topik 8_ppbk

Upload: imza7070

Post on 07-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    1/22

    166 OUM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

    PENGENALAN

    Penggunaan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telahmenjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan

    kaedah (PPBK) ini, secara berfikrah dan terancang akan menghasilkan pembelajaranyang berkesan, aktif dan bermutu.

    Di Malaysia, berbagai perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)telah dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui

    Bahagian Teknologi Pendidikan. Namun menurut hasil laporan pemantauan SekolahBestari oleh bahagian sekolah pada tahun 2001, serta laporan-laporan lain mengenaikaedah penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam

    pengajaran oleh guru masih berada, pada tahap yang kurang memuaskan.

    Oleh yang demikian, melalui topik ini diharap anda sebagai para pendidik dapatmenguasai segala maklumat yang diberikan ini, serta mengadaptasikannya dalamproses pembelajaran dan pengajaran anda kelak nanti.

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mendefinisi dan menerangkan perisian pengajaran pembelajaran berbantukankomputer (PPBK);

    2. Menjelaskan sejarah perkembangan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer

    (PPBK);

    3. Menyatakan dan mencirikan fasa dalam membangunkan pengajaran pembelajaran

    berbantukan komputer (PPBK);

    4. Menghuraikan kandungan keseluruhan pengajaran pembelajaran berbantukan

    komputer (PPBK);

    5. Mengenal pasti kebaikan menggunakan perisian pengajaran pembelajaran berbantukankomputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran; dan

    6. Mengenal pasti enam jenis pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)di dalam dua jenis kategori.

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    2/22

    OUM 167

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    PETA MINDA

    PengajaranPembelajaranBerbantukanKomputer(PPBK) 8.2Jenis-jenisPPBK

    8.3Jenis-jenisPPBK

    8.1Pengenalan

    8.1 PENGENALAN PENGAJARAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

    Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran ataukursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh

    pembangun perisian dengan menggunakan komputer.

    Pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah satu sistem yangmelibatkan interaksi di antara perisian komputer dengan pelajar dan guru. Ia juga

    dikenali sebagai :

    Computer Assisted Instuction (CAI)di Amerika.

    Computer Aided Learning(CAL)di United Kingdom.

    Perisian ini mengandungi bahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap iaitu nota,soalan dan ulangkaji. Keupayaan alat pengarangan dan komputer menintegrasikan

    unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini dan iamembawa makna besar dalam bidang pendidikan. Pembelajaran dan pengajaranberbantukan komputer (PPBK) boleh ditafsirkan, sebagai penggunaan alat pengaranganyang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi tujuan

    menyampaikan maklumat dengan cara bermutu dan berkesan.

    Rajah 8.1 : Kepelbagaian interaksi komputer dengan pendidikan

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    3/22

    168 OUM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    Kaedah (PPBK) berfungsi sebagai bahan bantu mengajar, bukan merupakan pengantiguru didalam kelas. Oleh itu, guru masih dan amat berperananan untuk membentuk,merangsang pengajaran dan pembelajaran, para pelajarnya. Oleh sebab itu, dalam

    keghairahan menggunakan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer(PPBK) guru perlu mengambil kira dan mengetahui aspek-aspek yang berkaitan dengan

    kandungan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK).

    Bagi mencapai matlamat pengajaran yang berkesan dan bermutu, guru perlulahmenggunakan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK)

    secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran. Rajah 8.2 menujukan ringkasan definasi perisian pembelajaran danpengajaran berbantukan komputer (PPBK).

    Rajah 8.2 : Perisian Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

    Aplikasi

    Komputer

    Video

    Audio

    Animasi

    Teks

    Grafik

    Digunakansecaraberfikrah,terancang

    danbersesuiandenganaktiviti

    pengajarandanpembelajaran.

    Maklumatbermutudanberkesan.

    Dalam membangunkan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer(PPBK) beberapa perkara perlu ditentukan untuk mempastikan keberkesanan

    penggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran. Terdapat empat fasa pentingyang perlu ada ketahui adalah seperti berikut :

    (a) Menyampaikan Maklumat (Presenting the Information)

    Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, prosespenyampaian maklumat mestilah dirangka dengan teratur dan tersusun. Pembangunperisian juga perlu memastikan maklumat yang hendak disampaikan menepati kurikulum.

    Cara dan media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat seharusnyabersesuaian dengan pengguna. Pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer

    PPBK yang dibina juga perlu mengarap teori pembelajaran, strategi pembelajaran, nilaimurni dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ke dalam persembahan maklumat.

    (b) Mesra PenggunaMenurut pakar dan para pengkaji mengenai (PPBK) iaitu:

    (i) Beattie dan Pearson (1990)

    Menyatakan perisian yang mesra pengguna ialah perisian yang membolehkanpengguna mengawal perisian secara individu, tanpa bantuan daripada fasilitator.

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    4/22

    OUM 169

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    (ii) Chua (2002)Ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang ditulis dalam bahasa yangmudah difahami oleh pengguna dan arahan-arahan yang jelas serta ringkas. Perisian

    mesra pengguna juga mempunyai kedudukan butang arahan yang tetap, teraturdan piawai bagi memudahkan pengguna.

    (iii) Norhashim et al. (1996)Perisian mesra pengguna tidak akan menyusahkan pengguna dan membenarkan

    pengguna membentuk pembelajaran interaktif. Dengan itu, pembelajaran akan lebihmenarik dan bermotivasi.

    Ciri-ciri mesra pengguna memberi ruang kepada pengguna berinteraksi dengan

    komputer tanpa gangguan teknikal, kekeliruan dan kesilapan arahan. Dengan ini,pelajar akan lebih bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Sebagai contohperisian Microsoft PowerPoint dikatakan mesra pengguna dan mampu menjanakreativiti secara visual disokong dengan penerangan pangajar.

    Rajah 8.3 : Perisian Microsoft PowerPoint

    Dalam membangunkan perisian ini, penyelidik telah cuba menggunakan ciri-cirimesra pengguna seperti berikut:

    Membentuk butang arahan yang teratur serta mudah difahami dan mudah dicapai;

    Mereka bentuk skrin pertolongan, untuk membantu pengguna yang menghadapimasalah;

    Memberi pedoman dan arahan yang jelas;

    Bahasa serta arahan yang digunakan mudah difahami;

    Ikon yang digunakan mudah difahami; dan

    Tiada gangguan teknikal disepanjang pengguna menggunakan perisian ini dan

    mempunyai struktur ayat yang betul.

    (c) Latihan oleh pelajar

    Pembangun PPBK, seharusnya menyediakan kemudahan latihan, supaya pengguna

    dapat mengukur dan menguji kefahamannya. Terdapat dua tujuan latihan iaitu latihanuntuk menguji kefahaman pelajar dan untuk membina kefahaman pelajar. Latihan boleh

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    5/22

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    6/22

    OUM 171

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    Terdapat beberapa projek pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK)yang terkenal seperti WICAT, CONDUTT, NDPCAL, TICCIT dan lain-lain yang telahdijalankan. Projek ini telah membuktikan keupayaan pembelajaran dan pengajaran

    berbantukan komputer (PPBK) memainkan peranan yang berkesan dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Terciptanya komputer mikro, yang berkuasa tinggi dan

    dibantu perisian alat pengarangan mesra pengguna, pembelajaran dan pengajaranberbantukan komputer (PPBK) boleh dibina dan diapliksaikan di bilik darjah denganmudah.

    Pada tahun 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan 21 set

    komputer ke setiap sekolah bersama perisian. Ia bertujuan untuk, memulakan programpembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK). Bahagian TeknologiPendidikan telah memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan dan pengedaranbahan-bahan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) di sekolah-

    sekolah di Malaysia.

    Kewujudan sekolah bestari pada tahun 1998, bersama penggunaaan e-pembelajaranbagi matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris telah merancakkanpenghasilan bahan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK).

    8.1.2 Kandungan Keseluruhan Pembelajaran dan Pengajaran

    Berbantukan Komputer (PPBK)

    Kandungan keseluruhan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK)

    boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu konsep asas, konsep tambahan

    dan konsep maklumat. Ini dapat dilihat melalui Rajah 8.4 berikut:

    Rajah 8.4 : Kandungan PPBK

    PembelajarandanPengajaranBerbantukan

    Komputer

    (PBKK) Konsep

    Tambahan

    Konsep

    Maklumat

    Konsep

    Asas

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    7/22

    172 OUM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    (a) Komponen AsasSecara umumnya terdapat tiga komponen asas yang wajib terkandung dalam setiapperisian kursus iaitu:

    Jadual 8.1 : Tiga Komponen Asas

    Komponen Asas Keterangan

    (a) Set Induksi Merupakan pendahuluan satu sesi. Biasanya ia mengandungi konsep

    tajuk yang akan dipelajari. Set induksi membentuk awal pengguna

    terhadap keseluruhan perisian. Oleh itu set induksi harus dapat

    menarik perhatian dan minat pengguna serta dapat merangsang

    fikiran pengguna.

    (b) Perkembangan Mengandungi isi kandungan tajuk yang hendak disampaikan beserta

    langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Pembangun perisian

    boleh menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan

    pembelajaran bagi menyampaikan maklumat itu dengan berkesan

    (c) Penilaian Proses yang digunakan bagi mengukuhkan kefahaman pengguna

    tentang konsep dan kemahiran yang diajar. Penilaian merupakan

    pertunjuk kefahaman pelajar disamping mengenal pasti tahap

    penguasaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    (b) Komponen TambahanKomponen ini diperlukan bagi membentuk PPBK yang bersesuaian dengan keperluanpelbagai tahap dan gaya pembelajaran pengguna. Antara kandungan komponen ini ialah:

    Jadual 8.2 : Empat Kandungan Komponen Tambahan

    Kandungan Komponen Keterangan

    (a) Ulangkaj i Membolehkan pelajar mengulang kaji semula konsep atau kemahiran

    yang tidak dapat dikuasai oleh mereka dengan bantuan atau

    pendekatan yang sama ataupun berlainan.

    (b) Pengayaan Disediakan kepada pelajar yang dapat menguasai pelajaran, aktivit i

    pengayaan membolehkan pelajar belajar pada tahap dan aras yang

    lebih mencabar dan tinggi.

    (c) Pemulihan Disediakan kepada pelajar yang gagal mencapai atau memahamipelajaran yang diajar, aktiviti dalam bentuk bantuan diberikan

    kepada pelajar supaya mereka dapat memahami dan munguasai

    pelajaran.

    (d) Pengukuhan Memberi kan ganja ran dalam bentuk mater ial atau kepuasan

    terhadap gerak balas positif yang dapat dilakukan oleh pengguna.

    (c) Komponen MaklumatKandungan perisian kursus PPBK perlulah bersesuaian dengan kurikulum dan sukatan

    pelajaran. Kandungan komponen ini ialah: Mempunyai maklumat yang mencukupi dan menepati sukatan pelajaran dan ada

    berkaitan dengan tajuk.

    Menggunakan bahasa penyampaian yang sesuai dan mudah difahami oleh pengguna.

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    8/22

    OUM 173

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    Tidak banyak melakukan kesilapan ejaan, tatabahasa dan nahu.

    Mengandungi maklumat terkini dalam persembahannya.

    Tajuk-tajuk dalam perisian menepati objektif sukatan pelajaran. Rujukan atau pautan internet.

    8.1.3 Kebaikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer(PPBK)

    Sekirinya anda berhadapan dengan perisian pembelajaran dan

    pengajaran berbantukan komputer (PPBK) yang mengeluarkan bunyiyang terlalu kuat dan diikuti dengan bunyi muzik yang terlalu bising,

    apakah langkah-langkah yang boleh anda lakukan ketika ini agar perisianini masih boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.

    Kebaikan (PPBK) melalui pandangan pakar pembelajaran, iaitu :

    (a) Thompson dan Jogensen (1989)Menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)menyediakan situasi pembelajaran secara aktif serta dapat meningkatkan pengetahuanyang dialami, dibina, dimanipulasikan, diuji dan diteroka oleh pelajar secara langsung.

    Pembelajaran aktif berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajarmembina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan

    kognitif mereka.

    (b) Jensen (1996)Menyatakan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian pengajaran dan

    pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) lebih baik, daripada pelajar yang tidak

    menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).Beliau menggunakan perisian osmosis untuk membandingkan kelebihan menggunakanperisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berbanding dengankaedah kovensional. Beliau mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan perisian

    komputer osmosis lebih baik dari pelajar yang menggunakan kaedah konvensional.

    Program perisian osmosis ini memberi fokus, kepada dua komponen dalam

    pengangkutan sel iaitu difusi dan osmosis. Program ini mengambil masa 50 minit untukmengikutinya dengan lengkap dan diuji ke atas dua kumpulan pelajar yang mengambilmata pelajaran Biologi di General College di Universiti Minnesota. Kumpulan petamaiaitu Kumpulan Rawatan belajar menggunakan perisian osmosis, sementara kumpulankedua ialah Kumpulan Kawalan menggunakan kaedah tradisi iaitu secara kuliah.

    Soalan-soalan pra ujian dan pasca ujian menjadi instrumen untuk menilai pemahaman

    pelajar terhadap konsep difusi dan osmosis. Kumpulan rawatan mempunyai perbezaankeputusan yang lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Analisis statik ANOVA yang

    dilakukan, menunjukkan terdapat perubahan signifikan di antara kedua-dua kumpulan.Menurutnya, proses perubahan bermula dengan maklumat yang diperolehi daripadarangsangan yang diterima oleh pancaindera. Rangsangan ini diproses dan membentuk

    maklumat yang bererti. Contoh perisian yang digunakan adalah seperti Rajah 8.5.

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    9/22

    174 OUM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    (c) Lockard et al. (1989)

    Hasil kajian mendapati teknik mengajar menggunakan perisian perisian pengajaran dan

    pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berjaya mengekalkan tumpuan kanak-kanak pada masa yang lama berbanding dengan kelas biasa.

    (d) Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (2001)Penggunaan perisian ini secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluandalam pembelajaran dan pengajaran akan menghasilkan perkara berikut:

    Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran; Meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran;

    Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar; serta

    Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang terlalu sukar, mahal, mustahildan bahaya untuk dibuat;

    Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada murid belajar

    secara berkesan dengan bimbingan yang minimun serta masa interaksi dapatdijimatkan.

    Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) amat penting

    bagi memotivasikan murid dalam pembelajaran. Pelajar lebih bermotivasi untuk belajardengan menggunakan medium yang baru dan high tech. Penggunaan dalam pengajarankomputer juga akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalami dunia teknologi

    Rajah 8.5 : Analisis statik ANOVA

    Anda boleh mendapat maklumat lanjut melalui alamat berikut:

    http://genome.tugraz.at/Software/Genesis/Description.html

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    10/22

    OUM 175

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    maklumat dan komunikasi. Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi akan dapatmelahirkan masyarakat Malaysia, yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagaiperubahan yang mencabar seperti perkembangan k-ekonomi dan k-masyarakat.

    Rajah 8.6 : Penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga akan

    menghasilkan pembelajaran yang akan, menggalakkan pelajar menggunakan pelbagaiaspek untuk membuat penerokaan. Hasil penerokaan yang terpandu dan terarah ini akanlebih memudahkan pelajar menguasai pelajaran dan pelajar akan merasakan suasana

    pembelajaran yang menyeronokkan. Sebagai contoh dapat dilihat dalam Rajah 8.7, simulasiberhubung dengan pemanduan berhemah yang dilakukan di sekolah-sekolah memandu.

    Ada di antara eksperimen yang tidak dapatdilaksanakan kerana mempunyai risiko

    keselamatan yang tinggi dan terlalu mahal. Namunbegitu dengan kecangihan aplikasi multimedia

    kaedah, simulasi dapat digunakan oleh perisianpengajaran dan pembelajaran berbantukankomputer (PPBK) dengan ini eksperimen maya

    dapat dilakukan.

    Rajah 8.7 : Kaedah Simulasi PPBK

    Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh, merangsangpengguna belajar berkongsi pengetahuan serta menjalinkan hubungan mesra dengan

    ahli pasukan dan guru. Dengan perisian berbentuk tutorial, pelajar akan dapat mengakses

    maklumat sendiri dan membentuk pembelajaran sendiri. Guru tidak terikat denganpenyampaian dan masa interaksi dapat dijimatkan, dengan ini guru mempunyai lebihbanyak masa berinteraksi dengan pelajar yang lemah.

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    11/22

    176 OUM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    Penggunaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) secaraberfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran akan;

    Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tehadap pelajaran;

    Meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran dan menggunakan TMK;

    Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar;

    Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang terlalu sukar, mahal, mustahildan bahaya untuk digunakan;

    Membentuk pembelajaran kooperatif; dan

    Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang

    minimun dan masa interaksi dapat dijimatkan.

    Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) amat penting bagi

    memotivasikan murid dalam pembelajaran. Teknik pengajaran yang menggunakanmedium yang berlainan dan dianggap high tech, akan memberikan semangat serta

    perangsang meneruskan pembelajaran. Sebagai contoh perisian-perisian 3D seperti3D Studio Max, Light Wave, Softimage dan sebagainya mampu menjana pemikiran pelajar

    dalam melihat Sesuatu perkara dalam bentuk tiga dimensi. Ini dapat dilihat dalam Rajah8.8 sepertimana yang digunakan dalam bahan pembelajaran elektronik oleh OpenUniversity Malaysia.

    Rajah 8.8 : Penggunaan kaedah 3D dalam pengajaran

    Penggunaan komputer akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalamidunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Penguasaan teknologi maklumat dan

    komunikasi (TMK) akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang dapat menyesuaikandiri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti perkembangan k-ekonomi, k-masyarakat yang sentiasa menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    12/22

    OUM 177

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga, menghasilkanpembelajaran yang dapat menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai aspek sertamedium untuk membuat penerokaan. Hasil penerokaan yang terpandu dan terarah ini,

    akan lebih memudahkan pelajar menguasai pelajaran dan pelajar akan merasakanpembelajaran yang menyeronokkan.

    Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh merangsang pelajarbelajar, berkongsi pengetahuan dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli pasukan

    serta guru. Melalui perisian yang berbentuk tutorial, pelajar akan dapat mengaksesmaklumat sendiri dan membentuk pembelajaran sendiri. Pelajar yang lemah pula akan

    lebih mudah berinteraksi bersama rakan-rakan. Guru juga akan mempunyai lebih masaberinteraksi dengan pelajar yang lemah disebabkan guru tidak terikat untuk membuatpenyampaian serta masa interaksi dijimatkan. Sebagai contoh Open Universiti Malaysia

    telah mewujudkan satu landasan antara pelajar dengan pensyarah yang dikenali sebagaiSistem Pengurusan Pengajaran atau Learning Management System yang dikenali

    sebagai MyLMS. Landasan ini merupakan forum untuk para pelajar berkomunikasi denganpengajar serta rakan-rakan yang berkursus sama dengan mereka agar dapat bertukar-tukar idea dan pengetahuan mereka. Pengajar akan dapat mengawal perkembangan

    para pelajarnya dan dapat mengenalpasti antara pelajar yang baik dengan pelajar yanglemah. Ini dapat dilihat dalam Rajah 8.9 di bawah:

    Rajah 8.9 : Forum MyLMS OUM

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    13/22

    178 OUM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    (e) Kebihan (PPBK) menurut pakar iaitu;

    Pakar Keterangannya

    Hinich (1993) Menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

    (PPBK) berkemampuan mempersembahkan maklumat dengan menarik serta

    menyimpan dan mengawal maklumat dengan baik. Perisian pengajaran dan

    pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga didapati berupaya

    berinteraksi secara terus dengan pengguna. Kelebihan ini akan membolehkan

    guru mempunyai masa yang lebih untuk memberikan pemulihan kepada

    pelajar-pelajar tertentu serta menanamkan minat pengguna untuk pelajar.

    Sebagai contoh perisian Adobe Photoshop mampu menjana kreativiti pengajar

    dan pengguna.

    Shaifol (2004) Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) membolehkan

    pelajar memilih serta menggunakan cara yang diminati untuk meneroka dan

    menjelajah pembelajaran. pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

    (PPBK) adalah pembelajaran aktif, berlaku dalam persekitaran multimedia

    bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam berbagai orientasi

    yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognatif mereka. Di dalam situasi

    pembelajaran aktif, pengetahuan adalah secara langsung dialami dan dibina,

    dimanupulasikan, diuji dan diteroka oleh pelajar (Thompson dan Jogensen

    1989). Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dilihat

    dapat menyelesaikan masalah kepelbagaian pelajar.

    Allen (1985) Hasil kajiannya, mendapati pembelajaran berbantukan komputer memberi

    sumbangan yang besar untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam

    bidang Matematik. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

    (PPBK) akan merangsangkan minda pelajar dengan pelbagai aktiviti untuk

    melahirkan pelajar yang kreatif.

    Diana (1992) Mendapati pembelajaran menggunakan perisian komputer dengan

    menggunakan kaedah simulasi dan pelbagai kaedah lain akan meningkatkan

    tahap pemahaman teori dan analisis.

    Fisher (1994) Menyatakan multimedia membawa dimensi baru dalam pembelajaran yang

    dinamakan "pembelajaran terbuka". Kelebihan (PPBK) yang terdiri daripada

    gabungan media seperti teks, gambar, animasi, video dan muzik sangat

    bersesuaian sebagai bahan bantu mengajar. Pengajaran dan pembelajaran

    Jadual 8.3 : Kelebihan (PPBK) Menurut Pakar

    Rajah 8.10 : Perisian

    Adobe Photoshop

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    14/22

    OUM 179

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    8.2 JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

    berbantukan komputer (PPBK) bersifat interaktif di mana pengguna tidak

    menerima maklumat secara pasif seperti membaca buku tetapi boleh

    mengumpul maklumat mengikut keperluan dan kemampuan sendiri.

    Watson (1993) Mendapati terdapat impak positif ke arah meningkatkan kefahaman pelajar

    apabila teknologi perisian dalam pengajaran diaplikasikan. See (1997) yang

    menyatakan perisian dapat menjadi pemangkin serta penjana pendidikan dan

    pembelajaran di sekolah.

    Nyatakan kebaikan menggunakan perisian pembelajaran dan pengajaranberbantukan komputer (PPBK) di dalam kelas

    Latihan 8.1

    Definisikan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer(PPBK)

    Adakah jenis-jenis pengajaran melalui kaedah (PPBK) sama dengan

    kaedah pengajaran konvensional yang biasa anda amalkan, dan cubaanda membuat perbezaan diantaranya.

    8.2.1 Tutorial

    (a) Alessi dan Trollip (1991)Menurut mereka tutorial dibina untuk mempersembahkan bahan pengajaran baru danmempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun.

    (b) Salleh (1997)Salleh pula menganggap bahawa tutorial mampu merangsangkan pembelajaran mengikut

    kemampuan sendiri serta mendokong strategi pembelajaran anjal.

    (c) Menurut Merrill et al (1996)Kaedah tutorial yang digunakan dalam perisian boleh menggantikan peranan gurusebagai tutor.

    (d) Shaifol (2004)Beliau merasakan bahawa tutorial sesuai digunakan untuk menjelaskan sesuatu konsep

    dan diikuti dengan soalan latihan yang bertujuan untuk menguji pelajar tentang konsep

    yang dipelajari.

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    15/22

    180 OUM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    (e) Hasselbring dan Goin (1993)Mereka telah mencadangkan bahawa ciri-ciri tutorial yang baik seperti berikut:

    (f) Jumlah maklumat yang hendak disampaikan pada satu masa hendaklah dihadkan;

    (i) Pengguna boleh mengulangkaji maklumat baru;

    (ii) Memberi maklum balas; dan

    (iii) Pelajaran terkawal.

    (g) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)

    Mendefinisikan tutorial sebagai kaedah pembelajaran yang merangkumi pembelajaranyang dikawal urutan persembahan serta latihan. Tutorial digunakan untuk menyampaikan

    kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Menurut PusatPerkembangan Kurikulum (2001), secara umumnya setiap perisian pendidikan (tutorial)mengandungi satu atau lebih komponen persembahan maklumat yang membimbing,

    menyediakan atau memberi latihan dan menilai pencapaian pengguna. Alat yang selaludigunakan dalam pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan yangdisimpan dalam cakera padat, cakera keras atau laman web.

    Berdasarkan himpunan pendapat dapatlah disimpulkan bahawa, tutorial sesuai dengan

    kumpulan sasaran yang mempunyai pengetahuan berbeza dan memerlukan strategipembelajaran aktif dan anjal. Melalui pendekatan tutorial pengguna bebas mengawalsituasi pembelajaran mereka mengikut kemampuan masing-masing. Selain daripadaitu, kaedah pengajaran tutorial mendokong teori pembelajaran tingkah laku dengan

    membenarkan proses pengulangan dilakukan oleh pengguna, serta teori pembelajaran

    kognitif pula membenarkan pengguna meneroka perisian mengikut langkah demilangkah.

    Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yangdibangunkan dengan kaedah tutorial, berperanan sebagai tutor untuk melaksanakan

    pengajaran. Perisian multimedia yang menggunakan kaedah ini juga, merangsangpenglibatan aktif daripada pengguna.

    Dalam Rajah 8.11, menunjukkan model yang dibuat oleh Alessi dan Trolip (1991)sebagai model tutorial. Menurut Alessi dan Trolip (1991), perisian berbentuk tutorial

    membolehkan pelajar yang cerdas meneruskan pelajaran mereka tanpa merasa bosan,

    manakala pelajar yang lemah pula akan dibimbing untuk membentuk pemulihan.

    Antara contoh perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukankomputer (PPBK) boleh didapati melalui Laman Web berikut:www.geocites.com/shaifol6900.

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    16/22

    OUM 181

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    Berdasarkan Rajah 8.11, pendekatan tutorial akan dimulakan dengan skrin pengenalanyang akan menjelaskan tajuk, serta objektif pembelajaran yang hendak dicapai.

    Bahagian persembahan maklumat pula, digunakan untuk memasukkan beberapa subtajuk utama. Bagi memastikan maklumat yang hendak disampaikan berkesan dan

    menarik minat, elemen-elemen multimedia digunakan.

    Soalan-soalan latihan disediakan, selepas sahaja pengguna atau pelajar selesai belajar

    sesuatu tajuk. Rangsangan segera akan diberikan bagi setiap jawapan. Maklum balasdiberikan dalam bentuk teks dan audio. Bagi memastikan pengguna dapat memahami

    sesuatu tajuk, pengguna diberi peluang untuk menjawab soalan sehingga betul.Pengguna dapat menilai sama ada apa yang dipelajari benar-benar dikuasai atausebaliknya, dengan merujuk kepada laporan ujian yang disediakan.

    8.2.2 Latih Tubi

    Menurut Ismail (2002), latih tubi merupakan kaedah yang digunakan untuk membolehkanpelajar memahami dan menguasai konsep, prinsip atau prosedur yang lebih berkesan.

    Pelajar berperanan membuat latihan yang disediakan, menerima maklum balas

    daripada jawapan yang diberikan serta memilih aras mengikut kemampuan.

    Latih tubi sesuai digunakan sebagai ulangkaji selepas mempelajari sesuatu konsep atausebagai latihan bagi pelajar yang lemah. Oleh itu, latih tubi yang baik perlu memenuhikehendak objektif pembelajaran. Komputer berupaya memberi maklum balas serta

    merta terhadap setiap jawapan pelajar. Latih tubi berasaskan komputer menawarkankelebihan dari segi :

    Rajah 8.11 : Struktur Pedagogi Tutorial (Alessi & Trolip 1991)

    Pengenalan Persembahan

    Maklumat

    SoalandanRangsangan

    Penutup Maklumbalas Penilaian

    Rangsangan

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    17/22

    182 OUM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    8.2.3 Permainan

    Sifat manusia yang minat pada hiburan dan cabaran, dimanupulasikan dalam

    pembinaan perisian berasaskan permainan. Pelajar-pelajar lebih gemar menghabiskanmasanya dengan bermain. Sifat ini merangsang pembinaan perisian permainan, yangmembolehkan pengguna belajar dan bermain serentak. Aktiviti permainan menggunakanpendekatan bermain sambil belajar atau berhibur sambil belajar.

    Jadual 8.4 : Kelebihan Latih Tubi

    Kelebihan Keterangannya

    Interaktiviti Perisian komputer dapat mempersembahkan pelbagi masalah

    yang memerlukan pelajar memberi jawapannya.

    Maklum balas cepat Perisian komputer dapat memaklumkan pelajar dengan segera

    sekiranya sesuatu jawapan itu betul atau salah dan dalam

    program yang direka bentuk dengan sempurna, komputer dapat

    memberitahu pelajar sebab kesilapan.

    Program pengulang item-item yang tertinggal secara automatik

    sehingga pelajar mahir.

    Kesabaran tanpa had Perisian komputer latih tubi boleh digunakan dalam jangka masa

    panjang tanpa perasaan jemu atau marah.

    Pelbagai tahap kesukaran Perisian komputer dapat menyesuaikan tahap kesukaran. Tahap

    kesukaran ditetapkan oleh guru atau pelajar atau program

    tersebut boleh diubahsuai berdasarkan pencapaian pelajar.

    Motivasi Komputer dengan program latih tubi lebih memberi motivasi

    kepada pelajar berbanding dengan latihan yang sama

    menggunakan kertas dan pensil.

    Multimedia berupaya menyediakan kesan khas yang menarik bersama kesan bunyiserta simulasi video dan aksi yang pantas. Multimedia berupaya membuat gerakan

    dalam bentuk Tiga Dimensi (3D), yang benar-benar membuatkan simulasi yangdilakukan berada dalam keadaan realistik. Keupayaan ini menyebabkan multimediaberupaya menjadi bahan pendidikan dan hiburan yang menyeronokan.

    Rajah 8.12 : Antara perisian permainan

    komputer di pasaran

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    18/22

    OUM 183

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    Aktiviti permainan ini boleh meningkatkan dan menanam minat pelajar untuk belajar.Aktiviti ini dapat memotivasi pelajar dan merangsang pelajar mengumpul markah yangpaling tinggi. Untuk membina aktiviti permainan, pembangun perisian perlu menetapkan

    had permainan, keputusan arah permainan serta pemantau permainan. Perisiankomputer akan menjadi hakim kepada permainan, serta menyimpan maklumat

    keputusan permainan. Dalam keadaan tertentu, perisian komputer juga menjadipersaing kepada pengguna.

    Memandangkan naluri manusia yang gemarkan hiburan terutamanya kanak-kanak

    Konsep permainan dalam pembelajaran digabung untuk menghasilkan pengalaman

    pembelajaran yang menyeronokkan. Gabungan antara pendekatan pendidikan danhiburan menjadikan proses pendidikan sesuatu yang sentiasa ditunggu oleh pelajar.

    Latihan 8.2

    Cirikan Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

    (PPBK) yang dibangunkan dengan kaedah tutorial.

    8.3 JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

    8.3.1 Simulasi

    Simulasi dapat membina ilusi bahan rasa yang realistik melalui teknologi komputer

    yang mengabungkan audio, visual dan interaksi. Pembangun perisian biasanyamenggunakan media video atau animasi untuk mempersembahkan eksperimen dalambentuk simulasi. Penggunaan kaedah ini juga, dapat membenarkan pengguna memilih

    dan menjalani eksperimen tanpa kawalan oleh guru. Dengan ini, pelajar dapat bertindakdan berfikir dengan lebih kreatif.

    Simulasi membuatkan pengguna, merasa seolah-olah berada dalam keadaan sebenar.Simulasi boleh dibuat dalam bentuk dialog, menggunakan alatan atau merasai sendiriinteraksi bersama perisian komputer. Model dan pendekatan yang realistik digunakan,

    untuk menerangkan konsep atau prosedur. Kaedah simulasi terbahagi kepada 2

    kategori iaitu untuk mengajar atau melakukan sesuatu.

    Simulasi membolehkan pengguna melakukan eksperimen, walaupun eksperimen itumahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. Komponenkomputer contohnya, cukup sensitif dan kos untuk mendapatkannya cukup tinggi.

    Memandangkan aspek ini, kaedah simulasi digunakan untuk menunjukkan kepadapengguna kaedah komponen-komponen komputer dihubungkan dengan betul bagimembolehkan komputer berfungsi.

    Selain dari itu, kaedah simulasi digunakan bagi melatih pekerja yang mempunyai risiko

    tinggi. Melatih juruterbang contohnya serta, Juru Dandang atau Pemandu Keratapi laju.

    Pembina perisian perlu merangka keadaan sebenar, serta keadaan yang berlakusekiranya tersilap mengunakan arahan.

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    19/22

    184 OUM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    Pendekatan simulasi serasi dan menyokong pendekatankonstruktif iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanankepada pemikiran krit is, penyampaian masalah dan

    pengalaman pembelajaran autentik (PPK 2001). Kaedahsimulasi bagi menggantikan aktiviti-aktiviti yang sukar

    dilakukan di makmal akan membantu pelajar yang sesuaidengan gaya pembelajaran konstrukti f menguasaipembelajaran.

    Rajah 8.13 : Simulasi juruterbang

    8.3.2 Tunjuk Cara

    Pernahkah anda melihat satu demonstari yang cuba dilakukan olehjurujual tertentu yang berusaha untuk menarik perhatian para pendengar

    agar membeli produk keluaran mereka. Pernahkah anda cuba memikirdan membuat analisa berhubung dengan kepelbagaian penggunaan cara

    dan kaedah untuk menarik perhatian pendengar? Apakah iktibar yangboleh anda dapati daripada pemerhatian tersebut?

    Tunjuk cara ialah kaedah yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu kepada pelajar

    atau sekelompok pelajar. Tunjuk cara boleh menjimatkan masa pengajaran dan

    pembelajaran. Kaedah ini sesuai dilakukan apabila kekurangan alatan, ekseperimen inibahaya. Kaedah tunjuk cara, bertujuan bagi menjelaskan konsep dan proses gurumenggunakan perisian komputer sebagai alat untuk membuat tunjuk cara. Kaedah ini

    digunakan, bagi menujukkan cara kerja samaada dalam eksperimen yang terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan.

    Tunjuk cara merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada pelajarmelihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Contohnya guru menunjukkan

    bagaimana untuk memulakan perisian Authorware kepada semua pelajar menggunakanperisian multimedia dengan bantuan projektor Liquid Crystal Display (LCD). Pelajardapat melihat sendiri urutan langkah yang perlu dilaksanakan.

    8.3.3 Ujian

    Ujian merupakan pendekatan yang digunakan untuk menilai semula kandungan

    yang telah diajar kepada pelajar.Ujian ialah penilaian yang dilakukan terhadap pelajarsetelah menghabiskan pembelajaran.

    Ujian merupakan salah satu kayu pengukur bagi, keberkesanan proses pengajaran dan

    pembelajaran. Guru berperanan menilai dan menyesuaikan ujian dengan kebolehanpelajar serta menyemak kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. Ujian dibentuk

    daripada himpunan soalan latihan yang membenarkan pelajar memasukan maklumatyang dipelajari ke dalam ingatan jangka panjang. Dalam pengajaran dan pembelajaran

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    20/22

    OUM 185

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    berbantukan komputer (PPBK) ujian boleh dibina dengan menggunakan alat interaktifdan pemboleh ubah untuk merekod markah ujian.

    Walaupun terdapat kesamaan antara ujian dan latih tubi namun terdapat perbezaanyang ketara dari segi tujuan dan rangsangan.

    Tujuan utama latih tubi ialah untuk membuat ulang kaji oleh itu soalan yang di beri boleh diulang jawab oleh pelajar dan biasanya di bagi rangsangan dengan cepat serta markahnya

    tidak di rekod.

    Tujuan ujian pula ialah untuk menilai keupayaan pelajar atau

    kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran oleh itu

    soalannya tidak dibenarkan di ulang jawab serta markahnyadi rekod. Ini dapat dilihat melalui Rajah 8.14 di sebelah:

    Rajah 8.14 : Contoh soalan ujian

    RUMUSAN

    Bab ini membincangkan secara keseluruhan aspek pengenalan sejarah serta

    pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).Bab ini juga membincangkan jenis-jenis perisian pengajaran dan pembelajaran

    berbantukan komputer (PPBK) yang selalu digunakan dalam pengajaran danpembelajaran di sekolah.

    Rajah 8.15 : Penggunaan pemboleh ubah bagi

    memaparkan markah pelajar menggunakan Notepad

    Setelah anda, didedahkan kedua-dua jenis kategori (PPBK) cuba andaterangkan melalui pandangan anda sendiri mengenai kebaikannya,

    berbanding kaedah pembelajaran dan pengajaran secara konvensional.

    Latihan 8.3

    Berikan persamaan dan perbezaan perisian pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang dibangunkan dengan

    kaedah simulasi dan tunjuk cara.

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    21/22

    186 OUM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    GLOSARI

    CAI singkatan Computer Assisted Instuction

    CAL singkatan Computer Aided Learning

    PLATO singkatan Programmed Logic for Automatic Teaching Operation )

    LCD singkatan Liquid Crystal Display

    UJIAN 1

    1. Terangkan perbezaan dan persamaan jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukankomputer (PPBK) latihan dan ujian

    2. Terangkan ciri-ciri yang harus difikirkan dalam membangun perisian pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

    3. Nyatakan dan cirikan kandungan keseluruhan yang ada dalam pengajaran dan

    pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

    4. Nyatakan empat jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

    UJIAN 2

    1. Dalam membangunkan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer

    (PPBK) beberapa perkara perlu ditentukan untuk mempastikan keberkesananpenggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran Nyatakan empat fasa pentingyang perlu ada dalam membangunkan perisian

    2. Takrifkan dan terangkan ciri-ciri mesra pengguna yang ada dalam perisian pengajarandan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

    3. Berikan persamaan dan perbezaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukankomputer (PPBK) yang dibangunkan dengan kaedah latih tubi dan permainan.

    RUJUKAN

    Alessi, S.M. & Trollip, S.R. 1991. Computer base instructional: Methods anddevelopment. Ed. ke-2. New Jersey: Prentice Hall,Inc.

    Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer courseware. Review of

    Education Research 49(3): 70-71.

    Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikan

    komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    Fisher, S. 1994. Multimedia authoring building and development document.

    England: A.P Profesional.

  • 8/6/2019 Topik 8_PPBK

    22/22

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)TOPIK 8

    Hasselbring, T.S. & Goin. 1993. Strategies for teaching learners with special needs.New York: Merill-Prentice Hall.

    Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smalindino, S.E. 1996. Instructional mediaand technologies for learning. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice Hall.

    Ismail Zain. 2002. Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Jensen, M.S. 1996. A computer unit on diffusion and osmosis with a conceptual change

    design. Journal Of Computer And Mathematic Science Teaching 12(2): 49-64.

    Lockard, J., Abrams, H. & Mary, M. 1997. The first decade of microcomputer ineducation: from computer l i teracy to curriculum integration.

    Proceeding The International Symposium of Education Computin, hlm 1-13.

    Merrill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman,M.N. 1996. Computer's in education. Ed. ke-2. New York: Ally and Bacon

    Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran berbantukankomputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001.Falsafah pendidikan kebangsaan matlamat dan misi.

    Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian TeknologiPendidikan. Kuala Lumpur, 27 November.

    See Kin Hai. 1997. Kesan pembelajaran berbantukan komputer terhadap daya kreativitipelajar dalam matematik. Jurnal Persatuan Kebangsaan Pengetua-PengetuaSekolah Malaysia 2: 61-66.

    Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi

    Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan PembelajaranKursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti KebangsaanMalaysia, Bangi.

    Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.

    Kuala Lumpur: Federal Publication.

    Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian) www.geocites.com/shaifol6900