refleksi bengkel akademik

Upload: vijaya-boominathan

Post on 06-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rba.ref

TRANSCRIPT

8. Tulis refleksi berkaitan bengkel penulisan akedemik& dan penulis refleksi hadiri.

Refleksi daripada bengkel penulisan akademik yang dijalankan pada petang ini dapat membuka minda dan fikiran saya tentang ilmu menulis refleksi. Sebelum menghadiri bengkel menulis refleksi ini saya tidak mempunyai buah fikiran tentang bagaimanakah hendak menulis jenis refleksi ini. Saya juga mengalami kesukaran dalam menulis jenis refleksi terhadap tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Semasa menghadiri bengkel penulisan akademik yang dijalankan, pada permulaanya saya berasa bosan dan mengantuk, lama-kelamaan saya dapat menumpukan sepenuh konsentrasi dan memahami bahawa sebenarnya bengkel ini dapat menguntungkan para pelajar dalam menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan oleh pensyarah kepada pelatih guru. Selain itu, saya juga berasa sangat gembira pada akhir sesi bengkel akademik karana dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam cara menyiapkan refleksi. Sepanjang bengkel yang berlangsung selama 2 jam 30 minit saya dapat belajar seorang bakal guru tidak harus membuat kerkursus sewenang-wenangnya tanpa mengahrgainya. Kerja yang dibuat secara dihargai dan dicintai mempunyai output yang amat cemerlang dan dapat memuaskan harapan para pensyarah yang memeriksa kerja kami. Saya juga dapat mempelajari bahawa kita sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan kita dari semasa ke semasa demi dapat berdiri setanding dengan bakal- bakal pelatih guru yang lain.