sesuci cinta

Download Sesuci Cinta

Post on 15-Jul-2015

2.147 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Disclaimer: Saya tak ingat dimana saya dapat enovel ini. Kredit kepada penulis cerita yang manis ni ^_^ Prolog Dagu Danial Zachary jatuh, hampir mencecah lantai lagaknya. What the? Dia mengerling ke arah papanya di sisi. Dato. Salleh mengerling kembali, relax sahaja. Danial tidak puas hati. Stereng digenggam erat. Papa, betul ke alamat ni.? Apa tak betulnya. Toksah pakai alamat. Dalam dua belas tahun tu hari-hari papa menapak ke sini. Masakan papa nak lupa, balas Dato. Salleh lagi. Matanya masih terarah ke rumah kayu dua tingkat yang jaraknya tak sampai 25 meter dari BMW Danial. Rindu pada kenangan di rumah kayu itu. Tanpa disedari, dia tersenyum sendiri. Danial menelan liur. For real? Rumah kayu? Papa ni mata sphero apa?. Perlahanlahan kereta diparkirkan di bawah pohon getah tunggal. Dia melangkah keluar. Matanya tertancap ke arah seorang gadis berbaju kurung kedah, berkain batik dan bertudung silang. Balqis Amani? Argh. Tensionnya naik ke kepala.

Balqis menyeka peluh di dahi. Panas di padang umpama panas di Sahara. Itu pun baru serelung sawah yang dikerjakan bersama opah dan jirannya. Dia berdiri tegak, cuba melegakan rasa lenguh akibat lama tertunduk-tunduk di bendang. Berkrak-krak bunyinya. Matanya mencerun ke bawah pokok getah di tepi kok. BMW. Siapa? Balqis berdiri dari kerusi malas, sambil terjenguk-jenguk dari bawah rumah. Opah! Ada orang mai ni haa! Langkah dihayun ke dapur. Haa, nak pi mana? Pi la tengok sapa mai, tutur opah. Aik, macam dah siap bajet orang nak datang, gumam Balqis melihatkan opahnya yang sudah siap berselendang. Dia tersengih sambil menghilangkan diri ke dapur. Opah punya member, malas la Qis nak kacau port. Qis pegi buat ayaq na? Dato. Salleh bersila di atas para. Dia memandang sekitar rumah yang dipenuhi pepohon-pepohon bunga yang ditanam opah. Nyaman na dok petang-petang depan rumah lagu ni? ujarnya membuka bicara. Opah tersenyum. Dah besaq dah anak hang, Sulaiman oi, getus opah dalam hati. Lagu ni laa rumah kampong. Kat Kuala Lumpur nun mana ada dah para depan rumah lagu ni, balas opah, suaranya lembut keibuan. Dato. Salleh tergelak. Nak buat ceruk mana para kat KL umi oi. Sekali bukan udara bersih yang kita sedut, lebih asap kereta lagi gamaknya.

Opah turut tersenyum. Pandangan dilarikan ke anak muda di sebelah Dato. Salleh. Kacak orangnya. Macam Salleh muda-muda dulu. Awat yang anak hang sengap ja dari tadi? Dia segan ka dengan umi? Dato. Salleh mengerling Danial yang termangu-mangu di sisi. Seganla agak nya tu, umi. Salah Salleh juga lama tak bawak dia balik Chuping ni. Umi pun lama tak mai rumah. Awat yang umi tak mau pi dok rumah Yol kat KL nu? Ish, Yol pun sibuk nak balek dok kat kampong, takkan umi pulak nak pi dok kat Kuala Lumpur nun? tukas opah. Dia melihat pandangan mata Dato. Salleh terarah ke pintu. Opah menoleh. Rupa-rupanya Balqis muncul dengan dulang berisi seteko kopi dan sepinggan kuih lompang. Assalamualaikum, ujar Balqis sambil tersenyum. Salamnya disambut lembut oleh tetamunya. Agak familiar muka lelaki yang bersembang bersama opah, tapi di mana ya? Dia meletakkan dulang perlahan-lahan ke atas para. Kopi dituang. Jemput minum, selanya lembut, kemudian meminta diri untuk beredar. Balqis, mai la sembang dengan Pak Cik Salleh hang sat, panggil opah lembut. Dia menepuk-nepuk tempat di sisinya. Dato. Salleh tersenyum. Kagum melihat kecantikan wajah anak gadis di hadapannya. Persis wajah ibunya di kala zaman dahulu. Balqis apa khabaq? Balqis tersenyum. Agak konfius. Ralat juga dirinya tidak mengenali tetamu sendiri. Alhamdulillah, pakcik. Mai dua orang ja ka? soal Balqis, cuba untuk berbahasa. Lelaki di sebelah pakcik bernama Salleh itu nampak kerek semacam, maka Balqis turut tidak mengendahkannya. Dua orang ja, Balqis. Makcik Sarina kirim salam kat Balqis dengan umi. Dia tak boleh nak tinggai kedai dia sekarang pasai stok luaq negara baru sampai, terang Dato. Salleh panjang lebar. Balqis sekadar mengangguk, buat-buat tahu. Makcik Sarina mana? Stok luar negara? Stok apa? Bila yang Balqis sampai dari London? soal Dato. Salleh lagi. Balqis terkejut. Tapi pura-pura tidak terkejut. Namun Danial nampak sangat terkejut. Dia berpaling memandang papanya. Eh, bergerak jugak manusia ni. Ingat stok patung je, tukas hati Balqis. Dia senyum lagi memandang wajah Dato. Salleh. Dah dekat dua minggu, balas Balqis tenang. Dia perasan riak wajah Danial berubah. Baru dua minggu dah turun bendang? Tak takut lintah ka anak oi? tukas Dato. Salleh, ketawa kagum. Jarang untuk melihat graduan United Kingdom turun bendang dua minggu setelah pulang ke tanah air. Lintah yang takut Balqis, pakcik, jawab Balqis, tersengih. Nak jogging kat Chuping ni, kelakar la pulak. Jadi, Balqis turun bendang ja la, gurau Balqis lagi. Dato. Salleh ketawa lagi. Hai, pi jauh-jauh pun reti pegang kuku kambing lagi na?

Opah turut tersenyum. Setengah relung budak ni buat sorang. Umi tak larat dah laa, Salleh oi Balqis meletakkan tangan di atas paha opahnya. Segan juga mendengar opah bercerita tentangnya kepada tetamu. Pak Cik, takkan sembang saja. Jemputlah makan kuih tu, ujarnya sopan. Dia mengalihkan pandangan ke arah Danial. Jemput makan. Kemudian kembali memandang opah. Qis masuk dulu na. Asar pun belum lagi ni. Dato. Salleh mengiringi Balqis dengan pandangan matanya. Dia memandang opah yang tersenyum. Balqis dah tak ingat dengan pak cik ka? Episod 1 Balqis mengerling jam. Pukul 2 petang. Dia melihat Danial di hadapannya. Dia senyum segaris, sekadar berbasa-basi. Melihat muka Danial yang agak poyo, senyumannya tawar. You nak order apa? soal Danial, nada monoton. Dia mencapai menu yang dihulurkan oleh pelayan. Kelantan Delights agak penuh seperti Sabtu-Sabtu kebiasaannya. Balqis menjungkit kening. Nak suruh order, dia plakk yang sapu menu dulu, getus hati Balqis. Dia memandang pelayan yang terpacak di tepi meja. Nasi dagang, with extra kerisik, please. And erm, one iced tea for me. Thank you, tutur Balqis sambil tersenyum. Pelayan mengangguk. Dia turut tersenyum, senang hati pelanggan kali ini tak banyak songeh. And for the gentleman? Danial pula menjungkit kening. Siap mintak order extra nih. Are you sure you should eat that? soal Danial lagi. Balqis menahan diri dari buat muka bosan. Kalau tak sure why would I order? soalnya kembali. Usai lunch, mereka menapak keluar dari Kelantan Delights. Bosannya Balqis Allah swt sahaja yang tahu. Dia melihat Danial yang melangkah di sisi. Wajahnya keras. Sedang memikirkan sesuatu. I dont wish for this wedding to take place, tutur Danial membuka bicara. Balqis senyum sendirian. Tak tapis-tapis langsung. Not bad. After the wedding, dont expect highly from me. I wont be there to entertain you and be the perfect husband. Balqis terdiam. Dia sendiri tak expect Danial bersetuju dengan arranged marriage ni, tapi awal-awal dah bagi ultimatum, Balqis tak senang hati. Belum apa-apa lagi sudah tunjuk riak diktatornya.

I bukannya apa. We come from two different worlds. You do understand that, do you? sambung Danial lagi, matanya memerhati pula Balqis atas-bawah. Dari selendang yang melitupi kepala, ke blouse lengan panjang dan jeans yang dipakainya. Simple. Balqis menjungkit kening lagi. Your point being? Rasa hendak disepuknya Danial memandangnya begitu. Condescending to the max. Danial menghela nafas. My friends, my life semua lain from you, Balqis. I cant change to adapt to your world. I think, there is so much more to life, Danial pause, seraya menggawang-gawangkan tangannya ke arah Balqis, atas bawah. Than this. Darah menyerbu ke wajah Balqis. Than this? Apa yang than this? My selendang? What the hell? Dah habis? perli Balqis, sinis. Ke ada lagi? Danial merengus. Dont tell me you merajuk? No, Im just dandy. Why dont you run it over me once again? It was like music to my ears, balas Balqis, nada monoton. Dia mengangkat kaki, ingin blah dari situ. Shit, Danial menggerutu. Dia melihat Balqis yang melangkah laju masuk ke laluan Saujana Medical Center di tingkat 4 KLCC. Balqis! You nak ke mana tu? Hey, we can talk this over! Dont throw tantrums like this! Balqis menjuling mata. Over siyal. Aku pulak yang dikata throwing tantrums. Hello? Surau? Zohor? Ring any bells? balas Balqis perlahan. Id suggest, why dont you do the same?

Balqis rasa seperti ingin menitiskan air mata. Akhirnya dia sah menjadi isteri Danial Zachary Salleh. Apakah dosa yang dilakukan bersuami dengan perosak alam sebegitu? Balqis tidak tahu. Sudah sebulan dia hidup sebumbung dengan Danial. Pa dan ma juga telah lama pulang ke UK. Balqis sebak. Namun dikuatkan semangat. Papa dan mamanya tidak pernah mengajarnya menjadi anak derhaka. Tapi permintaan papa kali ini terlampau berat. Hello? Balqis menunggu sebarang reaksi dari dalam bilik. Dia menghela nafas. Begitulah rutinnya sehari-hari di rumah besar itu. Sebelum subuh dia akan mengetuk pintu yang sama, namun hanya in vain. Selepas bersarapan, pintu itu diketuk semula. Dia berkira-kira untuk memasang loceng di pintu bilik Danial. Danial! Tak kerja ke hari ni? Tiada respon. Kayu btol, gumam Balqis. Nak kuar ke tamau ni? Tiada respon lagi.

Balqis menjungkit bahu. Kerja aku ingat dia yang bayar gaji? Suka hati lewat nak gerak dia pergi kerja je? Boleh blah. Balqis mencapai sling bag kulit di tepi tangga. Trafik sudah agak heavy. Balqis mengetuk-ngetuk stereng kereta. Agak ganas juga budak housemanship sepertinya sudah lewat hampir setengah jam. Volvo di hadapannya bergerak seciput-ciput. Alahai Sony Ericsson melagukan Boulevard of Broken Dreams. Danial? Ape jadah? Apsal you tak gerak I?! Berdentum gegendang telinga Balqis mendengar suara Danial di hujung talian. Sudah. Kalau you bangun setakat nak call dan jerit kat I, apa kata you pergi tidur balik? Balqis memberi cadangan. Pedih je pagi-pagi dah kena jerit. I ada important meeting in 30 minutes, tahu tak? Like I would bother, gumam Balqis perlahan. Danial menyoal Apa? di hujung talian. Balqis berdehem. Laa, dah tahu lewat, toksah lah call I. Buang masa you je nak fire