power point peranan guru panitia moral

52
PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Upload: redza-nanyan

Post on 23-Jun-2015

1.303 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kumpulan faqhreel punye.. guru pelatih ipg tengku ampuan afzan, kuala lipis

TRANSCRIPT

Page 1: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

PENGURUSANMATAPELAJARAN

PENDIDIKAN MORALDI SEKOLAH

Page 2: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

GURU PANITIAPENDIDIKAN MORAL

Page 3: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

STRUKTUR DAN ORGANISASI

• Panitia Pendidikan Moral adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan guru-guru Moral.

• Dipimpin oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar.

Page 4: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PANITIA

• Mengajar dalam kelas pelajaran Pendidikan Moral.

• Menjadi guru contoh kepada guru-guru lain.

Melaksanakan tugas

pembelajaran dan pengajaran

Page 5: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Merancang, melaksana, menyelia dan menilai P&P yang akan dijalankan dalam kelas.

• Mengurus dan menggerakkan panitia.• Melaksanakan hasrat surat pekeliling.• Menguruskan jadual waktu mata pelajaran

Pendidikan Moral.• Melaksanakan pemantauan ke atas

pelajaran Pendidikan Moral.• Membuat tindakan susulan seperti

membuat kelas-kelas pemulihan dan pengayaan kepada pelajar.

Pemimpin dan pengurus kurikulum

Page 6: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Membuat analisis keperluan-keperluan staf dalam mengajar moral.

• Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman.

• Menilai program Pendidikan Moral di sekolah.

• Memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel dan kursus.

Memastikan kemajuan staf

Page 7: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar kepada guru-guru untuk digunakan di dalam kelas.

• Menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah

Menyediakan bahan

Page 8: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

SENARAI TUGASAN

Ketua Panitia :

• Memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Moral (HSP) setiap tahun.

• Memastikan perancangan dan pelaksanaan pengajara dan pembelajran selaras dengan HSP.

• Menyemak kualiti draf soalan ujian dan peperiksaan sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.

Page 9: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

Setiausaha Panitia :

• Menyediakan surat panggilan mesyuarat.• Mencatat minit semasa mesyuarat dijalankan.• Menyelenggarakan fail-fail panitia, surat-

menyurat dan rekod-rekod berkaitan.• Menghadiri mesyuarat bersama ketua panitia

atau mewakili ketua panitia moral bila diperlukan.

Page 10: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

Bendahari Panitia :

• Mengendalikan kewangan panitia.• Merekodkan dan mengemaskinikan

pendapatan dan perbelanjaan panitia.• Menyediakan penyata kewangan tahunan di

akhir mesyuarat.• Melaporkan kedudukan kewangan semasa

mesyuarat atau bila diperlukan.

Page 11: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

Ahli-Ahli Panitia :

• Menghadiri semua mesyuarat yang dikendalikan oleh panitia.

• Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancang oleh panitia dan Persatuan Moral.

• Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panitia sebelum menyediakan kertas.

• Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat bila diwajibkan.

Page 12: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

GURUPENDIDIKAN MORAL

Page 13: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

PENYAMPAI ILMU PENDIDIKAN MORAL

a) Membantu murid membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi; rumah dan sekolah.

b) Menjadi pendorong dan fasilitator bagi setiap aktiviti serta membantu pelajar memulakan aktiviti.

contoh:- Menggalakkan murid menceritakan pengalaman

mereka.- Menggerakkan murid menganjurkan satu projek

gotong-royong.

Page 14: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

TELADAN INSAN MORAL

a) Guru- guru Pendidikan Moral perlu mempunyai ciri- ciri keperibadian tinggi dan personaliti yang seimbang.

b) Guru yang memiliki personaliti yang seimbang mempunyai ciri-ciri berikut:

Page 15: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

RAMAH

• Mudah dihampiri.

ADIL

• Menilai pelajar secara objektif.

FLEKSIBEL

• Berupaya mengubah pengajaran mengikut keupayaan murid.

JENAKA

• Suasana p&p lebih menarik dan riang.

UTUH

• Jujur dan boleh dipercayai.

DEDIKASI

• Mengutamkan kebajikan murid.

Page 16: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

INOVATIF

• Sentiasa memperkenalkan strategi atau bahan yang baru.

WIBAWA

• Dapat memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

BERMORAL

• Menjadi contoh kepada murid-murid.

Page 17: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

PAKAR RUJUK / PENASIHAT•Memerhati sama ada terdapat salah laku yang dilakukan oleh pelajar.

•Memberi ceramah-ceramah tentang kepentingan berbuat baik dan meninggalkan perkara jahat.

•Menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum.

•Mengadakan pameran atau kempen yang berkaitan dengan pembentukan moral.

•Memberi peluang kepada pelajar untuk menonton video tentang kelakuan yang bermoral dan tidak bermoral.

Page 18: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

MENGURUS SUMBER DANBAHAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN MORAL

Page 19: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

JENIS-JENIS SUMBER P & P

• PERSONALSumber berasaskan manusia contohnya rakan sebaya, guru, ahli sejarah, tokoh pemimpin dan sebagainya.

• BAHAN MAUJUDBahan-bahan yang terdapat di sekeliling kita yang boleh dilihat dan disentuh contohnya bendera, model, pakaian & sebagainya.

Page 20: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• BAHAN BERCETAKSebarang dokumen yang dicetak pada kertas seperti risalah, poster, surat khabar, jurna majalah, buku & sebagainya.

• BAHAN PERMAINANAlat-alat atau bahan yang boleh digunakan untuk sesuatu permainan contohnya patung haiwan, dam ular & tangga, kad teka teki, kad cantuman, sahiba & sebagainya.

Page 21: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• BAHAN AUDIO VISUALBahan-bahan yang mengeluarkan suara yang boleh didengari & bahan-bahan yang mengeluarkan gambar suara & gambar serentak.

• SUMBER BERKOMPUTERSemua bahan yang diasaskan melalui komputer contohnya cakera padat, pendrive, word dan sebagainya.

Page 22: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

KEPENTINGAN SUMBER

• Sumber menceritakan dan menjelaskan pengalaman, isu dan peristiwa yang dilalui sendiri oleh sumber personel.

• Melalu bahan maujud yang dilihat dan disentuh oleh murid-murid, perasaan mendalam (intrinsik) dapat dijelmakan pada jiwa murid-murid.

Page 23: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Sekiranya sesuatu peristiwa, isu atau pengalaman tidak dapat dibawa ke dalam bilik darjah, maka guru boleh menggunakan sumber bahan bercetak.

• Sumber seperti permainan penting untuk murid melakukan aktiviti amalan nilai murni secara hands-on melalui konsep analogi yang bersesuian.

• Sumber video-visual dapat membantu murid menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat sejagat apabila ia ditayangkan dalam bilik darjah.

Page 24: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Sumber P & P berasaskan komputer dapat membantu mendekatkan sumber dengan murid-murid agar murid-murid dapat menilai, menerima dan mengamalkan nilai-nilai murni yang dibawa atau disampaikan kepada kita.

Page 25: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

KELEBIHAN & KELEMAHAN SUMBER

SUMBER KELEBIHAN KELEMAHANPERSONAL

Contoh : Pemimpin masyarakat, pegawai

kerajaan, aktivis masyarakat dll.

• Sumber ini fleksibel• Interaktif• Secara langsung• Mudah diakses

• Kualiti tidak terjamin.• Jadual waktu kelas dan jadual waktu sumber : bagi mendapatkan sumber juga bergantung kepada kesanggupan dan kesempatan masa sumber tersebut.

Page 26: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

SUMBER KELEBIHAN KELEMAHANBAHAN MAUJUD

Contoh : model bangunan, binatang pelbagai jenis,

bahan tebuang dll.

• Bahan sebenar sumber dapat dirujuk sebagai baha sebenar yang boleh dilihat dan disentuh.• Menarik dan dapat berinteraksi secara langsung.• Boleh menyerupai bahan sebenar (model).

• Memerlukan ruang yang besar untuk menyimpannya.• Bahan hidup perlu tempat, pemeliharaan dan penjagaan yang sesuai.• Perlukan tenaga untuk dibawa.

BAHAN BERCETAK

Contoh : buku, majalah, jurnal, poster, cerpen, lirik lagu, gambar bersiri, carta,

kad situasi dll.

• murah, boleh dibeli dan mampu dimiliki• senang dirujuk, bahan kekal tidak berubah-ubah kecuali diedit dan dicetak semula.• mudah alih• mudah diakses

• tebal• berat• tidak boleh disunting menjadikan sumber ketinggallan dan tidak terkini.

Page 27: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

SUMBER KELEBIHAN KELEMAHANBAHAN PERMAINAN

Contoh : dam ular dan tangga, tutup botol,

sahiba, teka silang kata

•Mudah diperoleh•Menarik•Meningkatkan daya kreativiti murid•Mewujudkan daya saing dalam kelangan murid•Mewujudkan semangat berpasukan dalam kalangan murid

•Akan membazir jika tidak dirancang dari awal•Sukar untuk memastikan sesuai dengan minat murid•Tidak semua murid dapat mengambil bahagian jika bahan permainan tidak mencukupi

BAHAN BERASASKAN KOMPUTER

Contoh : internet, power point, cakra padat dll.

•Amat fleksibel•Mudah dikemaskini•Multi media•Jaringan tidak terhad•Canggih•Mesra pengguna

•Mahal•Perisian terhad•Bergantung kepada bekalan elektrik •Perlu kemahiran untuk mengendalikannya

Page 28: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

KRITERIA PEMILIHAN SUMBER

• Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara• Tidak bercanggah dengan nilai-nilai

masyarakat.• Relevan dengan kurikulum.• Selaras dengan prinsip pedagogi.• Memberi maklumat terkini.

Page 29: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Harga yang berpatutan.• Mudah.• Pelbagai rangsangan.• Dapat digunakan berulang kali.• Fleksibel.

Page 30: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

PEMBINAAN & PENGGUNAAN SUMBER

Boleh didapati dengan dua cara:1. Membeli sumber yang terdapat di pasaran.2. Membuat atau membina sendiri.

Page 31: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

PEMBINAAN BAHAN MAUJUD

Faktor yang perlu diberi perhatian:1. Selaras dengan hasil pembelajaran yang

hendak dicapai.2. Kos pembinaan model.3. Keberkesanan model.

Page 32: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

PEMBINAAN & PENGGUNAAN BAHAN BERCETAK

• Poster :- harus mempertimbangkan saiznya- menarik & berfungsi- berwarna-warni untuk menarik perhatian- cogankata yang ringkas, padat & mudah difahami- saiz tulisan poster cukup besar, bentuk huruf yang sesuai dan mudah dibaca

Page 33: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Kad cerita :- apakah nilai yang ingin diterapkan- cerita mudah difahami serta menarik- adalah lebih baik jika cerita dapat menyentuh perasaan murid-murid- cerita mesti sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid-murid

Page 34: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Skrip lakonan :- teknik lakonan yang boleh menarik perhatian murid.

• Keratan media massa :- berita-berita yang mengandungi banyak isu moral tempatan & antarabangsa- kandungan nilai-nilai murni dalam keratasn media massa

Page 35: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

PEMBINAAN BAHAN RAKAMAN

• Kaset rakaman suara• Kaset rakaman gambar dan suara• Cakera padat

Page 36: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Kebaikan bahan rakaman :- Boleh digunakan untuk belajar secara bersendirian.- Terdapat bahan rakaman yang boleh dipadam dan digunakan semula.- Menyalin dan memperbanyakkan bahan rakam murah dan cepat.- Boleh ditentukan masa pengajaran dengan tepat kerana bahan rakaman boleh ditentukan jangka masanya.

Page 37: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

- Pelbagai bunyi dan peristiwa boleh dirakamkan.

- Ruang penyimpanan tidak begitu besar.- Boleh digunakan dimana-mana asalkan ada

alat pemainnya dan sumber elektrik.

Page 38: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

PENGGUNAAN MULTI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Page 39: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

KEPENTINGAN MENGGUNAKAN MULTI MEDIA

• Bahan multimedia boleh diterjemahkan dalam bentuk gambar, audio, visual dan sebagainya.

• Buku kerja elektronik adalah salah satu perisian yang boleh digunakan oleh murid-murid untuk melakukan aktiviti latih tubi, murif-murid boleh membuat latih tubi tanpa kehadiran guru.

Page 40: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Komputer berfungsi sebagai tutorial – mengajar, memberi soalan, menganalisis tahap pencapaian murid.

• Komputer berfungsi dengan mewujudkan suasana yang menyerupai keadaan dan fenomena yang sebenar dalam dunia.

• Pembelajaran menggunakan perisian lebih menyeronokkan.

• Penyelesaian masalah menggunakan perisian komputer boleh menarik perhatian murid.

Page 41: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

JENIS-JENIS MULTI MEDIA

• Audio• Visual• CD Rom• Internet

Page 42: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

BAHAN SUMBER AUDIO-VISUAL DALAM PENGAJARAN MORAL

• Radio Pendidikan :- membantu proses pengajaran dengan berkesan terutama penguasaan bahasa.- murid-murid boleh mendengar Radio Pendidikan mengikut jadual yang telah ditetapkan.- Siaran yang dirancang membantu murid menguasai kemahiran berbahasa baku serta ilmu pengetahuan dalam sesuatu m/pelajaran.

Page 43: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• TV Pendidikan- menyediakan siaran yang selaras dengan Sukatan Pelajaran- lebih berkesan kerana mengeluarkan gambar dan suara- murid boleh menggunakan pendengaran & penglihatan untuk mengikuti sesuatu yang diajar- boleh membantu guru menghadapi masalah kekurangan bahan-bahan pengajaran- menyediakan isu-isu yang boleh menjadi tajuk perbincangan untuk penerapan nilai-nilai murni kepada murid-murid

Page 44: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

Internet & CD Rom Dalam Pengajaran Moral

• Internet dapat membantu proses pengajaran dengan cepat dan menarik.

• Internet digunakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang nilai-nilai dan isu-isu moral di seluruh Negara dan di dunia.

Page 45: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• CD Rom boleh menyimpan data, teks, gambar atau video pada kapasiti yang besar.

• Data, teks, video boleh dilihat atau dimainkan semula dengan menggunakan alat pemacu CD pada komputer.

Page 46: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

Penyediaan & Cabaran Dalam Penggunaan Multimedia

• Penyediaan bahan sumber dalam P & P perlu dirancang dengan baik supaya tidak hanya menjadi sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.

• Dalam memilih bahan sumber berasaskan teknologi komputer, aspek-aspek kesesuaian bahan sumber perlu diambil perhatian.

Page 47: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Penggunaan TMK perlu bersesuaian dengan kurikulum dan menyokong pendekatan P & P yang digunakan.

• Cabaran biasa ialah bahan-bahan berasaskan komputer selalunya memerlukan bekalan elektrik. Maka, penggunaannya harus mengambil kira kemudahan bekalan elektrik.

Page 48: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

Kebaikan Menggunakan Sumber Berasaskan Komputer

• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.

• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.

• Meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran individu.

• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.

Page 49: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Membolehkan guru dan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh.

• Membolehkan murid mengumpul maklumat dengan cepat dan pada kadar yang murah.

• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

• Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal atau mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

Page 50: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

MASALAH PENGAJARANPENDIDIKAN MORAL

Page 51: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

Kekurangan Sumber Pengajaran Pembelajaran

•Kos tinggi• - Contoh gambar yang sesuai seperti tempat beribadat, keluarga dan

sebagainya perlu disediakan dalam saiz yang besar.• Sumber sukar ditemui• - Buku cerita dan bahan ilmiah yang sesuai dijadikan bahan kurikulum adalah

terhad.

Page 52: Power Point Peranan Guru Panitia Moral

• Tiada IPT yang menwarkan Pendidikan Moral sebagai pengkhususan utama.

• - Walaupun terdapat beberapa IPT yang menawarkan kursus Pendidikan Moral, ia hanya sebagai kursus minor sahaja.

Kekurangan Latihan Khusus dalam Bidang Pengajaran Pendidikan Moral