segala yang tercinta ada disana

20
Kumpulan 1 Segala yang Tercinta Ada di Sana

Upload: sathish-waran

Post on 15-Apr-2017

135 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Segala yang tercinta ada disana

Kumpulan 1Segala yang

Tercinta Ada di Sana

Page 2: Segala yang tercinta ada disana

SinopsisCerpen ini mengisahkan kehidupan seorang

penulis dan rakan rakannya di sebuah kampung. Faktor kemiskinan menyebabkan

mereka tidak dapat menyara diri dan keluarga dengan sempurna. Mereka menggunakan ubat-ubatan daripada

tumbuhan kerana kos perubatan moden amat mahal

Generasi tua turut mengajar anak-anak muda cara-cara mengubati

penyakit dengan menggunakan herba dan tumbuh-tumbuhan. Penulis dan rakan-rakannya amat terhutang budi

terhadap dua orang tokoh yang banyak berbakti kepada mereka dan

juga orang kampung

Guru agama mereka yang bernama Hajah Tom mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran. Di samping itu, Hajah Tom banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Haji Salleh

Pumpong pula imam surau yang banyak mengajarkan tentang hal ehwal agama. Kehilangan

kedua-dua tokoh yang banyak berjasa ini amat dirasai oleh penulis dan rakan-rakannya

Page 3: Segala yang tercinta ada disana

Tema Tema

Kehidupan masyarakat kampung yang bergantung pada tumbuh-tumbuhan semula jadi sebagai

sumber makanan dan perubatan

Contohnya: ‘Masyarakat menggunakan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk

dijadikan ubat kerana perubatan moden amat mahal’

Page 4: Segala yang tercinta ada disana

Persoalan

a) Kemiskinan dan kesederhanaan hidup

b) Kepentingan alam semula jadi kepada

masyarakat kampung

c) Ketaatan dan kepatuhan kepada

guru

d) Pendidikan agama dalam masyarakat

Tumbuhan yang terdapat di sekitar belukar

dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana diper

lukan untuk perubatan

Masyarakat kampung tidak mampu membeli

ubatan akibat kemiskinan mereka

Penulis dan rakannya sentiasa patuh akan suruhan serta ajaran

guru al-Quran mereka iaitu Hajah Tom

Penulis dan rakan-rakannya diasuh dengan ajaran

agama,iaitu mempelajari al-Quran sejak kecil lagi.

Malah rajin solat di surau mereka.

Page 5: Segala yang tercinta ada disana

Watak

Watak dan Perwatakan

Watak utama:Aku/kami

Watak Sampingan:Hajah Tom

Haji Salleh PumpongMak Besah Bidan

Sarjan Omar

Page 6: Segala yang tercinta ada disana

Perwatakan

Aku/kami

Penulis dan rakan-rakanya merupakan anak remaja yang

menetap di kampung itu.

Mereka menjalani kehidupan

seharian dalam keadaan serba

kemiskinan.

Taat pada perintah Hajah Tom dan Haji

Salleh Pumpong.Rajin dan

bertanggungjawab.

Page 7: Segala yang tercinta ada disana

Hajah Tom

Balu yang tinggal

bersendirian

Tidak mempunyai

anak kandung

Suaminya ditembak oleh komunis di Gubir

Guru yangmengajar al-Quran yang amat

disayangi oleh anak-anak kampung itu

PenyayangContohnya:Hajah Tom menyayangi Aku/Kami

dan mereka seperti anak sendiri.

Baik HatiContohnya:Hajah Tom

bersikap baik hati terhadap semua anak

muridnya.

Page 8: Segala yang tercinta ada disana

Haji Salleh

Pumpong

Imam surau di kampung itu

Berpengetahuan luasContoh: Haji Salleh

dikenali sebagai orang yang berpengetahuan

luas terutamanya tentang amal ibadat

AlimContoh: Haji Salleh

Pumpong taar kepada agama

PembershContoh: Haji Salleh Pumpong menjaga surau di kampung

mereka agar sentiasa bersih dan kemas

Page 9: Segala yang tercinta ada disana

Mak Besah Bidan

Pandai menggunakan

tumbuh-tumbuhan

dijadikan ubatan

Bidan di kampung itu

Sarjan Omar

Mati ditembak

oleh komunis di Gubir

Suami Hajah Tom

Page 10: Segala yang tercinta ada disana

Permulaan – Penulis mengimbas zaman kanak-kanaknya dengan rakan-rakannya yang lain semasa mereka membesar di sebelah kampung tradisional Melayu. Mereka hidup dalam serba kemiskinan.

Perkembangan – Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada penduduk kampung untuk dijadikan ubatan dan makanan. Penduduk kampung penulis tidak mampu mendapatkan rawatan moden kerana kosnya lebih mahal.

Klimaks – Kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong amat dirasai oleh penulis dan rakan-rakannya. Kedua-dua tokoh itu amat disayangi dan dihormati oleh mereka.

Peleraian – Penulis menganggap bahawa budi Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong amat besar .Jasa mereka tidak akan dilupakan oleh penulis dan akan menjadi kenangan abadi.

BinaanPlot

Page 11: Segala yang tercinta ada disana

Teknik pemerian.Contohnya: Surau tua di kampung kami luasnya separuh pinggang dengan bumbung nipahnya yang lusuh dan berlubang-lubang. Dindingnya pula uzur sekali, dan lantai surau ini jelas terlihat tejungkit di sana sini.

Teknik dialog. Contohnya: ”Nasib baik budak-budak ni ,boleh juga tumpang berbudi,” kata Hajah Tom.

Teknik imbas kembali. Contohnya: Waktu masih kecil dan baru masuk sekolah,dirumah Hajah Tom,guru Quran tempat kami mengaji, dua tiga orang teman mengadu dengan wajah gusar;adaanjing berkeliaran subuh-subuh…kami takut.

Teknik kejutan. Kematian Hajah Tom diikuti pula oleh pemergian Haji Salleh Pumpong tidak lama selepas itu mengejutkan para pembaca di akhir cerita. Contohnya:Tiga bulan kemudian kami antara yang berada di surau, menyertai safakhir seusai solat zuhur.Terdiam dans ebak ,kami akhirnya bermandi air mata. Solat ini terakhir untuk guru Quran yang tercinta. Tak lama selepas itu,pada awal Ramadan kemudiannya,kami solat terakhir untuk Haji Salleh Pumpong pula.

Teknik Plot

Page 12: Segala yang tercinta ada disana

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa

Sinkope(Penyingkatan kata

dengan menggugurkan satu atau lebih huruf)

Contohnya: Tak

Repitisi(pengulangan kata)

Contohnya: Dia satu-satunya imam surau satu-satunya orang dikampung

kami yang paling tahu segala yang berkaitan

amal ibadat

Diksi(penggunaan bahasa

Arab)a)InsyaAllah

b) Surahc) Fadilatnya

d) Khatam

Simile(Perbandingan perkataan)a) Umpama menghadap

rajab) Berkulit putih seperti

langsat matang

Page 13: Segala yang tercinta ada disana

Latar

Latar Masa Latar Tempat Latar Masyarakat

a) Waktu pagi: Penulis dan rakan-rakanya

pergi ke sekolahb) Awal Ramadan: Haji

Salleh pumpong meninggal dunia

c) Tiga bulan kemudian: Hajah Tom

meninggal dunia

a) Di kampung penulis: tempat penulis dan rakanya dibesarkan

serta hidup yang penuh keserdehanaan

b) Di rumah Hajah Tom: tempat penulis dan

rakannya belajar mengaji

c) Di surau : tempat penulis menolong Haji Salleh membershikan

surau

a) Masyarakat melayu yang tinggal di

kampung. Contoh, penulis dan rakan tinggal di sebuah kampung permai

b) Masyarakat kampung yang hidup miskin.

Contoh, penulis dan rakan sudah biasa hidup

kelaparan.c) Masyarakat yang taat

kepada guru. Contoh, penulis dan rakan

mentaati perintah Hajah Tom.

Page 14: Segala yang tercinta ada disana

Nilai

ketaatan

Penulis dan rakan-rakannya

amat taat kepada Hajah

Tom dan mengikut semua

arahan guru Quran tersebut.

keprihatinan

Hajah Tom amat prihatin kepada

anak-anak muridnya dan

sentiasa bertanyakan hal-

ehwal mereka sebelum mula

mengajar Quran.

Page 15: Segala yang tercinta ada disana

Nilai

baik hati

Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan

rakan-rakannya sekiranya mereka

belum makan.

mengenang jasa

Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa

Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa

kepada mereka

Page 16: Segala yang tercinta ada disana

Nilai

kebersihanHaji Salleh Pumpong

sentiasa menjaga kebersihan surau

walaupun surau itu telah uzur.

kasih sayang

Penulis dan rakan-rakan menyayangi

Hajah Tom yang amat prihatin dan

mengambil berat hal-ehwal mereka sejak

mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.

Page 17: Segala yang tercinta ada disana

Pengajaran

Kita hendaklah taat kepada guru yang

mendidik kita

Penulis dan rakan-rakannya sentiasa

menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh

Pumpong.

Kita haruslah prihatin

terhadap orang lain.

Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal

penulis dan rakan-rakannya yang merupakan anak-anak

kampung yang miskin.

Page 18: Segala yang tercinta ada disana

Pengajaran

Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati

sesama manusia

Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila

mengetahui mereka keletihan dan kelaparan

Kita hendaklah mengenang jasa orang

yang mendidik kita.

Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh

Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil

lagi

Page 19: Segala yang tercinta ada disana

Pengajaran

Kita hendaklah berkasih sayang

antara satu sama lain.

Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik

hati kepada mereka.

Page 20: Segala yang tercinta ada disana

Soalan• 1.Mengapakah orang-orang tua berikhtiar

meramukan segala macam herba bagi mengubati penyakit? (3MARKAH)

• 2.Nyata dan huraikan tiga perwatakan Haji Saleh Pumpong (3 MARKAH)