terapi bercerita

Upload: izzati-jazmin

Post on 02-Nov-2015

1.032 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

TRANSCRIPT

UJIAN KECENDERUNGAN BAKAT

TERAPI BERCERITADISEDIAKAN OLEH :AINAN NAJIHAH BINTI MOHD MUSLEHIZZATI JAZMIN BINTI JAMALUDINNUR FATIN BINTI MOHD MAZLANNUR FARHANA BINTI MOHD KASSIMPENGENALANTerapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni.Nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang mempunyai motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanakyang mempunyai tingkah laku bermasalah.

KONSEP BERCERITATeknik berceritamerupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat. Elemen yang penting dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan sesuatu cerita.

TUJUAN TERAPI BERCERITAKelebihan TerapiJenis Terapi BerceritaBeg Cerita AjaibBuku CeritaPihak KetigaSatu Gambar Seribu MaknaMontaj KeluargaKapsul MasaPRINSIP-PRINSIPPANDUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BERCERITAGARIS PANDUAN TERAPI BERCERITAGARIS PANDUAN TERAPI BERCERITALembut & sensitif Tidak terlalu ghairah untuk menyelesaikan masalah. Contoh :i) gunakan situasi yang sama dengan keadaan klien, tetapi tukarkan watak kepada watak lain.ii) gantikan watak manusia dengan watak binatang di dalam zoo.GARIS PANDUAN TERAPI BERCERITAKreatif Pencerita perlu ceria dan bersemangat. Ini bagi membantu klien melupakan seketika masalah yang sedang dihadapi. Nada suara yang sesuai bagi menggambarkan situasi- situasi di dalam cerita. Penggunaan boneka, gambar dan juga replika dapat membantu menarik minat klien.GARIS PANDUAN TERAPI BERCERITAPositif Akhirkan cerita dengan kejayaan watak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Meneroka perasaan klien secara tidak langsung sewaktu penceritaan berlangsung. Beri peluang kepada klien untuk cuba memikirkan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi watak dalam cerita.GARIS PANDUAN TERAPI BERCERITA Ajak kanak-kanak turut serta bercerita Minta klien cuba mencari jawapan daripada cerita yang diceritakan. Memberi keyakinan kepada klien untuk menyampaikan penyelesaian yang dirasakan betul dan menyelesaikan masalah watak sekaligus, menyelesaikan masalah mereka sendiri. Guru membetulkan penyelesaian yang diberikan jika rasa ia tidak bersesuaian.URUTAN TERAPI BERCERITAPerancangan dan PersediaanGuru bermula memilih tajuk cerita yang sesuai.Kriteria :Tema : mengandungi nilai moral yang murni.Isi : menarik dan perkataan yang dipilih sesuai dengan pengalaman murid.Tempoh : panjang cerita sesuai dengan peruntukan masa.Perancangan dan PersediaanSelepas cerita dipilih, guru hendaklah:Cuba berlatih menghafaz dan bercerita sendiri tanpa pendengar.Menyediakan alat bantu mengajar semasa bercerita.Menyediakan beberapa soalan untuk menguji kefahaman murid.Perancangan dan PersediaanSebelum mula bercerita, guru hendaklah:Menyusun tempat duduk murid agar murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru.Tempat bercerita dihias dengan alatan atau gambar yang sesuai.Sesi BerceritaDimulakan dengan satu set induksi yang menarik dan berkaitan.Guru menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid.Pastikan setiap murid telah memberi perhatian sepenuhnya.Guru boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing.PenutupTujuan: membantu murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan.Pelbagai aktiviti boleh digunakan. Antaranya:Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan.Menyuruh murid mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.Sekian, terima kasih.