sejarah republik rom

43
Sejarah Republik Rom Asal dan sejarah awal Rom tidak dapat dipastikan. Sedangkan terdapat keterangan-keterangan yang khusus tentang asal dan sejarah Rom, pemerian-pemerian itu cenderung bersifat mitologi , dan tidak dapat merupakan sejarah objektif ketika diperlakukan dengan analisis moden. Terdapat juga temuan arkeologi di kota Rom yang wujud sebelum tarikh pengasasan yang ditentukan oleh mitologi. Sebaliknya, kesan-kesan penempatan yang benar tidaklah sehingga tarikh itu. Bagaimanapun, mitos asal Rom mungkin mengandungi beberapa aspek kebenaran dan bertanggungjawab untuk membentukkan pandangan diri orang Rom. Pengasasan kota Tradisi membekalkan beberapa tarikh yang berbeza tentang pengasasan Rom. Yang paling terkenal ialah tarikh yang diberikan oleh ahli sejarah dan pentertib tarikh Rom, M. Terentius Varro : 753 SM , tetapi ini bergantung kepada kronologi tradisi raja-raja Rom yang terlalu meragukan. Terdapat beberapa penemuan arkeologi yang lebih lama daripada tarikh Varro; tetapi kesan-kesan terawal penempatan berterusan biasa ditarikhkan pada awal abad ke-6 SM . Pemerintahan beraja (abad ke-6 SM) Pada permulaan, Rom mempunyai raja-raja . Tradisi lebih menggambarkan raja-raja ini sebagai pahlawan budaya berbanding tokoh sejarah, dengan setiap baginda dikatakan mereka sesuatu aspek budaya Rom; umpamanya, Numa Pompilius mencipta agama Rom , dan Ancus Martius mencipta seni- seni perang . Tradisi juga memberikan kebanyakan pemerintahan jangka masa sebanyak lebih kurang empat puluh tahun. Ini mungkin disebabkan oleh numerologi berbanding sejarah. Perincian lain dilihatkan sebagai cerita-cerita mengenai asal bagi pelbagai keluarga bangsawan Rom. Bagaimanapun, terdapat persetujuan umum bahawa Rom mempunyai satu siri raja-raja (sebilangan daripada baginda itu berasal daripada Etruria ; pengaruh orang Etruria masih dapat dilihat dalam seni dan seni bina Rom awal) dan raja-raja ini kemudian digantikan oleh golongan bangsawan Rom pada sekitar 500-450 SM. Penubuhan Republik Tarikh tradisional untuk revolusi terhadap raja-raja ialah 509 SM (untuk ceritanya, sila lihat Penggulingan raja-raja ). Tarikh ini juga diragui; penyusunan fasti konsul yang menyokong tarikh ini menyelitkan enam orang konsul dalam tahun pertama Republik, dan mempunyai tempoh- tempoh panjang yang langsung tidak mempunyai sebarang konsul. Adalah mungkin sebagai kebanggaan negara bahawa ahli-ahli Rom mengubahkan kronologi republik awal untuk menyebabkan Rom kelihatan membebaskan diri sebelum Cleisthenes membawa kebebasan kepada Athens . Juga dicurigai bahawa keluarga-keluarga yang berpengaruh "menyisipkan" nenek moyang konsul ke dalam senarai itu untuk menyokong kedudukan

Upload: buyah

Post on 07-Jun-2015

1.831 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Republik Rom

Sejarah Republik RomAsal dan sejarah awal Rom tidak dapat dipastikan. Sedangkan terdapat keterangan-keterangan yang khusus tentang asal dan sejarah Rom, pemerian-pemerian itu cenderung bersifat mitologi, dan tidak dapat merupakan sejarah objektif ketika diperlakukan dengan analisis moden.

Terdapat juga temuan arkeologi di kota Rom yang wujud sebelum tarikh pengasasan yang ditentukan oleh mitologi. Sebaliknya, kesan-kesan penempatan yang benar tidaklah sehingga tarikh itu. Bagaimanapun, mitos asal Rom mungkin mengandungi beberapa aspek kebenaran dan bertanggungjawab untuk membentukkan pandangan diri orang Rom.

Pengasasan kota

Tradisi membekalkan beberapa tarikh yang berbeza tentang pengasasan Rom. Yang paling terkenal ialah tarikh yang diberikan oleh ahli sejarah dan pentertib tarikh Rom, M. Terentius Varro: 753 SM, tetapi ini bergantung kepada kronologi tradisi raja-raja Rom yang terlalu meragukan. Terdapat beberapa penemuan arkeologi yang lebih lama daripada tarikh Varro; tetapi kesan-kesan terawal penempatan berterusan biasa ditarikhkan pada awal abad ke-6 SM.

Pemerintahan beraja (abad ke-6 SM)

Pada permulaan, Rom mempunyai raja-raja. Tradisi lebih menggambarkan raja-raja ini sebagai pahlawan budaya berbanding tokoh sejarah, dengan setiap baginda dikatakan mereka sesuatu aspek budaya Rom; umpamanya, Numa Pompilius mencipta agama Rom, dan Ancus Martius mencipta seni-seni perang. Tradisi juga memberikan kebanyakan pemerintahan jangka masa sebanyak lebih kurang empat puluh tahun. Ini mungkin disebabkan oleh numerologi berbanding sejarah. Perincian lain dilihatkan sebagai cerita-cerita mengenai asal bagi pelbagai keluarga bangsawan Rom.

Bagaimanapun, terdapat persetujuan umum bahawa Rom mempunyai satu siri raja-raja (sebilangan daripada baginda itu berasal daripada Etruria; pengaruh orang Etruria masih dapat dilihat dalam seni dan seni bina Rom awal) dan raja-raja ini kemudian digantikan oleh golongan bangsawan Rom pada sekitar 500-450 SM.

Penubuhan Republik

Tarikh tradisional untuk revolusi terhadap raja-raja ialah 509 SM (untuk ceritanya, sila lihat Penggulingan raja-raja). Tarikh ini juga diragui; penyusunan fasti konsul yang menyokong tarikh ini menyelitkan enam orang konsul dalam tahun pertama Republik, dan mempunyai tempoh-tempoh panjang yang langsung tidak mempunyai sebarang konsul. Adalah mungkin sebagai kebanggaan negara bahawa ahli-ahli Rom mengubahkan kronologi republik awal untuk menyebabkan Rom kelihatan membebaskan diri sebelum Cleisthenes membawa kebebasan kepada Athens. Juga dicurigai bahawa keluarga-keluarga yang berpengaruh "menyisipkan" nenek moyang konsul ke dalam senarai itu untuk menyokong kedudukan politik keluarga mereka, dan oleh itu mengawalkan tarikh pengasasan republik.

Page 2: Sejarah Republik Rom

Konsul-konsul awal mengambil alih peranan-peranan raja kecuali peranan sami besar yang menyembah Optimus Maximus Jupiter di kuil suci yang terletak di Bukit Capitoline. Untuk tanggungjawab itu, orang-orang Rom memilih seorang Rex sacrorum — "raja untuk perkara-perkara suci". Adalah menarik untuk memperhatikan bahawa Rex Sacrorum Rom dilarang daripada menjadi ahli Senat; seseorang tidak boleh menjadi Senator dan Rex Sacrorum pada waktu yang sama. Rom Republik menjauhi "raja" sekelumit ini daripada sebarang kemungkinan mencapai kuasa. Sehingga akhir Republik, tuduhan bahawa seseorang yang berkuasa berhasrat untuk membuatkan diri sebagai "Rex" (raja) merupakan satu tuduhan yang amat menjejaskan kerjaya orang itu (pembunuh Julius Caesar mendakwa bahawa mereka sedang memeliharakan Rom daripada penubuhan semula pemerintahan beraja).

Pertikaian antara Kelas Masyarakat

Hubungan antara golongan marhaen dengan golongan ningrat kekadang menjadi tegang sehingga orang-orang marhaen berpisah daripada kota, dan membawa keluarga serta harta boleh alih mereka untuk menubuhkan kem di atas bukit di luar dinding kota. Keengganan mereka untuk bekerjasama lagi dengan golongan ningrat menyebabkan perubahan-perubahan sosial. Hanya lebih kurang 15 tahun selepas penubuhan Republik pada 494 SM, golongan marhaen berpisah dan memilih dua orang ketua yang diberikan gelaran Tribun.

Golongan marhaen mengangkat sumpah bahawa mereka tidak boleh 'mempersoalkan' ('menyentuh') Tribun semasa tempoh jawatan mereka, dan mereka akan bersatu untuk membunuh sesiapa yang mengapa-apakan tribun mereka. Pemisahan kedua pada tahun 471 SM menyebabkan takrif undangan-undang yang lebih lanjut terhadap hak dan tanggungjawab tribun, dan menambah bilangan tribun menjadi 10 orang. Pemisahan terakhir bertamat pada tahun 287 SM, dan Lex Hortensia yang diluluskan memberikan undi Concilium Plebis atau "Majlis Marhaen" kuat kuasa undang-undang. Adalah penting untuk memerhatikan bahawa kuat kuasa undang-undang ini mengikat kedua-dua golongan ningrat dan marhaen, dan sebenarnya menjadikan Majlis Marhaen sebagai badan yang utama untuk meluluskan undang-undang Rom.

Pengembangan Rom ke Itali (340 - 268 SM)

Sepanjang abad ke-4 SM, orang-orang Rom bertempur satu siri perang dengan jiran-jirannya, terutamanya dengan puak Sabine dan puak Samnium yang merupakan pesaing-pesaing utama mereka di tanah besar Itali. Akhirnya, Rom menguasai Liga Latin, sebuah kerajaan campuran yang terdiri daripada negara-negara kota di kawasan Latium, selepas Perang Latin. Liga itu dibubarkan dan wilayahnya diletakkan di bawah kawalan hegemoni.

Semasa era ini, Rom dan negara-negara lain dalam Liga Latin, juga bertempur dengan kuasa-kuasa asing, tetapi tidak selalu berjaya. Pada tahun 390 SM, orang Gaul dari Gallia Cisalpina (Lembah Po moden) di bawah pimpinan Brennus menewaskan legion-legion Rom serta menjarah Rom. Mereka memerlukan wang tebusan yang amat besar untuk memberhentikan pemusnahan seluruh kota. (Seorang senator Rom membantah bahawa pemberat yang digunakan untuk mengukur emas wang tebusan tidak tepat. Sebagai gerak balas, Brennus mencampakkan pedangnya ke arah pemberat dan mengunggapkan kata-kata yang termasyhur: "Vae Victis" — "Malang kepada pihak yang kalah").

Pada tahun 283 SM Pyrrhus dari Epirus tiba untuk membantu Tarentum, sebuah tanah jajahan Yunani, terhadap orang-orang Rom. Pyrrhus dianggap secara meluas sebagai pemimpin

Page 3: Sejarah Republik Rom

tentera yang terutama selepas Alexander Agung, tetapi walaupun selepas memenangi tiga pertempuran, beliau tidak dapat menewaskan Republik Rom dan mengalami kerugian yang amat besar. Pyrrhus dikatakan mengungkapkan frasa: "Lagi satu kemenangan sebegini dan aku akan kalah" dan dengan itu, menciptakan istilah "kemenangan Pyrrhus". Pyrrhus berundur untuk bertempur di Sicily dan Yunani dan oleh itu, memberikan orang-orang Rom martabat tentera antarabangsa yang menarik perhatian kuasa-kuasa terbesar Yunani di Timur.

Melalui tanah-tanah jajahan dan negara-negara kota bersekutu, Rom mempunyai banyak tenaga manusia yang dipergunakan sebagai bekalan perekrutan untuk legion-legionnya. Ini membolehkan Rom untuk menubuhkan legion dengan mudah untuk meneruskan pertempuran dalam keadaan-keadaan yang negara-negara lain akan menyerah. Rom juga menunjukkan keengganan untuk menerima penewasan. Keazaman ini ditunjukkan dalam pertempuran-pertempuran kemudian seperti Perang Phoenecia Pertama di mana tentera Rom, ketika mengalami kerugian armada sebanyak 70% disebabkan ribut, membina semula seluruh armada mereka dalam masa hanya dua bulan.

Lagi satu ciri Republik yang unik ialah caranya untuk memperlakukan orang taklukan. Mereka yang ditaklukkan oleh Rom diberikan "perlindungan" dan sejenis bentuk kewarganegaraan, serta hak-hak yang khusus di bawah undang-undang Rom. Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk kewajiban yang tertentu, terutamanya keperluan untuk membekalkan askar-askar legion. Ini menghasilkan kesan dua kali ganda. Pertama, Rom diberikan bekalan tenaga manusia untuk legion-legionnya daripada seluruh Liga Latin. Ini membenarkannya untuk menurunkan angkatan tentera, satu demi satu, dan menolak sebarang penewasan. Kedua, dengan mempunyai banyak tahap kewarganegaraan dan hak-hak di bawah undang-undang Rom, perhatian orang-orang taklukannya ditumpukan pada pembaikan hak-hak mereka dalam undang-undang Rom, serta pada pesaingan dengan negara-negara jajahan yang lain untuk kedudukan dalam lingkungan pengaruh Rom, berbanding mencuba melepaskan diri daripada penguasaan. Dasar "pecah dan perintah" menyebabkan orang-orang taklukan menyerah secara sukarela kepada undang-undang Rom.

Menjelang 268 SM, orang-orang Rom telah menguasai kebanyakan Itali melalui rangkaian yang terdiri daripada sekutu, negara kota tertakluk, tanah jajahan, serta garison yang strategik. Pada masa itu, Rom bermula melihat pulau-pulau dan perdagangan kaya Laut Mediterranean di sebalik sana Itali.

Penaklukan Barat: Perang-perang Punic

Pada tahun 264 SM, Carthage adalah sebuah tanah jajahan Phoenicia yang terletak di pantai Tunisia moden, dan merupakan negara kota yang sangat kuat, dengan empayar perdagangan yang kedua terbesar di Mediterranean barat selepas Rom. Sedangkan angkatan lautnya tiada tandingan, negara kota itu tidak mempunyai seangkatan tentera darat yang tetap. Sebaliknya, Carthage bergantung kepada askar-askar upahan yang digajikan untuk bertempur dengan kekayaannya.

Sebaik sahaja Rom mengukuhkan kawalannya di Itali, Rom bertempur dengan Carthage kerana mencuba memperluas pengaruhnya di Mediterranean. Rom dan Carthage bertempur sebuah siri yang terdiri daripada tiga perang Punic ('Punic' ialah bahasa Latin untuk 'Phoenicia') antara 264 dan 146 SM. Kemenangan Rom terhadap Carthage dalam perang-perang ini menyebabkan Rom menjadi negara yang paling kukuh di Eropah dan

Page 4: Sejarah Republik Rom

Mediterranean, satu status yang Rom dapat mengekalkan sehingga pembahagian Empayar Rom oleh Diocletian pada tahun 286 Masihi menjadi Empayar Rom Barat dan Empayar Rom Timur.

Perang Punic Pertama (264 - 241 SM)

Perang Punic Pertama antara Rom dan Carthage bermula sebagai sebuah pertempuran tempatan di Sicily antara Hiero II dari Syracuse, dan Mamertine dari Messina. Mamertine membuat pertimbangan yang buruk ketika mereka memperoleh bantuan daripada angkatan tentera laut Carthage dan kemudian mengkhianati mereka dengan rayuannya kepada Senat Rom untuk menentangi Carthage. Angkatan Rom menghantar sepasukan garison untuk menaklukkan Messina, dan Carthage yang amat marah memberikan bantuan kepada Syracuse. Dengan kedua-dua kuasa tempatan kini terlibat dalam pertempuran, ketegangan semakin bertambah buruk sehingga menjadi sebuah perang penuh untuk penguasaan Sicily antara Carthage dan Rom.

Perang Punic Pertama pada dasarnya merupakan sebuah perang laut. Selepas kekalahan perang darat yang begitu teruk di Perang Agrigentum, pimpinan Carthage memutuskan untuk mengelakkan sebarang pertempuran darat yang langsung dengan legion-legion Rom, dan memilih untuk menumpukan pertempuran mereka pada laut.

Mula-mulanya, angkatan tentera Carthage yang lebih berpengalaman dapat mengatasi Angkatan Tentera Laut Rom yang tidak mahir (sila lihat Perang Kepulauan Lipari). Rom bergerak balas dengan mengembangkan angkatan tentera lautnya dengan pesat (terdapat pertikaian tentang adakah mereka dapat berbuat demikian dengan meniru kapal-kapal Carthage yang ranap atau ditangkap): dalam tempoh dua bulan, angkatan Rom telah mempunyai satu armada yang terdiri daripada melebihi 100 buah kapal perang. Oleh sebab mereka mengetahui bahawa kapal-kapal mereka tidak mempunyai keupayaan yang setanding dengan kapal-kapal Carthage, angkatan Rom menambah kepada kapal-kapal mereka sebuah "jambatan serangan" yang dikenali sebagai corvus - "Raven". Jambatan ini akan mencangkukkan kapal-kapal musuh dan menyebabkannya tidak dapat bergerak. Dengan ini, askar-askar legion Rom akan naik kapal-kapal Carthage dan merampasnya dengan mudah. Taktik ini menyebabkan kelebihan angkatan tentera laut Carthage (keunggulan pertempuran kapal satu ke satu) tidak berkesan dan membenarkan infantri Rom yang unggul untuk menyertai pertempuran-pertempuran laut. Bagaimanapun, corvus juga bersifat besar, sukar digunakan, dan berbahaya, dan kemudiannya dihentikan secara berperingkat-peringkat ketika angkatan tentera Rom semakin menjadi lebih berpengalaman dan lebih cekap dari segi taktik.

Selain daripada kekalahan yang membawa kecelakaan di Perang Tunis di Afrika, serta pertempuran-pertempuran laut di Kepulauan Lipari dan Drepana, Perang Punic Pertama merupakan satu siri kemenangan yang hampir tidak terputus-putus. Pada tahun 241 SM, Carthage memeterai perjanjian keamanan yang memberikan Rom penguasaan yang penuh terhadap seluruh Siciliy.

Pada tahun 238 SM, askar-askar upahan Carthage memberontak (sila lihat Perang Askar Upahan) dan Rom mengambil kesempatan ini untuk merampas Pulau Corsica dan Sardinia daripada Carthage. Sejak ketika itu, orang-orang Rom menggunakan istilah "Mare Nostrum" – "laut kami" dan menguasai kawasan Mediterranean dengan berkesan. Angkatan-angkatan tentera Rom dapat menghalang serangan amfibia terhadap Itali, dan menguasai laluan-laluan perdagangan laut yang kaya dan penting, serta menyerang pesisir-pesisir yang lain.

Page 5: Sejarah Republik Rom

Perang Punic Kedua (218 - 202 SM)

Laluan serangan Hannibal semasa Perang Punic Kedua.

Penyeberangan Banjaran Alp yang menakjubkan ini dengan gajah-gajah perang telah menjadi legenda Eropah: satu perincian fresco, k.k. 1510, Muzium Capitoline, Rom.

Publius Cornelius Scipio Africanus.

Carthage menghabiskan tahun-tahun yang berikut untuk memperbaik keadaan kewangannya, dan memperluas empayar jajahannya di Hispania (Sepanyol moden) di bawah keluarga Barcid, sedangkan perhatian Rom ditumpukan terutamanya kepada Perang-perang Illyria.

Page 6: Sejarah Republik Rom

Bagaimanapun, keluarga Barcid tidak terlupa kekalahan-kekalahan mereka dalam Perang Punic Pertama, dan Hannibal Barca, ahli keluarga Barcid yang paling masyhur, mengangkat sumpah bahawa beliau tidak akan berbaik-baik dengan Rom. Pada tahun 221 SM, Hannibal menyerang Saguntum di Sepanyol, sebuah kota yang bersekutu dengan Rom, dan mencetuskan Perang Punic Kedua.

Hannibal adalah seorang ahli strategi yang unggul dan mengetahui bahawa pasukan askar berkuda Rom tidak kuat dan mudah diserang. Oleh itu, beliau mengambil pasukan askar berkuda Numidia yang ringan, bersama-sama dengan pasukan askar berkuda Gaul dan Hispania yang berat, untuk berkhidmat dalam tenteranya, dengan kesan yang amat dasyhat kepada legion-legion Rom.

Terdapat tiga kancah utama dalam perang ini:

Itali, di mana Hannibal menewaskan legion-legion Rom berulang kali; Sepanyol, di mana Hasdrubal Barca, adik Hannibal, mempertahankan kota-kota

jajahan Carthage dengan pelbagai peringkat kejayaan sehingga akhirnya dipaksa berundur ke Itali; dan

Sicily di mana angkatan Rom mempunyai keunggulan ketenteraan.

Selepas menyerang Saguntum, Hannibal mengejutkan angkatan Rom dengan serangan langsung terhadap Itali melalui penyeberangan Banjaran Alp oleh sepasukan askar upahan yang besar yang terdiri, terutamanya daripada askar Gaul, Hispania, Numdia, dan sedozen gajah perang yang termasyhur. Angkatan Hannibal menewaskan legion-legion Rom dalam banyak pertempuran yang utama, termasuk Perang Cannae yang terkenal, akan tetapi strategi jangka panjangnya tergagal.

Menghadapi kekurangan keupayaan untuk membuat pengepungan dan perampasan terhadap kota Rom, Hannibal merancang untuk mempengaruhi sekutu-sekutu Itali untuk menentang Rom dan membiarkan kota itu mati kelaparan. Bagaimanapun, dengan kekecualian beberapa negara kota selatan, kebanyakan sekutu Rom mengekalkan kesetiaan dan meneruskan pertempuran bersama Rom, walaupun angkatan Hannibal yang hampir tidak dapat dikalahkan, meneruskan pemusnahan kawasan luar bandar Itali. Lebih penting, Hannibal tidak dapat sebarang tenaga bantuan yang besar daripada Carthage, walaupun beliau membuat banyak rayuan. Ketiadaan tenaga bantuan itu menghalang beliau untuk menamatkan pertempuran dengan muktamad melalui penaklukan Rom.

Sebaliknya, Rom tidak berupaya menamatkan pertempuran di kancah Itali dengan muktamad kerana mereka bukan sahaja bertempur dengan Hannibal di Itali, dan adiknya di Sepanyol, tetapi juga terlibat dalam lagi sebuah perang asing, dan sedang bertempur dalam perang pertama dalam siri Perang Macedonia pada waktu yang sama.

Dengan Hannibal tidak diberikan tenaga bantuan oleh Carthage, dan dengan tentera Rom tersebar dalam tiga kancah pertempuran yang berasingan, perang Itali Hannibal berlangsung tanpa sebarang keputusan selama enam belas tahun.

Di Sepanyol, Publius Cornelius Scipio, seorang komander Rom yang muda (kemudian dianugerahkan dengan cognomen Africanus, ganjaran untuk pencapaiannya dalam perang ini), akhirnya menewaskan angkatan Carthage di bawah pimpinan Hasdrubal. Meninggalkan Sepanyol, Hasdrubal mencuba membawa angkatan askar upahannya masuk ke Itali untuk

Page 7: Sejarah Republik Rom

memperkukuh Hannibal, tetapi ditewaskan dan dibunuh dalam Perang Metaurus yang muktamad sebelum beliau dapat berbuat demikian. Scipio kemudian menawan kota-kota tempatan Carthage, dan membuat beberapa perikatan dengan pemerintah-pemerintah tempatan. Selepas itu, beliau menyerang Afrika.

Dengan Carthage kini diancam secara langsung, Hannibal kembali ke Afrika untuk menghadapi Scipio, tetapi dalam Perang Zama yang terakhir pada tahun 202 SM, angkatan Rom akhirnya menewaskan Hannibal. Carthage merayu untuk keamanan, dan Rom bersetuju, dengan syarat-syarat berikut:

pengambilan alih semua tanah-tanah jajahan Carthage; pembayaran ganti rugi yang besar kepada Rom; dan larangan untuk mempunyai angkatan tentera darat sama sekali, dan angkatan tentera

laut yang besar.

Hannibal memainkan peranan kepimpinan yang utama dalam pembinaan semula Carthage, dan mencapai kejayaan yang amat baik sehingga pesaing-pesaingnya serta Rom berasa iri hati dan memaksanya melarikan diri ke Asia Minor pada tahun 195 SM. Di sana, beliau berkhidmat sebagai penasihat tentera untuk beberapa raja tempatan sehingga beliau membunuh diri pada tahun 183 SM untuk mengelakkan penangkapan oleh ejen-ejen Rom.

Perang Punic Ketiga (149 - 146 SM)

Rom kini menumpukan perhatiannya kepada Perang-perang Macedonia, dan untuk mengamankan wilayah Hispania yang baru diperoleh.

Bagaimanapun, Carthage kini dikecilkan menjadi satu negara kota tunggal yang tidak mempunyai angkatan tentera serta mempunyai hutang yang amat besar, dan bergantung kepada Rom untuk perlindungan ketenteraan dan penimbangtaraan tentang perkara-perkara antarabangsa. Tanpa angkatan tentera, Carthage mengalami serangan daripada Numidia, jirannya, dan di bawah syarat-syarat perjanjian dengan Rom, pertikaian-pertikaian itu akan ditimbang tara oleh Senat Rom. Oleh sebab Numida merupakan "negara bernaung" yang disukai oleh Rom, keputusan-keputusan Rom amat dicondongkan supaya memihak kepada Numidia.

Selepas lebih kurang lima puluh tahun dalam keadaan ini, Carthage dapat menjelaskan ganti rugi perangnya, dan menganggap diri tidak lagi diikat oleh sekatan-sekatan perjanjian, walaupun Rom tidak menganggap sebegini. Carthage mengumpulkan seangkatan tentera untuk menangkis angkatan-angkatan tentera Numidia, tetapi dikalahkan dengan segara dan menyebabkan mereka menanggung hutang lagi, kali ini kepada Numidia.

Faham ketenteraan Punic yang baru ini mengejutkan banyak orang Rom, termasuk Cato Lebih Tua yang selepas pelayarannya ke Carthage, mengakhirkan semua ucapannya dengan: "Ceterum censeo Carthaginem esse delendam." - "Aku juga berpendapat bahawa Carthage harus dimusnahkan".

Pada tahun 149 SM, dalam satu percubaan untuk mengamankan Carthage, Rom membuat satu siri tuntutan yang semakin bersifat menindas dan yang bertamat dengan tuntutan yang hampir tidak mungkin bahawa kota Carthage dirobohkan dan dibina semula jauh dari pantai di dalam Afrika. Carthage menolak tuntutan terakhir ini dan Rom mengisytiharkan Perang

Page 8: Sejarah Republik Rom

Punic Ketiga. Scipio Aemilianus mengepung kota itu selama tiga tahun sebelum beliau berjaya memecahkan tembok bandar tersebut, dan menjarah serta membakar Carthage. Mengikut legenda, angkatan tentera Rom pernah mencuba menyemaikan garam supaya tiada apa-apa yang dapat bertumbuh di sana. Bagaimanapun, ini tidak mungkin disebabkan harga garam yang amat tinggi ketika itu dan oleh itu, hanya merupakan sebuah legenda. Orang-orang Carthage yang masih hidup dijual sebagai hamba abdi, dan Carthage tidak lagi wujud sehingga Octavian membina semula kota itu sebagai sebuah koloni untuk para bekas perajurit Rom satu abad kemudian.

Penaklukan Timur: Perang-perang Macedonia dan Seleucid

Perang-perang Macedonia dan Seleucid merupakan satu siri pertempuran yang ditempur oleh Rom semasa dan selepas Perang Punic Kedua di Mediterranean timur, Adriatik, dan Aegea. Bersama-sama dengan perang-perang Punic, perang-perang ini menghasilkan penguasaan atau pengaruh Rom di seluruh lembangan Mediterranean.

Perang Macedonia Pertama (215 - 202 SM)

Semasa Perang Punic Kedua, Philip V dari Macedon bersekutu dengan Hannibal. Menakuti penghantaran tenaga bantuan untuk Hannibal dari Macedon, Rom menurunkan angkatan-angkatannya melintasi Laut Adriatik. Legion-legion Rom (dibantu oleh sekutu-sekutunya dari Liga Aetolia dan Pergamon selepas tahun 211 SM) tidak membuat apa-apa kecuali pertempuran kecil dengan angkatan-angkatan Macedonia serta perampasan wilayah-wilayah kecil di sepanjang garis pinggir laut Adriatik untuk "menempur kegiatan melanun". Minat Rom bukan untuk penaklukan, tetapi untuk memastikan bahawa Macedon, negara-negara kota Yunani, dan liga-liga politik pecah dan tidak terancam. Perang itu bertamat dengan tidak muktamad pada tahun 202 SM dengan Perjanjian Phoenice. Walaupun pertempuran ini kecil sahaja, Perang Macedonia Pertama membuka peluang untuk campur tangan ketenteraan Rom di Yunani.

Perang Macedonia Kedua (200 - 196 SM)

Pada tahun 201 SM, duta-duta dari Pergamon dan Rhodes mengemukakan bukti kepada Senat Rom bahawa Philip V dari Macedon dan Antiochus III dari Empayar Seleucid telah memeterai satu pakatan nyah serangan. Walaupun sesetengah cendekiawan melihatkan "perjanjian rahsia" ini sebagai satu rekaan antara Pergamon dan Rhodes, ini menyebabkan Rom melancarkan perang Macedon kedua, dengan bantuan sekutu-sekutu Yunaninya. Pertempuran ini tidak muktamad sehingga kemenangan Rom dalam Perang Cynoscephalae pada tahun 197 SM. Selepas Rom mengenakan Perjanjian Tempea, Philip V dilarang bercampur tangan dalam hal ehwal di luar sempadannya, satu syarat yang beliau mematuhi sepanjang hayatnya. Pada 194 SM, Rom mengisytiharkan "pembebasan" Yunani, dan berundur sama sekali dari Balka. Kelihatannya, Rom tidak lagi minat akan wilayah itu.

Perang Seleucid (192 - 188 SM)

Selepas Perang Macedonia Kedua, Liga Aetolia tidak puas hati tentang jumlah wilayah yang diserahkan kepadanya oleh Rom sebagai "ganjaran" untuk bantuan mereka. Sebagai gerak balas, mereka "menjemput" Antiochus III dari Syria Seleucid untuk membantu mereka

Page 9: Sejarah Republik Rom

membebaskan Yunani daripada "penindasan Rom". Antiochus menghantar seangkatan tentera kecil masuk ke Yunani pada tahun 192 SM, dan Rom bertindak balas dengan menghantar legion-legionnya ke Yunani untuk mengundurkan angkatan-angkatan Seleucid.

Mungkin sebahagian disebabkan Antiochus telah memberikan perlindungan kepada Hannibal melalui pelantikannya sebagai penasihat tentera (Hannibal telah mendesak rajanya supaya tidak masuk Yunani tanpa bilangan askar yang mencukupi, tetapi tidak diendahkan), Rom menghantar seangkatan tentera yang terdiri daripada 30,000 askar di bawah Scipio Africanus masuk ke Asia Minor. Kemenangan-kemenangan Rom di Thermopylae (191 SM) dan Perang Magnesia (190 SM) memaksakan Antiochus memeterai Perjanjian Apamea (188 SM) yang menyerahkan wilayah Seleucid kepada Rom dan Pergamon, serta memerahkan ganti rugi perang sebanyak 15,000 talen perak.

Perang Macedonia Ketiga (172 - 168 SM)

Ketika kematian Philip di Macedon pada tahun 179 SM, anaknya Perseus dari Macedon mencuba memulihkan pengaruh antarabangsa Macedon dan menyerang jiran-jirannya dengan agresif. Apabila Perseus didapati terbabit dalam komplot pembunuhan terhadap sekutu Rom, Senat Rom mengisytiharkan Perang Macedonia Ketiga. Mula-mulanya, Rom tidak begitu berjaya terhadap angkatan-angkatan Macedonia tetapi pada tahun 168 SM, legion-legion Rom menghancurkan barisan pertahanan Macedonia di Perang Pydna. Perseus kemudian ditangkap dan kemaharajaan Macedon dibahagikan menjadi empat buah republik boneka.

Perang Macedonia Keempat (150 - 148 SM)

Selama beberapa tahun, Yunani mempunyai ketenteraman sehingga sebuah pemberontakan popular tercetus di bawah Andriscus yang menuntut diri sebagai anak Perseus. Rom sekali lagi menurunkan legion-legionnya masuk ke Yunani untuk mematahkan pemberontakan. Pada kali ini, Rom tidak berundur dari kawasan ini, dan membentuk wilayah-wilayah Achaea, Epirus, dan Macedonia, serta mengasaskan tapak Rom yang kekal di semenanjung Yunani. Sebagai tindak balas, kuasa-kuasa Yunani Liga Achaea yang masih bebas memberontak terhadap kehadiran Rom di Yunani. Bagaimanapun, Liga itu ditewaskan dengan pantas dan sebagai pengajaran, Rom memusnahkan kota kuno Corinth sama sekali pada tahun 146 SM yang merupakan tahun pemusnahan Carthage.

Perang-perang Macedonia akhirnya bertamat, bersama-sama dengan kemerdekaan Yunani.

Page 10: Sejarah Republik Rom

Pemerolehan Asia

Pertumbuhan kuasa politik Rom di Asia Minor

Pada tahun 133 SM, Raja Attalus III dari Pergamon yang hampir mati mewasiatkan seluruh kemaharajaannya kepada Republik Rom untuk mengelakkan sebarang pertikaian antara waris-warisnya, serta untuk mengelakkan kemungkinan Rom mengambil kesempatan untuk menawan Pergamon. Peristiwa-peristiwa kemudian dirumitkan oleh pemberontakan Aristonicus, salah seorang saudara Attalus III yang mengisytiharkan diri sebagai raja Pergamon dengan gelaran Eumenes III. Selepas empat tahun berperang (133–129 SM), Eumenes III ditewaskan dan ditangkap oleh Rom. Pergamon disusun semula untuk dijadikan asas wilayah Asia, dan menjadi salah satu wilayah terkaya yang Rom pernah menguasai. Disebabkan kekayaan Asia, wilayah ini tertarik banyak senator yang korup dan tamak, dan gabenor-gabenornya adalah terkenal untuk sikap yang amat dasyhat selama hampir satu abad selepas perolehan wilayah ini.

Durian runtuh yang tiba-tiba ini menjejaskan politik Rom serta gerakan pembaharuan politik dengan cara yang tidak diramalkan, dan mungkin bersifat malang.

Page 11: Sejarah Republik Rom

Permulaan keakhiran

Persengketaan ekonomi dan politik di Rom

Kejayaan-kejayaan tentera dan diplomatik Rom di sekitar Mediterranean mengakibatkan tekanan-tekanan ekonomi dan politik terhadap negaranya yang tidak diramalkan. Sedangkan persengketaan puak sentiasa merupakan sebahagian kehidupan politik Rom, kepentingan-kepentingan kini adalah jauh lebih tinggi; seorang gabenor wilayah yang korup boleh memperoleh kekayaan yang luar biasa; seorang komander yang berjaya hanya memerlukan sokongan daripada legion-legionnya untuk memerintah wilayah-wilayah yang besar.

Mulai dari Perang-perang Punic, ekonomi Rom mula bertukar, dengan kekayaan ditumpukan dalam tangan hanya beberapa puak yang berkuasa, dan menyebabkan ketegangan politik di dalam Rom.

Kebanyakan daripada wilayah-wilayah yang baru ditaklukkan telah dirampas oleh keluarga-keluarga yang kaya dan berkuasa. Selain itu, oleh sebab hanya lelaki-lelaki yang mampu mempersenjatai diri berlayak untuk berkhidmat dalam legion-legion, kebanyakan askar Rom datangnya daripada pemilik-pemilik tanah kelas menengah yang secara teori akan mempertahankan tanah-tanah sendiri.

Dengan kempen-kempen tentera kini berlangsung selama bertahun-tahun, bukannya hanya beberapa bulan, askar-askarnya tidak dapat kembali ke ladang masing-masing. Dengan ladang-ladang mereka ditinggalkan sebagai tanah-tanah rang, keluarga-keluarga mereka dengan cepatnya mula berhutang, dan tanah-tanah mereka diambil oleh pemberi hutang yang biasanya merupakan pemilik-pemilik tanah kaya yang menggabungkan harta-harta ini untuk dijadikan latifundia yang besar. Bekas askar-askar kelas menengah akan pulang daripada kempen-kempen bertahun-tahun untuk mendapati diri telah merupakan seorang tanpa tanah dan oleh itu, tidak dapat menyarakan keluarga mereka. Secara ironi, mereka tidak boleh mendapat pekerjaan kerana kejayaan-kejayaan legion telah menyebabkan hamba-hamba abdi menjadi satu sumber buruh yang jauh lebih murah.

Menjelang 133 SM, ketakseimbangan ekonomi Rom telah menjadi terlalu serius untuk dibiarkan, tetapi ningrat-ningrat yang kaya serta keluarga-keluarga lama dalam Senat mempunyai kepentingan diri untuk memeliharakan status quo. Pembaharuan tanah melalui saluran-saluran tradisional kelihatan tidak merupakan satu prospek yang mungkin.

Pembaharuan Gracchus (133 - 121 SM)

Pada tahun 133 SM, Tiberius Sempronius Gracchus, seorang tribun, mencuba untuk memperkenalkan pembaharuan tanah melalui pengagihan semula "tanah-tanah milik awam" kepada askar-askar yang kembali tanpa tanah. Beliau mencadangkan penguatkuasaan satu undang-undang Rom yang mengehadkan penggunaan tanah-tanah awam, tetapi biasanya tidak diendahkan. Sedangkan berdasarkan alasan-alasan teknik, "tanah-tanah" ini dimiliki oleh negara, tanah-tanah ini sering digunakan oleh pemilik-pemilik yang kaya, kebanyakan mereka merupakan senator-senator. Di bawah penguatkuasaan undang-undang ini, kebanyakan mereka akan menghilangkan "harta" mereka.

Oleh sebab Senat kelihatan tidak mungkin akan bersetuju dengan penguatkuasaan undang-undang ini, Tiberius melangkau Senat, dan mencuba untuk meluluskan pembaharuannya

Page 12: Sejarah Republik Rom

melalui Dewan Undangan Marhaen sebagai satu ketentuansuara, dengan menggunakaan prinsip undang-undang Lex Hortensia. Walaupun ini merupakan sesuatu yang sah di sisi undang-undang, perbuatan ini merupakan satu pencabulan adat resam politik, dan menimbulkan kemarahan banyak ningrat. Senat Rom cuba menyekat Tiberius dengan memberikan rasuah kepada tribun yang lain untuk memveto rang undang-undang ini. Tiberius kemudian meluluskan satu rang undang-undang untuk menggulingkan rakan sekerjanya dan dengan itu, mencabul prinsip kekolejan. Dengan veto ditarik balik, pembaharuan tanah diluluskan. Senat yang naik berang enggan membiayai suruhanjaya tanah yang telah ditubuhkan. Tiberius menggunakan Dewan Undangan Marhaen untuk memindahkan wang daripada pendapatan Pergamon untuk membiayai suruhanjaya itu, dan mencabarkan kuasa Senat terhadap kewangan negara dan dasar luar negara. Ketika kebenaran menjadi jelas bahawa Tiberius tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menghabiskan pembaharuan-pembaharuan tanahnya, walaupun dengan sokongan politik dan ekonomi yang mencukupi, beliau mengumumkan keinginannya untuk melanjutkan tempoh jawatan dan dengan itu, mencabulkan prinsip ketahunan. Ningrat-ningrat habis sabar dan disebabkan ketakutan bahawa Tiberius akan menjadikan diri sebagai penzalim, bertindak balas dengan membunuh beliau bersama-sama dengan 300 orang pengikutnya di jalan raya Rom.

Hampir sepuluh tahun kemudian, adik lelaki Tiberius, Gaius Sempronius Gracchus, mencuba untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan politik dengan menggunakan taktik-taktik yang serupa. Beliau kelihatan lebih merupakan seorang demagog yang mencuba meluluskan banyak undang-undang yang popular untuk memperoleh sokongan popular berbanding menjadi seorang reformis politik dengan agenda yang khusus seperti abangnya. Beliau tidak berjaya atau menjadi popular seperti abangnya tetapi sebaliknya, membuat banyak musuh politik. Ketegangan-ketegangan politik yang semakin bertambah akhirnya meletus sekali lagi dengan keganasan di Bukit Capitoline di mana Gaius Gracchus dan 3,000 orang pengikutnya dibunuh.

Apa-apa sahaja tujuan-tujuan mereka, kerjaya-kerjaya politik adik beradik Gracchus telah menyimpang daripada tradisi-tradisi politik Rom, dan memperkenalkan keganasan gerombolan sebagai satu alat kehidupan politik Rom. Ini merupakan satu perubahan yang Republik Rom tidak dapat memulihkan.

Page 13: Sejarah Republik Rom

Marius dan Sulla

Gaius Marius, Pembaharu tentera (107 - 100 SM)

"Marius di tengah-tengah Puing-puing Carthage" oleh John Vanderlyn

Menyusul skandal Gracchus, politik Rom menjadi satu campuran yang terdiri daripada bentuk-bentuk tradisional, kedemagogan, dan pengganasan gerombolan. Selain itu, Rom mendapati bahawa tanggungan tentera untuk tanah-tanah pemegangannya terlalu berat.

Perang Jugurthine (112 - 105 SM) yang tidak popular dan yang telah dilaksanakan dengan buruk berlarutan di Numidia. Perang ini kemudian melancarkan kerjaya Gaius Marius dan membawa perubahan-perubahan yang asas kepada Republik.

Marius ialah seorang "novus homo" dari Arpinum yang mempunyai kekayaan dan sedikit pengaruh politik, tetapi bukan seorang ahli bangsawan Rom. Selepas berkhidmat sebagai pegawai yang tidak penting dalam Perang Jugurthine, Marius kembali ke Rom, dan menawarkan diri untuk pemilihan sebagai Konsul pada tahun 107 SM, berdasarkan janjinya untuk menamatkan Perang Jugurthine dalam tempoh setahun. Tanpa dijangka, Marius dipilih.

Ketika memperoleh kekonsulan, Marius memulakan pembaharuan-pembaharuan Maurius pada tahun 107 SM, walaupun Senat amat membantah perubahan-perubahannya. Pembaharuan-pembaharuan ini menyusun semula struktur taktik legion Rom, dan membenarkan perekrutan warganegara-warganegara yang miskin dan tidak mempunyai tanah ke dalam legion-legion dengan belanja negara. Askar-askar dimasukkan ke dalam angkatan tentera selama 20 tahun, dan diberikan ganjaran geran tanah pada akhir tempoh perkhidmatan. Ini menyebabkan perubahan sifat legion-legion, kerana askar-askar legion dari

Page 14: Sejarah Republik Rom

saat itu merupakan askar profesional yang bukan sahaja bertempur untuk "pencen" serta jeneral sendiri, tetapi juga untuk "negara". Dengan angkatan-angkatan tentera yang baru ini, Marius kembali ke Numidia sebagai komander Konsul.

Walaupun Marius tidak menamatkan perang itu dalam tempoh setahun, beliau dipilih sebagai Konsul untuk tempoh kedua tanpa kehadirannya (kedua-dua ini merupakan kekecualian yang amat luar biasa) untuk menghabiskan perang. Pada tahun 105 SM, Marius menewaskan Jugurtha yang ditangkap oleh Raja Bocchus I dari Mauretania dan diserahkan kepada Lucius Cornelius Sulla, salah satu daripada kuestor-kuestor Marius.

Berpulang ke Rom sebagai pahlawan tentera pada tahun 105 SM, Marius tiba untuk menangani akibat bencana Perang Arausio, serta keadaan wilayah Rom yang kini mudah diserang oleh penghijrah-penghijrah puak Cimbri dan Teuton. Dengan sungguh mengagumkan, Marius dipilih sebagai Konsul selama tiga tahun lagi (104 - 102 SM) untuk bertempur dalam Perang Cimbri. Marius membentuk legion-legion baru daripada sukarelawan-sukarelawan marhaen, memberikan mereka latihan, dan menewaskan puak Teuton dalam Perang Aquae Sextae pada tahun 102 SM. Beliau kemudian membantu Quintus Lutatius Catulus untuk menewaskan puak Cimbri dalam Perang Vercellae pada tahun 101 SM.

Setelah menyelamatkan Rom, Marius dipilih sebagai Konsul untuk kali keenam pada tahun 100 SM, suatu kejadian yang tidak pernah berlaku dahulu. Bagaimanapun, Marius terbukti merupakan seorang Jeneral, dan bukannya seorang ahli politik. Selepas satu skandal politik yang malu mengenai Lucius Appuleius Saturninus, Marius menarik diri sama sekali daripada hidup politik awam.

Perang Sosial (91 - 88 SM)

Dengan persaraan Marius, laluan dibuka untuk kerjaya politik Lucius Cornelius Sulla. Sulla adalah seorang ningrat, serta ahli konservatif politik tradisional yang pernah berkhidmat di bawah Marius sebagai seorang pegawai yang cekap di Numidia dan Jerman. Bagaimanapun, terdapat permusuhan politik antara kedua-dua mereka, kerana Marius telah "menghina" Sulla dengan kegagalannya untuk memberikan penghargaan kepada Sulla untuk penangkapan Jugurtha.

Pada 91 SM, sebagai tribun dan pejuang untuk hak-hak sekutu Latin, Livius Drusus cuba meluluskan satu undang-undang untuk memberikan kewarganegaraan Rom yang penuh kepada semua sekutu Itali, khususnya mereka daripada Samnit. Peristiwa itu meletuskan pemberontakan Perang Sosial (Socii ialah bahasa Latin untuk "sekutu").

Yang ironiknya, dalam percubaan untuk menamatkan perang, Rom menawarkan kewarganegaraan penuh kepada mana-mana satu sekutu yang menghentikan pertempuran mereka. Kebanyakan sekutu berhenti bertempur, tetapi banyak lagi meneruskan pemberontakan mereka. Sebagai gerak balas, Gaius Marius kembali daripada persaraannya untuk mengetuai angkatan-angkatan Rom di Itali utara, sedangkan Lucius Cornelius Sulla mengetuai legion-legion Rom di Itali selatan, dan mereka menamatkan perang itu pada tahun 88 SM. Menyusul kemenangan bersama itu, Sulla menawarkan diri untuk pemilihan Konsul, dan dipilih.

Page 15: Sejarah Republik Rom

Perang Mithridates pertama, dan perang-perang saudara Rom (88 - 83 SM)

Ketika Mithridates VI dari Pontus menakluki Bithynia selepas Perang Sosial bertamat dan membunuh berpuluh-puluh ribu warganegara Rom dalam peristiwa Vesper Asia, Senat memberikan kuasa pemerintahan Konsul kepada Sulla untuk menghantar sepasukan ekspedisi untuk menghadapi Mithridates bagi membalas dendam.

Gaius Marius tidak ingin kembali ke hidup tanpa dikenali ramai dan memberi rasuah untuk pelulusan sebuah rang undang-undang melalui Dewan Undangan Marhaen yang memberikannya kuasa pemerintahan untuk mengetuai angkatan-angkatan Sulla. Ketika Sulla terdengar ini semasa membentuk legion-legionnya di Itali selatan, beliau berpatah balik untuk menyerang Rom. Legion-legionnya menawan kota itu selepas sebuah pertempuran yang berpanjangan dan berdarah di jalanraya-jalanraya Rom, dan Marius terpaksa melarikan diri ke Afrika. Sulla kemudian bertolak untuk menghadapi Mithridates dan sekutunya.

Marius kemudian kembali ke Rom dengan Lucius Cornelius Cinna dan menawan kota itu dengan legion-legionya. Beliau melantikkan diri sebagai Konsul buat kali ketujuh, dan membunuh penyokong-penyokong Sulla dengan kejam. Bagaimanapun, hanya beberapa minggu kemudian, Marius meninggal dunia disebabkan perdarahan otak besar-besaran. Cinna mengekalkan kuasanya, dan dengan takdir yang hampir lucu, memutuskan untuk tidak mengendahkan kewujudan Sulla sama sekali, malahan beliau menurunkan angkatan tentera kedua ke Pontus. Akhirnya, Sulla mengambil alih angkatan itu dan menggabungkannya dengan angkatan sendiri. Perang itu tamat dengan Perjanjian Dardanos pada tahun 85 SM.

Sulla kemudian kembali ke Rom dengan Legion-legionnya pada tahun 83 SM.

Kediktatoran Sulla (82 - 80 SM)

Lucius Cornelius Sulla Felix – potret denarius (duit syiling Rom) yang dikeluarkan oleh cucu lelakinya

Cinna dibunuh oleh askar-askar sendiri ketika beliau mencuba berbaris mereka untuk menghadapi legion-legion Sulla yang kembali dan oleh itu, meninggalkan Gnaeus Papirius Carbo dan penyokong-penyokong Maurius yang lain untuk menentang kepulangan Sulla. Pada tahun 83 SM, Sulla mendarat di Itali selatan, dan perang saudara Rom tercetus di kawasan luar bandar Itali. Perang ini berterusan selama satu tahun setengah, tetapi legion-

Page 16: Sejarah Republik Rom

legion Sulla (dibantu oleh Metellus Pius, Marcus Licinius Crassus dan seorang pemuda, Gnaeus Pompeius Magnus) akhirnya menang, dan menawan kota Rom dalam Perang Pintu Dinding Colline.

Sulla kemudian memulakan satu siri penyingkiran yang berdarah, dan mengenakan proskripsi (proses untuk menonjolkan nama-nama orang yang dihukum mati dalam forum Rom) terhadap musuh-musuhnya. Perbuatan ini membenarkan Sulla mengekalkan ketakutan di kalangan mereka yang kini di bawah kuasanya dan mencegahkan sesiapa yang ingin berkomplot terhadapnya disebabkan oleh ketakutan bahawa namanya akan termuncul pada bila-bila masa dalam senarai-senarai yang terdasyhat. Orang-orang yang telah disenaraikan dilucuti daripada semua hak dan perlindungan undang-undang mereka, dengan harta-harta mereka (termasuk harta-harta keluarga) diimpaun, dan ganjaran diberikan untuk nyawa mereka. Beribu-ribu orang Rom yang menentang Sulla, termasuk juga orang yang mempunyai kekayaan yang didambakan oleh Sulla dan pengikut-pengikutnya, telah dibunuh dengan kecam dalam tempoh dua tahun.

Sulla dilantik sebagai diktator – rei publicae constituendae causa – dan memulakan penyusunan semula negara untuk mengembalikan kuasa kepada Senat Rom. Antara pembaharuan-pembaharuan perlembagaan yang lain, Sulla:

menyekatkan kuasa Dewan Perundangan Marhaen secara pesat; menggandakan saiz Senat Rom; memberikan kuasa veto kepada Senat terhadap dekri-dekri yang diluluskan oleh

Dewan Perundangan Marhaen; melucutkan kebanyakan kuasa Tribun; menyusun semula sistem undang-undang; menyekat tindakan gabenor-gabernor provinsi; dan mengembangkan Pomerium.

Selepas pembaharuan-pembaharuannya telah siap dilaksanakan, Sulla kemudian meletakkan jawatan kediktatorannya pada tahun 80 SM, dan dipilih sebagai konsul bersama-sama dengan Metellus Pius. Pada tahun 79 SM, beliau menarik diri secara langsung daripada kehidupan awam, dan bersara di ladang-ladang desanya di mana beliau menulis kisah kenangannya (kini hilang) sebelum meninggal dunia pada tahun 78 SM.

Page 17: Sejarah Republik Rom

Republik RomRepublik Rom merupakan satu fasa dalam tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh bentuk kerajaan republik. Tempoh republik bermula dengan penggulingan pemerintahan beraja pada tahun 510 SM dan berlangsung sehingga satu siri perang-perang saudara membentukkan Empayar Rom. Tarikh tepat ketika Republik Rom bertukar menjadi Empayar Rom adalah suatu perkara yang bergantung kepada tafsiran, dan sebilangan pilihan yang biasa termasuk:

44 SM : pelantikan Julius Caesar sebagai diktator seumur hidup

2 September 31 SM: Perang Actium

16 Januari 27 SM: Senat Rom menganugerahkan Octavian dengan gelaran "Augustus".

Bagaimanpun, perbezaan ini hanya dibuat terutamanya oleh ahli-ahli sejarah, dan bukan oleh orang-orang Rom pada zaman itu. Maharaja-maharaja Julio-Claudia yang awal menegaskan bahawa res publica masih wujud di bawah perlindungan kuasa-kuasa baginda dan akhirnya akan dikembalikan ke bentuk republik.

Lokasi

Kota Rom terletak di tebing Sungai Tiber yang dekat sekali dengan pantai barat Itali dan yang menandakan sempadan antara wilayah Latium (wilayah yang mana bahasa dan budaya Latin adalah terutama) di selatan, dengan wilayah Etruria (wilayah yang mana bahasa dan budaya Etruria adalah terutama) di utara.

Republik Rom berkembang daripada negara kota yang tunggal ini, dan kemudian menyerap:

seluruh Semenanjung Itali

Republik Rom

COGAN KATA NEGARA:Senatus Populusque Romanus

(bahasa Latin: Senat dan Rakyat Rom)

' '

Bahasa rasmi

Bahasa Latin

Ibu negara Rom

Kerajaan Res Publica

Ketua negara

Diktator, atau dua Konsul semasa kecemasan tentera.

Majlis penasihat

Senat Rom

Dewan Undangan

Dewan Undangan Rom

Penubuhan 510 SM

Pembubaran 16 Januari 27 SM, saat terakhir bagi subversi yang beransur-ansur menjadi Empayar Rom

Konsul pertama

Lucius Junius Brutus, Lucius Tarquinius Collatinus (509 SM-508 SM)

Konsul terakhir

Tidak jelas kerana konsul-konsul terus dipilih di bawah maharaja-maharaja Rom

Negara sebelum

Kemaharajaan Rom

Negara selepas

Empayar Rom

Lihat juga

Garis masa grafik

Page 18: Sejarah Republik Rom

sebahagian besar Gaul dan Hispania kebanyakan semenanjung Greece sebahagian Balkan kawasan-kawasan pantai Asia Minor sebahagian garis pinggir laut Afrika utara Corsica Sardina Sicily .

Struktur republik

Asal etnik

Page 19: Sejarah Republik Rom

Toga ialah pakaian tipikal warganegara Rom. Wanita Rom (yang tidak dianggap sebagai warganegara) dan orang-orang bukan warganegara Rom tidak dibenarkan memakai pakaian ini.

Serupa dengan kebanyakan perkara mengenai Rom awal, asal-asal etnik orang Rom tidaklah jelas. Berkediaman di sempadan Latium dan Etruria, adakah orang Rom merupakan orang Itali kuno dari kawasan Latin yang dipengaruhi (sesetengah orang mengatakan bahawa mereka ditakluk) oleh orang Etruria, ataupun mereka merupakan orang Etruria yang dipengaruhi oleh orang Itali tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa orang-orang Rom amat dipengaruhi oleh kedua-dua budaya ini, dan menggabungkan aspek-aspek kedua-dua budaya ini.

Penduduk

Republik Rom terdiri daripada pelbagai kelas masyarakat, dengan setiap kelas mempunyai hak, peranan, dan status yang berbeza di bawah undang-undang Rom.

Warganegara penuh Rom sentiasa merupakan lelaki-lelaki yang bebas dan berharta. Mereka bersama-sama dengan keluarga mereka terbahagi kepada dua kelas sosial, iaitu ningrat dan marhaen. Kelas ini adalah diwarisi berdasarkan keturunan masing-masing. Pada awal Republik, golongan ningrat memonopoli semua jawatan politik dan mungkin juga kebanyakan kekayaan negara, tetapi terdapat juga marhaen-marhaen yang kaya dan berpengaruh pada tempoh pertengahan kedua dalam rekod-rekod republik. Begitu juga, terdapat banyak keluarga ningrat yang hilang kedua-dua kekayaan dan pengaruh politik pada tempoh pertengahan kedua ini. Menjelang abad ke-2 SM, perbezaan antara kedua-dua golongan lebih bersifat dari segi keagamaan, kerana sebahagian besar kepaderian telah dikhaskan hanya untuk golongan ningrat.

Hak-hak wanita Rom berbeza-beza secara meluas pada sepanjang sejarah Republik. Bagaimanapun, mereka tidak diberikan kesemua hak warganegara; umpamanya, mereka tidak dibenarkan mengundi atau menyandang jawatan kerajaan, walaupun mereka telah diberikan hak untuk memiliki harta.

Masyarakat Rom juga mempunyai kelompok hamba abdi yang besar dan yang langsung tidak mempunyai hak di bawah undang-undang Rom. Mereka dianggap sebagai harta dan boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh pemilik mereka. Kematian seseorang hamba abdi tidak dianggap sebagai jenayah terhadap seorang manusia. Bagaimanapun, seorang hamba abdi yang bebas, iaitu bekas hamba abdi, diberikan sejenis bentuk kewarganegaraan penuh Rom, tetapi mereka serta keturunan mereka selama tiga generasi tidak berhak menyandang sebarang jawatan kerajaan [1].

Kewarganegaraan Rom juga dipergunakan sebagai alat dasar luar negara dan kawalan. Tanah-tanah jajahan dan sekutu-sekutu politik diberikan sejenis bentuk kewarganegaraan Rom yang bertaraf "rendah"; terdapatnya banyak peringkat kewarganegaraan dan hak undang-undang yang bersenggat, antaranya Hak Latin. Harapan untuk kedudukan yang lebih baik dalam "lingkungan pengarah" Rom, serta persaingan untuk kedudukan dengan jiran-jiran, telah memeliharakan tumpuan kebanyakan jiran dan sekutu terhadap status quo budaya Rom, berbanding mencuba mensubversikan atau menggulingkan pengaruh Rom.

Kerajaan

Page 20: Sejarah Republik Rom

Topik-topik Kerajaan Rom

Kemaharajaan Rom

Republik Rom

Empayar Rom

Prinsipat Dominat

Empayar Barat Empayar Timur

Majistret biasa

Praetor Quaestor Promajist

ret Aedil

Tribun Penapis Gabenor

Majistret luar biasa

Magister Equitum

Tribun konsul

Diktator Triumviri Decemviri

Jawatan, gelaran, dan gelaran kehormat

Pontifex Maximus

Legatus Dux Officium Praefectu

s Vicarius Vigintise

xviri

Liktor Magister

Militum Imperator Princeps

senatus Maharaja Augustus Caesar Tetrarka

Politik dan undang-undang:

Page 21: Sejarah Republik Rom

Senat Rom

Cursus honorum

Dewan- dewan undangan Rom

Kekolejan Undang-

undang Rom Kewarganeg

araan Rom Imperium

sunting

Kerajaan republik Rom ialah sebuah sistem yang rumit yang bukan sahaja didasarkan pada undang-undang tetapi juga pada adat resam serta tradisi, dan kelihatan mempunyai banyak lebihan dalam sistemnya.

Dewan undangan dan majistret

Kerajaan republik, sekurang-kurangnya dari segi teori, berdasarkan pembahagian tanggungjawab antara berbagai-bagai dewan undangan, dengan ahli-ahlinya (atau kumpulan-kumpulan) mengundi tentang perkara-perkara yang dikemukakan dalam dewan masing-masing. Dewan-dewan undangan ini termasuk:

Dewan Undangan Curiata Dewan Undangan Centuriata Dewan Undangan Puak Dewan Undangan Marhaen Senat Rom .

Keahlian kepada dewan-dewan undangan ini terhad kepada faktor-fakor seperti kelas, susunan, keluarga and pendapatan.

Banyak daripada dewan-dewan undangan ini mempunyai peranan yang khusus dan tertentu. Umpamanya, Dewan Undangan Curiata mengurniakan Imperium kepada majistret-majistret Rom. Bagaimanapun, salah dua daripad dewan-dewan undangan ini menguasai kehidupan politik Republik, iaitu Dewan Undangan Marhaen, serta Senat Rom.

Orang-orang Rom mematuhi dua prinsip untuk majistret-majistret mereka: ketahunan, iaitu pematuhan jangka masa setahun bagi setiap tempoh, dan kekolejan, iaitu pemegangan jawatan yang sama oleh sekurang-kurang dua orang pada waktu yang sama. Umpamanya, jawatan konsul yang merupakan jawatan tertinggi, sentiasa dipegang oleh dua orang bersama-sama, dengan setiap konsul mempunyai kuasa veto terhadap sebarang tindakan oleh konsul yang lain. Jika seluruh angkatan tentera Rom bertempur, angkatan itu diketuai oleh kedua-dua konsul yang mengambil giliran harian untuk mengetuai angkatan tentera. Banyak jawatan dipegang oleh lebih daripada dua orang; pada tempoh pertengahan kedua Republik, terdapatnya lapan praetor dan 20 kuestor pada setiap tahun.

Jawatan diktator merupakan kekecualian yang tunggal terhadap prinsip ketahunan serta kekolejan, dan jawatan penapis terhadap prinsip ketahunan. Pada masa kecemasan tentera, seorang diktator tunggal akan dipilih untuk tempoh enam bulan bagi tujuan mengetuai negara Rom secara tunggal. Pada tempoh yang tetap, tetapi bukan secara bertahunan, dua penapis akan dipilih untuk tempoh 18 bulan setiap lima tahun.

Page 22: Sejarah Republik Rom

Undang-undang dan "perlembagaan" Rom

Evolusi kerajaan republik

Semasa tempoh awal dan pertengahan Republik, Rom Senat yang mempunyai martabat yang tertinggi kerana terdiri daripada golongan bangsawan (termasuk banyak bekas majistret) yang mempunyai kekayaan dan pengaruh politik, adalah utama di negara.

Pada tahun-tahun akhir Republik, satu pembahagian berkembang dalam Senat dengan kemunculan dua puak: Optimat dan Populares. Puak Optimat menyokong bentuk-bentuk tradisi kerajaan Rom, sedangkan puak Populares merupakan mereka yang mempergunakan fakta bahawa Dewan Undangan Marhaen mempunyai kuasa pelulusan undang-undang (ketentuansuara) untuk mengejar pengaruh politik mereka di luar Senat. Oleh sebab Senat menguasai kewangan negara, ini mengakibatkan pertikaian antara Senat dengan Dewan Undangan Marhaen. Banyak ahli politik yang mempunyai cita-cita tinggi mempergunakan pertikaian ini untuk memajukan kerjaya politik mereka, dan menonjolkan diri sebagai johan untuk "tradisi Rom", atau untuk "Rakyat".

Tentera

Legion Rom merupakan tulang belakang kuasa tentera Rom. Rom mempergunakan legion-legionnya untuk memperluas sempadannya sehingga menguasai kebanyakan Eropah dan kawasan-kawasan di sekeliling Laut Mediterranean.

Legion Rom adalah jentera tentera yang terpiawai, teratur, dan terdisiplin, dan merupakan salah satu daripada angkatan-angkatan tentera pertama yang menerima pemodenan di dunia. Keberanian seseorang askar dianggap kurang penting berbanding peranan angkatan tentera pada keseluruhannya. Pelengkapan, taktik, pembentukan, dan undang-undang tentera distandardkan dan dilaksanakan dengan seragam. Tatacara untuk setiap perkara dari berlatih dan berkawat sehingga bangunan kem disusun atur dengan cara yang tertentu. Tugas-tugas diperuntukkan, dengan setiap unit dan orang memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam angkatan tentera.

Republik awal tidak mempunyai angkatan tentera tetap. Sebaliknya, legion-legion dikerah hanya jika perlu (istilah Legion berasal daripada istilah bahasa Latin, Legio, yang bermaksud "perbarisan;" atau "levi"), dan dibubarkan selepas perang. Angkatan-angkatan tentera akan dikerah dari Rom dan tanah-tanah jajahan yang bersekitaran. Setiap tanah jajahan bertanggungjawab untuk membekalkan sebilangan askar yang tertentu. Secara teori, askar-askar kerah hanya dipilih daripada golongan pemilik harta yang cukup kaya untuk melengkapkan diri. Bagaimanapun, jika keadaan benar-benar memerlukan, keperluan ini tidak diendahkan. Penggunaan cara ini menyebabkan Legion Rom tidak begitu mahal untuk dibiayai oleh negara, dan memastikan bahawa legion-legion bukan sahaja bertempur untuk negara mereka, tetapi juga untuk memeliharakan harta dan cara hidup mereka.

Pada tempoh pertengahan kedua republik (107 SM), Gaius Marius memperkenalkan pembaharuan-pembaharuan Maruis yang sama sekali menukarkan bentuk Legion. Bukan sahaja struktur dan taktik tentera Rom dikemaskinikan, tetapi tenteranya diubah menjadi satu angkatan tentera tetap yang terdiri terutamanya daripada "askar-askar kerjaya" kelas bawahan yang diambil untuk tempoh selama 20 tahun, dan dihadiahkan (secara tradisi, tetapi tidak dijaminkan di sisi undang-undang) "geran tanah" pada akhir tempoh perkhidmatan mereka.

Page 23: Sejarah Republik Rom

Ini menghasilkan kesan yang tidak ketara, tetapi penting, untuk menumpukan semula kesetiaan askar legion yang kini bertempur bukan sahaja untuk Jeneral serta negaranya, tetapi juga untuk "pensen" sendiri.

Setiap kali Rom menaklukkan tanah-tanah baru, kawasan itu akan diasingkan menjadi satu atau lebih wilayah di bawah pentadbiran seorang gabenor Rom yang dipilih setiap tahun oleh Senat. Gabenor itu dianugerahkan dengan pangkat promajistret, baik prokonsul atau propraetor, bergantung kepada saiz dan kepentingan wilayah itu (sila lihat Wilayah Rom untuk senarai pangkat-pangkat gabenor). Pada tempoh pertengahan kedua republik, sebahagian tanah-tanah yang baru diperoleh sering kali dipergunakan untuk menamatkan perkhidmatan bekas perajurit yang telah mencapai kelayakan untuk "geran tanah" mereka. Cara ini bukan sahaja "membayar upah dan memberhentikan" askar-askarnya, tetapi juga memberikan manfaat sampingan untuk menempatkan orang-orang Rom dengan adat resam mereka, dan membawa budaya Rom kepada orang-orang taklukan baru: sejenis bentuk "imperialisme budaya" di samping imperialisme tentera (sila lihat: Romanisasi budaya).

Empayar Rom

Empayar Rom

Empayar Rom pada kemuncaknya.Cogan kata negara:

Senatus Populusque RomanusBahasa Latin: Senat dan Rakyat Rom

Maskot: Aquila (burung helang)

' '

Bahasa rasmi

bahasa Latin, bahasa Yunani

Ibu kota Rom; kemudian Milan, Ravenna dan Constantinople

Kerajaan Pemerintahan beraja dengan bentuk-bentuk Republik, dan kemudiannya Autokrasi

Ketua negara

Maharaja; selepas pembahagian, terdapat Maharaja Rom Barat dan Maharaja Rom Timur

Majlis perundingan

Senat Rom

Kawasan Sebelum kejatuhan:2.3 juta batu persegi(5,900,000 km² pada kemuncaknya

Bilangan penduduk

Sebelum kejatuhan:Anggaran berbeza-beza antara 55 juta hingga melebihi 120 juta

Penubuhan 2 September 31 SM

Pembubahan Empayar Rom Barat jatuh pada 4 September 476, dan Empayar Rom Timur (Empayar Byzantine) jatuh pada 29 Mei 1453.

Maharaja Pertama

Augustus (27 SM-14)

Maharaja Terakhir

Theodosius I (347-395), raja terakhir untuk seluruh empayar, kemudian pembahagian terakhir.Maharaja Barat terakhir: Romulus Augustus (475-476) atau Julius Nepos yang menuntut kedaulatan terhadap Empayar Rom Barat, sehingga kemangkatannya pada 480.

Page 24: Sejarah Republik Rom

Octavian, dikenali secara meluas sebagai Augustus, ialah pengasas empayar Rom

Empayar Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan yang autokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan dilemahkan oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa semua perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur, dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian, oleh penyokong-penyokong Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai "Augustus") menewaskan pesaingnya, Mark Antony, dan menamatkan subversi yang beransur-ansur ini melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi "Empayar Rom".

"Empayar Rom" boleh juga digunakan sebagai terjemahan untuk ungkapan, Imperium Romanum, yang mungkin merupakan ungkapan bahasa Latin yang terkenal yang mana perkataan imperium telah digunakan untuk bermaksud "wilayah"; "Empayar Rom" merujuk kepada bahagian dunia di bawah pemerintahan Rom. Pengembangan wilayah Rom ini yang menyeberangi sempadan negara kota Rom yang asal telah bermula sejak lama lagi sebelum negara itu menjadi sebuah empayar. Pada kemuncaknya selepas penaklukan Dacia oleh Trajan, Empayar Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang 5,900,000 kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa Zaman Purba Klasik.

Tarikh yang tepat ketika Republik Rom menjadi Empayar Rom telah dipertikaikan, dengan tarikh-tarikh pelantikan Julius Caesar sebagai sebagai diktator seumur hidup (44 SM), perang Actium (2 September 31 SM), dan tarikh ketika Senat Rom menganugerahkan Octavian

Page 25: Sejarah Republik Rom

dengan gelaran Augustus (6 Januari 27 SM) kesemua ini dikemukakan sebagai calon. Untuk mengelirukan perkara ini lagi, Octavian mengisytiharkan diri sebagai penyelamat Republik Rom dan menyembunyikan kuasanya dengan teliti di bawah bentuk-bentuk republik. Pada kelihatannya, Republik Rom masih hidup: konsul-konsul masih dipilih, tribunal marhaen masih mencipta undang-undang, dan senator-senator masih memperdebatkan di dalam Kuria Rom. Bagaimanapun, Octavian adalah orang yang menguasai kesemua ini serta membuat semua keputusan terakhir, dan jika perlu, legion-legion Romawi akan digunakan untuk menyokong beliau.

Secara tradisi, keakhiran Empayar Rom ditetapkan pada 4 September 476 ketika Empayar Rom Barat jatuh kepada penyerang-penyerang Germanik. Bagaimanapun, pandangan ini mengabaikan dan gagal untuk mengakui Empayar Rom Timur (dikenali secara meluas sebagai Empayar Byzantine) yang melindungi undang-undang dan budaya Rom. Didasarkan pada tradisi-tradisi undang-undang dan kebudayaan Rom, Empayar Rom amat dipengaruhi oleh budaya dan bahasa Yunani, dan telah mengembangkan sifat tersendiri yang dapat dikekalkan, malahan berkembang maju, selama seribu tahun lagi. Pada akhirnya, Empayar Rom ditakluk oleh Empayar Turki Uthmaniyyah pada 29 Mei 1453.

Dari masa Augustus sehingga Kejatuhan Empayar Barat, Rom mendominasikan Eurasia Barat, dan terdiri daripada melebihi separuh bilangan penduduknya. Pengaruh-pengaruh budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera, dan seni bina Rom terhadap tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.

Masyarakat Rom

Masyarakat Rom terbahagi mengikut sistem kasta. Kelas yang terendah ialah hamba abdi. Mereka tidak diberi hak langsung dan dimiliki oleh orang lain. Selepas itu ialah kelas plebeian. Kumpulan ini ialah orang bebas tetapi mempunyai sedikit pengaruh dalam pentadbiran negara. Kelas kedua tertinggi ialah equestrian (kadangkala dipanggil kesatria). Nama mereka bermaksud penunggang kuda dan setiap equestrian diberi kuda dan boleh menyertai pasukan berkuda untuk bertempur bagi Empayar Rom. Mereka yang ingin menjadi golongan ini haruslah kaya dan berharta. Kelas tertinggi sekali ialah patricians atau golongan bangsawan. Golongan ini ialah golongan paling berkuasa di Rom dan berhak menjadi ahli Senat Rom.

Page 26: Sejarah Republik Rom

Rom Kuno

Kawasan di bawah penguasaan Rom ██ Republik Rom ██ Empayar Rom ██ Empayar Barat ██ Empayar Timur

Rom Kuno merupakan sebuah peradaban yang bertumbuh daripada sebuah komuniti pertanian yang kecil yang diasaskan di Semenanjung Itali pada sekitar abad ke-9 SM. Dalam tempoh dua belas abad kewujudannya, peradaban Rom beralih daripada sebuah pemerintahan beraja kepada sebuah republik berasaskan gabungan oligarki serta demokrasi, dan kemudian menjadi sebuah empayar autokratik yang besar. Empayar Rom menguasai Eropah Barat dan seluruh kawasan yang mengelilingi Laut Mediterranean melalui penaklukan dan asimilasi.

Empayar Rom akhirnya merosot. Bahagian separuh barat empayar itu, termasuk Hispania, Gaul, dan Itali, berpisah menjadi kerajaan-kerajaan yang merdeka pada abad ke-5. Empayar timur yang diperintah dari Constantinople biasanya dirujuk sebagai Empayar Byzantine selepas tahun 476, tarikh tradisi untuk 'kejatuhan Rom' dan permulaan Zaman Pertengahan Awal yang juga dikenali sebagai Zaman Kelam.

Peradaban Rom seringnya digolongkan ke dalam "baharian klasik" bersama-sama dengan Yunani, sebuah peradaban yang banyak mengilhami kebudayaan Rom Kuno. Rom Kuno banyak menyumbangkan kepada perkembangan undang-undang, peperangan, seni, kesusasteraan, seni bina, teknologi, dan bahasa di dunia Barat, dengan sejarahnya masih amat mempengaruhi dunia pada hari ini.

Page 27: Sejarah Republik Rom

Sejarah

Pemereintahan beraja

Menurut legenda, Rom diasaskan pada tahun 753 SM oleh Romulus dan Remus yang dibesarkan oleh seekor serigala betina.

Menurut legenda, Rom diasaskan pada 21 April 753 SM oleh Romulus dan Remus, dua anak kembar keturunan Aeneas, putera Troy. [1] Numitor dari Alba Longa, raja Latin, digulingkan oleh Amulius, saudara kandungnya yang zalim dan Rhea Silvia, puteri Numitor, melahirkan Romulus dan Remus. [2][3] Raja baru takut bahawa Romulus dan Remus akan menuntut takhta dan oleh itu, merancang untuk membenamkan mereka ke dalam air sehingga mati. [3] Seekor serigala betina (atau seorang isteri gembala, menurut sesetengah huraian) menyelamatkan serta membesarkan mereka. Apabila mereka cukup tua, mereka mengembalikan takhta Alba Longa kepada Numitor. [4][5]

Romulus dan Remus kemudian mengasaskan kota sendiri, tetapi Romulus membunuh Remus dalam sebuah pergaduhan tentang siapakah yang harus menjadi raja pertama antara tujuh orang raja Rom, serta juga nama siapakah yang harus dipergunakan untuk menamai kota itu. [6] Oleh sebab kota itu tidak mempunyai sebarang perempuan, legenda mengatakan bahawa orang Latin menjemput orang Sabines ke sebuah perayaan dan kemudian mencuri anak-anak dara mereka dan dengan itu, menyepadukan orang Latin dengan orang Sabines. [7]

Kota Rom bertumbuh daripada petempatan-petempatan di sekitar harungan Sungai Tiber yang merupakan persimpangan lalu lintas dan perdagangan. [4] Menurut bukti arkeologi, desa Rom ini mungkin diasaskan pada abad ke-8 SM, walaupun ia mungkin juga diasaskan di atas Bukit Paltine sejak abad ke-10 SM lagi oleh puak Latin dari Itali. [8][9] Orang Etruria yang dahulu menetap di utara Etruria kelihatan memantapkan kedudukan politik mereka di kawasan ini menjelang akhir abad ke-7 dan membentuk sebuah golongan bangsawan dan raja. Mereka jelasnya hilang kuasa di kawasan ini menjelang akhir abad ke-6 dan pada saat ini, puak-puak Latin dan Sabine yang asal merekacipta semula pemerintahan mereka melalui penciptaan sebuah republik, dengan lebih banyak sekatan terhadap kebolehan raja-raja mereka untuk menggunakan kuasa. [10]

Page 28: Sejarah Republik Rom

Empayar Byzantine

Βασιλεία ῬωμαίωνVasileía Romaíon

Empayar Rom Timur

Empayar

330 – 1453

Bendera Empayar[1] Emblem kerajaan(Palaiologoi)

Empayar Byzantine semasa era kegemilangan sekitar 550. Wilayah ungu ditawan semula ketika

pemerintahan Justinian Agung

Ibu negara Constantinople¹

Agama Ortodoks Timur

Jenis kerajaan Monarki

Maharaja

 - 306–337 Constantine Agung

 - 1449–1453 Constantine XI

Zaman bersejarah Zaman Pertengahan

 - Penemuan Constantinople²

11 Mei, 330

Page 29: Sejarah Republik Rom

 - Perpecahan Timur-Barat

1054

 - Kejatuhan Constantinople semasa Perang Salib Keempat

1204

 - Penawanan semula Constantinople

1261

 - Kejatuhan Constantinople

29 Mei, 1453

Populasi

 - Kurun ke-4³ ang. 34,000,000 

 - Kurun ke-8 ang. 7,000,000 

 - Kurun ke-11³ ang. 18,000,000 

 - Kurun ke-12³ ang. 12,000,000 

 - Kurun ke-13 ang. 3,000,000 

Mata wang Solidus, Hyperpyron

¹ Constantinople (330–1204 and 1261–1453). Ibu kota Empayar Nicaea, empayar selepas Perang Salib Keempat, terletak di Nicaea, sekarang İzmit, Turkey.² Tarikh ditubuhkan ini secara tradisi dianggap sebagai penemuan kembali Constantinople sebagai ibu kota Empayar Roman walaupun tarikh lain selalu digunakan³ Lihat angka populasi disediakan oleh Jabatan Sejarah Tulane University. Angka berdasarkan anggaran yang dibuat oleh J.C. Russell dalam "Late Ancient and Medieval Population," diterbitkan dalam Transactions of the American Philosophical Society (1958), ASIN B000IU7OZQ.

Empayar Byzantine atau Empayar Rom Timur merujuk kepada Empayar Rom semasa Zaman Pertengahan, dan pusatnya terletak di Konstantinopel yang sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki. Walaupun empayar ini dikenali masyarakat barat sebagai Empayar Greek kerana budaya dan populasinya, ia dikenali oleh rakyatnya sendiri sebagai Empayar Rom atau Romania kerana maharajanya adalah dari maharaja berketurunan Rom dan menurut dunia Islam, mereka adalah orang Rom.

Permulaan empayar (330-440 M)

Maharaja Constantine I memindahkan Empayar Rom ke bandar Byzantium dan menamakan bandar tersebut Constatinople. Beberapa tahun kemudian, selepas bandar Rome diambil alih

Page 30: Sejarah Republik Rom

oleh orang Jerman, keseluruhan Empayar Rom berpindah ke Constatinople, dan satu empayar baru terbina. Empayar baru ini masih mengikut cara Empayar Rom kristian tetapi mempunyai wilayah yang lebih kecil berbanding Empayar Rom lama.

Empayar bermasalah (476-717 M)

Peperangan di barat

Empayar Byzantine cuba untuk menakluk Rome dan Itali dari orang Jerman. Di antara tahun 500 ke 600 SM, mereka memenangi banyak peperangan dan menawan kembali Rome.

Kemenangan ini tidak kekal apabila orang Jerman menawan kembali Itali dan Rome. Lebih memburukkan keadaan, orang Avar datang dan menawan Bulgaria dan Greece dari orang Byzantine. Selepas beberapa peperangan, orang Avar menang dan mengambil utara Greece dan Bulgaria. Mereka kemudiannya menggelar diri mereka sebagai orang Bulgar.

Peperangan di timur

Selepas Rome ditawan orang Jerman, Empayar Byzantine masih mengawal Mesir, Greece, Palestin, Syria dan Turki. Tetapi, satu lagi empayar yang dikenali dengan Empayar Parsi, mahu menawan kawasan-kawasan ini. Di antara tahun 476 ke 628 SM, Empayar Byzantine dan Parsi berperang dan ramai yang terkorban. Peperangan berakhir dengan tewasnya orang Parsi di Iraq, berdekatan dengan bandar lama Ninevah pada tahun 627 SM.

Malang bagi empayar apabila musuh baru muncul iaitu orang Arab. Empayar Byzantine yang baru sahaja tamat berperang dengan orang Parsi tewas dalam banyak peperangan dengan orang Arab. Palestin, Syria dan Mesir jatuh ke tangan Arab walaupun mereka dapat mempertahankan Turki dan menyekat kemaraan orang Arab.

Pemulihan empayar (717-1025)

Page 31: Sejarah Republik Rom

Maharaja Basil II (976–1025), "Pembunuh orang Bulgar".

Pada tahun 717, orang Arab dikalahkan di Constantinople yang menyaksikan berakhirnya ancaman Arab di timur. Di barat, Empayar melancarkan peperangan dengan orang Bulgar. Sesetengah serangan ini berjaya tetapi ada juga yang gagal dan menyebabkan kematian ramai maharaja. Empayar Byzantine bagaimanapun menjadi kuat kerana musuh-musuhnya berperang sesama sendiri.

Pemulihan di barat

Antara tahun 1007-1014, Maharaja Basil II kerap menyerang Bulgaria sehingga dapat menawan kembali Greece. Beliau kemudian berjaya menawan Bulgaria pada tahun 1018.

Pemulihan di timur

Di timur, orang Arab sekali lagi menjadi ancaman kepada Empayar. Serangan Maharaja Basil II bagaimanapun berjaya dan sebahagian dari Syria kembali ke tangan empayar selain dari Turki dan Armenia. Selepas 1025, Arab tidak lagi menjadi ancaman kepada empayar.

Kejatuhan empayar (1025-1453)

Garis masa Empayar Byzantine

667 SM Bandar purba Byzantium (kemudiannya Constantinople dan Istanbul) ditemui.

27 SM Kebangkitan Empayar Rom.

ca. 235 - 284 "Krisis abad ketiga".

292 Pembaharuan Maharaja Diocletian

330 Constantine Agung menjadikan Byzantium ibu kota (Nova Roma), dinamakan kembali "Constantinople" (ibu kota Constantine), selepas kemangkatan

Page 32: Sejarah Republik Rom

Constantine pada 337. Ia menjadi ibu kota Empayar Byzantine (kecuali untuk separuh abad) untuk lebih seribu tahun.

395 Empayar berpecah kepada timur dan barat selepas kematian Theodosius I.

527 Justinian I menaiki takhta.

7 April, 529 Codex Justinianus diisytiharkan.

532–537 Maharaja Justinian membina Gereja Hagia Sophia

533–554 General-general Justinian menawan Afrika Utara dan Itali dari orang-orang Vandal dan Ostrogoth.

568 Pencerobohan Lombard menyebabkan kehilangan sebahagian besar Itali.

634–641 Tentera Arab menawan Levant dan Mesir. Dalam dekad seterusnya mereka mengambil sebahagian dari Afrika Utara (dan kemudian menawan Sicily).

697 Kota Carthage di Utara Afrika (ibu kota Exarchate, Afrika) jatuh ke tangan orang Arab.

730–787 dan 813–843

Kontroversi Ikonoklasme menyebabkan Empayar kehilangan sebahagian besar baki wilayah Itali, selain dari sebahagian wilayah Mezzogiorno.

843–1025 Dynasty Macedonia didirikan dan empayar mengalami kebangkitan kuasa tentera dan pembesaran wilayah. Sarjana-sarjana Byzantine merekodkan dan memelihara kebanyakan tinggalan teks Greek purba dan Rom.

960–1042 Empayar Byzantine menghadapi beberapa kekalahan menentang kuasa Abbasiyyah dan Fatimiyyah yang menawan kembali sebahagian Mesopotamia, Syria dan Palestin.

1002–1018 Maharaja Basil II memulakn siri kempen ketenteraan terhadap orang Bulgaria, dengan matlamat menghancurkan negara orang Bulgar.

1014 Tentera Bulgaria dikalahkan dalam Perang Kleidon (Basil II dikenali sebagai Pembunuh orang Bulgar).

1018 Bulgaria menyerah kalah dan menjadi jajahan empayar. Seluruh Balkan menjadi jajahan Empayar Byzantine, Danube menjadi sempadan Imperial di

Page 33: Sejarah Republik Rom

utara.

1025 Dengan kemangkatan Basil II, zaman kemuncak Empayar merosot.

1054 Perpecahan doktrin agama antara Gereja di Rome dan Gereja di Constantinople.

1071 Maharaja Romanos IV dikalahkan oleh Turki Seljuk dalam Perang Manzikert, menyebabkan kehilangan Asia Kecil. Pada tahun yang sama, pengkalan luar terakhir empayar di Itali, (Bari), dirampas oleh orang Norman.

1081 Dinasti Komnenos didirikan oleh Alexios I dan Byzantium terlibat dalam Perang Salib. Kemakmuran ekonomi menghasilkan kekayaan baru; kesusasteraan dan kesenian mencapai kemuncak. Di Anatolia, orang Turki menjadi kuat.

1091 Tentera Imperial mengalahkan orang Pecheneg dalam Perang Levounion.

1097 Penawanan semula Nicaea dari orang Turki oleh tentera Byzantine dalam Perang Salib Pertama.

1097-1176 Tentera Byzantine menawan semula persisiran Asia Kecil dari orang Turki, dan bergerak ke timur ke arah Anatolia tengah. Antioch menjadi kota di bawah naungan Byzantine.

1122 Byzantine mengalahkan orang Pecheneg dalam Perang Beroia.

1167 Tentera Byzantine mengalahkan kerajaan Hungary dalam Perang Sirmium dan Hungary menjadi negara naungan Byzantine.

1176 Perang Myriokephalon berlaku dan Maharaja Manuel I Komnenos cuba menawan Konya, ibu kota Turki Seljuk. Beliau terpaksa berundur selepas kemusnahan peralatan mengepung. Dengan ini, cubaan Imperial untuk menawan dataran tinggi Anatolia berakhir.

1180 Dengan kemangkatan Maharaja Manuel I Komnenos, kemerosotan empayar bermula kembali.

1185 Pemberontakan di Bulgaria berjaya dan beberapa tanah di Balkan jatuh.

1204 Constantinople ditawan dalam Perang Salib Keempat,

Page 34: Sejarah Republik Rom

cubaan untuk mendirikan Empayar Latin.

1261 Constantinople dirampas oleh Patriarki Constantinople yang dibiaya oleh pemerintah Nicaea, Michael VIII Palaiologos, menyaksikan pemerintahan semula Greek dalam empayar yang semakin mengecil.

1326 Kota Prusa di Asia Kecil jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyyah.

1326 Kota Nicaea, ibu kota Empayar untuk 100 tahun sebelumnya, jatuh kepada kerajaan Uthmaniyyah.

1453 Kerajaan Uthmaniyyah menawan Constantinople, dan dengan kemangkatan Constantine XI Palaiologos, maharaja terakhir Empayar Byzantine, empayar berakhir dan juga menyaksikan kemusnahan terakhir Empayar Rom.

1025-1071

Selepas kemangkatan Maharaja Basil II, empayar diterajui oleh ramai maharaja yang tamak. Mereka membazirkan wang negara dan mengurangkan jumlah tentera. Ini melemahkan pertahanan empayar. Empayar juga tidak mempunyai tentera yang benar-benar ikhlas berjuang tetapi hanya mahukan wang dan tentera ini lebih mahal untuk diupah.

Pencerobohan Turki (1071-1091)

Bangsa dari Asia Tengah yang menunggang kuda (kemudiannya dikenali sebagai bangsa Turki) menyerang dan berjaya menawan seluruh Turki pada 1091. Tetapi empayar mendapat pertolongan dari tentera salib dari Eropah ketika Perang Salib Pertama. Mereka bukan sahaja mahu menolong empayar tetapi juga menawan kembali Jerusalem dari tangan orang Islam.

Empayar berjaya diselamatkan (1091-1185)

Empayar Byzantine selamat dengan pertolongan bangsa Eropah yang menawan kembali separuh dari Turki. Empayar juga selamat kerana diperintah oleh tiga orang maharaja yang berkebolehan secara berterusan.

Empayar menjadi lemah sekali lagi (1185-1261)

Selepas tiga orang maharaja yang berkebolehan, empayar diperintah kembali oleh maharaja jahat yang membazirkan wang dan tentera. Orang Turki menyerang kembali dan menawan lebih banyak kawasan Turki.

Page 35: Sejarah Republik Rom

Di barat, bangsa Eropah mengkhianati empayar dengan menyerang ibu kota Constantinople. Empayar kehilangan ibu kota pada tahun 1202 dan tidak berjaya merampas kembali sehingga tahun 1261.

Turki memusnahkan empayar (1261-1453)

Selepas berjaya menawan Constantinople, empayar sibuk berperang dengan bangsa Eropah dan tidak mempunyai cukup tentera dan wang untuk berperang dengan bangsa Turki. Akhirnya, keseluruhan Turki jatuh ke tangan bangsa Turki pada 1331.

Antara 1354-1450, Turki menawan kebanyakan kawasan Greece dan empayar kehilangan banyak kawasan jajahan. Empayar menjadi lemah dan menagih pertolongan dari Eropah yang tidak menolong bersungguh-sungguh. Akhirnya, bangsa Turki menyerang Constantinople dalam bulan April 1453. Pada akhir Mei 1453, bangsa Turki berjaya menawan Constantinople dan berakhirlah Empayar Byzantine.

Tinggalan empayar

Antara tinggalan Empayar pada tamadun masa kini adalah:

ilmu pengetahuan hasil seni Kristian Ortodoks

Beberapa gereja yang cantik dan masjid di Turki dan Greece hari ini dibina dari bangunan zaman Byzantine atau ditiru melalui seni bina Byzantine. Kebanyakan darinya boleh didapati di Istanbul dan salah satu yang terkenal adalah Hagia Sophia.

Empayar Suci Rom

Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ

Page 36: Sejarah Republik Rom

Empayar Suci Rom Bangsa Jerman

Empayar

800 – 1806

Helang Empayar Jata Maximilian II

Keluasan Pengaruh Empayar Suci Rom sekitar 1630-an, meliputi sempadan negara-negara Eropah zaman

moden.

Ibu negara berubah-ubah

Bahasa Latin, Jerman dll.

Agama Katolik, Ajaran Lutherdan Calvin

Jenis kerajaan Sistem Beraja

Maharaja

 - 800 - 814 Charlemagne

 - 1792 - 1806 Francis II

Perundangan Reichstag

Sejarah

Page 37: Sejarah Republik Rom

 - Charlemagne naik takhta

25 Disember 800

 - Perjanjian Verdun 843

 - Otto I naik takhta 2 Februari 962

 - Damai Augsburg 25 September 1555

 - Damai Westphalia 1648

 - Pembubaran 12 Julai 1806

Empayar Suci Rom (Bahasa Latin Sacrum Romanum Imperium /ˈsakrʊm roˈmɑːnʊm ɪmˈpɛɾɪʊm/) adalah penyatuan tanah yang didiami oleh puak-puak Jermanik sekitar Eropah Tengah sewaktu Zaman Pertengahan sehingga 1806. Empayar ini dikuasai oleh Maharaja-maharaja Suci Rom berketurunan Jerman. Nama ini datang dari kegemaran penguasa-penguasa zaman pertengahan menyambung tradisi purba Empayar Rom dan mengesahkan kekuasaannya itu sebagai kehendak suci tuhan di dalam pengertian agama Kristian.

Empayar Suci Rom dan negeri-negeri jajahannya.

Empayar ini mula ditubuhkan pada abad ke-10 di bawah Dinasti Otto yang berasal dari bekas Empayar Frank Timur. Penamaan Sacrum Imperium (Empayar Suci) dilakukan pada tahun 1157 dan ditambah menjadi Sacrum Romanum Imperium (Romanun daripada Bahasa Latin bermaksud (yang berkaitan dengan) Rom)pada tahun 1254. Sejak abad ke-15, nama rasmi itu menjadi Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ atau dalam Bahasa Melayu berbunyi Empayar Suci Rom bagi Bangsa Jerman.

Atas faktor sifat-sifatnya yang memang merentas bangsa dari awal-awal lagi, empayar ini tidak berkembang menjadi satu negara bangsa seperti yang wujud sekarang. Yang wujud ialah satu struktur sistem beraja yang berpengaruh luas yang merangkumi maharaja dan negeri-negeri jajahannya tanpa mempunyai institusi-institusi empayar yang sama. Sempadan empayar ini berubah-ubah setiap kurun. Pada waktu puncaknya empayar ini meliputi hampir seluruh kawasan Eropah Tengah dan juga Selatan.

Page 38: Sejarah Republik Rom

Maharaja Francis Kedua, Maharaja Rom Suci terakhir, sewaktu kemahkotaannya.

Sejak permulaan Era Baru, empayar ini dari segi strukturnya tidak lagi mampu mengetuai serangan, meluaskan pengaruruh dan sempadannya dengan baik. Lantas fungsi asasnya ditukar kepada memberi perlindungan dan menjaga keamanan. Empayar ini menjamin kestabilan dan penyelesaian konflik secara aman dengan membendung dinamik sesebuah kuasa. Berikutan kemasukan negeri-negeri jiran yang membayar ufti ke dalam perlembagaannya sejak 1648, empayar ini memenuhi fungsinya sebagai penjamin keamanan dalam sistem Kuasa-kuasa besar Eropah pada waktu itu.