topik 3 lontar peluru

Upload: hadi-newrole

Post on 03-Jun-2018

1.273 views

Category:

Documents


34 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    1/24

    PENGENALAN

    Acara lontar peluru memerlukan kekuatan otot dan kemahiran atlet untukmelontar peluru dari satu bulatan kecil. Lontaran ini hanya boleh dilakukandengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Acara lontar peluru diperkenalkankepada murid sekolah rendah dengan berat peluru yang kurang berbandingdengan pelajar sekolah menengah. Acara lontar peluru adalah satu acara olahragaacara padang yang melibatkan lontaran melalui pergerakan menolak satu bolalogam besi berat sejauh yang boleh. Acara lontar peluru terus menjadi salah satuacara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Tekniklontaran diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjaminkelicinan dan peningkatan dalam lontarannya.

    TTooppiikk

    33 Lontar Peluru

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menerangkan pelakuan acara lontar peluru;

    2. Membezakan pelbagai gaya yang terdapat dalam teknik lontarpeluru;

    3. Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam lontar peluru;

    4. Mengaplikasikan semua teknik yang telah dibincangkan denganberkesan;

    5. Membincangkan kesalahan-kesalahan dan langkah-langkah

    keselamatan dalam acara lontar peluru; dan

    6. Menerangkan undang-undang dan peralatan yang diperlukandalam acara lontar peluru.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    2/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU 55

    SEJARAH ACARA LONTAR PELURU

    Lontar peluru merupakan acara lontar paling mudah dilakukan berbanding

    dengan tiga acara lontaran yang lain. Sebilangan besar daripada peserta danpemenang acara ini terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, beratdan kuat. Namun demikian, ciri-ciri tersebut bukanlah penentu utama kejayaanmereka dalam acara ini. Pelontar peluru perlu mengenal pasti dan mengaplikasiteknik serta gaya lontaran yang baik melalui latihan sistematik di bawahpengawasan jurulatih yang khusus untuk acara ini. Acara ini menggunakankekuatan sebelah tangan sahaja. Badan yang sasa dan tegap dan kekuatan ototakan memberikan kestabilan kepada atlet dalam gerakan melontar. Kepantasanpergerakan juga merupakan satu faktor lain bagi seseorang atlet.

    Asal usul acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jikadibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikutsejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abadke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yangmencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yangmereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru ini tidak dapatditerima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara tersebut.

    Setelah diperkenalkan di Amerika, acara ini telah mendapat sambutan dibeberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil

    berat tentang kegiatan sukan, akhirnya mereka mempertandingkan acara inikerana ia didapati menarik. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontarpeluru. Pada ketika itu, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun atau7.25kg. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telahdicipta. Pada awalnya, kawasan lontaran berbentuk segi empat sama denganukuran 7 kaki x 7 kaki.

    Acara ini telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek dan ini telahditerima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896, 1900 dan1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang

    berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontarandiletakkan papan seakan-akan penanda yang terdapat pada kawasan lontaranseperti yang diguna pakai sekarang.

    Pemegang rekod dunia bagi acara lontar peluru lelaki dipegang oleh RandyBarner dari Amerika Syarikat dengan jarak lontaran sejauh 23.12 meter dilakukandi Los Angeles pada tahun 1990, manakala Ulf Timmermann dari Jerman Timurmerupakan pemegang rekod Sukan Olimpik dalam jarak 22.47 meter yangdilakukan pada Sukan Olimpik Seoul, 1988.

    3.1

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    3/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU56

    Pemegang rekod dunia bagi acara lontar peluru wanita dipegang oleh NatalyaLisovskaya dari Russia dengan jarak lontaran sejauh 22.63 meter dilakukan diMoscow pada tahun 1987, manakala Ilona Slupianek dari Jerman Timur

    merupakan pemegang rekod Sukan Olimpik dalam jarak 22.41 meter yangdilakukan pada Sukan Olimpik Moscow, 1980.

    Rajah 3.1:Adi Aliffudin Hussin pemegang rekod kebangsaan

    Adi Aliffudin Hussin (lihat Rajah 3.1) memecahkan rekod kebangsaan dalamacara lontar peluru serta memahatkan namanya dalam lipatan sejarah selaku atletpertama melepasi tembok 17 meter apabila melakarkan jarak 17.31 meter padakejohanan SUKMA ke-13 di Melaka pada tahun 2010.

    Dalam acara lontar peluru ini, gabungan antara kekuatan dan kemahiran yangbaik dalam acara ini sangat penting. Lontaran yang dilakukan hanyamenggunakan sebelah tangan sahaja serta disokong oleh penggunaan teknik yang

    betul dan berkesan.

    PRINSIP ASAS LONTAR PELURU

    Semasa mengendalikan pengajaran lontar peluru, adalah pentingmengaplikasikan prinsip ansur maju supaya pelajar didedahkan kepada teknikmemegang peluru terlebih dahulu. Cara ini akan membolehkan pelajar merasayakin serta dapat melakukan latihan dengan berkesan.

    Walau apa pun cara atau gaya lontaran yang diamalkan, teknik asas memegangpeluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu memegangpeluru dengan:

    (a) Tiga jari; dan

    (b) Lima jari.

    3.2

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    4/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU 57

    Rajah 3.2:

    Teknik memegang peluru dengan tiga jari.

    Teknik ini memerlukan pelajar memegang peluru yang disokong di pangkalketiga-tiga jari tengah dan direnggangkan sedikit mengikut keselesaan dan jugaibu jari. Kedudukan jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru (lihat Rajah 3.2).

    Rajah 3.3: Teknik memegang peluru dengan lima jari.

    Dalam teknik memegang peluru dengan lima jari pula, pelajar dikehendakimenggunakan kelima-lima jarinya sebagai sokongan terhadap peluru. Ibu jari dan

    jari kelingking berperanan mengimbangi kedudukan peluru semasa dipegang.Teknik pegangan jenis ini adalah disyorkan untuk murid sekolah rendah (lihatRajah 3.3).

    Guru hendaklah memastikan pelajar tidak memegang peluru pada tapak tangan.Kesalahan ini sering dilakukan oleh pelajar yang baru dalam acara ini.

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    5/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU58

    Untuk mendapat jarak yang maksima, pelontar peluru mestilahmempertimbangkan faktor-faktor berikut:

    (a) Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang samadengan arah pergerakan peluru.

    (b) Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satahyang sama.

    (c) Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masasentuhan peluru dengan tangan lebih lama.

    (d) Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.

    (e) Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektil.

    (f) Sudut penerbangan adalah bergantung pada ketinggian seseorang pelontar.

    FASA PERGERAKAN LONTAR PELURU

    Selepas pelajar berada dalam kedudukan yang seimbang, pegangan peluruberada dalam keadaan yang selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersediauntuk melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik

    berdiri di dalam bulatan lontaran dan ayunan awal peluru. Ketika ini juga pelajarsudah ada persediaan dari segi mentalnya.

    Untuk melakukan pergerakan awal, pelajar sangat bergantung pada tekniklontaran yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan,persediaan dan pergerakan awal juga berbeza. Oleh itu, ada baiknya kita

    bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikutteknik lontaran yang digunakan. Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontarpeluru biasanya terdiri daripada fasa yang berikut iaitu fasa (lihat Rajah 3.4):

    (a) Persediaan Pegangan Peluru (Grip)

    (b) Lakuan Sedia (Preparation)

    (c) Lungsuran (Glide)

    (d) Lontaran (Delivery)

    (e) Pemulihan (Recovery)

    3.3

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    6/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU 59

    Rajah 3.4: Fasa penuh lontaran peluru

    Fasa dalam lontar peluru terdiri daripada fasa-fasa seperti berikut:

    (a) Persediaan Pegangan Peluru Grip)

    Rajah 3.5: Pegangan peluru sebelum dilontarkan

    Cara memegang peluru boleh dibahagikan kepada dua (lihat Rajah 3.5):

    (i) Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untukmemegang peluru.

    (ii) Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangantengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    7/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU60

    (b) Lakuan Sedia Preparation)

    Rajah 3.6: Gaya seorang atlet bersedia untuk membuat lontaran peluru

    Fasa lakuan sedia (lihat Rajah 3.6) bertujuan untuk persediaan memasukifasa lungsuran.

    (c) Lungsuran Glide)

    Rajah 3.7: Posisi yang bersesuaian untuk seorang atlet membuat lontaran peluru

    Tujuan fasa ini adalah untuk membantu pelontar mewujudkan daya tolakanyang kuat dan menyediakan posisi badan untuk fasa lontaran di peringkatpaling akhir (lihat Rajah 3.7).

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    8/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU 61

    (d) Lontaran elivery Phase)

    Rajah 3.8

    : Contoh fasa lontaran bahagian pertama

    Fasa lontaran yang pertama ini membantu pelontar mengekal kelajuan

    lontaran dan menyediakan posisi untuk lontaran (lihat Rajah 3.8).

    Rajah 3.9: Contoh fasa lontaran bahagian kedua

    Dalam fasa lontaran kedua ini pula, objektif utamanya ialah untukmemindahkan daya kelajuan yang dihasilkan oleh pelontar ke sasaran (lihatRajah 3.9).

    Rajah 3.10: Contoh fasa lontaran bahagian ketiga

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    9/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU62

    Objektif dalam fasa ini sama seperti di bahagian kedua di mana dalam fasaini pelontar melengkapkan pergerakan tangan sehingga selesai (lihat Rajah3.10).

    (e) Pemulihan Recovery)

    Rajah 3.11: Contoh fasa pulihan

    Dalam fasa ini tujuan utama pergerakan akhir pelontar ialah untukmenstabilkan posisi dirian setelah lontaran dibuat. Fasa pemulihan ini jugamembantu mengelak pelontar daripada terbatal (lihat Rajah 3.11).

    GAYA LONTAR PELURU

    Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu:

    3.4

    1. Kenal pasti apakah fasa-fasa yang terlibat dalam acara lontarpeluru.

    2. Apakah teknik yang boleh digunakan untuk memegang peluru?

    SEMAK KENDIRI 3.1

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    10/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU 63

    (a) Gaya Lontar Berdiri lihat Rajah 3.12)

    Rajah 3.12: Gaya lontar berdiri

    (b) Gaya Lungsur Selangkah lihat Rajah 3.13)

    Rajah 3.13: Gaya lungsur selangkah

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    11/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU64

    (c) Gaya Parry OBrien lihat Rajah 3.14)

    Rajah 3.14

    : Gaya Parry OBrien

    Terdapat persamaan dalam fasa-fasa tertentu bagi ketiga-tiga teknik yang telah

    diketengahkan. Kaedah bagaimana untuk melakukan ketiga-tiga teknik yangditunjukkan adalah seperti dalam Jadual 3.1.

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    12/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU 65

    Jadual 3.1

    : Fasa-Fasa Bagi Teknik Lontaran Mengikut Teknik Lontar Berdiri,Lungsur Selangkah dan Parry OBrien

    FASA LONTAR BERDIRI

    LUNGSUR

    SELANGKAH PARRY OBRIEN

    Persediaan

    Pegangan Peluru

    Grip)

    Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakanuntuk memegang peluru.

    Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jaritangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.

    Lakuan Sedia

    Preparation)

    Berdiri di bahagiandepan bulatan.

    Bahu kiri dihadapkanke arah lontaran.

    Peluru diletak hampirke leher dan di bawahtelinga.

    Lengan tangandiangkat hampirmendatar dan siku keluar.

    Berdiri di bahagianbelakang bulatan danmembelakangikawasan lontaran.

    Peluru diletakhampir dengan leherdan di bawah telinga.

    Lengan tangandiangkat hampirmendatar dan siku keluar.

    Seperti GayaLungsur Selangkah

    Lungsuran

    Glide

    )

    Tiada Alihkan berat badan

    pada kaki kiri, kakikanan digerakkan kebahagian tengahbulatan dan dalammasa yang sama kakikiri disilangkan.

    Condongkan badan,

    kaki kanandibengkokkan dankaki kiri ditendangke hadapan bulatan.Gerakkan kakikanan ke bahagiantengah bulatan.

    Lontaran

    elivery)

    Rendahkan kaki kanan.

    Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan kehadapan sambil menyilangkan badan.

    Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskankedua belah kaki.

    Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar danjauh dari badan.

    Pemulihan

    Recovery)

    Kedudukan kakidepan belakangseperti semasalontaran

    Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatandan pada masa yang sama kaki hadapandibawa ke belakang.

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    13/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU66

    LATIHAN ANSUR MAJU GAYA LUNGSURSELANGKAH

    Terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untukmempertingkatkan kemahiran teknik gaya lungsur selangkah dalam acara iniantaranya:

    (a) Latihan Ansur Maju 1 lihat Rajah 3.15)

    Rajah 3.15: Ansur maju 1- Statik

    (i) Berdiri dengan menghadap ke kawasan lontaran.

    (ii) Lontar peluru dengan tolakan yang kencang dari kedudukan berdirisecara statik.

    Latihan ini akan dapat membiasakan pelajar menolak peluru dengan baik.Perhatian yang khusus harus diberikan kepada pergerakan tangan danpegangan peluru.

    3.5

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    14/24

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    15/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU68

    (i) Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan.

    (ii) Kaki kiri diletakkan di garisan pusat bulatan dan kaki kanandiletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan atau sebaliknya.

    (iii) Condongkan badan sedikit seperti dalam latihan ansur maju 2.

    (iv) Lakukan pergerakan ketingting ke hadapan bulatan denganmenggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian

    belakang papan penahan atau digaris bulatan atau sebaliknya.

    (v) Kilas badan dan buatlah lontaran.

    Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran dan mengilas badan.

    (d) Latihan Ansur Maju 4 lihat Rajah 3.18)

    Rajah 3.18: Ansur maju 4 Lungsuran

    (i) Pelajar berdiri membelakangkan kawasan lontaran.

    (ii) Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di ataskaki kanan.

    (iii) Pelajar mengelungsur selangkah ke belakang tanpa mengilaskanpinggang.

    (iv) Lakukan secara ulangan.

    Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelajar semasa membuatlungsuran.

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    16/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU 69

    KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU DALAMLONTAR PELURU

    Terdapat beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar menyebabkanlontaran tidak mencapai jarak sasaran ataupun dibatalkan dan antaranya adalahseperti dalam Jadual 3.2:

    Jadual 3.2:Kesalahan Yang Biasa Berlaku dalam Lontar Peluru

    Bil Kesalahan Penerangan

    1. Fasa PersediaanTidak Betul

    Pelajar berada dalam keadaan yang tidak betul dan tidaktenang sebelum membuat lungsuran. Apa yang biasanyaberlaku ialah pelajar akan tunduk rnenyebabkan dagumenghampiri dada dan ini akan meletakan peluru pada

    paras yang rendah. Kesalahan ini akan menyebabkankegagalan melakukan pergerakan dalam fasa-fasa yangberikutnya.

    2. Kedudukan SikuTangan MelontarYang Tidak Betul

    Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggiuntuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan sikuyang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akanmenghasilkan jarak yang kurang memuaskan.

    3. Kesilapan Kaki KiriYang MembantuLungsuran Kaki

    Kanan

    Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dengandirapatkan dengan lutut kaki kanan seterusnya menendangke belakang untuk membuat lungsuran. Pergerakan yang

    salah dilakukan ialah pelajar meluruskan kaki kirinyasebelum membuat lungsuran yang menyukarkanpengheretan kaki kanan untuk melakukan lungsuran.

    4. KegagalanMembuka PinggangMengarah ArahLontaran

    Selepas fasa lungsuran, pinggang mestilah dibuka dandiangkat ke arah lontaran untuk mendapatkan kuasasepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas,sambungan daripada fasa lungsuran. Jika pergerakan inigagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akanrendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ke tangan.

    3.6

    1. Apakah teknik yang sering digunakan dalam acara lontar peluru?

    Cuba perhatikan kelainan yang ada dalam setiap gaya lontaran.

    2. Cuba praktik kesemua gaya bagi acara lontar peluru dan catatkankelemahan dan kelebihan yang telah anda temui.

    SEMAK KENDIRI 3.2

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    17/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU70

    5. KegagalanMelakukanPusingan Badan

    Yang Betul

    Sebelum melepaskan peluru, badan dipusingkan ke arahlontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah overpulled atau under pulled. Ini berpunca daripada tangan

    kiri yang tidak dikunci sikunya. Over pulled bermaknapusingan yang terlebih, manakala Under pulledataupusingan yang terkurang akan menyebabkan peluru tidakmenuju ke arah lontaran.

    6. Kegagalan MembuatFasa PemulihanYang Baik

    Selepas fasa lontaran, pergerakan pemulihan merupakanfasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar kehadapan. Biasanya pelajar tidak dapat mengimbangipergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusingselepas lontaran mestilah menggantikan kedudukan kakikiri, manakala kaki kiri mestilah dilonjakkan ke belakangatau sebaliknya.

    7. Lontaran YangTidak MengikutSudut 45

    Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialahpeluru yang dilontar bersudut 45 . Ia bergantung pada fasaselepas lungsuran dan berpunca daripada kesalahanmelakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnyadilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.

    LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

    Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi pelajar, guru dan juga

    jurulatih semasa aktiviti melontar peluru dilaksanakan. Bagi aktiviti lontaran, iaberkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atauyang berdiri terlalu dekat dengan pelajar yang melakukan lontaran. Oleh ituaspek keselamatan adalah penting dan seharusnya sentiasa diberikan keutamaan.

    Langkah-langkah keselamatan perlu dipertimbangkan bagi memastikan:

    (a) Kawasan peluru mendarat bebas daripada gangguan.

    (b) Pelajar sentiasa memerhatikan apa yang sedang dilakukannya.

    (c) Lontaran mesti dilontar serentak dan pemungut peluru juga dilakukanserentak sekiranya aktiviti dibuat dalam kumpulan.

    (d) Pelajar sudah diajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan carayang betul.

    (e) Memberi masa yang cukup untuk pelajar memegang peluru.

    (f) Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja dan bukan ke arah kawan mereka.

    (g) Pelajar mestilah diletakkan dalam barisan yang lurus dan sekurang-kurangberjarak 5meter di antara satu sama lain.

    3.7

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    18/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU 71

    (h) Tidak ada pelajar yang melintas garisan lontaran sehingga semua lontaranbelum lagi dibuat atau sebelum peluru mendarat. Mereka mestilahmengikut giliran dalam membuat lontaran.

    (i) Pelajar yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakkan dalam satukumpulan.

    (j) Blok kayu tidak tajam.

    (k) Jika peluru lembab, basah atau kotor, sapu dahulu dengan kain.

    (l) Arahan guru mestilah terang, jelas dan tegas.

    UNDANG-UNDANG ACARA LONTAR PELURU

    Bagi acara lontar peluru, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) telah menggariskanbeberapa undang-undang yang digunakan dalam pertandingan. Antara undang-undang tersebut ialah:

    (a) Giliran peserta membuat percubaan akan dijalankan secara undian.

    (b) Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiappeserta dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yangterbaik antara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tigapercubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan, ia tidak

    diputuskan tetapi peserta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagimembuat tiga percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layaktadi. Sekiranya terdapat hanya lapan peserta atau kurang daripada lapanpeserta bertanding, setiap peserta dibenarkan enam percubaan sahaja.[Nota: Maksud seridi sini ialah peserta-peserta mencapai aras yang sama.Oleh sebab itu peraturan 146[3] tidak akan dikenakan].

    (c) Di tempat pertandingan, setiap peserta jika boleh diberi dua percubaansahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan secara undian danpeserta-peserta dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim.

    (d) Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenarmenggunakan alatan untuk tujuan latihan atau menggunakan bulatandalam sektor untuk Iatihan.

    (e) Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilahmemulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorangpeserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.

    3.8

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    19/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU72

    (f) Peserta mestilah memulakan lontarannya dan dirian yang tetap (keadaantidak bergerak) di dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahudengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat permulaan lontaran

    dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat dengan dagu dantangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah dari tempat lontaran. Peluru tidak

    boleh dibawa ke belakang dan paras garisan bahu.

    (g) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau lebih jari yang bolehmembantu peserta bila membuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaanpita pada tangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka. Sarungtangan tidak boleh digunakan. Untuk mendapat cengkaman yang baik,peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai di bahagiantangan sahaja. Untuk menyelamatkan tulang belakang daripada kecederaan,

    peserta-peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahansejenis itu. Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahansama ada di dalam bulatan atau kasutnya.

    (h) Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudahmemasuki bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana--mana bahagian sebarang anggota badannya ke tanah, di luar bulatan atau

    bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskanpeluru pada ketika membuat percubaan.

    (i) Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggarperaturan-peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelahmemulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan bolehmeninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan, dia mestilah keluardengan mengikut peraturan yang diberi di bawah) sebelum kembali semulauntuk memulakan percubaan yang baru. [Nota: Semua pergerakan yangdibenarkan dalam perenggan ini adalah termasuk dalam had maksimummasa untuk sesuatu percubaan seperti dalam Peraturan 142 para 4].

    (j) Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaklah jatuh di dalamkawasan di antara dua sisi sebelah dalam garisan 50mm lebar.

    (k) Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daritanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagiandalam relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat olehpeluru kepada pusat bulatan.

    (l) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru menyentuhtanah. Ia mestilah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    20/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU 73

    akan ditandakan dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melaluibahagian tengah bulatan dan berakhir di luarnya. (Lihat para 17).

    (m) Setelah selesai sesuatu lontaran, peluru itu mestilah dibawa balik ke tempatpermulaan atau bulatan dan tidak dibaling.

    (n) Lontaran yang terbaik dari semua lontaran bagi tiap-tiap peserta, termasuklontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertamaakan dikira.

    (o) Dalam pertandingan di bawahperaturan 12.1(a), (b) dan (c)hanya alat-alatyang disediakan oleh pihak pengelola sahaja boleh digunakan dan sebarangperubahan kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika

    pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun antara peserta akan dibenarkanmembawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Dalam pertandinganantara dua atau lebih, peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri, dengansyarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak

    Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum pertandingan dijalankandan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua yang mengambil bahagian.

    (p) Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukursebaik selepas sesuatu lontaran iaitu daripada tempat peluru mendarathingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarakhanya dikira di bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut.Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikirapemenang.

    (q) Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar pelurumenetapkan iaitu setiap atlet yang mengambil bahagian dalam sesuatupertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata

    bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikutkeselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukanlontaran.

    PERALATAN ACARA LONTAR PELURU

    Lontar peluru merupakan satu acara lontaran yang menggunakan peralatantertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan. Kawasan ini bebasdaripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, atletserta pegawai pertandingan harus juga memberi perhatian pada keselamatan atletatau peserta lain.

    3.9

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    21/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU74

    Rajah 3.19: Peluru dengan pelbagai saiz

    Peralatan yang diperlukan dalam acara ini adalah terdiri daripada peluru besiyang mempunyai saiz (lihat Rajah 3.19) dan berat tertentu bergantung padapenyertaan atlet sama ada lelaki atau wanita, peringkat kelas bagi peserta sekolahmenengah dan rendah (rujuk Jadual 3.3).

    Jadual 3.3

    : Berat Peluru Mengikut Kategori Umur MSSM

    Bil Berat Peluru kg) Kelas

    A 2.27 Bawah 12 lelaki/perempuan

    B 4.00 Bawah 18 dan bawah 15 perempuan

    C 4.55 Bawah 15 lelaki

    D 5.45 Bawah 18

    Bulatan peluru mestilah diperbuat daripada gelung besi, keluli atau bahan-bahanyang sesuai. Bahagian dalam bulatan pula dibuat dengan simen atau bahan yangkukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan mestilah rata dan berukuran 14mm

    hingga 26mm ke bawah pada bahagian atas gelung besi bulat.

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    22/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU 75

    Rajah 3.20: Ukuran kawasan lontar peluru

    Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlet acaraini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagarioleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameter

    yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontarandipasang penahan untuk menentukan kaki atlet menyentuh atau melepasi papanpenahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.

    Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu ataubahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnyasesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahanini diletakkan di tengah-tengah antara dua garisan lontaran. Ukuran papanpenahan ini adalah antara 112mm dan 300mm lebar, 1.21m sehingga 1.23mpanjang di sebelah dalamnya dan 98mm sehingga 102mm tinggi berdasarkankepada paras bahagian dalam bulatan.

    Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu, rumput ataubahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yangmendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, ke arah lontaran bagikawasan mendarat adalah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat ataulontaran hendaklah ditandakan dengan dua garisan putih berukuran 50mmlebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat

    bulatan lontaran dan bersudut 40 .

    Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik

    selepas sesuatu lontaran dibuat iaitu dari tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikirasetakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai

    jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    23/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU76

    Acara lontar peluru memerlukan gabungan yang baik antara kekuatan dankemahiran yang baik.

    Lima fasa yang terlibat dalam teknik lontar peluru iaitu:

    - Persediaan pegangan peluru;

    - Lakuan sedia;

    - Lungsuran;

    - Lontaran; dan

    - Pemulihan.

    Tiga jenis teknik lontaran yang sering digunakan dalam acara lontar peluruiaitu:

    - Gaya lontar berdiri;

    - Gaya lungsur selangkah; dan

    - Gaya Parry OBrien.

    SEMAK KENDIRI 3.3

    1. Senaraikan kesalahan-kesalahan yang biasa berlaku dalam acaralontar peluru.

    2. Apakah langkah-langkah keselamatan yang seharusnyadipertimbangkan oleh pelajar, guru dan jurulatih semasa acaralontar peluru dijalankan?

    3. Nyatakan beberapa undang-undang yang terdapat dalam acaralontar peluru.

    4. Apakah peralatan yang diperlukan dalam acara lontar peluru?

  • 8/12/2019 Topik 3 Lontar Peluru

    24/24

    TOPIK 3 LONTAR PELURU 77

    Fasa pegangan peluru

    Fasa lakuan sedia

    Fasa lungsuran

    Fasa lontaran

    Fasa pemulihan

    Gaya lontar berdiri

    Gaya lungsur selangkah

    Gaya Parry OBrien

    Latihan ansur maju

    Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

    Ten, H . (1996). Manual olahraga. Selangor: Junjuara.

    Teng, B. T. (1989). Panduan pengajaran olahraga. Kuala Lumpur: Longman.

    Teng, B. T. (2001). Panduan pengajaran olahraga: Kursus diploma perguruanMalaysia. Selangor: Pearson Education.