teknologi inovasi solar

14
Produk hijau dari Teknologi Inovasi Solar  Sistem Penyaman Udara Solar Dingin dan Penyejuk Solar BCT berupaya jimat elektrik  TEKNOLOGI Inovasi Solar Sdn Bhd, memperkenalkan dua produk teknologi hijau iaitu Sistem Penyaman Udara Solar Dingin dan Penyejuk Solar BCT yang berupaya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 50 peratus. Sistem Penyaman Udara Solar Dingin ialah sistem pendingin hawa hibrid berasaskan tenaga solar pertama di perkenalkan di negara ini. Ia berfungsi menggunakan haba tenaga solar pada siang hari, manakala pada sebelah malam ia digerakkan oleh tenaga elektrik. Menggunakan gas HFC yang mesra alam, sistem penyaman udara hibrid itu ditawarkan pada harga RM3,200 untuk unit dengan kuasa kuda (HP) 1.5, RM3,600 (2.0 HP) dan RM4,000 (2.5 HP) yang boleh dibeli secara dalam talian di www.solardingin.com bermula bulan depan. Penyejuk Solar BCT yang menggunakan sistem penyejukan berpusat pula sesuai untuk kegunaan  bangunan komersial serta b angunan yang menggunakan jumlah tenaga yang tinggi seperti hospital, sekolah dan makmal universiti. Ia dihasilkan dengan menepati garis panduan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang mana pemilik  bangunan yang menggunakannya boleh menuntut 100 peratus pe ngecualian cukai. Pengarah Urusan Teknologi Inovasi Solar, Mohamad Azan Sulaiman, berkata pelancaran produk  berteknologi hijau itu diharap dapat membuka lebih banyak pe luang bagi syarikat itu mengembangkan perniagaan syarikat induknya dalam sektor lain serta dapat mempelbagaikan aliran pendapatannya. Teknologi Inovasi Solar ialah sebuah anak syarikat Alam Dingin Air Conditioning Enggineering Sdn Bhd yang mengeluarkan sistem pendingin hawa khusus bagi sektor minyak dan gas, iaitu satu daripada syarikat Bumiputera di bawah program Syarikat B umiputera Berprestasi Tinggi (TeraS) yang dikendalikan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). Mohamad Azan berkata, syarikat itu mahu memasarkan sistem penghawa dingin dan produk kualiti udara dalaman yang memenuhi empat kriteria yang digariskan misi syarikat iaitu cekap tenaga, menggunakan tenaga boleh diperbaharui, mesra alam dan kesihatan serta dapat menawarkan harga berpatutan. Semua produk kami akan menggunakan jenama Solar Dingin dan akan didaftarkan sebagai cap dagangan syarikat pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Sistem Penyaman Udara Solar Dingin dan Penyejuk Solar BCTdi Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2012 (IGEM 2012) di Kuala Lumpur, semalam.

Upload: rodzainie-matimpan

Post on 14-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 1/14

Produk hijau dari Teknologi Inovasi Solar  Sistem Penyaman Udara Solar Dingin dan Penyejuk Solar BCT berupaya jimat

elektrik  

TEKNOLOGI Inovasi Solar Sdn Bhd, memperkenalkan dua produk teknologi hijau iaitu Sistem

Penyaman Udara Solar Dingin dan Penyejuk Solar BCT yang berupaya menjimatkan penggunaan

tenaga elektrik sehingga 50 peratus.

Sistem Penyaman Udara Solar Dingin ialah sistem pendingin hawa hibrid berasaskan tenaga

solar pertama di perkenalkan di negara ini.

Ia berfungsi menggunakan haba tenaga solar pada siang hari, manakala pada sebelah malam ia

digerakkan oleh tenaga elektrik.

Menggunakan gas HFC yang mesra alam, sistem penyaman udara hibrid itu ditawarkan pada

harga RM3,200 untuk unit dengan kuasa kuda (HP) 1.5, RM3,600 (2.0 HP) dan RM4,000 (2.5

HP) yang boleh dibeli secara dalam talian di www.solardingin.com bermula bulan depan.

Penyejuk Solar BCT yang menggunakan sistem penyejukan berpusat pula sesuai untuk kegunaan

 bangunan komersial serta bangunan yang menggunakan jumlah tenaga yang tinggi seperti

hospital, sekolah dan makmal universiti.

Ia dihasilkan dengan menepati garis panduan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang mana pemilik

 bangunan yang menggunakannya boleh menuntut 100 peratus pengecualian cukai.

Pengarah Urusan Teknologi Inovasi Solar, Mohamad Azan Sulaiman, berkata pelancaran produk

 berteknologi hijau itu diharap dapat membuka lebih banyak peluang bagi syarikat itu

mengembangkan perniagaan syarikat induknya dalam sektor lain serta dapat mempelbagaikan

aliran pendapatannya.

Teknologi Inovasi Solar ialah sebuah anak syarikat Alam Dingin Air Conditioning Enggineering

Sdn Bhd yang mengeluarkan sistem pendingin hawa khusus bagi sektor minyak dan gas, iaitu

satu daripada syarikat Bumiputera di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi

(TeraS) yang dikendalikan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Mohamad Azan berkata, syarikat itu mahu memasarkan sistem penghawa dingin dan produk

kualiti udara dalaman yang memenuhi empat kriteria yang digariskan misi syarikat iaitu cekap

tenaga, menggunakan tenaga boleh diperbaharui, mesra alam dan kesihatan serta dapat

menawarkan harga berpatutan.

“Semua produk kami akan menggunakan jenama Solar Dingin dan akan didaftarkan sebagai cap

dagangan syarikat pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran

Sistem Penyaman Udara Solar Dingin dan Penyejuk Solar BCTdi Pameran dan Persidangan

Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2012 (IGEM 2012) di Kuala Lumpur,

semalam.

Page 2: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 2/14

Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter

Chin Fah Kui.

Rekacipta Lampu Solar  MONDAY, AUGUST 8, 2011 

.Label: Elektrik / Elektronik, Lampu, Projek dan Rekaan, Teknologi Hijau, Tenaga Solar  

Rekaan lampu berasaskan LED yang dikuasakan oleh tenaga matahari (lampu solar) untukpencahayaan kawasan kediaman. Walaupun versi ini direkabentuk untuk pautan pada dinding,

ianya boleh diubahsuai dengan mudah untuk lain-lain bentuk pemasangan.

Page 3: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 3/14

 

Menghasilkan rekacipta berasaskan tenaga boleh baharu (renewable energy  / teknologi hijau) bukanlah perkara

yang sukar. Sesiapa sahaja mampu berekacipta asalkan mempunyai kemahuan. Rekaan lampu solar ini diharap

dapat memberi inspirasi kepada anda untuk bereksperimentasi dan bermain dengan idea rekacipta berasaskan

tenaga boleh baharu. 

Rekaan lampu solar ini menggunakan solar panel (panel Photovoltaic / PV ) buatan sendiri yang

digunakan untuk mengecas bateri Asid-Plumbum (Lead-Acid ) melalui teknik yang dikenali sebagai

Trickle Charging .

Artikel Berkaitan: Panduan Praktikal Sel Solar (Photovoltaic Cell) 

Litar pensuisan bertindak mengecas bateri di waktu siang dan akan menyalakan lampu LED secara

automatik apabila mengesan cahaya persekitaran menjadi malap. Tahap sensitiviti / kepekaan

pengesanan cahaya pula boleh dilaras melalui tombol pada bahagian hadapan lampu.

Page 4: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 4/14

 

Lampu LED menyala apabila persekitaran menjadi malap/gelap. Semakin gelap keadaan

persekitaran, semakin terang cahaya lampu.

Page 5: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 5/14

 

Pemasangan lampu solar di dinding rumah.

Kedudukan dan penghalaan lampu boleh dilaras pada paksi mendatar dan menegak bagi

membolehkan fokus pencahayaan di tempat yang anda ingini.

Page 6: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 6/14

 

Bahagian-bahagian pada lampu solar yang telah siap. Tali yang dapat dilihat pada lampu

membolehkan lampu dimatikan dan dinyalakan (secara manual) apabila dipaut pada tempat tinggi.

Tarik untuk ON, dan tarik sekali lagi untuk OFF (Pull ON - Pull OFF switch). Klik imej di bawah untuk

paparan yang lebih besar.

Solar Panel Ready Made  vs Solar Panel Buatan Sendiri 

 Anda boleh dikira amat bernasib baik jika menemui panel solar yang memberikan rating voltan danarus yang sepadan dengan keperluan rekaan anda.

Realitinya, panel solar  ready-made yang boleh diperolehi di pasaran Malaysia datang dengan pilihan-

pilihan rating kuasa yang begitu terhad (5W, 10W, 20W, 30W dsb). Satu contoh solar panel 5W yang

boleh diperolehi di pasaran memberikan rating 17.82V dan 285mA (rating voltan dan arus ini

berbeza-beza bergantung kepada jenis dan pengeluar).

Kerapkali rating ini tidak berpadanan dengan keperluan rekaan anda. Untuk tujuan pemadanan,

tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel tersebut perlu melalui proses perubahan (conversion)

agar menepati keperluan litar. Malangnya proses conversion bukanlah suatu proses yang cekap dan

akan mengakibatkan kehilangan tenaga (loss) yang tinggi.

Page 7: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 7/14

Anda boleh membuat tempahan solar panel yang menepati keperluan rekaan anda secara terus dari pengeluar

namun melainkan anda mempunyai wang saku yang banyak, kos yang terlibat adalah terlalu tinggi dan tidak

masuk akal untuk projek sebegini.

 Atas faktor-faktor yang dinyatakan inilah pendekatan menghasilkan panel solar sendiri adalah pilihan

yang lebih praktikal.

Solar panel dibina menggunakan unit-unit kecil sel solar dengan rating 5V, 50mA.

Unit sel solar ini memberikan prestasi lebih baik berbanding sel solar yang diuji sebelum ini dimana di

bawah matahari yang terik, ia mampu menjana sekitar 5.13V dan 57mA. Pelantar panel diperbuat

daripada plat akrilik ( Acrylic ) yang dipotong menjadi segiempat sama dan digerudi untuk memberikan

akses kepada contact point  setiap sel solar.

TIPS: Sel solar yang mudah diperolehi di Malaysia mempunyai rating 5V-30mA, 5V-50mA, 5V-100mA, 12V-

50mA dan 12V-100mA. Uji terlebih dahulu sel solar tersebut sebelum membuat pembelian dalam jumlah banyak

kerana kerapkali prestasi sel solar yang dijual tidak berupaya mencapai rating yang dijanjikan.

Page 8: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 8/14

 

Sebelum membina panel, bahagian belakang sel solar disusun dan ditampal dengan pita pelekat bagi

mengelakkan ia bergerak. Sel-sel ini kemudiannya dilekatkan pada permukaan plat akrilik.

Penyambungan wayar kepada setiap sel adalah secara kombinasi selari dan bersiri. 

Page 9: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 9/14

 Panel solar yang telah siap. Sisi solar panel di rivetkan dengan stok aluminum “L” bar. Bahagian atas

solar panel diletakkan Phototransistor  untuk pensuisan dan pengesanan cahaya. Di bawah sinaran

matahari terik, solar panel ini mampu menjana sekitar 2.6 Watt.

Pemilihan Bateri Simpanan Tenaga 

Bateri simpanan berfungsi menyimpan tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel di waktu siang,

dan berfungsi membekalkan tenaga yang tersimpan tersebut untuk menyalakan lampu LED di waktu

malam.

Terdapat pelbagai jenis bateri di luar sana, namun bateri-bateri daripada jenis Asid Plumbum (Lead-

 Acid ), Nickel Cadmium (Ni-Cad), Lithium-Ion (Li-Ion), Lithium Polymer (Li-Po) dan Nickel-Metal

Hydride (Ni-Mh) boleh dicas semula (rechargeable).

Daripada kesemua jenis bateri ini pula, bateri jenis Ni-Cad  dan Li-Ion memerlukan arus dan voltan

yang malar serta litar kawalan pengecasan agar ianya dapat dicas dengan selamat tanpa risiko

terlebih cas (overcharging ). Kedua-dua bateri ini tidak begitu sesuai digunakan untuk aplikasi

rekacipta berkaitan solar kerana keamatan cahaya matahari sentiasa berubah-ubah dan tertakluk

kepada keadaaan cuaca.

Page 10: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 10/14

 

Contoh-contoh bateri yang boleh dicas semula (rechargeable). Contoh bateri Ni-Cad dalam foto di

atas dileraikan daripada sebuah lampu solar murahan dari China yang hanya dapat bertahan sekitar

2 bulan sebelum rosak.

Bateri Ni-Mh dan Lead-Acid  pula mempunyai toleransi yang tinggi terhadap arus pengecasan yang

berubah-ubah. Dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagai Trickle Charging , bateri Ni-Mh dan Lead-Acid  dapat dicas dengan selamat (tanpa risiko terlebih cas) tanpa menggunakan litar

kawalan selagi arus pengecasan adalah tidak melebihi 10% rating arus bateri tersebut.

Jika dibandingkan prestasi antara bateri Ni-Mh dan Lead-Acid , bateri jenis Lead-Acid  mempunyai

keupayaan kapasiti menyimpan cas yang lebih tinggi berbanding Ni-Mh. Mengambilkira kesemua

faktor ini, bateri Lead-Acid  adalah pilihan paling ideal untuk untuk rekacipta sebegini, dan tidak

hairanlah ia juga digunakan dengan meluas di dalam aplikasi-aplikasi tenaga solar komersil.

Bateri Lead-Acid  yang mudah diperolehi di pasaran Malaysia adalah dengan rating 6V dan 12V (dengan dimensi

fizikal dan rating arus yang berbeza).

Page 11: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 11/14

 

Perumah lampu yang memuatkan litar dan bateri. Saya memilih bateri Lead-Acid  6V (rating paling

rendah dan agak mudah diperolehi). Rating arus bagi bateri ini adalah 4.5AH ( Amp Hour ). Maka

ianya dapat dicas melalui teknik Trickle Charging  dengan arus tidak melebihi 450mA ( 10% rating

arus bateri).

Nilai voltan dan arus yang dilabelkan di bahagian Charging Instruction bateri di atas adalah panduan

bagi penggunakan litar pengecasan dari sumber elektrik malar (contohnya pengecas komersil yang

menggunakan bekalan elektrik dari soket dinding) dan tidak boleh diaplikasikan secara terus untuk

konteks Trickle Charging  dan janakuasa tenaga boleh baharu.

Page 12: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 12/14

 

Litar pengecasan / pensuisan lampu solar.

Rajah skematik litar. Tujuh butir LED putih yang disambung secara selari membentuk lampu LED.

UPDATE - Mac 2012: Atas permintaan para pembaca, berikut adalah litar pengesacan solar paling

ringkas yang boleh dibina. Ia merupakan litar pensuisan secara manual (menggunakan suis Single

Pole Double Throw  - SPDT ). Secara idealnya, voltan daripada solar panel perlu sekurang-

kurangnya 110% daripada voltan bateri, dan arus solar panel perlulah tidak lebih 10% arus bateri.

Page 13: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 13/14

 

Contoh litar pengecasan solar yang ringkas.

Contoh suis Single Pole Double Throw (SPDT). 

Weather Proofing 

Pengkalisan cuaca atau wheather proofing  adalah langkah tambahan bagi lampu solar yang akan

diletakkan di persekitaran yang terdedah kepada elemen cuasa (seperti hujan, panas dan

kelembapan). Cara paling mudah dan murah adalah dengan menyaluti komponen eletronik serta

menutup segala lubang dan penyambungan dengan menggunakan hot melt glue / glue gun.

NOTA: Oleh kerana lampu ini bergantung kepada cahaya matahari yang senantiasa berubah-ubah dan

sukar diduga, prestasinya juga berubah-rubah mengikut keadaan dan bergantung kepada nasib. Hujan

dan litupan awan adalah musuh paling utama :) 

Page 14: Teknologi Inovasi Solar

7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar

http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 14/14

 

Selamat berekacipta. Sebarang komen, soalan dan idea penambahbaikan adalah dialu-alukan.

Rujukan

http://www.rekacipta.net/2011/08/rekacipta-lampu-solar.html