topik 9 lukisan terbantu komputer (cad) 3d i

Upload: adamskbd

Post on 04-Jun-2018

537 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    1/25

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    2/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I 213

    PENGENALAN LUKISAN 3D

    Sebelum kita mula mempelajari lukisan 3D, adalah penting bagi kita memahamitiga istilah yang utama dalam jenis lukisan ini. Makna istilah ini adalah berbezadari segi maksud bergantung pada penggunaannya. Dalam lukisan binaan

    bangunan, seorang arkitek akan menggunakan istilah pelan yang merujukkepada pandangan atas suatu objek; manakala seorang jurutera akanmenggunakan istilah satah ufuk untuk merujuk kepada pandangan atas objek

    berkenaan. Dalam lukisan 3D, konsep paksi X, Y dan Z akan digunakan untukmenentukan satah lukisan yang dikenali sebagai right hand rule seperti yangditunjukan dalam Rajah 9.1.

    Rajah 9.1:Konsep right hand ruleMakna paksi X, Y dan Z adalah seperti berikut:

    (a) X Satu nilai positif yang menunjukkan ke arah kanan paparan;

    (b) Y Satu nilai positif yang menunjukkan ke arah atas paparan; dan

    (c) Z Satu nilai positif yang menunjukkan terus ke arah pengguna.

    Dalam paparan kawasan lukisan AutoCAD, di sebelah penjuru kiri bawah

    menunjukkan World Coordinate Systematau WCS. Kedudukan WCS dalam 2D,paksi X akan bergerak ke arah kanan, manakala paksi Y akan bergerak dari

    bawah ke atas (lihat Rajah 9.2).

    9.1

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    3/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I214

    Rajah 9.2:WCS dalam 2DApabila WCS dalam kedudukan 3D, paksi Z akan bertegak lurus dengan paksi Xdan Y (lihat Rajah 9.3).

    Rajah 9.3:WCS dalam 3DBiasanya dalam satu lukisan 3D, ia mengandungi beberapa satah seperti berikut:

    (a) Satah ufuk (horizontal);

    (b) Satah hadapan (frontal);

    (c) Satah profil (profile);

    (d) Satah oblik (oblique); dan

    (e) Satah condong (inclined).

    Rajah 9.4 menunjukkan kedudukan satah untuk sebuah lukisan 3D.

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    4/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I 215

    Rajah 9.4:Kedudukan satah dalam 3D

    USER COORDINATE SYSTEM (UCS)

    Dalam lukisan 3D, sistem koordinat yang sedia ada ialah titik 0, 0, 0 di manamerupakan titik permulaan lukisan anda. Kadangkala, untuk menghasilkanlukisan 3D, anda memerlukan kebebasan bergerak dalam ruang lukisan keranatugas tertentu. Dalam AutoCAD, anda boleh menggunakan User CoordinateSystem (UCS) untuk melaksanakan tugas ini. Dalam lukisan 3D, anda perlu

    bergerak dalam ruang lukisan kerana memasukkan satah lukisan yang baharu.Misalannya, satah atas, hadapan dan satah sisi.

    9.2.1 Opsyen UCS

    Untuk mengaktifkan opsyen UCS, anda boleh mengikuti langkah berikut danperhatikan perintah UCS memberi beberapa opsyen kepada anda.

    9.2

    1. Berikan perbezaan paksi X, Y dan Z.

    2. Namakan jenis-jenis satah dalam lukisan 3D.

    AKTIVITI 9.1

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    5/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I216

    Command: UCSEnter an option:[New/Move/OrthoGraphic/Prev/Restore/Save/Del/Apply/?World]:

    NJika anda menaipkan N, maka opsyen seterusnya adalah seperti berikut:

    Specify origin of new UCS or [ZAxis/3point/Object/Face/View/X/Y/Z]:

    Anda boleh pilih mana-mana satu opsyen untuk meneruskan kerja anda.

    Jadual 9.1 menunjukkan beberapa fungsi opsyen UCS.

    Jadual 9.1:Beberapa Fungsi Opsyen UCSOpsyen FungsiNew Origin(Rajah 9.5)

    Anda boleh memasukkan koordinat untuk UCS yang asal. Dengan katalain, opsyen ini akan menggerakkan koordinat ke origin yang baharudari lokasi semasa. Paksi X, Y dan Z masih dalam arah yang sama.

    Rajah 9.5:New origin3 point(Rajah 9.6)

    Opsyen ini membenarkan menggunakan 3 titik menentukan UCS yangbaharu. Opsyen ini adalah sesuai untuk melukis objek bagi permukaanyang bercondong.

    Rajah 9.6:3 point

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    6/25

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    7/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I218

    Rajah 9.8:Paparan tetingkap 3D modeling(Ribbon view)UCS digunakan untuk menentukan kedudukan koordinat bagi membolehkanSistem Koordinat tersedia diubah mengikut keperluan pemodelan 3D (Rajah 9.9).

    Rajah 9.9: Kumpulan UCS dalam Ribbon - View

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    8/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I 219

    Setiap perubahan yang dibuat ke atas UCS akan merubah sistem paksi danputaran. Anda boleh melihat perbezaannya dengan membuat putaran objekmengikut UCS yang ditetapkan (Rajah 9.10).

    Rajah 9.10:Perubahan ke atas UCS akan merubah sistem paksi dan putaranSumber:Aplikasi AutoCAD Release (2011)Toolbars Viewseperti yang dapat dilihat dalam Rajah 9.11 boleh mendapatkan

    beberapa orientasi pandangan mengikut kehendak atau keperluan pengguna.

    Rajah 9.11:Toolbar viewRajah 9.12 menunjukkan orientasi pandangan yang boleh dihasilkan denganmenggunakan Toolbar View.

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    9/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I220

    Rajah 9.12:Orientasi pandangan dengan Toolbar View

    JENIS-JENIS LUKISAN 3D

    Terdapat tiga jenis lukisan boleh dihasilkan dengan menggunakan AutoCADseperti berikut:

    (a) Kerangka dawai (wireframe);

    (b) Model permukaan (surface modeling); dan

    (c) Model pepejal (solid modeling).

    9.3.1 Kerangka Dawai (Wireframe)

    Kerangka dawai merupakan kaedah yang tertua untuk menghasilkan lukisan 3Ddalam AutoCAD. Keadah ini menggunakan titik, garisan, bulatan dan lengkukuntuk membentuk model 3D. Jenis lukisan 3D ini tidak mempunyai permukaan.Walau bagaimanapun, ia boleh menambahkan penggambaran suatu objekkerana kita dapat lihat setiap bahagian objek itu seperti yang ditunjukkan dalamRajah 9.13.

    9.3

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    10/25

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    11/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I222

    Rajah 9.15: Aplikasi tessellation divisionsbagi box, cylinderdan coneMari kita lihat cara untuk menggunakan REVSURTdan EDGESURT.

    (a) Revolved Mesh REVSURF)Pada View Top seperti dalam Rajah 9.16, dengan menggunakan

    polyline, lukis bentuk seperti dalam Rajah 9.17.

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    12/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I 223

    Rajah 9.16: View Top

    Rajah 9.17: Lukisan yang dilukisPada ViewSW Isometric.

    Pada ViewTukar keLeft UCS .

    Lukisan akan dilihat seperti dalam Rajah 9.18.

    Rajah 9.18:Lukisan yang terhasil

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    13/25

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    14/25

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    15/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I226

    Command: _trimCurrent settings: Projection=UCS, Edge=None

    Select cutting edges ...

    Select objects or : Specify oppositecorner: 10 found(lakukan trim supaya menghasilkan rajah disebelah)Command: peditSelect polyline or [Multiple]: mConvert Lines and Arcs to polylines [Yes/No]? y

    Enter an option[Close/Open/Join/Width/Fit/Spline/Decurve/Ltype gen/Undo]: j

    Join Type = Both (Extend or Add)Enter fuzz distance or [Jointype] :6 segments added to polyline

    Rujuk Rajah 9.23.

    Rajah 9.23:Hasil lukisan

    View SW Isometric

    Command: _rotate

    Current positive angle in UCS:ANGDIR=counterclockwise ANGBASE=0Select objects: 1 found(Untuk objek 1, UCS tidak perlu ditukar worlducs)Command: ucsCurrent ucs name: *NO NAME*Enter an option[New/Move/orthoGraphic/Prev/Restore/Save/Del/Apply/?/World]

    : yCommand: _rotateCurrent positive angle in UCS:ANGDIR=counterclockwise ANGBASE=0Select objects: 1 found(Untuk objek 2 tukar UCS kepada y ucs)Rujuk Rajah 9.24.

    Rajah 9.24:Hasil lukisa

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    16/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I 227

    Command: surftab1Enter new value forSURFTAB1 : 30

    Command: surftab2Enter new value forSURFTAB2 : 30

    Command: edgesurfCurrent wire frame density:SURFTAB1=30 SURFTAB2=30Select object 1 for surface edge:Select object 2 for surface edge:Select object 3 for surface edge:Select object 4 for surface edge:

    Rujuk Rajah 9.25.

    Rajah 9.25:Hasil lukisan

    9.3.2 Model Permukaan (Surface Modeling)

    Model permukaan adalah kulit/permukaan untuk model 3D. Modelpermukaan mengandungi maklumat profil objek dan juga ruang di antaraprofil/pinggir objek seperti yang ditunjuk pada Rajah 9.26.

    Rajah 9.26:Model permukaan 3DSumber:Matthews, B. AutoCAD 2000 3D

    Model ini mengandungi maklumat yang lebih jelas jika dibandingkan denganmodel kerangka dawai. Anda boleh menggunakan model permukaan untukmemindahkan semua butiran terlindung objek. Di samping itu, anda bolehmenggunakan model permukaan sebagai pangkalan data untuk ilustrasi

    berangka (numeric illustration).

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    17/25

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    18/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I 229

    Rajah 9.29:Hasil lukisanCommand: '_3dorbit

    Dengan menggunakan 3D Orbit pada menu view, kita dapat lihat dengan jelaspermukaan yang telah dibina seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 9.30.

    Rajah 9.30:Menggunakan 3D orbit

    9.3.3 Model Pepejal

    Model ini berbeza dengan dua model yang sebelum ini kerana:

    (a) Maklumat model ini adalah lengkap; dan

    (b) Cara membina model ini adalah jelas dan mudah.

    Model pepejal boleh dipaparkan (rendered) dengan warna dan bolehdipersembahkan seperti objek yang sebenar sebagaimana yang ditunjukkandalam Rajah 9.31. Rajah 9.31(a) menunjukkan rendering, material dan lighting,manakala, Rajah 9.31(b) menunjukkan 3D wireframe.

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    19/25

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    20/25

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    21/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I232

    9.4.1 Langkah-langkah Melukis Primitif 3D

    AutoCAD membenarkan anda melukis beberapa bentuk primitif seperti berikut:

    (a) BoxAnda perlu memahami beberapa langkah kerja yang diperlukan olehperintah ini seperti berikut:

    (i) Corner of BoxAdalah titik kiri bawah boxyang dilukis itu.

    (ii) LengthMenentukan panjang boxpada paksi X.

    (iii) CubeJika anda memilih opsyen ini, panjang cube akan ditentukanmengikut nilai yang anda berikan. Keempat-empat mempunyai sisipanjang yang sama.

    (iv) WidthMenentukan lebar box di sepanjang paksi Y.

    (v) HeightMenentukan nilai tinggi boxdi sepanjang paksi Z.

    Anda boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk menciptakan sebuahboxseperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.35.

    Rajah 9.35: Box

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    22/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I 233

    Command: _boxSpecify corner of box or[Center] : 50,50,50Specify corner or[Cube/Length]: LSpecify length: 100Specify width: 50Specify height: 30

    Rujuk Rajah 9.36.

    Rajah 9.36:Hasil lukisan(b) Wedge

    Anda perlu memahami beberapa langkah kerja yang diperlukan olehperintah ini seperti berikut:

    (i) Corner of WedgeAdalah titik kiri bawah box yang dilukis itu.

    (ii) LengthMenentukan panjang boxpada paksi X.

    (iii) WidthMenentukan lebar boxdi sepanjang paksi Y.

    (iv) HeightMenentukan nilai tinggi boxdi sepanjang paksi Z.

    Anda boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk menciptakan sebuahwedgeseperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.37.

    Rajah 9.37:Wedge

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    23/25

    TOPIK 9 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) 3D I234

    Command: _wedgeSpecify first corner ofwedge or [Center]: 100,50,50Specify corner or[Cube/Length]: LSpecify length: 50Specify width: 70Specify height: 100

    Rujuk Rajah 9.38.

    Rajah 9.38:Hasil lukisan(c) ConedanCylinder

    Kon (Cone) dan Silinder (Cylinder) akan ditentukan secara circular/elliptical, kemudian barulah menentukan tingginya (height). Anda bolehmenetapkan tinggi kon dengan memberikan titik mercunya (apex point).Manakala, tinggi untuk silinder akan ditentukan dengan memberi titiktengah yang bertentangan dengan titik tengah tapaknya.

    Perintah Conedan Cylindermempunyai opsyen yang sama seperti berikut:

    (i) Center PointAnda boleh memilih pusat titik untuk tapak kon dan silinder.

    (ii) EllipticalOpsyen ini adalah untuk membolehkan menghasilkan sebuahkon/silinder yang bertapak bentuk elips.

    (iii) ApexOpsyen ini digunakan untuk kon sahaja. Anda boleh menggunakanopsyen ini untuk menentukan orientasi/kedudukan kon itu dengan

    memilih satu titik untuk mercunya. Dalam opsyen ini, perbezaankoordinat Z untuk titik mercu dan tapak kon akan menentukan tinggikon itu.

    (iv) HeightOpsyen ini digunakan untuk silinder sahaja. Anda boleh menentukantinggi silider dengan nilai positif atau negatif.

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    24/25

  • 8/13/2019 Topik 9 Lukisan Terbantu Komputer (CAD) 3D I

    25/25