persaudaraan ansar da muhajirin

Upload: danial-razak

Post on 29-May-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    1/23

    Negara Islam Madinah

    Jelaskan Langkah-langkah Yang Diambil Oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ke ArahPembentukan Negara Islam di Madinah.

    Pengenalan :

    Demografi Madinah :

    Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah. Masyarakatnyaterdiri daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orangYahudi. Sebelum agama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa

    berselisih faham sesama mereka. Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatan ekonomi, hidup mewah dan menguasai

    pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi memeliharakesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah berhala seperti orangQuraisy di Mekah. Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengerti tentangketuhanan dan kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh keranamereka lebih terdedah kepada agama Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebihterbuka kepada usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia memeluk agama Islam yang dibawanya.

    Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaan negara Islam di Madinah. Walaupun sebelum ketibaan NabiMuhammad s.a.w. ke Madinah agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar) yang menyertai dalam Perjanjian Aqabah I danAqabah II.

    Latarbelakang Nabi Muhammad Sebelum Hijrah. Konsep negara.

    Isi :

    Pembinaan Masjid :

    Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluasterutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjaditempat ibadat dan penyebaran agama Islam. Kaum Ansar di Madinah menyambutMuhajirin dari Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukansecara terbuka. Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agamaIslam.

    Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjidyang bukan sahaja menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi jugadigunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam

    Pembentukan Ummah :

    http://fastnote.wordpress.com/negara-islam-madinah/http://fastnote.wordpress.com/negara-islam-madinah/
  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    2/23

    Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w.mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum Muhajirin :

    i. Muahahjirin dengan Muhajirin.

    ii. Ansar dengan Ansar.

    iii. Muhajirin dengan Ansar

    Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidahIslam. Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial danekonomi. Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agamaIslam dan negara.

    Mewujudkan Piagam Madinah :

    Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukansahaja membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga

    perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orangYahudi. Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agamamereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yangditerima umum. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan

    bebas menjalankan aktiviti masing-masing. Keselamatan penduduk Madinahterjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinahdaripada serangan musuh. Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi

    Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara. Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.

    Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah :

    Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik.Dalam hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammads.a.w. tidak menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terusmengadakan perundingannya dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal

    barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah. Baginda juga

    menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar danMuhajirin serta antara Aus dan Khazrai. Konsep musyawarah terbayang dalamhubungan politik antarabangsa.

    Mewujudkan Tentera Islam di Madinah :

    Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapaekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    3/23

    ancaman dan serangan musuh. Dalam mempertahankan kedaulatan negara IslamMadinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam

    bidang ketenteraan.

    Mengadakan Hubungan Luar :

    Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.

    Menyusun semula struktur ekonomi Madinah :

    Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat salingmembantu sehingga meliputi segenap bidang.olongan Muhajirin bergiat dalam

    bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.

    Kesimpulan :

    Pembentukan Negara Islam Madinah berasaskan kepada wahyu dan perundangan.

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    4/23

    Piagam Madinah

    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah , gelintar

    Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah , merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.

    Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

    23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin .

    24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi .

    Selain Piagam Madinah , ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti PerjanjianMadinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah

    juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara(Daulah Islamiyah ) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.

    Isi kandungan

    [sorok ]

    1 Perangkaan Piagam Madinaho 1.1 Langkah pertamao 1.2 Langkah keduao 1.3 Langkah ketiga

    2 Tujuan Piagam Madinah 3 Prinsip Piagam Madinah 4 Kandungan Piagam Madinah 5 Pautan luar

    6 Rujukan

    [sunting ] Perangkaan Piagam Madinah

    Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbinganwahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tigalangkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#column-onehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#searchInputhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.http://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ansarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Muhajirinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syariat_Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syariat_Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syariat_Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Daulah_Islamiyahhttp://toggletoc%28%29/http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Perangkaan_Piagam_Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Langkah_pertamahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Langkah_keduahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Langkah_ketigahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Tujuan_Piagam_Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Prinsip_Piagam_Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Kandungan_Piagam_Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Pautan_luarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Rujukanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahyuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#column-onehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#searchInputhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.http://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ansarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Muhajirinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syariat_Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Daulah_Islamiyahhttp://toggletoc%28%29/http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Perangkaan_Piagam_Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Langkah_pertamahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Langkah_keduahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Langkah_ketigahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Tujuan_Piagam_Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Prinsip_Piagam_Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Kandungan_Piagam_Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Pautan_luarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Rujukanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahyu
  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    5/23

    [sunting ] Langkah pertama

    Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiranRasulullah.

    [sunting ] Langkah kedua

    Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

    [sunting ] Langkah ketiga

    Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankanMadinah dari ancaman luar.

    Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenalisebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinahadalah:

    Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dansegala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.

    Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengkisesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu

    bangsa Madinah. Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan

    masing-masing. Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan

    mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.

    Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjianyang tercatat dalam piagam tersebut,

    [sunting ] Tujuan Piagam Madinah Menghadapi masyarakat majmuk Madinah Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan Mewujudkan keamanan di Madinah Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=2http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjidhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjidhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=3http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=4http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=5http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=2http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjidhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=3http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=4http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=5
  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    6/23

    Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah .

    [sunting ] Prinsip Piagam Madinah Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara. Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan

    sosial. Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya

    telah dicatatkan Kebebasan beragama Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

    [sunting ] Kandungan Piagam Madinah Fasal 1

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis)dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orangyang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang

    bersama mereka lali masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama

    mereka. Fasal 2

    Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

    Fasal 3

    Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka salingtanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesamamereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan

    dan adil di kalangan orang-orang beriman. Fasal 4

    Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan sepertidulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalanganmereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Mekahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mekahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=6http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sunnahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sunnahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Qisashttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=7http://ms.wikipedia.org/wiki/Allahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Quraisyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Quraisyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yathribhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mekahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=6http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sunnahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Qisashttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_Madinah&action=edit&section=7http://ms.wikipedia.org/wiki/Allahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Quraisyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yathrib
  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    7/23

    Fasal 5

    Bani al-Harith (dari Yathrib Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lamamereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu,dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka

    sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 6

    Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak darimereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan

    berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

    Fasal 7

    Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak darimereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan

    berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

    Fasal 8

    Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak darimereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan

    berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

    Fasal 9

    Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak darimereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan

    berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

    Fasal 10

    Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama

    bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak darimereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

    Fasal 11

    Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    8/23

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    9/23

    yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dankeadilan di kalangan mereka.

    Fasal 18

    Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh ituhendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.

    Fasal 19

    Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yangtumpah pada jalan Allah.

    Fasal 20

    Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk

    dan seteguh-teguhnya.

    o Fasal 20-b

    Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisydan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)

    Fasal 21

    Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan

    tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh waliyang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suaramengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.

    Fasal 22

    Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandunganPiagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yangmencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu makakeatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akanditerima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.

    Fasal 23

    Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.

    Fasal 24

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    10/23

    Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama denganorang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang

    Fasal 25

    Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin,mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agamamereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri merekasendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpamelainkan dirinya dan keluarganya sendiri

    Fasal 26

    Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

    Fasal 27

    Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

    Fasal 28

    Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

    Fasal 29

    Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

    Fasal 30

    Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

    Fasal 31

    Yahudi Bani Thaalabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkandiri dan keluarganya sendiri.

    Fasal 32

    Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Thaalabah (diperlakukan)sama dengan mereka itu (Bani Thaalabah)

    Fasal 33

    Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    11/23

    Fasal 34

    Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Thaalabah (diperlakukan)sama dengan mereka itu.

    Fasal 35

    Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.

    Fasal 36

    Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatanmereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.

    o

    Fasal 36-b

    Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang keatas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dankeluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yangmenghormati piagam ini.

    Fasal 37

    Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orangmukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-

    menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotaiPiagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuatkebajikan terhadap perbuatan dosa.

    o Fasal 37-b

    Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukanoleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

    Fasal 38

    Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukminselama mana mereka berada dalam keadaan perang

    Fasal 39

    Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    12/23

    Fasal 40

    Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukanterhadapnya sebarang bahaya dan dosa.

    Fasal 41

    Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan ( wanita ) melainkan dengan izin keluarganyasendiri.

    Fasal 42

    Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkankepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allahmenyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya

    Fasal 43

    Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu jugatidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.

    Fasal 44

    Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.

    Fasal 45

    Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orangmukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama(Islam).

    Fasal 46

    Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu

    dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lainyang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukandosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnyasendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.

    Fasal 47

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Wanitahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wanitahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dosa
  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    13/23

    Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinahatau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yangzalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikandan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    14/23

    TELADAN KEPADA MASYARAKAT ISLAM KINI

    ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN

    PELBAGAI aliran pemikiran, falsafah, peraturan, sistem politik, ekonomi dan sosialciptaan manusia ditawarkan untuk menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi manusiasejagat. Malangnya, semuanya tewas dan gagal apabila dilaksanakan. Hingga ke hari initidak ada satu aliran pun yang dapat memperlihatkan kemampuannya untuk menyesuaikan dengan realiti kehidupan.

    KEGAGALAN ALIRAN MARXISME:

    Bibit-bibit kejatuhan Russia sebagai lambang kuasa yang dibangunkan di atas ideologi

    komunisme (aliran Marxist) telah bermula sejak 40 tahun yang lalu. Pada bulanSeptember 1961, harian Pravda yang menjadi lidah rasmi Jawatankuasa Pusat PartiKomunis Russia telah menyebarkan program baru parti itu. Rancangan itu ialah fikiranyang memansuhkan jalan atau cara revolusioner seperti yang ditegaskan oleh bukuMaterialisme Dialektika: Berikutnya peralihan daripada kapitalisme kepada sosialismedan memerdekakan kelas buruh (pekerja) daripada penindas kapitalis. Ini bolehdirealisasikan bukan dengan evolusi, bukan dengan memperbaikinya, akan tetapi dengan

    perubahan bentuk dan cara sistem kapitalisme yakni dengan revolusi.

    Harian tersebut juga menegaskan usaha-usaha merealisasikan masyarakat komunismeseperti yang dirancangkan itu meliputi tempoh 20 tahun akan datang. Di samping itu ia

    menekankan kegagalan sistem komunis selama 40 tahun yang lalu dalam membentuk asas ideologi dan kehidupan duniawi yang lengkap bagi masyarakat komunisme.

    Ini menunjukkan komunisme sebagai satu ideologi telah hilang kekuatannya untuk melaksanakan apa yang dinamakan kepastian sejarah peralihan daripada kapitalismekepada sosialisme. Kegagalan itu berlaku kerana teori komunisme tidak ditegakkan diatas usul dan kaedah am yang lengkap untuk membolehkan ideologi itu berkembang.

    Prinsip penghapusan hak milik individu telah ditukar kepada satu penyelesaian yanglebih sederhana iaitu menguasai segenap industri, perniagaan luar negara, bank-bank dansegala perkhidmatan awam. Antara bukti kegagalan pelaksanaan prinsip persamaan didalam masyarakat komunisme diungkapkan dalam buku tulisan Krien Brinton yang

    bertajuk Revolusi Komunisme: Unsur, Penyelesaian dan Hasilnya: Sebagaimana yangdiakui oleh para pendokong komunisme sendiri bahawa Russia kini hidup di dalam satumasyarakat yang berbeza-beza dalam pembahagian barang-barang keperluan dan

    perolehan individu dengan perbezaan yang besar. Seorang ahli politik berkedudukantinggi, pengarah perusahaan, penulis atau penari ballet hidup bergelumang dengankemewahan sedangkan rakyat biasa tidak sedemikian.

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    15/23

    Keadaan itu menjadikan masyarakat Russia satu masyarakat yang lebih tidak memiliki persamaan dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan sebarang masyarakatkapitalis.Fakta itu jelas membuktikan komunisme pada zahirnya memperjuangkan prinsip

    persamaan dan keadilan secara teori tetapi gagal apabila dilaksanakan.

    KEGAGALAN TAMADUN BARAT:

    Sebahagian besar generasi muda tertipu oleh fatamorgana peradaban Barat. Merekamenyangka kebersihan lahiriah kaum itu merupakan bukti kebersihan rohani dan hatimereka. Kemajuan pesat di dalam bidang sains dan kebendaan tidak mencukupi untuk dijadikan contoh teladan di dalam segala perkara. Ukuran kemajuan dan tamadun sesuatu

    bangsa sepatutnya ditimbang dengan nilai akhlak dan kemanusiaan yang direalisasikandalam masyarakat.

    Tamadun Barat jika dilihat dari necara ini sebenarnya sudah muflis. Segala slogan yang

    dicanangkan oleh Barat seperti prinsip kebebasan, perdamaian dan persamaan hanyalahomongan kosong belaka. Seorang ahli falsafah Inggeris, Joede, menulis di dalam bukunya: Sesungguhnya tamadun moden itu tidak ada perseimbangan antara kekuatandan akhlak... kerana akhlak sangat ketinggalan jauh daripada ilmu. Semenjak kebangkitannya ilmu terus meningkat maju sedangkan akhlak berada dalam kemunduransehingga jarak antara keduanya sangat jauh.

    SYARAT ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN:

    Setiap sistem mempunyai falsafah, matlamat, jalan, gagasan dan caranya yang tersendirimengenai kehidupan. Setiap sistem juga mempunyai masalah dan cara penyelesaiannya

    apabila dilaksanakan. Oleh itu adalah tidak adil dan tidak rasional jika sistem tertentudiminta menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh sistem lain. Logiknya jika kitaingin minta cara penyelesaian sesuatu sistem terhadap masalah kehidupan maka sistemitu perlu diberi peluang terlebih dahulu dilaksanakan dalam realiti kehidupan. Setelah itu

    barulah dapat dilihat sama ada masalah itu masih ada atau sudah selesai, berubah bentuk atau unsurnya. Pada masa itu barulah sistem berkenaan bertanggungjawab sepenuhnyaterhadap permasalahan yang timbul.

    Islam adalah sistem hidup yang lengkap, bersifat sepadu, saling berkait dan menguatkanantara satu aspek dengan aspek lain. Sistem ini berbeza daripada sistem lainnya dari segiwataknya, gagasannya tentang kehidupan dan cara pelaksanaannya. Perbezaan ini adalah

    perbezaan yang asasi dan menyeluruh. Oleh itu Islam tidak bertanggungjawab terhadapmasalah yang timbul dalam masyarakat hari ini kerana masalah itu lahir akibat Islamdipisahkan daripada realiti kehidupan.

    Sebenarnya untuk mengambil Islam sebagai penyelesaian masalah, terlebih dahulu Islam perlu dijadikan pengatur selurun kehidupan individu, keluarga, masyarakat, negara dandunia ini. Setelah itu apabila timbul persoalan atau permasalahan barulah wajar untuk meminta pandangan Islam mengenai persoalan itu kerana masalah itu timbul dalam

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    16/23

    sistem Islam, bukan ditimbulkan oleh sistem bukan Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

    Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang

    nyata bagimu. (Al-Baqarah: 208).

    Islam mendidik manusia dengan sistem tertentu, memerintah dengan hukum tertentu,menyelesai masalah mereka atas dasar tertentu serta mewujudkan sistem kemasyarakatan,ekonomi dan politik yang tertentu. Jadi perkara utamanya ialah melaksanakan Islamsebagai sistem yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.

    Pengertian Tarbiyah.

    Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhandan pendidikan. Tarbiyah Islamiyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan

    berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW. Sumber-sumber iniadalah sumber-sumber rabbani. Dengan sumber inilah generasi sahabat dididik olehRasulullah SAW sehingga berjaya melahirkan generasi rabbani yang mendapat jolokandan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim yang

    bermaksud:

    Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruhberbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. (Ali Imran: 110)

    Peranan Tarbiyah Islamiyah.

    Tarbiyah memainkan peranan penting dan berkesan dalam kebangkitan, pembangunan dan kemajuan sesuatu masyarakat. Maju atau mundur sesuatu masyarakat bergantung kepada maju atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut. Oleh itu tarbiyah perlu diberi keutamaan dalam perancangan pembangunan sesuatu masyarakat. SejarahRasulullah SAW sendiri menjelaskan bahawa tarbiyah menjadi faktor utama untuk membangunkan manusia yang mampu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

    Titik Tolak Tarbiyah Islamiyah.

    Di dalam Tarbiyah ar-Ruhiyah, Said Hawa menjelaskan bahawa asas dan titik tolak

    didikan Islam adalah iman.Dr Abdul Karim Zaidan pula di dalam Usul ad-Dakwah menghuraikan dengan panjanglebar mengenai peraturan asas pembentukan masyarakat Islam. Katanya, asas

    pembentukan masyarakat dalam Islam ialah aqidah Islam yakni tauhid Rububiyatillahdan tauhid Uluhiyatillah. "Setiap manusia dituntut meyakini aqidah ini supaya iamengetahui hakikat diri dan letak duduknya manusia itu dalam hidup supaya fahammengapa manusia itu dijadikan, memahami hubungan dan pimpinan akal fikiran

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    17/23

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    18/23

    Aspek rabbani dalam tarbiyah Islamiyah adalah aspek yang paling penting keranamatlamat pendidikan Islam ialah melahirkan insan mukmin dalam pengertian sebenar iaitu insan yang memiliki iman yang menguasai hati dan fikiran, lahir dalam bentuk amalan dan tindakan, seperti yang disebutkan dalam al-athar: ...Ia sebati dalam jiwadan dibenarkan dalam bentuk amalan. Allah berfirman yang bermaksud:

    Sesungguhnya orang yang beriman ialah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad dengan harta dan jiwamereka di jalan Allah. (Al-Hujurat: 15)

    Tunggak tarbiyah rabbaniyah ialah hati yang subur, sentiasa berhubung dengan AllahSWT, yakin akan menemui-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya.Jiwa yang hidup inilah yang menjadi tumpuan Allah swt untuk dicampakkan nur kepadanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat kepada

    hati dan amalanmu.

    Pada hari di mana tidak berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang balik kepada Allah dengan hati yang (sejahtera).

    Tarbiyah Islamiyah berusaha menghi-dupkan jiwa supaya tidak mati,memakmurkannya supaya tidak binasa dan melembutkannya supaya tidak keraskerana hati yang keras dan akal yang beku merupakan satu kemungkaran yang perludiminta perlindungan Allah SWT daripadanya.

    Adapun Nabi SAW meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada ilmu yang

    tidak bermanfaat dan daripada hati yang tidak khusyu.

    Hati Yang Soleh.

    Baik buruk seseorang itu berpunca daripada hatinya. Tepat seperti yang telahdisabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:

    Ketahuilah di dalam jasad manusia terdapat seketul daging, jika baik ketulan itumaka baiklah seluruh jasadnya, tetapi jika rosak maka rosaklah seluruh jasadnya.

    Ketahuilah ia adalah hati.

    Oleh itu membaiki dan merawat hati daripada sebarang penyakit perlu diberi keutamaan.Jiwa perlu dibersihkan daripada sebarang syirik dan sifat yang tercela seperti hasad,ujub, takkabur, bakhil, cintakan dunia, menurut hawa nafsu dan sebagainya.

    Menurut Ibn Qaiyyim al-Jauzi, hati itu menjadi baik apabila ia mengenali Allah yangmenciptanya, nama-Nya, sifat-Nya, perbuatan-Nya dan peraturan-Nya. Hati yang sihatakan mengutamakan keredaan Allah dan mencintai apa yang disukai Allah sertamenjauhi segala tegahan dan perkara yang dimurkai-Nya.

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    19/23

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    20/23

    Dalam Surah An-Nisa, ayat 80 pula Allah berfirman yang bermaksud:

    Siapa yang mematuhi Rasul maka sesungguhnya ia mematuhi Allah.

    Berdasarkan kepada proses pembentukan dan pembangunan itu, maka langkah pertama

    ialah membersihkan jiwa anggota daripada ubudiyah kepada yang lain daripadaAllah swt sama ada dalam bentuk itiqad, ibadah dan syariat. Ummah yang dianggotaimereka yang sudah bersih hati dan jiwa sahaja yang dapat membangunkan masyarakatIslam.

    Ummah yang dibangunkan di atas dasar tauhid tidak dapat diwujudkan kecuali setelahtencapai suatu tingkat kekuatan yang mampu menghadapi cabaran dan tekananmasyarakat jahiliyah. Kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan aqidah, kekuatansyariah, kekuatan ahklak, kekuatan organisasi, kekuatan ilmu dan pelbagai jenis kekuatanyang diperlukan bagi menentang sistem jahiliyah atau sekurang-kurangnya mampumempertahankan diri daripada dikuasai jahiliyah.

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    21/23

    Dunia islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramaloleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya:

    "Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yangmengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat islamyang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun didalam hati musuh terhadap kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu yaRasulullah. Jawab baginda "cintakan dunia dan bencikan akhirat".

    Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini mencecah lebih 1 billion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran dimuka bumi ini; kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yanglumayan.

    Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukannegara dan sekaligus memartabatkan Islam sehingga disegani seantero dunia.Persoalannya ialah Kenapa faktor-faktor ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kinimenjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam? Sebaliknyamusuh Islam yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh menjalankan pelbagaistrategi melumpuhkan dan memporak-perandakan negara Islam.

    Hasil kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit oleh musuh Islam. Negara Iraq yangkaya dengan sumber minyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak sendiri

    pun tak boleh dijual untuk kegunaan rakyat. Kekayaan yang mereka perolehi hasil buminegara Islam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata untuk membunuh umatislam.

    Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan kepada duniamengatasi kecintaan kepada akhirat. Apabila kecintaan ini meresap dan menjadi budayahidup umat, Allah memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masayang sama mencabut keberanian itu dalam hati orang Islam lalu digantikan dengan

    peasaan penakut: takut kepada musuh Islam.

    Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orang Mongol sepatutnya dijadikanteladan supaya peristiwa hitam ini tidak akan berulang kembali. Adakah faktor-faktor kejatuhan Baghdad mula meresap dalam masyarakat dewasa ini. Masalah rasuahsekarang semakin menjadi. Ia telah meresap dalam pelbagai organisasi kepimpinan.Keadaan begini memudahkan musuh Islam menggunakan wang ringgit untuk membeli

    pucuk pimpinan supaya tercapai hasrat mereka melumpuhkan umat Islam sendiri. Jikadibiarkan berleluasa bukan saja ekonomi umat islam merudum malahan negara juga turuttergadai.

    Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang? Sudahlah ekonomi lemah ditokok

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    22/23

    pula dengan pelbagai penyakit dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmi keruntuhanakhlak sekiranya media massa semakin galak menonjolkan isu-isu ganas dan seks. Isu

    pemulihan hanya sekadar melepas batuk di tangga dan seolah-olah 'lain sakit lain pulaubat yang diberi'.

    Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi lain bukan menjadi ubat gejalasosial dewasa ini malah menjadikannya lebih kronik. Babak-babak yang tidak sepatutnyaditonton sudah menjadi semakin lumrah dan video lucah pula dapat dibeli oleh sesiapasahaja. Bukankah ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang lebih dahsyat? Umat Islamkini tidak mempunyai ketahanan dan iman yang kuat untuk menangkis serangan yanghebat ini. Semua ini adalah antara strategi dan perancangan musuh Islam yang tidak akanredha terhadap perkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akan berlaku

    beberapa tahun lagi dengan kemunculan teknologi IT yang semakin canggih.

    Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan Nasrani sekali-kali tidak redhaterhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut carahidup mereka."

    Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yang banyak. Manusia lebih suka kekilang daripada masjid. Kilang diimarahkan siang dan malam tetapi masjid menjadilengang,cuma diimarahkan dengan karpet dan keceriaan. Bukankah ini juga perancanganmusuh islam? Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi masjid dan berkejaran kekilang.

    Dalam hadith tadi, Nabi memberi 2 faktor berlakunya begini: cintakan dunia dan bencikepada mati. Umat Islam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat bertemudengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabungtenaga memerangi musuh Islam. Mereka tidak takut menghadapi mati. Sebaliknyamasyarakat Islam hari ini takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggapmenyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukan dan sedikitnya amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihadmemperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis.

    Oleh itu, sama-samalah kita menginsafi diri dan bertaubat di atas segala keterlanjuranyang kita lakukan. Hanya dengan kembali kepada Allah, segala penyakit akan terubat,insyaallah.

  • 8/8/2019 Persaudaraan Ansar Da Muhajirin

    23/23