rph dst tahun 2

Download Rph Dst Tahun 2

If you can't read please download the document

Upload: yusni-jamal

Post on 28-Oct-2015

498 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

SAMPELRPH DST TAHUN 2KSSRMata pelajaran:Dunia Sains dan TeknologiKelas:Tahun 2 VenusTarikh:8 Februari 2012 (Rabu)Masa:8.10 pagi-9.10 pagi (60 minit)Bilangan Murid :25 orangBidang Pelajaran:Sains Hayat - HaiwanStandard Kandungan:2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.Standard Pembelajaran:2.1.1Mengenalpasti keperluan asas haiwan iaitumakanan, air, udara dan tempat perlindungan.2.1.2 Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid dapat :AMenguasai isi kandungana.menyatakan empat keperluan asas haiwan haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan dalam lembaran kerja yang diberi.b.menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan secara lisan.BMembina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikira.berbincang bagi mengenalpasti keperluanasas bagi haiwan untuk terus hidup.b.membuat pemerhatian dan pengelasan haiwanberdasarkan tempat perlindungan.CMengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.a.mensyukuri nikmat yang dikurniakan olehTuhan semasa menyatakan kepentingankeperluan asas kepada haiwan.b.menghargai keseimbangan alam semulajadi kepada semua benda hidup.Konsep/ prinsip/ hukum/ teori :Keperluan asas haiwana.makananb. airc.udarad.tempat perlindunganBahan, peralatan dan bahan sumber :Klip video.Kad gambar haiwan 13 keping.Dokumen persembahan powerpoint tentang keperluan asashaiwanLembaran kerja 1 dan 2 PenaksiranLembaran kerja 3 PengayaanLembaran 4 - PemulihanLangkah berjaga-jaga :-Pengetahuan sedia ada:Murid telah mengetahui secara umum tentang apayang haiwan perlukan untuk hidup berdasarkanrencana sains, bacaan dan juga pengalaman seharian.Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : 1.1.2, 2.1.4, 3.1.2 dan 4.1.1Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran PembelajaranCatatanAktiviti GuruAktiviti MuridSet Induksi(5 minit)Keperluan asas haiwan1. Gurumenayangkan klipvideo tentang harimau yang sedang mengejar rusa. 2. Guru menyoal murid selepas tayangan klip video tersebutContoh :a) Apakah yang sedang dilakukan olehharimau tersebut.b) Mengapakah harimau memakan rusa tersebut?c) Apa yang akan terjadi jika harimau itu tidak makan?d) Selain dari makanan, apakah perkara lain yangharimau perlukanuntuk terus hidup?1. Murid memerhatikan tayangan klip video yang ditayangkan oleh guru.2. Murid menjawabsoalan yangdikemukakan oleh guru. Contoh :a) Sedang makan rusa itu, cikgu.b) Harimau lapar, cikgu.c) Ia akan mati, cikgu.d) Murid memberi pelbagai jawapan.Strategi/ Teknik :Penyoalan seluruh kelas.Langkah 1(10 minit)Persembahan powerpointtentang empat keperluan asas haiwan dan kepentingannya.1. Guru menayangkan persembahan powerpoint tentang keperluan asas haiwan.2. Gurumembimbing murid untuk menyatakankeperluan asas haiwan dengan mengemukakan soalan. Contoh :a) Selain dari makanan, apakahlagi keperluanasas haiwan yang lain?1. Muridmemerhatikan persembahanpowerpoint yangditayangkan olehguru.2. Murid menyatakanempat keperluanasas haiwan dengan bimbingan guru.Murid menjawab soalan yangdikemukakan.Contoh : a) Air, udara dan tempat berlindung, cikgu.Strategi/ Teknik :Perbincan-gan kumpulan.Pembentangan hasil.PenyoalanLangkah 2(15 minit)Aktiviti kumpulan-perbinca-ngan1. Seterusnya, guru menampalkanempat keping gambar haiwan yang sedang mendapatkan keperluan asas di papan putih.Contoh :Gambar A Gambar B Gambar C Gambar D 2. Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan dan mengenalpasti keperluan asas yang diperlukan oleh haiwan tersebut berdasarkan gambar.3. Guru meminta seorang wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan.4. Guru menyoalMurid. Contoh :a) Apakah yangsedang dilakukan olehhaiwan-haiwantersebut?b) Cuba kamu senaraikan empat keperluan asas haiwan yang utama?1. Murid memerhatikangambar yang dipamerkan oleh guru.2. Murid berbincang bersama ahli kumpulan.3. Wakil murid dari setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Murid lain mendengar dengan teliti dan membuat perbandingan. 4. Murid menjawabsoalan guru. Contoh :a) Zirafah sedangminum air, kambing sedang makan rumput, ikan sedang bernafas dan burung berlindung, cikgu.b) Makanan, air, udara dan tempat berlindung, cikgu.Strategi/ Teknik :PerbincanganKemahiran saintifik dan nilai murni :Bekerjasama.Langkah 3(10 minit)Perbincangan tentang kepentingan keperluan asas kepada haiwan.1. Guru berbincang bersama muridtentang kepentingan keperluan asas kepada haiwan.2. Guru menyoal murid. Contoh : a) Apakah kepentingan keperluanasas tersebut kepada haiwan?b) Apakah yang akan terjadi kepada haiwantersebut jika tidakmendapat keperluan asasyang cukup?3. Guru menegaskan bahawa haiwanperlu hidup untukmenyeimbangkanalam semula jadi.1. Murid berbincangbersama guru tentang kepentingankeperluan asas kepada haiwan.2. Murid menjawabsoalan guru.Contoh :a) Makanan danair untuk ia membesar dan memberi tenaga, udara untuk bernafas dan tempatperlindungan supaya ia selamat dari gangguan musuh dan cuaca, cikgu.b) Haiwan akanmati, cikgu3. Murid mendengar penjelasan guru.Strategi/ Teknik :PerbincanganPenyoalanLangkah 4(10 minit)Penilaian-Lembaran Kerja 1 dan 21. Guru memberi murid Lembaran Kerja 1 dan 2 untuk dilengkapkan.2, Guru berbincang bersama murid bagi menyemak jawapan yang dibuat.2. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.2. Murid menyemak jawapan bersama guru.Strategi/ Teknik :PenyoalanPenutup(10 minit)Kesimpulan1. Guru meminta murid menyenaraikansemula empatkeperluan asashaiwan secaralisan dan bertulis.(Lembaran Kerja1 & 2)2. Guru membimbing murid membuat kesimpulan.1. Murid menyebut semula empat keperluan asas haiwan dan melengkapkan Lembaran Kerja1 dan 2.2. Murid dibimbing membuat kesimpulan dengan bimbingan guru.Strategi/ Teknik :Penyoalan untuk membuat kesimpulanRefleksi : a) 23 orang murid mencapai objektif. - Lembaran kerja 3. b) 2 orang murid tidak mencapai objektif - Murid diberi lembaran kerja 4.CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2Mata pelajaran:Dunia Sains dan TeknologiKelas:Tahun 2 VenusTarikh:22 Februari 2012 (Rabu)Masa:8.10 pagi-9.10 pagi (60 minit)Bilangan Murid :25 orangBidang Pelajaran:Sains HayatStandard Kandungan:2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asasuntuk hidup. Standard Pembelajaran:2.1.5Mengenal pasti tempat perlindungan haiwanseperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua,di dalam air, dalam tanah dan di celah batu atau kayu.2.1.6 Menyatakan kepentingan haiwan kepada manusia, tumbuhan dan haiwan lain.2.1.7Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Hasil Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat AMenguasai isi kandungana.Menyatakan sekurang-kurangnya tiga contohhaiwan berdasarkan tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua,di dalam air, dalam tanah dan di celah batu atau kayu.b.Menyebut satu kepentingan haiwan kepadamanusia, tumbuhan atau haiwan lain secaralisan.BMembina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikira.mengumpul dan mengelaskan haiwan berdasarkan tempat perlindungan.b.menghubungkaitkan kepentingan haiwankepada manusia, tumbuhan dan haiwan lain.CMengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. a.bekerjasama semasa menjalankan aktiviti kumpulan.b.Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data semasa aktiviti kajian lapangan.c.Minat dan bersifat ingin tahu terhadap alam sekeliling semasa aktiviti kajian lapangan.Konsep/ prinsip/ hukum/ teori :Tempat perlindungan haiwana.sarangf. guab. rebang.di dalam airc.lubangh.dalam tanahdatas pokoki.celah tanahe.kandangk.celah batuBahan, peralatan dan bahan sumber :Kad gambar haiwan dan tempat perlindungannya 5 kepingDokumen persembahan powerpoint - haiwan dan tempat perlindungannya.- lagu Old Mac Donald Had A FarmLembaran kerja 1 dan 2 PenaksiranLembaran Kerja 3 PemulihanLembaran kerja 4 PengayaanLangkah berjaga-jaga :1. Guru mesti sentiasa mengawal disiplin murid semasa membawa mereka ke luar kelas.2. Murid hanya diminta melihat dan tidak menyentuh haiwan yang diperhatikan.3. Hanya guru sahaja yang dibenarkan mengalih atau mengubah pasu, batu atau kayu.Pengetahuan sedia ada:Murid telah mengetahui serba sedikit mengenaitempat perlindungan haiwan berdasarkan pengalaman seharian dan rencana sains yang ditonton dan juga dari bahan bacaan.Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran PembelajaranCatatanAktiviti GuruAktiviti MuridSet Induksi(5 minit)Tempat tinggal haiwan1. Guru menayangkan sekeping gambar haiwan di skrin putih.Contoh :2. Guru menyoal murid tentang apa yang dilihat dalam gambar yang ditayangkan.Contoh :a) Cuba kamu nyatakan, apa yangkamu perhatikan dalam gambar di atas.b) Burung apakah yang mempunyai sarang seperti itu?c) Apakah kegunaan sarang tersebut kepada burungtempua itu?3. Guru menegaskan kepada murid bahawa setiap haiwan mempunyai tempat perlindungan masing-masing.1. Murid memerhatikangambar yangditayangkan oleh guru di skrin putih.2. Murid menjawab soalan yang dikemukakan olehguru. Contoh :a) Sarang burung, cikgu. b) Burung tempua, cikgu.c) Sebagai tempat berlindung, cikgu.3. Murid mendengar penjelasan guru. Strategi/ Teknik :Penyoalan.Langkah 1(20 minit)Kajian Lapangan1. Guru memberi arahan dan menegaskan tentang langkah-langkah keselamatansebelum membawa murid untuk melakukan kajian lapangan.2. Guru membawa murid ke Taman Sains yang terletak di hujung padang. 3. Guru meminta murid mendengar arahannya dengan teliti. Kawasan kajian dibahagikankepada tiga iaitu :a) Bawah pasu bunga1. Murid mendengar arahan guru dengan teliti terutama tentang langkah-langkahkeselamatan sebelum menjalankan aktiviti kajian lapangan. 2. Murid mengikut guru keluar ke Taman Sains dalam dua barisan.3. Murid mendengar arahan guru dengan teliti.Strategi/ Teknik :Kajian LapanganSikap saintifik dan nilai murni:Bekerjasamab) Celah batu.c) Kawasan kayureput/ celah kayu.4. Guru mengalihkan pasu bunga, mengangkat batu dan menguis celah-celah kayu.5. Guru meminta murid memerhatikan jika terdapat haiwan di kawasan kajian tersebut.6. Guru meminta murid merekodkan pemerhatian mereka dengan menamakan haiwan yang mungkin berada di tiga kawasantersebut dalam Jadual 1 yang diberikan.7. Guru meminta murid kembali ke kelas selepas selesai aktiviti pemerhatian.4. Murid memerhatikan kawasan tersebut dengan teliti.5. Murid memerhatidan menyebutkan nama haiwan yang terdapat di kawasan tersebut secara lisan.6. Murid merekodkanpemerhatian mereka ke dalam Jadual 1 yang dibawa bersama.7. Murid kembali ke kelas secara teratur.Langkah 2(5 minit)Pembentanganhasil kajian1. Guru meminta seorang wakil murid untukmembentangkan hasil kajian mereka di hadapan kelas.1. Seorang wakil murid yang terpilih membentangkan hasil kajian. Murid-murid lain mendengar dan membandingkan hasil kajian mereka.Strategi/ Teknik :PerbincanganLangkah 3(10 minit)Pemerhatian1. Guru menayangkan lima keping gambar haiwan melalui skrin putih.2. Guru meminta murid mengenalpasti haiwan dan tempat tinggal yang ditunjukkan3.Guru menyoal murid. Contoh :a) Haiwan apakah yang kamu lihatdalam gambar ini?1. Murid memerhatikan gambar haiwan yang dipamerkan.2. Murid mengenalpasti haiwan dan tempat tinggalnya berdasarkan gambar yang ditunjukkan.3.Murid menjawab soalan guru berdasarkan gambar-gambar yang ditayangkan.Contoh :a) Lebah madu, cikgu.Strategi/ Teknik :Penyoalanb) Cuba kamu nyatakan, dimanakah haiwan ini tinggal?4. Guru menggunakan persembahanpowerpoint untuk menunjukkan haiwan dan tempat tinggalnya.5.Guru memberi peluang kepada wakil dari lima kumpulan untuk cuba menyelesaikan aktiviti yang terdapat dalampersembahanpowerpoint tersebut.b) Dalam sarang, atas pokok, cikgu.4. Murid memerhatikanpersembahanpowerpoint yang guru tayangkan.5. Murid menyelesaikan aktiviti dalam persembahan powerpoint yang guru persembahkan.Langkah 4(10 minit)Aktiviti kumpulan-Perbincangan1. Guru membincangkan bersama muridtentang kepentingan haiwan kepadamanusia, tumbuhandan haiwan lain dengan merujukkepada peta mindayang disediakan. 1. Murid berbincangbersama guru mengenai kepentingan haiwan kepada :a) manusia-sebagai sumber makananmembantumembuat kerja,Strategi/Teknik:Penyoalan, perbincanganalat pengangkutan, sumber ekonomi. b) haiwan lain- sebagai sumber makanan. c) tumbuhan-membantu menyebarkan biji benih, membekalkan sumber tenaga kepada haiwanLangkah 5(5 minit)Penilaian-Lembaran Kerja 1 dan 21. Guru memberikan Lembaran Kerja 1 dan 2 untuk dilengkapkan oleh murid.2. Guru berbincang bagi menyemak jawapan murid.3. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 22. Murid berbincang bersama guru.Strategi/Teknik :PenyoalanPenutup(5 minit)Kesimpulan1. Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan denganmenyatakan bahawa haiwan perlu mempunyai tempat tinggal yang merupakan salah satu dari keperluan asasnya.2. Guru mempersembahkanpersembahan powerpoint untuk memperdengarkan lagu Old Mac Donald dan menyanyi bersama-sama murid.3. Guru meminta murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2.1. Murid dibimbing oleh guru membuat kesimpulan.2. Murid-murid menyanyi bersama dengan guru.3. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.Strategi/Teknik :PenyoalanRefleksi :1. 23 orang murid mencapai objektif. - Diberi Lembaran Kerja 3 sebagai pengayaan.2. 2 orang murid tidak mencapai objektif. - Diberi Lembaran Kerja 4 sebagai pemulihan.1.Keperluan asas haiwan.Topik:SEMUANYA CUKUPRingkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan asas haiwaniaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.StandardKandungan:Sains Hayat2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.StandardPembelajaran:2.1.1 Mengenalpasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dantempat perlindungan.2.1.2 Menaakul kepentingan keperluan asas kepada haiwan.2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Tempoh: 60 minitSumber:1. Hamster (atau sebarang haiwan peliharaan yang sesuai)2. Kad keperluan asas haiwan (Lampiran)3. Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran.4. Lembaran Kerja 3 = Pemulihan.5. Lembaran Kerja 4 = Pengayaan.Aktiviti:Aktiviti 11. Guru menunjukkan hamster yang dipelihara di dalam sangkar.(Nota : Guru boleh menggantikan haiwan lain mengikut keadaan)2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang hamster tersebut.Contoh:Guru : Bagaimana kamu memastikan hamster ini terus hidup? Murid : Saya beri makan dan minum, cikgu .Guru : Kenapa kita pelihara hamster ini dalam sangkar? Murid : Takut kucing makan, cikgu.Guru : Kenapa kita guna sangkar dan bukan bekas yang bertutup?"Murid : Takut dia mati, cikgu.3. Guru membimbing murid untuk menyatakan keperluan asas untukhaiwan hidup adalah makanan, minuman, udara dan tempat tinggal.4. Murid menjawab Lembaran Kerja 1.Aktiviti 21. Guru membawa murid keluar dari bilik darjah dan menuju ke kawasanlapang di sekitar sekolah untuk menjalankan satu aktiviti.2. Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan iaitu: Kumpulan A sebagai 'rusa' Kumpulan B sebagai 'keperluan asas haiwan'.3. Guru meminta kedua-dua ahli kumpulan untuk berdiri menghadap satu sama lain.4. Setiap ahli kumpulan 'rusa' diberi satu set kad keperluan asas haiwaniaitu makanan, udara, air dan tempat perlindungan.5. Kumpulan 'keperluan asas haiwan' pula diminta memilih satu kadkeperluan asas haiwan sama ada makanan, udara, air atau tempat perlindungan.6. Guru meminta ahli kumpulan 'keperluan asas haiwan' yang mendapatkad keperluan asas haiwan membuat isyarat seperti berikut:i) meletakkan tangan di atas kepala - tempat perlindungan ii) meletakkan tangan di perut - makananiii) meletakkan tangan di kerongkong - air iv) meletakkan tangan di hidung - udara7. Ahli kumpulan 'rusa' dikehendaki mencari keperluan asasnya darikumpulan 'keperluan asas haiwan' yang membuat isyarat tersebut.8. Guru dan murid menjalankan aktiviti 6 dan 7 di atas berulang kalisehingga terdapat ahli kumpulan 'rusa' yang mendapat semua keperluan asasnya.9. Ahli kumpulan rusa yang tidak mendapat keperluan asas yang cukupdikira mati dan dikeluarkan daripada permainan.10. Guru memainkan permainan ini beberapa kali dengan mengubahbilangan ahli kumpulan dalam kedua-dua kumpulan bagi memberi peluang kepada murid untuk menjadi rusa dan keperluan asas haiwan.11. Guru membuat perbincangan dengan murid berkaitan maksud yangtersirat di sebalik permainan rusa dan keperluan asas hidupnya berdasarkan permainan yang telah dijalankan.12. Murid menjawab Lembaran Kerja 2, 3, 4 dan 5 selepas permainanrusa dan keperluan asas hidupnya dimainkan.Pentaksiran:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2.AktivitiPemulihan:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3.AktivitiPengayaan:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 4.2.Makanan haiwan.Topik:JALAN - JALAN CARI MAKANRingkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan asas haiwaniaitu makanan. Murid diperkenalkan dengan haiwan dan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut.StandardKandungan:Sains Hayat2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.StandardPembelajaran:2.1.3 Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.2.1.4 Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan tumbuhan dan haiwan.2.1.6 Menyatakan kepentingan haiwan kepada manusia, tumbuhan dan haiwan lain.2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Tempoh:60 minitSumber:6. Dokumen persembahan 'powerpoint' mengenai haiwan mengikut jenismakanannya.7. Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran.8. Lembaran Kerja 3 = Pemulihan.9. Lembaran Kerja 4 = Pengayaan.Aktiviti:2. Guru meminta murid membayangkan sejenis haiwan yang pernah dilihat.2. Guru meminta murid menamakan haiwan tersebut dan menjelaskanjenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut. contoh :Guru : Ali, haiwan apakah yang kamu pilih? Ali : Saya pilih lembu, cikgu.Guru : Lembu makan apa, Ali?Ali : Lembu makan rumput, cikgu.3. Guru meneruskan aktiviti di atas dengan mengambil beberapa contoh lain yang diberikan oleh murid.3. Guru membimbing murid membuat penyataan bahawa haiwan memakanmakanan yang berbeza.4. Guru menyenaraikan beberapa jenis haiwan di papan tulis dan menyoalmurid jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut. contoh :LembuAyamHarimaurumput daunnasi cacingdaging5. Guru membimbing murid membuat pengitlakan bahawa haiwan boleh dikelaskan kepada : haiwan yang makan haiwan sahaja, haiwan yang makan tumbuhan sahaja, haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan.6. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 hingga 4.Pentaksiran:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2.AktivitiPemulihan:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3.AktivitiPengayaan:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 4.3.Tempat perlindungan haiwan.Topik:SELESANYA RUMAHKURingkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan asas haiwaniaitu tempat perlindungan.StandardKandungan:Sains Hayat2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.StandardPembelajaran:2.1.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan seperti sarang, reban, lubang,atas pokok, kandang, gua, di dalam air, di dalam tanah, di celah batu atau kayu.2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Tempoh:60 minitSumber:10. Gambar haiwan dan tempat perlindungannya.11. Dokumen persembahan powerpoint haiwan dan tempatperlindungannya.12. Lembaran Kerja 1 = Pentaksiran.13. Lembaran Kerja 2 = Pemulihan.14. Lembaran Kerja 3 = Pengayaan.Aktiviti:Aktiviti 11. Guru membawa murid keluar dari bilik darjah ke kawasan yang mempunyai sama ada batu, pasu bunga atau kayu yang reput di sekitar kawasan sekolah.(Nota: guru telah mengenal pasti kawasan ini terlebih dahulu)Kawasan batu / pasu bungai.Guru perlu mengangkat batu-batu /pasu bunga tersebut dengan perlahan.ii. Guru meminta murid melihat sama ada terdapat haiwan-haiwan kecil di bawah batu / pasu bunga dan di atas tanah.iii. Guru mengingatkan murid supaya tidak menyentuh haiwan yang dilihat.iv. Murid diminta merekodkan pemerhatian mereka dengan menamakan haiwan-haiwan yang tinggal di bawah batu / pasu bunga.v. Guru meletakkan kembali batu / pasu bunga tersebut ke tempat asalnya.Kawasan kayu reputi. Guru meminta murid membuat pemerhatian untuk melihat sebarang tanda-tanda kehadiran haiwan pada kayu reput tersebut.ii. Guru menguis kayu reput itu dengan ranting untuk melihat laluan serangga.iii. Murid diminta merekodkan pemerhatian mereka dengan menamakan haiwan-haiwan yang tinggal di bawah kayu reput.2. Guru meminta murid-murid kembali ke dalam bilik darjah selepas aktiviti pemerhatian selesai.Aktiviti 21. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis haiwan dan tempatperlindungannya.2. Guru meminta murid mengenal pasti haiwan dan tempat tinggal yangditunjukkan.3. Murid menjawab soalan guru berdasarkan gambar-gambar tersebut:contoh:Guru : Haiwan apakah yang kamu lihat? Murid : Ayam dan anak-anaknya, cikgu.Guru : Di manakah haiwan ini tinggal? Murid : Reban ayam, cikgu.4. Guru membuat pembentangan powerpoint berkaitan haiwan dantempat perlindungannya.5. Guru memberi peluang kepada beberapa murid untuk menyelesaikan aktiviti yang terdapat dalam persembahan powerpoint tersebut (Lampiran).6. Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan bahawa haiwanperlu mempunyai tempat tinggal yang menjadi satu daripada keperluan asasnya.7. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 hingga 3.Pentaksiran:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1.AktivitiPemulihan:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 2.AktivitiPengayaan:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3.4. Tempat tinggal haiwan.Topik:INILAH HASIL TANGANKURingkasan:Melalui topik ini, murid akan membina 'sarang burung' sebagai gerak kerjakreativiti merentas kurikulum sains.StandardKandungan:Sains Hayat2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.StandardPembelajaran:2.1.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan seperti sarang, reban, lubang, ataspokok, kandang, gua, di dalam air, di dalam tanah, di celah batu ataukayu.2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Tempoh:30 minitSumber:1. Gambar sarang burung2. Beg kertas pembungkus kertas, bekas plastik3. Gam4. Rumput dan ranting keringAktiviti:1. Guru meminta murid menyatakan keperluan asas haiwan berdasarkanpengetahuan sedia ada mereka.(Nota: Murid telah diajar mengenai keperluan asas haiwan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum ini)2. Guru menjelaskan kepada murid yang mereka akan membuat 'sarangburung' dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh guru.3. Guru menunjuk cara membuat sarang burung dengan melekatkan rumput-rumput kering pada mangkuk kertas sehingga bentuk sarang burung terhasil.4. Guru meminta murid membuat sarang burung mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan sama ada mangkuk kertas, bekas sabun pencuci pinggan atau bekas marjerin.Nota: guru telah meminta murid menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti ini terlebih dahulu yang dibawa dari rumah masing-masing.5. Guru meminta murid meletakkan hasil kerja mereka di belakang kelas dandilabelkan dengan nama masing-masing.6. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid.Pentaksiran:Murid membina sarang burung untuk dinilai hasil kerja oleh guru.AktivitiPemulihan:-AktivitiPengayaan:-5. Cara haiwan membiak.Topik:COMELNYA ANAKKURingkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai cara pembiakan haiwan.StandardKandungan:Sains Hayat2.3 Memahami tumbesaran haiwanStandardPembelajaran:2.3.1 Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur.2.3.2 Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan.2.3.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Tempoh:60 minitSumber:15. Dokumen persembahan 'powerpoint' mengenai haiwan dan carapembiakannya.16. Kotak tisu.17. Telur ayam.18. Lembaran kerja 1 = Pentaksiran.19. Lembaran kerja 2 = Pemulihan.20. Lembaran kerja 3 = Pengayaan.Aktiviti:6. Guru memegang sebuah kotak tisu yang mempunyai sebiji telur ayam di dalamnya.7. Guru meminta murid meneka benda (telur) yang terdapat di dalam kotak itu.3. Guru meminta seorang murid mengambil telur tersebut danmenunjukkan kepada murid-murid yang lain.4. Guru menyoal murid mengenai benda tersebut.contoh :Guru : Ini apa murid-murid? Murid : Telur ayam, cikgu.Guru : Dari mana datangnya telur ini? Murid : Dari ayam, cikgu.Guru : Kenapa ayam bertelur?Murid : Untuk dapatkan anak ayam, cikgu.5. Guru menjelaskan bahawa ayam bertelur untuk membiak.6. Guru menjelaskan kepada murid bahawa mereka akan melihat persembahan 'powerpoint' mengenai pelbagai haiwan dan cara pembiakan masing-masing.7. Murid menjawab soalan guru mengenai beberapa perkara berdasarkan persembahan 'powerpoint' yang ditunjukkan.Contoh : Apakah cara pembiakan haiwan yang dapat kamuperhatikan?Guru : Bagaimana itik membiak?Bagaimana gajah membiak? (dan sebagainya)8. Guru menuliskan di papan tulis nama haiwan yang dilihat dalam persembahan 'powerpoint ' dan cara haiwan itu membiak iaitu sama ada melahirkan anak atau bertelur.9. Guru menjalankan sesi perbincangan dengan murid berkaitan contoh-contoh haiwan yang melahirkan anak dan haiwan yang bertelur.10. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 hingga 3.Pentaksiran:1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1.AktivitiPemulihan:1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 2.AktivitiPengayaan:1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3.6. Tumbesaran haiwan.Topik:ANAK SIAPA NI?Ringkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai tumbesaran haiwan.StandardKandungan:Sains Hayat2.3 Memahami tumbesaran haiwanStandardPembelajaran:2.3.3 Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada haiwan sejak dilahirkaniaitu membesar dari segi rupa dan pertambahan saiz.2.3.4 Mengenal pasti anak haiwan yang menyerupai ibunya dan yang tidak menyerupai ibunya.2.3.5 Merekod perubahan tumbesaran haiwan seperti rama-rama atau katak, dari segi rupa dengan memerhati haiwan sebenar.2.3.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Tempoh:60 minitSumber:21. Dokumen 'powerpoint' mengenai haiwan dan pembiakannya.22. Carta kitar hidup rama-rama.23. Carta kitar hidup katak.24. Akuarium dan telur katak25. Lembaran Kerja 1, 2 dan 3 = Pentaksiran.26. Lembaran Kerja 4 = Pemulihan.27. Lembaran Kerja 5 = Pengayaan.Aktiviti:8. Murid menonton persembahan 'powerpoint' mengenai pelbagai haiwan dan cara pembiakan masing-masing.2. Murid menjawab soalan guru mengenai beberapa perkara berdasarkan persembahan 'powerpoint' tersebut.Contoh :Guru : Apakah cara pembiakan haiwan yang dapat kamuperhatikan?Murid : Beranak dan bertelur, cikgu.Guru : Adakah anak-anak haiwan ini mempunyai rupa dan bentuk yang sama dengan ibunya?Murid : Ada yang sama, ada yang tak sama, cikgu.3. Guru menjelaskan kepada murid bahawa terdapat dua keadaan iaitu:i) terdapat anak haiwan yang tidak menyerupai ibunya pada peringkat awal hidupnyaii) terdapat anak haiwan yang menyerupai ibunya pada peringkat awal hidupnya tetapi berbeza dari segi saiz.4. Guru menjalankan sesi perbincangan dengan murid berkaitanperubahan rupa bentuk anak haiwan bermula dari ia dilahirkan atau ditetaskan sehinggalah ke peringkat dewasa dengan memberi contoh.5. Guru meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai kitaranhidup rama-rama atau katak dengan menjalankan aktiviti berikut:Kitaran hidup rama-ramai) Guru meminta murid melihat nota berkaitan kitaran hidup rama- rama. (guru tayang)ii) Guru menyoal murid mengenai bilangan peringkat dalam kitaran hidup rama-rama.iii) Guru menjelaskan bahawa peringkat hidup rama-rama ini sentiasa berulang.iv) Guru memberikan setiap murid sehelai kertas lukisan dan mengarahkan murid menghasilkan habitat rama-rama dengan menggunakan ranting dan daun, gam dan pensel warna.v) Guru meminta murid melekatkan gambar telur, ulat beluncas, kepompong dan rama-rama dewasa pada 'habitat' tersebut.vi) Guru meminta murid menceritakan mengenai kitaran hidup rama-rama yang mereka hasilkan.Kitaran hidup kataki)Guru meminta murid melihat nota berkaitan kitaran hidup katak.ii) Guru menyoal murid mengenai bilangan peringkat dalam kitaran hidup katak.iii) Guru menjelaskan bahawa peringkat hidup katak ini sentiasa berulang.iv) Guru memberikan setiap murid sehelai kertas lukisan dan mengarahkan murid melukis habitat katak dengan menggunakan pensel warna.v) Guru meminta murid melekatkan gambar telur, berudu dan katak dewasa pada 'habitat' tersebut.vi) Guru meminta murid menceritakan mengenai kitaran hidup katak yang mereka hasilkan.6. Murid membuat pemerhatian ke atas telur katak yang disimpan dalamakuarium selama 2 dua minggu sehingga telur menetas menjadi berudu dan katak. Murid diminta merekodkan pemerhatian perubahan rupa bentuk katak.Pentaksiran:1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.AktivitiPemulihan:1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3 dan 4.AktivitiPengayaan:1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 5.7. Cara pergerakan haiwan.Topik:PI MAI PI MAI TANG TU..Ringkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai pergerakan haiwan.StandardKandungan:Sains Hayat2.4 Memahami pergerakan haiwanStandardPembelajaran:2.4.1 Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak,terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat.2.4.2 Menggambarkan cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat melalui aktiviti simulasi.2.4.3 Menaakul kepentingan pergerakan kepada haiwan.2.4.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Tempoh:60 minitSumber:28. Dokumen persembahan 'powerpoint' lagu 'Lompat katak lompat'29. Dokumen persembahan 'powerpoint' lagu 'Tinggi di awan'.30. Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran.31. Lembaran Kerja 3 = Pemulihan.32. Lembaran Kerja 4 dan 5 = Pengayaan.Aktiviti:9. Guru meminta seorang murid (dinamakan A) datang ke hadapan kelas.10.Murid A diminta berdiri menghadap rakan-rakan sekelasnya buat seketika sebelum diarahkan kembali ke kerusinya.3. Guru meminta murid-murid menyatakan cara murid A bergerak kehadapan kelas. contoh :Guru : Bagaimanakah A bergerak ke hadapan? Murid : A berjalan, cikgu.4. Guru menyoal murid-murid mengenai contoh haiwan yang bergerakseperti murid A iaitu berjalan.5. Guru seterusnya menjelaskan bahawa berjalan merupakan satu carahaiwan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.6. Guru menyoal murid selain dari berjalan, apakah cara lain murid bolehdatang ke hadapan kelas.contoh :Guru : Selain berjalan, boleh kamu berikan cara lain untuk kamu datang ke hadapan?Murid : Kita boleh berlari, cikgu.7. Guru menggunakan persembahan 'powerpoint' untuk memperdengarkanlagu 'Lompat katak lompat'.8. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut bersama-sama berpandukanlirik yang ditunjukkan di skrin putih. (Lampiran)9. Murid diminta menyatakan dua aktiviti yang dijalankan oleh katakberdasarkan lagu tersebut. contoh :Cikgu : Ali, apakah yang dilakukan oleh katak tersebut?Ali : Katak lompat dan berenang, cikgu.10. Guru menjelaskan bahawa katak bergerak dengan cara melompat didarat dan berenang semasa berada di dalam air.11. Guru menggunakan persembahan 'powerpoint' untuk menunjukkanpelbagai cara haiwan bergerak berdasarkan standard pembelajaran2.4.2. (Lampiran)11. Guru membincangkan dengan murid mengenai kepentingan haiwanbergerak dengan merujuk kepada nota murid.12. Guru meminta murid menyatakan perkara yang mungkin berlakusekiranya haiwan tidak bergerak.soalan:Guru : Apa akan jadi jika haiwan tidak boleh bergerak? Murid : (Jawapan murid)Guru : Bolehkah haiwan mendapat makanan jika tidak bergerak?Murid : (Jawapan murid)13. Guru menyebut beberapa nama haiwan dan murid diminta melakukansimulasi cara haiwan-haiwan tersebut bergerak.14. Guru kemudiannya menjalankan permainan 'meneka haiwan' berdasarkan pergerakan yang dilakonkan oleh murid.15. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa haiwanbergerak dengan pelbagai cara.16. Guru menggunakan persembahan 'powerpoint' untukmemperdengarkan lagu 'Tinggi di awan' dan bernyanyi bersama-samamurid. (Lampiran)17. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 hingga 5.Pentaksiran:1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.AktivitiPemulihan:1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3.AktivitiPengayaan:1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 4 dan 5.8. Keperluan asas tumbuhan.Topik:HEBATNYA AIRRingkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan asas tumbuhan iaitu air.StandardKandungan:Sains Hayat3.1 Memahami keperluan asas tumbuhan.3.2 Menyedari tumbuhan mempunyai keperluan asas untuk hidup.StandardPembelajaran:3.1.1 Mengenal pasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari.3.1.2 Menaakul tentang kepentingan air, udara dan cahaya matahari kepada tumbuhan dengan menjalankan penyiasatan.3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK , penulisan atau lisan.3.2.1 Menjaga tumbuhan dengan memberikan keperluan asasnya bagi memastikan ia hidup dan sihat.Tempoh:60 minitSumber:33. Cawan plastik.34. Kapas.35. Biji benih kacang hijau.36. Lembaran kerja 1 = Pentaksiran.37. Lembaran kerja 2 = Pemulihan.38. Lembaran kerja 3 = Pengayaan.39. Lembaran kerja 4Aktiviti:Aktiviti 1:1. Guru membuat persediaan awal. Menyediakan dua keratan pokok yang berdaun.(berbatanglembut) Satu keratan dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air. Satu keratan dimasukkan ke dalam bikar yang tidak berisi air. Dibiarkan selama tiga hari.2. Murid membuat pemerhatian dan menjawab soalan guru.Contoh soalan:a. Apakah yang dapat kamu perhatikan?b. Kenapa daun itu layu?c. Kenapa daun yang satu lagi tidak layu?Aktiviti 2:1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang keadaan tumbuhanpada musim kemarau dan hujan.2. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 : tumbuhan musim kemarau Kumpulan 2 : tumbuhan musim hujan.3. Murid membuat lakonan keadaan tumbuhan mengikut musim.Contoh :Guru: Sekarang musim kemarau telah tiba.Murid: Kumpulan musim kemarau akan melakonkan keadaan tumbuhan.Guru memberi arahan musim seterusnya dan kumpulan tersebut ditukar musim untuk memastikan semua murid dapat melakukan lakonan yang berlainan.Aktiviti 3:1. Guru membuat persediaan awal. Rendamkan beberapa biji benih kacang hijau semalaman. Semai biji benih itu di atas kapas yang lembap di dalam cawan plastik sehingga biji benih bercambah.2. Guru membentuk beberapa kumpulan murid untuk menjalankan penyiasatan.3. Setiap kumpulan dibekalkan dengan dua cawan plastik dan dua gumpal kapas yang sama besar.4. Murid melabelkan cawan plastik tersebut dengan A dan B.5. Murid mencelup satu gumpal kapas ke dalam air.6. Murid memasukkan kapas yang dicelup ke dalam cawan plastik A dan kapas yang tidak dicelup dimasukkan ke dalam cawan plastik B.7. Murid memasukkan anak pokok ke dalam setiap cawan plastiktersebut.8. Murid meletakkan kedua-dua cawan plastik di tepi tingkap dan dibiarkan selama tiga hari.9. Sepanjang tiga hari, murid membuat pemerhatian tentang hasil penyiasatan.10. Murid menjawab lembaran kerja 4.11. Selepas tiga hari, guru membuat perbincangan dengan murid tentang hasil penyiasatan.Contoh soalan:a.Apakah perbezaan anak pokok di dalam cawan A dan di dalam cawan B.b. Kenapakah anak pokok di dalam cawan B layu?c. Kenapakah anak pokok di dalam cawan plastik A hidup sihat?d. Adakah anak pokok layu disebabkan kekurangan cahaya matahari?e. Mengapa kamu kata begitu?f. Adakah kamu fikir air perlu untuk tumbuhan hidup dan sihat?12. Murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka iaitu tumbuhan memerlukan air untuk hidup.13. Murid melukis gambar mimik muka pada cawan plastik yang mengambarkan perasaan anak pokok.14. Murid berbincang apa yang perlu dilakukan untuk memastikan tumbuhan mereka hidup sihat.Pentaksiran:Murid menjawab Lembaran Kerja 1AktivitiPemulihan:Murid menjawab Lembaran Kerja 2AktivitiPengayaan:Murid menjawab Lembaran Kerja 39. Keperluan asas tumbuhan ( Udara ).Topik: HIDUP SIHATRingkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan asas tumbuhan iaitu udara.StandardKandungan:Sains Hayat3.1 Memahami keperluan asas tumbuhan.StandardPembelajaran:3.1.1 Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dancahaya matahari.3.1.2 Menaakul tentang kepentingan air, udara dan cahaya matahari kepada tumbuhan dengan menjalankan penyiasatan.3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK , penulisan atau lisan.Tempoh:60 minitSumber:40. Anak pokok.41. Plastik jernih.42. Lembaran kerja 1 = Pentaksiran.43. Lembaran kerja 2 = Pemulihan.44. Lembaran kerja 3 = Pengayaan.Aktiviti:Aktiviti 1:1.Guru berbincang dengan murid tentang keperluan asas benda hidup berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.2. Guru menjelaskan semua benda hidup bernafas.Soalan:a. Apakah benda hidup?b. Adakah benda hidup bernafas?c. Apakah yang diperlukan untuk bernafas?d. Adakah tumbuhan bernafas?Aktiviti 2:15. Guru membentuk beberapa kumpulan murid untuk menjalankan penyiasatan.16. Setiap kumpulan dibekalkan dengan anak pokok dan plastik jernih.17. Murid melabelkan anak pokok tersebut dengan A .18. Murid membalut anak pokok A dengan plastik jernih.Guru menerangkan pokok yang dibalut dengan plastik tidak mempunyai udara.19. Murid meletakkan anak pokok A di tepi tingkap dan dibiarkan selama seminggu.20. Guru meletakkan satu anak pokok yang dilabel dengan B yang tidak dibalut di tepi tingkap sebagai kawalan21. Kedua-dua anak pokok disiram setiap hari selama seminggu.22. Selepas seminggu, murid membuat pemerhatian tentang hasil penyiasatan.Contoh soalan:g. Apakah perbezaan anak pokok A dan anak pokok B?h. Kenapakah anak pokok A layu?i. Kenapakah anak pokok B hidup sihat?j.Adakah anak pokok A layu disebabkan kekurangan cahaya matahari?k. Mengapa kamu kata begitu?l. Adakah anak pokok A layu disebabkan kekurangan air?m. Mengapa kamu kata begitu?n. Kenapa kalau dibalut dengan plastik anak pokok layu?o.Adakah kamu fikir udara perlu untuk tumbuhan hidup dan sihat?23. Murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka iaitu tumbuhan memerlukan udara untuk hidup.Pentaksiran:Murid menjawab lembaran kerja 1AktivitiPemulihan:Murid menjawab lembaran kerja 2AktivitiPengayaan:Murid menjawab lembaran kerja 311. Keperluan asas tumbuhan ( Cahaya Matahari )Topik:SINARILAH HIDUPKURingkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan asas tumbuhan iaitu cahaya matahari.StandardKandungan:Sains Hayat3.1 Memahami keperluan asas tumbuhan.StandardPembelajaran:3.1.1 Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dancahaya matahari.3.1.2 Menaakul tentang kepentingan air, udara dan cahaya mataharikepada tumbuhan dengan menjalankan penyiasatan.3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK , penulisan atau lisan.Tempoh:60 minitSumber:45. Anak pokok.46. Jubin.47. Lembaran kerja 1 = Pentaksiran.48. Lembaran kerja 2 = Pemulihan.49. Lembaran kerja 3 = Pengayaan.50. Lembaran kerja 4 = Pengayaan.Aktiviti:Aktiviti 1:4. Guru membuat persediaan awal: Menutup rumput di padang dengan menggunakan jubin seminggu sebelum aktiviti dijalankan.5. Guru membawa murid ke padang.6. Guru mengalihkan jubin untuk melihat rumput di bawahnya.7. Murid menjawab soalan guru berdasarkan pemerhatian keadaan rumput.Contoh:a. Apakah yang dapat kamu perhatikan?b. Kenapakah daun rumput tersebut kuning dan yang tidak ditutup berwarna hijau?c. Kenapa rumput menjadi kuning apabila ditutup?d. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan rumput supaya tidak menjadi kuning?8. Murid menyatakan secara lisan cahaya matahari merupakan keperluan asas tumbuhan berdasarkan pemerhatian mereka.Aktiviti 2:24. Guru membentuk beberapa kumpulan murid untuk menjalankan penyiasatan.25. Setiap kumpulan dibekalkan dengan anak pokok.26. Guru meletakkan satu anak pokok di tepi tingkap sebagai kawalan.27. Murid meletakkan anak pokok di dalam almari bilik sains dan dibiarkan selama seminggu.28. Murid menyiram anak pokok tersebut setiap hari.29. Selepas seminggu, murid membuat pemerhatian tentang hasil penyiasatan.Contoh soalan:p.Apakah perbezaan pokok yang diletakkan di dalam almari dan yang diletakkan di tepi tingkap?q. Apakah warna daun pokok yang diletakkan di tepi tingkap? r. Apakah warna daun pokok yang diletakkan di dalam almari? s. Mengapa daun yang diletakkan di dalam almari berwarnakuning?t.Adakah daun pokok yang diletakkan dalam almari kuning disebabkan kekurangan air?u. Mengapa kamu kata bukan air yang menyebabkan daun pokokitu menjadi kuning?v.Jika tidak, apakah sebab daun pokok yang diletakkan dalam almari menjadi kuning?w. Adakah kamu fikir cahaya matahari perlu untuk tumbuhan?30. Murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka iaitu tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.Pentaksiran:Murid menjawab lembaran kerja 1AktivitiPemulihan:Murid menjawab lembaran kerja 2AktivitiPengayaan:Murid menjawab lembaran kerja 3 dan 412. Tumbesaran tumbuhan.Topik:KECIL JADI BESARRingkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari tumbesaran tumbuhan.StandardKandungan:Sains Hayat3.3 Memahami tumbesaran tumbuhan.StandardPembelajaran:3.3.1 Merekod perubahan yang berlaku pada tumbuhan semasa membesar dari segi pertambahan tinggi atau bilangan daun dengan menjalankan penyiasatan ke atas tumbuhan sebenar.3.3.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Tempoh:60 minitSumber:51. Anak pokok cili.52. Biji benih kacang hijau.53. Kapas.54. Cawan plastik.55. Kertas jalur berwarna.56. Lembaran kerja 1 = Pentaksiran.57. Lembaran kerja 2 = Pemulihan.58. Lembaran kerja 3 = Pemulihan.59. Lembaran kerja 4 = Pengayaan.Aktiviti:Aktiviti 11. Guru menunjukkan anak pokok cili dan bersoaljawab dengan murid.Contoh soalan:a. Adakah pokok ini hidup dan terus besar seperti seperti yang kamu lihat sekarang?b. Kalau tidak, bagaimana saiz asal pokok ini?c. Apa yang sebenarnya berlaku pada pokok ini?d. Apakah proses tersebut?Aktiviti 231. Guru membuat persediaan awal. Rendamkan beberapa biji benih kacang hijau semalaman. Semai biji benih itu di atas kapas yang lembab di dalam bikar sehingga biji benih bercambah.32. Guru membentuk beberapa kumpulan murid untuk menjalankan penyiasatan.33. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bikar yang berisi anak benih.34. Murid meletakkan bikar yang berisi anak benih di tepi tingkap dandisiram setiap hari selama seminggu.35. Murid memerhatikan tumbesaran anak benih selama seminggu dan mengukur ketinggian mengunakan jalur kertas pada hari pertama, ketiga, kelima dan ketujuh.36. Murid merekod ketinggian dengan menampal jalur kertas yang digunakan. (Lampiran 1)37. Murid berbincang mengenai tumbesaran tumbuhan.Contoh soalan;a. Adakah tumbuhan kamu mengalami tumbesaran?b. Bagaimana tumbuhan kamu mengalami tumbesaran?38. Murid menyatakan kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka iaitu tumbuhan mengalami tumbesaran.39. Guru mengakhiri pengajaran dengan satu permainan.a. Secara berkumpulan murid menjalankanpermainan ini.b. Setiap ahli kumpulan dikehendaki menutup mata masing- masing.c . Guru memberikan kepada setiap ahli kumpulan sekeping gambar yang berlainan mengenai proses tumbesarantumbuhan.d. Apabila guru meminta murid membuka mata,ahli kumpulan dikehendaki menyusun gambar tumbesaran tumbuhan mengikut susunan yang betul.e. Kumpulan yang mengambil masa yang paling singkat akan memenangipermainan tersebut.Pentaksiran:Murid menjawab lembaran kerja 1AktivitiPemulihan:Murid menjawab lembaran kerja 2 dan 3AktivitiPengayaan:Murid menjawab lembaran kerja 413. Terang dan gelap.Topik:PENYULUH HIDUPKURingkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai terang dan gelap.StandardKandungan:Sains Fizikal4.1 Menganalisis keadaan terang dan gelap.StandardPembelajaran:4.1.1 Mengenal pasti sumber cahaya seperti matahari, lampu, lampu suluh,api.4.1.2 Membezakan keadaan terang dan gelap melalui penyiasatan.4.1.4 Menaakul keperluan cahaya.4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Tempoh:60 minitSumber:60. Gambar sumber cahaya61. Kotak62. Bola ping pong63. Lampu suluh dan bateri64. Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran.65. Lembaran Kerja 3 = Pemulihan.66. Lembaran Kerja 4 = Pengayaan.Aktiviti:Aktiviti 11. Guru mendapatkan pengetahuan sedia ada murid dengan menyoal beberapa soalan berkaitan terang dan gelap.contoh :Guru : Murid-murid, sekarang ni siang atau malam? Murid : Siang cikgu.Guru : Sebab apa kamu kata siang? Murid : Sebab ada matahari cikgu.(atau sebarang jawapan murid)2. Guru meneruskan sesi perbincangan dengan murid mengenai terangdan gelap.3. Guru memperkembangkan idea murid untuk menerangkan konsepterang dan gelap.4. Guru membimbing murid membuat pengitlakan bahawa keadaan sekeliling menjadi terang apabila ada cahaya dan kegelapan berlaku kerana ketiadaan cahaya.5. Guru meminta murid menjalankan sesi percambahan idea mengenaisumber cahaya secara berpasangan.6. Setiap pasangan dikehendaki menyenaraikan sebanyak mungkinsumber cahaya pada kertas yang diberikan guru.7. Guru memperkenalkan sumber cahaya mengikut senarai yangdinyatakan dalam standard pembelajaran 4.1.1 di atas dengan bantuan gambar.8. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 berkaitan sumber cahaya.Aktiviti 21. Guru memegang sebuah kotak yang :i) dimasukkan dengan sebiji bola ping-pong yang dilekatkan pada dasar kotak dan ditutup rapat dengan pita pelekat.ii) satu sisinya telah dilubangkan mengikut saiz kepala lampu suluh.Kepala lampu suluh dimasukkan ke dalam kotak.(Nota : mentol lampu suluh tidak dinyalakan)iii) bahagian atasnya mempunyai satu lubang berukuran duit syiling50 sen.2. Guru meminta setiap pasangan murid datang ke hadapan kelas untukmelihat melalui lubang pada bahagian atas kotak.3. Guru meminta murid menamakan benda yang terdapat di dalam kotaktersebut. (mentol lampu suluh tidak dinyalakan).4. Guru menekan suiz lampu suluh dan murid diminta melihat sekali lagimelalui lubang tersebut.5. Guru meminta murid menamakan benda yang terdapat di dalam kotak tersebut (mentol lampu suluh dinyalakan).6. Guru meminta murid membuat penaakulan mengapa bola ping pongadapat dilihat apabila lampu suluh dinyalakan.7. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa cahaya diperlukan untuk membolehkan manusia dan haiwan melihat benda- benda di sekeliling.Pentaksiran:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2.AktivitiPemulihan:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3.AktivitiPengayaan:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 4.14. Bayang-bayang.Topik: EHHHMACAM SAMALAH!Ringkasan:Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai bagaimana bayang- bayang terhasil dan mencipta permainan bayang-bayang untuk aktiviti kreativiti merentas kurikulum.StandardKandungan:Sains Fizikal4.1 Menganalisis keadaan terang dan gelap.4.2 Mengaplikasi pengetahuan tentang bayang-bayang.StandardPembelajaran:4.1.2 Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti.4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.4.2.1 Mencipta permainan bayang-bayang seperti wayang kulit.Tempoh:90 minitSumber:67. Klip video 'The magic of shadow'.68. Kad tebal69. Gam70. Gunting71. Lidi sate72. Payung73. Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran.74. Lembaran Kerja 3 = Pemulihan.75. Lembaran Kerja 4 = Pengayaan.Aktiviti:Aktiviti 11. Guru meminta murid-murid memejamkan mata dan diminta menghayati cerita guru berkaitan 'Seperti anjing dengan bayang-bayang'.2. Guru meminta murid membuka mata apabila cerita tersebut selesai diperdengarkan dan mendapatkan beberapa jawapan dari murid berdasarkan cerita tersebut.contoh :Guru : Murid-murid, apakah sebabnya tulang lembu itu terjatuh ke dalam air?Murid : Anjing itu buka mulut, cikgu.Guru : Sebab apa dia buka mulut?Murid : Sebab nak dapatkan tulang yang lain, cikgu.(atau sebarang jawapan murid)3. Guru meneruskan sesi perbincangan dengan murid sehinggalah muridtahu mengenai perkataan 'bayang-bayang'.4. Guru memperkembangkan pengetahuan murid dengan menerangkanbagaimana bayang-bayang dihasilkan dan mengaitkannya dengancerita 'Seperti anjing dengan bayang-bayang' tadi.5. Guru membimbing murid membuat pengitlakan bahawa bayang-bayangterbentuk apabila ada cahaya yang dihalang oleh sesuatu benda.Aktiviti 21. Guru menayangkan satu klip video yang menunjukkan bayang-bayangterbentuk apabila cahaya dihalang.(Klip video disediakan dalam CD yang disertakan)2. Guru memilih seorang murid untuk menyuluh dinding berwarna putihmenggunakan sebuah lampu suluh.3. Seorang murid lain diminta untuk meletakkan tangan mereka dihadapan lampu suluh tersebut untuk menghasilkan bayang-bayangpada dinding.4. Guru menyoal murid berkaitan kedudukan bayang-bayang yangterbentuk sama ada di hadapan atau di belakang tangan mereka.5. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa bayang-bayang terbentuk di belakang objek yang menghalang cahaya.6. Murid tersebut diarahkan untuk mengubah kedudukan tangannyamenjauhi dan mendekati lampu suluh (dalam keadaan masih menghalang cahaya) untuk melihat perubahan yang berlaku kepadabayang-bayang pada skrin.7. Guru meminta murid menyatakan secara lisan perubahan yang dapatdilihat kepada bayang-bayang tersebut apabila kedudukan tangan diubah menjauhi dan mendekati lampu suluh.Aktiviti 31. Guru memberikan murid sekeping kad tebal dan sebatang lidi sate.2. Guru mengarahkan murid melukis gambar kepala sama ada kepalamanusia atau haiwan mengikut kreativiti masing-masing.3. Guru meminta murid menggunting lukisan mereka mengikut bentukkepala.4. Guru meminta murid melubangkan bahagian mata, lubang hidung danmulut pada 'kepala' yang dihasilkan mereka.5. Guru meminta murid melekatkan satu hujung lidi sate ke bahagian belakang 'kepala' tersebut.6. Guru meminta murid membawa hasil kerja mereka ke luar bilikdarjah untuk menjalankan aktiviti wayang kulit.Aktiviti 41. Guru meminta murid keluar dari bilik darjah dan mencari kawasan yang boleh menerima cahaya matahari secara terus.2. Guru menggunakan sebatang payung untuk menunjukkan bagaimana bayang-bayang boleh terbentuk apabila payung tersebut menghalang cahaya matahari.3. Guru memberi peluang kepada setiap murid untuk menggunakan payungtersebut dan menghasilkan bayang-bayang mengikut kreativitimereka sendiri.4. Guru mengarahkan murid menggunakan hasil kerja mereka untukaktiviti wayang kulit menggunakan cahaya matahari sebagai sumber cahaya.5. Guru membuat kesimpulan bahawa selain matahari, murid juga bolehmenggunakan cahaya lampu suluh atau lampu untuk mereka menjayakan permainan wayang kulit di rumah masing-masing dengan menggunakan dinding rumah atau kain putih sebagai skrin untuk melihat bentuk bayang-bayang yang dapat dihasilkan.Pentaksiran:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1.AktivitiPemulihan:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 2.AktivitiPengayaan:1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3.Cara haiwan membiak.MatapelajaranDunia Sains dan TeknologiTahun 2 ArifKelasMasa60 minitStandard Pembelajaran2.3.1 ,2.3.2Objektif PembelajaranPada akhir pembelajaran , murid bolehi.Menyatakan cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur.ii. Mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan.Aktiviti P&P1. Guru membawa kotak hitam yang berisi 3 biji telur ( telurayam,telur burung puyuh dan telur itik ).2. Murid mengenalpasti jenis telur yang dipegang oleh rakan mereka.3. Guru menerangkan kepada murid cara haiwan membiakmelalui perisian persembahan (MS Powerpoint).4. Murid seret dan sisip (drag and drop) gambar haiwan yang bertelur dan yang melahirkan anak dalam perisian yang telah disediakan . (TMK)5. Murid membuat anak patung dari kelongsong telur. (kreativiti).6. Murid membuat lembaran kerja yang diberikan.EMKTMK , kreativitiBahan Bantu MengajarTelur ayam,telur burung puyuh,telur itikPersembahan powerpoint Lembaran kerja Kelongsong telurPenilaian P&P1.Murid menyiapkan lembaran kerja.Refleksi-25 orang murid boleh menyatakan cara haiwan membiak dan mengelaskan mengikut cara pembiakan haiwan-3 orang murid boleh menyatakan cara haiwan membiak tetapi tidak dapat mengelaskan haiwan mengikut cara pembiakan dengan tepat.Guru membantu 3 orang murid tersebut.Perincian Aktiviti P&P1. Guru membawa kotak hitam yang berisi 3 biji telur ( telurayam,telur burung puyuh dan telur itik).v Guru meminta murid meneka benda yang terdapat di dalam kotak hitam itu.v Murid memberikan jawapan secara rawak2. Guru meminta 3 orang murid untuk mengambil benda (telur ) dari dalam kotak dan menunjukkan kepada murid murid yang lain.3. Guru bertanya kepada murid apa benda yang mereka ambil itu. ( Guru terima semua jawapan murid).4. Murid menamakan telur-telur yang telah diambil oleh 3 orangmurid iaitu telur ayam, telur burung puyuh dan telur itik.5. Guru menerangkan kepada murid cara haiwan membiak iaitu bertelur dan melahirkan anak menerusi perisisan persembahan. (MS Powerpoint).6. Murid menjawab soalan guru mengenai cara haiwan membiakberdasarkan persembahan PP7. Murid menamakan haiwan yang bertelur dn yang melahirkan anak.8. Guru memaparkan gambar haiwan yang bertelur dan yang melahirkan anak.9. Murid drag and dropgambar haiwan yang bertelur dan yangmelahirkan anak.10. Guru memanggil beberapa orang murid untuk melakukanaktiviti drag and drop.11. Murid membuat anak patung dari kelongsong telur.12. Guru menunjukkan cara membuat anak patung daripada kelongsong telur.13. Murid membuat anak patung mengikut kreativiti masing masing14. Murid membuat lembaran kerja yang diberikan.15. Guru mengimbas kembali sebelum mengakhiri P&P pada hari ini.Cara haiwan bergerakMata Pelajaran & Kelas:Dunia Sains dan Teknologi / Tahun DuaTema /Topik:Sains Hayat / HaiwanMasa:2 Waktu ( 60 minit )Standard Pembelajaran:2.4.1 , 2.4.2Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:l. menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berlari,berenang, terbang, berjalan dan melompat.ll. menunjukkan simulasi bagaimana haiwan itu bergerak.Aktiviti P&P:1. Murid-murid menyanyikan lagu Katak Lompat bersamaguru berpandukan lirik yang dipaparkan di skrin.2. Guru bertanya kepada murid apakah pergerakan haiwan dalam lagu yang dinyanyikan tadi.Cth :Cikgu : Intan, apakah pergerakan yang dilakukan dalam lagu yang dinyanyikan tadi?Intan : Katak melompat, cikgu.3. Guru menjelaskan bahawa katak bergerak dengan cara melompat dan berenang.4. Guru memaparkan gambar haiwan seperti kucing, kanggaru, ikan, burung dan kuda belang.5. Guru bertanyakan nama dan pergerakan haiwan yang dipaparkan.6. Murid melihat gambar haiwan yang dipaparkan danmenamakan haiwan tersebut serta pergerakannya.7. Guru membahagikan murid dalam 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan pergerakan yang berbeza.Kumpulan 1 - berjalan Kumpulan 2 - melompat Kumpulan 3 - berenang Kumpulan 4 - terbang Kumpulan 5 - berlari8. Murid melakukan simulasi berdasarkan pergerakan yangdiberikan.9. Guru menyebut beberapa nama haiwan lain dan murid- murid diminta melakukan simulasi cara haiwan tersebutbergerak.Contoh : gajah, tikus, kelawar, penyu10. Guru menjalankan permainan kotak beracun.EMK:1. TMK menggunakan perisian MS PowerPoint2. Kreatif pergerakan yang dilakukan oleh murid-muridBahan Bantu Belajar:Powerpoint, kotak beracun, radioPenilaian P&P:Lembaran kerja (modul pembelajaran ) m/s 55.Refleksi:25 orang murid mencapai objektif p&p. 5 orang muriddibimbing guru untuk melakukan pergerakan haiwan tersebut.Perincian Aktiviti p&p: 1. Murid-murid didedahkan dengan pelbagai pergerakan haiwan seperti berjalan, melompat, berenang, terbang, berlari2. Setiap kumpulan murid terdiri daripada 6 orang murid.Sumber-sumber cahaya.Mata Pelajaran & Kelas:Dunia Sains dan Teknologi ( thn 2)Tema /Topik:Sains FizikalMasa:60 minitStandard Pembelajaran:4.1.1Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:1. Menyatakan sumber-sumber cahaya seperti matahari,lampu , lampu suluh dan api.Aktiviti P&P:1. Murid membezakan keadaan terang dan gelap apabila suislampu dibuka dan ditutup.2. Dalam kumpulan, murid menyenaraikan sumber-sumbercahaya dan wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan.3. Murid menyambungkan keratan gambar sumber cahaya dan menamakan sumber cahaya tersebut melalui aktiviti Permainan Jigsaw Puzzle.EMK:1. Elemen kreativiti : Mempersembahkan idea untuk menjelaskanfenomena melalui pelbagai kaedah dan bentuk komunikasi.Bahan Bantu Belajar:1. Keratan gambar sumber cahaya2. Gambar sumber cahaya3. Lembaran kerjaPenilaian P&P:1. Pemerhatian2. Lembaran kerjaRefleksi:ii. 35 orang murid boleh menyatakan sumber-sumbercahaya.iii.5 orang murid akan dibimbing oleh guru melalui aktiviti pemulihan.Perincian Aktiviti p&p: Sebelum guru memulakan p/p , sila pastikan guru menggunakan bilik yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini.Aktiviti 11.Guru mendapatkan pengetahuan sedia ada murid dengan menyoal beberapa soalan berkaitan terang dan gelap. Contoh :Situasi: Guru menutup suis lampu. Guru : Apa yang sedang kamu rasai? Murid: Takut, gelapGuru : Bolehkah kamu melihat rakan-rakan kamu?Murid : Tidak boleh.Guru : Mengapa kamu tidak boleh melihatrakan-rakan kamu ?Murid : Gelap.Guru : Apakah yang patut kita lakukan untukmelihat rakan-rakan anda semula ? Murid : Membuka suis lampu.2. Guru membuka semula suis lampu dan bersoaljawab dengan murid.Guru : Apakah yang kamu rasai sekarang?Murid : TerangGuru : Bolehkah kamu melihat rakan sekeliling ?Murid : Boleh.Guru : Mengapa kamu boleh melihat rakan kamusemula ?Murid : Kerana ada cahaya.3. Guru memperkembangkan idea murid untuk menerangkankonsep terang dan gelap.4. Guru membimbing murid membuat pengitlakan bahawa keadaan sekeliling menjadi terang apabila ada cahaya dan kegelapan berlaku kerana ketiadaan cahaya.Aktiviti 2 Aktiviti kumpulan.1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.2. Murid menjalankan sesi percambahan idea mengenai punca dan sumber cahaya secara berkumpulan.3. Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan sebanyak mungkin sumber cahaya pada kertas yang diberikan guru.4. Murid membacakan senarai sumber cahaya yang didapatidaripada perbincangan kumpulan.Aktiviti 3 Permainan Jigsaw Puzzle.1. Murid menyambung keratan-keratan kecil gambar sumbercahaya.2. Murid menamakan sumber cahaya tersebut.3. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh guru pada mukasurat 94 modul pembelajaran.4. Guru membincangkan jawapan bersama dengan murid untukmengetahui tahap pencapaian murid.5. Guru dan murid membuat rumusan tentang sumber-sumber cahaya.Sumber-sumber cahaya.Mata Pelajaran & Kelas:Dunia Sains dan Teknologi ( thn 2)Tema /Topik:Sains FizikalMasa:60 minitStandard Pembelajaran:4.1.1Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:2. Menyatakan empat jenis sumber-sumber cahaya.Aktiviti P&P:4. Murid membezakan keadaan terang dan gelap apabila suislampu dibuka dan ditutup.5. Dalam kumpulan, murid menyenaraikan sumber-sumber cahaya dan wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan.6. Murid menyambungkan keratan gambar sumber cahaya dan menamakan sumber cahaya tersebut melalui aktiviti Permainan Jigsaw Puzzle.EMK:KreativitiBahan Bantu Belajar:4. Keratan gambar sumber cahaya5. Gambar sumber cahaya6. Lembaran kerjaPenilaian P&P:3. Pemerhatian4. Lembaran kerjaRefleksi:iv. 35 orang murid boleh menyatakan sumber-sumbercahaya.v.5 orang murid akan dibimbing oleh guru melalui aktiviti pemulihan.Perincian Aktiviti p&p:Sebelum guru memulakan p/p , sila pastikan guru menggunakanbilik yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini.Aktiviti 15. Guru mendapatkan pengetahuan sedia ada murid denganmenyoal beberapa soalan berkaitan terang dan gelap.Contoh :Situasi: Guru menutup suis lampu. Guru : Apa yang sedang kamu rasai?Murid: Takut, gelapGuru : Bolehkah kamu melihat rakan-rakan kamu?Murid : Tidak boleh.Guru : Mengapa kamu tidak boleh melihatrakan-rakan kamu ?Murid : Gelap.Guru : Apakah yang patut kita lakukan untukmelihat rakan-rakan anda semula ? Murid : Membuka suis lampu.6. Guru membuka semula suis lampu dan bersoaljawab denganmurid.Guru : Apakah yang kamu rasai sekarang?Murid : TerangGuru : Bolehkah kamu melihat rakan sekeliling ?Murid : Boleh.Guru : Mengapa kamu boleh melihat rakan kamu semula ?Murid : Kerana ada cahaya.7. Guru memperkembangkan idea murid untuk menerangkankonsep terang dan gelap.8. Guru membimbing murid membuat pengitlakan bahawa keadaan sekeliling menjadi terang apabila ada cahaya dan kegelapan berlaku kerana ketiadaan cahaya.Aktiviti 2 Aktiviti kumpulan.5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.6. Murid menjalankan sesi percambahan idea mengenai punca dan sumber cahaya secara berkumpulan.7. Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan sebanyakmungkin sumber cahaya pada kertas yang diberikan guru.8. Murid membacakan senarai sumber cahaya yang didapati daripada perbincangan kumpulan.Aktiviti 3 Permainan Jigsaw Puzzle.6. Murid menyambung keratan-keratan kecil gambar sumber cahaya.7. Murid menamakan sumber cahaya tersebut.8. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh guru pada mukasurat 94 modul pembelajaran.9. Guru membincangkan jawapan bersama dengan murid untukmengetahui tahap pencapaian murid.10. Guru dan murid membuat rumusan tentang sumber-sumber cahaya.