persediaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani (2)

33
PERSEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Disediakan oleh, Jenny Bailin PISMP BM SJKT Ambilan Januari 2012

Upload: ogosh18

Post on 30-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pendidikan jasmani

TRANSCRIPT

Page 1: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

PERSEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN

JASMANI

Disediakan oleh,Jenny Bailin

PISMP BM SJKT Ambilan Januari 2012

Page 2: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

RANCANGAN KERJA TAHUNAN ATAU SEMESTER

• Berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula yang mana ianya berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

• Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi satu-satu mata pelajaran.

Page 3: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

• Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

• Guru kelas /panitia sekolah yang bertanggungjawab menyediakan rancangan kerja tahunan dan semester.

• Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik.

Page 4: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

• Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.

• Rancangan Kerja Tahunan diadakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum dan sukatan yang telah disediakan.

• Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah .

Page 5: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

• Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif.

• Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan.

Page 6: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester merangkumi hal-hal yang berikut :

1.Skop kemahiran bagi setahun2.Senarai kemahiran-kemahiran3.Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai

kemahiran-kemahiran tersebut.4.Rujukan sukatan pelajaran.

Page 7: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Kepentingan RPT

• Sebagai medium panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.

• Turut bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu.

• Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik agar teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid-murid.

• Selain itu, penyediaan RPT ini adalah untuk memudahkan guru pengganti mengambil alih tugas guru yang sebelumnya untuk meneruskan pengajaran.

Page 8: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

• Dalam masa yang sama, Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga berperanan sebagai penyelaras bagi penyediaan soalan untuk ujian bulanan dan peperiksaan.

• Terakhir ialah Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini dapat membantu guru untuk menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah

Page 9: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Perkara asas dalam penyediaan rancangan kerja tahunan

Objektif mestilah difahami terlebih dahulu.• Bagi memastikan rancangan tahunan dapat

dirangka dengan baik dan bermatlamat. Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut :

Page 10: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Jumlah masa pengajaran• Sejak bulan Disember 1993, Kementerian Pendidikan

Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll, masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi.Memandangkan masa yang terhad itu, kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.

Page 11: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Persekitaran pengajaran• -Selain daripada objektif, faktor-faktor lain yang

mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.

Page 12: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Latar belakang guru• -Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung

kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

Page 13: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Latar belakang pelajar• -Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan dlm

kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.

Page 14: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Rancangan tahunan mestilah disusun dan diatur dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

• Bil. Guru yang terlibat• Bil. Kelas yang terlibat• Kemudahan yang sedia ada• Peralatan yang ada dan boleh diadakan.• Tempoh masa.

Page 15: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Rancangan pengajaran semester

Page 16: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Rancangan Pengajaran Semester

Page 17: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan

RPT KBSR

RPT KSSR

Page 18: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Rancangan Kerja Mingguani. Penyusunan Rancangan Pengajaran selama tempoh seminggu

berpandukan Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan.• Susunan tajuk tidak semestinya mengikut susunan di dalam sukatan

pelajaran tetapi terserah kepada kebijaksanaan di dalam mengaturkannya.

ii. Rancangan Kerja Pengajaran disediakan sebelum bermulanya

pengajaran bagi setiap Rancangan Latihan Mengajar.• Rancangan Kerja ini berdasarkan kepada Rancangan Kerja

Pengajaran semester/penggal/tahunan yang disediakan oleh panitia mata pelajaran berkenaan di sekolah.

• Dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu semester.

Page 19: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Penyediaan Rancangan Kerja

• Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses p&p.

• Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan bantu mengajar agar p&p dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

• Rancangan kerja semester merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatan pelajaran yang disusun sepanjang semester.

• Disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula.

Page 20: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Persediaan• butir-butir am• pengetahuan lepas• kemahiran• objektif pelajaran• penggabungjalinan• sumber pengajaran pembelajaran• penerapan nilai

Page 21: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Definisi Rancangan Pelajaran Harian

“Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai”

Petikan daripada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:

Penyediaan Rekod Pengajaran dan PembelajaranKP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)

9 Mac 1999

Page 22: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

• Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Page 23: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Elemen yang perlu ada dalam Rancangan Pengajaran Harian

• Kumpulan sasaran (Kelas)• Tarikh dan masa• Mata pelajaran• Tema/Tajuk• Bidang pembelajaran• Tujuan• Hasil pembelajaran : kognitif, psikomotor dan afektif.• Konsep utama• Bahan, peralatan dan bahan sumber.• Langkah keselamatan/berjaga-jaga• Strategi/Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.• Penaksiran dan penilaian pembelajaran. (Refleksi)

Page 24: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

kepentingan-kepentingan Rancangan Pengajaran Harian

1.Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.

2.Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.3.Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada

perkara yang hendak diajarkan.4. Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa

yang diperuntukkan.5.Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi

menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Page 25: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

6.Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.

7.Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.

8.Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.9.Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu

jangka waktu.10.Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan

pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

Page 26: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

• Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Sekolah Rendah.

• Penulisan hasil pembelajaran/objektif Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid-murid. Perlulah merangkumi tiga aspek iaitu situasi, tingkah laku murid dan tingkat pencapaian murid. Objektif implisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar.

Page 27: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Objektif eksplisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh, menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan.Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan 3 kriteria i. Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur.

ii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku.

iii. Hasil yang akan murid peroleh.

Page 28: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Pemilihan isi pelajaran• Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif

pelajaran.• Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang

teratur, mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal.

• Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia ada murid kepada pengalaman baru murid.

• Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan.• Isi pelajaran yang dirancang hendaklah mencakupi masa yang

diperuntukkan.• Isinya perlu dikemaskini mengikut perkembangan semasa

Page 29: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

• Pemilihan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Rancangan Pengajaran Harian boleh dibina berasaskan beberapa pendekatan atau teori pembelajaran tertentu seperti pendekatan konstruktiviti, inkuiri, dan masteri. Rancangan pengajaran yang mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan ini mampu memanfaatkan kekuatan setiap pendekatan bagi menghasilkan sebuah rancangan pengajaran yang mantap dan berkesan.Strategi merujuk kepada pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik-teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Page 30: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Berikut adalah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih strategi pengajaran :-

i. Berupaya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

ii. Perlu dipelbagaikan agar dapat mengekal minat murid-murid iii. Haruslah berpusat kepada murid-murid dari segi minat, keperluan

dan aktiviti. iv. Boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

bermakna, mendorong dan menyeronokkan. v.Turut perlu mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran

seperti membaca, mengira, menulis dan melukis.vi.Berupaya mencakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang

pelajaran dan penerapan nilai-nilai murni.

Page 31: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

ELEMEN ASAS RPH PJ

• Mata pelajaran dan kelas• Tema/tajuk• Masa • Standard pembelajaran• Objektif pembelajaran• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran• Elemen Merentas Kurikulum (EMK)• Bahan bantu belajar• Penilaian pengajaran dan pembelajaran• Refleksi

Page 32: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

RPH KBSRRPH KSSR

Page 33: Persediaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani (2)

SEKIAN