pengaruh ibnu sina terhadap falsafah barat

23
TAJUK TUGASAN: PENGARUH IBNU SINA TERHADAP FALSAFAH BARAT ISI KANDUNGAN BI L TAJUK M/S 1. 0 PENGENALAN 1 2. 0 PENTERJEMAHAN BUKU-BUKU IBNU SINA DI BARAT 1-3 3. 0 ALIRAN FALSAFAH IBNU SINA DALAM DUNIA KATOLIK 3-5 4. 0 AVICENNISM 5-7 5. 0 PEMBENTUK ILMU PSIKOLOGI 7-9 6. 0 ALIRAN IBNU SINA BERDIRI SENDIRI 9-10 7. 0 PENGARUH IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN DI BARAT 10-13 8. 0 KESIMPULAN 13-15 RUJUKAN 1

Upload: eyka2211

Post on 26-Dec-2015

127 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kajian terhadap pengaruh Ibnu Sina terhadap falsafah barat

TRANSCRIPT

Page 1: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

TAJUK TUGASAN:

PENGARUH IBNU SINA TERHADAP FALSAFAH BARAT

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUKM/S

1.0

PENGENALAN 1

2.0

PENTERJEMAHAN BUKU-BUKU IBNU SINA DI BARAT 1-3

3.0

ALIRAN FALSAFAH IBNU SINA DALAM DUNIA KATOLIK 3-5

4.0

AVICENNISM 5-7

5.0

PEMBENTUK ILMU PSIKOLOGI 7-9

6.0

ALIRAN IBNU SINA BERDIRI SENDIRI 9-10

7.0

PENGARUH IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN DI BARAT 10-13

8.0

KESIMPULAN 13-15

9.0

RUJUKAN 16

1.0 PENGENALAN

1

Page 2: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut mengenai pengaruh Ibnu Sina

terhadap falsafah Barat, adalah lebih baik jika kita melihat serba sedikit mengenai

latar belakang beliau. Ibnu Sina yang lebih dikenali di Barat dengan nama

“Avicenna” mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan

Ali bin Sina.1 Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi dan beliau telah

dilahirkan pada bulan Ogos tahun 375 H, di desa Afshanah berhampiran dengan

Kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Beliau juga merupakan ahli fizik dan

dan falsafah sains yang terkenal di Parsi. Pelajaran pertama yang diterima oleh

beliau pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang diperolehi

secara tidak formal. Ibnu Sina juga telah menguasai seluruh cabang ilmu

pengetahuan yang ada pada waktu itu. Pada zaman kanak-kanak, beliau dibimbing

dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, iaitu sahabat karib ayahnya, dan ayahnya

sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang

falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik,

fizik, kimia, sastera dan kosmologi.2 Walaupun beliau banyak mendapat gelaran,

namun gelaran yang biasa didengar ialah Syeikh al–Ra’is sementara di Barat beliau

digelar sebagai “Prince of Physicians”. Sebagai sarjana Islam yang berkaliber, di

samping kebesarannya dalam lapangan ilmu pengetahuan, beliau tetap teguh

menundukkan dirinya kepada Allah. Ibnu Sina telah meninggal dunia pada hari

Jumaat dalam bulan Ramadhan tahun 428 H bersamaan (1037 M) di Hamadan

sewaktu usianya berumur 58 tahun.

2.0 PENTERJEMAHAN BUKU-BUKU IBNU SINA DI BARAT

Ibnu Sina banyak meninggalkan hasil karya penulisannya, semuanya lebih

kurang dalam 200 buah karya di mana kebanyakannya dalam bahasa Arab dan

selebihnya adalah dalam bahasa Parsi. Antara bukunya yang terkenal ialah “As-

Syifa” (Penyembuhan), “Al-Qanun fi at-Tibb” (Peraturan-Peraturan dalam

kedoktoran) dan “Uyun al-Hikmah” (Mata Air Hikmah). Pengaruh Ibnu Sina di Barat

dapat dilihat dalam pelbagai bidang dan yang paling jelas adalah dalam ilmu

perubatan.

1 D. Slrojuddin Ar. , Ensiklopedia Islam, Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 1999, halaman 1672Ibid.

2

Page 3: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

Ibnu Sina amat berpengaruh dalam kebudayaan Eropah sebagai seorang

doktor perubatan. Buku Ibnu Sina “Book of Healing” diterjemahkan ke dalam

Bahasa Latin pada kurun ke-12 dan buku “Conan” juga diterjemahkan pada kurun

yang sama. Terjemahan-terjemahan ini menyebarkan pemikiran Ibnu Sina secara

meluas ke Barat. Pendapat beliau digabungkan dengan pendapat St. Augustine iaitu

ahli falsafah dan ahli Teologi Kristian yang merupakan pengasas dalam kebanyakan

pandangan sarjana-sarjana akademik terutamanya di sekolah “Franciscan”.3 Dalam

perubatan, “Canon” menjadi kuasa perubatan selama beberapa abad dan ilmu

perubatan Ibnu Sina tidak dapat dipertikaikan lagi dengan ahli perubatan Greek

yang terawal iaitu Hippocrates dan Galen. Penterjemah terkemuka Gerard Cremona

(1114-87) juga menterjemahkan buku yang berbahasa Arab ke Latin, semuanya

lebih kurang 92 buah karya Arab yang lengkap dan salah satu daripadanya ialah

karya Ibnu Sina sendiri iaitu “Canon” atau juga dikenali sebagai Kitab Perubatan.4

Pada abad 16M buku ini telah dicetak sebanyak 21 kali dan penulis-penulis Barat

telah menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Kedoktoran kerana beliau telah berjaya

menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta pengalaman

dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan juga pengalaman beliau sendiri.5

Melalui perkara ini kita dapat lihat dengan jelas bahawa pengaruh Ibnu Sina

sememangnya telah meluas jauh dan memberikan impak yang besar dalam dunia

Barat, terutamanya dalam bidang perubatan.

Pemikiran Ibnu Sina juga sedikit sebanyak telah mempengaruhi kemunculan

Universiti Paris sebagai pusat pembelajaran. Ia adalah antara salah satu sebab yang

penting yang membawa ke arah perkembangan bidang falsafah dalam abad ke-13.

Usaha-usaha mempelajari falsafah Aristotle serta sejarah besar ulasan-ulasan teks

yang dibuat oleh sarjana-sarjana Islam dari Baghdad dan Sepanyol dalam bidang-

bidang epistemologi, metafizik dan etika berasaskan pemikiran Ibnu Sina telah

berlaku. Buku perubatan Ibnu Sina iaitu ‘‘Qanun Fi al-Tib’’ dipelajari di Eropah

sehingga abad ke-17. Bukunya ‘‘Al Qanun fil Tabib’' telah diterbitkan di Rom pada

tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul

3 Zainal Abidin Ahmad, Ibnu Sina (Avicenna): Sarjana dan Filosoof Besar Dunia, Jakarta: Bulan Bintang, 1974, halaman 236-237 4 Ibid .5 Ibid .

3

Page 4: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

‘‘Precepts of Medicine’’.6 Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang

cetak dan digunakan oleh pelajar-pelajar perubatan. Dalam jangka masa tidak

melebihi 100 tahun, buku itu telah dicetak dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17,

buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali

dan Perancis. Buku “al-Syifa” oleh Ibnu Sina telah diterjemahkan dalam bahasa

Latin dan diterbitkan di bawah tajuk ‘‘Sufficientia Physicorum’’ di mana ahli pemikir

Barat Roger Bacon sering membuat rujukan.7

3.0 ALIRAN FALSAFAH IBNU SINA DALAM DUNIA KATOLIK

Pada permulaannya, ajaran-ajaran Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd telah diamalkan

di institusi pendidikan dan gereja-gereja. Dalam erti kata lain, pendeta-pendeta di

gereja dan sarjana-sarjana di institusi pendidikan telah mengamalkan atau

memegang aliran kedua-dua sarjana Islam itu tetapi pada masa tersebut juga kaum

gereja telah menghukum dan melarang ajaran-ajaran yang berkaitan dengan

sarjana Ibnu Rusyd diajarkan di gereja-gereja.8 Larangan tersebut merupakan

larangan pertama di Universiti Paris pada tahun 1228 oleh Bishop William of

Auvergene. Selepas larangan tersebut pihak gereja tidak menggunakan ajaran-

ajaran yang berkaitan dengan sarjana Islam Ibnu Rusyd.9Manakala, ajaran-ajaran

Ibnu Sina masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan gereja katolik.

Tambahan pula, aliran sarjana Ibnu Rusyd yang dikenali sebagai “Averroism”

telah mengalami kejatuhan dan alirannya hanya terdapat dalam kalangan para

sarjana.10 Manakala, di sebaliknya aliran Ibnu Sina telah menjadi suatu aliran yang

digunakan ramai bukan sahaja di institusi pendidikan tetapi juga diamalkan di

gereja-gereja juga. Selain itu, nama Ibnu Sina yang dikenali “Avicennism” telah

digabungkan dengan nama seorang tokoh yang dianggap suci dalam dunia katolik

6 Ibnu Muqqafa. Ensiklopedia Islam. Jilid 5. 1988. Hlm 166. Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan Ensiklopedia Malaysia.

7 Ibid. 8Zainal Abidin Ahmad, Ibnu Sina (Avicenna): Sarjana dan Filosoof Besar Dunia, Jakarta: Bulan Bintang, 1974, halaman 2419Ibid.10Ibid.

4

Page 5: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

yang bernama St. Augustine dan setelah kedua-dua nama ini bergabung telah

wujud suatu nama “Avicennian Augustianism”.11

Menurut seorang tokoh yang bernama Juryi, beliau telah mengatakan bahawa

terdapat tiga alasan bagi persoalan kenapa aliran Ibnu Sina mendapat tempat

dalam dunia katolik? Alasan yang pertama yang dikemukakan oleh Juryi adalah

terdapat suatu karya dalam lingkungan 100 tahun dan terdapat usaha dalam

menterjemahkan karya tersebut dan hasil penterjemahan telah berakhir dengan

reaksi yang tidak dijangkakan dari Bishop di Paris yang bernama Guillaume di

Auvergene yang banyak menyalahkan aliran Ibnu Rusyd (Averroism) dalam hasil

karyanya.12

Manakala alasan yang kedua pula, pada tahun 1231 masihi, dengan perintah

dari Bishop (Pontifical decree) telah membenarkan kajian Aristotle dan pengulas

arabnya. Hal ini telah berlangsung secara meluas sehingga tahun 1260 masihi di

mana ahli falsafah skolastik Albertus Magnus yang terlebih dahulu menghasilkan

sebuah karyanya yang terdiri daripada ahli-ahli falsafah dan guru Dominican St.

Thomas Aquinas. Yang terakhir pula, sarjana Ibnu Sina yang dimana telah diakui

posisinya dalam memutuskan pemikiran Thomas. Menurut pengulas Thomas

Aquinas, posisi Ibnu Sina telah memberinya satu reputasi yang tinggi di mana

falsafah Thomas masih digunakan dalam falsafah Barat sehingga kini.13

Tambahan pula, catatan-catatan dan doktrin-doktrin dari Ibnu Sina telah

muncul pada abad 14 masihi dalam komennya dalam sebuah buku falsafah yang

ditulis dengan samaran iaitu “Meister Eckhart” (1260-1327 masihi), Dominican yang

sezaman dengan Dante (1265-1321 masihi).14Disinilah telah wujud perbezaan

antara makhluk dengan essensi yang telah dimasukkan dalam pembentukan

Aristotle yang sebenar. Menurut Thomas Equinas, selepas kewujudan tersebut, Ibnu

Sina telah memasukkan kedalam pemikiran Barat yang rangkaiannya tidak dapat

dielakkan dari karya-karya dalam falsafah Tomism. 15

11Ibid, halaman. 242-24312Ibid.13Ibid.14Ibid.15Ibid, halaman 244

5

Page 6: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

Malah, “Avicennizing Augustianism” iaitu aliran Ibnu Sina, telah mempunyai

pengikut yang lebih besar dalam kalangan pihak gereja berbanding dengan

pengikut yang asal dari sarjana-sarjana institusi pendidikan.16 Pihak gereja juga

telah mengakui dan menerima Ibnu Sina dan menerima umat yang seagamanya di

Timur iaitu umat Islam. Menurut Arthur, Hyman Cs, mereka telah mendapati

bahawa di dalam dunia katolik, pelajaran mengenai Ibnu Sina adalah suatu

pelajaran yang sangat terkenal. Malah Etienne Gilson juga memberi maklumat

bahawa mereka mengatur kembali pengaruh falsafah yang tidak diatur dari abad 13

masihi.17Oleh itu, dalam dunia katolik pengaruh Ibnu Sina merupakan sangat

popular dan mempunyai pengaruh yang tersendirinya.

4.0 AVICENNISM

Dalam falsafah terdapat banyak aliran yang digunakan sehingga kini. Malah

terdapat empat aliran falsafah yang sangat popular semasa zaman pertengahan

“scholasticism”. Pada awalnya aliran “Augustinism”, kedua pula aliran

“Aristotelianism”, seterusnya “Averroism” dan yang terakhir adalah aliran Ibnu Sina

iaitu “Avicennism”.18 Aliran “Avicennism” mungkin tidak begitu kuat alirannya,

tetapi pada masa yang sama juga aliran “Avicennism” merupakan suatu aliran yang

yang sangat berpengaruh dan aliran tersebut juga bertahan dalam semua bidang

pengetahuan. Pengaruh Ibnu Sina bukan sahaja dalam bidang perubatan dan

falsafah malah dalam semua bidang juga terdapat pengaruhnya.

Nama “Avicennism”’ telah diwujudkan atau ditemukan oleh “Webster’s New

International Dictionary”. Setelah itu, “Avicennism” merupakan corak atau nama

khusus untuk falsafah Ibnu Sina. Malah dalam bidang falsafah terdapat banyak

pecahan seperti falsafah Timur yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti

falsafah India, falsafah Cina dan lain-lain lagi. Begitu juga dalam dalam falsafah

Islam yang sangat luas dan terdapat juga ramai sarjana-sarjana Islam yang telah

16Ibid.17Ibid, halaman. 24518 Soheil M. Afnan, Avicenna: His Life and Works, Kuala Lumpur: The Other Press, 2009, halaman 245

6

Page 7: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

mempunyai karya mereka tersendiri. Oleh itu, wujudlah suatu nama untuk karya-

karya sarjana Islam Ibnu Sina iaitu “Avicennism”.19

Menurut Anthony Nutting, orang yang paling banyak menemukan berbagai-

bagai aliran iaitu “Harmorizer” dan orang yang mudah dapat mengadaptasikan

dirinya dalam kalangan ahli falsafah yang muncul pada zaman abbasiyah adalah

Ibnu Sina yang lebih dikenali sebagai “Avicenna”. Malah Nutting juga mengambil

tulisan Prof Hitti yang beliau telah mengakui bahawa semua sarjana Islam

berhaluan sama dalam “Penyelarasan Falsafah Yunani dengan Ajaran Islam”. Beliau

menambahkan juga, meskipun Ibnu Sina merupakan ahli falsafah yang tersohor dan

telah berjasa dengan menemukan “Harmonizing” antara Aristotle, Plato dan Al-

quran. Malah bukan Ibnu Sina satu-satunya dan bukan juga yang pertama

menemukannya.20 Semua sarjana-sarjana Islam mengandaikan bahawa Aristotle

adalah benar, Plato adalah benar dan Al-quran juga benar tetapi kebenaran adalah

hanya satu dan tentulah tidak terdapat yang nombor satu. Satu abad sebelumnya

terdapat seorang sarjan Islam yang bernama Ya’qub bin Ishaq al-kindi yang sama

seperti Ibnu Sina tetapi beliau telah menonjolkan dirinya lebih daripada seorang ahli

falsafah yang biasa.

Tambahan pula, terdapat beberapa keberatan dengan penggunaan nama

tersebut. Pertamanya sebagai dikatakan oleh Nutting, bukan Ibnu Sina sahaja yang

memiliki corak keislaman, malah semua ahli-ahli falsafah Islam mempunyai corak

yang sama. Selain itu, ia adalah tidak adil dan tidak mungkin untuk memonopoli

seluruh falsafah Islam oleh Ibnu Sina seorang sahaja kerana bukan semua prinsip-

prinsip Islam terdapat dalam falsafah Ibnu Sina. Misalnya, Arthur Hyman Cs telah

menyatakan bahawa Al-Ghazali dan Ibnu Rusyd telah menyatakan rasa tidak puas

hati mereka terhadap falsafah Ibnu Sina dengan memberi alasan-alasan yang

berbeza.21

Imam Al-Ghazali telah menjumpai beberapa pelajaran dari Ibnu Sina yang

bertentangan dengan ajaran kepercayaan agama Islam. Manakala, sarjana Islam

Ibnu Rusyd pula menyatakan sebaliknya iaitu beliau menuduh Ibnu Sina sangat

19Zainal Abidin Ahmad, Ibnu Sina (Avicenna): Sarjana dan Filosoof Besar Dunia, Jakarta: Bulan Bintang, 1974, halaman 25720Ibid, halaman 25821Ibid, halaman 259

7

Page 8: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

tunduk kepada ajaran-ajaran agama dibandingkan dengan pokok-pokok ajaran

falsafah.22 Sarjana-sarjana Islam barat pula telah menempuh jalan yang lebih susah

dengan mengabaikan aliran Neo-platonik dan lebih tertumpu kepada fahaman

Aristotle. Antara kebanyakan sarjana-sarjana Islam dari timur, ajaran-ajaran Ibnu

Sina sangat mudah difahami dan sangat disenangi pada abad ke -17.

Selain itu, Najib Ullah juga mengakui bahawa pendapat Ibnu Sina adalah

sesuatu yang asli. Falsafah Ibnu Sina dipengaruhi oleh “Peripatetes” dan “Neo-

Platonic”, yang konsep-konsep asalnya cukup tegas dan beliau juga memberanikan

dirinya dalam membicangkan mengenai ajaran Aristotle sebagai orang yang

sedarjat dengannya.23 Keaslian dalam pemikirannya telah menunjukkan jalan

kepada ahli-ahli falsafah dari teori-teori ilmu pengetahuan moden. Malah Najib Ullah

juga memberitahu serba sedikit mengenai Ibnu Sina bahawa Ibnu Sina

mempercayai terhadap kekuatan akal yang tidak terbatas. Tambahan pula, Ibnu

Sina juga telah membuat kajian-kajian yang asal mengenai waktu, cahaya dan

“Vacuum”. Kajian mengenai “Vacuum” pula dimanfaatkan oleh Galileo dan

Torrencelli. Roemer pula mengakui idea-idea Ibnu Sina mengenai pancaran

cahaya.24

5.0 PEMBENTUK ILMU PSIKOLOGI

Ibnu Sina merupakan pembentuk ilmu psikologi. Ilmu psikologi adalah hasil

pemikirannya secara ilmiah yang berasaskan kepada ajaran Islam dan juga

bersandarkan kepada falsafah Yunani, terutamanya buku Aristotle yang bertajuk

‘‘Anima’’ (Concerning of the soul).25 Hasil pemikirannya telah membawa kepada

suatu kesimpulan bahawa wujudnya satu bidang ilmu yang dinamakan “ilmu’n

nafsi” (ilmu psikologi). Terdapat banyak persoalan yang timbul tentang siapakah

yang melahirkan ilmu psikologi? Pada abad keberapa ilmu tersebut wujud?

Stansfeld Sargent mengatakan bahawa ilmu psikologi lahir pada akhir abad ke-19

oleh para sarjana Jerman.26 Manakala Dr Ibrahim Madkur menyatakan bahawa

22Ibid.23Ibid,halaman 26024Ibid,halaman 26125Ibid.26Ibid. halaman 265.

8

Page 9: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

memang diakui adanya warisan-warisan yang ditinggalkan oleh falsafah-falsafah

Yunani seperti Aristotle, Plato, Galenus dan Platinus serta warisan dari sarjana Islam

seperti Al-Farabi dan Ibnu Maskaweih.27 Bahkan ada banyak bahan-bahan baru yang

diberikan oleh Willem, Albert the Great St. Thomas Acquino, Roger Bacon dan Duns

Scotus. Tetapi semua itu sedikit pun tidak mengurangkan pengakuan bahawa Ibnu

Sina adalah pembentuk ilmu psikologi.

Kita boleh melihat kesibukan yang Ibnu Sina timbulkan di Barat sebagai

pembentuk kepada ilmu psikologi. Antaranya, buat pertama kali pada tahun 1875,

buku beliau mengenai ilmu psikologi yang bernama ‘‘De Anima’’ diterjemahkan dari

bahasa Arab ke dalam bahasa Jerman oleh S Landauer ke dalam buku ‘‘Zeitschrift

der Deutschen Morgenlandischen’’.28 Fahaman Ibnu Sina dalam buku ini

menegaskan bahawa seseorang boleh ditanya soalan mengenai perkara yang dia

tidak pernah fikirkan secara terperinci sebelum ini. Jika berhasil menjawab

pertanyaan tersebut secara terperinci ini bermakna yang individu tersebut sudah

mengetahui jawapan bagi soalan itu sejak awal lagi. Ini dikenali sebagai bentuk

pengetahuan mudah atau juga dipanggil sebagai bentuk pengetahuan pertama

yang berasaskan pengetahuan tentang Tuhan. Bentuk pengetahuan yang kedua

ialah ilmu yang disebut Ibnu Sina sebagai pengetahuan fizik atau pengetahuan

wacana. Fahaman tentang akal yang mudah ini banyak membawa pengaruh ke atas

mistisisme Islam.29

Selain itu, dalam waktu yang berdekatan, terdapat beberapa buah buku

diterbitkan dimana buku-buku tersebut memberi komen dan membuat

perbandingan terhadap pendapat Ibnu Sina. Dimulakan pada tahun 1866, B

Haneberg telah mengarang buku ‘‘Zur Erkenntnislehre von Ibn Sina und Albertus’’,

dimana dalam buku tersebut Haneberg membuat perbandingan antara Ibnu Sina

sebagai pembentuk kepada ilmu psikologi dengan Albert the Great sebagai

penyalur ilmu psikologi dalam dunia Kristian barat. Diikuti pada tahun 1903, M.

Winter telah membahas huraian Ibnu Sina tentang ilmu psikologi dalam bukunya

‘‘Uber Avicennas opus egregium de Anima’’.30

27Ibid.28Ibid, halaman 266.29 F. Rahman, Avicenna vi. Psychology, 1987, Encyclopedia Iranica, 29 April 2012 <http://www.iranicaonline.org/articles/avicenna-vi>30 Zainal Abidin Ahmad, Ibnu Sina (Avicenna): Sarjana dan Filosoof Besar Dunia, Jakarta: Bulan Bintang, 1974,

9

Page 10: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

Kemudiannya, pada waktu-waktu akhir banyak calon para sarjana berlumba-

lumba untuk membuat tesis yang membahas tentang pendapat Ibnu Sina. Dimana

pada tahun 1926, Jamil Saliba telah mencapai ijazah kedoktoran di Sorbonne

University, Paris, dengan tesisnya yang bertajuk ‘‘Etude Sur la Metaphysique d’

Avicenne’’. Seterusnya Muhammad Ostman Nataji mencapai ijazah ‘M.A’ pada

tahun 1941 dari Fuad 1 University, Cairo, dengan skripnya yang berjudul

‘‘Nazhariyah el idrak el hissy ‘inda Ibni Siena’’ iaitu teori tentang pengaruh

pancaindera mengikut Ibnu Sina. Manakala pada tahun 1952, F. Rahman telah

mencapai Degree of D. Phil. Dari Oxford University, London, dengan

mengemukakan tesis yang bertajuk ‘‘Avicenna’s Psychology’’ di bawah pimpinan

Dr. S. Van Den Bergh. Tesis itu telah diterbitkan menjadi buku oleh Oxford

University Press, London pada tahun itu juga.31

Demikianlah kesibukan yang timbul berkenaan Ibnu Sina sebagai pembentuk

ilmu psikologi. Boleh juga dikatakan aktiviti yang melibatkan ilmu psikologi sudah

dapat dilihat pada abad ke-19 melalui para sarjana Jerman yang dikenali sebagai

Sargent, James Mill, Johann Herbat dan Wilhelm Wundt, tetapi itu tidak akan

mengurangkan pernyataan yang Ibnu Sina adalah pembentuk ilmu psikologi.32

Dengan sembilan atau sepuluh buah karangan yang telah disusunnya termasuk “As

Syifa” dan “An Najah”, beliau telah membentuk ilmu psikologi. Sekarang kita dapat

lihat ilmu itu berkembang dengan pesat berkat penyelidikan yang mendalam dan

meluas dari para ahli yang berkaitan.33

6.0 ALIRAN IBNU SINA BERDIRI SENDIRI

Ibnu Sina memiliki pemikiran keagamaan yang mendalam. Pemahamannya

mempengaruhi pandangan falsafahnya. Ketajaman pemikiran dan keyakinan

agamanya yang kuat secara semulajadi mewarnai alam pemikirannya. Ibnu Sina

adalah antara ahli yang telah memperbesarkan penggunaan sumber-sumber

Yunani, terutama Neo-Platonik dan Aristotle. Ibnu Sina mengakui bahawa alam ini

diciptakan dengan jalan emanasi (memancar dari Tuhan). Tuhan adalah Necessary

halaman267.31Ibid.32Ibid, halaman 275.33Ibid.

10

Page 11: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

Being (wajib-al wujud), iaitu satu-satunya yang mempunyai kebaikan yang tulen

dan merupakan sumber kepada semua kewujudan serta mempunyai pemikiran

sempurna yang dikenali sebagai akal pertama.34 Kemudian diteruskan kepada akal

kedua dan akal-akal lain, dimana akal aktif yang ada pada manusia adalah yang

terakhir. Bagi beliau setiap akal mempunyai tiga objek pemikiran dan dari

pemikiran akal inilah kemudian memancar alam ini.

Ibnu Sina telah membuat suatu sistem falsafah yang lengkap, yang

sebahagian besar darinya beliau ambil dari fahaman Aristotle. Tetapi sistem

falsafah beliau tidak boleh dikatakan secara tepat sebagai aliran Aristotle. Ini

kerana baik dalam epistemologi ataupun metafizik, beliau menerima fahaman Neo

Platonik yang dirumuskannya mengikut cara tersendiri. Terdapat juga pengaruh-

pengaruh Yunani yang lain iaitu Plato dalam falsafah politiknya, Galen dalam

psikologi, Stoics dalam ilmu logik dan yang paling dekat lagi ialah pengaruh Teologi

dan falsafah Islam. Disebabkan inilah, dunia Kristian umumnya melahirkan curiga

terhadap Ibnu Sina sebagai penyebar fahaman Aristotle, kerana beliau sering

mengakhiri setiap tafsirannya dengan pendapatnya sendiri.35

Sungguhpun begitu, Ibnu Sina tetap diakui sebagai pembawa falsafah

Aristotle di Eropah. Pembahagian ilmu-ilmu falsafah dari Ibnu Sina diakui secara

meluas di Eropah pada zaman pertengahan dan para ulama dari abad ke 13M lebih

memilih fahaman Ibnu Sina berbanding ahli falsafah lain. Selain itu, ahli falsafah

Yahudi, Maimonides telah menjadi pengikut Ibnu Sina. Begitu juga dengan Albert

the Great dan pengikutnya juga telah menjadi pengikut beliau. Selain itu, St.

Thomas juga mengikut posisi Ibnu Sina dalam hal yang berkaitan dengan alam

semesta yang semulajadi.36 Antara ahli falsafah dari Timur mungkin tidak ada ahli

falsafah yang begitu besar pengaruhnya selepas Al-Ghazali selain Ibnu Sina. Di

Barat, pengaruhnya terhadap ahli Kristian sangat besar. Dante telah menempatkan

beliau di antara Hipprotes dan Galen. Manakala, Scaliger mengakui ilmu kedoktoran

Ibnu Sina sama tahap dengan Galen, tetapi menganggap ilmu falsafah Ibnu Sina

34Ibnu Muqqafa, Ensiklopedia Islam Jilid 5, Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan Ensiklopedia Malaysia, 1988, halaman 166.35Zainal Abidin Ahmad, Ibnu Sina (Avicenna): Sarjana dan Filosoof Besar Dunia, Jakarta: Bulan Bintang, 1974, halaman251.36 Ibid,halaman 252.

11

Page 12: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

lebih unggul. Boleh disimpulkan yang pengaruh fahaman Ibnu Sina terhadap

falsafah barat tidak boleh dinafikan lagi.

7.0 PENGARUH IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN DI BARAT

Jika kita menyentuh berkaitan dengan ilmu perubatan dalam tamadun Islam,

kita tidak dapat lari daripada falasah perubatan Ibnu Sina ataupun di Barat beliau

digelar sebagai “Avicenna” yang merupakan bapa Ilmu Kedoktoran. Terdapat

beberapa pengaruh Ibnu Sina dalam bidang perubatan di Barat dan yang paling

kentara adalah penggunaan buku beliau bertajuk “al-Qanun fi al-Tibb” yang

menceritakan tentang falsafah Perubatan beliau yang banyak digunakan oleh

pelajar-pelajar perubatan di Barat sebagai rujukan dan panduan mereka semasa

belajar.37

Antara pengaruh beliau dalam dunia perubatan di Barat adalah berkaitan

dengan mata ataupun dalam kata saintifiknya adalah Oftalmologi. Dimana Ibnu Sina

telah mengubah pemikiran tradisional di Barat iaitu pada zaman Hippocrates yang

mana pada masa itu, ahli perubatan berpendapat bahawa penglihatan yang timbul

adalah hasil teori sinaran yang dikeluarkan oleh mata dan secara langsung sinaran

ini ditumpukan kepada objek dan dipantulkan balik kepada mata yang boleh

memberi kesedaran individu terhadap dunia luar. Bukan itu sahaja, malah mereka

percaya bahawa lensa (kanta) adalah bahagian yang sangat penting dalam

penglihatan dan bukannya retina. Teori tradisional ini disangkal oleh Ibnu Sina

dengan menterbalikkan teori yang sedia ada iaitu retina merupakan bahagian yang

sangat penting dalam penglihatan dan bukannya lensa (kanta). Selain itu, Ibnu Sina

juga berpendapat bahawa ‘‘pupil’’ akan membesar jika berlaku kecederaan dalam

kepala. Oleh kerana itu, teori Ibnu Sina dalam Oftalmologi telah diguna pakai di

Barat dan seluruh pelusuk dunia sehingga ke hari ini. Ini dapat dibuktikan dengan

kewujudan-kewujudan buku misalnya “An Introduction to Medieval Europe” yang

37 Ismail Saad, Pengenalan Tamadun Islam dalam Ilmu Perubatan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, halaman 51.

12

Page 13: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

ditulis oleh J. W. Thompson dan buku “World Who’s Who in Science” dikarang oleh

Prof. Allen G. Debus.38

Selain itu, Ibnu Sina juga pernah mencatat teori dalam buku beliau mengenai

penyakit “tuberculosis” atau dalam kata lain penyakit ini dikenali sebagai penyakit

batuk kering yang mempengaruhi salah seorang pemikir di Barat dalam bidang

perubatan iaitu Desmond Steward dalam bukunya “Early Islam” yang mempunyai

pendapat yang sama dengan Ibnu Sina dimana penyakit ini adalah penyakit

berjangkit dan merebak. Beliau juga pernah membuat kajian mengenai penyakit-

penyakit yang mudah berjangkit melalui air dan tanah (pasir) dengan kajian beliau

ini juga yang banyak mempengaruhi Desmond Steward dalam penghasilan

bukunya.39

Seterusnya, karya Ibnu Sina yang menghuraikan tentang diabetes atau

kencing manis iaitu sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran di Barat

seperti Thomas Wills pada 8 kurun selepas karya Ibnu Sina berkaitan penyakit ini.

Pengaruh Ibnu Sina ini dapat dilihat apabila Thomas Wills membuat analisis yang

berhubung dengan diabetes hampir sama dengan analisis yang dibuat ole Ibnu Sina

iaitu tanda-tanda awal seseorang menghadapi diabetes adalah seperti selera

makan bertambah, sering membuang air kecil, sering dahaga dan susut berat

badan. Tambahan pula, pesakit akan mengalami kekerapan untuk membuang air

kecil dalam kuantiti yang banyak dan air kecil berwarna jernih serta apabila air kecil

tersebut terdedah kepada udara ia cepat kering dan akan meninggalkan kesan

yang berbau wangi seperti madu.40

Ibnu Sina juga telah mempengaruhi pemikir di Barat mengenai sakit mental,

saraf dan sakit rindu. Salah satu pemikir di Barat yang terpengaruh dengan

pemikiran dan cara mengubati sakit mental, saraf dan sakit rindu yang diutarakan

oleh Ibnu Sina adalah Sigmund Frued yang sehingga hari ini apabila kita

membicarakan tentang penyakit ini sangat berkaitrapat dengan beliau walhal

penyakit ini telah lama diketahui dan diubati oleh Ibnu Sina. Maka, dari mana

38Zainal Abidin Ahmad, Ibnu Sina (Avicenna): Sarjana dan Filosoof Besar Dunia, Jakarta: Bulan Bintang, 1974, halaman 306-308.39Ibid, halaman 302-303.40Ismail Saad, Pengenalan Tamadun Islam dalam Ilmu Perubatan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, halaman 76-77.

13

Page 14: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

Sigmund Frued dapat mengetahui penyakit ini kalau tidak datang daripada

pengaruh Ibnu Sina yang tersebar luas pada masa itu. Antara cara untuk mengubati

penyakit ini adalah dengan menggunakan ilmu psychiatri seperti mana yang

diaplikasikan dalam dunia sekarang. Dalam pada itu, Ibnu Sina adalah orang

pertama yang menjumpai “parasit-parasit” yang terdapat dalam tubuh badan

manusia yang dipanggil “Ancylostoma”.41

Di samping itu, penyakit kanser merupakan penyakit yang boleh membawa

maut ini juga telah diperkatakan sejak awal lagi oleh Ibnu Sina dimana ia juga

mempengaruhi beberapa pemikir di Barat sebagai contoh Ibnu Sina melakukan

pemerhatian terhadap penyakit kanser dimana penyakit ini perlu menerima

rawatan pada peringkat awal jika seseorang pesakit tersebut menghidap penyakit

ini dan jika penyakit ini tidak dirawat pada peringkat awal nescaya penyakit ini

boleh membawa maut kepada individu yang menghidapinya. Ibnu Sina juga

percaya untuk menyembuhkan penyakit ini perlu dilakukan secara luas dan cepat.

Bukan itu sahaja, malah segala pembuluh darah yang menuju ke tempat

ketumbuhan tersebut harus dibuang bagi mengelakkan ketumbuhan tersebut

merebak ke tempat lain. Menurut Ibnu Sina, penyakit kanser ini lebih banyak

dihidapi oleh golongan wanita berbanding dengan golongan lelaki. Semua

pandangan Ibnu Sina mengenai penyakit ini sememangnya membuktikan bahawa

beliau mempunyai pengaruh yang sangat kuat kepada Barat lain.42

Tambahan pula, pengaruh Ibnu Sina dalam perubatan di Barat adalah

daripada penulisan karya-karya beliau mengenai bidang perubatan terutama sekali

karya beliau yang sangat popular dan telah mengemparkan seluruh dunia adalah

“al-Qanun fi al-Tibb”, seperti mana yang kita ketahui buku ini memberi banyak

pengaruh kepada Barat sehingga menyebabkan karya beliau ini diterjemahkan ke

dalam beberapa bahasa yang dituturkan di Barat seperti bahasa Latin dan Hebrew.

Apabila karya beliau ini telah diterjemahkan dari bahasa arab ke bahasa Latin dan

Hebrew. Secara tidak langsung memberikan peluang kepada orang Barat untuk

lebih mendalami teori-teori yang telah dibuat oleh Ibnu Sina dan dengan kefahaman

mereka mengenai teori-teori Ibnu Sina dalam dunia perubatan memberi kesan

41Zainal Abidin Ahmad, Ibnu Sina (Avicenna): Sarjana dan Filosoof Besar Dunia, Jakarta: Bulan Bintang, 1974, halaman 306-308.42Ibid, halaman 308-310.

14

Page 15: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

terhadap pengaruh Ibnu Sina di Barat semakin meluas dan siapa sangka teori-teori

yang diutarakan oleh Ibnu Sina bertahan sehingga sekarang bukan sahaja di Barat

malah di seluruh dunia.43

Akhir sekali, Ibnu Sina mempengaruhi para pemikir di Barat adalah melalui

penulisan-penulisan buku-buku di Barat dalam dunia perubatan. Antara buku yang

menyebut berkenaan dengan pengaruh beliau di Barat adalah buku yang bertajuk

“Blakiston’s New Medical Dictonary” dan di dalam buku ini menyenaraikan Ibnu

Sina sebagai doktor yang banyak illustrasinya dalam pengubatan Arab sezamannya.

Selain itu, pengarang kepada sebuah buku yang berjudul “Canon” telah berusaha

untuk mengumpul segala ilmu perubatan pada zaman Ibnu Sina dan pengarang

tersebut membandingbezakan fakta-fakta yang dikeluarkan oleh Ibnu Sina dengan

sisitem-sistem yang dibawa oleh Aristotle dan Galen. Pengaruh Ibnu Sina tidak

terhenti di situ sahaja, malah J. W.Thompson dalam bukunya “An Introduction to

Medieval Europe” mengatakan Ibnu Sina sebagai tokoh terbesar dalam sejarah

perubatan Arab dan telah membawa pengaruh beliau sehingga ke Barat. Dimana,

Ibnu Sina pernah menulis suatu kesimpulan yang pasti mengenai perubatan Yunani

dan Arab dalam buku karangan beliau iaitu “al-Qanun fi al-Tibb”.44

8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Ibnu Sina bukan sahaja membawa pengaruh beliau ke

Barat bahkan beliau juga banyak memberi sumbangan yang besar kepada generasi

kita pada masa kini. Antara sumbangan Ibnu Sina yang dapat kita lihat pada hari ini

adalah dari aspek beliau menjadi doktor, negarawan dan pengarang.45

Semasa beliau menjadi seorang doktor, beliau merupakan manusia pertama

yang menjumpai sistem peredaran darah manusia dimana penemuan beliau ini

adalah lebih awal berbanding dengan penemuan oleh William Harvey iaitu lebih

kurang 600 tahun terdahulu yang diakui oleh Barat penemuan ini adalah hasil titik

peluh William Harvey dan bukannya penemuan Ibnu Sina. Selain itu, Ibnu Sina juga

merupakan seorang doktor yang pertama menghasilkan ubat kepada penyakit

43Ibid, halaman 312.44Ibid, halaman 312-313.45Ibid, halaman 68.

15

Page 16: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

radang selaput otak dan tidak kurang lebihnya sepertimana yang kita sebut

sebelum ini Ibnu Sina juga mengubati penyakit jiwa ataupun mental dengan

menggunakan kaedah psikoterapi iaitu sama seperti kaedah yang diaplikasikan hari

ini untuk mengubati pesakit mental ataupun jiwa.46

Manakala, sumbangan Ibnu Sina jika kita lihat dari sisi beliau menjadi

negarawan adalah apabila beliau berkhidmat di Samaniyah sebagai pentadbiran

yang pada masa itu pemerintahan di Samaniyah sangat rapuh dan mengalami

zaman keruntuhannya. Seterusnya, Ibnu Sina berkhidmat sebagai menteri pertama

di Hamadhan pada usia beliau 27 tahun telah membentuk idea politik baru yang

mana beliau bersikap tegas terhadap pegawai dan tentera di Hamadhan yang suka

mengambil kesempatan dan menyeleweng daripada peraturan-peratuaran yang

telah ditetapkan demi mempertahankan rakyat yang ditindas dari hidup melarat

dan menderita kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pihak atasan. Namun,

tindakan Ibnu Sina ini tidak dipandang baik oleh golongan atasan lalu mereka

melakukan demonstrasi terhadap Ibnu Sina dengan membawa Ibnu Sina kepada

pemimipin negara pada masa itu untuk menghukum bunuh kepada Ibnu Sina tetapi

tuntutan yang dilakukan terhadap Ibnu Sina pada masa itu ditolak oleh pemimpin

namun demi memuaskan hati mereka Ibnu Sina telah dibuang negeri.47

Apabila kita menyebut tentang sumbangan Ibnu Sina dari segi beliau menjadi

pengarang, kita tidak dapat lari daripada hasil-hasil karya beliau terutama sekali

karya beliau dalam bidang perubatan. Pada usia beliau yang menjangkau 21 tahun,

beliau telah mengarang karya pertama beliau yang bertajuk “Al Majmu”, dimana

dalam buku ini beliau pernah diperkatakan oleh orang Barat yang bernama Haven

C. Krueger mengenai Ibnu Sina menggunakan tangannya untuk menulis, menjawab

segala permintaan sahabat-sahabatnya untuk menghasilkan karya beliau “Al

Majmu” yang merupakan suatu karya yang lengkap tentang ilmu dan seni membuat

syair. Selain itu, karya “Al-Hashil wal Mahshul” iaitu ilmu hokum yang terdiri

46Syafie Abd.Rahman, Ibnu Sina Bapa Ilmu Kedoktoran, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1992, halaman 10.47Zainal Abidin Ahmad, Ibnu Sina (Avicenna): Sarjana dan Filosoof Besar Dunia, Jakarta: Bulan Bintang, 1974, halaman 80.

16

Page 17: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

daripada 20 jilid dan karya beliau mengenai akhlak, etika, perbuatan-perbuatan

kebajikan yang bertajuk “Al Birru wal Itsm” (Baik dan Buruk).48

Ibnu Sina sememangnya pergi meninggalkan kesan yang amat besar kepada

kita sehinggakan kesan tersebut sampai ke dunia Barat. Antara pengaruh Ibnu Sina

di Barat adalah dalam ilmu falsafah yang merangkumi 4 bidang seperti metafizik,

falsafah politik dan keagamaan, logik serta jiwa manusia. Selain itu, penterjemahan

karya-karya beliau ke dalam bahasa yang digunakan di Barat juga menjadi salah

satu pendorong kepada tersebarnya pengaruh beliau di Barat. Di samping itu, aliran

Ibnu Sina juga telah digunakan di institusi pendidikan dan gereja-gereja yang ada di

Barat dan akhir sekali beliau juga mempunyai pengaruh dalam bidang perubatan di

Barat yang sehingga hari ini masih diguna pakai di Barat.

Pada pendapat saya sebagai seorang pelajar, seharusnya kita menghargai

dan berbangga terhadap pencapaian Ibnu Sina sebagai salah seorang tokoh islam

yang banyak mempengaruhi Barat. Prinsip yang dipegang oleh Ibnu Sina iaitu

sentiasa dahagakan ilmu dan tuntutlah ilmu walau dimanapun kaki kamu

melangkah seharusnya disematkan dalam diri setiap pelajar agar setiap pelajar

sentiasa berlumba-lumba mendalami ilmu pengetahuan tidak kira di manapun

berada. Maka dari itu, sebagai seorang pelajar seharusnya kita menjadikan Ibnu

Sina sebagai teladan yang baik agar kita boleh mengikut jejak langkah beliau yang

kini sangat terkenal bukan sahaja di Barat malah di seluruh pelusuk dunia.

48Ibid, halaman 113

17

Page 18: Pengaruh Ibnu Sina terhadap Falsafah Barat

9.0 RUJUKAN

D. Slrojuddin Ar.,Ensiklopedia Islam.Jilid 2. 1999. Hlm 167.Jakarta: PT Ichtiar Baru Van

Hoeve.

F. Rahman. Encylopedia Iranica: Avicenna vi. Psychology. 1987.29 April 2012. http:// www.

iranicaonline.org/articles/avicenna-vi.

HA Hafizah Dasuki M.A., Penyusun Ensiklopedia Islam. 1994. Hlm 166. Jakarta: PT Ichtiar

Baru Van Huave.

Ibnu Muqqafa. Ensiklopedia Islam. Jilid 5. 1988. Hlm 166. Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan

Ensiklopedia Malaysia.

Ismail Saad. 1985. Pengenalan Tamadun Islam dalam Ilmu Perubatan.Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Syafie Abd.Rahman. 1992. Ibnu Sina Bapa Ilmu Kedoktoran, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka

Antara.

Soheil M. Afnan. 2009. Avicenna: His Life and Works. Kuala Lumpur: The Other Press.

Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina (Avicenna): Sarjana dan Filosoof Besar Dunia, Jakarta:

Bulan Bintang.

18