penggambaran filem bujang lapok (kiri) – foto-foto mudd ... bh pg 10.pdf · “sekarang kita...

1
Oleh NURUL ‘AIN RAZALI DI sini, kasut ditanggalkan se- belum memasuki rumah dan hida- ngan popular ketam bercili dima- sak dengan kulitnya sekali. Warga Chile, sebaliknya, me- ngenakan kasut sehingga ke da- lam rumah dan memasakan maka- nan laut tanpa kulit yang keras. Jurang budaya antara masyara- kat Singapura dan negara Ameri- ka Latin itu begitu ketara. Terpisah lebih 16,000 kilome- ter jauh, tidak menghairankan ji- ka kita hanya setakat tahu kewuju- dan masyarakat yang satu lagi itu tetapi tidak mengenali budaya dan cara hidup satu sama lain. Namun, seorang anggota Persa- tuan Keusahawanan Universiti Nasional Singapura (NES), Encik Muhammad Imran Mustapha, 23 tahun, terkesan apabila beliau di- terima sebuah keluarga Chile de- ngan tangan terbuka. “Keluarga Rodolfo sangat pri- hatin tentang pemakanan dan ghairah ingin memahami latar be- lakang, budaya dan agama kita. Mereka ingin tahu tentang kom- pas kiblat. Dan ada sebuah masjid di sana. “Keberadaan saya mungkin se- kali gus memupuk persefahaman antara warga Chile dengan kita ke- rana tidak ramai tahu akan kehadi- ran masyarakat Muslim di Chile dan adat mereka,” ujar mahasis- wa tahun ketiga kejuruteraan bio- molekular dan kimia itu. Beliau, bersama sembilan lagi anggota NES, mengunjungi Chile tahun lalu di bawah satu projek kendalian NES, Isage. Menurut satu kenyataan NES, Isage menyediakan platform bagi rangkaian sosial dan program per- tukaran antara NUS dan universi- ti di Barat. NES bekerjasama dengan Uni- versiti Katolik Pontifikal Chile (PUC) dan Universiti Princeton di Amerika Syarikat bagi tahun aka- demik 2010/2011. “Perjalanan ini bukan sekadar satu pertukaran budaya. Saya ka- gum dan tersentuh oleh layanan mereka. Usaha ini merapatkan la- gi hubungan antara dua universiti ini dan persatuan keusahawanan- nya. “Ini pengalaman bernilai kera- na saya dapat meneroka sisi sosial dan ekonomi Chile. Saya seka- rang lebih memahami iklim keusa- hawanan, prasarana dan soko- ngan dalam kawasan Amerika Lat- in,” ujar Encik Imran. Baru-baru ini pula, sekumpu- lan 11 pelajar PUC berpeluang menerokai budaya Singapura dan Asia apabila mereka berkunjung ke sini bagi acara iConnect ’11. Anjuran NES, Isage dan BizA- sia, iConnect ’11 merupakan pro- gram seminggu – dari 19 hingga 25 Januari lalu – yang bertujuan mendedahkan usahawan belia dan pelajar kepada dunia keusa- hawanan antarabangsa serta men- jalinkan hubungan kerja. Peserta menjalani siri bengkel, ceramah dan sesi menjalin rangkai- an bersama usahawan lain dan syarikat-syarikat media sosial, ke- usahawanan sosial dan e-pernia- gaan. Ketika ditemui, pengarah Isage Chile, Cik Sophia Brañes Vidal, 22 tahun, berkata kumpulannya tidak mempunyai sebarang masa- lah kecuali perbezaan bahasa se- masa di sini. Menurut mahasiswi tahun keti- ga PUC dalam bidang kejurutera- an perindustrian itu, bahasa Ingge- ris merupakan bahasa kedua ma- syarakat Chile, yang lebih banyak bertutur dalam bahasa Sepanyol Chile. Namun, perbezaan itu bukan penghalang bagi dua pihak itu berusaha menjalinkan hubungan erat hingga akhir hayat, ujarnya. “Saya rasa penubuhan pro- gram pertukaran secara formal an- tara PUC dan NUS memang baik. Pasaran Asia dan Chile besar. Pa- da masa depan kedua-duanya bo- leh saling melengkapi. “Sekarang kita harus mengam- bil langkah pertama untuk menja- lin hubungan kerja dan menjadi yang pertama di dunia menubuh- kan hubungan (antara Amerika Latin dan Asia) sebegini,” ujar Cik Vidal. Nota: Penulis mahasiswa Universiti RMIT, Australia (SIM Global Education). Tersentuh oleh layanan mesra di Chile Kampus MENJALIN HUBUNGAN: Mahasiswa Singapura berkunjung ke Chile di bawah program pertukaran persatuan keusahawanan pelajar NUS dan PUC lewat tahun lalu. – Foto ihsan MUHAMMAD IMRAN MUSTAPHA

Upload: dangdieu

Post on 22-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: penggambaran filem Bujang Lapok (kiri) – Foto-foto MUDD ... BH Pg 10.pdf · “Sekarang kita harus mengam- ... Dulu dan sekarang: ... putar dan radio usang serta barang-barang yang

Oleh NURUL ‘AIN RAZALI

DI sini, kasut ditanggalkan se-belum memasuki rumah dan hida-ngan popular ketam bercili dima-sak dengan kulitnya sekali.

Warga Chile, sebaliknya, me-ngenakan kasut sehingga ke da-lam rumah dan memasakan maka-nan laut tanpa kulit yang keras.

Jurang budaya antara masyara-kat Singapura dan negara Ameri-ka Latin itu begitu ketara.

Terpisah lebih 16,000 kilome-ter jauh, tidak menghairankan ji-ka kita hanya setakat tahu kewuju-dan masyarakat yang satu lagi itutetapi tidak mengenali budayadan cara hidup satu sama lain.

Namun, seorang anggota Persa-tuan Keusahawanan UniversitiNasional Singapura (NES), EncikMuhammad Imran Mustapha, 23tahun, terkesan apabila beliau di-terima sebuah keluarga Chile de-ngan tangan terbuka.

“Keluarga Rodolfo sangat pri-hatin tentang pemakanan danghairah ingin memahami latar be-lakang, budaya dan agama kita.Mereka ingin tahu tentang kom-pas kiblat. Dan ada sebuah masjiddi sana.

“Keberadaan saya mungkin se-kali gus memupuk persefahamanantara warga Chile dengan kita ke-rana tidak ramai tahu akan kehadi-ran masyarakat Muslim di Chiledan adat mereka,” ujar mahasis-wa tahun ketiga kejuruteraan bio-molekular dan kimia itu.

Beliau, bersama sembilan lagianggota NES, mengunjungi Chiletahun lalu di bawah satu projekkendalian NES, Isage.

Menurut satu kenyataan NES,Isage menyediakan platform bagirangkaian sosial dan program per-tukaran antara NUS dan universi-ti di Barat.

NES bekerjasama dengan Uni-versiti Katolik Pontifikal Chile(PUC) dan Universiti Princeton diAmerika Syarikat bagi tahun aka-demik 2010/2011.

“Perjalanan ini bukan sekadarsatu pertukaran budaya. Saya ka-gum dan tersentuh oleh layananmereka. Usaha ini merapatkan la-gi hubungan antara dua universitiini dan persatuan keusahawanan-nya.

“Ini pengalaman bernilai kera-na saya dapat meneroka sisi sosialdan ekonomi Chile. Saya seka-rang lebih memahami iklim keusa-hawanan, prasarana dan soko-ngan dalam kawasan Amerika Lat-in,” ujar Encik Imran.

Baru-baru ini pula, sekumpu-lan 11 pelajar PUC berpeluangmenerokai budaya Singapura danAsia apabila mereka berkunjungke sini bagi acara iConnect ’11.

Anjuran NES, Isage dan BizA-sia, iConnect ’11 merupakan pro-gram seminggu – dari 19 hingga25 Januari lalu – yang bertujuanmendedahkan usahawan beliadan pelajar kepada dunia keusa-hawanan antarabangsa serta men-jalinkan hubungan kerja.

Peserta menjalani siri bengkel,ceramah dan sesi menjalin rangkai-an bersama usahawan lain dansyarikat-syarikat media sosial, ke-usahawanan sosial dan e-pernia-gaan.

Ketika ditemui, pengarah IsageChile, Cik Sophia Brañes Vidal,22 tahun, berkata kumpulannyatidak mempunyai sebarang masa-lah kecuali perbezaan bahasa se-masa di sini.

Menurut mahasiswi tahun keti-ga PUC dalam bidang kejurutera-an perindustrian itu, bahasa Ingge-ris merupakan bahasa kedua ma-syarakat Chile, yang lebih banyakbertutur dalam bahasa SepanyolChile.

Namun, perbezaan itu bukanpenghalang bagi dua pihak ituberusaha menjalinkan hubunganerat hingga akhir hayat, ujarnya.

“Saya rasa penubuhan pro-gram pertukaran secara formal an-tara PUC dan NUS memang baik.Pasaran Asia dan Chile besar. Pa-da masa depan kedua-duanya bo-leh saling melengkapi.

“Sekarang kita harus mengam-bil langkah pertama untuk menja-lin hubungan kerja dan menjadiyang pertama di dunia menubuh-kan hubungan (antara AmerikaLatin dan Asia) sebegini,” ujarCik Vidal.

Nota: Penulis mahasiswaUniversiti RMIT, Australia(SIM Global Education).

Asal-usul orang Melayu:Pameran di tingkat satu ini diiringi dengan

lagu instrumental yang melontar anda kemba-li ke era permulaan tamadun Melayu di Singa-pura. Anda akan kagum dengan pameran be-raneka jenis kapal dan kolek yang digunakanorang Melayu pada satu masa dahulu.

Di ruang ini anda akan juga mendalami pe-ngaruh Islam dalam dunia Melayu, yang diwa-kili dengan artifak kitab Al-Quran tulisan ta-ngan dan surat-surat dalam tulisan Jawi.

Tentu sekali, anda dapat menikmati khaza-nah purba di ruang ini dalam suanan kehidu-pan kampung yang begitu bercanggah dengankehidupan moden kita masa ini.

Tokoh Melayu terkenal:Di tingkat dua, tokoh Melayu terkenal dari

era 1950 hingga 1970-an diiktiraf dalam pa-meran ini. Anda boleh membaca kisah hiduppenulis lagu kebangsaan, Allahyarham ZubirSaid, presiden pertama Singapura, Allahyar-ham Yusof Ishak, dan seniman P. Ramlee.

Bahkan anda boleh menjejakkan kaki keset penggambaran filem Bujang Lapok.

Dulu dan sekarang:Di ruangan ini golongan lebih muda akan

seronok membaca trivia seperti adat pengan-tin pada satu masa dahulu. Tahukah anda pen-gantin lelaki akan duduk di bahu pengiringlelakinya apabila bertandang ke rumah pe-ngantin perempuan?

Golongan lebih tua pula akan tersenyummengenangkan zaman muda mereka... mung-kin mereka turut melalui adat-adat itu.

Selain ruang budaya, anda boleh melihatpelan rumah kampung dan perkakas rumahzaman lampau seperti lampu colok, rehalberukir dan langsir corak ‘retro’.

Sejarah moden:Ruang ini mungkin yang paling mudah di-

kenali kebanyakan pelawat. Ia menampilkankenangan 1970-an, lengkap dengan kedai ma-mak dan kedai runcit yang menempel di ru-mah kedai.

Peralatan ikonik, seperti buku nota 555,tiub ubat berus gigi Colgate dan rokok-rokoktin lama, antara artifak yang menarik perha-tian pengunjung.

Ia turut memuatkan ruang pameran repli-ka sebuah flat HDB lengkap dengan telefonputar dan radio usang serta barang-barangyang sekarang hanya tinggal kenangan.

Nota: MUDD & NADD pasangan perancangacara kreatif. Ikuti saranan kegiatan merekadi laman www.SGThingsToDoToday.com.

Kenali Melayu Dulu

Tersentuh olehlayanan mesra di Chile

Apa: Rumah Terbuka TamanWarisan Melayu:Bila: 1-30 April1 - 6 petang (Isnin)dan 10 pagi – 6 petang(Selasa-Ahad)Di mana: Taman WarisanMelayu (Sebelah Masjid Sultan)Keterangan lanjut: Khidmatpemandu pelawat disediakandari Khamis hingga Ahad.Lungsurwww.malayheritage.org.sg bagiketerangan lanjut.

Teroka

SILA MASUK

TamanWarisanMelayu (TWM)arkib danpenyimpankhazanahMelayuSingapura.

Dibuka 2005,ia akanmenjalaniubah elokbulan depan.

Sebelum itu,sepanjangbulan ini TWMmengadakanrumahterbuka. –Laporan olehMudd & Nadd

Corak hidup dan tokohlama masyarakat

dipapar buat pelawat

Kampus

MENJALIN HUBUNGAN: Mahasiswa Singapura berkunjung ke Chile di bawah program pertukaran persatuankeusahawanan pelajar NUS dan PUC lewat tahun lalu. – Foto ihsan MUHAMMAD IMRAN MUSTAPHA

KENANG ZAMAN DULU: Antara yang boleh diterokai di rumah terbuka TWM ialah replika rumah kampung Melayu zaman dulu, setpenggambaran filem Bujang Lapok (kiri), dan replika kedai mamak lama yang menempel di rumah kedai. – Foto-foto MUDD & NADD

10 Berita Harian10 Selasa, 19 April 2011 rancak