terima kasih & kerajinan
DESCRIPTION
RajinTRANSCRIPT
Ahli kumpulan : Anikko Ayi ( SK Tebakang ), Dickie Salin (SK Parish Balingian),Karen Ak Wilson Jana(SK Sacred Heart(M), Wong Yew Hing(SJK SU KWONG), Arlena Binti Musa (SK Long Tengoa,Lawas), Zurianyi ak Rahman (SK Stunggang Melayu), Cyrena Ak Tedy (SK Stapok),Haslinda bt Alau (SK St Kevin,Dalat), Helen Empera (SK TG.Bundung, Bintangor)
Nilai Berterima kasih
Watak Bekas Guru Besar Cemerlang
Senario Encik Mokhtar Bin Saharan merupakan seorang bekas Guru
Besar cemerlang yang mempunyai pengalaman mengajar 35 tahun.
Beliau pernah berkhidmat sebagai guru besar di beberapa buah
sekolah. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Pelajaran
Daerah.
Setelah bersara, beliau telah menjalankan kelas tuisyen
percuma, sebagai penceramah motivasi di sekolah dan menjadi
pakar rujuk bagi masyarakat setempat.
Penerangan 1. Murid berbincang dalam kumpulan/berpasangan memilih dan
mengisi borang profil tokoh setempat yang berjasa.
2. Murid diberi peta buih untuk menyenaraikan kepentingan
menghargai anggota masyarakat setempat.
Contoh Sebagai mengenang jasa dan sumbangan tokoh
tersebut .
Mengeratkan hubungan masyarakat dan tokoh
tersebut.
3. Murid-murid bercerita mengenai pengalaman mereka
bersama tokoh tersebut dan menyatakan perasaan mereka.
Contoh : Abu turut menghadiri kelas tuisyen percuma
selama setahun. Abu menceritakan pengalaman dan
perasaannya.
4. Murid-murid menyediakan kad ucapan terima kasih sempena
sambutan Hari Guru walaupun tokoh tersebut sudah bersara.
DSKP PENDIDIKAN MORAL Tahun 5 @ KSSR | 1
Ahli kumpulan : Anikko Ayi ( SK Tebakang ), Dickie Salin (SK Parish Balingian),Karen Ak Wilson Jana(SK Sacred Heart(M), Wong Yew Hing(SJK SU KWONG), Arlena Binti Musa (SK Long Tengoa,Lawas), Zurianyi ak Rahman (SK Stunggang Melayu), Cyrena Ak Tedy (SK Stapok),Haslinda bt Alau (SK St Kevin,Dalat), Helen Empera (SK TG.Bundung, Bintangor)
Nilai Kerajinan
Lokasi Rumah Panjang
Senario Persiapan sambutan Hari Gawai.
Penerangan 1. Murid menceritakan perlakuan rajin semasa membuat
persiapan sambutan Hari Gawai.
Contoh :a) Membersih rumah/ruai.
b) Mencuci
c) Menghias
d) Mengecat
2. Murid menjelaskan kepentingan bersikap rajin dengan
membina peta minda.
Contoh :a) Mengeratkan hubungan
b) Mencantikan rumah panjang.
c) Sambutan Hari Gawai berjalan dengan lancar.
d) Mengekalkan dan mengukuhkan keharmonian di rumah
panjang.
3. Murid-murid menceritakan perasaan seperti gembira, teruja,
bangga dan bersyukur.
4. Murid-murid mengamalkan sikap rajin bukan sahaja semasa
persiapan hari perayaan tetapi juga di sekolah, rumah dan di
mana sahaja dia berada.
DSKP PENDIDIKAN MORAL Tahun 5 @ KSSR | 2