reinforcement peneguhan

48
Reinforcement Peneguhan Oleh: Nor Anisa Bt. Musa

Upload: nor-anisa-musa

Post on 18-Jun-2015

1.207 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Reinforcement Peneguhan

ReinforcementPeneguhan

Oleh: Nor Anisa Bt. Musa

Page 2: Reinforcement Peneguhan

Peneguhan

• Contoh:-

• Kucing yang kelaparan yang menekan kunci pintu (lever) dan berjaya mendapatkan makanan akan mengulang tingkahlaku itu dengan harapan mendapat makanan.

Page 3: Reinforcement Peneguhan

Peneguhan

• Kucing yang biasa diletakkan di dalam sangkar berserta makanan di luar terbiasa dengan perlakuan melepaskan diri dan semakin lama akan semakin cekap membuka kunci.

• Mendapatkan makanan adalah kesan dari tingkahlaku dan memperkukuhkan lagi tindakannya membuka kunci sangkar.

Page 4: Reinforcement Peneguhan

Peneguhan

• Selain itu, B. F. Skinner menjalankan eksperimen melibatkan tikus dan burung merpati.

• Untuk pertama kali, tikus akan merayap-rayap di dalam kotaknya dengan menghidu, memanjat dan bertunjit. Apabila tikus terpijak kunci, secara automatik makanan akan terkeluar.

• Tingkah laku ini iaitu press lever akan kukuh, berterusan dan terbiasa kerana ia berlaku dengan berkesan dan cepat kerana dapat makanan dengan segera.

Page 5: Reinforcement Peneguhan

Peneguhan

• Contoh eksperimen thorndike dan Skinner menggambarkan prinsip peneguhan yang jelas.

• Apabila kesan tingkahlaku memberikan keseronokan atau faedah kepada kehidupan binatang tersebut, perlakuan itu akan terus berlaku dalam keadaan yang sama.

Page 6: Reinforcement Peneguhan

Peneguhan

• Peneguhan juga merupakan proses semula jadi kepada manusia.

• Ia berlaku kesan daripada interaksi harian dengan persekitaran sosial dan fizikal.

• Peneguhan juga boleh dirancangkan untuk program memodifikasikan tingkahlaku seseorang dengan cara mengubah tingkah laku manusia tersebut.

Page 7: Reinforcement Peneguhan

Definisi Peneguhan

• Merupakan tingkahlaku tertentu yang hadir diikuti dengan kesan dan tindak balas yang cepat.

• Apabila tindakbalas semakin teguh seseorang akan lebih terbiasa dengan perlakuan tersebut pada masa akan datang.

Page 8: Reinforcement Peneguhan

Defining Reinforcement

• Tindakbalas yang dikuatkan melalui proses peneguhan dikenali sebagai tingkah laku operan (operant behaviour).

• TL operan bertindakbalas dengan persekitaran dan menghasilkan kesan. Kesan tersebut akan menguasai tingkahlaku seseorang dan berlaku lagi tingkahlaku yang sama pada masa akan datang. Ia merupakan keberkesanan yang cepat.

• Keberkesanan yang menguatkan lagi TL operan dianggap sebagai peneguh/ penguat/ sokongan.

Page 9: Reinforcement Peneguhan

Reinforcer

• Contohnya: seorang kanak-kanak menangis pada waktu malam apabila ibunya letak di katil. Menangis adalah (TL operan). Sokongan yang membuatkan kanak-kanak tersebut menangis ialah perhatian ibunya. Oleh kerana menangis pada waktu malam membuatkan ibunya cepat memujuknya, ia merupakan suatu tindakan berkesan yang cepat. Tingkah laku kanak-kanak tersebut semakin teguh dengan menangis. Dia akan lebih selalu menangis pada waktu malam di masa hadapan.

Page 10: Reinforcement Peneguhan

Peneguhan

• Semakin kuat kesan tingkah laku seseorang, semakin kuat kadar tingkah lakunya sepanjang masa.

• Selain faktor tempoh/ masa (duration) yang mempengaruhi tingkahlaku seseorang menjadi teguh, faktor kekuatan emosi (intensity) juga berperanan dalam peneguhan.

Page 11: Reinforcement Peneguhan

Kesan perhatian Nonverbal• Contohnya, guru memberi perhatian

dengan senyuman apabila 3 orang murid memberi tumpuan terhadap pengajarannya. Perhatian daripada guru tersebut merupakan peneguhan kepada murid, dan kesannya semua murid di kelas akan lebih banyak memberi tumpuan terhadap pengajaran.

• Tetapi apabila guru tidak belajar tingkahlaku yang murid ingini, peratus kelakuan murid semakin berkurangan.

Page 12: Reinforcement Peneguhan

Peneguhan Positif

• Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif.

Page 13: Reinforcement Peneguhan

Peneguhan Negatif

• Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif. Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif.

Page 14: Reinforcement Peneguhan

Contoh peneguhan negatif

• Ibu akan akan membelikan gula2 untuk anaknya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya merengek.

• Kesannya ibu seperti biasa akan belikan anaknya gula2 bila dia mengacau di pasaraya.

Page 15: Reinforcement Peneguhan

Contoh peneguhan positif

• Apabila anak mengacau di pasar raya, dengan segera ibunya memberinya gula-gula

• Kesannya, anak akan terbiasa mengacau di pasar raya pada masa akan datang.

Page 16: Reinforcement Peneguhan

Premark Principle

• Prinsip Premack juga merupakan satu aspek yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati. Ia bertujuan untuk mengukuhkan tingkah laku murid terhadap aktiviti yang kurang diminati.

• Sebagai contoh, seorang anak dibenarkan bermain dengan kawannya sekiranya dia berjaya menghabiskan tugasan yang diberikan oleh gurunya. Mengikut prinsip ini, ibubapa boleh menyelang- seli saranan yang menarik untuk anaknya bermain dengan kawannya dengan saranan yang kurang menarik untuk menyiapkan kerja sekolahnya.

Page 17: Reinforcement Peneguhan

Escape and Avoidance• Penghindaran (melarikan diri) dan

pengelakkan.

• Penghindaran berlaku apabila terdapat ransangan yang tidak disukai, dibenci atau menyakitkan (aversive stimulus). Tingkahlaku tersebut akan teguh

• Pengelakan pula berlaku apabila individu telah merasai kesan atau mengetahui kesan tersebut akan mendatangkan aversive stimulus. Tingkahlaku tersebut akan menjadi teguh.

Page 18: Reinforcement Peneguhan

Escape

• Contohnya: apabila butang kejutan elektrik dipijak oleh tikus, tikus akan cepat melompat ke tempat lain. Tingkah laku tikus melarikan diri adalah penghindaran daripada kejutan tersebut.

• Pada masa akan datang tikus akan melompat apabila menerima kejutan elektrik.

Page 19: Reinforcement Peneguhan

Avoidance

• Apabila penggera berbunyi, tikus terus melompat ke tempat lain untuk mengelakkan kejutan elektrik.

• Tikus akan melompat ke tempat lain pada masa hadapan setiap kali penggera berbunyi.

Page 20: Reinforcement Peneguhan

Peneguhan tidak terlazim (unconditioned reinforcers)

• Contoh: makanan, air, simulasi sex adalah peneguhan positif yang semulajadi kerana ia menyumbang kepada kehidupan individu untuk terus hidup.

• Pengelakan daripada sakit seperti panas, sejuk atau tidak selesa pula merupakan peneguhan negatif yang semula jadi. Pengelakan ini juga meyumbang kepada kehidupan manusia untuk terus hidup.

Page 21: Reinforcement Peneguhan

Peneguhan tidak terlazim (unconditioned reinforcers)

• Peneguhan semula jadi ini juga dikenali sebagai peneguhan tidak terlazim.

• Ia merupakan peneguhan yang utama (primary reinforcers) iaitu pengukuh yang memuaskan kehendak asas individu cth: makanan untuk mengatasi kelaparan.

• Peneguhan utama ini mempunyai kepentingan biologikal

Page 22: Reinforcement Peneguhan

Peneguhan terlazim (conditioned reinforcers)

• Juga merupakan peneguh atau pengukuh sekunder

• Peneguhan atau ransangan yang boleh digunakan untuk memuaskan kehendak asas • Ia suatu ransangan yang tidak membantu dan bukan berfungsi sebagai pengukuh atau tidak

mempengaruhi sesuatu tingkah laku.• Tetapi ia akan jadi pengukuh jika digandingkan dengan ransangan tidak lazim atau ransangan

lazim yang telah sedia ada.

Page 23: Reinforcement Peneguhan

Gandingan dengan ransangan tidak lazim

• Contohnya: perhatian ibu bapa adalah peneguhan lazim untuk kebanyakan kanak-kanak kerana perhatian biasanya disertai dengan pemberian makanan, kemesraan dalam kehidupan kanak-kanak.

• Selain itu wang merupakan ransangan lazim kerana digandingkan dengan makanan iaitu dengan membeli makanan.

Page 24: Reinforcement Peneguhan

Gandingan dengan ransangan lazim yang sedia ada.

• Contohnya: pelatih mengajar dolphin membuat pertunjukan di kolam dengan menggunakan hand-held clicker untuk memberi latihan pengukuhan terhadap tingkah laku dolphin

• Proses awal, pelatih menggunakan ikan sebagai reinforcer atau ransangan dan digandingkan dengan bunyian clicker lantas diberi ikan untuk dimakan.

• Akhirnya bunyian tersebut menjadi ransangan yang lazim.

Page 25: Reinforcement Peneguhan

Gandingan dengan ransangan lazim yang sedia ada.

• Kemudian pelatih sekali-sekala menggandingkan bunyi dengan ransangan tidak lazim (ikan). Oleh itu, clicking sound akan terus berlaku sebagai peneguhan lazim.

• Apabila peneguhan/ pengukuh lazim iaitu conditioned reinforcers digandingkan dengan pelbagai perkara pengukuhan atau pelbagai ransangan ia dipanggil sebagai generalized conditioned reinforcers

Page 26: Reinforcement Peneguhan

Faktor yang mempengaruhi keberkesanan peneguhan

• Immediacy –kesegeraan

• Keberkesanan perlu berlaku segera sebaik sahaja terdapat rangsangan tingkahlaku.

• Semakin lama tertangguh respon antara ransangan dan keberkesanan, ia akan jadi semakin lemah dan kesannya kurang berkesan.

Page 27: Reinforcement Peneguhan

Contoh immediacy

• Apabila kita bercakap dengan seseorang, kita biasanya akan dapat tindak balas dengan segera seperti, anggukan, senyuman, ia bermakna memberi peneguhan pada kata-katanya.

• Tetapi, jika seseorang membuat lawak, dan tiada seorang pun ketawa, pada masa hadapan dia tidak mengulangi perbuatannya.

Page 28: Reinforcement Peneguhan

Contingency

• Jika sesuatu ransangan itu berterusan dan diikuti dengan kesan yang cepat, kesan itu merupakan pengukuhan.

• Apabila ada ransangan tetapi kesannya kadang-kadang berlaku dan kadang-kadang tidak, atau keadaan yang tidak pasti dan tidak boleh dijangkakan, ia dipanggil sebagai contingency.

• Walaubagaimana pun kesannya tetap memberi ransangan atau tindakbalas. Ia merupakan suatu peneguhan.

Page 29: Reinforcement Peneguhan

Contoh contingency

• Setiap kali memutar kunci, kereta akan hidup. Tingkah laku memutar kunci menjadi kukuh kerana enjin kereta hidup.

• Dan, jika kadang kala enjin hidup dan kadang kala tidak, atau tidak memutar kunci tapi enjin hidup, ini akan menunjukkan tingkah laku memutar kunci seseorang tidak terlalu teguh (kecewa/ malas mencuba lagi)

• Tetapi, dia tetap akan mengulangi perbuatan memutar kunci dan tahu keadaan akan consistent sama ada enjin hidup atau tidak kerana tetap ingin mencuba.

• Dengan kata lain, tingkah laku akan menjadi kuat apabila berlaku suatu keadaan yang tidak dapat dijangkakan.

Page 30: Reinforcement Peneguhan

Establishing operations

• Sesetengah keadaan boleh membuatkan satu-satu kesan menjadi lebih kuat.

• Contohnya makanan jadi sokongan yang kuat bagi individu yang belum makan dari individu yang baru sahaja selesai makan. Begitu juga air menjadi sokongan yang kuat bagi individu yang tidak minum sepanjang hari daripada individu yang baru sahaja menghabiskan segelas air.

Page 31: Reinforcement Peneguhan

Establishing operations

• Keadaan-keadaan ini yang menukarkan pentaksiran ‘ransangan’ kepada ‘sokongan’ (reinforcer) di panggil sebagai establishing operations.

• Dengan kata lain ia adalah suatu operasi di mana ‘kesan’ dikukuhkan dengan ‘sokongan’ dalam satu-satu masa atau keadaan dan sekali gus menjadikan sesuatu tingkah laku itu berlaku.

Page 32: Reinforcement Peneguhan

Establishing operationsDeprivation

• Deprivation atau ‘kehilangan’ adalah jenis operasi penguat yang memberi kesan kepada kebanyakan peneguhan tidak lazim dan beberapa peneguhan lazim.

• Contohnya: perhatian merupakan sokongan yang sangat kuat bagi kanak-kanak yang tidak merasainya pada jangka masa yang lama.

Page 33: Reinforcement Peneguhan

Establishing operationsSatiation

• Suatu keadaan akan semakin lenyap kekuatan ransangannya jika individu telah puas memperolehinya, atau terlalu banyak yang diterimanya.

• Contohnya: muzik kegemaran seseorang akan kurang meransangnya untuk didengari kerana dia telah mendengarnya selama 5 jam.

Page 34: Reinforcement Peneguhan

Satiation• Bagaimana pun, ‘operasi penguat’ akan

berfungsi jika terdapat ransangan baru.

• Contohnya: duit syiling tidak terlalu merangsang kebanyakan orang untuk memilikinya. Tetapi jika anda diberitahu duit syiling semakin berkurangan dan nilainya semakin meningkat, ia akan merangsang ramai orang untuk mengumpulnya.

Page 35: Reinforcement Peneguhan

Negative reinforcement• Establishing operations juga

mempengaruhi keberkesanan terhadap peneguhan negatif.

• Apabila sesuatu ransangan itu tidak disukai, penghindaran dan pengelakan akan berlaku.

• Contohnya, jika kita pening kepala kerana mendengar muzik yang kuat iaitu merupakan ‘establishing operations’ , tingkahlaku menutup radio lebih teguh merangsang untuk mengelak pening.

Page 36: Reinforcement Peneguhan

Ciri-ciri / karektor keberkesanan

• Amount of intensity – ia bergantung kepada kekuatan emosi individu.

• Contohnya: kita akan lebih kuat bertindak untuk mengelakkan diri tatkala terjadinya kebakaran dalam bangunan daripada mengelakkan diri kerana panas matahari.

• Semakin kuat ransangan menguasai perasaan, semakin semakin berkesan tindakbalas seseorang.

Page 37: Reinforcement Peneguhan

Jadual Peneguhan (Schedule of Reinforcement)

• Berdasarkan kajian menggunakan tikus dan burung merpati, Skinner dapati bahawa cara peneguhan diberi boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Apakah hubungan di antara cara peneguhan diberikan dan gerak balas atau pembelajaran? Jadual Peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mencadangkan dua cara peneguhan, iaitul Peneguhan Berterusan (Continuous Reinforcement) dan Peneguhan Berkala (Variable Reinforcement).

Burrhus F. Skinner  

1904 - 1990

Page 38: Reinforcement Peneguhan

Continuous reinforcement schedule & intermittent reinforcement schedule

• Peneguhan Berterusan: Setiap kali sesuatu gerak balas dihasilkan, organisme menerima ganjaran atau peneguhan.

• Peneguhan Berkala: Ganjaran atau peneguhan diberi menurut kekerapan tertentu atau masa tertentu. Misalnya; ganjaran diberi menurut nisbah atau ganjaran menurut masa.

Page 39: Reinforcement Peneguhan

Fixed ratio

• Menurut Nisbah• a) Nibah tetap ('fixed ratio') ialah apabila

peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas berlaku. Contohnya: nisbah 20:1 ialah setiap 20 gerak balas berlaku, 1 peneguhan berikan.

• Contohnya: Paul seorang pesakit mental yang bekerja di sebuah kilang pembungkusan akan menerima token/kupon setiap kali dia dapat mengangkat 20 barang dari conveyor belt. Lebih banyak barang, lebih banyak token yang diterima untuk dia membeli makanan.

Page 40: Reinforcement Peneguhan

Variable ratio• b) Nisbah berubah ('variable ratio') ialah

apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas wujud tetapi kadarnya tidak tetap. Contohnya, kadang kala nisbahnya ialah 20:1 dan dalam keadaan lain nisbahnya ialah 10:1.

• Contohnya peniaga yang menggunakan telefon untuk menjual barangnya. Semakin ramai yang ditelefon semakin banyak jualan yang boleh dijangkakan.

Page 41: Reinforcement Peneguhan

Fixed interval• Menurut Masa• a) Masa tetap ('fixed interval') ialah tidak kira

berapa banyak pun ransangan, gerakbalas akan berlaku ikut masa yang ditetapkan. Jika belum sampai masanya, gerakbalas tidak akan berlaku Jika masa yang ditetapkan ialah 1 minit; peneguhan diberikan kepada gerak balas yang wujud selepas 1 minit.

• Contohnya: Paul akan menerima token selepas 30 minit mengangkat barang. Kebiasaannya peneguhan akan diberikan pada akhir masa yang ditetapkan. Tingkahlakunya jadi semakin rajin di saat hampir 30 minit.

Page 42: Reinforcement Peneguhan

Fixed interval

• Fixed interval kebiasaannya sesuai digunakan dalam tingkahlaku pengajaran atau program latihan. Kerana ia merupakan suatu pengukuran yang mantap dan sesuai.

• Sebagai contoh, mengikut nisbah, Paul belajar lebih banyak membungkus untuk mendapatkan lebih banyak token.

• Mengikut masa, Paul belajar membungkus ikut masa yang ditetapkan.

Page 43: Reinforcement Peneguhan

Variable interval

• b) Masa berubah ('variable interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang ditetapkan tetapi masa yang ditetapkan berbeza mengikut gerak balas yang wujud.

• Dengan kata lain, kadang-kala jika masa ransangan lebih 30 minit, barulah berlaku gerakbalas. Atau, masa ransangan kurang daripada yang ditetapkan, gerak balas sudah pun berlaku.

Page 44: Reinforcement Peneguhan

Variable interval• Contohnya: supervisor akan datang

memeriksa kerja Paul dalam lingkungan sekitar 30 minit tetapi waktunya tidak menentu iaitu selepas 5 minit, 22 minit, 36 minit, 45 minit. Dia akan memberi Paul token setiap kali memeriksa.

• Paul akan lebih banyak membungkus jika seringkali diperiksa, dan akan semakin lambat jika masa yang ditunggu semakin lama. Masa 30 minit yang sepatutnya perlu diikuti tidak memberi kesan apa-apa kerana waktu memberi token tidak tetap.

Page 45: Reinforcement Peneguhan
Page 46: Reinforcement Peneguhan

Pelbagai dimensi tingkahlaku• Terdapat peneguhan dari pelbagai jenis

dimensi ukuran terhadap tingkah laku seperti tempoh masa, kekuatan emosi, atau kebolehan yang terpendam.

• Contoh masa, seorang kanak-kanak akan hanya dibenarkan keluar bermain jika dia menyiapkan kerja sekolahnya dalam masa setengah jam. Kanak-kanak tersebut akan menyiapkan kerjanya dalam masa yang ditetapkan. Tingkahlaku mengejar masa berlaku.

Page 47: Reinforcement Peneguhan

Pelbagai dimensi tingkahlaku

• Intensity – apabila seseorang tidak dapat masuk kerana pintu tidak dapat dibuka pada musim sejuk, tingkah laku menolak pintu akan lebih teguh untuk menolak dengan lebih kuat lagi kerana kekuatan emosi meningkat.

• Latency – kanak-kanak menerima ransangan dengan diperintah untuk menurut arahan secepat mungkin oleh ibubapanya akan cepat memberi tindakbalas sebagai respon.

Page 48: Reinforcement Peneguhan

Concurrent schedule of reinforcement

• Ia merupakan ransangan yang berlaku dalam keadaan serentak untuk mendapatkan kesan yang lebih.

• Contohnya: terdapat dua peluang pekerjaan yang sama bayarannya iaitu RM10 sejam. Rayford akan melihat faktor yang lebih menarik tentang dua pekerjaan tersebut. Dia mengambil keputusan untuk memilih pekerjaan yang lebih mudah dilakukan.