perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

21
Kajian Geografi 2013 Tema : Pengangkutan dan Perhubungan Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Darat/Air/Udara terhadap alam sekitar

Upload: nur-syafika

Post on 29-Nov-2014

14.320 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

Kajian Geografi 2013

Tema : Pengangkutan dan

Perhubungan

Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Darat/Air/Udara terhadap

alam sekitar

Page 2: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

Objektif Kajian

Berikut adalah objektif-objektif yang ditentukan dalam

melaksanakan kerja kursus ini.

(a) menyatakan sistem pengangkutan.

(b) menerangkan tentang perkembangan sistem pengangkutan di Kajang.

(c) mengkaji kesan-kesan perkembangan sistem pengangkutan di

kawasan kajian.

(d) menyenaraikan langkah-langkah mengatasi kesan perkembangan

sistem pengangkutan.

Page 3: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

Kaedah Kajian

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut :

(a) Pemerhatian : Kami membuat pemerhatian terhadap sistem

pengangkutan di Kajang

(b) Temu bual : Saya mengumpulkan maklumat tentang kawasan

Kajang daripada pegawai Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) serta

mengumpulkan maklumat secara lisan dengan menemu bual

beberapa orang penduduk tempatan.

(c) Rujukan ke perpustakaan : Saya membuat rujukan di Pepustakaan

Awam Kajang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang

kawasan Kajang.

Page 4: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

Hasil Kajian

Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara

pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2007). Pengangkutan terbahagi kepada beberapa

jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat, pengangkutan melalui jalan

air dan pengangkutan melalui jalan udara.

Menurut Katiman Rostam (2002), pengangkutan dapat diertikan

sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep

pengangkutan boleh dikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan

bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia

digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan mempunyai

sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke

atas setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut

ialah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor,

Page 5: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang

lain seperti ‘hovercraft’.

Kajang kawasan sering dikunjungi oleh ramai penduduk

Selangor kerana barang-barang di situ sudah hampir lengkap.

Tambahan, Kajang kini sudah berkembang pesat. Banyak kemudahan

awam seperti komuter, bas awam dan pelbagai lagi sudah berkembang

mengikut prestasi ekonomi.

Contoh pengangkutan

Page 6: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

Banyak perkembangan sistem

pengangkutan di Kajang

ini.Antaranya, pengangkutan awam

seperti komuter. Di kala dulu,

penduduk Kajang hanya menggunakan kereta api. Sekarang, mereka

sudahpun menggunakan komuter. Komuter ini lebih bertahan untuk

destinasi yang lebih jauh dan boleh membawa penumpang yang ramai

berbanding dengan kereta api. Komuter juga tiada masalah lalu lintas

dan juga tiada kesesakan jalan.

Selain itu, perkembangan pengangkutan dari segi kemudahan bas

juga sudah berkembang.Bas Kajang sudah lebih canggih dan lebih

cantik dipandang mata. Seterusnya,

jumlah bas juga sudah meningkat dan

‘air cond’ juga sudah ditambah pada

bas awam.

Walau bagaimanapun, apabila penduduk bertambah ramai,

kenderaan juga bertambah jumlahnya. Dengan ini, ia

Bas Kajang

Komuter Kajang

Page 7: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

menambahkan kesesakan lalu lintas dan

menyebabkan banyak kes kemalangan berlaku. Selain itu, alam sekitar

juga terjejas kerana perkembangan ini. Antaranya ialah pencemaran

udara, pencemaran bunyi dan pelbagai lagi.

Kesan perkembangan sistem pengangkutan di kawasan Kajang

banyak mempengaruhi alam sekitar dan juga ekonomi.Antara kesan

positifnya ialah kemudahan jalan raya di Kajang boleh meningkatkan

ekonomi penduduk. Selain itu, ia juga memudahkan untuk seseorang

pergi ke destinasi yang lain.

Peta jalan raya di Kajang

Page 8: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

Seterusnya, kemudahan komuter boleh mengangkut penumpang

ke destinasi yang jauh dengan lebih mudah. Ia juga akan mengurangkan

pencemaran kerana komuter menggunakan kuasa elektrik.

Peta komuter Kajang Lokasi komuter Kajang

Selain daripada kesan positif terhadap perkembangan sistem

pengangkutan di Kajang, terdapat juga kesan negatif. Antaranya ialah

kenderaan persendirian seperti motorsikal dan kereta akan memberikan

implikasi yang negatif dari segi penggunaan sumber tenaga, umpamanya

fosil yang dibakar oleh enjin kenderaan boleh mendatangkan dan

meningkatkan pencemaran udara dan seterusnya memberi impak negatif

kepada persekitaran. 

Page 9: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

Selain itu, masalah kesesakan lalu lintas yang dialami oleh

penduduk di bandar tidak seharusnya dibiarkan berterusan.Hal ini kerana

kesesakan lalu lintas boleh memberi gangguan kepada persekitaran dan

psikologi manusia terutamanya pada waktu puncak iaitu waktu pergi dan

pulang kerja.

Pencemaran yang disebabkan oleh kegiatan penduduk di Kajang

sama ada secara sengaja atau tidak sengaja seperti pelepasan gas-gas

beracun oleh kilang-kilang ke ruang udara, pembuangan sisa kumbahan,

asap dari kenderaan, pemusnahan dan pembakaran hutan serta aktiviti

yang berkaitan dengan pengaruh manusia. Hal ini secara tidak langsung

adalah kesan daripada kepesatan pembangunan dan kemajuan sistem

pengangkutan di negara kita.

Akhir sekali, kesan perkembangan sistem pengangkutan di Kajang

adalah pertambahan kenderaan di kawasan bandar Kajang menghasilkan

bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang

tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya selalu

mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka akan

6

Page 10: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

terganggu.Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan juga lebuh

raya juga boleh menghasilkan bunyi bising yang kuat.

Penjagaan alam sekitar adalah sangat penting bagi mengelakkan

masalah besar yang akan timbul kemudian hari. Jika alam sekitar tidak

dijaga dan dipelihara dengan betul, hal ini boleh memberi masalah

kepada masyarakat dan hidupan lain. Oleh itu, langkah pencegahan dan

pengawalan telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi menjamin

kualiti udara di Kajang. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh

dilakukan adalah dengan mengelakkan penggunaan klorofluorokarbon

(CFC) dan melalui perundangan dan penguatkuasaan.

Pencemaran udara Kesesakan lalu lintas

Page 11: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

  Dalam usaha mengawal pencemaran, kerajaan telah membuat

beberapa peraturan dan kaedah. Dalam konteks pencemaran udara yang

disebabkan oleh kenderaan bermotor, peraturan-peraturan yang

ditetapkan boleh didapati dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam

Sekeliling.

Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara

dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan.

Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas

Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak

hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakan lalu lintas. Penggunaan

alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator

udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Dengan ini kita dapat

mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu

kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Page 12: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat

tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah

satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar

daripada tercemar. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun

berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar di samping memberi

kesan yang positif terhadap kesihatan kita. Alam sekitar yang bersih dan

terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi

menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

Akhir sekali, penggunaan petrol tanpa plumbum harus

diwajibkan oleh pihak berkuasa.Kempen menggalakkan menggalakkan

penggunaan ‘Catalytic converter’ wajar dijalankan.Alat ini dapat

menukar gas karbon monoksida kepada gas dioksida. Tambahan juga,

mencipta kereta menggunakan tenaga solar juga boleh membantu alam

sekitar ini.

Page 13: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

Rumusan

Di kawasan kajian ini, iaitu Kajang banyak berlaku kesan-kesan

akibat perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar. Tambahan

lagi, Kajang kini sudah berkembang pesat. Banyak kenderaan dan

pengangkutan sama ada persendirian atau pengangkutan awam. Jadi,

orang ramai mudah untuk bergerak dari destinasi ke destinasi yang lain.

Namun begitu, akibat banyak berlaku kesan-kesan daripada

perkembangan tersebut terhadap alam sekitar. Kesannya ialah

pencemaran udara, pencemaran udara, pemanasan global dan kesesakan

lalu lintas. Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah

dengan berkongsi kenderaan, tidak menggunakan penghawa dingin dan

menggunakan kenderaan berpetrol tanpa plumbum. Oleh itu, dengan

Page 14: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

usaha-usaha tersebut dapatlah kita mengekalkan alam sekitar yang

nyaman dan bersih.

Rujukan

Kamus Dewan dan Pustaka 2007

Buku teks

http://bubblemerahjambu.blogspot.com/2012/01/perkembangan-

dan-kepentingan.html

Page 15: Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)