rph - kit model

12
Rancangan Pengajaran Harian Reka Bentuk Dan Teknologi Mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Kelas 5 Adil Tarikh 16/4/2015 (khamis) Masa 8.00 – 9.00 Pagi Bilangan Murid 16 murid Standard Kandungan 2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual. Standard Pembelajaran 2.2.1 Membaca dan memahami manual. 2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model. 2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, takal, tali sawat, gegancu, rantai, roda dan gandar, alat kawalan jauh, sensor, bateri, sel solar suis, pemegang bateri dan kerangka. Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran ini, murid dapat: a) Mengenali dan memahami tentang manual kit model dengan betul. b) Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul. c) Menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul. Pengetahuan Sedia d) Murid pernah melihat alatan tangan yang

Upload: gvitha

Post on 11-Nov-2015

273 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rph - kit model

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian Reka Bentuk Dan TeknologiMata pelajaranReka Bentuk Dan Teknologi

Kelas5 Adil

Tarikh16/4/2015 (khamis)

Masa8.00 9.00 Pagi

Bilangan Murid16 murid

Standard Kandungan2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual.

Standard Pembelajaran2.2.1 Membaca dan memahami manual.2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, takal, tali sawat, gegancu, rantai, roda dan gandar, alat kawalan jauh, sensor, bateri, sel solar suis, pemegang bateri dan kerangka.

Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran ini, murid dapat:a) Mengenali dan memahami tentang manual kit model dengan betul.b) Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.c) Menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada

d) Murid pernah melihat alatan tangan yang biasa digunakan di rumah.e) Murid pernah melihat beberapa jenis kit model yang ada di pasaran.f) Murid telah mempelajari kit model dalam matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

Elemen Merentas KurikulumKeusahawanan pengetahuan teknologiKreativiti menggunakan kaedah dan slaid powerpoint dengan menarik.

Penerapan nilai murniPeka, hormat menghormati, bersungguh sungguh, menjaga keselamatan semasa menggunakan alatan tangan, berkerjasama dalam kumpulan, yakin, mendengar arahan, bertanggungjawab, menjaga kebersihan bengkel.

Kemahiran BerfikirMenjana idea, menghubung kait, membandingkan dan membezakan, meramal, mengikut urutan, membuat gambaran mental, membuat inferens, menganalisi, membuat menilai, membuat kesimpulan.

Bahan Bantu MengajarGambar gambar kit model, kertas manual kit model, video, slaid powerpoint, komputer, LCD, bahan maujud, lembaran kerja, kertas warna, sampul surat, gambar alatan tangan, kad manila, kertas majung, kotak, lagu

Penyerapan IlmuDunia sains dan teknologi

Strategi Pembelajaran

Kaedahberpusatkan guru, berpusatkan murid, berpusatkan bahan.

Pemerhatian, soal jawab, bermain, perbincangan, pergerakan, latih tubi

LangkahIsi pelajaranAktiviti P & PCatatan

Set induksi(5 minit)Menunjukkan beberapa contoh gambar gambar kit model yang terdapat di pasaran. Soalan:1) Apakah yang anda lihat dalam kad ini? 2) Adakah ia menunjukkan objek serupa dengan objek sebenar?3) Apakah alatan yang biasa digunakan untuk fungsikan kit model manian ini?4) Nyatakan komponen komponen yang terdapat dalam kit model kereta ini?1) Guru menunjukkan beberapa gambar gambar kit model yang terdapat di pasaran. 2) Guru bertanya beberapa soalan yang berkaitan dengan gambar tersebut.3) Guru mengaitkan gambar kit model kereta dengan topik pelajaran.4) Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini iaitu mengenali komponen kit model dan alatan tangan yang diperlukan.

BBM: gambar gambar kit model

Kemahiran berfikir:Menjana idea, Menghubung kait,Membandingkan dan membezakan.

Strategi P&P:berpusatkan bahan

Kaedah:Pemerhatian, kaedah sokratik (soal jawab)

Nilai murni:peka, hormat- menghormati

Langkah 1(10 minit)Membaca dan memahami manual kit model.1) Guru mengedarkan kertas manual kit model kepada setiap kumpulan.2) Selepas itu, guru memberi masa kepada murid murid untuk membaca dan memahami manual kit model tersebut. 3) Akhir sekali, guru memberi penerangan tentang manual kit model tersebut.BBM: kertas manual kit model

Kemahiran berfikir:Menjana idea, Meramal, Mengikut urutan, Menghubung kait,

Strategi P&P:berpusatkan bahan dan berpusatkan guru

Kaedah:Pemerhatian, perbincangan

Nilai murni:peka,hormat - menghormati

Langkah 2(10 minit)Menunjukkan bahan maujud alatan tangan yang diperlukan untuk membuka dan memasang kit model.

Melakukan aktiviti menguji minda

1) Pertama sekali, guru menunjukkan bahan maujud alatan tangan yang diperlukan untuk membuka dan memasang kit model.2) Guru bertanya soalan yang berkaitan dengan nama dan kegunaan alatan tangan kepada murid murid.3) Selepas itu, guru memberi satu sampul surat dan kertas warna kepada setiap kumpulan.4) Dalam sampul surat tersebut, ada gambar alatan tangan yang tidak tersusun.5) Maka, murid murid diberi masa selama 2 minit untuk menyusun gambar tersebut supaya dapat dihasilkan satu gambar alatan tangan.6) Selepas itu, murid murid diminta tampal gambar tersebut di atas kertas warna. 7) Akhir sekali, murid murid diminta menulis kegunaan alatan tangan tersebut di atas kad manila yang disediakan dan diminta tampal di hadapan kelas.BBM: bahan maujud, kertas warna, sampul surat, gambar alatan tangan, kad manila

Kemahiran berfikirmembuat gambaran mental, membuat urutan, membuat inferens.

Strategi P&P:berpusatkan bahan, berpusatkan murid

Kaedah:Diskusi (perbincangan), pemerhatian

Nilai murni:Peka, menjaga keselamatan semasa menggunakan alatan tangan, bersungguh sungguh, berkerjasama dalam kumpulan

Langkah 3(15 minit)Pengenalan nama dan fungsi komponen kit model.

1) Murid diminta melihat tayangan slaid powerpoint mengenai nama komponen dan kegunaannya.2) Guru menunjukkan bahan maujud komponen kit model supaya murid dapat lihat lebih jelas.3) Murid diminta menyatakan fungsi komponen kit model tersebut berpandu pada slaid yang ditayangkan.

BBM: slaid powerpoint, LCD, komputer, bahan maujud

Kemahiran berfikir:menjana idea, membuat inferens, menghubung kaitan, membuat gambaran mental

Strategi P&P:Berpusatkan bahan, berpusatkan murid

Kaedah:Diskusi (perbincangan), pemerhatian

Nilai murni: Peka, hormat, menghormati

Pengukuhan(15 minti)

Rumusan(5 minit)

Melakukan aktiviti mengenali potensi diri

Rumusan isi pelajaran:1) Alatan tangan yang diperlukan.2) Nama dan fungsi komponen kit model.1. Pertama sekali, guru menampal kertas majung di hadapan kelas. 2. Dalam kertas majung terdapat beberapa soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran.3. Guru akan disediakan jawapan bagi setiap soalan. Jawapannya perlu diletakkan di dalam satu kotak. 4. Selepas itu, murid murid diminta duduk dalam satu bulatan.5. Guru memberi satu kotak kepada murid.6. Dengan mengiringi lagu, murid murid bagi kotak kepada rakan sebelah dan ia akan diteruskan sehingga lagu berhenti. 7. Selepas lagu behenti, murid yang memegang kotak akan ditampil ke hadapan dan mengambil jawapan yang betul dari kotak.8. Murid diminta menampal jawapan pada soalan yang diberi.9. Akhir sekali, semua murid diminta membaca jawapannya dengan kuat.1) Guru membuat rumusan dan murid diminta mengimbas kembali tentang isi pelajaran.2) Selepas itu, murid dan guru bersama sama menyanyikan lagu papaku pulang dari Kota.3) Akhir sekali, guru memberi lembaran kerja kepada murid murid sebagai latihan.4) Murid murid membersihkan bengkal sebelum balik ke kelas. BBM: Kertas majung, kad manila, kotak, lagu

Kemahiran berfikir:Menganalisis,membuat menilaiStrategi P & P:berpusatkan bahan, berpusatkan murid

Kaedah:bermain, perbincangan

Nilai murni:yakin, bersungguh sungguh, mendengar arahan

BBM:Lembaran kerja, lagu video, LCD, komputer

Kemahiran berfikir:Menganalisis,Membuat kesimpulan,

Kaedah:Pergerakan, Latih tubi

Nilai murni:peka, bersungguh sungguh,bertanggungjawab,Menjaga kebersihan bengkel.

REFLEKSI:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ULASAN:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________