topik 3 pengenalan sosiolinguistik

35
PENGENALAN Bidang sosiolinguistik merupakan bidang yang perlu diketahui oleh pengkaji bahasa. Ini kerana bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain dengan bidang ilmu linguistik yang lain. Pengkajian bidang ilmu linguistik tidak lengkap jika bidang sosiolinguistik tidak diberi penekanan sewajarnya oleh pengkaji bahasa. Sebagai cabang ilmu dalam linguistik, bidang sosiolinguistik dilihat dapat melengkapi bidang kajian ilmu linguistik. Ini kerana sosiolinguistik merupakan kajian yang berkaitan dengan bidang bahasa dan kaitannya dari sudut kegunaannya dalam masyarakat. Fenomena ini dianggap penting memandangkan bidang sosiolinguistik memberi ruang kepada sesuatu bahasa digunakan dalam konteks masyarakat di mana ruang diberikan kepada pengkaji bahasa untuk mengaplikasikan penggunaan bahasa tersebut mengikut konteks masyarakat tertentu kerana tidak semua bahasa boleh digunakan dalam sesuatu masyarakat. Dengan pemahaman sosiolinguistik, pengguna bahasa dapat menggunakan bahasa dengan tepat mengikut keperluan masyarakat yang diwakili oleh mereka. T T o o p p i i k k 3 3 Pengenalan Sosiolinguistik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep sosiolinguistik; 2. Menyatakan bidang-bidang kajian sosiolinguistik; 3. Membincangkan kajian-kajian yang berkaitan dengan struktur sosiolinguistik; dan 4. Mengenal pasti penggunaan bahasa mengikut konteks sosial dan budaya.

Upload: norhana1969

Post on 22-Jun-2015

222 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Pengenalan kepada Bidang Sosiolinguistik

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� PENGENALAN

Bidang sosiolinguistik merupakan bidang yang perlu diketahui oleh pengkaji bahasa. Ini kerana bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain dengan bidang ilmu linguistik yang lain. Pengkajian bidang ilmu linguistik tidak lengkap jika bidang sosiolinguistik tidak diberi penekanan sewajarnya oleh pengkaji bahasa. Sebagai cabang ilmu dalam linguistik, bidang sosiolinguistik dilihat dapat melengkapi bidang kajian ilmu linguistik. Ini kerana sosiolinguistik merupakan kajian yang berkaitan dengan bidang bahasa dan kaitannya dari sudut kegunaannya dalam masyarakat. Fenomena ini dianggap penting memandangkan bidang sosiolinguistik memberi ruang kepada sesuatu bahasa digunakan dalam konteks masyarakat di mana ruang diberikan kepada pengkaji bahasa untuk mengaplikasikan penggunaan bahasa tersebut mengikut konteks masyarakat tertentu kerana tidak semua bahasa boleh digunakan dalam sesuatu masyarakat. Dengan pemahaman sosiolinguistik, pengguna bahasa dapat menggunakan bahasa dengan tepat mengikut keperluan masyarakat yang diwakili oleh mereka.

TTooppiikk

33

� Pengenalan Sosiolinguistik

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan konsep sosiolinguistik;

2. Menyatakan bidang-bidang kajian sosiolinguistik;

3. Membincangkan kajian-kajian yang berkaitan dengan struktur

sosiolinguistik; dan

4. Mengenal pasti penggunaan bahasa mengikut konteks sosial danbudaya.

Page 2: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

51

Berdasarkan kepentingan bidang ini, dalam topik ini, pelajar akan didedahkan kepada konsep sosiolinguistik, bidang kajian sosiolinguistik, kedudukan sosiolinguistik dalam bahasa, kajian struktur sosiolinguistik serta penggunaan bahasa mengikut konteks sosial dan budaya. Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkan kepentingannya dalam memberi gambaran kasar kepada pelajar sebelum mendalami bidang ini dalam topik-topik yang berikutnya.

KONSEP SOSIOLINGUISTIK

Bidang linguistik muncul pada Mei 1964 dalam satu persidangan khas untuk membicarakan hubungan antara bahasa dan masyarakat. Pada mulanya, ia dikenali dengan berbagai-bagai nama, misalnya „linguistik antropologi‰, „bahasa dan kebudayaan‰ dan merupakan satu disiplin yang diajar di Jabatan Antropologi, Amerika Syarikat. Pada tahun 1960-an, istilah sosiolinguistik mula digunakan dan kini statusnya sebagai satu disiplin yang tersendiri diterima umum. Keadaan ini wujud kerana ahli bahasa mendapati bahawa di samping kajian terhadap bahasa, kajian bahasa yang dikaitkan dengan masyarakat penggunanya menjadi tajuk menarik. Justeru, usaha untuk mewujudkan sosiolinguistik sebagai satu disiplin ilmu bermula di sini.

Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu ssosio (singkatan daripada sosiologi-disiplin yang meneliti masyarakat) dan llinguistik � disiplin yang meneliti bahasa.

Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian (studies) dan pengkajian (research) yang menggabungkan dua disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik.

3.1

Apakah yang anda faham dengan ilmu sosiolinguistik? Adakah andafikir ilmu sosiolinguistik penting dikuasai oleh guru di sekolah?

SEMAK KENDIRI 3.1

Page 3: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

52

Dengan sifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur, yakni hubungan antara kedua-dua entiti tersebut yang rapat. Pengkajian dan pengajian sosiolinguistik bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial, iaitu sama ada sesuatu struktur bahasa itu menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau sebaliknya (Teo Kok Seong: 42�43).

Menurut Dittmar (1976), istilah sosiolinguistik pertama kali muncul dalam tulisan Currie (1952) yang menyatakan bahawa kajian tersebut bertujuan untuk melihat hubungan antara perlakuan bahasa dan status sosial. Istilah tersebut pada mulanya bermaksud untuk menerangkan suatu pendekatan menggabungkan dua disiplin bagi membolehkan penyelidikan yang dijalankan mendapat penerimaan umum. Di England, tugas sosiolinguistik muncul dengan buah fikiran Malinowski yang diluaskan oleh Firth. Walaupun istilah institutional linguistics lebih digunakan, namun bidang yang diliputi tidak berbeza daripada yang dimaksudkan dengan sosiolinguistik. Bidang sosiolinguistik juga merupakan daya usaha kelompok ahli antropologi dan sesuai dengan hakikat bahawa sosiolinguistik itu merupakan cabang dalam bidang antropologi, khususnya antropologi sosial yang mementingkan analisis struktur sosial masyarakat (Nik Safiah Karim, 1981).

Menurut Fishman, kajian sosiolinguistik bersifat kualitatif. Sosiolinguistik lebih tertumpu pada perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya seperti deskripsi pola pemakaian bahasa atau dialek dalam budaya tertentu, pilihan pemakaian bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topik dan latar pembicaraan.

Bidang sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan sebagainya. Bidang sosiolinguistik terapan pula menggabungkan kajian sosiolinguistik dengan kajian pendidikan. Bidang ini menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri.

Secara kasarnya, sosiolinguistik ialah bidang yang memperkatakan aspek-aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Mengikut Bright (1966), tugas ahli sosiolinguistik ialah „untuk memperlihatkan perbezaan-perbezaan yang saling mempengaruhi antara struktur bahasa dengan struktur sosial‰. Hymes (1968) mendefinisikan kegiatan bidang sosiolinguistik sebagai satu aktiviti disiplin di mana ahli-ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan peranan penting masing-masing, tetapi peranan yang penting ialah yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik (Wong Shek Seng, 1987).

Page 4: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

53

Sosiolinguistik sering ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang meneliti segala macam aspek yang berkenaan hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Lingkungan hubungan antara bahasa dengan masyarakat adalah amat luas dan boleh mengambil pelbagai bentuk atau manifestasi. Contohnya, gaya bercakap yang berlainan antara masyarakat Timur dengan masyarakat Barat. Selain itu, terdapat beberapa pengertian lain kepada konsep sosiolinguistik (Zulkifley Hamid, Ramli Salleh dan Rahim Aman, 2006).

Sosiolinguistik merupakan disiplin yang berasal daripada disiplin sosiologi dan linguistik, iaitu dua bidang ilmu empiris yang mempunyai kaitan sangat erat. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah tentang manusia, lembaga sosial dan proses sosial yang ada dalam masyarakat. Sosiologi berusaha untuk mengetahui bagaimana masyarakat itu terjadi, hidup dan wujud hingga ke hari ini . Dengan mempelajari lembaga sosial dan segala masalah sosial dalam satu masyarakat, kita dapat mengetahui cara manusia menyesuaikan diri dengan lingkungannya, bagaimana mereka bersosial dan menempatkan diri dalam tempat masing-masing dalam masyarakat. Linguistik pula adalah bidang ilmu yang mempelajari bahasa atau bidang ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya. Oleh yang demikian, kesimpulannya ialah sosiolinguistik itu adalah bidang ilmu disiplin yang mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan penggunaan bahasa itu dalam masyarakat (Noriah Mohamed, 2003).

De Saussure (1961) telah menghuraikan konsep sosiolingustik ini dengan menyebutkan bahawa bahasa adalah salah satu lembaga kemasyarakatan, yang sama dengan lembaga kemasyarakatan yang lain seperti perkahwinan, pewarisan harta peninggalan dan sebagainya. Dimensi kemasyarakatan bukan hanya memberi ÂmaknaÊ kepada bahasa, tetapi juga menyebabkan terjadinya ragam-ragam bahasa. Ragam-ragam bahasa ini bukan hanya dapat menunjukkan adanya perbezaan sosial dalam masyarakat, tetapi juga memberi indikasi tentang situasi berbahasa dan mencerminkan tujuan, topik, kaedah dan modus-modus penggunaan bahasa (Noriah Mohamed, 2003).

Charles Morris dalam bukunya Sign, Language and Behaviour (1946) membicarakan bahasa sebagai sistem lambang yang membezakan tiga macam kajian bahasa berkenaan dengan fokus perhatian yang diberikan. Jika perhatian difokuskan pada hubungan antara lambang dengan maknanya, ini disebut semantik. Jika fokus perhatian diarahkan pada hubungan lambang dengan lambang, ia disebut sintaksis dan kalau fokus perhatian diarahkan pada hubungan antara lambang dengan para penuturnya disebut pragmatik. Kajian antara lambang dengan penuturnya disebut sebagai sosiolinguistik (Noriah Mohamed, 2003).

Page 5: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

54

Sebagai objek dalam sosiolinguistik, bahasa tidak dilihat atau didekati sebagai bahasa seperti dilakukan oleh sosiolinguistik umum, melainkan dilihat atau didekati sebagai sarana interaksi atau komunikasi dalam masyarakat manusia. Sosiolinguistik juga lazimnya didefinisikan sebagai ilmu yang mempelajari ciri dan pelbagai variasi bahasa serta hubungan antara bahasawan dengan ciri fungsi variasi bahasa itu dalam suatu masyarakat bahasa (Kridalaksana, 1978). Pengkajian bahasa dengan dimensi masyarakat disebut juga sosiolinguistik (Nababan, 1984).

Sosiolinguistik adalah kajian tentang ciri-ciri khas variasi bahasa, fungsi-fungsi bahasa dan pemakai bahasa kerana ketiga-tiga unsur ini selalu berinteraksi, berubah dan saling mengubah satu sama lain dalam satu masyarakat tutur atau masyarakat bahasa (Fishman, 1972). Menurut Fishman lagi, sosiolinguistik berbeza daripada linguistik. Dalam sosiolinguistik, pada umumnya, yang dikaji bukan deskripsi linguistik secara terperinci dari segi kegramatisan tetapi tentang perbahanan dan pemahaman tentang perhubungan antara bahasa dengan berbagai-bagai institusi sosial. Selain itu, sosiolinguistik adalah kajian tentang bahasa dan pemakaiannya dalam konteks sosial dan budaya (Appel, Hubert & Meijer, 1976).

Fishman (1968) juga menyatakan bahawa sosiolinguistik merupakan kajian terhadap „pattern co-variation of language and society‰, iaitu kajian yang mementingkan kewujudan kelainan bahasa seperti dialek (geografi dan sosial), laras, gaya bahasa dan sebagainya dalam sesebuah komuniti bahasa. Dalam hal ini, Fishman (1968) juga membicarakan bahawa hanya sosiolinguistik yang merupakan satu-satunya disiplin ilmu yang mementingkan kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan pengguna bahasa. Sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik bersifat „inter discipliner‰ dengan ilmu sosiologi di mana objek penelitian hubungan antara bahasa dengan faktor-faktor sosial dalam suatu masyarakat tutur atau secara lebih operasional lagi seperti yang dikatakan Fishman (1972), „... study of who speak what language to whom and when‰.

Menurut Criper dan Widdowson (1975), sosiolinguistik adalah kajian bahasa dalam penggunaannya, dengan tujuan untuk meneliti bagaimana konvensi pemakaian bahasa berhubungan dengan aspek-aspek lain berdasarkan tingkah laku sosial. Sementara itu, menurut Booji, Kersten dan Verkuyl (1975), sosiolinguistik adalah subdisiplin ilmu bahasa yang mempelajari faktor-faktor sosial yang berperanan dalam penggunaan bahasa dan pergaulan sosial. Bagi Hickerson (1998) pula, sosiolinguistik adalah pengembangan subbidang linguistik yang memfokuskan penelitian pada variasi ujaran serta mengkajinya dalam suatu konteks sosial. Sosiolinguistik meneliti korelasi antara faktor-faktor sosial itu dengan variasi bahasa.

Page 6: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

55

Di samping itu, Hymes pula mendefinisikan sosiolinguistik sebagai satu bidang yang mengkaji perlakonan bahasa dari segi hubungan antara latar (setting), peserta (participant), tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri. Beliau juga mendefinisikan bidang sosiolinguistik sebagai suatu aktiviti antara disiplin, di mana ahli-ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan peranan masing-masing, tetapi peranan yang penting ialah sumbangan oleh ahli-ahli linguistik (Nik Safiah Karim, 1981).

Menurut Trudgill (1974), sosiolinguistik adalah sebahagian daripada linguistik yang bersangkutan dengan bahasa sebagai suatu fenomena sosial dan budaya. Sosiolinguistik menggunakan bahan, metodologi atau penemuan sains sosial (khususnya sosiologi dan antropologi), tetapi beberapa aspek geografi sosial atau manusia juga disentuh.

Hudson (1980) mendefinisikan sosiolinguistik sebagai kajian tentang perhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Sosiolinguistik merupakan sebahagian daripada kajian bahasa. Wackey (1982) pula berpandangan bahawa sosiolinguistik menuntut kemunculan kedua-dua kategori sosial dan kategori bahasa serta kemungkinan kajian perhubungan antara kedua-duanya, iaitu perhubungan antara kategori sosial sebagai tingkah laku, budaya, etnik, pekerjaan, keturunan dan pendidikan, dan kategori bahasa keturunan dan pendidikan, dan kategori bahasa sebagai dialek, aksen, perbendaharaan kata, laras bahasa dan jenis bahasa.

Sosiolinguistik juga adalah cabang linguistik yang mengkaji aspek linguistik, struktur dan penggunaan bahasa yang berkait dengan institusi atau fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu. Skop sosiolinguistik ini meliputi soal seperti perhubungan antara demografi dan pemeliharaan bahasa, penemuan bahasa dan kedwibahasaan, perkembangan bahasa Pidjin dan Kreol serta dialek sosial, penukaran kod dan perancangan bahasa termasuk standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng, 1987).

Wolfram dan Fasold (1974) pernah membahagikan skop kajian sosiolinguistik kepada sosiologi bahasa, etnografi pertuturan, linguistik am dan ekologi bahasa. Sosiologi bahasa adalah bidang yang mengkaji interaksi antara faktor-faktor secara besar-besaran dengan bahasa atau situasi dialek. Etnografi pertuturan pula menyentuh kegunaan bahasa yang sebenarnya sebagai suatu peristiwa pertuturan. Linguistik am adalah kajian bahasa dalam konteks sosial dan dihubungkan dengan teori linguistik. Sementara itu, ekologi bahasa melihat perhubungan bahasa dengan persekitaran sosial. Hal ini melibatkan aplikasi pengetahuan linguistik kepada masalah sosial atau pendidikan seperti masalah perancangan bahasa, standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng, 1987).

Page 7: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

56

Sosiolinguistik juga didefinisikan sebagai bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejalanya dengan masyarakat. Salah satu perkara yang dihadapi oleh ahli-ahli bahasa ialah masalah bahasa itu sendiri. Masalah ini dengan langsungnya melibatkan pembinaan dan perancangan bahasa. Pada prinsipnya, sosiolinguistik mengkaji aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada hubungan dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu. Dengan perkataan lain, sosiolinguistik melihat hubungan bahasa dengan masyarakat ataupun bahasa sebagai alat kehidupan manusia. Bidang ini memperlihatkan satu kadar pertalian antara bahasa dan masyarakat.

Tetapi, sosiolinguistik bukan sekadar berkisar tentang disiplin yang terkandung di dalamnya sahaja. Kajiannya juga melampaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang berbeza yang disebabkan oleh perbezaan status individu dalam sesebuah masyarakat bahasa. Jadi, fakta penting dalam sosiolinguistik ialah bentuk kelakuan sosial masyarakat pengguna sesuatu bahasa itu. Sosiolinguistik juga adalah bidang yang mengkaji berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek linguistik seperti perhubungan sosial yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk gaya yang dibezakan oleh keperihalan taraf pemakai-pemakainya dan sebagainya (Arbak Othman, 1983).

Walaupun sosiolinguistik dikatakan mengkaji aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat atau sebaliknya, pentakrifan pola hubungan antara bahasa dengan masyarakat secara tepat merangkumi banyak aspek. Belum ada ahli sosiolinguistik yang menyediakan satu teori sosiolinguistik bersepadu yang dapat dijadikan kajian mereka. Keadaan ini menyebabkan ahli sosiolinguistik mencipta ruang lingkup kajian sosiolinguistik mereka tersendiri. Mereka bebas menamakan kajian sosiolinguistik mereka asalkan kajian tersebut memperlihatkan hubungan antara masyarakat dengan bahasa atau sebaliknya. Oleh itu, bukan mudah menentukan ruang lingkup kajian sosiolinguistik.

Misalnya, Svejcer dan NikolÊskij (1986) menyatakan:

„... the subject matter of sociolinguistics is one of its controversial problems. One can find in the literature different definitions of subject matter, revealing serious disagreements on one of the fundamental problems of the discipline. Therefore, there is no concensus concerning the status of sociolinguistics.‰

Page 8: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

57

Trudgill (1978) (Nik Safiah Karim, 1981) juga sependapat dengan Svejcer dan NikolÊskij. Menurutnya:

Eastman (1975) menyatakan bahawa „sociolinguistics is concerned with the interaction of language and setting‰. Menurutnya, banyak hasil kajian sosiolinguistik yang tertumpu pada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. Contohnya, kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan kelas dan status pengguna bahasa, kajian terhadap repertoir pertuturan individu yang dikaitkan dengan konteks sosial, kajian kepelbagaian bahasa dan kedwibahasaan komuniti bahasa serta kajian-kajian yang sama dengannya (Nik Safiah Karim, 1981).

Gumperz dan Hymes (1972) pula menyifatkan sosiolinguistik sebagai kajian yang meneliti bahasa dalam konteks penggunaannya. Menurut mereka, dalam usaha untuk berkomunikasi secara efektif dalam sesuatu bahasa, penutur harus memiliki keupayaan sejadi berbahasa yang merangkumi pemahaman terhadap semua aspek yang berkaitan dengan konteks pertuturan, termasuklah budaya sesuatu bahasa. Bagi Dittmar (1976), kajian yang memberi tumpuan kepada aspek perhubungan antara kepelbagaian bahasa dengan kepelbagaian sosial ini dianggap sebagai kajian sosiolinguistik tulen. Menurutnya, kajian sebegini membincangkan masalah utama sosiolinguistik. Sosiolinguistik juga tertumpu kepada kajian terhadap perubahan bahasa. Perubahan bahasa berlaku akibat perkembangan masa dan ruang dan perubahan yang dimaksudkan berlaku kepada semua unsur bahasa seperti fonem, morfem, ayat, makna, kosa kata dan seterusnya (Madeliene, 1972).

Ferguson (1966) mengatakan kajian profil sosiolinguistik memberikan pengagihan fungsi bahasa dan kelainan bahasa yang wujud dalam sesebuah komuniti bahasa. Bahasa-bahasa misalnya diperuntukkan fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan dan sebagainya yang telah melalui dasar bahasa sesebuah negara. Pendek kata, profil sosiolinguistik bertujuan memaparkan perkaitan antara indeks bahasa dengan indeks sosial masyarakat (Nik Safiah Karim, 1981).

„The difficulty with sociolinguistics, then, is that it is a term which means many different things to many different people. This multiplicity of interpretations is probably due to the fact that, while everybody would agree that sociolinguistics has something to do with language and society, it is clearly also not concerned with everything that could be considered Âlanguage and societyʉ.

Page 9: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

58

Dengan kata lain juga, bidang sosiolinguistik ialah bidang yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Bahasa adalah kepunyaan manusia. Melaluinya manusia berhubung, menyampaikan buah fikiran dan perasaan dengan bahasa mereka mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai anggota satu masyarakat (Nik Safiah Karim, 1988).

Kesimpulannya, bidang sosiolinguistik itu merupakan satu bidang yang membabitkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli-ahli sosiolinguistik banyak memperkatakan tentang cakupan bidang sosiolinguistik ini. Disiplin ini banyak menawarkan pelbagai isu menarik yang berhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Kebanyakan ahli sosiolinguistik mengaitkan takrifan mereka dengan subbidang sosiolinguistik yang mereka kaji dengan fokus sama ada kepada aspek bahasa atau aspek masyarakat bahasa berkenaan. Walau bagaimanapun, hubung jalin antara aspek bahasa dengan masyarakat itu masih dapat dilihat dengan jelas, terutamanya apabila kajian membabitkan latar belakang masyarakat dan kaitannya dengan pelbagai pola penggunaan bahasa (Nik Safiah Karim, 1981). Sosiolinguistik mempelajari dan membahaskan aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan fakta kemasyarakatan. Selain itu, banyak fungsi yang dimainkan oleh bahasa. Ia berfungsi sebagai alat perhubungan. Tetapi ada juga aspek lain yang disumbangkan oleh bahasa di mana peranan yang dimainkan selari dengan fungsi utamanya. Aspek ini menjadi antara bidang yang dicakupi oleh sosiolinguistik.

BIDANG KAJIAN SOSIOLINGUISTIK

Jika kita meneliti pelbagai definisi yang telah dikemukakan oleh para sarjana sosiolinguistik terhadap bidang sosiolinguistik, kita juga dapat mengesan persamaan pendapat antara mereka. Namun begitu, pandangan tokoh-tokoh tersebut dapat disebut sebagai indikator sosiolinguistik, dan secara umumnya inilah yang diselidiki oleh sarjana sosiolinguistik. Ini dapat disimpulkan dalam lima perkara berikut:

(a) Ada beberapa jenis kebiasaan atau konvensyen yang digunakan bagi menguruskan ujaran kita yang diorientasikan kepada tujuan-tujuan sosial. Terdapat struktur-struktur pembicaraan dan interaksi misalnya dalam pembicaraan melalui telefon, bergurau, berbual kosong dan sebagainya. Mereka yang meminati bidang ini disebut eethnomethodologis, iaitu mereka yang mempelajari metod-metod dan alat-alat yang digunakan oleh kelompok-kelompok sosial untuk mencapai tujuannya. Mereka percaya bahawa kenyataan sosial tidak boleh diselesaikan melalui jadual statistik, tetapi dibangunkan dalam proses interaksi. Penyelidikan lain dalam bidang ini yang lebih berorientasi pada bidang linguistik disebut sebagai analisis

3.2

Page 10: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

59

wacana. Kelompok lain yang menggunakan analisis yang hampir sama adalah ahli antropologi yang menganalisis pola penyusunan pengajaran lisan atau oral message yang terkandung dalam cerita dongeng, cerita rakyat, teka-teki dan upacara keagamaan dengan acuan pada masyarakat tempat semua itu berada.

(b) Terdapat kajian bagaimana norma dan nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein tentang perbezaan gaya ujaran kelas pertengahan dan kelas atasan masyarakat Inggeris. Penyelidikan tentang alasan masyarakat yang mewujudkan perilaku bahasa begitu tidak terbatas pada perbezaan stail antara kelompok dalam suatu masyarakat, tetapi juga berkaitan dengan variasi komunikasi antara kelompok masyarakat bahasa dan kelompok etnik yang berbeza. Dalam hal ini, Hymes mengutarakan konsep yang termaktub dalam istilah sosiolinguistik, iaitu kecekapan berkomunikasi (communicative competence).

(c) Variasi dan neka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnya. Ini merupakan gagasan inti bidang sosiolinguistik yang kelihatan seperti sama dengan perkara (b) di atas. Perbezaannya adalah tujuannya yang lebih sosiologikal. Banyak indikator linguistik yang memberikan maklumat sosial, bermula daripada aksen (pelat) dan membawa kepada pemilihan kosa kata dan sistem gramatikal. Dalam masyarakat multilingual, apa yang diucapkan mungkin menyajikan indikator status sosial si pembicara. Keanekaan linguistik ini merupakan satu topik penting dalam kajian sosiolinguistik. Perkara ini yang dikaji oleh Trudgil (1974) bagi menunjukkan perbezaan sosial orang Inggeris yang berasal dari Norway.

(d) Pemanfaatan unsur bahasa dalam politik juga menjadi sasaran kajian sosiolinguistik. Lembaga seperti AAcademie Francaise, berupaya menentukan apa yang boleh diterima atau tidak dalam bahasa Perancis secara rasmi. Begitu juga pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan Nazi pernah dilakukan sebagai eksploitasi bahasa demi kepentingan politik. Malah, pemilihan bahasa sebagai bahasa nasional adalah persoalan yang bersangkut-paut dengan politik seperti menentukan bahasa asing untuk diajarkan di satu-satu negara. Sebagai contoh, keputusan mengajar bahasa Maori kepada warga berkulit putih di New Zealand, pengajaran bahasa Rusia di negara-negara blok Timur dan usaha memasukkan bahasa-bahasa peribumi ke dalam kurikulum sekolah di negara-negara Afrika, dan lain-lain lagi. Contoh lain yang lebih rapat dengan kita adalah keputusan memilih bahasa Melayu menjadi bahasa nasional Indonesia sebagai yang dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan

Page 11: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

60

hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda mempunyai bilangan penutur yang jauh lebih ramai di Indonesia. Contoh di atas ada kaitannya terutama dengan kebijaksanaan dalam pendidikan; dan dalam sosiolinguistik ini semua lazim disebut sebagai perancangan taraf bahasa. Menurut Fishman yang mengkaji masyarakat multilingual, hal ini sering dihubungkan dengan tokoh atau pelopor sesebuah masyarakat multilingual.

(e) Aspek-aspek sosial dalam bilingualisme dan multilingualisme juga penting dalam kajian sosiolinguistik. Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kelompok-kelompok minoriti di pelbagai negara, biasanya melibatkan nada politik yang berkaitan dengan pengakuan atau penerimaan bahasa oleh kelompok tersebut. Penyelidikan lainnya adalah mengkaji cara penutur bukan asli berganti-ganti menggunakan bahasa tertentu untuk satu kegiatan dan bahasa yang satu lagi untuk kegiatan lain. Fenomena ini disebut sebagai code switching. Kajian lain juga melihat motivasi sosial dalam amalan meminjam perkataan asing. Ada pula yang menyelidiki sejauh mana seseorang bilingual atau multilingual taat kepada bahasa yang dikuasainya, ditinjau dari segi sosiologi mahupun psikologi.

Dalam kelima-lima perkara di atas, ahli sosiolinguistik sudah tentu mempunyai pendekatan dan teori yang berbeza antara satu dengan yang lain. Mungkin ada yang memberi penekanan kajiannya kepada linguistiknya, sosiologinya atau psikologinya. Akan tetapi semuanya relatif, bermula daripada andaian yang sama bahawa sosiolinguistik mengkaji cara-cara atau bagaimana bahasa berinteraksi dengan masyarakat. Ia adalah kajian tentang bagaimana struktur bahasa berubah sebagai respons terhadap fungsi-fungsi sosial yang beraneka ragam, dan batasan yang lahir daripada fungsi-fungsi ini. Perlu juga dicatat bahawa konferens pertama dalam sosiolinguistik berlangsung di University of California di Los Angeles pada tahun 1964.

Salah satu hasil daripada konferens itu dirumuskan oleh Dittmar dalam tujuh dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik, iaitu seperti berikut:

(a) Identiti sosial penutur;

(b) Identiti sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi;

(c) Lingkungan sosial tempat peristiwa ujaran terjadi;

(d) Analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek-dialek sosial;

(e) Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk-bentuk perilaku ujaran;

Page 12: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

61

(f) Tingkatan neka atau ragam linguistik; dan

(g) Penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik.

Menurut Hymes (1962), sosiolinguistik merupakan bidang yang mengkaji bahasa dari segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan sesama sendiri. Bidang ini juga boleh dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial, iaitu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat. Lazimnya, bidang ini menumpukan kajian bahasa itu dan topik atau konteks pengujarannya, seperti bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, laras bahasa, Pidgin, Kreol, bilinguisme, multilinguisme, dialek, ideolik, ragam bahasa, sikap terhadap bahasa dan kesetiaan terhadap bahasa juga perancangan bahasa. Antara bidang yang dikaji dalam bidang sosiolinguistik ialah bahasa rasmi. Bahasa rasmi digunakan untuk pentadbiran dan urusan-urusan rasmi dalam sesebuah negara. Contohnya untuk kegunaan dalam sebaran am (media massa), surat rasmi seperti borang permohonan, dokumen peribadi seperti surat beranak, kad pengenalan, minit mesyuarat, urusan pos dan lain-lain. Bahasa rasmi boleh dipilih lebih daripada satu. Di Brunei, ada dua bahasa rasmi iaitu Inggeris dan Melayu. Di Singapura, ada empat bahasa rasmi iaitu Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil.

Selain itu, bidang linguistik mengkaji bahasa kebangsaan bagi sesebuah negara. Bahasa kebangsaan merupakan bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar utama dalam sesebuah negara. Ia digunakan di media massa, pusat pengajian tinggi, pemerintahan, parlimen, majlis konvokesyen, upacara rasmi kerajaan dan lain-lain. Bahasa kebangsaan menjadi kemegahan dan kebanggaan bagi sesebuah negara.

Seterusnya, laras bahasa juga merupakan bidang kajian dalam sosiolinguistik. Laras bahasa secara kasarnya dapat dikaitkan dengan penggunaan bahasa penyampaian yang bersesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa juga boleh diertikan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu ujaran atau wacana digunakan; contohnya laras bahasa doa, khutbah, upacara, sukan dan sebagainya. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Selain itu, laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa, contohnya penggunaan ayat aktif dan pasif, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza, di samping penggunaan kata-kata tertentu seperti kata-kata pinjaman dari bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Beberapa ahli bahasa membahagikan laras itu kepada beberapa bahagian. Halliday, dalam hal ini, membahagikan laras kepada tiga bahagian, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian dan gaya penyampaian.

Page 13: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

62

Bidang sosiolinguistik juga menumpukan kajian terhadap bahasa ppijin. Dalam linguistik, dikenal satu ragam bahasa yang disebut bahasa pijin dan ragam ini sudah sekian lama ada dalam sejarah pertumbuhan bahasa manusia. Dalam konteks masyarakat di Malaysia, masyarakat Cina Baba, misalnya, menuturkan satu ragam bahasa Melayu yang memperlihatkan percampuran unsur bahasa Melayu dengan bahasa Cina. Walau bagaimanapun, ragam bahasa masyarakat Baba ini masih dapat dianggap sebagai variasi bahasa Melayu. Dalam bidang sosiolinguistik terdapat istilah peralihan kod (code switiching), iaitu penggunaan unsur bahasa asing pada tempat-tempat tertentu, sama ada dalam bentuk kata, frasa dan bahkan ayat dalam suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang. Di dalam bahasa Melayu, peralihan kod memang kerap berlaku, bukan sahaja dalam perbualan, bahkan dalam mesyuarat, kuliah, ucapan dan beberapa wacana rasmi yang lain. Unsur bahasa asing yang lazimnya dicampuradukkandengan bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris. Ahli bahasa melihat bahasa yang bercampur-baur ini sebagai salah satu ragam bahasa basahan, iaitu bahasa yang digunakan untuk urusan yang tidak rasmi, seperti dalam perbualan, gurau senda dan sebagainya. Selain daripada bahasa pijin, bahasa kreol juga dikaji dalam bidang sosiolinguistik. Biasanya, bahasa kreol adalah percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi. Contohnya, Kreol Portugis dan Kreol Baba di Melaka.

Dialek juga merupakan salah satu aspek penting yang dikaji dalam bidang sosiolinguistik. Ia merupakan satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi bentuk-bentuk sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa baku.

Dialek boleh dibahagi kepada tiga pecahan seperti berikut:

(a) Dialek sosial;

(b) Dialek daerah; dan

(c) Dialek seketika.

Page 14: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

63

Penerangan tentang dialek boleh dilihat dalam Rajah 1.1. di bawah:

Rajah 1.1: Jenis-jenis Dialek

No Jenis Dialek Keterangan

1 Dialek sosial Dialek sosial juga dikenali sebagai sosiolek. Ia digunakan oleh kumpulan penutur mengikut kelas sosial.

2 Dialek daerah Manakala dialek daerah pula ialah dialek yang dituturkan dalam satu-satu kawasan geografi. Misalnya, dialek Kelantan dan dialek Perak.

3 Dialek seketika Dialek seketika pula dilihat dari sudut zaman. Penggunaan dialek mengikut perkembangan zaman adalah bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu zaman Melaka, bahasa Melayu zaman Johor Lama, bahasa Melayu zaman pramoden dan bahasa Melayu zaman moden.

Selain daripada itu, cabang yang menjadi kajian dalam bidang linguistik termasuk tentang bilingualisme dan multilingualisme. Kontak bahasa mudah terjadi dalam masyarakat terbuka. Kontak ini akan mewujudkan bilingualisme dan multilingualisme dengan pelbagai ragam khususnya seperti interferensi, integrasi, alih kod dan campur kod. Dalam konteks Malaysia, selain bahasa Melayu, terdapat pelbagai bahasa daerah yang digunakan untuk maksud tertentu. Orang yang menguasai satu bahasa dinamakan monolingual, unilingual atau mmonoglot. Bagi yang menguasai dua bahasa dinamakan bilingual, dan yang menguasai lebih daripada dua bahasa dinamakan multilingual, plurilingual atau poliglot.

Bidang kajian sosiolinguistik juga mengkaji aspek yang berkaitan dengan ragam bahasa. Secara umumnya, ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal yang akan diterangkan seterusnya.

Bilingual bermaksud penguasaan dua bahasa yang sama baik, penggunaan dua bahasa secara bergantian dan kemampuan seseorang menghasilkan pertuturan yang lengkap dan bermakna dalam bahasa yang bukan bahasa ibundanya.

Page 15: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

64

(a) Bahasa Formal Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, seperti

urusan surat-menyurat, semasa mengajar atau bertutur dengan orang yang kita tidak kenal mesra atau lebih tinggi status dan pangkatnya. Bahasa formal mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya. Ia digunakan dengan betul dan teratur. Bahasa formal merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal. Bahasa formal tidak sama dengan bahasa rasmi.

Bahasa rasmi menyatakan taraf sesuatu bahasa, manakala bahasa formal merujuk kepada keadaan penggunaan sesuatu bahasa. Oleh itu, bahasa formal lebih mementingkan penggunaan bahasa yang sesuai dengan konteks penggunaan bahasa itu, ganti nama yang berpadanan dan kata-kata aluan yang tersusun rapi. Bahasa formal biasanya memerlukan penggunaan nahu yang lengkap dan tidak melanggar hukum tatabahasa Melayu. Selain itu, bahasa formal juga memerlukan intonasi yang sempurna, bersesuaian dengan konteks. Secara ringkasnya, bahasa formal bersifat lebih rasmi dan teratur dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan.

(b) Bahasa Tidak Formal Bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi

tidak rasmi seperti dalam perbualan sehari-hari, khususnya dengan orang yang kita kenal mesra. Bahasa tidak formal ialah bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya. Bahasa tidak formal dapat dilihat melalui cirinya yang ketara, iaitu percampuran kod.

Kod dalam bahasa ialah unsur-unsur bahasa yang digunakan dalam perhubungan, umumnya perkataan atau sebarang unsur bahasa lain. Percampuran kod merupakan salah satu ciri yang paling menonjol dalam bahasa Melayu tidak formal. Percampuran kod berbeza dengan pertukaran kod. Pertukaran kod ialah penggunaan bahasa yang rapi dan terkawal. Cuma satu bahasa atau kod lain digunakan untuk memberikan suatu kesan tertentu.

Seterusnya, kajian terhadap sikap dan kesetiaan terhadap bahasa merupakan sebahagian daripada bidang kajian sosiolinguistik. Sesetengah orang berpandangan bahawa sikap merupakan persepsi mental yang terhasil sebagai respons kepada sesuatu rangsangan.

Page 16: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

65

Tiga komponen yang membina sikap ialah:

(a) Kognitif,

(b) Afektif; dan

(c) Perilaku.

Komponen kognitif berkait dengan pengetahuan tentang alam sekitar dan gagasan yang biasanya melibatkan proses berfikir. Komponen afektif menyangkut perasaan atau emosi yang mewarnai atau menjiwai pengetahuan atau gagasan yang terdapat dalam komponen kognitif. Komponen perilaku pula terbentuk melalui pengalaman dan merupakan jelmaan kepada komponen kognitif dan efektif. Komponen afektif menyangkut nilai rasa baik atau tidak baik, rasa gah atau tidak gah terhadap sesuatu. Jika seseorang mempunyai rasa baik atau gah terhadap sesuatu, ini bermakna dia mempunyai sikap yang positif terhadap perkara itu.

Dari segi bahasa, sikap terhadap bahasa, sama ada positif ataupun negatif ditandai oleh tiga ciri utama, iaitu kesetiaan bahasa, kebanggaan atau gah bahasa dan kesedaran akan adanya norma bahasa. Sekiranya ketiga-tiga ciri itu positif, sikap seseorang terhadap sesuatu bahasa itu dikatakan positif. Sikap positif terhadap sesuatu bahasa merupakan salah satu faktor penting dalam pelestarian sesuatu bahasa.

Ada beberapa sebab yang mempengaruhi kelestarian bahasa, antaranya ialah:

(a) Migrasi,

(b) Industrialisasi dan perubahan ekonomi,

(c) Bahasa penghantar dalam sistem pendidikan,

(d) Urbanisasi,

(e) Kehilangan prestij; dan

(f) Sikap bahasa.

Kesemua hal ini ada kaitan dengan konteks bahasa. Sejarah konteks bahasa yang agak lama boleh mencetuskan pelbagai keadaan kebahasaan dalam sesebuah komuniti bahasa. Antaranya termasuklah bahasa, pertukaran kod, kedwibahasaan, kewujudan bahasa pijin dan kreol, diglosia, anjakan bahasa dan akhirnya kepupusan bahasa.

Page 17: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

66

Setakat ini belum ada satu kajian yang komprehensif terhadap bahasa Melayu dalam kalangan orang Melayu, apa lagi dalam kalangan bukan Melayu. Sekarang, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang mengkaji tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam pentadbiran kerajaan dan juga tempat awam. Namun jika tahap penggunaan bahasa dapat dijadikan kayu ukur terhadap kesetiaan, rasa gah dan cinta masyarakat Malaysia terhadap kesetiaan, kajian ini nanti mungkin dapat menggambarkan sikap bahasa rakyat Malaysia dan keseriusan gejala yang menimpa, dan seterusnya mengemukakan cadangan atau strategi yang ampuh bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Salah satu bidang kajian sosiolinguistik yang paling penting adalah berkaitan dengan perancangan bahasa. PPerancangan bahasa adalah segala usaha dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara untuk menentukan supaya sistem komunikasi verbal, yakni yang menggunakan bahasa, berjalan dengan lancar dalam segala bidang kehidupan seluruh negara terutama sekali dalam bidang pendidikan, pentadbiran dan ekonomi, dan yang tidak kurang pentingnya dalam bidang penyatuan negara. Dalam negara yang mempunyai lebih dari satu bahasa, maka perancangan bahasa bermakna penentuan bahasa yang hendak dijadikan bahasa nasionalnya atau bahasa rasminya, dan kemudian diikuti oleh pembinaan bahasa itu.

Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa perancangan bahasa pada keseluruhannya terdiri daripada dua tahap utama, iaitu penentuan dan pembinaan. Bukan semua negara di dunia ini memerlukan kedua-dua tahap tersebut, tetapi sebahagian besar memerlukan tahap pembinaan disebabkan keadaan sosiolinguistiknya sendiri. Menurut Asmah Omar (1992), istilah perancangan bahasa dikaitkan dengan konsep „bimbingan‰, yakni dalam melaksanakan perancangan bahasa aspek bimbingan merupakan aspek yang pasti wujud. Sebagai alat komunikasi, alat berfikir dan alat perwujudan fikiran, maka bahasa dan juga unsur-unsurnya dapat dinilai (dievaluasi), diubah, diperbaiki, diganti dan disesuaikan dengan bahasa lain atau unsur-unsur lain. Sungguhpun bahasa tidak dapat dicipta sesuka hati, tetapi unsur-unsurnya yang dianggap tidak sesuai dapat dengan mudah diganti atau dicipta dari waktu ke waktu menurut keperluan masyarakat.

Perancangan bahasa ini seolah-olah merupakan sesuatu yang baru. Sebenarnya, usaha merancang bahasa itu sudah lama ada dan dijalankan di berbagai-bagai negara. Usaha ini nyata sekali di kalangan negara-negara yang berusaha membangun sesudah mencapai kemerdekaan dan kuasa-kuasa besar yang menjajahnya. Salah satu tindakan utama yang diambil oleh negara-negara yang baru merdeka itu adalah menentukan dan kemudiannya menegakkan bahasa yang dinamakan bahasa kebangsaan. Pada mulanya, bagi negara-negara yang seperti ini bahasa kebangsaan merupakan bahasa penyatuan, yakni bahasa yang

Page 18: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

67

menyatukan rakyat, yang berdiri sebagai lambang penyatuan negara. Sesudah itu, timbul pula usaha-usaha untuk menjadikan bahasa yang sama itu sebagai bahasa rasmi dan kemudiannya bahasa akademik. Contoh yang baik untuk negara-negara yang seperti itu adalah Indonesia dan Malaysia.

Dalam kalangan negara-negara yang maju, perancangan bahasa juga sudah lebih lama dimulai, dibuktikan oleh wujudnya bahasa yang utama yang sudah menjadi bahasa rasmi dan bahasa akademik. Seperti yang sudah disebutkan di atas tadi, bagi negara-negara yang seperti ini, perancangan bahasa merupakan pembinaan bahasa itu dari berbagai-bagai segi linguistik, misalnya dari segi pengistilahan, ejaan, tulisan dan sebagainya. Hal inilah yang menjadi kajian dalam bidang sosiolinguistik.

Sesungguhnya kita telah menyedari bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Dalam bidang sosiolinguistik kita dapati terdapat banyak aspek yang dikaji berkaitan dengan bahasa. Bidang sosiolinguistik ini dapat memberikan kita pengetahuan dari pelbagai aspek seperti masalah asimilasi bahasa-bahasa minoriti, perkembangan bilingualisme, perkembangan pembakuan bahasa dan perancangan bahasa negara-negara membangun. Kajian-kajian dalam bidang sosiolinguistik ini telah memperkembangkan lagi bahasa Melayu dan menjadikan bahasa ini sebagai satu bahasa yang dinamik.

Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Hal ini menyebabkan apa jua bahasa mampu menarik pelbagai golongan pemikir dan pengkaji. Bahasa merupakan simbol dalam kehidupan sosial manusia. Bahasa dikatakan sebagai simbol kerana bahasa menunjukkan identiti kelompok masyarakat secara sosiokultural.

1. Berdasarkan contoh, jelaskan secara terperinci konsepsosiolinguistik.

2. Berdasarkan contoh, senaraikan bidang-bidang kajiansosiolinguistik.

AKTIVITI 3.1

Page 19: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

68

Bahasa mempunyai peringkat-peringkat perbezaan disebabkan oleh dialek dan subdialek. Bahasa yang terdapat di pesisir Sumatera Utara (dahulu dikenali sebagai Sumatera Timur) berbeza dengan bahasa yang terdapat di daerah Melayu Riau. Walaupun banyak persamaan dari segi sejarah, namun perbezaan tempat, pengaruh lingkungan masing-masing atau faktor-faktor lain menyebabkan bahasa Melayu Riau dan bahasa Melayu Sumatera Timur mempunyai pebezaan. Dalam satu komuniti bahasa juga terdapat perbezaan-perbezaan kecil dalam cara menggunakan bahasa. Setiap individu mempunyai cara yang tertentu; jenis bahasa yang digunakan oleh seseorang dipanggil idioleknya (parolenya). Walau bagaimanapun, setiap penutur tidak lari daripada garis-garis kasar sifat bahasanya dan masih mengekalkan keseluruhan sifat bahasa tersebut.

Oleh itu, kajian sosiolinguistik merangkumi pelbagai masalah seperti bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan, hubungan faktor-faktor bahasa dengan situasi dan faktor sosial budaya serta fungsi-fungsi penggunaan bahasa dalam masyarakat. Apabila kajian ini diperluaskan, sosiolinguistik akan merangkumi juga ragam, gaya dan variasi bahasa.

Sosiolinguistik memberi tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa. Bagi sosiolinguistik, kegunaan bahasa yang utama adalah sebagai alat komunikasi. Dalam kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, pada masa yang sama kita sebenarnya juga menggunakannya untuk mewujud dan mengekalkan hubungan sosial dengan pihak yang diajak bercakap. Contohnya, sebahagian besar percakapan di antara dua orang rakan karib bertujuan untuk menyatakan perasaan kesetiakawanan di samping memupuk dan mempertingkatkan persahabatan antara mereka.

Tugas utama sosiolinguistik adalah memperlihatkan dengan jelas fenomena kelainan bahasa yang wujud dalam masyarakat yang mempunyai hubungan rapat dengan beberapa keadaan sosial. Penonjolan ini tentang hubung kait penggunaan bahasa dengan struktur sosial dalam masyarakat yang dihuni oleh seseorang itu, bukan sahaja mampu menjelaskan perubahan bahasa yang sifat diakronik, iaitu yang berlaku antara dua tempoh masa. Sesungguhnya, penggunaan bahasa dalam apa jua bentuk berlaku dalam konteks sosial tertentu. Justeru, pengajian dan pengkajian bahasa yang tidak memberi tumpuan

Bahasa ialah cara yang digunakan oleh manusia untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan hasrat melalui lambang-lambang yang dihasilkan secara sukarela.

Nik Safiah Karim (1992)

Page 20: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

69

langsung kepada konteks sosial yang dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk dianggap kurang lengkap.

Mari kita lihat perkara-perkara berikut untuk lebih memahami sosiolinguistik:

(a) Pandangan Ahli Sosiolinguistik terhadap Bahasa Menurut pandangan ahli sosiolinguistik, bentuk-bentuk bahasa yang

dihasilkan oleh para pengguna bahasa ditentukan oleh kehendak anggota-anggota masyarakat yang bertindak sebagai penerima, yakni mereka yang menjadi sasaran para pembicara. Mengikut mereka lagi, penggunaan bahasa bukan hanya dikawal dan ditentukan oleh atur rumus formal atau tatabahasa tetapi termasuk juga peraturan-peraturan bukan tatabahasa yang telah dipersetujui oleh masyarakat pengguna bahasa tersebut.

Dalam masyarakat atau budaya Melayu, misalnya terdapat fenomena bahasa budaya yang diungkapkan dalam bentuk kata-kata „budi bahasa‰. Manakala orang yang dikatakan „tidak tahu bahasa‰ bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa. Menurut konteks sosial, mereka ini tidak mengetahui adat berbahasa. Seorang pengguna bahasa dianggap berjaya apabila mereka dapat menggunakan atau menguasai dan mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan bukan tatabahasa. Terdapat dua jenis peraturan yang mengawal aspek-aspek penggunaan bahasa yang sering dilabel oleh ahli sosiolinguistik sebagai kekangan tatabahasa dan kekangan sosial.

(b) Bahasa Daerah Dalam bahasa Melayu Riau, terdapat bahasa daerah yang digunakan.

Bahasa daerah ini dikatakan berasal dari daerah eksistensi atau dikenal, hidup, dipergunakan dan dimiliki sebelumnya. Bahasa-bahasa daerah ini mencerminkan beberapa ciri tertentu yang khusus dari daerah-daerah yang terlibat dalam masyarakat tersebut. Di samping digunakan sebagai alat komunikasi, bahasa daerah ini juga berfungsi sebagai alat yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat.

Selain itu, bahasa daerah Riau ini digunakan dalam pelbagai bentuk upacara adat yang bertujuan untuk memperoleh keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan. Bahasa daerah ini juga melahirkan pola-pola yang merupakan kosa kata pola-pola dan nilai-nilai tradisional. Bahasa daerah merupakan milik masyarakat daerah yang mengungkapkan tata kehidupan masyarakat daerah tertentu. Misalnya, terdapat juga bahasa daerah ini dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, bahasa daerah ini berubah mengikut peredaran masa menyebabkan alam pemikiran dan pandangan hidup manusia mengalami perkembangan secara perlahan-lahan dalam masyarakat tersebut.

Page 21: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

70

(c) Bahasa dan Kebudayaan Dalam kajian sosiolinguistik, kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat

juga berkait rapat dengan bahasa yang digunakan oleh penutur. Ada pendapat yang menyatakan bahawa di dalam masyarakat, bahasa mempunyai organisasi fenomena perilaku, kebendaan, kepercayaan dan pengetahuan, serta sikap dan norma masyarakat. Pendapat ini sangat sesuai dengan kenyataan yang menyatakan bahawa bahasa merupakan satu communion, perhubungan di antara peribadi dan sosiobudaya. Sudah semestinya, setiap masyarakat atau kelompok di dunia mempunyai kebudayaan, adat resam dan cara hidup yang tersendiri serta berbeza di antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Kebudayaan dan cara hidup sesuatu masyarakat tersebut diamalkan dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Kita dapat lihat cara atau norma hidup masyarakat melalui kata ataupun bahasa setiap kelompok masyarakat tersebut.

Melalui bahasa juga, kita dapat digambarkan dengan sikap dalam sesuatu masyarakat tersebut. Sebagai contohnya, masyarakat penutur bahasa Inggeris memulai pidato dengan „ladies and gentlemen‰ manakala masyarakat Indonesia pula memulainya dengan kata-kata „bapak-bapak‰ atau „ibu-ibu‰. Dalam bahasa Indonesia, susunan kata-kata tidak mengikut aturan atau kebijaksanaan yang sama, misalnya hak dan kewajipan dalam negara. Susunan kata-kata „bapak-bapak‰ atau „ibu-ibu‰ mempunyai susunan terbalik, seperti dalam kata „ibu bapa‰. Namun begitu dalam kata „suami isteri‰ adalah betul dan bukan menjadi „isteri suami‰. Inilah yang dikatakan mempunyai susunan yang tidak teratur dan kurang bijaksana.

Perkataan-perkataan atau konsep yang didukung oleh kata tidak akan selamanya kekal dan abadi. Sesuatu perkataan akan hilang atau lenyap daripada perbendaharaan kata apabila kebudayaan dalam sesuatu masyarakat itu berubah dan berkembang mengikut peredaran zaman sehingga kata tersebut tidak dapat berfungsi lagi dalam kehidupan masyarakat itu. Misalnya dalam masyarakat Melayu, terdapat perkataan-perkataan lama yang telah mengalami perubahan konsep sesuai dengan perkembangan kebudayaan masyarakat Melayu pada masa kini.

Oleh itu, bahasa juga akan mengalami proses evolusi selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi pada masa kini sebagai ukuran kemajuan sesuatu bahasa tersebut. Bangsa yang maju dapat dilihat melalui pada bahasanya yang maju. Namun begitu, bangsa yang tidak menerima akan evolusi memperlihatkan gejala bahasa yang tidak maju.

Page 22: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

71

(d) Bahasa dan Variasi Setiap masyarakat dalam sesuatu kelompok mempunyai bahasa mereka

yang tertentu. Oleh itu, terdapat ribuan bahasa yang dijumpai di dunia. Namun begitu, dalam setiap bahasa terdapat pelbagai variasi. Lazimnya, pelbagai variasi bahasa dapat dikesan dalam konteks sosial dan budaya. Hudson (1980), mengatakan variasi ini biasanya disebut bahasa, dialek dan laras.

Dialek ialah variasi bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam masyarakat atau komuniti bahasa tersebut. Dialek bagi sesuatu bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu dialek daerah dan dialek sosial. Dialek daerah atau kawasan merupakan variasi sesuatu bahasa yang wujud akibat daripada perbezaan pengucapan dan penggunaan oleh sekumpulan penutur yang tertentu dan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran (faktor geografi dan politik). Manakala dialek sosial pula disebut sebagai laras bahasa. Seperti yang dinyatakan di atas variasi-variasi ini ditentukan oleh kedudukan geografi, susunan dalam masyarakat atau ditentukan oleh kelompok-kelompok penutur itu sendiri (Parera, 1991).

Linguistik ialah bahasa manusia iaitu sistem bunyi bermakna untuk digunakan sebagai alat komunikasi oleh kelompok manusia. Bahasa yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian seperti bahasa bunga, bahasa warna dan sebagainya tidak dipelajari oleh linguistik. Bahasa mempunyai variasi-variasi yang tertentu.

Variasi-variasi bahasa ini ditentukan oleh faktor-faktor berikut:

(a) Waktu,

(b) Tempat,

(c) Sosiobudaya,

(d) Situasi; dan

(e) Medium pengungkapan.

Perbezaan bahasa yang berlaku dari semasa ke semasa adalah disebabkan oleh faktor masa yang semakin berubah. Misalnya bahasa Melayu Srivijaya tidak sama dengan bahasa Melayu Abdullah Munsyi, bahasa Melayu Riau dan bahasa Indonesia, walaupun keseluruhan variasi itu satu bahasa (Kridalaksana, 1982).

Page 23: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

72

Variasi regional atau dialek geografi akan membezakan bahasa yang dipakai di satu tempat dengan satu tempat yang lain, walaupun variasi-variasi tersebut adalah bahasa yang sama. Misalnya, bahasa Melayu dialek Jakarta dan bahasa Melayu dialek Menado memperlihatkan ciri-ciri bahasa yang tersendiri, walaupun kedua-dua bahasa tersebut dianggap sebagai bahasa Melayu.

Manakala, variasi sosial-budaya pula membezakan bahasa yang dipakai dalam sesebuah kelompok sosial dengan kelompok sosial yang lain ataupun disebut sebagai dialek sosial. Ciri-ciri yang dipakai oleh sarjana, para pemuda, para petani dan lain-lain merupakan suatu dialek sosial.

Variasi situasi pula wujud apabila seseorang yang menuturkannya memilih ciri-ciri bahasa yang tertentu dalam situasi tertentu. Seterusnya, yang terakhir adalah faktor medium pengungkapan telah membezakan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Dapat dikatakan bahawa tidak ada satu bahasa pun yang mempunyai variasi-variasi batas yang tegas. Variasi-variasi bahasa ini saling bergantung antara satu dengan yang lain.

KAJIAN STRUKTUR SOSIOLINGUISTIK

Menurut Wolfram dan Fasold ( 1974), jenis kajian yang termasuk dalam kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama iaitu interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosialnya dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial. Eastman (1975) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. Menurut beliau menerusi kajian sebegini, sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. Contohnya, hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna, kajian terhadap repertoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial, kajian kepelbagaian bahasa dan kedwibahasaan komuniti bahasa dan kajian yang sekategori.

Selain itu, menurut Nik Safiah Karim (1988), kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Tercakup dalam hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa, dialek dan idiolek, kedwibahasaan, profil sosiolinguistik, etnografi bahasa, sikap terhadap bahasa dan perancangan bahasa. Nababan (1993) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan.

3.3

Page 24: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

73

Downes (1998) pula melihatkan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan kepada faktor sosial termasuk faktor konteks sewaktu mengkaji ciri-ciri bahasa. Menurut beliau lagi, kajian yang dilakukan mempunyai dua jenis iaitu yang pertama kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas yang bermaksud kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahan dalam skala yang besar. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti kelas, jantina, geografi dan sebagainya dalam konteks sejarah. Kajian yang kedua pula ialah huraian sosial bahasa boleh yang dilakukan menerusi situasi pertuturan berskala kecil. Huraian sosial sebegini juga disebut pragmatik, analisis perbualan, etnografi komunikasi, analisis wacana, semiotik sosial atau linguistik kritis.

Pandangan yang pelbagai yang diberikan oleh pengkaji sosiolinguistik memperlihatkan dengan jelas bahawa sosiolinguistik ditakrifkan secara bebas, asalkan sahaja kajian tersebut membabitkan hubungan bahasa dengan masyarakat. Terdapat juga pengkaji yang menganggap bahawa bidang cakupan sosiolinguistik tidak seharusnya bertumpu kepada sosiolinguistik bebas sahaja tetapi mestilah bersifat gabungan. Kajian bukan sahaja dilakukan menerusi disiplin sosiolinguistik atau sosiologi sahaja, tetapi juga boleh menggunakan pendekatan gabungan sosiolinguistik dengan disiplin ilmu yang lain. Oleh itu, pertimbangan sosiolinguistik dengan sendirinya merujuk kepada pertimbangan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa adanya perbezaan dalam penggunaan bahasa oleh ahli-ahli masyarakat berdasarkan faktor-faktor tertentu. Berpegang kepada prinsip-prinsip sosiolinguistik, kita mesti mendedahkan pelajar kepada pelbagai variasi sosiolinguistik yang ada dalam masyarakat bahasa tertentu itu.

Bidang sosiolinguistik telah mencapai taraf kematangan yang agak tinggi kerana ia meliputi taraf penyelidikan dan pengolahan yang semakin halus dengan penerapan kajian sains sosial. Metodologi kajian ini lebih sistematik dan kuantitatif serta lebih bergantung kepada aneka bidang ilmiah yang meliputi disiplin-disiplin yang berkaitan seperti sosiologi, pendidikan dan psikologi. Penyelidikan pertama yang bersifat empiris dijalankan oleh Labov pada tahun 1961-1962. Kajian ini bertujuan melihat korelasi pola-pola sosial dengan penyebaran pola angkubah linguistik bagi masyarakat yang dikaji. Hasil kajiannya menunjukkan wujudnya perbezaan-perbezaan yang sistematik di antara pengguna dan penggunaan bahasa linguistik tersebut.

Seterusnya, pada tahun 1966, Labov telah menjalankan kajian yang agak terperinci tentang pertuturan dan sikap terhadap pertuturan di bahagian timur bandar New York. Kajian ini telah memberikan beberapa sumbangan yang besar kepada latihan dan teori linguistik. Labov menerapkan metodologi kuantitatif

Page 25: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

74

dalam kajiannya untuk melihat kaitan di antara penggunaan angkubah linguistik dengan angkubah sosial seperti kelas sosial dan gaya pertuturan. Pada tahun 1974 pula, Trudgill melakukan penyelidikan terhadap bentuk-bentuk pertuturan bahasa Inggeris di bandar Norwich, England dengan menggunakan teknik sosiolinguistik yang bersifat kuantitatif. Kajiannya juga menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung menggunakan bahasa standard kerana mereka lebih menitikberatkan soal status sosial dalam sesuatu masyarakat. Kajian Trudgill menunjukkan bahawa pengaruh gaya pertuturan berbeza menurut angkubah linguistik yang diselidiki dan taraf sosioekonomi seseorang penutur serta perbezaan gaya yang tertentu.

Crane pula melakukan kajian sosiolinguistik pada tahun 1971 hingga 1972 untuk melihat perhubungan di antara penyebutan /ai/ dengan kelas sosial dan umur di kalangan penutur kulit putih. Kajiannya menunjukkan bahawa penyebutan /ai/ tertentu mempunyai pertalian dengan kelas sosial yang tertentu dan juga dengan kumpulan umur. Tetapi munculnya sesuatu penyebutan tertentu secara persendirian dalam pertuturan seseorang individu tidak memadai untuk menentukan kelas sosial seseorang.

Setiap bidang ilmu mempunyai faedah atau kegunaan kepada kehidupan manusia. Begitu juga dengan sosiolinguistik. Kegunaan sosiolinguistik bagi kehidupan praktis sangat banyak disebabkan bahasa sebagai alat komunikasi „verbal ‰ manusia. Sosiolinguistik menjelaskan bagaimana menggunakan bahasa itu dalam aspek atau segi sosial tertentu seperti yang dirumuskan oleh Fishman (1967) bahawa yang dipersoalkan dalam sosiolinguistik adalah, „who speak, what language, to whom, when and to what end‰. Merujuk pada rumusan Fishman itu, dapat kita manfaatkan atau gunakan sosiolinguistik bagi kehidupan yang lebih praktikal.

Seterusnya, sosiolinguistik boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi dan berinteraksi. Sosiolinguistik akan memberikan pedoman kepada kita dalam berkomunikasi dengan menunjukkan bahasa, ragam bahasa atau gaya bahasa apa yang harus kita gunakan semasa berbicara dengan orang tertentu. Contohnya, jika kita adalah anak dalam suatu keluarga, kita harus menggunakan ragam bahasa yang berbeza jika bercakap dengan ayah, ibu, kakak atau adik. Sosiolinguistik juga akan menunjukkan bagaimana kita harus berbicara bila kita berada dalam masjid, ruang perpustakaan atau di pasar.

Dengan memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa, khususnya dari segi kelainan bahasa iaitu penggunaan pelbagai bentuk bahasa bagi menyatakan atau mengungkapkan perkara yang sama oleh ahli-ahli sesuatu masyarakat itu, sasaran utama sosiolinguistik adalah menganjurkan suatu teori bahasa yang dapat menjelaskan cara bahasa digunakan dalam sesebuah masyarakat itu serta pemilihan bentuk-bentuk bahasa tertentu oleh ahli-ahlinya semasa mereka

Page 26: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

75

menggunakan bahasa berkenaan. Dengan perkataan lain, tugas utama sosiolinguistik adalah untuk meneliti cara berbeza-beza yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat itu untuk menyatakan perkara yang sama.

Dalam meneliti kelainan bahasa ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu:

(a) Gaya bahasa atau linguistik tentang cara bentuk-bentuk bahasa yang berbeza-beza yang boleh terdiri daripada bunyi, struktur perkataan, kosa kata dan ayat yang digunakan;

(b) Konteks sosial iaitu faktor dan dimensi sosial yang mempengaruhi pemilihan atau penggunaan bentuk-bentuk bahasa tertentu.

Seterusnya, sebagai objek dalam sosiolinguistik, bahasa tidak dilihat atau didekati sebagai bahasa sebagaimana yang dilakukan oleh linguistik umum, melainkan dilihat sebagai interaksi atau komunikasi di dalam masyarakat manusia. Setiap kegiatan kemasyarakatan manusia, mulai daripada upacara pemberian nama pada bayi yang baru lahir sehinggalah kepada upacara pengebumian jenazah, tentu tidak akan terlepas dari penggunaan bahasa. Oleh sebab itu, walau apa pun rumusan yang diberikan tentang sosiolinguistik, persoalan tentang hubungan bahasa dan aspek-aspek kemasyarakatan tidak akan terlepas.

Ahli sosiolinguistik menganggap bentuk-bentuk bahasa yang dihasilkan oleh para pengguna bahasa ditentukan juga oleh kehendak anggota masyarakat yang bertindak sebagai penerima iaitu mereka yang menjadi sasaran para pembicara. Dengan perkataan lain, penggunaan bahasa tidaklah hanya dikawal dan ditentukan oleh atur rumus formal atau tatabahasa tetapi juga oleh peraturan bukan tatabahasa yang telah dipersetujui bersama oleh masyarakat pengguna tersebut. Apabila peraturan tatabahasa dan bukan tatabahasa dapat dikuasai dan dipatuhi, barulah seseorang pengguna bahasa itu dapat dianggap sebagai seorang pengguna yang berjaya.

Dua jenis peraturan yang mengawal aspek-aspek penggunaan bahasa ini sering dilabel oleh ahli sosiolinguistik sebagai kekangan tatabahasa dan kekangan sosial. Gumperz (1974) iaitu seorang ahli sosiolinguistik berpengaruh mengatakan:

„Akhirnya, individulah yang membuat keputusan, tetapi kebebasannya untuk memilih akan sentiasa terikat kepada kekangan tatabahasa dan sosial. Kekangan tatabahasa menentukan kejelasan ayat-ayat yang dihasilkan, manakala kekangan sosial menentukan kebolehterimaan ayat-ayat tersebut‰.

Page 27: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

76

Bagi ahli sosiolinguistik, aspek-aspek sosial dan penggunaan bahasa seperti unsur-unsur budaya dan agama, larangan tertentu dalam penggunaan bahasa, ukuran darjat pendengar-pendengar dan aspek-aspek sosial lain yang berkaitan dengan penggunaan bahasa akan turut mengawal proses penggunaan bahasa. Aspek-aspek sosial ini sama pentingnya dengan tatabahasa dalam mengawal bentuk-bentuk bahasa yang dihasilkan. Gumperz dan Hymes (1972) mengatakan:

Merujuk pada kenyataan yang telah dikemukakan ini, dapat disimpulkan bahawa bagi ahli sosiologi bahasa atau sosiolinguistik, peraturan-peraturan dan tatasusila berbahasa telah ditentukan oleh anggota sesuatu masyarakat harus dipatuhi oleh para pengguna bahasa. Keingkaran terhadap ketetapan atau kekangan ini akan menimbulkan reaksi penolakan dan cemuhan atau boleh menimbulkan masalah. Dengan demikian, bagi ahli sosiolinguistik, untuk berbahasa dengan baik penggunaan bahasa perlu memiliki pengetahuan tertentu iaitu pengetahuan tentang kekangan bahasa dan juga tentang kekangan sosial.

Kesimpulannya, sosiolinguistik merupakan bidang yang mengkaji pelbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan sebagainya. Sosiolinguistik juga adalah bidang yang menganggap masyarakat kita terbina daripada beberapa pola dan tingkah laku yang amat berkait antara satu dengan yang lain. Sesetengah daripada pola dan tingkah laku ini bersifat kebahasaan. Ringkasnya, sosiolinguistik ialah bidang yang cuba menyelesaikan masalah seperti hal-hal yang melibatkan kedwibahasaan, perancangan bahasa dan fungsi bahasa dalam masyarakat.

„Ahli bahasa dan ahli sains sosial daripada pelbagai golongan telah lama mengutarakan pandangan tentang kepentingan martabat, kesopanan, cara penyampaian, nilai-nilai agama dan budaya dan aspek bahasa yang lain serupa. Telah ditekankan bahawa fungsi-fungsi yang tak berujukan ini boleh menjadi faktor penentu dalam tingkah laku berbahasa dan perubahan bahasa‰.

Page 28: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

77

PENGGUNAAN BAHASA MENGIKUT KONTEKS SOSIAL DAN BUDAYA

Sejarah membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca (bahasa perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang pendatang seperti pedagang-pedagang dan pengembara-pengembara dari Eropah, Asia Tengah, Cina dan India. Kira-kira tiga abad sebelum Masehi juga, orang-orang Yunani sudah mula memperkenalkan bahasa. Perkara yang dibahaskan ialah tugas bahasa, sifat bahasa dan corak sesuatu bahasa. Dalam pelajaran bahasa terdapat banyak bahagian. Satu bahagian dinamakan logik, ada pula bahagian bahasa yang disebut semantik, ada juga yang disebut linguistik (Rajantheran 1992).

Aristotle pernah mengatakan bahawa salah satu yang membezakan sifat manusia dengan binatang ialah kecekapan berbahasa, dan kecekapan berbahasa ini disebabkan oleh tubuh rohani manusia sendiri. Hal ini bermaksud, kewujudan bahasa dalam kehidupan manusia sangat penting agar manusia dapat berinteraksi sesama manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya keperluan manusia ini disekat, ini akan mendatangkan kemudaratan kepada jiwa dan rohani manusia. Sebagai contoh, seseorang yang diasingkan daripada masyarakat dan tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang lain akan memberikan tekanan yang besar kepadanya kerana tidak berkesempatan untuk berbahasa ataupun berbicara dengan orang lain. Dengan adanya teman untuk bercakap, rohani seseorang akan menjadi lebih sihat walaupun perkara yang dibicarakan tidak penting.

Keupayaan berbahasa seseorang individu akan dapat menghubungkannya dengan individu lain. Hal ini juga akan membolehkan seseorang bertukar-tukar fikiran dan dapat meluahkan perkara yang dihajati kepada teman yang lain. Kepentingan ini menjadikan manusia lebih proaktif kerana adanya idea-idea yang tidak hanya datang daripada diri sendiri sebaliknya idea-idea yang datang daripada individu lain yang lebih mempunyai kepakaran dalam sesuatu perkara. Perkembangan bahasa yang berlaku juga membolehkan masyarakat dunia berinteraksi dengan lingua franca yang difahami oleh seluruh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris menjadi bukti bahasa lingua franca yang dapat diterima pakai oleh seluruh masyarakat dunia. Dengan itu, mari kita kaji tajuk-tajuk yang seterusnya.

3.4

Page 29: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

78

3.4.1 Pengaruh Bahasa dalam Pembinaan Tamadun

Pada amnya, proses evolusi bahasa Melayu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat bahasanya melalui peperangan, perkahwinan, perdagangan, pentadbiran, persuratan, keilmuan dan kebudayaan. Sejarah juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu berkembang daripada status bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno dan seterusnya ke bahasa Melayu Moden setelah melalui beberapa penyerapan dan penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina, Belanda, Portugis dan Inggeris.

Sejarah perkembangan bahasa Melayu yang berlaku secara berperingkat-peringkat ini menunjukkan bahawa pengguna bahasa itu sendiri menyedari bahawa bahasa sesuatu bangsa itu tidak seharusnya berada pada takuk yang lama selama-lamanya. Namun begitu, bahasa perlu direvolusikan agar bahasa berkembang selaras dengan kemajuan semasa. Peningkatan martabat bahasa juga menunjukkan ketinggian martabat bangsa yang menuturkan sesuatu bahasa, sebagai contoh, bahasa Melayu sendiri mengalami perubahan daripada segi ejaan. Hal ini dapat dilihat dengan perubahan ejaan rumi lama kepada ejaan rumi baru.

Gambaran ringkas tentang kegiatan kesusasteraan awal di alam Melayu menjadi latar belakang bagi memperlihatkan hubungan antara unsur mitos dengan legenda Sejarah Melayu. Sebagai contoh, sejak awal kemunculan tamadun India, perkataan Tamil mendapat tempat dalam perbendaharaan kata bahasa Yunani, Latin, serta Inggeris. Perkara ini berlaku disebabkan hubungan perdagangan yang berlaku. Contoh, oruza adalah perkataan Yunani yang bermaksud beras. Perkataan ini diterbitkan daripada bahasa Tamil iaitu arici. Karpion pula bererti kayu manis yang juga terbit daripada perkataan Tamil karuval. Perkataan Latin zingeber ataupun zinggiberis bererti tali yang diterbitkan daripada perkataan Tamil i�jiver (Sejarah Melayu).

Penyerapan bahasa Tamil ke dalam bahasa Yunani, Latin dan Inggeris menunjukkan bahasa bersifat fleksibel. Sesuatu urusan pertukaran barang ataupun perdagangan yang rancak berlaku semasa pembinaan tamadun tidak mungkin dapat dilakukan sekiranya bahasa yang digunakan tidak difahami. Sifat penerimaan sesuatu bahasa ke dalam bahasa yang lain juga menjadikan sesuatu bahasa menjadi lebih cepat berkembang. Sebagai contoh, bahasa Tamil akan lebih cepat berkembang setelah penutur-penutur barunya terdiri daripada bangsa Yunani, Latin dan Inggeris. Tidak cukup dengan itu, bahasa Tamil ini juga telah menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu. Antara bahasa Tamil yang menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu termasuk perkataan kedai daripada

Page 30: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

79

katai, kari daripada kari, manikam daripada mãnikkam, mutiara daripada muttãram ataupun mutiãra, pekan daripada pãkkam, talam daripada tãmpãlam, gedung daripada kitangu dan sebagainya.

Pengaruh bahasa yang dinyatakan mampu mempengaruhi kehidupan sosial masyarakat serta kebudayaan penutur yang menuturkannya. Sebagai contoh, sifat-sifat keindiaan nyata banyak mempengaruhi sekitar kehidupan dan budaya alam Melayu yang disebarkan secara langsung ataupun tidak melalui aktiviti perdagangan dan juga amalan imigran India itu sendiri. Kesan pertembungan dua kebudayaan besar ini juga menyebabkan kebudayaan India telah diterima dan dapat dilihat melalui karya-karya klasik sastera Melayu yang memberi gambaran kultus devarãja dipaparkan dalam sejarah Melayu berdasarkan persamaan unsur mitos dan legenda.

3.4.2 Perkembangan Bahasa

Menurut hukum pemakaian bahasa, memiliki kesedaran dan mempunyai pandangan sendiri tentang sesuatu hal adalah perkara utama untuk menggambarkan apa yang kita maksudkan (Dewan Bahasa, 1981). Hal ini bermaksud sesuatu bahasa itu tidak mungkin berkembang sekiranya masyarakat tidak mempunyai keinginan untuk mendalami atau mempelajari bahasa. Untuk menambahkan kosa kata dalam percakapan, individu itu sendiri perlu untuk mengambil peranan masing-masing dalam perkembangan sesuatu bahasa. Hal ini jelas menunjukkan ilmu pengetahuan dan kesedaran itu sangat penting dalam mempengaruhi sesuatu perkembangan bahasa yang dipakai.

Selain itu, perkembangan bahasa juga adalah dipengaruhi oleh penutur yang menuturkan sesuatu bahasa. Jika dilihat sejarah masyarakat Melayu sendiri, terdapat beberapa bahasa yang tidak berkembang dalam penggunaannya malah bahasa yang semakin jarang dituturkan akan lenyap begitu sahaja. Tetapi ada juga beberapa bahasa yang mengalami perkembangan yang cepat. Bahasa yang mengalami perkembangan yang cepat ini biasanya digunakan oleh golongan-golongan yang berkuasa dan terhormat. Pengaruh kedudukan ini sangat penting kerana bahasa yang dituturkan oleh golongan ini akan menjadi ikutan kerana status bahasa yang digunakan akan dipersetujui oleh masyarakat dan budaya sesuatu tempat.

Dalam konteks negara hari ini, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita. Maka, golongan pemimpin dan golongan atasan adalah mereka yang perlu memartabatkan bahasa dengan menuturkannya secara profesional. Profesional di sini bermaksud penggunaan bahasa perlu mematuhi peraturan serta tatabahasa yang betul. Penggunaan bahasa oleh golongan ini biasanya akan

Page 31: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

80

menjadi ikutan masyarakat yang berada di bawah pemerintahannya dan sedikit sebanyak perkembangan bahasa Melayu akan berlaku. Walaubagaimanapun, sekiranya pertuturan golongan ini tidak mementingkan bahasa Melayu yang baku, hal ini juga akan mempengaruhi penggunaan bahasa masyarakat. Kemunduran bahasa dan perkembangan bahasa akan terbantut sekiranya golongan atasan sendiri tidak menuturkan bahasa Melayu dengan betul.

Kemajuan sesebuah masyarakat juga amat penting dalam usaha untuk memperkembangkan bahasa yang dituturkan. Sebagai contoh, kehidupan masyarakat Melayu hari ini adalah lebih maju jika hendak dibandingkan dengan masyarakat pada zaman dahulu. Dunia hari ini boleh disifatkan sebagai dunia di hujung jari. Segala maklumat dapat diakses dengan adanya jaringan internet dan kemudahan telekomunikasi yang begitu canggih. Selaras dengan kemajuan ini, perkataan-perkataan yang terdapat dalam kotak fikiran masyarakat Malaysia juga semakin meningkat dari hari ke hari. Secara tidak langsung, perkembangan bahasa akan berlaku. Walau bagaimanapun, hal ini masih dapat dibezakan dengan status sosial sesuatu masyarakat. Bagi masyarakat bandar yang sememangnya terdedah dengan arus kemodenan terkini, proses perkembangan bahasa akan berlaku dengan cepat. Jika dibandingkan dengan masyarakat yang berada di kawasan pedalaman pula, kemungkinan untuk proses perkembangan bahasa-bahasa yang baru adalah lebih lambat.

Menurut S. Osman Kelantan (1992), hampir semua kegiatan orang Melayu sebelum tahun 1941 adalah bersifat kedaerahan atau kenegerian. Hal ini sesuai dengan keadaan Tanah Melayu pada ketika itu yang mempunyai pentadbiran yang tidak disatukan dan juga dasar kerajaan Inggeris yang tidak menggalakkan kemunculan persatuan-persatuan yang bersifat kebangsaan.

Beberapa persatuan yang ditubuhkan bermula sekitar tahun 1930-an wujud berteraskan bahasa. Persatuan ini adalah seperti PASPAM, PBMPBDJ, ATAS, ASMUPATI dan sebagainya. Salah satu tujuan persatuan-persatuan ini adalah untuk memperkembangkan bahasa Melayu agar tidak luput ditelan zaman. Mereka banyak menyumbang tenaga dalam usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Sehingga kini, banyak usaha yang dijalankan bertujuan untuk memperkembangkan bahasa seperti syarikat Karangkraf yang menggalakkan masyarakat menyalurkan hasil karya untuk diketengahkan menjadi tatapan umum. Usaha ini jelas dapat memupuk sifat kreatif dalam kalangan masyarakat. Sisipan akhbar Berita Harian juga banyak memberi peluang yang sama untuk memupuk kesedaran berbahasa dalam kalangan masyarakat.

Page 32: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

81

3.4.3 Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Selain itu, kemunculan Internet juga meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini.

Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluaran perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada bahasa Melayu mampu digunakan dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya atau sejauh mana penggiat-penggiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu.

Umumnya, masyarakat Melayu perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Tidak dapat dinafikan bahasa Melayu masih lagi „muda‰ dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang dicapai oleh bahasa Inggeris. Perkembangan globalisasi dan liberalisasi perlu dilihat sebagai satu peluang masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal disanjung oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan memanipulasikan ICT sepenuhnya.

Page 33: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

82

Kesimpulannya, masyarakat Melayu tidak boleh mempertahankan bahasa Melayu hanya dengan menguasai bahasa itu. Di samping strategi yang teratur, masyarakat Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara menyebarkan maklumat dalam era ICT. Setiap sudut dan ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas. Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran dunia. Hal ini merupakan tugas berat bagi penggiat bahasa dan masyarakat Melayu khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis meningkatkan nilai bahasa Melayu di persada dunia.

Justeru, untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu harus berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru dengan menterjemah istilah-istilah baru yang asing. Sebagai contoh, istilah-istilah baru seperti tetikus, perisian, perkakasan, siber, laman, jaringan dan Internet telah berjaya diterbitkan dan diguna pakai. Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa Melayu seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam memelayukan istilah-istilah asing.

� Pengkajian bidang ilmu linguistik tidak lengkap jika bidang sosiolinguistik

tidak diberi penekanan sewajar oleh pengkaji bahasa.

� Sosiolinguistik merupakan kajian yang berkaitan bidang bahasa dan kaitannya dari sudut kegunaannya dalam masyarakat.

� Dengan pemahaman sosiolinguistik, pengguna bahasa dapat menggunakan bahasa dengan tepat mengikut keperluan masyarakat yang diwakili oleh mereka.

Sosiolinguistik boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi danberinteraksi. Setujukah anda bahawa bidang kajian sosiolinguistikberperanan dalam komunikasi dan interaksi? Pandangan yang andakemukakan, boleh disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai bagimembuktikan hujah-hujah anda.

SEMAK KENDIRI 3.2

Page 34: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK �

83

� Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik.

� Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio; singkatan daripada sosiologi � disiplin yang meneliti masyarakat; dan linguistik � disiplin yang meneliti bahasa.

� Antara aspek kajian sosiolinguistik ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa dan perancangan bahasa.

� Sosiolinguistik juga didefinisikan sebagai ilmu yang mempelajari ciri dan pelbagai variasi bahasa serta hubungan antara bahasawan dengan ciri fungsi variasi bahasa itu dalam suatu masyarakat bahasa.

� Sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik bersifat interdisipliner dengan ilmu sosiologi dengan objek penelitian hubungan antara bahasa dengan faktor-faktor sosial dalam suatu masyarakat tutur.

� Sosiolinguistik merupakan bidang yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan sesama sendiri.

� Dalam bidang sosiolinguistik terdapat istilah peralihan kod (code switiching), iaitu penggunaan unsur bahasa asing pada tempat-tempat tertentu, sama ada dalam bentuk kata, frasa dan bahkan ayat dalam suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang.

� Dialek boleh dibahagi kepada tiga pecahan iaitu dialek sosial (social dialect), dialek daerah (regional dialect) dan dialek seketika (temporal dialect).

� Perancangan bahasa ialah segala usaha dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara untuk menentukan supaya sistem komunikasi verbalnya, berjalan dengan lancar dalam segala bidang kehidupan seluruh negara terutama dalam pendidikan, pentadbiran dan ekonomi, dan penyatuan negara.

� Sosiolinguistik merupakan bidang yang mengkaji pelbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa dan dialek.

Page 35: Topik 3 Pengenalan Sosiolinguistik

� TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK

84

Aksen

Antropologi

Bahasa kreol

Bahasa pijin

Code Switching

Deskripsi

Diglosia

Ethnomethodologis

Etnografi Pertuturan

Falsafah

Indikator Linguistik

Kegramatisan

Korelasi

Standardisasi

Abdul Chaer, & Leonie Agustina. (1995). Sosiolinguistik suatu pengantar.

Jakarta: Rineka Cipta.

Asmah Haji Omar. (1992). Kajian dan perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fishman, J. A. (1991). Sosiologi bahasa: Satu pendekatan sains kemasyarakatan antara disiplin terhadap bahasa dalam masyarakat. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Teori bahasa: Implikasi terhadap pengajaran tatabahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noriah Mohamad. (2003). Beberapa topik asas sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Wong Khek Seng. (1987). Persilihan bahasa di Kampung Kerinchi. Bangi: Universiti Kebangsaan.

Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa: Konsep, fungsi dan penguasaannya oleh penutur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj Sabran. (1989). Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia, untuk pelatih Maktab Perguruan. Selangor: Fajar Bakti.

Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.