sajak pernahkah engkau mentafsir kedamaian - baha zain
DESCRIPTION
ni sajak untuk student pra-u (stpm baharu)TRANSCRIPT
PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN
KARYA :: “BAHA ZAIN”
SAJAK
i Aku terbangun pada waktu tengah malam
Membuka jendela melihat seluas alamPernahkah engkau terbangun seperti ini?Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.
Lihatlah gelap pekat dimana-manaNampakkah engkau di sana ada pelita?Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayangTidak pekat hitam,tetapi remang-remang.
PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN
(BAHA ZAIN)
iisepi malam melindungi engkau dari bisikan
orangkecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitanputuskanlah ke mana matamu memandangpernahkah engkau secara sedar membuat pilihan ?Masuk rongga-rongga hati nurani,sukma kalbu
dan akal budiAtau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu.
Kita sering melihat cahaya benderang jauh ke depan Meskipun berdiri dalam gelap pekat atas tanah perkuburanDi situ kita injak keamanan dengan mencerca
keganasan Kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikatAgama jadi alasan,jadi boneka permainan Kita benci perang,kita cinta kedamaianJadi slogan perjuanganKita nyaringkan suara supaya orang tidak mendengarMendengar bisikan hati nuraninya sendiri,syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti keamanan‘Engkau harus kuasai mereka dengan harga setinggi mana punAtas nama kemenangan,apa ertinya kedamaianSebuah kota yang telah menjadi perebutan’.
iii
Perang akan memusnahkan kubu, bangunan ,muzium,galeri dan universiti
Perang telah mengoyakkan halaman -halaman sejarahPerang akan mencipta sejarah baruDi halaman-halaman yang baruSejarah baru itu hanya derap kaki
askar- askar yang dahulu.
Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas
keagungan pemimpin lamajadi tirani apabila mencium bau wangpernahkah engkau jadi haloba apabila
mencium bau keuntungan?Perang akan memusnahkan bahasa dan
kesenianYang merumahkan kemanusiaan.
Orang lupa bahawa Islam itu agama
kehidupan Untuk semua bangsa yang membenci
persengketaan.Pernahkan engkau terfikir bahawa engkau
telah dipermainkan?
MAKSUD RANGKAP 1 Perasaan penyajak yang terganggu tidur
malamnya kerana mimpi buruk.Penyajak cuba mengaitkan kegelapan pekat malam yang dapat dilihat remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita secara intrisiknya penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan cahaya remang tersebut dengan kehidupan yang sedang dihadapinya.
MAKSUD
MAKSUD RANGKAP 2 Persekitaran kehidupan gila (sukar) menyebabkan diri rasa terasing.
Namun masih jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri.
MAKSUD RANGKAP 3 Penyajak yang dapat melihat ruang cahaya
yang menjadi gambar penyelesaian masalah hidupnya yang sukar.Penyajak mendapat sokongan daripada suara-suara pejuang keamanan yang dilihat amat baik.Terdapat juga manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup.Pejuang-pejuang keamanan melaungkan slogan cinta kedamaian.Seruan mereka supaya manusia berjuang dengan harta dan tenaga.Di atas nama “matlamat mencapai kemenangan” maka manusia sanggup bertelingkah.
MAKSUD RANGKAP 4
Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perebutan kuasa akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan negara.
MAKSUD RANGKAP 5Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terdaya dengan harta benda.
Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.
MAKSUD RANGKAP 6
Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama islam perlu diamalkan dalam kehidupan.
Penyajak juga mengingatkan supaya kita berwaspada agar tidak dipermainkan tanpa sedar.
Bertemakan tentang Keamanan dan kedamaian
:: Penyajak mengajak pembaca menolak peperangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnya akan meninggalkan kesan sejarah yang sukar untuk dilupakan
TEMA
Persoalan tentang gangguan tidur
Tidur penyajak terganggu oleh mimpi-mimpi ngeri dan teringat seseorang hingga
menyebabkan tidurnya tersedar.
PERSOALAN
Persoalan tentang harapan dalam
kehidupan
Biarpun terpaksa berdepan dengan kesusahan dalam
kehidupan tetapi masih ada harapan yang diberikan
tuhan
Persoalan tentang membuat pilihan dalam
hidup
Pilihan dalam kehidupan perlu dibuat dengan
mengambilkira segala aspek dan jangan mudah
terpengaruh dengan bisikan syaitan.
Persoalan tentang menggunakan agama untuk
kepentingan peribadi
Sering agama dimanipulasikan
untuk kepentingan tertentu kerana agama menolak
keganasan dan menyuruh penganutnya berbuat baik
Persoalan tentang keamanan
Konflik yang berlaku akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan lalu
suara kedamaian akan dilaungkan bagi
menyedarkan tentang keamanan.
Persoalan tentang peperangan
memusnahkan harta benda
Peperangan telah mengakibatkan
kemusnahan harta benda yang turut memusnahkan
monumen sejarah sesebuah negara.
Persoalan tentang ketamakan pemimpin.
Pemimpin yang tamak dan zalim yang hanya mementingkan kepentongan peribadi pasti
akan mencetuskan kemarahan rakyat lantas mengakibatkan
perang berlaku.
Persoalan tentang Islam agama keamanan
Islam agama untuk semua bangsa dan menolak
peperangan serta permusuhan
JENIS CONTOH
AsonansiCONTOH :: Aku terbangun pada waktu tengah malam (R1,B1)HURAIAN :: pengulangan vokal ‘a’ sebanyak 8 kali.
Responsif
CONTOH :: Lihatlah gelap pekat di mana- mana(R2,B1)nampakkah engkau di sana ada pelita?HURAIAN :: Pengulangan kata ‘di’ di tengah baris secara berurutan.
GAYA BAHASA
Kata ganda
CONTOH :: Lihatlah gelap pekat di mana-mana (R2,B1)HURAIAN :: Penggandaan kata iaitu “mana-mana”.
AliterasiCONTOH ::tidak pekat hitam,tetapi remang-remang (R2,B4)HURAIAN :: Pengulangan konsonen ‘t’ sebanyak 5 kali
Sinkope CONTOH :: putuskanlah ke mana matamu memandang (R3,B3)HURAIAN :: mu (sepatutnya kamu)
Repitisi
CONTOH :: perang akan memusnahka kubu (R5,B1)perang akan mencipta sejarah baru(R5,B3)HURAIAN :: Pengulangan kata ‘akan’ pada baris pertama dan ketiga.
Hiperbola
CONTOH :: meskipun berdiri dalam gelap pekat atas tanah perkuburan (R4,B2)
Anafora
CONTOH:: kita benci perang, kita cinta kedamaian (R4,B6)HURAIAN:: Pengulangan kata ‘kita’ diawal baris secara berurutan.
Paradoks
CONTOH :: syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti keamanan (R4,B9)
ASPEK CONTOH
BentukBebas kerana setiap rangkap mempunyai jumlah baris yang tidak sama.
Rangkap 7
BENTUK
Baris3 hingga 12 baris serangkap / 37 baris
Patah Kata
5 hingga 9 patah kata setiap baris Contoh membuka jendela melihat seluas alam (R1,B2)
masuk rongga-rongga hati nurani,sukma kalbu dan akal budi (R3,B5)
Suku Kata
13 hingga 27 suku kataContoh A/ku ter/ba/ngun pa/da wak/tu te/ngah ma/lam (R1,B1) Pe/rang a/kan me/mus/nah/kan ba/ha/sa dan ke/se/ni/an ya/ng me/ru/mah/kan ke/ma/nu/sia/an (R6,B4)
Rima Akhir
Bebas Contoh Rangkap 1 :: a/a/b/cRangkap 2 :: a/a/b/bRangkap 3 :: a/b/a/b/c/dRangkap 4 :: a/a/a/b/c/a/d/e/a/a/a/aRangkap 5 :: a/b/c/cRangkap 6 :: a/b/c/cRangkap 7 :: a/a/a
Waktu tengah malam
Penyajak tersedar dari tidur kerana
terganggu oleh mimpi mengerikan
LATAR MASA
Suasana tengah malam:: gelap pekat namun masih ada
cahaya yang samar-samar.Suasana sepi
:: tidak kedengaran suara-suara orang bercakap pada waktu tengah malam.
Suasana perang:: perang akan mengakibatkan
kemusnahan harta benda.
LATAR SUASANA
Masyarakat yang mementingkan keamanan dan kedamaian
Masyarakat yang memperalatkan agama untuk k Masyarakat yang menolak peperangan
Masyarakat yang menolak peperangan
LATAR MASYARAKAT
Mematuhi ajaran agama (RANGKAP 3)
Manusia perlu mematuhi ajaran agama sebagai pedoman hidup,malah bukan sebaliknya iaitu dengan menjadikan agama sebagai permainan hidup.
Bermuafakat
Kita seharusnya bersatu padu dalam mencapai sesuatu matlamat kemenangan agar tidak berlakunya pertelingkahan antara satu sama lain.
NILAI
Rasional (RANGKAP 4) Manusia perlu berfikiran rasional tentang akibat daripada peperangan dan perebutan kuasa yang menyebabkan kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan Negara.
Bertanggungjawab (RANGKAP 5) Seseorang pemimpin perlu bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya,malah bukan sebaliknya iaitu bertindak zalim dan bersikap tamak sehingga memusnahkan tamadun manusia seperti bahsa dan kesenian.
Kepentingan agama(RANGKAP 6)
Sebagai seorang manusia,kita perlulah mengamalkan nilai keagamaan.Misalnya,orang lupa kepentingan agama Islam itu perlu diamalkan dalam kehidupan agar kita tidak dipermainkan tanpa disedari.
Kuat iman dalam diri. Jangan sesekali biarkan agama menjadi bahan permainan.
Jangan tamak akan harta sehingga menyebabkan kematian orang yang tidak bersalah. Sentiasa pelihara bahasa , bangsa, dan kesenian untuk mengelak diri di tindas. Jauhkan diri daripada hasutan syaitan.
PENGAJARAN
SAJAKMENYONGSONG
ARUSKARYA :: “KEMALA”
MENYONGSONG ARUSKarya : Kemala
Sesekali arus wajar kusongsong kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala dahulu sungai ada negeri sejuta tahu
beribu pohon belum disentuh
sejuta erang cengkerik di liang-liangnya aroma daun dibasahi embun gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung
“tak kulihat bayang pengembara jauh
menyelam di jeram dugaan tak kutatap sayang meranum
dan berahiku gigil sendiri” selasih di genggaman dan kasih di pautan.
Sesekali arus harus kusongsong untuk kukenal wajah kilatan maut
ambil cemuh,simpan di peti-peti besi menunda-nunda serapah tuk batin
jejak pendekar padam sudah
batu-batu dihakis sejarah seribu kerikil dengan gigi tajamnya
menyeringai menepis gerimis “dialah yang melandai tubuhku dentum peluru sepoi Inggeris meringgis kulit,hanya desis menyibak kebal embun tujuh subuh dia berlalu meninggal bayang tak berwajah,hanya dentuman
menerjah cengal,membalik berdebur ke sungai penuntun mata angina taufan dalam diri
serigala mengilau di mata “nyeberang kuala trenggan!”
Sesekali arus wajar kusongsong merempuh jeram batu-batu hidup,angina berdarah membawa alamat “masih belum kiamat,dik kau tiba pada senja lewat seribu musim aku menggenggam keris lok tujuh kau menggumam pantun dan gurindam.Namun masih kita punya satu ibu!”
Sesekali arus wajar kusongsong untuk kembalikan kilat diri Ke padang sasar sejarah. Untuk mencium bau merbau dan keruing
dan terjemahkan rintih sejuta cengkerik di liang-liang rumahnya di hutan purbawi ini.
Ada cermin di dasar kali ada amin di dasar hati menyongsong kali menyongsong diri.
MAKSUD RANGKAP 1Sesekali penyajak berpendapat
seseorang itu perlu menjadi pihak yang bertentangan arah.Jika
tidak,mungkin kita akan berada di tahun lama dan tidak berubah
(jumud).Sesekali kita perlu meredah
kepayahan dan berjuang.
MAKSUD
MAKSUD RANGKAP 2Apabila kita berubah arah (pendapat),kita akan dapat mendengar cacian manusiayang selama ini diam tidak berkata apa-apa.Malah,akan
terbongkar sikap buruk sebenar pihak penjajah yang sebenarnya
bersifat bengis dan zalim.
MAKSUD RANGKAP 3Terserlah lah
segala sikap dan keburukan diri.
MAKSUD RANGKAP 4Sesekali kita perlu melawan arah dan berani meredahkan kepayahan pejuang
dahuluberjuang dengan senjata tetapi kita kini berjuang melawan arah hanya dengan
melawan bahasa penulisan yang penuh dengan
kiasan.Tetapi matlamat perjuangan tetap sama
seperti pejuang-pejuang dahulu (Bahaman dan Mat Kilau)
MAKSUD RANGKAP 5Kita memang perlu melawan arus sekali-sekala kerana ia
boleh mendidik diri kita mengerti tentang sejarah
lama.Kita akan dapat merasakan kepedihan dan
kesusahan lampau.Kemudian kita dapat terjemahan kisah
kehidupan lampau itu.
MAKSUD RANGKAP 6Penyajak mengatakan
bahawa terdapat pedoman tanda
harapan yang positif apabila menyongsong
arus.
Persoalan tentang perjuangan :: Setiap individu perlu mumpunyai
semangat perjuangan yang tinggi untuk menerima pelbagai cabaran serta dugaan
hidup Persoalan tentang keberanian :: Dahulu pejuang berjuang dengan
menggunakan senjata tetapi kini berjuang dengan bahasa penulisan,
PERSOALAN
JENIS CONTOH
Asonansi
CONTOH :: kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala (R1,B2)HURAIAN :: pengulangan vokal ‘a’sebanyak 10 kali
Sinkope
CONTOH :: tak kulihat bayang pengembara jauh (R1,B8)HURAIAN :: ‘Tak’sepatutnya tidak
GAYA BAHASA
Metafora CONTOH :: aroma daun dibasahi embun (R1,B6)
Responsif
CONTOH :: selasih di genggaman (R1,B12) kasih di pautan (R1,B13)HURAIAN :: Pengulangan kata ‘di’ di tengah baris secara berurutan.
Personifikasi
CONTOH :: batu-batu hidup,angin berdarah (R4,B3)
Aliterasi
CONTOH :: selasih di genggaman (R1,B12) kasih di pautan (R1,B13)HURAIAN :: Pengulangan kata ‘di’ di tengah baris secara berurutan.
Kata ganda
CONTOH :: ambil cemuh,simpan di peti-peti besi (R2,B3)HURAIAN :: penggandaan kata iaitu ‘peti-peti’
Anafora CONTOH :: di liang-liang rumahnya (R5,B7) di hutan purbawi ini (R5,B8)HURAIAN :: pengulangan kata ‘di’ diawal baris secara berurutan
Repitisi
CONTOH :: ada cermin di dasar kali ada amin di dasar hati menyongsong kali menyongsong diriHURAIAN :: pengulangan kata ‘kali’pada baris kedua dan kelima.
ASPEK CONTOHBentuk Bebas
:: kerana setiap rangkap mempunyai jumlah baris yang tidak sama.
Rangkap 6
BENTUK
Baris 6 – 14 baris serangkap / 57 baris
Patah Kata
2 – 8 kata setiap baris CONTOH :: Ada cermin ( R6,B1) Kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala ( R1,B2)
Suku Kata
4 – 15 suku kata CONTOH :: A/da cer/min ( R6,B1) Ka/lau ti/dak a/ku a/kan te/tap men/dap di kua/la ( R1,B2)
Rima
Bebas CONTOHRangkap 1 :: a/b/c/d/b/c/a/d/c/e/h/c/cRangkap 2 :: a/b/c/d/b/e/e/h/i/j/k/k/e/a/dRangkap 3 :: a/b/c/b/d/cRangkap 4 :: a/b/c/d/e/f/b/c/g/g/hRangkap 5 :: a/b/c/a/d/e/f/bRangkap 6 :: a/b/a/b/b/b
Perjuangan hidup (rangkap 1):: kita seharusnya mampu
menerima pelbagai cubaan / dugaan hidup. Kita akan kekal berada di tempat yang sama dan tidak akan berubah . oleh
itu, kita perlu meredah kepayahan dan terus berjuang.
NILAI
Berani (rangkap 4):: sebagai seorang manusia sesekali kita perlu melawan arah dan berani
meredahkan kepayahan pejuang dahulu yang berjuang dengan
mengunakan senjata tetapi kita kini berjuang melawan arah hanya
dengan bahasa penulisan tetapi matlamat perjuangan kita tetap sama seperti perjuang dahulu seperti Dato Bahaman dan Mat
Kilau.
Kita mestilah berjuang dalam hidup (RANGKAP 1)
:: dalam hidup kita seharusnya mampu menerima pelbagai cabaran mahupun dugaan jika tidak kita akan tetap berada di tempat yang sama dan tidak berubah . oleh itu, kita harus berjuang dalam hidup dan tidak mengetepikan cabaran.
PENGAJARAN
Kita hendaklah menyemai sifat berani dalam diri kita (RANGKAP
4)):: perjuang terdahulu yang berani telah menggunakan senjata untuk berjuang tetapi kini kita menggunkan akal fikiran serta penulisan untuk berjuang tetapi matlamat pejuang tetap sama dengan pejuang yang terdahulu.