prinsip perkembangan pelajaran

Upload: zuuuuuuul

Post on 03-Apr-2018

317 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Prinsip Perkembangan Pelajaran

    1/6

    24

    4.0 PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PENGAJARAN DALAM BIDANG

    PENDIDIKAN ISLAM.

    Sesungguhnya terdapat beberapa prinsip perkembangan isi pengajaran dalam

    bidang pendidikan Islam. Setiap prinsip ini memainkan peranannya yang

    tersendiri. Ini bagi memastikan sesuatu matmalat pendidikan dapat dicapai.

    Berikut merupakan prinsip-prinsip perkembangan isi pengajaran dalam bidang

    pendidikan Islam.

    PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

    Dekat kepada jauh Dari mudah kepada susah

    Khusus kepada umum Maujud kepadamujarrad

    Perkara diketahui kepada yang belum diketahui

  • 7/28/2019 Prinsip Perkembangan Pelajaran

    2/6

    25

    Prinsip-prinsip di atas merupakan perinsip perkembangan isi pelajaran.

    Setiap guru perlu maklum akan hal ini bagi memudahkan sesi pengajaran dan

    pembelajaran. Oleh sebab itu, dalam merancang strategi pengajaran dan

    pembelajaran yang merangkumi pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik,

    akitiviti, bahan dan masa yang digunakan, prinsip-prinsip perkembangan isi

    pelajaran berikut perlulah kita ikuti :

    Dari mudah kepada susah mengajar konsep yang mudah terlebih

    dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah.

    Dari perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui dengan

    memanipulasi pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu

    baru.

    Dari maujud kepada mujarrad - menjelaskan sesuatu yang mujarrad

    dengan berfokus kepada benda yang maujud.

    Dari khusus kepada umum memberi beberapa contoh untuk dibuat

    generalisasi.

    Dari dekat kepada jauh memberi contoh-contoh yang hampir dengan

    murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang

    diberi.

    Namun sebelum kita menerangkan dengan lebih lanjut mengenai prinsip-

    prinsip-prinsip perkembangan, adalah lebih elok jika kita dalami maksud isi

    pelajaran yang ingin dikembangkan. Isi pelajaran ialah kandungan pelajaran

    yang terdapat di dalam sukatan pelajaran dan dihuraikan di dalam huraian

    sukatan pelajaran. Kedua-dua dokumen penting ini hendaklah dirujuk oleh guru-

    guru dengan teliti kerana ia merupakan kurikulum pelajaran yang digubal oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Negara,

    seimbang dari segi fizikal, mental, spritual, emosi dan keperluan negara bagi

    membina generasi yang berilmu, beriman dan beramal.

  • 7/28/2019 Prinsip Perkembangan Pelajaran

    3/6

    26

    Isi kandungan pelajaran ini juga diperjelaskan lagi melalui Buku Panduan

    Guru supaya guru dapat menyampaikan pelajaran bertepatan dengan kehendak

    sukatan dan huraian sukatan pelajaran. Seterusnya isi kandungan pelajaran ini

    dimantapkan lagi melalui buku teks dan buku kerja murid. Guru berperanan

    melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran

    tersebut. Berikut merupakan cara menyusun isi pelajaran.

    Isi Pelajaran hendaklah disusun bersesuaian dengan:

    Objektif pelajaran

    Sukatan pelajaran mengikut tajuk

    Peruntukan masa

    Urutan bagi mencapai objektif

    Minat dan kebolehan murid

    Kefahaman murid

    Aras yang dirancang

    Guru perlu mematuhi prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam

    merancang pengajaran dan pembelajaran supaya mudah difahami oleh murid

    serta mencapai objektif yang dirancang. Prinsip-prinsip tersebut ialah mudah

    kepada susah, perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui,

    maujud kepada mujarrad, khusus kepada umum dan dekat kepada jauh.

  • 7/28/2019 Prinsip Perkembangan Pelajaran

    4/6

    27

    4.1 Prinsip-Prinsip Perkembangan Pendidikan Islam

    Terdapat beberapa prinsip-prinsip yang akan digunakan dalam mengembangkan

    isi pengajaran dalam bidang pendidikan Islam. Kesemua prinsip ini bertujuan

    tidak lain hanyalah untuk mengembangkan isi kandungan pengajaran dalam

    sesebuah subjek atau mata pelajaran yang diajar. Bagi subjek pendidikan Islam

    pula, terdapat lima prinsip perkembangan yang biasa diguna pakai.

    4.1.1 Mudah kepada susah

    Prinsip ini mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah

    kepada konsep yang lebih susah.

    Contoh 1:

    Dalam bidang Ulum Syariyyah iaitu dalam bahagian Ibadah, pengenalan konsep

    iaitu pengertian najis, kemudian kepada perkembangan isi yang merangkumi

    jenis-jenis najis dan cara menyucikan najis.

    Contoh 2:

    Dalam bidang Asuhan Tilawah Al-Quran iaitu menyebut potongan kalimah

    dengan makhraj yang betul kepada membaca ayat dengan fasih dan bertajwid.

    4.1.2 Perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui

    Prinsip ini memanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan

    dengan ilmu baharu. Ini bermakna pengetahuan yang lepas bagi seseorang

    murid berperanan sebagai asas yang membolehkan pengatahuan yang baharu

  • 7/28/2019 Prinsip Perkembangan Pelajaran

    5/6

    28

    bergantung kepadanya. Oleh itu, jika guru ingin pengetahuan baharu diterima

    oleh murid, guru perlu memastikan pengetahuan lepas murid mempunyai kaitan

    rapat dengan pengetahuan yang baharu.

    Contoh:

    Dalam bidang Ulum Syariyyah iaitu dalam bahagian Ibadah, murid telah pun

    tahu apakah erti wudhu atau cara berwudhu(meniru perbuatan ibu bapa

    mereka), seterusnya guru memperkenalkan anggota wudhu yang wajib dan

    sunat serta sempadan setiap anggota wudhu tersebut dan cara mengambil

    wudhu yang betul.

    4.1.3 Maujud kepada mujarrad

    Menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokuskan kepada benda yang

    maujud. Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa

    kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya

    dengan bukti yang wujud di sekitar murid. Isi pengetahuan yang dikembangkan

    hendaklah berasaskan pengetahuan sedia ada murid.

    Contoh: Bidang Ulum Syaryyah dalam bahagian Akidah, Guru mengajar

    bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan wujudnya

    alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa setiap

    benda ada penciptanya begitu juga dengan alam ini kerana ianya tidak akan

    terjadi dengan sendirinya. Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif danpengajaran dapat berjalan dengan berkesan dan baik.

  • 7/28/2019 Prinsip Perkembangan Pelajaran

    6/6

    29

    4.1.4 Dari khusus kepada umum

    Memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi. Perkembangan isi pelajaran

    yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu yang khusus kepada umum.

    Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi

    pelajaran.

    Contoh:Bidang Ulum Syaryyah dalam bahagian Ibadah, guru mengajar tentang

    hadas kecil atau hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dulu tentang ciri-ciri

    khusus hadas kecil atau hadas besar sebelum membuat satu pengertian umum

    tentang ciri yang telah diterangkan. Prinsip ini akan merangsang murid untuk

    mengetahui perkembangan isi.

    4.1.5 Dari dekat kepada jauh

    Memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara-

    perkara yang hampir sama dengan perkara yang diberi.

    Contoh: Dalam bidang Adab dan Akhlak Islamiah, guru member contoh adab

    yang lebih dekat dahulu seperti adab terhadap ibu bapa dikaitkan dengan adab

    kepada pemimpin