ( sekarang Kongo ). Virus Ebola ini pertama kali teridentifikasi setelah terjadi endemik penyakit di wilayah Yambuki, Kongo, dan Nzara, Sudan. Tahun 2000 : Terdapat 425 orang di Uganda terinfeksi serta lebih dari separuhnya meninggal dunia. Mei 2011 : Wanita yang berumur 12 tahun di Uganda meninggal dunia karena Virus Ebola. 29 Juli 2012 : terdapat 20 orang yang diduga terinfeksi Virus Ebola di Uganda serta 13 orang dari mereka meninggal dunia.

Penyakit virus Ebola Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Ebola)

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat

doktor atau

pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan

menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan

doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada

semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah

umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya

anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar

perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Penyakit virus Ebola

Pengelasan dan sumber luaran

1976 Gambar dua orang jururawat berdiri di hadapan Mayinga N.,

pesakit virus Ebola; pesakit meninggal hanya beberapa hari kemudian

akibat pendarahan dalaman yang teruk.

ICD-10 A98.4

ICD-9 065.8

P. Data Penyakit 18043

MedlinePlus 001339

eMedicine med/626

MeSH D019142

Penafian perubatan

Penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam berdarah Ebola (EHF) ialah penyakit yang menyerang manusia disebabkan oleh virus Ebola. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia[1]. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Gejala-gejala biasanya bermula dari hari ke-dua hingga ke tiga minggu selepas dijangkiti virus, dengan demam, sakit tekak, sakit otot, dan sakit kepala. Kebiasaannya diikuti rasa loya, muntah-muntah, dan cirit-birit, juga kemerosotan fungsi hati dan buah pinggang. Pada ketika ini, sesetengah orang mula mengalami masalah pendarahan.[2]

Imej mikroskop elektron virus Ebola (Sumber: CDC)

Wabak 2014[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan wabak virus Ebola pertama seumpamanya yang berlaku di wilayah tersebut. pada tanggal 28 Mac 2014, seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus dan 66 orang mangsa telah disanhkan meninggal dunia di Guinea, manakala 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian, 6 pesakit di Sierra Leonetermasuk 5 kematian. Penyiasatan masih diteruskan sehingga sekarang. [3][4] [5]

Wabak yang berlaku dengan pantas di ibu negara Guinea, Conakry, adalah yang sangat merbahaya seumpamanya kerana strain virus Ebola ini di kenal pasti begitu cepat menyerang. Negara yang berpenduduk 2 juta orang itu sangat miskin, terlalu banyak lambakan setinggan dan kawasan fakir miskin. Sistem perkhidmatan perubatan ternyata sangat lemah sangat jauh jika dibandingkan dengan negara maju di Eropah yang lain.[6]

Virus tersebut mungkin dijangkiti melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan binatang yang dijangkiti (kebiasaannya monyet atau keluang).[2] Penyebaran melalui udara belum pernah didokumenkan dalam persekitaran semula jadi.[7] Keluang dipercayai membawa dan menyebarkan virus tersebut tanpa dijangkiti. Apabila jangkitan manusia berlaku, penyakit ini boleh merebak di kalangan manusia. Penakat lelaki mungkin boleh menyebarkan penyakit melalui air mani selama hampir dua bulan. Untuk membuat diagnosis, biasanya penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang serupa seperti malaria, taun dan lain-lain demam berdarah viral terlebih dahulu dikecualikan. Untuk mengesahkan diagnosis sampel darah diuji untuk antibodi viral, RNA viral, atau virus itu sendiri.[2]

Pencegahan termasuklah mengurangkan penyebaran penyakit dari monyet dan babi yang dijangkiti kepada manusia. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa haiwan itu bagi jangkitan dan membunuh serta melupuskan bangkai-bangkai dengan betul jika wabak tersebut ditemui. Memasak daging semasaknya dan memakai pakaian perlindungan apabila mengendalikan daging juga dapat membantu, seperti memakai pakaian perlindungan dan mencuci tangan apabila berada di sekitar orang yang menghidapi penyakit tersebut. Sampel cecair badan dan tisu penghidap penyakit Ebola perlu ditangani dengan amat berhati-hati.[2]

Tiada rawatan khusus untuk penyakit Ebola; usaha untuk membantu orang-orang yang dijangkiti termasuklah sama ada dengan memberi terapi rehidrasi oral (air yang sedikit manis dan masin untuk diminum) atau cecair intravena.[2] Penyakit ini mempunyai kadar kematianyang tinggi: biasanya membunuh antara 50% dan 90% orang yang dijangkiti virus ini.[2][8] EVD pada mulanya dikesan di Sudan dan Republik Demokratik Congo. Penyakit ini biasanya berlaku menerusi penularan wabak di kawasan tropika di selatan Gurun Sahara di Afrika.[2] Bermula dari tahun 1976 (apabila ia mula-mula dikenal pasti) sehingga 2013, kurang daripada 1,000 orang telah dijangkiti setiap tahun.[2][9] Wabak terbesar sehingga kini yang berterusan ialah penularan wabak Ebola Afrika Barat 2014, yang menjejaskan Guinea, Sierra Leone, Liberia dan kemungkinan Nigeria.[10][11] Sehingga Ogos 2014 lebih daripada 1600 kes telah dikenal pasti.[12] Usaha masih berterusan untuk membangunkan vaksin; walau bagaimanapun, masih belum berhasil

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. Panjat↑ http://www.aljazeera.com/programmes/insidestory/2014/03/ebola-how-far-away-cure-

2014328171840400662.html

2. ↑ Panjat ke:2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 "Ebola virus disease Fact sheet N°103". World Health

Organization. March 2014. Capaian 12 April 2014.

3. Panjat↑ http://europa.eu/rapid/press-release_IP-14-345_en.htm

4. Panjat↑ http://www.un.org/apps/news/story.asp?NewsID=47459&Cr=disease&Cr1=#.UzX25_iPH

wk.twitter

5. Panjat↑ http://news.nationalgeographic.com/news/2014/03/140327-ebola-virus-guinea-bush-

meat-vaccine/

6. Panjat↑ http://www.nbcnews.com/news/world/ebola-spread-guineas-capital-raises-fears-n66901

7. Panjat↑ "2014 Ebola Virus Disease (EVD) outbreak in West Africa". Apr 21 2014. Capaian 3

August 2014.

8. Panjat↑ C.M. Fauquet (2005). Virus taxonomy classification and nomenclature of viruses; 8th

report of the International Committee on Taxonomy of Viruses. Oxford: Elsevier/Academic Press.

m/s. 648.ISBN 9780080575483.

9. Panjat↑ "Ebola Viral Disease Outbreak — West Africa, 2014". June 27, 2014. Capaian 26 June

2014.

10. Panjat↑ "CDC urges all US residents to avoid nonessential travel to Liberia, Guinea, and Sierra

Leone because of an unprecedented outbreak of Ebola.". July 31, 2014. Capaian 2 August 2014.

11. Panjat↑ "Outbreak of Ebola in Guinea, Liberia, and Sierra Leone". August 4, 2014. Capaian 5

August 2014.

12. Panjat↑ "Ebola virus disease update - West Africa". Aug 4, 2014. Capaian 6 August 2014.

Bibliography

Klenk, Hans-Dieter (January 1999). Marburg and Ebola Viruses (Current Topics in Microbiology

and Immunology). Berlin: Springer-Verlag Telos. ISBN 978-3-540-64729-4.

Klenk, Hans-Dieter; Feldmann, Heinz (2004) (Limited preview). Ebola and Marburg viruses:

molecular and cellular biology. Wymondham, Norfolk, UK: Horizon Bioscience. ISBN 978-0-

9545232-3-7.

Kuhn, Jens H. (2008) (Limited preview). Filoviruses: A Compendium of 40 Years of

Epidemiological, Clinical, and Laboratory Studies. Archives of Virology Supplement, vol. 20.

Vienna: SpringerWienNewYork. ISBN 978-3-211-20670-6.

McCormick, Joseph; Fisher-Hoch, Susan (June 1999) [1996] (Limited preview). Level 4: Virus

Hunters of the CDC. Horvitz, Leslie Alan (edisi Updated [3rd]). Barnes & Noble.ISBN 978-0-7607-

1208-5.

Pattyn, S. R. (1978) (Full free text). Ebola Virus Haemorrhagic Fever (edisi 1st). Amsterdam:

Elsevier/North-Holland Biomedical Press. ISBN 0-444-80060-3.

Ryabchikova, Elena I.; Price, Barbara B. (2004). Ebola and Marburg Viruses: A View of Infection

Using Electron Microscopy. Columbus, Ohio: Battelle Press. ISBN 978-1-57477-131-2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber] Laman web Yosri: Penyakit Ebola

ViralZone: Ebola-like viruses – Virological repository from the Swiss Institute of Bioinformatics

CDC: Ebola hemorrhagic fever – Centers for Disease Control and Prevention, Special Pathogens

Branch

WHO: Ebola haemorrhagic fever – World Health Organization, Global Alert and Response

Virus Pathogen Database and Analysis Resource (ViPR): Filoviridae

3D macromolecular structures of the Ebola virus archived in the EM Data Bank(EMDB)

Google Map of Ebola Outbreaks

WHO recommended infection control measures

Virus Ebola : Sejarah dan Serangan Terbaru

Jumaat, Ogos 01, 2014 Kesihatan No comments

Ebola. Satu nama virus yang pernah merebak di Afrika suatu ketika dahulu dengan sangat paniknya. Tahap

kedahsyatan merebaknya virus Ebola ini pernah diabadikan dalam sebuah filem bertajuk 'Outbreak' yang dihasilkan

pada tahun 1995, lakonan Dustin Hoffman dan juga pelakon popular, Morgan Freeman.

Apakah Virus Ebola?

Penyakit Virus Ebola yang juga dikenali sebagai EVD merupakan penyakit jangkitan virus yang parah dengan

menunjukkan ciri-ciri seperti flu, dan pendarahan dalaman yang teruk. Kadar untuk selamat adalah sangat rendah.

60 hingga 90% orang yang terkena virus ini akan mengalami kematian.

Di Manakah Ebola Bermula?

Ebola mula dikesan pada tahun 1976 di Nzara, Sudan dan juga Yambuku, Zaire (Republik Demokratik Congo). Di

Zaire, kampung di mana wabak Ebola ini mula dikesan adalah berdekatan dengan sungai bernama Ebola. Di situlah

di mana virus ini mendapat nama. Kelawar buah dikatakan merupakan binatang yang dikenalpasti mengjangkitkan

manusia dengan penyakit tersebut. Di Afrika, interaksi antara manusia dengan binatang seperti chimpanzee, gorila,

monyet, antelop dan landak juga merupakan antara punca penyebab berjangkitnya Virus Ebola ini kepada manusia.

Apakah Simptom Ebola?

Penyakit Ebola biasanya menunjukkan ciri-ciri seperti flu. Sebagai contohnya demam, sakit otot, sakit kepala dan

juga sakit tekak. Simptom ini diikuti dengan tanda seperti muntah, cirit birit, ruam, kegagalan ginjal berfungsi dan

juga pendarahan dalaman atau luaran. Virus ini akan mula menunjukkan kesan simptom antara 2 hingga 21 hari.

Bagaimana Ebola Boleh Berjangkit?

Virus Ebola bukanlah penyakit jangkitan melalui udara. Penyakit ini hanyalah berjangkit melalui sentuhan bendalir

badan, seperti darah. Pekerja kesihatan merupakan mereka yang sangat berisiko tinggi jika tidak memakai peralatan

dan pakaian yang selamat, seperti topeng, gaun dan sarung tangan.

Apakah Rawatan Untuk Ebola?

Buat masa sekarang, masih belum ada. Sekadar beberapa vaksin yang masih lagi dalam eksperimen percubaan.

Doktor kebiasaannya akan menyediakan penjagaan tambahan yang lebih rapi kepada pesakit, termasuk bantuan

oksigen, pemindahan darah dan rawatan mengelakkan jangkitan penyakit lain.

Adakah Jangkitan Ebola Yang Terbaru Adalah Kritikal?

Pada Februari 2014, variasi Virus Ebola ditemui di Guinea. WHO (World Health Organisation) melaporkan sehingga

23 Julai 2014, sebanyak 1201 kes Ebola telah disahkan di seluruh dunia, dengan jumlah kematian sudah mencecah

seramai 672.

Wabak ebola menyebar di seluruh Guinea dan ke luar negara tersebut di Afrika Barat bermula bulan

Februari 2014. Sekurang-kurangnya 759 orang dijangkiti, dan 467 di antaranya dilaporkan maut

akibat wabak ini.[1][2] Pelbagai pertubuhan, termasuk CDC A.S.,Suruhanjaya

Eropah dan ECOWAS telah menyumbangkan dana dan menghantar kakitangan untuk membantu

menangani wabak ini. Wabah ebola ini ialah yang paling teruk daripada segi jumlah kes dan

kematian.[3]

Berikut ialah garis masa wabak, menggunakan data CDC sahaja.[4]

Tarikh Kes Kematian Kes/kematian Guinea Kes/kematian Liberia Kes/kematian Sierra Leone

2 Julai 2014 759 467 413/303 107/65 239/99

24 Jun 2014 599 362 390/270 51/34 158/58

17 Jun 2014 528 337 398/264 33/24 97/49

10 Jun 2014 474 252 372/236 13/9 89/7

5 Jun 2014 438 231 344/215 13/9 81/7

2 Jun 2014 354 208 291/193 13/9 50/6

27 Mei 2014 309 200 281/186 12/9 16/5

23 Mei 2014 270 181 258/174 12/9

14 Mei 2014 245 164 233/157 12/9

5 Mei 2014 243 162 231/155 12/9

30 April 2014 233 153 221/146 12/9

23 April 2014 220 143 208/136 12/9

21 April 2014 215 136 203/129 12/9

17 April 2014 209 129 197/122 12/9

10 April 2014 169 108 157/101 12/9

7 April 2014 163 102 151/95 12/7

2 April 2014 135 88 127/83 8/5

1 April 2014 130 82 122/80 8/2

31 Mac 2014 114 70 112/70 2/0

27 Mac 2014 103 66 103/66 0/0

26 Mac 2014 86 60 86/60 0/0

25 Mac 2014 86 59 86/59 0/0

FOLLOW Kirim Berita About Us Contact

Advertising

TERBARU

Ini Bayi Mila Kunis dan Ashton Kutcher, Mirip Siapa Ya?

Berita Terkini: Perang AS Melawan ISIS Bisa Sampai 30 Tahun!

Nexus 9 Gunakan Casing Plastik, Ini Penampakannya

HUT TNI ke 69 2014, Masyarakat Boleh Naik KRI Usman Harun Gratis

Foto Jennifer Lawrence Beredar Luas, Chris Martin Makin Mesra

Go

Berita Terkini: Virus Ebola Bisa Jangkiti 20.000

Orang di Afrika! by FITRA FIRDAUS

September 27, 2014

176 views

Share 3

44

Berita terkini – virus ebola yang sudah menewaskan 3.000 orang bisa memberikan efek yang

lebih besar. Disampaikan WHO ada potensi virus ini akan menginfeksi 20.000 orang pada awal

November mendatang. Ancaman kematian akibat virus ini demikian tinggi.

Wabah Ebola menjadi wabah terbesar di dunia. Dilaporkan oleh WHO, 70% korban yang

terinfeksi virus ini di Afrika Barat meninggal dunia. Bahkan presiden Amerika Serikat Barack

Obama menyebut virus tersebut sebagai ancaman serius terhadap keamanan global.

Hingga saat ini Liberia menjadi negara dengan dampak terburuk atas virus tersebut. Sudah ada

1.830 korban tewas karena ebola dan jumlah ini dipastikan akan terus bertambah. Pasalnya,

dalam tujuh hari terakhir tercatat ada daerah baru di negara tersebut yang mencatat kasus ebola

pertama.

Liberia sendiri memiliki fasilitas kesehatan yang kurang memadai bagi para penderita ebola.

BBC merilis bahwa rumah sakit di negara tersebut tidak memiliki tempat tidur pasien yang

cukup. Bantuan fasilitas medis darurat yang diberikan Amerika Serikat dianggap belum

membendung wabah ini meluas.

Dan, tidak hanya Liberia. Negara tetangga Guinea serta seluruh Afrika Barat bisa terempas virus

ini. Angka terbaru yang dirilis WHO mengungkapkan adanya 6.500 orang yang terinfeksi ebola

di wilayah luas tersebut.

Ancaman juga datang kepada petugas kesehatan yang menangani virus ebola ini. Sudah ada 375

petugas yang tertular virus tersebut, dan 211 di antaranya meninggal dunia.

berita dunia, berita terkini, korban virus ebola, virus Ebola

KBR, Jakarta - Seorang dokter di Liberia asal Amerika Serikat terjangkit virus Ebola

saat sedang merawat pasien Ebola di organisasi kemanusiaan, Samaritan's Purse.

Dokter yang bernama Kent Brantly tersebut kini dirawat dalam kamar isolasi

diSamaritan's Purse, sembari tetap mengetik di atas tempat tidurnya.

Brantly merupakan Direktur Pusat Konsolidasi Kasus Ebola di organisasi Samaritan's

Purse. Sebelum terinfeksi, Brantly sering menghabiskan tiga jam untuk merawat pasien

di klinik. Saat merawat pasien, tidak semua dokter mampu bertahan dalam pakaian ala

astronot selamat tiga jam, karena suhu di dalam pakaian medis tersebut sangat panas.

Menurut Juru bicara Samaritan's Purse, Melissa Strickland, usaha yang tidak biasa

tersebut merupakan bukti dedikasi Brantly dalam mengobati pasien-pasiennya. Brantly

juga dikenal sangat teliti mempraktikan prosedur keamanan pekerja medis.

Para pekerja medis merupakan kelompok yang sangat riskan terjangkiti penyakit Ebola.

Sabtu kemarin (27/7), Samuel Brisbane menjadi dokter Liberia pertama yang meninggal

karena Ebola.

Wabah Ebola tengah marak di tiga negara Afrika, yakni Liberia, Sierra Leone, dan

Guinea. Sabtu (27/7) kemarin, virus Ebola diduga sudah masuk juga ke Nigeria, melalui

seorang penumpang pesawat yang terjangkit setelah mengunjungi saudara

perempuannya di Liberia.

Badan Kesehatan Dunia (WHO) melaporkan bahwa per 20 Juli lalu, terdapat sekitar

1.093 orang terjangkit wabah Ebola di tiga negara Afrika, dengan jumlah korban

meninggal mencapai 660 orang.

Virus Ebola merupakan virus mematikan yang menyebabkan 'demam berdarah' dalam

arti sebenarnya, yakni membuat penderitanya mengalami pendarahan dalam dan

mengeluarkan darah dari badannya. Hingga kini, belum ada vaksin yang bisa

menyembuhkan penyakit Ebola.

Virus Ebola antarmanusia menyebar melalui interaksi jarak dekat, terutama lewat

kontak cairan tubuh dan sekresi yaitu proses pengeluaran substansi kimia berbentuk

lendir berupa enzim dan hormon oleh sel dan kelenjar. Kelelawar buah dan monyet

diketahui kerap menjadi inang virus Ebola. (bbc/abcnews/Aljazeera/click2houston)

RABU, 1 OKTOBER 2014 @ 10:45 AM

BERTA HARIAN ONLINE

Amerika Syarikat catat kes pertama Ebola

DALLAS: Seorang pesakit yang baru pulang dari Liberia disahkan sebagai kes pertama Ebola di

Amerika Syarikat.

Pegawai Kesihatan Persekutuan berkata, lelaki yang tidak dinamakan itu kini dalam keadaan

kritikal dan diasingkan di Hospital Kesihatan Presbyterian sejak Ahad lalu. Mereka tidak

mendedahkan kewarganegaraan atau umurnya.

Pihak berkuasa mula mencari anggota keluarga dan rakan yang mungkin mengadakan hubungan

dengannya dan menghadapi risiko untuk dijangkiti.

Bagaimanapun setakat ini tiada kes lain yang disyaki di Texas.

Pengarah Pusat Kawalan Penyakit (CDC), Tom Frieden berkata lelaki terbabit yang

meninggalkan Liberia pada 19 September lalu, tiba untuk menziarahi saudara maranya di sini

dan mula jatuh sakit empat atau lima hari kemudian.

Frieden berkata, setakat ini tiada maklumat jelas bagaimana dia dijangkiti dengan Ebola.

Katanya, penumpang lain dalam penerbangan bersamanya juga tidak menghadapi risiko

jangkitan kerana ketika itu dia tidak menunjukkan sebarang simptom Ebola.

Simptom Ebola ialah demam, sakit otot, muntah dan perdarahan, dan keadaan ini boleh

berlarutan sehingga 21 hari selepas terdedah kepada virus berkenaan.

Penyakit itu tidak mudah berjangkit sehingga ia menunjukkan simptom dan memerlukan

hubungan dan cecair badan untuk merebak.

Presiden Barack Obama dimaklumkan mengenai kes pertama ini menerusi panggilan telefon

oleh Frieden.

Sebelum ini empat pekerja bantuan Amerika Syarikat yang dijangkiti di Afrika Barat

diterbangkan balik ke Amerika untuk rawatan selepas mereka jatuh sakit. Mereka dijaga di pusat

pengasingan di hospital Atlanta dan Nebraska. Tiga sudah pun pulih.

Seorang doktor yang terdedah dengan virus berkenaan di Sierra Leone juga diletakkan di bawah

pemerhatian di pusat sama di Institut Kesihatan Nasional. - AP

Hospital Presbyterian di Dallas di mana seorang pesakit dikesan menghidapi virus Ebola pertama di

Amerika Syarikat. - Foto AFP

Kawalan Alam sekitar

EBOLA September 4th, 2014 by admin

Number of View: 113

Ebola merupakan penyakit yang boleh membawa maut yang menyerang sistem darah manusia. Virus ini telah

mendapat perhatian serius disebabkan oleh penyebarannya yang cepat di Afrika yang mendatangkan jumlah

kematian yang tinggi. Tanda-tanda awal penyakit ini antaranya ialah muntah, cirit birit, sakit badan,

pendarahan dalam dan luar serta demam. Gejala ini boleh menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air

dan juga lesu. Sesetengah pesakit yang dijangkiti juga boleh mengalami ruam, merah mata, keadaan tersedu,

sakit dada, serta menghadapi kesukaran bernafas dan menelan. Virus Ebola ini hanya boleh disahkan melalui

lima ujian makmal yang berbeza sahaja. Yang lebih membimbangkan, virus ini boleh mendatangkan kematian

dalam masa antara seminggu ke dua minggu akibat daripada kehilangan darah yang banyak.

Medecins Sans Frontieres (MSF) menyifatkan Ebola sebagai salah suatu penyakit berbahaya di dunia yang

merebak dalam darah dan menutup sistem imun serta menyebabkan demam panas, sakit kepala dan sakit otot.

Lebih buruk lagi dunia setakat ini belum menghasilkan sebarang ubat khusus yang boleh merawat virus ini.

Kaedah rawatan yang diberikan setakat ini merupakan kaedah simptomatik, iaitu memberikan rawatan

mengikut keadaan pesakit. Sebagai contoh, jika pesakit itu kekurangan air, air dimasukkan ke dalam badan

pesakit tersebut.

Menurut MSF lagi, tiada rawatan khusus yang boleh merawat Ebola. Pesakit akan diasingkan dan dibantu oleh

petugas hospital dengan menghidratkan pesakit, mengekalkan status oksigen, tekanan darah dan merawat

mereka bagi menghindari sebarang jenis jangkitan yang merumitkan. Petugas hospital yang ditugaskan untuk

merawat pesakit ini perlu memakai baju dan sarung tangan tidak telap berserta dengan topeng perubatan untuk

mengelakkan jangkitan virus ini yang boleh berjangkit melalui sentuhan bendalir badan seperti kencing, darah,

dan sperma. Virus yang dijangkiti melalui sperma dikatakan mampu bertahan aktif selama tujuh minggu.

Setakat ini telah wujud beberapa kes apabila terdapat petugas yang turut dijangkiti oleh virus ini daripada

pesakit akibat terkena percikan cecair pada hidung, mulut dan mata.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menasihatkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian bagi

mengelakkan jangkitan virus Ebola seperti mengelakkan sentuhan dengan pesakit dan cecair badan mereka

serta elakkan berkongsi tuala. Amaran juga diberi terhadap pemakan daging seperti daging monyet, kelawar

atau beruk yang dijangkiti kerana Kelawar dianggap sebagai makanan istimewa bagi masyarakat tempatan di

Guinea di mana wabak itu bermula. Orang ramai juga dinasihatkan untuk berhenti melakukan hubungan intim

di samping nasihat sedia ada untuk tidak berjabat tangan atau bercium.

Tiada penularan virus Ebola di Malaysia setakat ini. Kementerian Kesihatan telah mengambil beberapa

langkah untuk mengawasi jangkitan virus tersebut ke negara ini. Antara langkah yang diambil adalah untuk

menyaring penumpang di semua pintu masuk utama dan menasihati orang ramai untuk tidak melawat negara

Afrika buat sementara waktu. Kakitangan Kementerian Kesihatan juga telah diberi penerangan yang

merangkumi aspek saringan virus Ebola, langkah-langkah pencegahan termasuk kawalan jangkitan infeksi,

pengesanan kes disyaki dan kontak, membuat notifikasi dengan kadar segera jika sebarang pengesanan kes

disyaki serta rujukan kes disyaki ke hospital berhampiran. Setakat ini tiada notifikasi sebarang virus Ebola di

Malaysia tetapi langkah berjaga-jaga mesti diteruskan.

WHO setakat ini tidak mengeluarkan sebarang larangan perjalanan ke negara-negara terbabit. Walau

bagaimanapun WHO menyarankan supaya negara yang menghadapi virus Ebola melakukan saringan sebelum

keluar dari negara tersebut dan sekiranya seseorang itu menunjukkan tanda positif, mereka tidak dibenarkan

untuk membuat perjalanan antarabangsa kecuali bagi tujuan evakuasi perubatan. Namun orang ramai

dinasihatkan supaya tidak melawat negara terbabit buat sementara waktu berikutan dengan jumlah kematian

yang kini yang menjangkau 1000 orang sejak Ogos lalu.

Sehubungan dengan itu, masyarakat di seluruh dunia diharap dapat memberikan kerjasama bagi membantu

agar virus ini tidak menular dengan lebih luas meskipun bukan seluruh negara yang terlibat. Oleh yang

demikian masyarakat perlu lebih waspada mengenai penyebaran virus Ebola ini berikutan dengan penularan

virus Ebola yang kian buruk sehingga WHO mengisytiharkan penularan virus Ebola di Afrika sebagai darurat

kesihatan antarabangsa pada 8 Ogos 2014 lalu.

Kesimpulannya, meskipun sehingga saat ini masih belum ada sebarang laporan tentang penularan virus Ebola

di Malaysia, keprihatan dan kerjasama dalam menangani masalah ini perlu diambil serius berikutan dengan

virus ini yang boleh menular dengan cepat dan menyebabkan kematian.