topik 1 pen gen alan teknologi pengajaran

Upload: muhamad-hafiza

Post on 16-Jul-2015

103 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

T o p ik

X

11. 2. 3. 4. 5. Menghuraikan pengajaran; konsep

Pengenalan Teknologi Pengajaran

HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini anda seharusnya dapat: teknologi, pengajaran dan teknologi

Membezakan antara definisi teknologi pengajaran yang wujud pada masa kini dengan yang sedang digubal; Menghuraikan inti pati konsep teknologi pengajaran; Mengenal pasti domain teknologi pengajaran mengikut AECT 1977 dan 1994 serta fungsi-fungsinya; Membincangkan bagaimana masalah pembelajaran dapat diatasi berdasarkan kefahaman terhadap domain teknologi pengajaran; dan Menerangkan peranan teknologi pengajaran.

6.

X

PENGENALAN

Pada pemerhatian umum, konsep teknologi pengajaran sering disalahertikan. Apabila diminta mentafsir istilah teknologi pengajaran kebanyakan orang akan menyebut tentang penggunaan alatan seperti komputer, televisyen, video, CDROM, projektor overhed dan slaid dalam pengajaran. Kekeliruan ini mungkin berpunca daripada pelbagai sebab. Namun kekeliruan itu jelas bersangkut-paut dengan kefahaman tentang teori yang mendasari konsep teknologi pengajaran. Kefahaman yang tidak jelas hanya akan mengecilkan skop dan peranan yang dimainkan oleh teknologi pengajaran.

2

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Maka, dalam topik ini kita akan berbincang tentang konsep, teori dan peranan teknologi yang sebenar. Perbincangan akan dimulakan dengan meneliti erti konsep teknologi, konsep pengajaran dan akhirnya konsep teknologi pengajaran. Beberapa konsep akan dikemukakan dengan tujuan agar anda dapat melihat perubahan dan tren dalam bidang ini. Konsep teknologi pengajaran akan diperincikan dengan memaparkan bagaimana konsep ini direalisasikan. Justeru, adalah penting untuk kita mengenal pasti domain yang terkandung dalam konsep ini dan bagaimana ia berinteraksi. Untuk itu, adalah lebih baik diperkenalkan domain yang terkandung dalam definisi Association for Educational Communication and Technology (AECT) (1977) terlebih dahulu. Dengan cara ini anda dapat melihat perubahan yang berlaku dalam domain yang berasaskan definisi AECT (1994). Kefahaman ini penting agar kita berupaya melihat konsep teknologi pengajaran sebagai satu konsep yang rasional dan realistik, yakni ia tidak tinggal sebagai satu definisi yang hanya cantik secara lisan, tetapi setiap yang diperkatakan sesuai dan boleh diamalkan. AECT adalah merupakan sebuah persatuan profesional yang dianggotai oleh pengajar dan mereka yang terlibat secara aktif dan langsung dalam pembentukan pengajaran dan pembelajarn yang sistematik dengan menggunakan teknologi. AECT telah ditubuhkan pada tahun 1923 di Amerika Syarikat dan kini berada di Bloominton, Indiana.

1.1

KONSEP TEKNOLOGIAKTIVITI 1.1

Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?

Teknologi mempunyai pelbagai makna. Makna teknologi yang biasa kita dengar ialah mesin atau lain-lain produk yang terhasil daripada ilmu sains moden. Mesin atau alat-alat ini diperlukan oleh manusia untuk memastikan kehidupan yang selesa dan bahagia. Bagaimanapun, tafsiran seperti ini dianggap amat sempit. Ia merupakan satu generalisasi jika teknologi ditafsirkan sama seperti mesin atau peralatan semata-mata. Ini kerana maksud teknologi merangkumi lebih daripada perkara-perkara tersebut. Jadi apakah makna teknologi yang lebih wajar bagi manusia? Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, techne yang bermakna kemahiran.

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

3

Berdasarkan erti asal perkataan Yunani ini, maka wajarlah jika Galbraith (1967) mendefinisikan teknologi sebagai:

...the systematic application of scientific knowledge and other organised knowledge to practical tasks.Galbraith (1967)

Ertinya, kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Marilah kita teliti istilah ini dengan lebih lanjut. Pengetahuan saintifik ialah sebarang himpunan pengetahuan atau ilmu yang telah teruji dan dapat dinyatakan dalam bentuk satu set prinsip am. Misalnya, air yang dimasak hingga menggelegak didapati dapat membunuh kebanyakan kuman yang memudaratkan kesihatan manusia. Satu lagi contoh ialah pembelajaran perlu dimulakan daripada pengalaman konkrit kepada abstrak. Andainya kita laksanakan prinsip ini, bermakna kita telah menggunakan pengetahuan saintifik. Pengetahuan lain yang tersusun (other organised knowledge) adalah juga pengetahuan yang berguna kepada manusia. Masih banyak pengetahuan yang tidak terbukti secara saintifik tetapi menjadi amalan kita kerana ia diterima berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia. Contohnya, penggunaan herba dan serangga dalam perubatan. Namun, penggunaan pengetahuan semata-mata belum boleh diklasifikasikan sebagai satu teknologi kerana syarat untuk digelarkan sesuatu amalan itu berteknologi terletak kepada aspek penggunaannya secara sistematik lagi praktikal. Dalam hal ini, jika dirujuk kembali kepada memasak air, maka aspek yang dilihat mungkin tentang kebersihan bekas memasak air, dapur memasak yang selamat dan jangka masa untuk air menggelegak. Andainya kesemua aspek ini dipenuhi dan memberi keselesaan (berkesan dan cekap) kepada pengguna (diri kita), maka barulah dapat dikatakan itu satu teknologi. Maka, jelaslah bahawa teknologi (seperti dalam hal memasak air ini), bukan alat semata-mata perkara yang dititikberatkan. Ia sesungguhnya adalah juga satu proses, satu kaedah dan satu idea. Heinich, Molenda dan Rusell (1969), menyokong pandangan ini dengan tafsiran teknologi seperti berikut:

4

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan.

Terdapat satu lagi tafsiran tentang teknologi oleh Evans dan Nation (2000), yang secara terang-terangan menolak konsep alat sebagai teknologi. Ia dikatakan seperti berikut:

Technology is not a tool purpose. (hlm.2)

it is an art or science of how to use a tool for aEvans dan Nation (2000)

Di sini, amat jelas ditegaskan bahawa teknologi itu adalah bagaimana kita menggunakan alat untuk memenuhi sesuatu keperluan. Penggunaan itu pula bukan dilihat daripada sudut sains semata-mata, tetapi juga seni. Jadi, jika papan hitam atau papan tulis yang usang di bilik darjah dicantikkan rupanya dan digunakan hingga membangkitkan kefahaman dalam pembelajaran, maka itulah teknologi. Akan tetapi jika papan tulis itu terbiar dan tidak pernah dicari jalan untuk mengoptimumkan penggunaannya, maka tinggallah ia sebagai alat yang usang. AKTIVITI 1.2 Cuba renungkan kembali, apakah pengetahuan saintifik yang telah anda gunakan dalam pengajaran anda?

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

5

1.2

KONSEP PENGAJARANSEMAK KENDIRI 1.1

Apakah itu pengajaran?

Melalui kajian Wan Zah Wan Ali (2000), terhadap sekumpulan guru pelatih di kampus Universiti Putra Malaysia, pengajaran didapati mempunyai banyak erti dan ia boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu: (a) (b) (c) (d) Menyampaikan maklumat; Memindahkan maklumat; Mendorong pembelajaran; dan Membina manusia yang lebih baik.

Didapati 32% pelajar dalam kajian ini mentafsirkan pengajaran dalam kategori menyampaikan dan memindahkan maklumat. Ertinya, pengajaran tertumpu kepada guru. Guru adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyampaikan dan memindahkan segala maklumat ke dalam minda pelajar. Maka, pelajar merupakan unsur yang pasif, sekadar menerima sahaja apa yang diberikan. Didapati 68% pelajar tergolong dalam dua kategori terakhir. Jelas sekali di sini, pengajaran difahami sebagai proses dua hala, perkongsian antara pelajar dan guru bagi memahami segala macam pengetahuan yang diperlukan bagi pembinaan manusia sebenar. Konsep pengajaran serupa inilah yang harus menjadi pegangan setiap guru. Dakwaan ini adalah berasaskan kepada tafsiran kebanyakan penyelidik di bidang ini (Ramsden, 1993; Trigwel, Prosser & Lyons, 1997). Mereka memahami pengajaran sebagai: Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti.

6

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

SEMAK KENDIRI 1.2Apakah yang dimaksudkan dengan proses bekerja bersama pelajar hingga membantu mereka berkebolehan untuk belajar?

Teliti tafsiran ini: Pertama, pengajaran adalah proses yang memerlukan guru dan pelajar bekerja bersama, bukan satu pihak sahaja. Kedua, usaha yang ditumpukan dalam kerjasama ini dijuruskan ke arah satu tujuan, iaitu membantu pelajar belajar. Apakah belajar yang dimaksudkan di sini? Menurut Ramsden (1988), belajar atau pembelajaran di sekolah seharusnya merupakan: Satu pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks, mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar, dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam menyelesaikan masalah di luar kelas. Ertinya pembelajaran itu berguna bagi mentafsir dunia yang kita diami ini. Pembelajaran yang sebenar dapat mengubah kefahaman seseorang mengenai sesuatu.

Tafsiran di atas jelas menegaskan bahawa belajar itu bukan usaha mengembangkan minda dengan mengutip segala maklumat tanpa berfikir. Belajar menjadi bermakna apabila wujudnya perubahan dalam cara berfikir atau melihat. Pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila ilmu dapat diaplikasikan hingga menimbulkan rasa puas di jiwa dan apabila dunia ini semakin difahami hingga kehidupan menjadi lebih bererti. Untuk tujuan itu, pelajar perlu dibimbing untuk berfikir dan berusaha mencari pengertian terhadap setiap perkara yang dipelajari. Pengertian ini memungkinkan penggunaan dan pencetusan ilmu yang memberi kesejahteraan manusia sejagat. Pendirian ini seiring dengan pandangan Pullias dan Young (1968), yang menyatakan pengajaran itu keseluruhannya merupakan cara membimbing murid untuk memperoleh sejumlah pengalaman yang cukup bermutu hingga mampu sejauh mungkin menolong pembinaan kemungkinan-kemungkinan sebagai manusia. Manusia boleh menjadi pemikir, pembangun dan pencari penuh daya gerak jika mereka dibimbing dengan cinta dan kebenaran, bukan dengan kebencian dan tengking herdik.

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

7

Menyentuh tentang manusia dan kefahaman, Oakeshott berkata:

Nobody is born a human being. A human being is the inhabitant of a world composed not of things, but of meaning.Oakeshott

Pernyataan ini walaupun agak ekstrim tetapi itulah kenyataannya. Manusia yang hanya mempunyai jasad tetapi kosong mindanya (tidak dapat memahami apa yang ada di sekitarnya) bukanlah manusia. Misalnya, seseorang yang membuang sampah di merata-rata kerana tidak faham atau sengaja tidak faham kesannya, maka mereka boleh dianggap bukan manusia. Orang yang benar-benar memahami tidak akan melakukan perkara seperti ini. Sebagai rumusan, konsep pengajaran yang dikemukakan adalah untuk melahirkan pembelajaran yang berkualiti. Apa yang menjadi inti pati konsep ini ialah untuk membebaskan manusia daripada ikatan pandangan yang sempit dan terbatas. Ini hanya dapat dicapai jika manusia didorong untuk mencari makna, memahami dan melihat realiti kewujudan sesuatu benda. Setelah mempelajari tentang konsep pengajaran, uji pemahaman anda dengan mencuba latihan berikut. Selamat mencuba!

LATIHAN 1.1Gariskan risiko yang mungkin terjadi jika pengajaran hanya berfokuskan kepada penyampaian maklumat semata-mata.

1.3

KONSEP TEKNOLOGI PENGAJARANAKTIVITI 1.3

Pada fikiran anda, apakah yang ditakrifkan sebagai teknologi pengajaran?

8

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Terdapat dua perkara yang perlu dijelaskan dalam menerangkan maksud teknologi pengajaran, iaitu: (a) Kekeliruan dengan Teknologi Pendidikan Sesetengah pakar dalam bidang ini beranggapan pendidikan merangkumi skop yang lebih luas daripada pengajaran. Oleh itu, istilah teknologi pengajaran adalah sub-set kepada pengajaran, manakala pengajaran pula adalah sub-set kepada pendidikan. Jadi, jika labelnya pengajaran maka skopnya hanyalah pengajaran dan bukan pendidikan. Lantas, dua istilah ini berbeza maksudnya. Sebahagian pakar yang lain pula mendapati istilah teknologi pengajaran adalah lebih sesuai digunakan kerana bidang ini memang kurang memberi penekanan terhadap soal-soal yang melibatkan segala aspek pendidikan, tetapi lebih kepada soal-soal yang berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, soal sub-set tidak timbul kerana istilah teknologi pengajaran telah jelas menunjukkan kedudukan bidang ini. Terdapat juga mereka yang berpandangan bahawa teknologi pengajaran dan teknologi pendidikan boleh digunakan secara bertukar ganti. Makna dan matlamat yang tersirat dalam dua istilah ini adalah sama sahaja. Ini adalah kerana matlamat pengajaran adalah seiring dengan matlamat pendidikan, iaitu membina manusia yang bercirikan manusia. Jadi, sudah pasti pertikaian tentang istilah mana yang lebih sesuai, tidak mendatangkan banyak faedah. Di Malaysia dan di Eropah, istilah teknologi pendidikan lebih luas digunakan daripada teknologi pengajaran, manakala di Amerika Syarikat adalah sebaliknya. Dalam modul ini, istilah teknologi pendidikan akan digunakan seerti dengan teknologi pengajaran. (b) Konsep yang Tidak Statik Hingga kini tidak ada pengertian yang mutlak bagi teknologi pengajaran. Maksud dan istilah teknologi pengajaran sentiasa berubah menurut perubahan zaman. Konsep yang dipaparkan di sini mungkin akan berubah lagi pada masa akan datang. Apa yang pasti, untuk melahirkan perubahan yang baru dan lebih bermakna ia memerlukan kefahaman yang mendalam tentang konsep yang ada pada hari ini. Secara umum, teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semenjak permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun 1930an, penghasilan bahan-bahan visual seperti filem, gambar, slaid dan realia giat diadakan bagi membantu

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

9

guru dalam pengajaran di bilik darjah. Hal ini diperteguhkan lagi dengan terbitnya definisi pertama teknologi pengajaran (yang dikenali sebagai audiovisual communication pada masa itu) yang dibuat oleh Department of Audio Visual Instruction (DAVI) pada tahun 1963 hinggalah definisi terkini yang dikeluarkan oleh Association for Educational Communications and Technology pada tahun 1994.

Audiovisual communication is the branch of educational theory and practice concerned primarily with the design and use of message which control the learning process. It undertakes:(a)

the study of the unique and relative strengths and weaknesses of both pictorial and nonrepresentational messages which may be employed in the learning process for any purpose; and the structuring and systematising of messages by men and instruments in an educational environment. These undertakings include the planning, production, selection, management, and utilisation of both components and entire instructional systems. Its practical goal is the efficient utilisation of every method and medium of communication which can contribute to the development of the learners full potential (Ely, 1963, hlm.18-19)

(b)

Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilisation, management, and evaluation of processes and resources for learning. (Seels & Richey, 1994, hlm.1)

Apa yang membezakan dua definisi di atas ialah teori yang mempengaruhi pembentukan definisi tersebut. Sebagai sebuah bidang yang sedang berkembang, maka perkembangan teori di sekitar bidang ini turut mempengaruhi arah dan alirannya. Bagi definisi yang pertama, teori komunikasi merupakan asas definisi ini. Dengan kata lain, teori komunikasi dilihat mempunyai pengaruh yang besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan teori komunikasi, isi dan subjek pembelajaran sama pentingnya dengan media. Definisi ini berbeza daripada pendirian awal bidang ini yang hanya menitikberatkan aspek media sebagai alat bantu mengajar atau "tool technology". Ini adalah kerana permulaan bidang ini dicetuskan oleh pergerakan pandang dengar. Manakala bagi definisi yang kedua, aktiviti seperti mereka bentuk, membina, mengimplementasi, mengurus, menilai dan menganalisis; menerima pakai amalan dan teori dari pelbagai bidang, asalkan ia boleh dimanfaatkan kepada

10

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

proses dan sumber pembelajaran. Pembentukan definisi ini terjadi ketika teori kognitif dan konstruktif mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengamal profesional. Pada masa yang sama, pembangunan yang pesat dalam bidang teknologi komputer dan maklumat turut mempengaruhi definisi ini. (Huraian lanjut tentang definisi dan domain teknologi pengajaran akan dibentangkan di dalam topik ini).

1.3.1

Definisi Teknologi Pengajaran dalam Konteks Tempatan

Setakat ini, kita merujuk definisi yang dikeluarkan oleh pihak yang berada di luar Malaysia. Memandangkan Malaysia turut sama menerima dan mengikuti perkembangan bidang teknologi pengajaran, maka di sini juga lahir definisi teknologi pengajaran. Salah satu daripadanya dikeluarkan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia pada tahun 1988. Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Definisi yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1991 didapati lebih menitikberatkan aspek aplikasi daripada keseluruhan proses. Berikut adalah definisi tersebut: Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Justeru, aspek reka bentuk, pembinaan, pengurusan dan penilaian tidak ketara seperti mana yang terdapat dalam definisi-definisi yang lain. Dengan yang demikian, dibimbangi di kalangan guru kita, masih ada yang mentafsir teknologi pengajaran dalam konteks yang sempit, serupa dengan tafsiran di awal perkembangannya. Setelah pelbagai definisi dibentangkan, didapati terdapat satu elemen yang tidak disebut tetapi amat penting, iaitu aspek kemanusiaan. Justeru definisi teknologi pengajaran turut memasukkan elemen ini agar ia seiring dengan fitrah manusia

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

11

dan seterusnya kesejahteraan yang terhasil menjadi lebih bermakna dan berkekalan. Kita tertarik kepada slogan Apalah erti teknologi tanpa kehidupan yang jelas mengambil kira aspek kemanusiaan ini. Ilmu yang banyak, kepakaran yang tinggi tidak berguna jika nilai murni tidak dipupuk.

1.3.2

Trend Terkini dalam Konsep Teknologi Pengajaran

Pada tahun 2001, Reiser telah mencipta satu lagi definisi. Kehadiran definisi ini diiringi dengan nama baru bagi bidang ini, iaitu Instructional design and technology atau Reka bentuk pengajaran dan teknologi. Terdapat beberapa sebab nama dan definisi baru diwujudkan. Pertama, Reiser mendapati ramai orang menyamakan teknologi pengajaran dengan media pengajaran. Sedangkan bidang teknologi pengajaran adalah lebih luas dan mengandungi tiga sub-bidang utama iaitu media pengajaran, reka bentuk pengajaran dan teknologi prestasi (performance technology). Teknologi prestasi merupakan satu pergerakan baru yang mula mempengaruhi perkembangan bidang ini sejak awal 1990an. Ia berkait rapat dengan analisis yang menyebabkan masalah dalam prestasi dan kemudian mencadangkan alternatif bagi mengatasi masalah tersebut seperti pemberian insentif dan perubahan dalam persekitaran pekerjaan. Berikut adalah definisi baru yang dimaksudkan:

The field of instructional design and technology encompasses the analysis of learning and performance problems,and the design, development, implementation, evaluation and management of instructional and noninstructional processes and resources intended to improve learning and performance in a variety of settings, particularly educational institutions and the workplace. Professionals in the field of instructional design and technology often use sytematic instructional design procedures and employ a variety of instructional media to accomplish their goals. Moreover, in recent years, they have paid increasing attention to non-instructional solutions to some performance problems. Research and theory related to each of the afore mentioned areas is also an important part of the field. (Reiser, 2001, hlm.53).

Jika diteliti definisi di atas, jelaslah bidang ini amat peka terhadap perubahan serta keperluan semasa. Pengajaran dan keperluan terhadapnya bukan hanya terletak di sekolah, tetapi juga di tempat kerja. Sama ada di sekolah atau di

12

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

tempat kerja, kejayaan seseorang diukur berdasarkan prestasinya. Akan tetapi prestasi itu bukan hanya dipengaruhi oleh latihan (cukup atau tidak) tetapi persekitaran hidupnya. Justeru, penyelesaian masalah pun bukan lagi sekitar skop pengajaran tetapi melampauinya. Definisi ini lebih realistik dan rasional kerana ia telah mengambil kira aspek di luar pengajaran sebagai penyebab kepada masalah prestasi. Kita tidak seharusnya memisahkan dunia akademik (dalam bilik darjah) dengan dunia di luar kerana apa yang kita lakukan dalam dunia akademik adalah untuk menghadapi dunia luar. Sebagai kesimpulan, definisi ini membuka satu lagi lembaran yang penuh erti, walaupun secara langsung ia mengundang cabaran untuk para pendidik dan profesional di bidang ini. Walaupun begitu, istilah ini masih belum diterima secara meluas. Setelah anda mengikuti pelajaran di atas, cuba soalan di bawah untuk menguji kefahaman anda.

LATIHAN 1.2Tuliskan perbezaan kefahaman anda tentang teknologi pengajaran sebelum dan selepas meneliti topik ini.

1.4

DEFINISI TEKNOLOGI PENGAJARAN MENGIKUT AECT 1977

Berdasarkan definisi teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT (1979): Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal. (Dipetik daripada Yusuf Hashim, 1998, hlm. 253)

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

13

Domain teknologi pengajaran mengikut AECT 1977 mempunyai tiga fungsi iaitu: (a) (b) (c) Fungsi pengurusan pengajaran; Fungsi pengembangan pengajaran; dan Fungsi sumber pembelajaran.

Setiap domain mempunyai peranan masing-masing, bergerak secara sistematik dan bersepadu menuju ke arah pelajar, sebagai kumpulan sasaran yang akan menerima kesan daripada keseluruhan proses yang berlaku. Daripada konteks ini, kesan yang ingin dibawa adalah kesan positif yang menjadikan pelajar lebih cemerlang dalam pembelajarannya. Pembahagian domain ini dapat dilihat di Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Fungsi Teknologi Pengajaran (1977)

Secara realiti, penyelesaian masalah tidak berlaku dalam keadaan linear seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 1.1. Biasanya, ia dimulakan oleh fungsi pengembangan pengajaran, kemudian diikuti oleh fungsi sumber pembelajaran. Fungsi pengurusan pengajaran bertindak sebagai pihak pengurusan yang memayungi kedua-dua fungsi ini.

1.4.1

Fungsi Pengembangan Pengajaran

Fungsi domain ini ialah menganalisis masalah-masalah pembelajaran serta mereka bentuk, melaksana dan menilai penyelesaian kepada masalah ini. Ia melibatkan satu proses yang mengandungi beberapa peringkat.

14

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Setiap peringkat dapat dilihat dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Peringkat menganalisis masalah-masalah pembelajaran

(a)

Mengkonsepsi model teoretikal Peringkat pertama ialah mengkonsepsikan model teoretikal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyelidikan dijalankan bagi memperoleh maklumat saintifik berkenaan pelajar, pengajaran dan pembelajaran, sumber pembelajaran dan sebagainya. Di sini teori dan model dihasilkan dan diuji. Mereka bentuk Setelah dikenal pasti teori dan model yang sesuai, maka tugas seterusnya adalah mereka bentuk pengajaran yang selari dengan teori tersebut. Tegasnya, teori kini ditukar menjadi sebuah spesifikasi yang akan menjadi asas kepada pembinaan pengajaran. Ia dimulakan dengan analisis terhadap pelajar, menulis objektif, memilih strategi pengajaran, memilih media pengajaran dan juga menentukan spesifikasi media tersebut. Penerbitan Media Daripada spesifikasi ini, penerbitan media pengajaran dilaksanakan, skrip ditulis, grafik dan gambar dihasilkan. Selain itu, program pengajaran

(b)

(c)

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

15

berpandukan komputer dan pengendalian alat turut diadakan. Adakah ini sahaja yang dilakukan? Tidak. Itu hanyalah beberapa contoh. Dalam aspek penghasilan atau penerbitan, segala macam media pengajaran boleh dihasilkan asalkan ada spesifikasinya. (d) Penilaian Media pengajaran yang telah dihasilkan tidak boleh terus digunakan. Ia harus dinilai terlebih dahulu agar benar-benar memberi kesan yang dihajatkan. Aspek yang paling dititikberatkan dalam proses penilaian ini ialah daripada sudut kemampuannya menepati kehendak objektif. Di samping itu, penilaian terhadap kualiti teknikal turut dilakukan. Daripada penilaian yang dilakukan, cadangan akan dikemukakan sama ada hasil penerbitan ini diterima, ditolak atau diterima dengan pembaikan. Penggunaan Setelah disahkan keberkesanannya, barulah media sedia untuk digunakan. Di peringkat penggunaan ini, pelajar dibantu untuk memilih sumber pembelajaran (media pengajaran sebahagian daripadanya) yang sesuai dengan pembelajaran mereka serta membantu mereka menggunakan sumber yang dipilih. Kemajuan pelajar dipantau semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran ini. Logistik Untuk memastikan sumber pembelajaran sentiasa tersedia, logistik atau tempat pengumpulan perlu disediakan. Di sinilah sumber pembelajaran dikatalog, diselenggara dan diedarkan. Penyebaran Akhir sekali, bagi memastikan perkembangan teknologi pendidikan dapat diikuti, peringkat penyebaran pula memastikan agar maklumat tentang teknologi pengajaran dikumpulkan dan disebarkan, melalui pemberian khidmat nasihat, latihan dan pemberitaan.

(e)

(f)

(g)

SEMAK KENDIRI 1.3Apakah tiga domain yang terdapat dalam definisi teknologi pengajaran (1977) dan apakah fungsi-fungsinya?

16

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

1.4.2

Fungsi Sumber Pembelajaran

Dalam teknologi pengajaran, penyelesaian kepada masalah-masalah tergolong dalam fungsi sumber pembelajaran yang terdiri daripada mesej, manusia, bahan, peralatan, teknik dan tempat atau keadaan (settings). Setiap komponen boleh digunakan secara terpisah atau secara kombinasi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti mana yang telah diterangkan di atas, di peringkat penggunaan dan logistik, sumber pembelajaran ini dipilih, digunakan dan disebarkan. Oleh itu, domain ini merupakan produk daripada proses yang berlaku dalam domain atau fungsi pengembangan pengajaran. Ia dikategorikan begini bagi memudahkan penjelasan. Sumber pembelajaran ialah apa sahaja yang menyimpan dan/atau menghantar maklumat kepada pelajar. Satu daripadanya ialah mesej. Mesej mengandungi maklumat yang diterima oleh pelajar. Misalnya, isi pelajaran, arahan dan lainlain. Manusia ialah penyimpan dan penghantar atau penyebar mesej. Manusia dalam konteks sekolah adalah seperti guru, pelajar, pengetua dan ibu bapa. Bahan juga adalah penyimpan mesej yang akan disebarkan seperti nota, buku, pita video, modul pembelajaran (seperti modul ini), cakera padat dan sebagainya. Peralatan pula berfungsi menghantar maklumat yang tersimpan di dalam bahan seperti projektor, perakam audio, pemain cakera video dan sebagainya. Teknik ialah bagaimana bahan, peralatan dan manusia digunakan bagi menghantar maklumat seperti perbincangan, lawatan, mel elektronik dan lainlain. Akhir sekali tempat atau keadaan. Ia merupakan keseluruhan persekitaran di mana mesej akan disebarkan seperti bilik darjah, bilik sumber, makmal sains dan lain-lain lagi. Berhubung dengan sumber pembelajaran, perlu ditegaskan bahawa tidak semua direka bentuk khusus untuk pembelajaran. Namun, ia masih boleh digunakan sebagai sumber pembelajaran seperti iklan TV, katalog barangan pengguna, cerita dari filem atau TV, muzium, zoo, Internet dan banyak lagi. Dalam hal ini, sumber yang tersedia ada sama pentingnya dengan sumber yang dihasilkan. Oleh itu, pelajar dan guru perlu mengetahui bagaimana menggunakan sumbersumber ini.

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

17

SEMAK KENDIRI 1.4Apakah yang dikatakan sumber pembelajaran?

1.4.3

Fungsi Pengurusan Pengajaran

Fungsi pengurusan bertujuan menyelaras dan mengawal fungsi pengembangan serta fungsi sumber pembelajaran dan lain-lain fungsi supaya teknologi pengajaran dapat berjalan dengan berkesan. Fungsi ini meliputi pengurusan organisasi dan kakitangan. Fokus pengurusan organisasi ialah mentadbir projek dengan cara mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif. Seterusnya, menguruskan soal perbelanjaan, pembelian serta perkara yang berkaitan dengan prosedur pentadbiran bagi hubungan dalam dan luar organisasi. Pengurusan kakitangan pula terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan pengambilan, penyeliaan dan penilaian pekerja. Tujuan utama pengurusan kakitangan ialah mewujudkan hubungan baik serta meningkatkan keberkesanan komunikasi antara pekerja. Berdasarkan penjelasan di atas tidak dapat dinafikan bahawa teknologi pengajaran dilaksanakan secara bersepadu di mana usaha manusia, prosedur dan idea bagi mencapai satu objektif tertentu diintegrasikan.Untuk menyelesaikan masalah, semua fungsi perlu bergerak secara sistematik dan bersepadu. Untuk memastikan anda dapat memahami pelajaran di atas dengan baik, cuba jawab soalan di bawah.

AKTIVITI 1.4Berdasarkan perbincangan bagi setiap fungsi dalam definisi teknologi pengajaran (1977), gariskan langkah yang perlu diambil dalam usaha untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar.

18

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

1.5

DEFINISI TEKNOLOGI PENGAJARAN MENGIKUT AECT 1994

Kita telah pun berbincang secara terperinci tentang definisi dan fungsi teknologi pengajaran mengikut AECT 1977. Definisi ini masih diguna pakai. Bahkan, definisi teknologi pengajaran mengikut AECT 1994 merupakan kesinambungan daripada definisi dan fungsi mengikut AECT 1977, di mana pembahagian setiap definisi diperincikan. Terdapat lima definisi dalam teknologi pengajaran kini berbanding dengan tiga sebelumnya. Namun itu tidak bermakna wujudnya perbezaan yang banyak di antara definisi yang lepas dengan yang terkini kerana definisi pembangunan, penggunaan dan penilaian sudahpun terangkum dalam fungsi pengembangan pengajaran. Setiap definisi mempunyai teori dan amalannya yang tersendiri dan ia boleh berfungsi secara sendirian atau berinteraksi dengan definisi yang lain. Interaksi ini pula tidak semestinya dalam bentuk linear. Tujuan definisi ini dibentangkan sedemikian rupa adalah untuk menerangkan dengan jelas apa sebenarnya teknologi pendidikan dan apa yang dilakukan oleh profesion perguruan dalam bidang ini. Dengan cara ini, salah faham yang wujud pada masa ini dapat diatasi. Selain daripada kenyataan di atas, paparan tentang definisi ini dapat membantu anda memahami modul ini dan memilih tajuk-tajuk seperti pengajaran kemahiran berfikir, teknologi maklumat dan penilaian. Petikan kata-kata dari Rowntree (1974), menghuraikan:

Educational technology is concerned with the design and evaluation of curricula and learning experiences and with the problems of implementing and renovating them. Essentially, it is rational, problem-solving approach to education, a way of thinking sceptically and systematically about learning and teaching.

Secara ringkasnya, teknologi pengajaran adalah suatu bidang yang penting kepada kita semua. Dengan memahami konsep dan definisinya, kita dapat berusaha ke arah mempertingkatkan kualiti pengajaran yang kita laksanakan serta pembelajaran yang dihasilkan oleh anak didik kita.

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

19

1.5.1

Tafsiran Teknologi Pengajaran Mengikut AECT 1994

Untuk memulakan perbincangan tentang domain teknologi pengajaran mengikut AECT 1994, berikut ialah definisi serta tafsiran tentang teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT: Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.

Definisi ini dengan tegas menyatakan bahawa teori dan amalan menjadi asas kepada setiap tindakan yang diambil. Seorang yang terlibat dengan pekerjaan ini (anda adalah antara mereka) mesti mempunyai pengetahuan yang boleh menyokong setiap amalan yang dilakukan. Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan yang menyumbang kepada badan pengetahuan. Amalan pula bermaksud penggunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Misalnya, ada teori mengatakan niat dan motif untuk belajar berkait rapat dengan kualiti pembelajaran. Mereka yang belajar dengan niat untuk lulus peperiksaan semata-mata tidak dapat memahami bahan yang dipelajari dengan mendalam. Oleh itu, dalam amalan, niat dan motif perlu dipupuk bukan hanya setakat untuk lulus peperiksaan. Arah yang dimaksudkan ialah untuk memahami dengan sepenuhnya pengetahuan yang dipelajari. Sementara itu, niat untuk lulus dan mendapat sijil semata-mata perlu dikikis kerana ia tidak membantu, malah membantutkan pembelajaran yang berkualiti. Sebagai amalan, perlu ditegaskan di sini bahawa ia tidak semestinya berasaskan teori saintifik. Terdapat amalan yang masih menyumbang kepada badan pengetahuan walaupun ia berupa maklumat yang diperoleh daripada pengalaman sahaja. Dalam konteks perlaksanaan teknologi pengajaran, hubungan antara teori dan amalan perlu dijaga dan dipupuk demi perkembangan serta kemantapan bidang ini. Dalam definisi yang sama, tertera perkataan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian. Kesemua ini adalah domain yang

20

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

dimaksudkan. Kita tinggalkan domain ini buat sementara kerana kita akan bincangkannya selepas tafsiran tentang definisi ini selesai dilakukan. Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, perlaksanaan teknologi pengajaran adalah secara tersusun sistematik dan melibatkan proses. Apakah itu proses? Proses ialah satu siri aktiviti yang menjurus ke arah mencapai sesuatu keputusan tertentu. Sila rujuk Rajah 1.3 untuk melihat satu proses yang biasanya merupakan satu urutan prosedur yang bermula daripada input, action dan output. Contoh proses adalah seperti model pengajaran, model reka bentuk pengajaran dan model komunikasi.

Rajah 1.3: Proses

Adakah semua proses memerlukan prosedur yang berurutan? Tidak, terdapat juga proses yang kurang berstruktur seperti proses mengarang. Selain proses, sumber adalah satu lagi unsur yang penting dalam menyelesaikan masalah pembelajaran kerana sumber menyokong pembelajaran. Jika anda masih ingat, sumber pembelajaran bukan sekadar bahan dan peralatan. Sumber termasuklah sistem, bahan dan persekitaran pembelajaran. Jadi, sumber adalah juga manusia, belanjawan, fasiliti dan lain-lain lagi. Tanpa sumber, maka sukarlah pembelajaran dilaksanakan. Kesemua teori, amalan, domain, sumber dan proses ditujukan untuk pembelajaran. Mengapa? Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Justeru, pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Oleh itu, adalah sangat penting untuk seseorang guru memahami maksud pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju. AKTIVITI 1.5 Teori dan amalan juga adalah asas bagi setiap domain kerana domain itu adalah badan pengetahuan. Kepada apakah pengetahuan itu disandarkan? Ia disandarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Justeru, penyelidikan dijalankan bagi menghasilkan teori dan amalan. Apakah teori dan amalan itu pula?

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

21

1.5.2

Domain Teknologi Pengajaran Mengikut AECT 1994

Memandangkan kita semua terlibat secara langsung dalam urusan pengajaran dan pembelajaran, maka tidak keterlaluan jika dikatakan kita semua adalah ahli bidang ini. Persoalannya, adakah kita dapat bertindak secara aktif dan berkesan? Untuk menjadi aktif dan berkesan, mungkin salah satu caranya adalah dengan memahami cabang-cabang ilmu dalam teknologi pengajaran. Ini bermakna tibalah masanya untuk kita membincangkan makna setiap domain. Rajah 1.4 menunjukkan domain teknologi pendidikan 1994 dan bagaimana ia berinteraksi.

Rajah 1.4: Domain Teknologi Pengajaran (1994)

SEMAK KENDIRI 1.5Nyatakan fungsi bagi setiap domain teknologi pengajaran.

22

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

1.6

PERANAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Melihat kepada fungsi setiap domain yang begitu banyak, sudah tentu kita dapat memahami bahawa peranan yang dimainkan oleh teknologi pengajaran juga banyak. AKTIVITI 1.6 Cuba anda catatkan peranan teknologi pengajaran mengikut pengetahuan anda.

Berikut disarankan beberapa peranan teknologi pengajaran. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad (1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat hingga menimbulkan dua persoalan tentang: (a) Kesesuaian dan kerelevanan isi kandungan program pendidikan dan latihan masa kini. Ini disebabkan teknologi tersebut sentiasa memperkenalkan keperluan pengetahuan dan kemahiran baru seperti keperluan menyumbang kepada pembinaan World Wide Web, berinteraksi di alam siber dan sebagainya. Oleh itu,objektif baru pengajaran dan latihan perlu dibentuk seiring dengan hasrat untuk membantu pelajar berjaya dan mendapat pengetahuan serta kemahiran yang membolehkan mereka terlibat secara aktif dan berkesan dalam masyarakat moden masa hadapan. Kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada berbanding dengan teknologi masa kini. Jelasnya, kita perlu mereka bentuk pengajaran menggunakan teknologi baru kerana ia membantu kita menyimpan, memproses maklumat dan berkomunikasi dengan lebih pantas dan tepat. Maka, pengajar perlu disediakan dengan pengetahuan dan kemahiran ini agar mereka dapat menggunakan sepenuhnya media dan sistem penyampaian pengajaran yang baru.

(b)

Penyelesaian persoalan ini besar kemungkinan dapat dicapai jika teknologi pengajaran berperanan sepenuhnya. Antara peranan itu ialah: (a) Mengubah Peringkat Membuat Keputusan Kebiasaannya, penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan menentukan

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

23

kurikulum. Oleh itu terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik. Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat perancangan kurikulum, perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan. (b) Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas. Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan teknologi pengajaran terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untuk pembelajaran. Pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh KPM pada tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan strategi pengajaran. Ini membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah pembelajaran, sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama (Yusuf Hashim, 1998). (c) Mengubah Pengalaman Pembelajaran Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu, pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu perkara, sebagai contoh:

24

X

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

(i)

Kemahiran berfikir, termasuk kebolehan berfikir secara kreatif, membuat keputusan yang wajar, menyelesaikan masalah dan membayangkan sesuatu. Kemahiran berfikir ini berfungsi dalam semua domain kerana setiap domain melibatkan aspek penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Oleh itu, ia amat penting walaupun ia tidak berdiri sebagai satu domain tersendiri. Ciri-ciri keperibadian yang mulia seperti jujur, bertanggungjawab, mahir bergaul dan mahir mengurus (Abdul Rahim Mohd Saad, 1996).

(ii)

Memandangkan teknologi pengajaran terbuka kepada pelbagai jenis pembelajaran, secara bersendirian atau berkumpulan, bersama sumber manusia (seperti pakar bidang) dan bukan manusia (seperti perisian komputer), proses pembelajaran telah menjadi suatu proses yang aktif di mana pelajar diberi peluang memberi makna kepada pengalaman yang diterimanya. Lanjutan daripada proses sedemikian, pelajar yang dihasilkan adalah pelajar yang cemerlang, bertanggungjawab, berkemahiran tinggi dan berdaya maju. Sebagai rumusan, teknologi pengajaran boleh memainkan peranan penting dalam menangani persoalan di atas melalui pembekalan beberapa model pengajaran yang sesuai, teknik-teknik pengajaran yang maju serta perisian yang relevan dan pengurusan yang cekap. AKTIVITI 1.7 Cuba anda berikan apakah lagi peranan teknologi pengajaran?

x x

Sebagai kesimpulan, topik ini telah membincangkan tentang konsep teknologi, pengajaran dan teknologi pengajaran. Konsep yang dikemukakan adalah berteraskan kepada trend semasa dunia pendidikan dan bidang teknologi pendidikan. Kefahaman tentang konsepkonsep ini merupakan teras sebuah pengajaran yang berkesan. Topik ini telah mengemukakan 3 tajuk utama, iaitu memaparkan definisi, fungsi serta peranan teknologi pengajaran mengikut AECT 1977 dan 1994.

x

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

W

25

x

Kupasan tajuk-tajuk ini bertujuan agar anda mendapat gambaran yang jelas tentang konsep dan bidang teknologi pengajaran dan terutamanya, tidak hanya melihat konsep ini sebagai cantik dibaca tetapi tidak realistik dalam amalan.

Pengajaran Teknologi

Teknologi Pengajaran

Mengapakah teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini? Adakah pengajaran tradisional tidak berkesan yang menyebabkan teknologi diperlukan? Bincangkan.

Apakah itu pengajaran? Senaraikan beberapa kategori pengajaran dan terangkan bagaimana kategori tersebut boleh berfungsi untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan.