pengumpulan data kualitatif (sampling)

30
DR. WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS BIN WAN KHAIRULDIN FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN PENGUMPULAN DATA KUALITATIF (sampling)

Upload: wmkfirdaus

Post on 26-Jul-2015

5.243 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

DR. WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS BIN WAN KHAIRULDIN

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

PENGUMPULAN DATA

KUALITATIF(sampling)

Page 2: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Data kualititatif

*Berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati

Page 3: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

terhasil dr tiga jenis data :

*Hasil pemerhatian: uraian terperinci tentang situasi, kejadian, interaksi, dan tingkah laku yang diamati di lapangan.

*Hasil pembicaraan: kutipan langsung dari pernyataan orang-orang tentang pengalaman, sikap, keyakinan, dan pemikiran mereka dalam kesempatan temubual mendalam

*Bahan tertulis: petikan atau keseluruhan dokumen, surat-menyurat, rakaman, dan kes sejarah.

Page 4: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Pertimbangan pemilihan teknik PD

*Kecukupan informasi

*Efisiensi: waktu, akses dan kos.

*Pertimbangan etika

Page 5: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Sampel*kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji.

*kumpulan kecil daripada populasi yang menjadi sasaran penyelidik untuk melakukan penyelidikan. *Sampel adalah anggaran

*Perbezaan antara anggaran sampel dengan populasi sebenar adalah ‘ralat persampelan’

Page 6: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Sampling

Contohnya, jika sebuah UniSZA mempunyai 7800 orang mahasiswa (populasi), manakala 367 orang mahasiswa drpd kumpulan itu yang dipilih untuk suatu penyelidikan (sampel).

Page 7: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Page 8: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Sampling dalam penyelidikan

*Terdapat dua jenis prosedur persampelan iaitu:*Persampelan kebarangkalian (secara rawak) - Kuantitatif

*Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak) - kualitatif

Page 9: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Populasi

Page 10: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Populasi

*Populasi ialah kumpulan yang lebih besar yang akan memperoleh manfaat daripada dapatan.

*POPULASI SASARAN - populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan asas untuk membuat generalisasi. Jarang diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi pilihan ideal.

*POPULASI CAPAIAN - populasi pilihan realistik kerana kebanyakan pengkaji dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan kajian.

Page 11: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Contoh persampelan populasi

*“Kesan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar terhadap Pencapaian CGPA Pelajar Pengajian Islam di Terengganu.

*Populasi sasaran: semua pelajar pengajian Islam di Terengganu

*Populasi capaian: semua pelajar pengajian Islam UniSZA

*Sampel: 25% daripada pelajar pengajian Islam UniSZA

Page 12: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

* Jenis-jenis Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak) - kualitatif

*Persampelan Mudah (Convenience Sampling)

*Persampelan Tujuan (Purposive Sampling)

*Persampelan Kuota (Quota Sampling)

*Persampelan Dimensional

*Persampelan Kes Kritikal

*Persampelan Variasi maksimum

*Persampelan Bola Salji (Snow ball sampling)

Page 13: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Persampelan Mudah (Convenience Sampling)

*Persampelan mudah dikenali juga sebagai persampelan secara kebetulan atau presampelan kesediaan.

*Pengkaji memilih mana-mana subjek yang ditemuinya, yang paling dekat dengannya.

*Persampelan jenis ini biasanya digunakan dalam temu bual.

*Kelemahan: tidak dapat menganggarkan ralat persampelan kerana prosedur persampelan mudah bukan merupakan persampelan rawak.

Page 14: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Contoh

*Kajian keberkesanan seminar pengukuhan bahasa arab

*Pengkaji menemu bual 10 orang peserta, iaitu peserta-peserta yang paling dekat dengannya yang ditemuinya (lingkusan tempat duduk hadapan).

*Kebarangkalian peserta-peserta yang dipilih adalah berbeza (walaupun tidak mempunyai apa-apa kriteria pemilihan responden dan pemilihan tidak dibuat secara sengaja)

Page 15: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Page 16: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Persampelan Tujuan (Purposive Sampling)

*Prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan pengkaji.

*Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya dipilih oleh pengkaji sebagai responden.

*Kelemahan: Bukan sampel rawak dan hasil kajian tidak dapat digeneralisasi kepada seluruh populasi pelajar di sekolah kerana tidak mewakili semua pelajar dalam populasi berkenaan (mewakili kumpulan subjek kajian yang dipilih sahaja).

Page 17: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

*Contoh

*Kajian tentang kesedaran pelajar-pelajar sekolah tentang akibat buruk merokok

*Subjek-subjek kajian yang merokok sahaja yang dipilih sebagai responden.

*Pengkaji telah memilih subjek kajian berdasarkan tujuan atau kehendaknya.

*Dalam kes ini, responden-responden kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merokok, yang tidak mewakili seluruh populasi pelajar di sekolah.

Page 18: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Page 19: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Persampelan Kuota (Quota Sampling)*Juga dikenali sebagai persampelan rawak berlapis

yang bukan kebarangkalian.

*Pengkaji memilih subjek berdasarkan kategori-kategori yang dianggap wujud dalam populasi.

*Dilakukan ke atas  kumpulan subjek tertentu (persampelan bertujuan), oleh itu, responden kajian merupakan subjek-subjek berlapis yang dipilih secara kebetulan. Dengan erti kata lain, pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-kuota yang dikategori oleh pengkaji.

*Subjek dipilih secara kebetulan sehingga bilangan bagi satu kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi

Page 20: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

*contoh*Kajian pendapat mahasiswa tentang keberkesanan program minggu bahasa arab di UniSZA.

*Pengkaji membahagikan mahasiswa kepada dua kategori iaitu kategori mahasiswa yang sering bertutur dalam BA (tiga atau lebih seminggu) dan kategori mahasiswa yang kurang sering bertutur dalam BA (kurang dari tiga kali seminggu).

*Pengkaji memilih 30 orang mahasiswa (kuota) untuk setiap kategori berdasarkan responden terawal.

*Kelemahan: walaupun pengkaji memilih peratusan tertentu subjek dalam setiap kategori, pemilihan tidak dibuat secara rawak atau ralat persampelan tidak dapat dianggarkan. (Tidak boleh digeneralisasikan)

Page 21: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Persampelan Dimensional

*Biasanya digunakan dalam kajian kes.

*Hanya sebilangan kecil subjek mempunyai ciri-ciri khas yang diminati pengkaji, dijadikan sebagai responden kajian.

*Digunakan untuk mengurangkan masalah saiz sampel dalam prosedur persampelan kuota.

*Pengkaji mengenal pasti ciri-ciri (faktor-faktor atau variabel bebas) yang diminati dalam populasi dan memilih sekumpulan kecil (sekurang-kurangnya seorang) responden yang mempunyai semua ciri tersebut.

Page 22: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

*contoh*Dalam kajian kes, pengkaji ingin mengetahui pandangan pegawai-pegawai lelaki dan perempuan sebuah organisasi yang bertaraf pekerjaan yang tetap, sementara dan kontrak. Jadual di bawah menunjukkan subjek yang dipilih dengan prosedur persampelan dimensional.

* Berdasarkan jadual di atas, subjek bagi setiap kumpulan responden dipilih berdasarkan pemilihan secara kebetulan, iaitu subjek yang mempunyai ciri-ciri tersebut yang ditemui dahulu dipilih sebagai responden kajian.

Page 23: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Persampelan Kes Kritikal

*Digunakan apabila kajian dilakukan ke atas kes-kes yang spesifik, yang melibatkan tingkah laku yang aneh, luar biasa atau jarang dijumpai.

*Biasanya digunakan untuk kajian kualitatif

*Untuk memahami dan mempelajari secara mendalam tentang sesuatu yang berlaku secara serius, yang mendatangkan kesan kepada masyarakat.

*Sampel kes kritikal yang digunakan juga dikenali sebagai sampel kes ekstrim.

Page 24: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

*Contoh

*seorang pelajar UniSZA mengalami kecederaan di padang bola

*beberapa mahasiswa unisza terpaksa berpindah kerana kawasan yang didiami ditenggelami banjir

*cara seorang mahasiswa mencapai kejayaan walaupun merupakan individu yang kurang upaya

Page 25: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Persampelan Variasi maksimum

*Individu atau kumpulan dipilih untuk mewakili tahap terendah dan tahap tertinggi dalam sesuatu variabel (atau ciri) yang mempunyai nilai selanjar.

*Contoh: kajian yang bertujuan untuk menyelidik perhubungan antara tahap IQ dan adab dengan guru. Sampel dipilih daripada mahasiswa tahap IQ tertinggi dan mahasiswa tahap IQ terendah di UniSZA dipilih sebagai sampel variasi maksiimum dalam

Page 26: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

* Persampelan Bola Salji (Snow ball sampling)

*prosedur persampelan iaitu responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kajian.

*Digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama.

*Pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau diberi soal selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama.

*Sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian tidak diperoleh, terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif, atau tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Page 27: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

*Contoh*Kajian yang dilakukan ke atas mahasiswa FKI yang didapati melakukan jenayah akademik (meminta rakan menjawab kuiz & membantu kawan yang tidak hadir untuk menjawab kuiz)

*Pengkaji tidak mengetahui keseluruhan pelajar yang terlibat.

*Setelah ditemubual responden pertama, pengkaji meminta responden menamakan pelajar lain yang terlibat (responden seterusnya)

*Walaupun prosedur persampelan ini tidak melibatkan pemilihan rawak, ia sesuai digunakan pada keadaan-keadaan di mana prosedur persampelan lain tidak sesuai digunakan.

Page 28: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Page 29: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Page 30: Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)

Tamat slide 1