tahap bacaan dan faktor2 yg mempengaruhinya

20
8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 1/20 Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007 TAHAP BACAAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA Zainiah Mohamed Isa Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. [email protected] Abstrak Objektif: K ajian akan melihat perkaitan antara latarbelakang ibu bapa, bahan bacaan di rumah dan di sekolah, peranan ibu bapa dan guru dalam membacakan buku kepada kanak-kanak dengan tahap pembacaan kanak-kanak prasekolah. K ajian yang dilakukan merupakan kajian tinjauan dengan cara menemubual kanak-kanak bagi mengisi borang soal selidik. Sampel kajian ini pula melibatkan 112 orang kanak-kanak prasekolah, berusia di antara enam tahun yang sedang belajar di lima buah sekolah yang terpilih bagi kajian ini. Hasil dapatan Kajian : Hasil kajian ini adalah merujuk kepada 5 bulan sesi persekolahan. Sebanyak 60.7% kanakkanak di tahap penampilan bacaan ( E mergent reader ), pembaca awal ( E arly Reader ) 52.7% dan pembaca mahir ( Fluent Reader ) 8%. Walaubagaimanapun tiada perbezaan yang signifikan antara tahap bacaan dan jantina. Terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap bacaan dengan pendidikan ibu bapa, pendapatan ibubapa dan bilangan buku yang dimiliki oleh kanak-kanak, aktiviti bercerita di sekolah dan mempamerkan buku. Tiada perhubungan di antara tahap pembacaan dengan jumlah sudut bacaan di sekolah, masa membaca bersama di rumah dan kemudahan untuk meminjam buku di bilik darjah. Melalui kajian ini mendapati tidak ada seorang gurupun membacakan buku kepada kanak-kanak empat hingga lima kali seminggu seperti yang disarankan oleh NAEYC. C adangan: Ibu bapa dan guru disarankan agar membaca kepada kanak-kanak setiap hari dan menyediakan bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak.

Upload: zainiahmohamedisa

Post on 08-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 1/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

TAHAP BACAAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANGMEMPENGARUHINYA

Zainiah Mohamed Isa

Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[email protected]

Abstrak

Objektif: K ajian akan melihat perkaitan antara latarbelakang ibu bapa, bahan bacaan di rumahdan di sekolah, peranan ibu bapa dan guru dalam membacakan buku kepada kanak-kanak dengantahap pembacaan kanak-kanak prasekolah. K ajian yang dilakukan merupakan kajian tinjauandengan cara menemubual kanak-kanak bagi mengisi borang soal selidik. Sampel kajian ini pulamelibatkan 112 orang kanak-kanak prasekolah, berusia di antara enam tahun yang sedang

belajar di lima buah sekolah yang terpilih bagi kajian ini.

Hasil dapatan Kajian : Hasil kajian ini adalah merujuk kepada 5 bulan sesi persekolahan.Sebanyak 60.7% kanakkanak di tahap penampilan bacaan ( E mergent reader ), pembaca awal( E arly Reader ) 52.7% dan pembaca mahir ( Fluent Reader ) 8%. Walaubagaimanapun tiada

perbezaan yang signifikan antara tahap bacaan dan jantina. Terdapat perhubungan yangsignifikan antara tahap bacaan dengan pendidikan ibu bapa, pendapatan ibubapa dan bilangan

buku yang dimiliki oleh kanak-kanak, aktiviti bercerita di sekolah dan mempamerkan buku.Tiada perhubungan di antara tahap pembacaan dengan jumlah sudut bacaan di sekolah, masamembaca bersama di rumah dan kemudahan untuk meminjam buku di bilik darjah. Melaluikajian ini mendapati tidak ada seorang gurupun membacakan buku kepada kanak-kanak empathingga lima kali seminggu seperti yang disarankan oleh NAEYC.

C adangan: Ibu bapa dan guru disarankan agar membaca kepada kanak-kanak setiap hari danmenyediakan bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak.

Page 2: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 2/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

1. PENGENALAN

1.1 PendahuluanSemenjak dari dahulu lagi masyarakat meletakkan kebolehan membaca sebagai petanda kepada

kecerdikan kanak-kanak dan kualiti sesebuah prasekolah. Lebih ramai kanak-kanak boleh membacasemakin tinggilah kepercayaan ibu bapa terhadap kualiti sesebuah prasekolah tersebut. Statistik yangdipetik daripada Syarahan Perdana Universiti K ebangsaan Malaysia oleh Prof. Rohaty Mohd Majzub

bertajuk Pendidikan Prasekolah: Cabaran dan K ualiti menunjukkan pencapaian prasekolah swasta507,282 melebihi pencapaian pendidikan prasekolah agensi kerajaan yang berjumlah 296,729. Pencapaian

prasekolah swasta sebanyak 507,282 bererti lebih ramai kanak-kanak di tadika swasta yang menerima perkhidmatan prasekolah yang bersifat komersial, memberi penekanan kepada 3M (membaca, menulisdan mengira) dan kesediaan akademik (Wahid Hashim,2004). Oleh itu sudah menjadi keutamaan bagi

program prasekolah mengutamakan pengajaran bacaan dalam usaha mempertingkatkan kualiti programmasing-masing agar mendapat kepercayaan dari ibu bapa.

K ajian ini akan menumpukan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pembacaan awalyang memfokuskan kepada proses membaca bagi peringkat awal usia lima dan enam tahun iaitu peringkat

kanak-kanak prasekolah. Ini kerana menurut Sofiah (1983), terdapat tiga perkara asas yang perludipertimbangkan kerana mempengaruhi kebolehan membaca iaitu kanak-kanak dan proses dalamannya,suasana sekolah termasuk guru dan kurikulum serta rumah tempat kediaman dan persekitaran masyarakatkanak-kanak tersebut. K anak-kanak di usia ini perlu belajar dalam persekitaran yang baik danmemerlukan sokongan orang dewasa dalam membentuk sifat kendiri yang positif.

Di sini peranan orang dewasa seperti guru dan ibu bapa amat penting dalam menyediakan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran dan juga dalam membantu perkembangan bahasakanak-kanak melalui interaksi yang positif. Frost (2000) melihat membaca sebagai sosio kognitif di managuru berperanan sebagai penyokong bagi usaha kanak-kanak membina pengetahuan, ataupun guru akanmenunjuk ajar kanak-kanak mengikut cara yang guru fikirkan sesuai untuk kanak-kanak. Bagi

persekitaran di rumah pula, peranan ibu bapa amatlah penting. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa pengetahuan kanak-kanak terhadap pembacaan telah ada sebelum mereka memasuki alam persekolahan

lagi. (Marie Clay, 1989). Dengan adanya kesediaan dari rumah tersebut mudahlah proses bacaandidedahkan dan dijalankan di sekolah. Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan oleh IRA dan

NAEYC (1998) yang menyatakan pengalaman kanak-kanak sejak lahir akan mempengaruhi tahap pencapaian literasi kanak-kanak. K egagalan membekalkan pengalaman literasi sebelum kanak-kanak menjejakkan kaki ke alam persekolahan akan mempengaruhi tahap literasi mereka kelak. Worthy et all(1999) turut mencadangkan sesetengah persekitaran boleh mempromosikan sesuatu minat yangkemudiannya menjadi suatu kenyataan contohnya seperti aktiviti membaca. Begitulah betapa pentingnya

peranan orang dewasa dalam memastikan perkembangan kanak-kanak berlaku dengan baik.

1.2 Objektif Kajian

Oleh itu objektif khusus kajian ini ialah ;

a) Melihat perkaitan antara latarbelakang ibu bapa dengan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah.

b) Melihat perkaitan bahan bacaan di rumah dan di sekolah dalam mempengaruhi tahap bacaankanak-kanak prasekolah.

c) Melihat perkaitan di antara peranan ibu bapa dan guru dalam membacakan buku kepada kanak-kanak dengan tahap pembacaan kanak-kanak prasekolah.

Page 3: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 3/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

1.3 Persoalan Kajian

Diantara persoalan kajian yang terjawab melalui kajian ini ialah seperti berikut:

a) Apakah jumlah pendapatan ibu bapa mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak prasekolah? b) Apakah taraf pendidikan ibu bapa mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak prasekolah?c) Apakah bilangan buku cerita di rumah mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak prasekolah?d) Adakah masa membaca bersama di rumah mempengaruhi tahap pembacaan kanak-kanak

prasekolah?e) Adakah kekerapan aktiviti bercerita di sekolah mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak

prasekolah?f) Adakah jumlah bahan bacaan di sekolah mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak prasekolah?g) Adakah kemudahan untuk meminjam bahan bacaan mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak

prasekolah?h) Adakah dengan mempamerkan buku di bilik darjah mempengaruhi tahap pembacaan kanak-

kanak prasekolah?

1.4 Kepentingan kajian

Dapatan kajian ini amat berguna kepada guru-guru dan ibu-bapa bagi mengenalpasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak. Dengan ini guru dan ibu bapa dapat menyediakan

persekitaran yang bersesuaian dan kondusif agar dapat merangsang proses membaca di peringkat awalkanak-kanak baik di rumah mahupun di sekolah. Dengan adanya kajian ini bidang pendidikan awak kanak-kanak mendapat satu sumbangan yang besar dalam bidang bacaan. K ajian ini menjadi landasan

bagi pembuka jalan terhadap kajian-kajian seterusnya dalam bidang pembacaan awal di Malaysia.

1.5 Reka Bentuk Kajian

K ajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang melibatkan 112 orang kanak-kanak prasekolah

kerajaan di seluruh Malaysia seperti K edah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, K elantan dan Terengganu.Sebanyak 30 buah sekolah telah dijadikan sebagai tempat kajian. Data yang diperolehi telah dianalisisdengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). Analisis data menggunakan ujianK hi K uasa Dua bagi menguji perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah dalam kajian (Gravetter dan Wallnau,1996).

Sementara itu tahap bacaan pula diukur berdasarkan konsep penampilan literasi Marie Clay dalamSulzby (1985) yang menyatakan ³Perlakuan menulis dan membaca kanak-kanak yang mula timbul dan

berkembang kepada kebolehan membaca dan menulis yang biasa´. Oleh itu pendapat yang menyatakan bahawa tidak boleh mengajar membaca terlalu awal kerana kanak-kanak belum bersedia adalah tidak tepat. Ini kerana menurut teori µpenampilan literasi¶ kanak-kanak melalui tiga peringkat pembacaansemasa di peringkat awal persekolahan.

Page 4: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 4/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

1.5. 1 Penampilan pembaca ( Em ergent reader ) Peringkat pertama ialah tahap penampilan pembaca di mana kanak-kanak melakukan perlakuan-

perlakuan membaca. Mereka membacakan berulang-ulang buku yang sama atau meneliti buku yang baru.Mereka mengingati cerita dan menggunakan gambar sebagai tanda atau isyarat untuk membantu

pembacaan. K anak-kanak sedar tentang peranan tulisan sebagai pencerita dan bukannya gambar. Merekamula menunding kepada perkataan yang biasa mereka lihat dan mencari perkataan yang mereka kenaliseterusnya. Apabila kanak-kanak mula memadankan cerita di dalam ingatannya dengan perkataan-

perkataan di setiap muka surat, mereka telah mula masuk ke peringkat kedua iaitu peringkat pembacaawal.

1.5.2 Pembaca awal ( E arly Reader ) Pada peringkat ke dua ini iaitu tahap pembaca awal, kanak-kanak membaca dengan kuat, tetapi

bacaan lambat dan berhati-hati memadankan apa yang dikatakan dengan perkataan di muka surat.Selalunya mereka akan menunding perkataan tersebut sambil menyebut dengan kuat. Mereka masih

bergantung kepada daya ingatan mereka terhadap teks tersebut dan gambar masih memainkan peranan penting tetapi mereka sudah menggunakan fonem, makna perkataan, susunan kata dalam ayat danmengenal tanda dalam teks. Mereka berasa berjaya menjadi pembaca dan mereka sering membuat

pembetulan diri semasa membaca. Akhirnya kanak-kanak akan tiba ke peringkat pembaca mahir.1.5.3 Pembaca mahir ( F luent reader )

Di peringkat ke tiga ini ialah peringkat pembaca mahir di mana kanak-kanak telah boleh membaca.Mereka biasanya membaca dengan senyap dan bacaan mereka adalah sepontan kecuali apabila merekaterjumpa perkataan yang sukar. Mereka akan menggunakan fonem, makna perkataan, susunan kata dalamayat untuk meneka perkataan tersebut dan meneruskan pembacaan. Mereka banyak membaca dan jikamereka seronok membaca, tabiat ini akan menjadi minat mereka sepanjang hayat.

Oleh itu jelaslah teori penampilan literasi menepati peringkat perkembangan awal kanak-kanak yang bukanlah bermula dengan kosong tetapi mempunyai pengetahuan sedia ada dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Pengkaji memilih teori ini kerana teori ini dapat membahagikan tahap pembacaankepada tiga peringkat yang kriteria bagi setiap tahap adalah jelas dan bersesuaian dengan perkembangan

bacaan awal kanak-kanak. Ianya juga mudah digunakan secara pratikal dalam amalan pengajaran pembacaan awal kanak-kanak seharian oleh guru-guru tanpa perlu merujuk formula-formula tertentu.Tahap perkembangannya dapat diterima secara logik kerana ianya berkembang tahap demi tahap,

bermula sebelum kanak-kanak ada kemahiran membaca dan menulis lagi, menjurus kepada permulaanmengenal konsep membaca, melalui proses membaca yang merangkak-rangkak dan akhirnya ke tahapmenguasai bacaan dengan lancar.

1.6 Kerangka konsep kajian

K ajian ini terbahagi kepada dua iaitu peranan guru di bilik darjah yang terbahagi kepada kekerapan bercerita, akses bahan dan jumlah bahan. Bagi peranan rumah pula, ianya terbahagi kepada latar belakang ibu bapa, kekerapan membaca bersama dan juga jumlah buku yang dimiliki. Selain itu, faktor jantina juga dikaji bagi melihat perhubungannya dengan tahap bacaan.

Page 5: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 5/20

Page 6: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 6/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

2. TINJAUAN LITERASI

2.1 Peranan Ibu bapa

Peranan ibu bapa turut diberikan perhatian sebagai salah satu faktor bagi mempertingkatkan tahap pembacaan kanak-kanak. Melalui kajian yang dibuat oleh Vukelish et all (1977) menyarankan bahawaibu bapa yang berpengetahuan cukup dan menunjukkan minat terhadap pembacaan dapat menolongmengembangkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang sangat penting dalam proses pembelajaranseterusnya. Mereka mendapati bahawa faktor-faktor seperti tingkat pendidikan ibu bapa dan pendapatanibu bapa memberi kesan terhadap perkembangan kemahiran pembacaan kanak-kanak. Dapatan olehSchaefer (1991) juga menyatakan terdapat hubungan positif yang tinggi antara pengetahuan, keyakinan,dan gaya interaksi ibu bapa terhadap pencapaian akademik kanak-kanak. K ajian oleh Rutter et all. (1970)melihat peningkatan hubungan antara faktor-faktor yang berkaitan dengan keluarga terhadap pencapaianliterasi kanak-kanak. Ini menunjukkan penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalammenentukan pencapaian kanak-kanak di sekolah.

2.2 Jumlah bahan bacaan

Dalam kenyataan oleh IRA dan NAEYC (1998) juga mencadangkan agar buku bermutu pelbagai pilihan,software komputer dan bahan multimedia perlulah mencukupi. Ini adalah untuk mengatasi masalahkurang pendedahan terhadap bahan tersebut berdasarkan kepelbagaian latar keluarga dan budaya darimana kanak-kanak itu datang. Menurut kajian oleh Morrow & Weinstein (1986) telah mendapati

bilangan lima buah buku bagi setiap kanak-kanak adalah bilangan paling minimum bagi mewujudkan persekitaran yang kaya dengan cetakan.

Dalam kajian jangka panjang oleh Halle et all (1997) terhadap 41 orang kanak-kanak Darjah Tigadari kawasan pinggir bandar telah mendapati bilangan buku di rumah dapat menentukan kemajuan dalam

pembacaan, walaupun taraf pendidikan ibu bapa dan tahap pembacaan kanak-kanak sebelumnya dikawal bagi tujuan kajian. Ini menunjukkan akses kepada buku boleh mendatangkan kesan yang unik terhadapkemajuan dalam pembacaan.

Bilangan bahan bacaan di rumah turut mempengaruhi pembacaan kanak-kanak. Peranan ibu bapadalam menyediakan rangsangan fizikal di rumah seperti menyediakan buku, dan rangsangan psikologiseperti membaca bersama adalah di antara faktor penggalak membaca yang dicadangkan oleh Miller (1972) dan Worthy (1999) dan lain-lain mencadangkan bahawa persekitaran tertentu boleh menimbulkanminat yang seterusnya membawa kepada aktiviti membaca secara sukarela. Beliau menyatakan

persekitaran boleh membentuk situasi yang mendatangkan minat yang akan mendorong ke arah motivasiseseorang individu yang seterusnya akan lebih melibatkan diri di dalam aktiviti yang tersebut. Dalamkajian yang dibuat oleh Morrow (1992) terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat

bagaimana akses kepada buku di dalam bilik darjah dengan cara menambahkan perpustakaan dalam bilik darjah disertai aktiviti kesasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa kepada peningkatan

pembacaan serta peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak.Dapatan yang sama dalam kajian yang dijalankan oleh Rucker (1982) terhadap pelajar-pelajar

sekolah menengah rendah. Dalam kajian tersebut beliau telah memberikan majalah percuma yang berkaitan dengan minat masing-masing selama setahun kepada kumpulan kawalan. K umpulan inimendapat markah yang tinggi di hujung tahun berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak mendapat majalah percuma. Ini menunjukkan dengan menyediakan akses bahan bacaan kepada kanak-kanak dapat menambah pembacaan serta mempertingkatkan tahap pembacaan mereka.

Justeru itu penyediaan bahan bacaan bukan sahaja terhad di sekolah malah penyediaan bahan bacaan di rumah juga adalah perlu. Ini ditegaskan lagi melalui analisis kajian yang dibuat oleh Mcquillandan Au (2001) mendapati tiga faktor yang secara tidak langsung mempengaruhi pembacaan ialah akses

bahan di rumah, di dalam komuniti dan juga di sekolah.

Page 7: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 7/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

K esimpulannya bahan bacaan merupakan faktor yang amat penting dalam mempengaruhi pembacaan peringkat awal kanak-kanak. Melalui kajian yang lepas menunjukkan bahawa bilangan bahan bacaan meningkatkan pembacaan, mempertingkatkan tahap pembacaan serta menambah minat membacadi kalangan kanak-kanak.

2.3 Membaca bersama ibu bapa

Menurut Newman, Caperalli & K ee (1998), program membaca bersama keluarga melibatkan aktivitiyang dilakukan bersama-sama di antara ibu bapa dan anak-anak. Mereka meluangkan masa serta sukamelakukan aktiviti bersama-sama dan ini seterusnya membawa kepada penglibatan ibu bapa dengan

pendidikan anak-anak mereka. Dalam kebanyakan program, aktiviti yang dilakukan bersama-samakeluarga ialah aktiviti membaca dan membincangkan buku bersama-sama.

Dalam kajian Gregory & Morrison (1998) terhadap keluarga yang berpendapatan rendah diUnited State, ibu bapa kepada tiga kanak-kanak telah dilatih untuk meriba anak-anak untuk dibacakan

buku. Buku-buku dibekalkan kepada ibubapa dalam lawatan guru sekali seminggu. Rakaman bagi setiapsesi telah dijalankan selama 14 minggu. Dapatan menunjukkan faktor motivasi terbentuk di mana bagikanak-kanak yang pertama, kanak-kanak tersebut selalu meminta untuk dibacakan buku pilihannyamereka berbanding dengan menonton televisyen. Semasa kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan

patung beruang mainannya, dia akan membacakan buku kepada patung beruang. Dapatan bagi kanak-kanak kedua pula melaporkan ibunya memberitahu yang kanak-kanak tersebut selalu meminta dibacakan

buku sebelum tidur dan ini telah menjadi rutin. Menurut Adam (1990),menyatakan sebenarnya kanak-kanak memilih aktiviti membaca kerana mereka menyukai dan menghayati bahan bacaan tersebut. Inimenyebabkan kanak-kanak meminta dibacakan bahan tersebut berulang-ulang kali.

Dalam kajian Gregory & Morrison (1998) menyatakan ibu bapa melaporkan kanak-kanak amatmenyukai buku yang mereka baca bersama-sama dan ibu bapa menyukai masa yang diluangkan membaca

bersama dengan anak-anak. Ini menunjukkan membaca bersama memberi kesan yang positif terhadapkanak-kanak dan juga ibu bapa mereka yang melibatkan diri. Oleh itu, jika kanak-kanak kerap dibacakan

buku, mereka akan menyukai buku dan pembacaan. Mereka akan lebih bersedia dengan pengajaran pembacaan yang akan dihadapi apabila mereka mula bersekolah kelak. Ini disokong oleh Juel (1991)iaitu permulaan bagi membaca adalah proses yang sukar dan pengulangan adalah perlu bagi memperolehi

kemahiran membaca ini. Dengan tiada kekerapan pembacaan, latihan pengulangan tidak akan berlaku.K anak-kanak yang tidak membaca dengan kerap akan ketinggalan di belakang.

Selain dari itu, dapatan kajian Gregory & Morrison (1998) juga mendapati melalui pembacaan juga kanak-kanak boleh mempertingkatkan bahasa pertuturan mereka. Ini disokong oleh kajian yangdibuat oleh Whitehurst & Fishel (1991) yang melaporkan kanak-kanak berusia dua ke tiga tahun yangdibacakan buku mempunyai perkembangan bahasa 8 bulan lebih tinggi dari kanak-kanak perkembangan

bahasa yang sebaya dengan mereka.Melalui kajian-kajian yang lepas telah membuktikan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam

menyemaikan konsep membaca kepada kanak-kanak, ianya terbukti dapat mempertingkatkan kemahiran bahasa dan juga menanamkan minat terhadap pembacaan yang berpanjangan.

2.4 Faktor kekerapan bercerita dalam bilik darjah

Bercerita sememangnya menjadi satu cara menyampaikan maklumat sejak zaman berzaman. Ianyadigemari oleh kanak-kanak sejak dahulu lagi. Menurut Yasin (1989), kaedah bercerita dalam pengajaran

bahasa merupakan pendekatan yang paling sesuai digunakan untuk para pelajar yang baru mempelajarisesuatau bahasa. IRA dan NAEYC (1998) juga mencadangkan agar orang dewasa membacakan bukuyang berkualiti kepada kanak-kanak setiap hari secara individu ataupun berkumpulan.

Ini kerana melalui dapatan kajian McGee & Richgels (1996) menunjukkan salah satu faktor penunjuk bagi pencapaian pembacaan murid di sekolah ialah bilangan jam mereka dibacakan buku

Page 8: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 8/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

semasa di prasekolah. Ini disokong oleh Roskos & Newman (1994) yang menyatakan dalam µsetting¶ bagi kanak-kanak berisiko, guru dan ibu bapa membaca lantang kepada kanak-kanak untuk memberikan pengalaman pembacaan yang kurang pada kanak-kanak tersebut.

Di Malaysia pula yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua teknik berceritadigunakan dalam pengajaran bahasa Inggeris di prasekolah. Dalam kajian Loh (2005) beliau mendapatiapabila teknik bercerita dalam bahasa Inggeris dilaksanakan, guru-guru dan kanak-kanak prasekolah

berpandangan positif terhadap bahasa Inggeris. Sebahagian besar guru mempunyai persediaan sebelummenggunakan teknik bercerita dan mereka mempunyai kemahiran dalam cara pelaksanaan teknik

bercerita dalam bahasa Inggeris. Bagi kanak-kanak pula sebahagian besar dari mereka dapat menguasai, berkomunikasi dan berminat dalam bahasa Inggeris.

Bercerita merupakan faktor yang penting dalam bilik darjah pendidikan awal kanak-kanak.Menurut kajian yang lepas ianya memberi kesan terhadap pencapaian pembacaan, menanamkan minatterhadap bahasa dan juga membantu menguasai pembacaan serta menanam minat suka membaca.

Page 9: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 9/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

3. DAPATAN KAJIAN

Diantara dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah seperti berikut;

3.1 Tahap bacaan kanak-kanak

Dalam kajian ini menunjukkan tahap bacaan bagi 112 orang responden kanak-kanak pada bulan Meitahun kajian tersebut dijalankan. Seramai 68 orang (60.7%) berada di tahap penampilan bacaan, diikutidengan 35 orang (31.3%) kanak-kanak berada pada tahap pembaca awal dan akhir sekali hanya sembilanorang kanak-kanak (8%) berada di tahap pembaca mahir seperti yang tertera di dalam jadual 1 di bawah.

Jadual 1Tahap bacaan responden

Tahap K ekerapan Peratusan Pemunculan

penbaca 68 60.7

Pembaca Awal 35 31.3 PembacaMahir

9 8.0

Jumlah 112 100

3.2 Faktor-faktor lain yang mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak

Bahagian ini akan menumpukan kepada persoalan kajian bagi melihat faktor-faktor yang dijangkakanmempengaruhi dan mempunyai perhubungan dengan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah.

Persoalan No 1: Apakah taraf pendidikan ibu bapa mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak?

Analisa dilakukan untuk melihat perhubungan yang wujud di antara tahap pembacaan dengan taraf pendidikan ibu bapa telah dijalankan. Analisa mendapati terdapat perhubungan yang signifikan x²(4,n=112)=14.564, p=.006.

Jadual 2Tahap bacaan dan pendidikan ibu bapa

Sekolah Rendah SekolahMenengah

K olej Atau Universiti

Jumlah

Emergent 5 83.3%

53 67.1%

10 37.0%

68 60.7%

Early 1 16.7%

21 27.3%

13 44.8.1%

35 31.3%

Fluent 3 39.3%

6 20.7%

9 8.0%

Jumlah 6 100%

77 100%

29 100%

112 100%

Ujian K hi kuasa dua Likelihood Ratio nilai x² (4, n=112)=14.564,p= 0.006

Jadual 2 menunjukkan 83.3% daripada golongan emergent (penampilan pembaca) adalahdaripada ibu bapa bersekolah rendah berbanding dengan hanya 37 % daripada ibubapa yang kelulusan

Page 10: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 10/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

kolej atau universiti. Bagi golongan pembaca mahir pula didapati tiada yang daripada ibu bapa bersekolahrendah tetapi kesemuanya dari ibu bapa sekolah menengah (39.3%) dan kolej atau universiti (20.7%). Inimenunjukkan lebih tinggi pendidikan ibu bapa lebih baik pencapaian tahap bacaan kanak-kanak.

Persoalan No 2 : Apakah jumlah pendapatan ibu bapa mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak?

Analisa menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap bacaan kanak-kanak dan jumlah pendapatan ibubapa. Ujian khi kuasa dua Likelihood Ratio telah mendapati terdapat perhubungan yangsignifikan pada x²(8, n=112)=20.392,p= 0.009

Jadual 3Tahap Bacaan dan Jumlah Pendapatan

Tahap < 500 500-1000 1000-1500 >1500 NA Jumlah Emergent 16

72.7% 23 79.3%

17 58.6%

10 33.3%

2 100%

68 60.7%

Early 6 27.3%

5 17.2%

9 31.0%

15 50.0%

35 31.3%

Fluent 1 3.4%

3 10.3%

5 16.7%

9 8.0%

Jumlah 22 100%

29 100%

29 100%

30 100%

2 100%

112 100%

x² (8, n=112)=20.392,p= 0.009

Jadual 3 menunjukkan daripada golongan µemergent¶ (penampilan pembaca) sebanyak 72.7% adalahdaripada ibu bapa bersekolah rendah berbanding dengan hanya 33.3 % daripada ibu bapa yang kelulusankolej atau universiti. Bagi golongan pembaca fluent (mahir) pula didapati kebanyakannya datang dari ibu

bapa yang berpendapatan RM 1,000 ± RM 1,500 (10.3%) dan RM 1,500 ke atas (16.7%), hanya 3.4%daripada ibu bapa berpendapatan RM 500-RM 1000. Ini menunjukkan tahap bacaan kanak-kanak lebihtinggi pada ibu bapa yang berpendapatan tinggi berbanding dengan ibu bapa yang berpendapatan rendah.

Persoalan No 3 : Apakah bilangan buku di rumah mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak?

Analisa melihat terdapat perhubungan yang wujud di antara tahap pembacaan dengan bilangan buku.Hasil ujian khi kuasa dua Likelihood Ratio mendapati terdapat perhubungan yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah pada x²(4, n=112)=13.756, p=.008. Sila rujuk jadual 4 berikut;

Jadual 4Tahap bacaan dan bilangan buku

1-10 10 ke atas tiada Jumlah Emergent 50

55.6% 18 85.7%

68 60.7%

Early 32 35.6%

3 14.3%

35 31.3%

Fluent 8 8.9%

1 100%

9 8.0%

Jumlah 90 100%

1 100%

21 100%

112 100%

x²(4, n=112)=13.756, p=.008.

Page 11: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 11/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

Persoalan No 4 : Apakah masa membaca bersama di rumah mempengaruhi tahap pembacaan?

Analisa mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengan masamembaca bersama di rumah di mana analisa Ujian K hi kuasa dua Likelihood Ratio adalah , x²(2,n=112)=5.217, p=.074.

Jadual 5Tahap bacaan dan masa membaca bersama

Ya Tidak Jumlah Emergent 50

58.8% 18 66.7%

68 60.7%

Early 26 30.6%

9 33.3%

35 31.3%

Fluent 9 8.0%

9 8.0%

Jumlah 85 100%

27 100%

112 100%

x²(2, n=112)=5.217, p=.074.

Persoalan No 5 : Adakah kekerapan aktiviti bercerita di sekolah mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak?

Analisa melihat perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengan aktiviti bercerita disekolah di mana ujian khi kuasa dua Likelihood Ratio adalah, x²(2, n=112)=11.696, p=.003.

Jadual 6Tahap bacaan dan aktiviti bercerita

Sekali 2-3 kali Jumlah Emergent 9

36.0% 59 67.8%

68 60.7%

Early 15 60.0%

20 23.0%

35 31.3%

Fluent 1 4.0%

8 9.2%

9 8.0%

Jumlah 25 100%

87 100%

112 100%

x²(2, n=112)=11.696, p=.003.

Page 12: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 12/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

Persoalan No 6 : Adakah jumlah bahan bacaan di sekolah mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak?

Analisa mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengan jumlah bahan bacaan di sekolah di mana, x²(4, n=112)=3.020 p=.554.

Jadual 7Tahap bacaan dan jumlah buku di bilik darjah

K urang 100 101-300 301-500 Jumlah Emergent 53

63.1% 15 55.6%

68 60.7%

Early 24 28.6%

10 37.0%

1 100%

35 31.3%

Fluent 7 8.3%

2 7.4%

9 8.0%

Jumlah 84 100%

27 100%

1 100%

x²(4, n=112)=3.020 p=.554.

Persoalan No 7 : Adakah kemudahan untuk meminjam bahan bacaan mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak?

Analisa mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengankemudahan untuk meminjam buku di mana, x²(2, n=112)=5.775, p=.056.

Jadual 8Tahap bacaan dan kemudahan meminjam buku

Tahap Ya Tidak Jumlah Emergent 25

55.6% 43 64.2%

68 60.7%

Early 13 28.9%

22 32.8 %

35 31.3%

Fluent 7 15.6%

2 3.0%

9 8.0%

Jumlah 45 100%

67 100%

112 100%

x²(2, n=112)=5.775, p=.056.

Page 13: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 13/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

Persoalan No 8 : Adakah dengan mempamerkan buku di bilik darjah mempengaruhi tahap pembacaankanak-kanak?

Analisa dilakukan untuk melihat perhubungan yang wujud di antara tahap pembacaan denganmempamerkan buku di bilik darjah telah dijalankan dan mendapati terdapat perhubungan yang amatsignifikan, x²(2, n=112)=22.562, p=.000.

Jadual 9Tahap Pembacaan dan Mempamerkan Buku

Ya Tidak Jumlah Emergent 30

44.8% 38 84.4%

68 60.7%

Early 28 41.8%

7 15.6 %

35 31.3%

Fluent 9 13.4%

9 8.0%

Jumlah 67 100%

45 100%

112 100%

x²(2, n=112)=22.562, p=.000.

Jadual 9 menunjukkan majoriti daripada golongan µemergent¶ (penampilan pembaca) tidak dipamerkan buku iaitu 84% berbanding dengan 44.8%. Sebaliknya bagi golongan early (pembaca awal) pula lebih banyak mendapat buku yang dipamerkan iaitu 41.6% berbanding dengan 15.6%. Semua kanak-kanak daripada golongan mahir dipamerkan buku di bilik darjah mereka. Ini menunjukkan lebih banyak kanak-kanak didedahkan dengan buku yang sentiasa dipamerkan di bilik darjah semakin baik tahap pembacaanmereka.

4. PERBINCANGAN

Seterusnya pengkaji akan membincangkan hasil-hasil dapatan di atas;4.1 Tahap bacaan kanak-kanak prasekolah

Hasil kajian ini menunjukkan pada bulan ke lima persekolahan kebanyakan kanak-kanak iaitu sebanyak 60.7% masih lagi berada di tahap penampilan bacaan (emergent reader). Bilangan ini amat tinggimemandangkan kanak-kanak ini telah berada di dalam bilik darjah selama lima bulan persekolahan.K ebiasaannya pada peringkat pertengahan persekolahan sekurang-kurangnya separuh dari bilangankanak-kanak sudah berada di dalam lingkungan pembaca awal (early reader). Ini mungkin disebabkanlokasi empat sekolah sampel yang dipilih adalah berada di kawasan luar bandar di mana taraf pendidikanibu bapa dan juga taraf pendapatan ibu bapa kebanyakkannya adalah sederhana. Namun begitu ada diantara kanak-kanak yang telah mencapai tahap pada tahap pembaca mahir (Fluent Reader) iaitu sebanyak 8% pada lima bulan pertama persekolahan. Ini menunjukkan masih ada harapan bagi kanak-kanak lainmencapai tahap bacaan mahir apabila masa persekolahan berakhir bagi tahun tersebut.Walaubagaimanapun tiada perbezaan yang signifikan antara tahap bacaan dan jantina kanak-kanak menurut analisa yang didapati dalam kajian ini. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki dan

perempuan boleh mempertingkatkan tahap bacaan bukan kerana jantina mereka tetapi kerana faktor-faktor lain.

Page 14: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 14/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

4.2 Tahap bacaan dengan pendidikan ibu bapa

K ebanyakkan kanak-kanak adalah dari keluarga yang berkelulusan sekolah menengah. Diikuti dengan ibu bapa berkelulusan diploma atau ijazah. Hanya sedikit sahaja ibu bapa yang berkelulusan sekolah rendah.

Hasil dapatan mendapati terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap bacaan dengan pendidikan ibu bapa. Ini bertepatan dengan kajian yang telah dibuat oleh Vukelish (1977), Criscuolo(1974, dan woods (1974) dalam K hadijah Rohani (1989), menyarankan bahawa ibu bapa yang

berpengetahuan cukup dan menunjukkan minat terhadap pembacaan dapat menolong mengembangkankemahiran-kemahiran prabacaan yang sangat penting dalam proses pembelajaran seterusnya. Oleh itu

jelaslah pendidikan ibu bapa turut memberikan kesan terhadap tahap pembacaan kanak-kanak keranalebih tinggi pendidikan ibu bapa lebih tinggilah kesedaran mereka tentang nilai membaca dan akan lebih

berminat terhadap buku-buku untuk anak-anak mereka.

4.3 Tahap bacaan dan pendapatan ibu bapa

K ebanyakkan kanak-kanak adalah dari keluarga yang berpendapatan melebihi RM 1,500 sebulan. Diikutidengan ibu bapa berpendapatan di antara RM 500 ke RM 1,500 dan hanya sedikit sahaja yang ibu bapa

berpendapatan kurang dari RM 500 sebulan.

Hasil dapatan mendapati terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap bacaan dengan pendapatan ibubapa. Hasil dapatan mendapati terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap bacaandengan pendidikan ibu bapa. Hasil dapatan ini adalah sama dengan hasil dapatan dalam kajian yang telahdijalankan oleh Vukelish (1977), Criscuolo (1974, dan Woods (1974) dalam K hadijah Rohani (1989),menyarankan bahawa pendapatan ibu bapa dapat menolong mengembangkan kemahiran-kemahiran

prabacaan yang sangat penting dalam proses pembelajaran seterusnya.Oleh itu jelaslah pendapatan ibu bapa boleh mempengaruhi tahap pembacaan kanak-kanak. Ini

mungkin disebabkan apabila pendapatan ibu bapa lebih tinggi, mereka mempunyai lebihan wang untuk membeli bahan-bahan bacaan tambahan untuk anak-anak mereka. Ini kerana jika kita lihat sumber bahan

bacaan yang boleh diperolehi oleh kanak-kanak di Malaysia kebanyakannya hanyalah dari sekolah danrumah sahaja. Peranan perpustakaan awam masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan peranan

perpustakaan awam terhadap pembacaan masyarakat setempat di negara-negara maju. Tambahan pula ibu

bapa memainkan peranan penting menyemaikan minat membaca di kalangan kanak-kanak sejak merekalahir lagi. Dengan kemampuan kewangan yang ada akan memberikan mereka lebih peluang untuk mengadakan bahan-bahan bacaan yang menarik untuk anak-anak di rumah. Anak-anak yang datang darirumah yang mempunyai bahan bacaan akan lebih bersedia menerima instruksi literasi apabila merekamelangkah ke sekolah kelak.

4.4 Tahap bacaan dan bilangan buku yang dimiliki oleh kanak-kanak

K ebanyakkan kanak-kanak iaitu merangkumi 90 dari 112 orang kanak-kanak memiliki satu hinggasepuluh buah buku. Ini menunjukkan kanak-kanak ini telah mempunyai buku yang boleh dianggapsebagai milik peribadi mereka sendiri yang memainkan peranan penting dalam peroses pembacaan. Jikadilihat daripada dapatan kajian, kanak-kanak telahpun ada sekurang-kurangnya 1-10 buah buku milik

peribadinya menepati kajian yang dibuat oleh Morrow & Weinstein (1986) dalam Newman & Roskos(1997) dalam IRA (1998) kajian mendapati bilangan lima buah buku bagi setiap kanak-kanak adalah

bilangan paling minimum bagi mewujudkan persekitaran yang kaya dengan cetakan.K ajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian oleh Halle, K urzt-Costes dan Mahoney (1997)

dalam McQuillan dan Au (2001) terhadap kanak-kanak darjah tiga dari kawasan pinggir bandar mendapati bilangan buku di rumah menentukan kemajuan dalam pembacaan, walaupun taraf pendidikanibu bapa dan tahap pembacaan kanak-kanak sebelumnya dikawal bagi tujuan kajian. Jelas menunjukkanakses kepada buku di rumah adalah faktor penyumbang kepada tahap bacaan kanak-kanak.

Page 15: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 15/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

4.5 Tahap bacaan dan jumlah buku di bilik darjah

Dapatan dalam kajian ini mendapati tiada perhubungan di antara tahap pembacaan dengan jumlah bacaandi sekolah. Ini mungkin kerana masa untuk kanak kanak meluangkan masa di sudut bacaan kurang dan

buku-buku tidak digunakan dengan berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran yang bolehmenyebabkan kanak-kanak biasa dengan buku tertentu seterusnya berminat terhadap buku tersebut bagimendorong mereka untuk memotivasikan diri membaca buku tersebut.

Adalah digalakkan guru-guru membacakan buku setiap hari iaitu lima kali seminggu kepadakanak-kanak. Namun melalui kajian ini tidak ada seorang gurupun membacakan buku kepada kanak-kanak empat hingga lima kali seminggu. Adalah dipercayai kekurangan pembacaan buku oleh guru inimemberi kesan kepada tahap bacaan walaupun terdapat banyak buku di bilik darjah. Pembacaan yangdiikuti dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut akan menanamkan minatkanak-kanak terhadap bahan bacaan. K enyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow (1992)dalam Mcquillan & Au (2001) terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akseskepada buku di dalam bilik darjah disertai aktiviti kesasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawakepada peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak. Jelaslah jumlah bukuyang mencukupi di bilik darjah sahaja tidak menjamin tahap pembacaan meningkat, aktiviti-aktiviti yang

berkaitan dengan bahan bacaan tersebut perlu diadakan agar dapat menanam minat kanak-kanak terhadap

bahan bacaan tersebut.

4.6 Tahap bacaan dan masa membaca bersama di rumah

Analisa mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengan masamembaca bersama di rumah. Dapatan kajian ini menolak pandangan Gregory & Morrison (1998) yangmendapati kesan yang positif terhadap kanak-kanak yang dibacakan buku di mana kanak-kanak ini akanlebih suka membaca buku pilihannya berbanding dengan televisyen dan meminta dibacakan bukusebelum waktu tidur dan akhirnya menjadi rutin.

Dalam kajian yang dijalankan ini mendapati kebanyakan kanak-kanak menyatakan yang merekaada masa membaca bersama di rumah namun tidak menyatakan kekerapan aktiviti tersebut untuk dianggap sebagai rutin. Dalam kajian ini juga mendapati ibu adalah individu yang paling banyak

membacakan buku kepada kanak-kanak diikuti oleh kakak seterusnya ayah dan akhir sekali abang. Olehitu peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan budaya membaca bersama keluarga diterapkan dirumah masing-masing. Ini kerana dengan pendedahan awal terhadap pembacaan di rumah akanmenyebabkan kanak-kanak ini akan lebih bersedia dengan pengajaran pembacaan yang akan dihadapiapabila mereka mula bersekolah kelak.

4.7 Tahap bacaan kanak-kanak dan aktiviti bercerita di sekolah.

Analisa melihat perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengan aktiviti bercerita disekolah. Dapatan kajian ini menyokong dapatan Gregory & Morrison (1998) menunjukkan salah satufaktor penunjuk bagi pencapaian pembacaan murid di sekolah ialah bilangan jam mereka dibacakan bukusemasa di prasekolah. Ini disokong oleh Roskos & Newman (1994), dalam Mc Gee & Richgels (1996),

dalam Gregory & Morrison (1998) yang menyatakan dalam µsetting¶ bagi kanak-kanak berisiko, gurudan ibu bapa membaca lantang kepada kanak-kanak untuk memberikan pengalaman pembacaan yangkurang pada kanak-kanak tersebut. Dapatan ini juga bersamaan dengan kajian Loh (2005) di mana beliaumendapati apabila teknik bercerita dalam bahasa Inggeris dilaksanakan, kanak-kanak prasekolah

berpandangan positif terhadap bahasa Inggeris di mana sebahagian besar dari mereka dapat menguasai, berkomunikasi dan berminat dalam bahasa Inggeris setelah guru menggunakan teknik bercerita dalam pengajaran.

4.8 Hubungan antara tahap bacaan dan peminjaman buku

Page 16: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 16/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

Analisa mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengankemudahan untuk meminjam buku di bilik darjah. Dapatan ini menolak dapatan kajian Rucker (1982)dalam Mcquillan & Au (2001) terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah rendah di mana peajar dibekalkan dengan majalah percuma yang berkaitan dengan minat masing-masing selama setahun telahmemberikan kesan positif terhadap pencapaian markah mereka di hujung tahun berbanding dengankumpulan kawalan yang tidak mendapat majalah percuma.

4.9 Tahap bacaan dan mempamerkan buku di bilik darjah

Analisa dilakukan mendapati terdapat perhubungan yang signifikan antara mempamerkan buku dan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah yang dikaji. Ini kerana apabila buku dipamerkan di bilik darjah buku- buku ini akan dapat dilihat oleh mereka dengan mudah. Ini akan menarik perhatian mereka untuk memegang, membelek-belek dan seterusnya menyelak helaian-helaian buku tersebut. Ini adalah

perlakuan awal pembaca. Jika buku tersebut menarik minat mereka, mereka akan meminta supayadibacakan buku tersebut. Selalunya kanak-kanak suka membaca buku yang sama berulang-ulang kalisehingga mereka terbiasa dengan isi kandungan buku tersebut dan menghafalnya. Ini disokong oleh Juel(1991) iaitu permulaan bagi membaca adalah proses yang sukar. Pengulangan adalah perlu bagi

memperolehi kemahiran membaca ini. Dengan tiada kekerapan, latihan pengulangan tidak akan berlaku.K anak-kanak yang tidak membaca dengan kerap akan ketinggalan di belakang.

5. CADANGAN

Cadangan yang dikemukakan di sini merujuk kepada pihak guru di bilik darjah, pihak ibu bapa di rumahdan beberapa cadangan lain bagi meningkatkan lagi tahap bacaan kanak-kanak.

5.1 Ibu bapa

Ibu bapa adalah pendidik pertama kanak-kanak semenjak mereka lahir ke dunia lagi. Mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam mencorakkan perkembangan anak-anak mereka.

Sudah dibuktikan melalui kajian-kajian yang lepas, kanak-kanak yang didedahkan dengan pembacaan di rumah akan lebih bersedia menerima instruksi pengajaran di sekolah kelak dan merekamempunyai minat terhadap pembacaan. Oleh itu adalah amat perlu bagi ibu bapa membacakan bukukepada anak-anak sebagai rutin harian (seperti sebelum waktu tidur) semenjak anak-anak lahir lagi.Adakan satu masa membaca bersama keluarga di mana setiap ahli keluarga akan melakukan pembacaanmasing-masing. Jika semua keluarga boleh ada masa menonton televisyen bersama, tentukan juga adamasa untuk semua ahli keluarga membaca bersama kerana aktiviti membaca adalah amat penting dalamkehidupan semua individu.

Ibu bapa juga harus peka terhadap perkara yang menjadi minat anak-anak dan mengadakan bahan baca yang berkaitan dengan minat kanak-kanak tersebut. Selain dari buku cerita dan buku yang memberi

pengetahuan, langganlah majalah yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak agar kanak-kanak mengetahui apa yang berlaku di kalangan rakan-rakan sebaya mereka yang berada di tempat lain.

Sediakan sudut mini bacaan di rumah dalam keadaan yang selesa agar ia menjadi tumpuan kanak-kanak. Rak buku yang digunakan biarlah yang boleh dicapai oleh kanak-kanak. Letakkan karpet dankusyen agar kanak-kanak dapat duduk atau berbaring-baring dengan selesa. Pastikan peredaran udaramencukupi dan pencahayaan cukup terang bagi sudut tersebut. Pastikan kedudukan sudut mini bacaan itudi tempat yang suka dikunjungi oleh kanak-kanak agar ianya selalu mendapat perhatian mereka.

Page 17: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 17/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

Jika ibu bapa memainkan peranan mereka seperti cadangan-cadangan di atas sudah pasti anak-anak mereka akan mendapat pendedahan awal terhadap bacaan dan bahan bacaan sebagai bekal sebelummelangkah ke sekolah.

5.2 Guru

Guru prasekolah memainkan peranan penting terhadap perkembangan kanak-kanak. Mereka adalah diantara orang yang paling awal berinteraksi dengan kanak kanak selepas ibu bapa. Oleh itu mereka adalah¶role of model¶ yang berupaya mempengaruhi dan membimbing kanak-kanak. Adalah dicadangkan agar guru turut sama menunjukkan minat terhadap pembacaan dengan kerap membacakan buku kepada kanak-kanak sebagai aktiviti harian.

Selain daripada membacakan buku, guru perlu kreatif mengadakan aktiviti-aktiviti lanjutan yang berkaitan dengan buku-buku yang dibaca tersebut bagi memanjangkan lagi perhatian dan minat kanak-kanak terhadap isi kandungan buku tersebut. Dengan adanya minat akan memotivasikan kanak-kanak untuk membaca sendiri buku-buku tersebut berulang-ulang kali.

Oleh itu sebaik-baiknya guru meletakkan buku yang telah dibacakannya di sudut bacaan untuk diakses dengan mudah oleh kanak-kanak setelah mendengar pembacaan tersebut. Adakan beberapasalinan buku tersebut di sudut bacaan agar tidak mendatangkan kekecohan apabila beberapa orang kanak-

kanak ingin melihat buku yang sama selepas sesi bacaan oleh guru.Benarkan kanak-kanak mengunjungi sudut bacaan walaupun tanpa pengawalan guru akan

menjadikan mereka lebih bebas membuat pilihan terhadap bahan bacaan mereka, berbincang sesamateman dan meneliti buku yang disukai dengan cara mereka sendiri. Suasana positif ini akan memberimakna kepada kanak-kanak dan juga memberi kesan yang berpanjangan terhadap minat membaca.

Benarkan juga kanak-kanak meminjam buku yang disukainya untuk dibawa pulang dan dibaca bersama ibu bapa di rumah. Ini akan membantu ibu bapa dari segi mengadakan bahan bacaan yangmenarik kepada kanak-kanak dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkongsi bersama bukuyang disukainya bersama keluarga. Ini akan yang memberi peluang kepada ibu bapa bagi melibatkan dirimereka dengan sesuatu yang menarik bagi kanak-kanak dan ini akan merapatkan lagi hubungan kedua-dua pihak.

Selain daripada itu bahan bacaan yang disediakan oleh guru perlulah menepati citarasa dan minat

kanak-kanak. Guru perlu bijak memilih buku yang dapat menarik minat ,bersesuaian dengan kanak-kanak pada usia tersebut. Ini kerana jika buku yang digunakan tidak mengambil kira pengetahuan sediaada kanak-kanak ini akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk membaca buku tersebut. Selaindaripada itu guru harus mengambil kira tentang penggunaan gambar yang menarik, µfont¶ yang jelas dan

besar serta bilangan jumlah perkataan kerana ia juga memainkan peranan penting dalam menarik minatkanak-kanak.

Guru juga perlu bijak menggunakan media-media teknologi yang terdapat di dalam bilik darjahagar ianya dapat membantu tahap pembacaan kanak-kanak. Media teknologi seperti komputer, bukuinteraktif dan tv boleh digunakan bagi memantapkan lagi pengajaran yang berkaitan dengan pembacaankanak-kanak. Media-media ini boleh mendedahkan kanak-kanak kepada abjad, ejaan, membacakan

perkataan bergambar dan membacakan buku kepada kanak-kanak. K anak-kanak juga boleh melukisgambar dan mengarang cerita menggunakan komputer. Perakam suara boleh digunakan untuk guru

merakamkan cerita yang kanak-kanak gemari dan kanak-kanak boleh mendengar cerita tersebut tanpaguru. Selain dari itu kanak-kanak boleh merakamkan suara mereka menyanyi, membaca buku danmemperdengarkannya semula. K anak-kanak tentu gemar dan seronok mendengar suara mereka sendiridan ini dapat menggalakkan perkembangan bahasa mereka.

5.3 Lain-lain Pihak

Selain daripada ibu bapa dan guru, masyarakat juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan perpustakaan awam bagi setiap kawasan kecil seperti kampung dan daerah. Sediakan pelbagai jenis

Page 18: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 18/20

Page 19: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 19/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

pemulihan membaca oleh guru-guru biasa dibeberapa buah sekolah di daerah BatangPadang. Dalam P ersidangan antarabangsa bahasa Melayu (m.s. 1-17). Beijing,China.

Gregory, L.P. & Morrison, T.G. (1998). Lap reading for young at-risk children:Introducing families to books. E arly childhood education, 26 (2). 67-77.

Guthrie, J.T. & Wingfield, A. (1999). How motivation fits into a science of reading.Scientific studies of reading, 3 (3). 199-205.

Halle ett all (1997) dalam (pnytn) Mcquillan, J. & Au, J. (2001). The effect of printaccess on reading frequency. Reading psychology, 22. 225-248.

International Reading Association & National Association of Young Children(1998), Overview of Learning to Read and Write : Developmentally Appropriate P ractices for Young Children . Diperolehi pada 25 Mei 2005 daripadahttp://www.naeyc.org/about/positions/PSREAD0.asp .

Isahak Haron (1979). dalam (pnytn) K oh Boh Boon (1989). P erspektif-perspektif dalam P engajaran Bahasa Malaysia . K uala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Johnston, C.B. (1997). Interactive storybook software: Effects on verbal development inkindergarten children. E arly childhood education, 132 . 33-44.

Juel (1991) dalam International Reading Association & National Association of YoungChildren (1998), Overview of Learning to Read and Write : Developmentally

Appropriate P ractices for Young Children . Diperolehi pada 25 Mei 2005 daripadahttp://www.naeyc.org/about/positions/PSREAD0.asp

K amaruddin Hj. Hussin, (1990). P edagogi. K uala Lumpur :Longman.Loh Siew Lee (2004). Tinjauan Pengajaran Guru-guru Bahasa Inggeris Menggunakan

Teknik Bercerita di kalangan kanak-kanak Prasekolah K ebangsaan Daerah BentongMarsh, J. (2001). Parental involvement in literacy development: Using media texts.

Research In Reading, 24 (3). 266-278.Medwell, J. (1998). The talking books project : Some further insight into the use of talking

books to develop reading. Malden: Blackwell.Miller (1972) dalam (pnytn) Institut Bahasa (1994). Strategi P endidikan Bahasa Melayu.

K uala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.Mohd. Majid K onting (1998). Kaedah penyelidikan. K uala Lumpur:Dewan Bahasa Dan

Pustaka.Morrow (1992) dalam (pnytn) Mcquillan, J. & Au, J. (2001). The effect of print

access on reading frequency. Reading psychology, 22. 225-248. Naimah Yusuff (2001) dalam (pnytn) Rahmah Jantan & Mahani Razali. (2002).

Pelaksanaan pemulihan membaca oleh guru-guru biasa dibeberapa buah sekolah didaerah Batang Padang. Dalam P ersidangan Antarabangsa Bahasa Melayu (m.s. 1-17). Beijing, China.

Newman, Caperalli & K ee (1998), Literacy Learning a Family Matter. The Reading

Teacher. Vol.52. No. 3. Nolen, S.B. (2001). Constructing literacy in the kindergarten: Task structure,

collaboration & motivation. Cognition & instruction, 19 (1). 95-142.Pullen, P.C. & Justice, M.L. (2003). Enhancing phonological awareness, print awareness,

and oral language skills in preschool children. Invention in school and clinic, 34 (2).87-98.

Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Pelaksanaan pemulihan membaca oleh guru-guru biasa dibeberapa buah sekolah di daerah Batang Padang. Dalam P ersidanganantarabangsa bahasa Melayu (m.s. 1-17). Beijing, China.

Page 20: Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

8/6/2019 Tahap Bacaan Dan Faktor2 Yg Mempengaruhinya

http://slidepdf.com/reader/full/tahap-bacaan-dan-faktor2-yg-mempengaruhinya 20/20

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. (Dewan SITC) UPSI. 22-26 Januari 2007

Rucker (1982) dalam (pnytn) Mcquillan, J. & Au, J. (2001). The effect of printaccess on reading frequency. Reading psychology, 22. 225-248.

Rutter (1970) dalam Hall ett all (2003). Handbook of E arly Childhood Literacy . SagePublication . USA.

Schaefer (1991) dalam Hall ett all (2003). Handbook of E arly Childhood Literacy . SagePublication . USA.

Scoter J.V. & Boss S. (2002). Learners, Language, and Technology : Making Connectionsthat Support Literacy. Northwest Regional Educational Laboratory Child and Family.Diperoleh Pada 25 Mei 2005 daripada http:// http://www.netc.org/earlyconnections/

Sidek Mohd Noah (2002). Rekabentuk P enyelidikan : Falsafah, Teori dan P raktis. Serdang:Universiti Putra Malaysia

Sofiah (1983) dalam (pnytn) K oh Boh Boon (1989). P erspektif-perspektif dalam P engajaran Bahasa Malaysia . K uala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sperling, R.A. & Head, D.M. (2002). Reading attitudes and literacy skills in prekindergarten children. E arly childhood education, 29 (4). 233-236.

Sulzby, E., 1985. ³ K indergarteners as writers and readers´ dalam M. Farr (Ed).Advancein Writing Research, Vol. 1. Norrwood, NJ:Ablex

Tatat (1998) dalam (pnytn) Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Pelaksanaan

pemulihan membaca oleh guru-guru biasa dibeberapa buah sekolah di daerah BatangPadang. Dalam P ersidangan antarabangsa bahasa Melayu (m.s. 1-17). Beijing,China.

Vukelish (1977), dalam (pnytn) K oh Boh Boon (1989). P erspektif-perspektif dalam P engajaran Bahasa Malaysia . K uala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Wahid Hashim. (2004 ) P rasekolah : Apa sebenarnya yang hendak dicapai . DiperolehPada 25 Mei 2005 daripada http://www.tutor.com.my

Wasik & Slavin (1993) dalam (pnytn) International Reading Association & NationalAssociation of Young Children (1998), Overview of Learning to Read and Write :

Developmentally Appropriate P ractices for Young Children . Diperolehi pada 25 Mei2005 daripada http://www.naeyc.org/about/positions/PSREAD0.asp .

Whitehurst & Fishel (1991) dalam (pnytn) Gregory, L.P. & Morrison, T.G. (1998). Lap

reading for young at-risk children:Introducing families to books. E arly childhood education, 26 (2).67-77.

Worthy et all (1999) dalam (pnytn) Mcquillan, J. & Au, J. (2001). The effect of printaccess on reading frequency. Reading psychology, 22. 225-248.

Yahya Othman (2004). Mengajar Membaca : Teori dan Aplikasi, P anduan meningkatkankemahiran mengajar membaca. PTS Publication Pahang.

Yorosz, D.J. & Barnett, W.S. (2001). Who reads to young children?: Identifying predictors of family reading activities. Reading psychology, 22 . 67-81.

Zainal Mat Saat (2003). Statistik Awalan . K uala Lumpur: Pearson Prentice Hall.