silver arts 2019 festival program malay r5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... ·...

12
5 - 29 SEPTEMBER 2019 ACARA-ACARA PESTA

Upload: others

Post on 22-Oct-2019

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

5 - 29 SEPTEMBER 2019

ACARA-ACARA PESTA

Page 2: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

Pesta Seni Warga Emas memberi ruang yang bermakna untuk warga emas menikmati kesenian.

Dianjurkan oleh Majlis Seni Kebangsaan sejak tahun 2012, Pesta Seni Warga Emas merupakan sebuah pesta tahunan yang dikhususkan untuk merai kreativiti di kalangan warga emas. Pesta ini menggabungkan para seniman, badan-badan seni dan rakan-rakan komuniti untuk menerapkan kesenian dalam kehidupan warga emas. Pesta Seni Warga Emas menawarkan pelbagai acara seni untuk warga emas, termasuk bengkel dan persembahan di mana mereka diberi peluang untuk mempamerkan bakat kreatif mereka melalui gabungan dengan kumpulan-kumpulan seni atau memperoleh kemahiran baharu yang dapat meningkatkan kesejahteraan kehidupan mereka. Pesta ini menawarkan peluang bagi warga emas kita untuk berkongsi kisah yang mampu mencipta kenangan dan memupuk semangat antara generasi yang lebih kukuh.

Pesta Seni Warga Emas yang kini memasuki edisi ketujuh tahun ini, akan berlangsung selama empat minggu, dari 5 hingga 29 September 2019 di beberapa kawasan seluruh negara.

Datang bersama keluarga anda dan nikmati pesta tahun ini! Dapatkan koleksi barangan eksklusif Pesta Seni Warga Emas apabila anda Bertemu Janji dengan Datuk dan Nenek Anda juga!

Sila layari silverarts.nac.gov.sg untuk maklumat lanjut.

Jumpa anda di Pesta Seni Warga Emas 2019!

Page 3: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

Sukma Irama Layar Perak(Soulful Silver Screen Melodies)

School of the Arts, Dewan KonsertSabtu, 14 Sep 2.30ptg & 7.30mlm

oleh Wadah Seni Entertainment

Irama duet romantis daripada filem purba dan moden Melayu bakal disajikan dalam suasana penuh nostalgia. Anda dibawa menyusuri jalan kenangan dalam konsert panggung ala 1950-an yang turut menyanjung sumbangan penyanyi latar seperti R. Ismail, Momo Lati�, Wahid Satay, Siti Tanjung Perak dan Saloma. Konsert 80-minit ini akan dipadukan alunan irama oleh Orkestra Melayu Singapura dan menampilkan Dato’ Yusni Hamid dari Malaysia.

Dikomisi oleh Majlis Seni Kebangsaan khas untuk Pesta Seni Warga Emas 2019.

UMUM $12

WARGA EMAS $8(berusia 60 ke atas)

Tiket boleh dibeli secara online www.sistic.com.sg dan cawangan-cawangan SISTIC. Harga tertera tidak termasuk caj tempahan.

ACARA-ACARA UNGGUL

Page 4: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

SILVER FILMS

Setelah menyelesaikan urusan perceraiannya di China, Weixin kembali ke Singapura untuk Tahun Baru Cina. Apabila dia membawa pulang hidangan tradisional kek beras tahun baru, ia menyingkap sepotong sejarah keluarganya – yang janggal, tetapi menceriakan dan tidak lapuk dek zaman.

Mengenai PengarahChai Yee Wei merupakan seorang pengarah filem, penulis dan penerbit yang memenangi anugerah. Karya-karya beliau termasuk filem panjang popular That Girl in Pinafore (2013).

Mengenai Dr Liang Wern FookDr Liang Wern Fook adalah penerima Pingat Kebudayaan dan perintis xinyao dengan lebih 200 buah lagu dan dua muzikal Mandarin di bawah namanya.

Dikomisi oleh Majlis Seni Kebangsaan khas untuk Pesta Seni Warga Emas 2019.

10 minit • Kantonis dan Mandarin dengan sari kata Bahasa Inggeris dan Cina

Silver Films mempersembahkan filem-filem menarik yang berkisarkan tentang peri penting menikmati kehidupan dengan sepenuhnya dan menyayangi mereka yang bermakna dalam hidup kita.

Singapore Silver Shorts 2019 tahun ini turut menyiarkan dua hasil karya baru Family Affairs oleh Chai Yee Wei dan A Dream I Did Not Dream oleh K. Rajagopal yang akan ditayangkan buat pertama kalinya di pesta ini. Anda juga boleh menonton karya The Reunion Dinner arahan Anthony Chen, Interwoven karya Wee Li Lin dan Singapore Panda, oleh Sun Koh. Masa tayangan adalah 77 minit.

Tarian kehidupan adalah sesuatu yang kita lakukan secara bersendirian tetapi bersama ramai teman yang senyap dan tidak kelihatan. Meena meraikan kehidupannya dan orang-orang yang disayanginya dalam sebuah filem mengenai kuasa masa yang membangkitkan semangat.

Mengenai PengarahK. Rajagopal terkenal dengan filem panjangnya A Yellow Bird yang ditayangkan di Festival Filem Cannes pada tahun 2016. Dia telah terlibat dalam dua projek filem omnibus atau sekumplan filem-filem pendek, Lucky 7 (2008) dan 7 Letters (2015).

Mengenai Dr Uma RajanDr Uma Rajan merupakan seorang penari mapan, pentadbir seni veteran serta penganjur pendidikan dan penghargaan kesenian di kalangan masyarakat akar umbi Singapura.

Dikomisi oleh Majlis Seni Kebangsaan khas untuk Pesta Seni Warga Emas 2019.

10 minit • Inggeris dengan sari kata Bahasa Inggeris dan Cina

Family Affairs oleh Chai Yee Wei, dengan kerjasama Dr Liang Wern Fook

A Dream I Did Not Dreamoleh K. Rajagopal, dengan kerjasama Dr Uma Rajan

Page 5: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

Jadual Singapore Silver Shorts 2019TARIKH MASA TEMPAT

Khamis, 5 Sep 7.30mlm Cathay @ The Cathay

Ahad, 8 Sep 2.00ptg Cathay @ Jem

Rabu, 11 Sep 10.30pg Cathay @ Parkway Parade

Ahad, 15 Sep 2.00ptg Cathay @ Ang Mo Kio

Khamis, 19 Sep 10.30pg Cathay @ Parkway Parade

Reunion Dinner mengisahkan tentang sambutan Tahun Baru Cina oleh sebuah keluarga warga Singapura dari tahun 1960-an sehingga hari ini. Mereka mungkin telah menyesuaikan tradisi mereka dengan pemodenan negara ini, tetapi satu perkara tidak berubah: meraikannya bersama orang-orang yang disayangi sambil berkongsi hidangan makanan.

Mengenai PengarahKarya-karya Anthony Chen, termasuk filem perdana panjangnya Ilo Ilo yang telah memenangi pelbagai anugerah, telah ditayangkan di beberapa buah festival filem berprestij.

15 minit • Mandarin dengan sari kata Bahasa Inggeris

Apabila sebuah stesen radio yang gagal bertapak dibeli oleh sebuah konglomerat berbilang media Cina, pekerja setia Koh dan Hua terpaksa melakukan apa sahaja untuk kekal relevan dalam dunia penyiaran radio yang pantas berubah.

Mengenai PengarahSun Koh adalah penerima Anugerah Artis Muda dan seorang pembikin filem yang memenangi anugerah. Karya-karya beliau merupakan paduan pelbagai format, genre dan gaya.

20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris

Reunion Dinner oleh Anthony Chen

Noor, seorang artis bercita-cita tinggi berusia 50-an tahun, mula meragui cita-cita kreatifnya apabila anak perempuannya Nadia enggan memakai pakaian yang telah disiapkannya dengan penuh rasa sayang. Namun apabila pakaian tersebut mula menarik minat para penggerak budaya yang berpengaruh, keyakinan Noor terhadap kebolehannya berkembang.

Mengenai PengarahWee Li Lin merupakan seorang pembikin filem yang memenangi anugerah dan karya beliau telah menjelajah ke festival-festival yang berprestij.

16 minit • Inggeris dengan sari kata Bahasa Inggeris

Interwoven oleh Wee Li Lin

Singapore Panda oleh Sun Koh

UMUM $6 WARGA EMAS $3(berusia 55 ke atas)

boleh dibeli secara online di Cathay Cineplexes melalui cathaycineplexes.com.sg atau kaunter tiket Cathay Cineplexes. Harga tertera tidak termasuk caj tempahan tiket Cathay Cineplexes.

Page 6: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

Wisma Geylang Serai Ahad, 8 Sep 7.30mlm

Hab Tampines Kita, Festive Plaza Jumaat, 13 Sep 7.30mlm

81 minit • Pelbagai Bahasa dengan sari kata

Pilihan filem-filem pendek menyentuh hati oleh pembikin filem tempatan kita yang sebelum ini telah dikomisi oleh Majlis Seni Kebangsaan khas untuk Pesta Seni Warga Emas – The Last Wish, Spring Again, Rayqal, Happy to See You Too, New Bike dan Love in a Convenience Store.

Terbaik dari Silver Films 2015-2018

Dibesarkan dalam keluarga yang tegas, Yasmin menemukan semangat yang selama ini hilang dalam hidupnya apabila dia mula mengambil kelas gusti profesional secara senyap. Tetapi apabila rahsianya terancam untuk didedahkan, Yasmin terpaksa membantai, menghumban dan membanting jalan untuk memastikan impiannya dapat diteruskan dan merealisasikan tujuan hidupnya yang sebenar!

2014 • Komedi • 114 minit • Melayu, Inggeris, Mandarin dengan sari kata Bahasa Inggeris • PG13

Bantingoleh M. Raihan Halim

Bergaul mesra bersama jiran-jiran anda dan mengimbau semula kenangan mencuit hati ditayangan Terbaik dari Silver Films dan Banting.

Masuk adalah percuma.

Page 7: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

ARTS ON THE MOVE

Irama Gemersik Klasik – Mari Nyanyi Bersama oleh Orkes Melayu Mutiara

Bersama Orkes Melayu Mutiara melayari fenomena muzik Melayu tradisional dari Ghazal ke Joget! Hentakkan kaki ikut irama, nyanyi dan menari bersama dengan lagu-lagu seperti "Pak Ngah Balik", "Zapin Laksamana Raja Di Laut" dan "Joget Serampang Laut". Nantikan juga irama antarabangsa dari Jepun dan India dalam konsert muzik yang meriah ini.

Mengenai Orkes Melayu MutiaraOrkes Melayu Mutiara membuat persembahan perdananya di arena muzik pada tahun 1967. Kini dipimpin oleh Nasir Abdullah, kumpulan yang terdiri daripada ahli keluarga generasi ketiga ini, bersemangat untuk mencipta dan berkongsi muzik tradisional Melayu terutamanya Ghazal, kepada generasi hari ini dan yang akan datang di seluruh dunia.

Bangunan Perpustakaan Negara, The PlazaAhad, 22 Sep 3.00ptg - 4.00ptg

Persembahan adalah percuma bagi semua program yang dijalankan di Bangunan Perpustakaan Negara, The Plaza.

Page 8: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

Cahayanya Tidak Pernah Padam(The Light Never Goes Out)oleh The Fast Colors dan Linda Wee

Nantikan masa yang menyeronokkan bersama The Fast Colors yang akan memainkan lagu-lagu klasik kesukaan ramai oleh The Beatles dan kugiran-kugiran ikonik lain dari tahun 1960-an dan 1970-an, termasuk ‘hits’ oleh kugiran-kugiran Singapura daripada era yang sama.

Mengenai The Fast ColorsKugiran yang menyanyikan lagu-lagu saduran ini terdiri daripada anggota Chris Toh (gitaris AWOL), Kevin Mathews (penyanyi utama Watchmen) dan Patrick Chng (penyanyi utama The Oddfellows) dari dunia muzik awal 1990-an. Kugiran ini gemar memainkan lagu-lagu rock dan pop klasik kegemaran mereka dari tahun 1960-an dan 1970-an.

Bangunan Perpustakaan Negara, The PlazaAhad, 29 Sep 3.00ptg - 4.00ptg

Page 9: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

Bengkel Fotografi Antara Generasioleh Objectifs

Kami menjemput semua datuk, nenek, ibu bapa dan kanak-kanak untuk bersama kami dalam sesi ini! Jalinkan hubungan erat semasa bengkel interaktif ini dan pelajari tip-tip fotografi berguna tentang komposisi foto, pencahayaan asas dan imej-imej yang memberikan impak. Di akhir sesi, anda akan bawa pulang satu cetakan dan bingkai foto yang boleh anda hiasi bersama-sama.

Setiap pasangan datuk dan nenek atau ibu bapa dan anak haruslah menyertakan seorang warga emas berusia di atas 60 tahun dan seorang anak di atas 6 tahun. Terhad kepada 12 pasangan.

Daftar untuk bengkel ini di silverartsintergenphotography.peatix.com. Yuran bengkel $30 yang akan dikembalikan dikenakan bagi setiap pasangan.

Mengenai ObjectifsObjectifs adalah sebuah pusat seni visual khas untuk menggalakkan fotografi dan pembuatan filem.

Bangunan Perpustakaan NegaraAhd, 15 Sep 11.00pg - 12.30ptg (Visitor's Briefing Room, Level 1)

Sabtu, 21 Sep 11.00pg - 12.30ptg (Possibility Room, Level 5)

Page 10: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

Kumpulkan setem bagi setiap program Pesta Seni Warga Emas (tersenarai di bawah) yang anda hadiri bersama orang yang anda sayangi. Lebih banyak program yang anda hadiri, lebih banyak koleksi yang anda dapat!

BAGAIMANA CARANYA

BERTEMU JANJI DENGAN DATUK DAN

NENEK ANDA

PASPORT

LANGKAH

1

LANGKAH

2Setelah anda kumpulkan sekurang-kurangnya 3 setem, anda boleh ke kaunter maklumat untuk dapatkan koleksi terhad Pesta Seni Warga Emas!

Untuk dapatkan koleksi Pesta Seni Warga Emas eksklusif anda, tunjukkan pasport ini kepada mana-mana kakitangan Majlis Seni Kebangsaan di kaunter maklumat Pesta Seni Warga Emas, yang terletak di Bangunan Perpustakaan Negara, The Plaza pada hujung minggu, dari 1.00ptg hingga 4.00ptg. Terhad kepada 50 pasangan datuk,nenek dan cucu pertama setiap miggu, atau selagi stok masih ada!

LANGKAH

3

Sedang mencari aktiviti yang boleh dilakukan bersama orang-orang yang anda sayangi? Anda tidak perlu melihat jauh! Pesta Seni Warga Emas 2019 menawarkan pelbagai program dan aktiviti mesra warga emas yang menyeronokkan di mana anda boleh meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan secara berkualiti!

Dapatkan Pasport Bertemu Janji dengan Datuk dan Nenek Anda dan kumpulkan setem untuk dapatkan koleksi Pesta Seni Warga Emas eksklusif, selagi stok masih ada!

Setem yang Program / Aktiviti Diperolehi

1 SETEM Berinstagram bersama Datuk dan Nenek anda! Muat naik gambar anda dan datuk/nenek anda sedang mengambil bahagian salah satu program Pesta Seni Warga Emas kami di instagram dan hashtag #SilverArts2019, kemudian tunjukkan kepada kakitangan kami di kaunter maklumat Pesta Seni Warga Emas, yang terletak di Bangunan Perpustakaan Negara, The Plaza untuk mendapatkan setem! Mana-mana Program Arts on the Move

Mana-mana Tayangan Silver Films

2 SETEM Mana-mana Bengkel on the Move atau Waking Trail

3 SETEM Mana-mana Program Sorotan Pesta Seni Warga Emas

Mana-mana Tayangan Silver Films

Page 11: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

BERTEMU JANJI DENGAN DATUK DAN

NENEK ANDA

PASPORT

Terma dan Syarat:• Setiap pasport harus dilengkapkan oleh pasangan antara generasi yang terdiri daripada seorang warga emas dan seorang bukan warga emas.• Setem hanya akan diberi setelah setiap program dilengkapkan.• Setem hanya boleh diberi pada hari yang sama dengan program yang telah dilengkapkan.• Sila tunjukkan Pasport Bertemu Janji dengan Datuk dan Nenek Anda di kaunter maklumat Pesta Seni Warga Emas, yang terletak di Bangunan Perpustakaan Negara, The Plaza pada hujung minggu bulan September (7, 8, 14, 15, 21, 22, 28 & 29 Sep), dari 1 ptg hingga 4 ptg untuk penebusan.• NAC tidak akan menerima gabungan pasport yang tidak lengkap atau memindahkan setem ke pasport lain untuk penebusan.• Penebusan terhad kepada 50 pasangan datuk, nenek dan cucu pertama setiap hujung minggu, selagi stok masih ada.• Pasport ini tamat tempoh pada 29 September 2019. Tiada penebusan dibenarkan selepas tarikh ini.• Contoh gambar-gambar koleksi Pesta Seni Warga Emas hanyalah untuk tujuan ilustrasi.• Sila maklum bahawa NAC berhak untuk mengubah terma dan syarat kempen Bertemu Janji dengan Datuk dan Nenek Anda tanpa notis terlebih dahulu.

Helo, saya ( tahun) dan saya bersama

, ( tahun).

1SETEM

2SETEM

4SETEM

6SETEM

7SETEM

8SETEM

Like kami di Facebook dan Instagram@NACSingapore

Rujuk kepada silverarts.nac.gov.sguntuk maklumat terkini

NAMA

NAMA HUBUNGAN UMUR

UMUR

Page 12: SILVER ARTS 2019 FESTIVAL PROGRAM Malay R5 - nac.gov.sg2b01a9db-c2a0-44d6-84ea-285675184bef/... · 20 minit • Mandarin dan Kantonis dengan sari kata Bahasa Inggeris Reunion Dinner

IFC

Dianjurkan oleh

Untuk menyokong

Rakan kongsi

Media seni rasmi

Disokong oleh

Sila layari lelaman silverarts.nac.gov.sg untuk maklumat terbaru. Semua maklumat adalah tepat pada masa percetakan.