tingkatkan pengaruh berucap
Embed Size (px)
DESCRIPTION
TRANSCRIPT


Dedikasi Buku ini saya dedikasikan untuk semua yang sentiasa ingin menyampaikan mesej mereka kepada dunia sekaligus mempunyai nilai tambah dalam hidup melalui komunikasi berkesan dan berpengaruh.

Prakata Pengenalan Bab 1: 3 Jenis Komunikasi Utama Talk To Present To Conversation With Bab 2: Kon Pembelajaran 20% Audio Visual 70% Participation Bab 3: State Change Physical Emotion Mental Bab 4: Content Vs Context Body Language Intonations Words Bab 5: 3 Jenis Peserta Visual Auditory Kinesthetic Bab 6: Bonus Power Talk Kaedah Power Talk Mulakan Dengan Soalan Ucapkan Terima Kasih Kenapa anda buat semua ini? Otak Kanan Vs Otak Kiri Bagaimana Semua Ini Bermula? Faedah Seminar & Latihan Anda

Prakata “Terima kasih pada arwah ibu dan bapa saya, Rokiah dan Mohd Nor, tidak lupa kepada isteri saya, Nuni Mohd. Anak-‐anak saya Nury Ramani dan Emir Haqilmubin, guru-‐guru pemasaran dan komunikasi saya , T.Harv Eker, Blair Singer, Joel Robert, Zoltan, Kelly Ritchie, Deborah Patel.” Dalam teknik pengucapan berpengaruh yang saya tulis ini terdapat kandungan hasil pengalaman, pembelajaran, dan pemerhatian saya selama ini. Teknik ini DIJAMIN BERKESAN dan akan meningkatkan PENGARUH anda hampir serta-‐merta. Pada awal bab teknik ucapan berpengaruh, suka saya jelaskan dahulu apakah asas penting dalam teknik komunikasi berpengaruh. Dan kemudian saya akan bawa anda ke bab yang lebih dalam terutamanya dalam proses ucapan bersama peserta. Komunikasi ialah bermaksud menyampaikan mesej anda kepada orang ketiga atau lebih ramai orang pada satu masa dengan berkesan. Kegagalan komunikasi boleh menyebabkan impak yang teruk kepada anda dan juga sekeliling. Ini boleh dilihat bukan sahaja kegagalan dalam perniagaan, tetapi karier dan juga kehidupan seharian.

Pengenalan Sejak kecil, komunikasi merupakan masalah utama saya, semasa disekolah rendah saya gagal bergaul dengan ramai kawan dan apabila saya cuba bergaul saya kurang disukai. Ini terbawa-‐bawa sehingga saya masuk ke tingkatan 1, saya gagal mempunyai kawan sedangkan saya suka berkawan dengan orang ramai. Kesannya, saya rasa rendah diri, rasa hilang keyakinan diri, hidup menjadi tertekan dan menjadi semakin nakal. Saya mula hilang minat untuk belajar dan ponteng sekolah. Kemudian saya dihantar ke sekolah asrama di Kuala Terengganu kerana saya dikatakan mempunyai masalah disiplin di sekolah. Keadaan mendesak, saya terus tertekan, dan akhirknya saya mengambil keputusan untuk keluar dari masalah ini. Tidak tahu apa caranya, saya pergi ke perpustakaan sekolah, dan ada satu buku penyelamat hidup saya. Buku pertama saya baca ialah “How To Influence Friends”, Dale Carnegie. Dari situlah saya praktikkan dan saya boleh bergaul dengan lebih ramai orang dan mereka suka akan kehadiran saya. Obsesi ini terus meningkat dan bertukar menjadi passion apabila saya menyedari hidup ini bukan mengenai diri saya seorang untuk menjadi seorang communicator , tetapi ramai lagi seperti saya yang mungkin memerlukan bimbingan dari orang yang telah melaluinya menerusi pengalaman , pembelajaran, dan pemerhatian. Dan saya percaya, anda yang membaca buku ini adalah takdir saya menyampaikan ilmu ini kepada anda. Bagaimana semua ini bermula? Semua ini bermula dengan serius apabila saya ‘terbuka mata’ apabila saya menjalani latihan Millionaire Mind Intensive , 2009 , Singapura. Secara serius, saya melabur lebih dari RM100,000, 3 tahun dalam pembelajaran dan aplikasi, untuk mendapatkan apakah rahsia sebenar dan mencapai pemahaman yang tinggi dalam bidang ini. Saya menjalani latihan komunikasi dan pemasaran di Singapura, Thailand, dan juga Amerika Syarikat. Dan pulangan sangat besar, dengan mudah saya boleh berkomunikasi untuk mendapatkan apa yang saya mahu dan mungkin tidak pernah impikan sebelum ini.

Saya turut mendapat pengaruh dan sokongan dalam Persatuan Usahawan Internet Malaysia, saya membina cabang perniagaan dalam bidang F&B, saya menjalankan perniagaan kereta sewa untuk isteri saya. Dan hasil kebolehan komunikasi berkesan dan berpengaruh ini, saya juga dengan cepat dipanggil oleh Majalah, Radio dan Televisyen. Seterusnya meningkatkan reputasi saya. Dan semua ini tidak berarti jika saya tidak dapat kongsikan kepada anda yang bakal merubah hidup anda tidak lama lagi. Saya benar-‐benar berharap, anda mendapat manfaat dari apa yang bakal saya kongsikan kepada anda. Tidak kira anda tiada apa-‐apa sekarang ini, atau anda sudah mempunyai model perniagaan dan mahu meningkatkan nilai tambah hidup anda. Saya percaya apa yang saya kongsikan boleh membantu mencapai impian anda. Amin. Gero Azrul, 13 Julai 2012.

Bab 1 Anda akan didedahkan dengan 3 jenis komunikasi yang berlaku disekeliling anda. Anda akan tahu mana yang perlu fokus dan gunakan dalam perniagaan atau karier anda selepas ini. 3 Jenis Komunikasi Pandai Bercakap (Talk To) Pernahkan anda sendiri berjumpa dengan mereka yang bercakap-‐cakap tanpa pedulikan tempat, masa, perasaan anda. Apa yang mereka tahu ialah teruskan bercakap-‐cakap mengenai sesuatu perkara tanpa menghiraukan anda langsung. Atau adakah anda pernah berbuat begitu? Saya harap tidak… Saya sering lihat bukan sahaja orang seperti ini bersikap begitu secara one on one tetapi mereka juga lakukan semasa present produk atau servis mereka. Dalam teknik ini, biasanya orang seperti ini tidak mempunyai keyakinan yang cukup, dan mereka biasanya akan terus bercakap dengan harapan anda akan rasa bosan dan setuju dengan pendapat mereka. Buat Persembahan (Present To) Ini merupakan peringkat yang biasa berlaku di universiti, tempat kerja dan sebagainya. Mereka yang tergologn dalam kategori ini akan menggunakan slide-‐slide canggih yang penuh dengan data-‐data serta fakta-‐fakta yang hebat. Ini juga adalah merbahaya jika diteruskan, ini boleh membuatkan ramai orang mengantuk dan tidak berupaya untuk mendengar ucapan anda dalam tempoh yang lebih dari 15 minit. Berborak-‐borak (Conversation With) Bila masa anda apabila mendengar seseorang bercakap dengan anda, tetapi anda boleh bertahan sehingga 3-‐4jam pada satu-‐satu masa? Sudah pasti sewaktu anda berborak-‐borak. Semasa berborak-‐borak bukan sahaja bahasa badan fokus untuk mendengar, tetapi emosi dan mental juga terbabit. Dengar dengan bersungguh-‐sungguh dan memahami apa yang disampaikan. Dalam fokus Teknik Ucapan Berpengaruh ialah saya akan bawa anda untuk fokus kepada Kuasa Berborak-‐Borak, ini sangat sesuai dari audience 5 orang sehingga 5000 orang pada satu-‐satu masa.

Aktiviti Bab 1
1) Senaraikan orang-‐orang yang selalu bercakap tanpa pedulikan orang lain, dan apakah hasil terbaik pernah mereka dapat?
2) Berikan contoh apa anda pernah buat dalam Present To dalam perniagaan atau karier anda sebelum ini?
3) Senaraikan apakah elemen yang membolehkan anda mendengar berjam-‐jam lamanya semasa berborak. Apa yang membuatkan anda terus mendengar.

Bab 2: Kon Pembelajaran Anda akan didedahkan mengenai kaedah memberi mesej berkesan menurut kajian Prof Edgar Dale, 1969. Cone Of Learning Ini merupakan bahagian penting selepas anda mengetahui kuasa berborak-‐borak dalam komunikasi terutama untuk ucapan berpengaruh. Apabila anda menghantar mesej pada orang lain, apa yang paling penting ialah berapa banyak kadar retention atau bermaksud kadar maklumat yang bukan sahaja mereka dengar malah ingat secara mendalam apa yang anda sampaikan. Disinilah yang membezakan anda berpengaruh atau tidak. Jadi baca baik-‐baik dan fahami dengan mendalam sebaik mungkin. Dalam peratusan pemahaman dan ingatan peserta, rujuk pada gambarajah ini.

Jika dalam ucapan anda, anda memberikan teks atau biasa orang meletakkan teks di slide presentasi, ini akan menyebabkan orang membaca teks dan tidak tertumpu pada anda. Menurut Edgar, jika membaca teks sahaja hanya 10% mesej diterima oleh peserta. Tidak hairanlah kemudian, ramai penceramah menggunakan slide animasi dan sebagainya untuk membantu pemahaman. Ini sebenarnya kurang berkesan, ini kerana menurut Edgar, jika hanya membaca, melihat dan mendengar hanya berkesan sehingga 30% sahaja. Adalah sangat merugikan bagi anda, terutama anda yang dalam bidang latihan, anda sudah tentu mahu peserta ingat apa yang diajar dan mahukan lagi program dari anda bukan? Jika and buat demo pula anda akan dapat meningkatkan pemahaman lebih pada 50%, ini kerana anda akan berjaya mengaktifkan 2 deria peserta sekaligus, iaitu melihat dan mendengar. Apa yang perlu anda buat? Dalam mana-‐mana seminar yang saya jalankan, saya amat fokuskan kepada minima 70% penghantaran mesej saya kepada peserta. Dengan secara tidak langsung akan memberikan kesan pengaruh yang kuat pada mana-‐mana ceramah atau latihan yang saya buat. 70% datang dari Participation Dalam mana-‐mana seminar saya akan lukiskan seperti ini, sebiji bekas dimana bahagian bawah sekali ialah bahagian pasif , 20% dan bahagian atas ialah 70%. Saya bertanya kepada peserta, anda ingin dapat sebanyak mungkin dalam seminar ini, anda nak dapat 20% atau anda mahu dapat 70%. Sudah tentu peserta akan jawap mahu dapat sebanyak mungkin, jadi pada masa inilah anda boleh dapatkan persetujuan mereka untuk libatkan diri dalam ceramah atau latihan anda. Anda minta penglibatan mereka, penglibatan mereka seperti contoh, selepas anda memberi isi kandungan, anda minta mereka buat diskusi dengan orang sebelah berdasarkan apa yang telah anda sampaikan.

Bab 3: State Change Menurut kajian oleh pakar Neurology dari University Of Oxford, ketahanan fokus normal manusia dalam situasi pembelajaran hanya dapat bertahan tidak lebih dari 15 minit. Jadi bayangkan jika seseorang penceramah itu terus bercakap berjam-‐jam lamanya tanpa berhenti, apa akan jadi pada peserta atau pendengar? Dalam bahagian 2, kita telah membincangkan mengenai Cone of Learning , dimana apa yang paling penting untuk meningkatkan keberkesanan sekaligus pengaruh pengucapan anda ialah Participation. Jadi dalam bahagian 3 ini, saya akan bawa anda untuk fokus kepada apakah yang boleh membuatkan peserta sentiasa aktif dengan apa yang anda sampaikan. Iaitu kita akan fokuskan kepada engagement dari segi participation atau penglibatan peserta. Dalam setiap manusia, secara asasnya terdiri dari 3 elemen utama, iaitu physical, emotion dan mental. Sekarang anda sudah tahu, fokus normal hanya bertahan dalam masa 15 minit sahaja, jadi anda perlukan penglibatan peserta untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai apa yang anda sampaikan. Fizikal Ini adalah yang paling mudah untuk melakukan state change , antara aktiviti yang anda boleh buat ialah dengan membuatkan peserta melakukan aktiviti fizikal. Sebagai contoh , anda menyuruh peserta “Pandang kawan sebelah, kata ‘ saya hebat’ “. “Angkat tangan dan kata ‘heiii’’. “Bangun dan ubah tempat duduk”. Emosi Emosi biasanya dikaitkan dengan cerita, iaitu kaedah bercerita. Kaedah bercerita ini melibatkan emosi yang gembira atau sedih. Ramai yang boleh fokus dengan emosi yang gembira dan seronok, contoh paling jelas sekarang ini (2012) bagaimana Ustaz Azhar Idrus menggunakan lawak jenaka yang berunsur emosi . Sekaligus membina pendengar yang ramai setiap kali ceramah.

Cerita adalah salah satu kaedah yang powerful , sejak zaman dahulu kala lagi, Tamadun Mesir contohnya, penuh di dinding gua menceritakan sesuatu dari masa lampau. Anak-‐anak membesar dengan cerita dari ibu bapa dan datuk nenek mereka. Sekaligus membina jati diri dan juga pengalaman dan pembelajaran secara tidak langsung. Emosi melibatkan kegembiraan, kesedihan dan dramatik yang terkandung dalam sesebuah penceritaan. Syarikat MLM, Insurans dan sebagainya menggunakan kaedah ini dengan bercerita mengenai susah senang dan kejayaan mereka untuk memotivasikan peserta. Dan cerita ini penuh dengan emosi, dimana emosi boleh meningkatkan kefahaman dan juga fokus peserta pada satu-‐satu masa. Jadi dengan ekspresikan emosi dalam komunikasi akan memberikan pengaruh yang besar kepada anda dan peserta. Mental Mental Exercise antara yang mudah dilakukan, iaitu setelah anda memberikan beberapa perkara baru dan berkongsi dalam 15-‐20 minit, anda meminta peserta untuk tuliskan kembali apa yang mereka faham dari apa yang telah anda sampaikan. Atau anda membuat satu model masalah untuk mereka selesaikan dengan jangkamasa tertentu. Fokus disini ialah membuatkan mereka tertanya atau menyelesaikan masalah. Dalam POWER TRAINING ini dipanggil suggestology. Iaitu mencadangkan peserta dengan pendapat anda secara tidak sedar. Sekaligus mereka telah menerima pandangan anda sebagai pandangan mereka. Antara contoh aktiviti mental ialah problem solving. Aktiviti Bab 2:
1) Senaraikan 5 aktiviti Fizikal, Emosi, atau mental yang anda boleh buat untuk seminar anda akan datang.

Bab 4: Content Vs Context Ini adalah perkara yang sering saya tanya dalam seminar dan latihan saya pada para peserta, malah semasa saya melatih guru di sekolah saya juga bertanya perkara yang sama. Dan kebanyakan masih keliru kerana tiada definisi dan juga penjelasan yang jelas mengenai hal ini. Content ialah kandungan anda yang anda ingin sampaikan, atau pun bermaksud material anda untuk peserta. Benar Content is King , tetapi cuba anda bayangkan jika penceramah terus memberi isi kandungan secara terus menerus. Jika anda masih ingat, ini sebenarnya berada pada tahap ke dua dalam komunikasi berkesan iaitu – Present To Dengan data yang tinggi, fakta yang banyak, bahasa jargon yang tinggi menyebabkan kegagalan komunikasi antara anda dan peserta. Sebab itu adalah penting untuk melakukan Market Research sebelum anda melakukan mana-‐mana ucapan. Fokus yang paling penting ialah context itu sendiri, iaitu bagaimana anda menyampaikan kandungan tersebut. Kegagalan anda menguasai context boleh menyebabkan anda hilang pengaruh dalam ucapan anda. Isi Kandungan (Context) Saya akan dedahkan pada anda context dari sudut diri anda dahulu, ini adalah asas utama dalam ucapan berpengaruh. Context atau cara penyampaian adalah amat penting. Dan asasnya ialah anda perlu tahu bagaimana peserta menerima maklumat dari anda. Pada saat anda berhadapan mereka, perkara utama yang mereka lakukan ialah scanning , iya, mereka akan imbas anda bermula dari cara berpakaian, dan wajah anda. Ini kerana visual memainkan peranan yang paling penting. Dan pada visual ini membawa kepada gaya bahasa badan anda atau body language. Semasa penyampaian body language memainkan peranan sehingga 55% dalam pengucapan anda. Ini memainkan peranan penting, oleh sebab itu cara advanced dalam ucapan berpengaruh ialah menguasai ilmu Emotion Expression.

Perkara kedua paling penting ialah intonations atau intonasi anda sendiri. Intonasi ini memainkan peranan sehingga 38% , dan jumlah sangat besar. Dengan intonasi ini membolehkan anda tidak menjadi hambar dalam pengucapan anda. Monotenous atau berbunyi pada alunan yang sama boleh mengundang rasa mengantuk dengan teruk pada peserta sekaligus menggalakan fikiran mereka terawang-‐rawang ke tempat lain. Masalah ini dikenali sebagai Mental Flight. Cuba anda bayangkan, atau rasakan bagaimana anda mendengar alunan musik yang tidak berubah temponya. Apa akan jadi? Begitulah dalam pengucapan anda, anda mesti ada high note dan low note. Dan yang terakhir sekali ialah words – 10% . Dan ini merupakan bahagian kandungan anda. Apa yang anda mahu sampaikan hanya 10% penting semasa anda memberi ucapan.

Bab 5: Mengenali Peserta Selepas anda mengenali peserta dari segi Market Research , perkara wajib yang perlu anda tahu ialah bagaimana anda mengenali peserta. Untuk pengetahuan anda, peserta ini hanya terdiri daripada 3 kategori utama sahaja. Pengetahuan ini diambil dari kajian NLP (Neuro Lingustic Program) yang dipopularkan oleh Anthony Robbins. Visual Majoriti besar peserta adalah jenis visual, iaitu mereka yang jenis memandang muka, melihat gambar dan demonstrasi. Dan mereka yang jenis ini ialah mereka yang melihat contoh, dan mudah memahami dengan memberikan konsep metaphor (alat bantu mengajar). Oleh kerana golongan ini paling besar, sebab itulah dalam banyak buku mengenai pengucapan awam dan sebagainya, menceritakan betapa penting ‘eye contact’ pada anda dan peserta. Auditory Jenis peserta ini perlu diransang menggunakan bunyi-‐bunyi atau penceritaan berbentuk bunyi. Contohnya semasa dalam ucapan anda, “Saya mendengar kereta lalu , vrooooooooommm” . Ini bermaksud , anda mesti memasukkan elemen bunyi ini, tidak boleh terlampau fokus pada semata-‐mata pada visual aid seperti flip chart dan lain-‐lain. Kinesthetic Untuk golongan ini, biasanya golongan ini adalah campuran sedikit dari golongan lain. Teknik utama untuk memastikan mereka terus fokus pada anda ialah dengan bercakap perlahan-‐lahan dan memasukkan elemen ‘rasa’ atau merasai. Sebagai contoh, “Saya tahu dan saya merasai ada sesuatu dalam diri saya untuk bangkit”. Bezanya disini ialah anda bercakap perlahan-‐lahan, sebut satu persatu bagaimana anda merasakan sesuatu semasa anda berucap.

Bonus: Kaedah PowerTalk

Bonus – Kaedah Power Talk Sekarang kita telah sampai pada bahagian paling penting, iaitu bahagian bagaiaman anda boleh aplikasikan dalam hidup anda. Dalam Power Talk , program saya perkara paling penting bagi saya ialah anda boleh aplikasikan apa yang diajar. Saya mempunyai 2 program utama iaitu Power Talk dan Power Training. Fokus kepada kedua-‐dua program ini adalah untuk membolehkan anda berkomunikasi dengan berkesan dan berpengaruh. Dalam Power Talk anda didedahkan dengan teknik – teknik untuk menguasai peserta anda dengan mengamalkan konsep Audience Engagement sentiasa. Dalam Power Training pula adalah lebih jauh advanced dan banyak fokus kepada trainer dan fasilitasi. Dalam buku ini anda telah belajar perkara penting dan merupakan tiang asas dalam Power Talk. Di bahagian bonus ini, saya akan berikan satu rangkuman dan bagaimana anda boleh aplikasikan terus untuk kegunaan anda serta merta. Perkara paling penting yang perlu diingat ialah, apabila anda masuk sahaja ke pentas, peserta tidak mengenali anda. Dan anda dianggap ancaman kepada mereka jika anda tidak Jadi fokus mestilah kepada pengenalan diri anda, menurut kajian yang dijalankan oleh kumpulan penceramah luar negara, anda hanya ada masa kurang dari 15 minit untuk menarik perhatian dan kepercayaan peserta. Mulakan dengan soalan Ini adalah perkara wajib bagi anda yang mengamalkan ilmu ini, mesti mulakan dengan soalan. Saat anda melangkah ke pentas, mesti ada 2 soalan utama yang perlu anda tanya, dan soalan itu mestilah mengikut market research (latar belakang peserta). Soalan pula tidak perlu mengikut topik tertentu, mana yang sesuai sahaja. Contoh jelas yang saya berikan ialah: “Berapa ramai yang sudah sarapan pagi” , “Berapa ramai yang belum sarapan pagi” 2 soalan di atas adalah saling berkait, tujuan ini adalah untuk terus dapatkan perhatian dari peserta.

Soalan mestilah bertanya siapa yang sudah, dan siapa yang belum. Ini kerana anda mahu menarik perhatian semua orang, dan bukan sebahagian saya. Contoh dalam seminar atau latihan pula; “Berapa ramai yang nak pandai komunikasi berpengaruh?” , “Berapa ramai yang bukan sahaja pandai komunikasi berpengaruh malah menjana pendapatan lumayan darinya?” Latihan: Bina 2 soalan utama anda sekarang, dan perhatikan mana yang lebih teruja. Anda boleh tanya rakan anda sebagai eksperimen. Ucapkan Terima Kasih Terima kasih adalah kunci utama dalam mana-‐mana pengucapan berpengaruh, ini kerana dengan terima kasih peserta akan merasa dihargai. Apabila mereka merasa dihargai barulah mereka akan bersedia untuk mendengar anda. Jadi langkah seterusnya ialah terus berterima kasih. Nama saya _________________________ , saya mengucapkan selamat datang ke program / seminar ______________________. Sebelum itu saya ingin ucapkan terima kasih pada:
1) Penganjur 2) Tuan punya tempat
Dan paling penting ialah anda semua yang hadir pada hari ini, saya faham anda telah melaburkan bukan sahaja wang ringgit, tetapi masa dan tenaga, oleh itu saya sangat hargainya dan saya akan buat sebaik mungkin untuk anda hari ini. Kenapa anda buat semua ini? Dalam mana-‐mana kajian kes mengenai syarikat yang berjaya, mereka yang popular, pemimpin yang hebat semuanya berkait mengenai hal ini. Iaitu mengapa mereka buat semua ini, apakah yang menyebabkan mereka jadi pakar dalam sesuatu hal tersebut. Ini dipanggil membina kredibiliti dengan pantas. Ini sangat penting, walaupun anda ada macam – macam program yang berkesan pun, anda hilang bahagian ini, anda akan mendapati anda sukar untuk bergerak dengan lebih laju.

Seperti yang anda telah pelajari , perkara utama yang perlu ditekankan ialah cerita anda. Anda mesti bercerita mengenai diri anda sebelum ini. Terdapat 2 komponen utama dalam bercerita membina kredibiliti. Otak Kanan Vs Otak Kiri Semasa anda kenalkan diri anda, anda mesti rangsangkan kedua belah otak kanan dan otak kiri peserta. Kebanyakan penceramah hari ini lebih banyak merangsang otak kiri peserta, iaitu caranya ialah mereka memberikan ‘angka’. Contohnya: Saya telah membantu 1000 perniagaan, 2000 usahawan, dan mereka meningkatkan 25% pendapatan mereka kurang dari 7 hari. (Ahli Perniagaan) Atau Saya mempunyai Ijazah dalam ____________, Master dalam ___________, dan 2 Doktor Falsafah. (Ahli Akademik). Kemudian disusuli dengan ‘closing’ atau bermaksud menarik peserta kepada tindakan. Apa kelainan anda ialah, anda mahu praktikkan lebih kepada otak kanan. Menurut Simon Sinek, beliau mengatakan “WHY” itu lebih penting dari “WHAT”. Ini bermaksud, apa SEBAB anda jual adalah lebih penting dari APA anda jual. Teknologi ini meransang kepada tindakan, tindakan datang dari emosi, proses pembelian atau mengikut apa anda kata ialah bergantung kepada kekuatan anda merangsang emosi peserta untuk bertindak kepada apa yang anda mahukan. Antara syarikat gergasi besar menggunakan kaedah ini yang anda kenali ialah Apple, Nike, dan Adidas serta lain-‐lain. Bagaimana mendiang Steve Job melakukan key notes beliau adalah antara terbaik di dunia. Beliau lebih fokus kepada apa yang rasa kalau menggunakan berbanding apa yang beliau jual. Teknik dari Joel Robert, USA Today . Salah satu teknik yang selalu diguna pakai, tetapi kurang orang menyedarinya ialah teknik DIP.

Ini saya pelajari terus dari Joel Robert, beliau menjadi pakar dalam ‘self branding’ melalui media, ini kerana beliau berkhidmat lebih 20 tahun dalam media terkenal USA. Teknik DIP ialah bagaimana anda bermula sebelum ini, Every Master Was Once a Disaster – T.Harv Eker Setiap orang yang hebat hari ini adalah mereka yang penuh buat kesilapan atau menanggung kesusahan. Bergantung kepada cerita anda, cuma pastikan benar dan tidak direka. Ini adalah penting kerana orang ramai boleh mengesan cerita anda itu benar atau tidak. Fokus utama ialah, anda ceritakan bagaimana keadaan anda dulu, apa yang anda lalui dan dalam perjalanan tersebut anda berjumpa pelbagai rintangan dan akkhirnya berjaya mengharungi rintangan tersebut. Lantas mendapat hasil seperti hari ini. Ini adalah cerita komik hero atau cerita-‐cerita lagenda. Sama strukturnya tetapi penting untuk memberi kesan kepada cerita anda. Cuba perhatikan struktur cerita saya pada awal buku ini, “Sejak kecil, komunikasi merupakan masalah utama saya, semasa disekolah rendah saya gagal bergaul dengan ramai kawan dan apabila saya cuba bergaul saya kurang disukai. Ini terbawa-‐bawa sehingga saya masuk ke tingkatan 1, saya gagal mempunyai kawan sedangkan saya suka berkawan dengan orang ramai. Keadaan mendesak, sehingga saya terpaksa ke perpustakaan setiap hari untuk membaca buku mengenai bagaimana hendak berkawan. Buku pertama saya baca ialah “How To Influence Friends”, Dale Carnegie. Dari situlah saya praktikkan dan saya boleh bergaul dengan lebih ramai orang dan mereka suka akan kehadiran saya. Obsesi ini terus meningkat dan bertukar menjadi passion apabila saya menyedari hidup ini bukan mengenai diri saya seorang untuk menjadi seorang communicator , tetapi ramai lagi seperti saya yang mungkin memerlukan bimbingan dari orang yang telah melaluinya menerusi pengalaman , pembelajaran, dan pemerhatian. Dan saya percaya, anda yang membaca buku ini adalah takdir saya menyampaikan ilmu ini kepada anda.

Bagaimana semua ini bermula? Semua ini bermula dengan serius apabila saya ‘terbuka mata’ apabila saya menjalani latihan Millionaire Mind Intensive , 2009 , Singapura. Secara serius, saya melabur lebih dari RM100,000, 3 tahun dalam pembelajaran dan aplikasi, untuk mendapatkan apakah rahsia sebenar dan mencapai pemahaman yang tinggi dalam bidang ini. Saya menjalani latihan komunikasi dan pemasaran di Singapura, Thailand, dan juga Amerika Syarikat. Dan pulangan sangat besar, dengan mudah saya boleh berkomunikasi untuk mendapatkan apa yang saya mahu dan mungkin tidak pernah impikan sebelum ini. Saya turut mendapat pengaruh dan sokongan dalam Persatuan Usahawan Internet Malaysia, saya membina cabang perniagaan dalam bidang F&B, saya menjalankan perniagaan kereta sewa untuk isteri saya. Dan hasil kebolehan komunikasi berkesan dan berpengaruh ini, saya juga dengan cepat dipanggil oleh Majalah, Radio dan Televisyen. Seterusnya meningkatkan reputasi saya. Dan semua ini tidak berarti jika saya tidak dapat kongsikan kepada anda yang bakal merubah hidup anda tidak lama lagi. “ Anda akan dapati, saya mempunyai unsur , saya dulu macam mana, tidak pandai berkomunikasi, dan mencari jalan keluar dari masalah itu. Cerita saya akan lebih dramatik, jika saya masukkan unsur seperti, bagaimana saat saya lalui semasa susah tersebut, Contohnya, saya rasa sebak, sering menangis sendirian, rasa marah dan cemburu dan sebagainya. (Biasanya saya cerita apabila ‘live’). Jadi unsur emosi ini akan merebak kepada peserta, mereka akan lebih percaya kerana mereka tahu anda adalah manusia biasa yang mempunyai hasil setelah bertungkus lumus. Dan mereka mahu belajar anda, kerana anda normal , bukan kerana anda hebat, tetapi anda adalah manusia biasa. Kuasa paling besar dalam pengucapan berpengaruh ialah – KEASLIAN (Authenticity). Latihan: Bina cerita anda bagaimana anda bermula, apa rintangan dan halangan anda hadapi, dan apa hasil anda sekarang. Berlatih bercerita tidak melebihi 8 minit.

Faedah / Hasil Seminar Anda Terakhir sekali sebelum anda habiskan memperkenalkan diri terus menaikkan semangat orang yang nak belajar dengan anda. Jadi anda terus berikan apa yang mereka boleh terus dengan apa bakal diajar oleh anda. Contoh: Dalam seminar ini anda akan belajar , anda mesti fokus kepada hasil dan bukannya apa yang akan dipelajari
1) Berapa ramai nak __________________ 2) Berapa ramai bersedia (hasil) _________________ 3) Berapa ramai berminat untuk ___________________
Kemudian barulah anda terus mengajar atau berceramah. Dan ingat gunakan kaedah pengucapan berpengaruh seperti yang telah dipelajari sebelum ini.