tekanan udara dan pembentukan angin

32
TUTORIAL 6

Upload: asmawi-abdullah

Post on 08-Apr-2017

637 views

Category:

Education


45 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

TUTORIAL 6

Page 2: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan udara?

Tekanan udara ialah beret udara yang terdapat di atmosfera yang dikenakan ke atas permukaan bumi pads satu-satu masa tertentu. la dikira pads turns tegak bermula dari had teratas lapisan udara hingga ke permukaan bumi.

Page 3: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

1 (b) Jelaskan kaitan antara tekanan udara dengan tiupan angin.

Tekanan udara berkadar langsung dengan tiupan angin. Angin akan bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah. Semakin besar perbezaan daya cerun tekanan, maka semakin kencang angin akan bertiup.

Page 4: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

1 (c) Jelaskan tiga daya yang mempengaruhi pergerakan angin.

Daya Cerun Tekanan. • Menjadi daya utama dan penentu kepada pergerakan angin. la

terhasil melalui perbezaan suhu yang menyebabkan tekanan udara berbeza. Angin akan bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah. Semakin curam daya rerun tekanan ini maka semakin kencang angin akan bertiup.Daya Koriolis.

• Daya yang terhasil akibat putaran bumi di atas paksinya. la bertindak memesongkan pergerakan angin dunia.Pemesongan arah tiupan angin akibat pengaruh daya koriolis ini dikaitkan dengan Hukum Ferrel.

Page 5: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

1 (c) Jelaskan tiga daya yang mempengaruhi pergerakan angin.

Daya Geseran. • Daya geseran terhasil apabila angin bertiuphampir

dengan permukaan bumi. Daya geseran bertindak bertentangan dengan arah pergerakan angin. Fungsi daya geseran ialah memperlahankan tiupan angin. Kesan geseran adalah berbeza-beta mengikut tempat.

Page 6: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

1 (d) Bagaimanakah daya putaran memusat mempengaruhi pergerakan angin?

Daya ini terhasil apabila angin bergerak secara berpusar. Angin yang bergerak dalam bentuk pusaran akan diiringi oleh satu daya tarikan ke arah pusat pusaran tersebut. Daya ini banyak terhasil dalam ribut taufan atau siklon. Misalnya daya putaran memusat dalam ribut tropika (siklon tropika) terhasil apabila angin kencang bergerak secara berputar melebihi 120 km/jam

Page 7: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

1 (e) Terangkan pengaruh daya koriolis terhadap pola tiupan angin.

Daya Koriolis ialah daya yang terhasil akibat putaran bumf di atas paksinya. la bertindak memesongkan pergerakan angin dunia. Di hemisfera utara, pergerakan angin cenderung untuk terpesong ke kanan. Manakala di hemisfera selatan pula, terpesong ke kid.Pesongan yang paling kuat berlaku di ke dua-dua kutub dan semakin lemah menghala ke khatulistiwa. Di khatulistiwa nilai daya koriolis adalah sitar.

Page 8: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

1 (f) Bagaimanakah edaran umum atmosfera boleh mengimbangi haba dunia?

Imbangan haba dunia boleh dilihat dalam konteks kawasan khatulistiwa dengan kutub. Kawasan garis kutub jumlah tenaga habanya adalah rendah/ sejuk, manakala tekanan udaranya adalah tinggi. Manakala awasan tropika/ khatusistiwa pula jumlah tenaga haba adalah tinggi/ pangs dan tekanan udaranya adalah rendah.IN menyebabkan angin akan bertiup dari kawasan kutub ke Tropika bagi mengimbangi lebihan haba di tropika dan menampung kekurangan haba di kutub. Pengangkutan haba oleh angin ini berlaku di fasa lautan dan juga fasa daratan.

Page 9: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan angin monsun?

Angin monsun menerangkan keadaan sistem angin yang bertiup secara tetap dalam dua musim yang berbeza iaitu monson barat daya dan monson timur laut dalam arah yang bertentangan.

Page 10: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

2 (b) Bezakan antara angin monson timur laut dengan angin monsun barat daya.

Monson Timur Laut: Bermula di hemisfera utara khususnya di pedalaman Asia khususnya di Dataran Tinggi Tibet, Siberia dan Monggolia yang ketika itu sedang mengalami musim sejuk. Bertiup dari bulan November hingga Mac. Pada musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 30 knot.Monson Barat Daya: Bermula di hemisfera selatan khususnya di benua Australia dan laut sekitarnya yang ketika itu sedang mengalami musim sejuk. Bertiup dari bulan bulan Mel dan tamat pads akhir September. Angin lazim ini pads amnya bertiup dari arah barat daya dengan kelajuan yang lemah berbanding dengan monson timur laut iaitu pads kelajuan di bawah 15 knot.

Page 11: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

2 (c) Mengapakah angin timuran boleh membawa hujan lebat di kawasan Asia Tenggara?

Kedudukan Asia Tenggara. Berada di garisan lintang sekitar 5o hingga 30o utara dan selatan. Zon pengaruh angin timuran.Angin lembap kerana bertiup merentasi Lautan Pasifik. Membawa banyak wap air yang menggalakkan proses pemeluwapan yang membentuk awan .

Page 12: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

2 (d) Bezakan angin katabatik dengan angin anabatik.

Angin katabatik ialah angin yang bergerak dari puncak gunung menuruni lurah dari pads waktu malam.Angin anabatik ialah angin yang bergerak mendaki lurah ke puncak gunung/bukit pada waktu siang.

Page 13: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

2 (e) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi halaju angin katabatik.

Orientasi cerun lurah samada mengadap atau membelakangi matahari. Permukaan cerun lurah yang mengadap matahari lebih cepat dipanaskan berbanding dengan permukaan cerun lurah yang terlindung. Ini mempengaruhi daya cerun tekanan.

Kedalaman lurah. Lurch yang semakin dalam dan sempit menyebabkan tekanan udara dan halaju angin semakin tinggi.

Page 14: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

2 (f) Jelaskan kesan topografi ke atas tiupan angin tempatan.

Kesan topografi (saiz saluran). Angin bertiup merentasi lurah pergunungan menjadi lebih kencang. Ini kerana angin yang dipaksa melalui jurang yang sempit ter,sebut akan mengubah halajunya menjadi tinggi disebabkan oleh kesan penyaluran yang sempit. Angin ini dikenali sebagai angin lintangHalaju angin lebih kencang di permukaan lurah yang lurus dan licin berbanding dengan lurah yang berliku liku dan kasar. Ini disebabkan oleh kesan daya geseran angin terhadap permukaan lurah.

Page 15: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan proses kejadian bayu laut dan bayu darat. [13]

Page 16: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan proses kejadian bayu laut dan bayu darat. [13]

Bayu Laut:• Fenomena ini berlaku pads waktu siang.• Pada waktu siang, daratan menjadi lebih cepat

panas berbanding dengan lautan. Kesannya tekanan udara di daratan rendah.

• Manakala di laut pula, suhunya yang sejuk/ rendah menyebabkan ia mengalami tekanan udara yang tinggi. Oleh itu angin akan bertiup dari laut ke darat. (Prinsip tiupan angin ialah dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah)

Page 17: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan proses kejadian bayu laut dan bayu darat. [13]

Page 18: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan proses kejadian bayu laut dan bayu darat. [13]

Bayu darat:• Fenomena ini berlaku pads waktu malam.• Pada waktu malam daratan pula lebih cepat sejuk

berbanding dengan lautan. Kesannya daratan mengalami tekanan udara yang tinggi.

• Sedangkan lautan masih lagi panas/ bersuhu tinggi yang menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah. Oleh sebab itu angin akan bertiup dari darat ke laut. (Prinsip tiupan angin ialah dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah)

Page 19: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

3 (b) Jelaskan peranan angin tempatan terhadap kegiatan manusia di kawasan tropika lembap.[12]

Pelancongan pantai.• Aktiviti pelancongan di tepi pantai seperti

berkelah dan bersantai dapat dijalankan dengan baik kerana angina bayu bertiup dengan nyaman.

• Tiupan angin yang lebih kencang menyebabkan aktiviti permainan wau tradisional dan perahu layar dapat dijalankan.

• Contoh pertandingan moonson cup di Terengganu dijalankan pads musim tengkujuh kerana tiupan anginnya lebih kencang.

Page 20: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

3 (b) Jelaskan peranan angin tempatan terhadap kegiatan manusia di kawasan tropika lembap.[12]

Perikanan• Aktiviti perikanan pinggir pantai di pantai

timur semenanjung (Pahang, Terengganu dan Kelantan) tergendala pads musim tengkujuh kerana tiupan angina kencang yang menyebabkan laut bergelora dan merbahaya kepada nelayan pantai.

• Aktiviti perikanan berialan dengan balk pads mass sebelum dan selepas musim tengkujuh – tiupan angin yang sederhana menyebabkan laut lebih tenang.

Page 21: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

3 (b) Jelaskan peranan angin tempatan terhadap kegiatan manusia di kawasan tropika lembap.[12]

Industri Kecil dan Sederhana.• Aktiviti IKS seperti perusahaan batik dapat

dijalankan dengan baik dalam keadaan berangin serta cuaca panas – kerana kain batik yang dijemur cepat kering berbanding dengan cuaca lembab.

• Begitu juga dengan perusahaan ikan kering dan keropok yang memerlukan aktiviti menjemur dalam keadaan cuaca berangin.

Page 22: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

4 (a) Bagaimanakah monsun timur laut dan monsun barat daya terbentuk? [12]

KEJADIAN MONSON TIMOR LAUT

Page 23: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

4 (a) Bagaimanakah monsun timur laut dan monsun barat daya terbentuk? [12]

KEJADIAN MONSON TIMOR LAUT• Bertiup dari bulan November hingga Mac.

Pada musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 30 knot.

• Apabila hemisfera utara mengalami musimsejuk sehingga bawah takat beku, maka wujudnya pusat tekanan udara tinggi di pedalaman benua Asia seperti di Tibet dan Siberia, Rusia.

Page 24: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

4 (a) Bagaimanakah monsun timur laut dan monsun barat daya terbentuk? [12]

KEJADIAN MONSON TIMOR LAUT• Pada mass yang sama hemisfera selatan pula

(khususnya di Australia) sedang mengalami musim panas iaitu nilai suhu mencapai 35°C yang menyebabkan wujudnya pusat tekanan udara rendah.

• Perbezaan tekanan antara benua Asia (tekanan tinggi) dengan benua Australia (tekanan rendah) mewujudkan daya cerun tekanan dari Asia ke Australia dan menyebabkan angin bertiup bermula di benua Asia menuju ke benua Australia.

Page 25: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

4 (a) Bagaimanakah monsun timur laut dan monsun barat daya terbentuk? [12]

KEJADIAN MONSON TIMOR LAUT• Namun begitu angin yang bertiup dari

utara benua Asia tersebut akan dibiaskan ke arah kanan oleh daya koriolis.

• Kesannya ia seolah-olah bermula dari arah timur laut. Oleh itu ia dinamakan sebagai Monsun Timur Laut

Page 26: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

4 (a) Bagaimanakah monsun timur laut dan monsun barat daya terbentuk? [12]

KEJADIAN MONSON BARAT DAYA

Page 27: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

4 (a) Bagaimanakah monsun timur laut dan monsun barat daya terbentuk? [12]

KEJADIAN MONSON BARAT DAYA• Bertiup dari bulan bulan Mei dan tamat pads akhir

September. Angin lazim ini pads amnya bertiup dari arah barat daya dengan kelajuan yang lemah berbanding dengan monson timur laut iaitu pads kelajuan di bawah 15 knot.

• Apabila hemisfera selatan mengalami musim sejuk khususnya di Australia dan sekitarnya maka ia menghasilkan pusat tekanan udara tinggi.

• Pada mesa yang sama, hemisfera utara pula sedang mengalami musim panas yang mewujudkanpusat tekanan udara yang rendah.

Page 28: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

4 (a) Bagaimanakah monsun timur laut dan monsun barat daya terbentuk? [12]

KEJADIAN MONSON BARAT DAYA• Kesannya wujud daya cerun tekanan dari

benua Australia ke arah benua Asia. Oleh itu angin akan bertiup dari Australia (tekanan tinggi) ke benua Asia (tekanan rendah).

• Dengan adanya daya koriolis, angin yang berasal dari arah selatan itu akan terbias ke kiri dan ia kelihatan bertiup dari arah barat daya. Justeru ia dikenali sebagai monson barat daya.

Page 29: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

4 (b) Bincangkan pengaruh angin monsun terhadap cuaca dan aktiviti manusia di kawasan perairan dan tropika. [15]

Pengaruh Angin Monson Terhadap Cuaca• Kelembapan udara tinggi (wet air). Ini kerana

banyak Wap-wap air yang di bawa dari laut kedarat misalnya angina monsoon timur laut membawa wap-wap air dari Laut China Selatan.

• Hujan lebat/ banjir – Wap-wap air yang di bawa dari laut dengan banyak akan tepu di daratan dan menyebabkan hujan lebat secara berterusan dalam jangka mass berminggu-minggu. Curahan hujan yang lebat boleh menyebabkan banjir/ musim tengkujuh.

Page 30: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

4 (b) Bincangkan pengaruh angin monsun terhadap cuaca dan aktiviti manusia di kawasan perairan dan tropika. [15]

Pengaruh Terhadap Aktiviti Manusia• Aktiviti pertanian tergendala. Misalnya sawah

padi ditenggelami air akibat hujan lebat yang di bawa oleh angin monson. Memusnahkan tanaman padi. Aktiviti menoreh juga tidak dapat dijalankan pads musim hujan lebat.

• Perikanan. Aktiviti perikanan laut/ pesisir pantai tergendala akibat angin kencang dan ombak besar yang dibawa oleh angin monson. Amat merbahaya kepada bot-bot kecil.

Page 31: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

4 (b) Bincangkan pengaruh angin monsun terhadap cuaca dan aktiviti manusia di kawasan perairan dan tropika. [15]

Pengaruh Terhadap Aktiviti Manusia• Pengangkutan. Pengangkutan air seperti feri

dan bot juga tergendala. Pengangkutan darat juga terjejas apabila jalanraya dinaiki air akibat banjir dan adakalanya jambatan terputus.

• Pelancongan dan sukan. Namun begitu aktiviti sukan perahu layer dapat dijalankan dengan balk akibat angin kencang. Contohnya kejohanan monsoon cup di Terengganu yang dijalankan pada musim tengkujuh

Page 32: TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN

4 (b) Bincangkan pengaruh angin monsun terhadap cuaca dan aktiviti manusia di kawasan perairan dan tropika. [15]

Pengaruh Terhadap Aktiviti Manusia• Industri Kecil dan Sederhana – Terjejas

apabila aktiviti menjemur batik, ikan kering dan lain-lain tidak dapat dijalankan akibat hujan lebat dan cuaca lembab.