permainan kecil aci patung

Upload: yayat

Post on 30-May-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Permainan Kecil Aci Patung

    1/2

    Permainan Kecil Aci Patung

    Aktiviti dibawah menunjukkan prosedur pelaksanaan untuk murid tahap 1 yang

    mengambil masa sekurang-kurangnya 5 minit . Prosedur pelaksanaan aktiviti ini

    boleh digunakan sebagai pengajaran awal dan penambahbaikan boleh dilakukan

    bagi pengajaran selanjutnya.

    Prosedur pelaksanaan :-

    Murid perlu mempelajari untuk memberi respons yang sepatutnya apabila

    wisel dibunyikan ( murid dikehendaki berhenti daripada melakukan apa

    sahaja aktiviti yang sedang dilakukan dan bersedia untuk mendengar arahan

    seterusnya )

    Murid perlu mengetahui kawasan aktiviti yang disediakan melalui pengajaran

    sebelumnya dengan membuat penanda pergerakan ( menanda kawasan

    aktiviti ( checkpoint) seperti skitel dan gelung rotan )

    Peralatan : Skitel , gelung rotan, wisel dan kapur lukisan

    Masa Aktiviti Catatan

    1 minit Setiap murid dibahagikan

    dalam beberapa

    kumpulan kecil

    Setiap pelajar perlu dibahagikan dalam beberapa

    kumpulan yang sama rata. Bagi mengelakkan

    pelajar daripada berteraburan dan keliru ketika

    aktiviti dilaksanakan.

    30 saat Melakukan undian secara

    adil melalui undian Lai lai

    li tam plong

    Undian Lai lai li tam plong diadakan untuk

    mengelakkan rasa tidak puas hati murid.

    Seorang murid akan dijadikan Aci patung atau

    ketua.30 saat Menggunakan perkataan

    A,E,I,O,U sebagai arahanuntuk murid bergerak

    secara perlahan

    Murid dikehendaki bergerak kearah ketua apabila

    ketua memberi arahan A,E,I,O,U. Pergerakanbebas dilakukan oleh murid. Ini boleh mengasah

    minda murid untuk mengeja.1 minit Memberi arahan yang

    ditentukan mengikut

    kehendak ketua.

    Perkataan boleh dipilih

    mengikut benda,

    binatang atau

    pergerakan bebas.

    Ketua akan mengarahkan murid membuat

    pergerakan yang akan diarahkan secara

    rambang. Murid perlu sentiasa bersedia untuk

    mendengar arahan. Sekiranya tidak mendengar

    arahan yang diberikan, murid itu perlu menjadi

    ketua sebagai denda.

    1 minit Ketua akan menoleh

    kebelakang secara

    pantas apabila selesai

    memberi arahan.

    Ketua akan mengenalpasti murid melakukan

    arahan yang diberikan. Ketika ini murid dalam

    keadaan kaku dalam melakukan pergerakan

    tertentu. Ketua boleh melakukan apa sahaja cara

    untuk menggagalkan murid daripada bertahan

    ketika dalam keadaan kaku.1 minit Murid akan menyentuh

    bahu ketua dan bersedia

    untuk dikejar

    Setelah murid menghampiri ketua, murid akan

    menyentuh bahu ketua dan bersedia untuk

    berlari. Ketua akan mengejar murid dan

    menangkapnya untuk dijadikan ketua untuk

    permainan berikutnya.

  • 8/14/2019 Permainan Kecil Aci Patung

    2/2

    PERMAINAN KECIL TANPA ALATAN

    ACI PATUNGPENSYARAH

    PUAN RUSINAH BT MAHMOOD

    AHLI KUMPULAN J 2.3

    NOOR AZREENA BT A. AZIZ

    NOR ATIKAH BINTI SIDI HAMAT

    SITI HAJARAT BT RAMLY

    SYAFIQAH BINTI MOHD SALEH

    NURAISYAH ADNIE BT ABD. RAHMAN