pendidikan khas

27
Tingkah laku Bermasalah 1 PENGENALAN Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak- kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat. Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.

Upload: fiona-yong

Post on 21-Jul-2016

81 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pendidikan Khas

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

1

PENGENALAN

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di

kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh

menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan

seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang

buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya ,

sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-

kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk

keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain

dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam

menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan

bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak

mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah.

Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi

emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak,

membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak

memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat

keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah

memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu

generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam

kehidupan masyarakat.

Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah

laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah

yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti,

tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata

memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah.

Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari

dituding ke arah guru.

Page 2: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

2

PENGERTIAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan dirinya

dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan

keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam

bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai „ abnormal behavior „ iaitu tingkah laku

yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku

normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam

masyarakat.

Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah

laku yang menggangu perjalanan kehidupannya.

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul „ The School and the Behaviour Problem

Child „ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan

ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana

pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar

dan berhubung dengan orang lain.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah

laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran

khasnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku

bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang

guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi

atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

Page 3: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

3

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :-

1. Tingkah laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-

Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan

tingkah laku yang boleh membahayakan diri.

Kebimbangan – sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang,

tiada keyakinan diri.

Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan

dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya,

terlalu manja, tidak boleh berdikari

Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak

memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering

menggangap orang lebih baik dari dirinya

Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-

kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-

kawan

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan

tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain.

Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif

Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat

kawan-kawan sekelas.

Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .

Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-

jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti

yang disukai bila-bila masa.

Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa

menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya

Page 4: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

4

Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang

ajar, tidak sopan

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi „ neurotic „ atau „

psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan,

ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.

Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku

yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.

Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal

dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.

Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng

dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan

alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik

darjah, menggores atau menconteng meja.

Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral

Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai

perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik

Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang

ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau

menakut-nakutkan murid-murid lain.

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah.

Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid

sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada

peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat

akan datang.

Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap

perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut

Page 5: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

5

kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang

dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.

2. Tingkah laku bermasalah Positif

Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :-

Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara

yang dilihat

Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau „ catch up „ sesuatu perkara

yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat

Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak

dan berfikir

Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke

depan berbanding kawan-kawan yang lain

Tingkah laku bermasalah ini dapat digambarkan memalui rajah di bawah ini :-

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Tingkah Laku

Bermasalah Negatif Bermasalah Positif

Tingkah Laku Tingkah Laku

bergantung disruptif distruktif ingin cepat pintar proaktif tahu belajar cerdas

Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain dari tingkah laku

bermasalah yang diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah

dalam tingkah laku seperti di bawah :

Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka.

Page 6: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

6

Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka

Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan

Sering bercakap bohong atau bercakap besar

Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok

Suka menyakiti hati kawan-kawan

Menjahanamkan harta benda

Tidak duduk diam

Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap

Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua

Panas baran

Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi

( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )

Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya bertajuk

“Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah Laku” .

:Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia,menyatakan antaranya adalah seperti berikut :-

Faktor Diri Murid

Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap

perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut

kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang

dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan

guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar

dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka.

Faktor Keluarga

Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu

bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak

bermoral.

Page 7: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

7

Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 )

menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian

yang dilakukan di rumah dan di sekolah.

Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-

pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.

Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai “ Jevenile Delinquency „

mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari

rumahtangga yang serba kekurangan.

Faktor Masyarakat

Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi

kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan

menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Faktor Sekolah

Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang

kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda.

Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-

sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin

( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )

Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik

akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik

di kalangan murid.

Page 8: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

8

PENGERTIAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi Tingkah laku :

Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah

tingkah laku yang negatif kepada positif. Antara langkah-langkah sistematik ialah :

Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah

Menetapkan matlamat

Menentukan strategi bertindak

Merancang prosedur atau plan bertindak

Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak

Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu

Memsstikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

Modifikasi tingkah laku ini merupakan cara menguruskan bilik darjah. Ia sesuai untuk mengatasi

masalah sama ada negatif atau positif.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :-

1) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini

2) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah :-

Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa – saiz rumah, kedudukan kawasan,

bilangan ahli, kemudahan

Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif – berhampiran kawasan pembinaan,

jauh dari bandar, terpencil, tiada kemudahan asas

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan – alat bantu mengajar yang tidak

menarik, cara penyampaian guru yang monotone dan sukar difahami oleh murid

Dunhill ( 1965 ), keadaan pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan

menyebabkan murid bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan minat

terhadap mata pelajaran yang diajar.

Page 9: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

9

Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif – bilik darjah yang kotor, kawasan sekolah yang

kotor, tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid

Pengurusan sekolah bercorak autokratik – guru yang terlalu garang, disiplin yang terlalu

ketat, selalu menggunakan kaedah hukuman atau dendaan, perkhidmatan kaunseling

yang tidak mencukupi

Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian sekolah – murid hanya

mengikut arahan tanpa bantahan, maslah murid tidak didengari atau diambil perhatian,

tiada kompromi dari guru

Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas dendam

Page 10: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

10

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah

tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian pelbagai teknik yang sesuai

digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah.

1 Peneguhan

Positif dan peneguhan Negatif

Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang

sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif

dan negatif.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku

berulang-ulang.

Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi

supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.

2 Denda dan Peneguhan

Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain

ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada dilakukan lagi. Ia

biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi

semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya

berfungsi dengan sebaiknya.

3 Reverse Psychology

Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada

positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada

tingkah laku positif.

Page 11: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

11

4 Shaping

Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan

diberi secara beransur-ansur.

5 Token Economy

Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan

kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia

digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid.

6 Kontrak ( Lisan atau Bertulis )

Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan

atau bertulis.

7 Kawalan Kendiri

Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Ia dilakukan

seperti berikut :-

a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan

b) Mengumpulkan data

c) Merancang program tindakan

d) Menilai program

e) Menamatkan Program

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah laku

bermasalah seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah laku bermasalah.

1. Masalah Keluarga

Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu tinggal juga

mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah laku kanak-

kanak. Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau dibelenggu masalah

keluarga seperti perbalahan, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang

terlalu kasar, garang , dominan, terlalu mengongkong atau terlalu memanjakan maka

mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial

Page 12: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

12

yang mana ia boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam

membentuk tingkah laku sempurna.

2. Pengaruh Rakan Sebaya

Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi

perlakuan dan percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat

mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.

3. Pengaruh Media

Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan

tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan

apabila mereka menonton atau membaca .

Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama ada

melalui suratkhabar, televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dan

meniru aksi apa yang ditonton. ( Bandura, 1986 )

4. Pengaruh Genetik atau Baka

Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui

baka genetik. Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal

sepenuhnya. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ).

Teori ini menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam

menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya.

Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada perlanggaran

peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan

akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar.

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran

tertentu dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid itu akan hilang

semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka.

Page 13: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

13

Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di

antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing mempunyai

kemahuan yang berlainan. Hal ini menjadi lebih buruk di sekolah menengah di mana murid-murid

merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi ( Wadd 1973 ).

Gragey ( 1970 ), Maslow dan Rogers ( 1962 ), Boysen ( 1793 ) dan Gordon ( 1974 ) berpendapat

bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak

berdisplin kerana murid-murid akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan

buruk seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan dan juga menetang guru. Ada juga yang

akan berbohong dalam keadaan kawalan ketat itu.

Page 14: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

14

CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH

1. Murid yang berkelakuan nakal

Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid. Nakal merujuk bagaimana individu

itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu yang tidak

menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya. Berkelakuan nakal meliputi

banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah, murid tidak duduk diam di

tempatnya, murid suka berjalan-jalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan

menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main semasa proses

pembelajaran berlaku.

Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawan-kawan di

dalam kelasnya seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran , mengakibatkan

ketidakselesaan di kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan menyukarkan guru mengajar

dengan aktif.

Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan

teguran, amaran atau dendaan. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja

apabila didenda , ditegur atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur atau dimarah atau

diingatkan oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya.

Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan

daripada dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di

dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh dianggap

melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda.

Burt ( 1953 ), dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes kemunduran

kanak-kanak di sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang tidak

mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana berbagai sebab.

Page 15: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

15

Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi menggunakan

teori mazhab behavioris.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap murid-murid yang bermasalah seperti

di atas.

Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid berkelakuan nakal.

Kelakuan mereka hendaklah dipantau dari masa ke semasa. Guru sentiasa memberi

tumpuan terhadap kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Guru-guru hendaklah memberi amaran berulangkali agar mereka tidak mengulangi

kesalahan yang dilakukan.

Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif, guru-guru perlu mengambil inisiatif

memberikan penghargaan terhadap perubahan yang telah murid lakukan secepat

mungkin.

Contoh: Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. Guru harus memuji

perbuatan murid pada waktu ketika itu juga. Ini akan memberikan

peneguhan di dalam diri murid itu. Ia juga dapat meningkat semangat

ingin berubah kerana perubahan tingkah lakunya mendapat perhatian dari

guru.

2. Pengasingan Diri

Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawan-

kawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu

sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab

tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material

berbanding rakan-rakan lain, sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai

masalah peribadi atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok

kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau

bilangan adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak

berinteraksi.

Page 16: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

16

Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah

keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya berwajah

murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang memberi penumpuan

atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun ketika

belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar.

Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi menggunakan

teori mazhab sosial. Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut :-

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin dan

cemerlang dalam akademik. Lebih elok jika murid ini terdiri daripada rakan sebaya mereka

di dalam kelas.

Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh kepada murid-murid yang

bermasalah tingkah laku . Jelaskan apa yang akan mereka perolehi sekiranya bersikap

dan berkelakuan seperti murid-murid contoh . Muird-murid contoh dijadikan sebagai

model.

Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah tersebut

berminat dan berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik.

Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka dapat sekiranya mereka

bertingkah laku positif seperti mempunyai peluang masa depan yang cerah, disayangi oleh

ibu bapa, guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi murid contoh, dihargai dan

disayangi .

Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah

berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas. Guru hendaklah pandai

mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat mengikuti aktiviti pembelajaran

bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas.

Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Guru hendaklah sentiasa

cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut. Guru juga boleh

menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan.

Contohnya: menyoal murid, meminta pendapat atau respon, mendekati murid,

membimbing murid dan memberi semangat jika perlu.

Page 17: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

17

Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran, pujian, penghargaan,hadiah dan

motivasi kepada murid-murid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas

perubahan tingkah laku mereka.

Dalam konteks bimbingan dan kaunseling, murid-murid yang suka mengasingkan diri adalah

murid-murid yang mempunyai masalah dari segi emosi. ( Suradi Salim , 1996 )

Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti berikut :-

Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa, leteran, perbalahan tentang perkara

kecil di antara murid dengan ibu bapa.

Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk berusaha dalam pelajaran

Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan keluarga

Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehingga murid tidak merasa selesa

dengan perubahan tempat baru

Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang tiada keseimbangan dari segi

saiz, kemudahan, bilangan ahli yang terlalu ramai atau kedudukan kawasan.

Oleh itu, melalui bimbingan dan kaunseling, murid yang suka memencilkan diri akan

dicuba diterokai oleh guru bimbingan seterusnya mengenalpasti punca-punca masalah atau

ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid. Guru bimbingan akan cuba memberi nasihat

atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang dialami.

Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura ( 1986 ) yang menyatakan pembelajaran terhasil

melalui proses pemerhatian dan peniruan merupakan bahagian penting dalam pembelajaran

sosial.

Miller dan Dollard ( 1941 ) menyebut „tingkah laku kebegantungan sepadan dan percaya

bahawa individu hanya dapat mempelajari gerak balas itu jika ia memadankan tingkah laku

model itu’.

Mowrer ( 1960 ) menyatakan gerak balas model boleh dipelajari oleh seseorang pemerhati hanya

dengan memberikan peneguhan atau ganjaran yang diberikan kepada model semata-mata. Dalam

Page 18: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

18

proses ini peneguhan yang diberikan kepada model dianggap sebagai ganjaran gantian untuk si

pemerhati.

3. Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme

Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk.

Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek

(pensel, pen atau marker ). Bagi yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut

adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Selain itu, tabiat suka mematahkan

atau merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Ada juga murid yang mencabut

batang paip tandas sekolah. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka

merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas.

Contoh : Ali sering menconteng meja di dalam kelasnya. Kadangkala, dia juga turut

menconteng meja kawan-kawannya yang lain. Perbuatannya memang tidak

disenangi atau disukai oleh kawan-kawannya yang lain di dalam kelas. Meskipun

sudah diberi amaran atau denda oleh Cikgu Dali , namun sikap Ali masih tidak

berubah.

Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan harta benda ini bolehlah

dikategorikan dalam tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. Murid-murid yang terlibat

dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi dikenakan denda atau hukuman. Denda bukanlah ubat

yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini. Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh

guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini jika

berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. Dengan erti kata lain, ia akan menjadi masalah

yang lebih besar pada masa akan datang. Oleh itu, sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan

sikap sedemikian perlu dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan

rawatan dan bimbingan yang betul.

Terdapat sesetengah pandangan mengatakan „ anak-anak yang baik ‘ ialah kanak-kanak

yang pendiam, pasif, tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima sahaja. Kanak-kanak yang

aktif, lincah, terlalu banyak bercakap atau bertanya, berani menjawab atau mempersoalkan apa

Page 19: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

19

yang dikemukakan adalah dianggap sebagai kanak-kanak nakal, tidak berdisiplin atau dianggap

kurang ajar dan biadap.

Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke sekolah rendah, menengah, universiti

dan seterusnya dewasa. Pada keseluruhannya, orang kita lebih bersikap pemerhati sebagai

reactionist dan bukannya actionist, tidakberani mengemuka pendapat kerana jiwanya yang kerdil

itu tidak membenarkannya berbuat demikian. Mereka dididik untuk tunduk, menerima dan patuh

kerana kalau ada tingkah laku yang sebaliknya mereka akan dicemuh, dicaci, dikeji atau didenda.

Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada umumnya kanak-kanak yang

rosak akhlak bencikan sekolah, kehadirannya ke sekolah tidak tetap, lemah dalam pencapaian

akademik dan lebih cenderung tercicir dalam sistem persekolahan. Kebanyakan kanak-kanak

rosak akhlak lekas marah, cepat tersinggung perasaan dan bermusuhan terhadap rakan-rakan

persekolahan.

Menurut Arther Johnson ( 1988 ) yang telah membuat kajian yang meluas mengenai perhubungan

sekolah dan jenayah kanak-kanak menyatakan bahawa “ Tidak ragu-ragu lagi bahawa corak

permulaan penjenayahan kanak-kanak bersangkutan dengan kanak-kanak itu sendiri.

Dalam kajian Horley dan Bronner mendapati 40% dari contoh kanak-kanak rosak akhlak sangat

bencikan sekolah . Maka mereka bertindak merosakkan apa saja benda yang terdapat di sekolah.

Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan kanak-kanak rosak akhlak dengan yang

tidak melaporkan 88.5% dari kanak-kanak rosak akhlak dan hanya 34.1% dari kumpulan terkawal

yang benci atau bersikap tidak acuh dengan sekolah. Beliau menjelaskan murid-murid rosak

akhlak mempunyai cirri-ciri seperti tidak berminat belajar, benci pada peraturan, kurang minat

terhadap sekolah.

Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid melakukan „vandalism„.

Di antaranya ialah mahu membalas dendan terhadap sekolah, suka melihat benda itu hancur,

Page 20: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

20

hendak menunjukkan kekuatan atau kelebihan, dan keadaan terbiar tanpa pengurusan dari guru

semasa di dalam bilik darjah.

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka merosakkan harta benda dengan

menggunakan teori mazhab behavioris.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. Dalam kes ini, murid suka menconteng

mejanya dan meja kawan-kawannya di dalam kelas.

Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru bimbingan akan menerokai

masalah dan murid diberikan bimbingan.

Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat bimbingan : Murid

mengurangkan sikap suka menconteng di atas meja kepada di dalam buku atau kertas.

Menghargai barang kepunyaan sendiri dan hak milik orang lain.

Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa

kepada perubahan tingkah laku.

Murid diingatkan, dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan sikap-sikap

positif. Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau membuang perangai atau

tabiat buruk suka menconteng meja di dalam kelas.

Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan ke bilik

bimbingan sehingga pada hari berikutnya. Guru cuba menjelaskan perubahan sikap murid

agar murid dapat merasai atau mendapat gambaran perubahan tingkah lakunya.

Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan

mencapai matlamat yang diinginkan.

5. Murid Pintar Cergas

Ramai di antara kita yang tidak tahu apakah tanda-tanda yang perlu diketahui mengenai

kanak-kanak pintar cerdas. Ada yang menggangap kita tahu, tetapi penilaian kita sering cetek

seperti bijak bercakap, penilaian berasaskan hobi atau penilaian berasaskan rupa paras.

Page 21: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

21

Akibatnya, bakat-bakat kanak-kanak pintar yang sememangnya mempunyai bakat luar biasa tidak

dapat diperkembangkan sepenuhnya.

Menurut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa tiada satu

pun tanda set sifat yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas. Seperti

sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar

cerdas luas berbeza antara satu sama lain.

Mengikut kajian yang dilakukan,terdapat 30 cara mengenal pasti murid-murid pintar cerdas di

dalam kelas melalui senarai semak kepintarcerdasan. Antaranya ialah :-

1. Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa.

Semasa kecil lagi sudah menunjukkan kebolehan menyusun

perkataan dan frasa yang bermakna.

2. Mungkin lebih besar, lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang

sebaya dengannya dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya

adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan

perkembangan paru-paru.

3. Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya, tidak

semestinya di hadapan pelawat yang datang ke rumah atau

penonton. Gaya diri yang luar biasa mungkin satu dari tanda luar

biasa kanak-kank pintar cerdas.

4. Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Bercakap mengenai masa

seperti semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu

ini dan waktu itu, kalender dan jam pada peringkat umur yang awal.

Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa.

5. Menpunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan

ingin tahu dari segi intelek yang luas dan cepat berkembang.

6. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam

persekolahan. Kanak-kanak itu dikatakan telah mempunyai minat

membaca yang lebih awal. Mempunyai kebolehan membaca yang

tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan dirinya.

Page 22: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

22

7. Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul benda

dari spesis yang sama ( burung, setem, bahan kimia, kenderaan,

bunga). Biasanya koleksi dari bahan yang canggih atau saintifik.

8. Mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain.

9. Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah, hanya

memerlukan sedikit penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari

guru. Mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubu dari guru

dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah.

10. Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan

situasi lain. Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali.

Elizabeth Drews ( 1961 ), salah seorang penyelidik terkenal tentang kanak-kanak pintar cerdas

pernah menyatakan “ It’s immoral to squander a child’s time on what he really knows “

(adalah tidak bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan memaksa mereka

mempelajari apa yang mereka sudah tahu ) kerana kecerdasan mereka telah menguasai apa yang

kanak-kanak lain sedang bersusah payah untuk mempelajari.

Seorang lagi pakar dalam bidang ini mengatakan “There is nothing so unequal as the equal

treatment of unequals “ ( Borlond, 1989 ). Equal tidak semestinya sama tetapi itulah yang sering

diamalkan dalam bilik darjah apabila murid pintar cerdas dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar

kecepatan yang sama dengan murid-murid lain sedangkan mereka dapat menguasai dengan

kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi

dan mempelajari sesuatau yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam

bilik darjahnya. dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-

murid lain sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan

bersedia maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatu yang baru

dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya.

Kata-kata George Bernard Shaw ( 1965 ) mungkin sesuai disebut di sini “ Take to get what you

like or you will be forced to like what you get “ yang bermaksud kita perlu berusaha atau

melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang kita suka kerana kalau tidak kita terpaksa menyukai

Page 23: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

23

apa yang diberikan kepada kita . Ini menunjukkan bagaimana murid pintar cerdas terpaksa

menerima apa saja dalam situasi pembelajaran mereka.

Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru

memang ingin murid-muridnya sentiasa pintar dan cerdas. Namun di dalam situasi bilik darjah

yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid , murid pintar cergas ini boleh menganggu

situasi pembelajaran di dalam kelas.

Contoh: Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya. Alin selalu mendahului

kawan-kawannya dari segi menjawab soalan, membuat latihan, menyiapkan

tugasan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Apa yang pasti, sememangnya sukar juga juga mengawal tindak tanduknya di dalam kelas

yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau sederhana.

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab

sosial :-

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model.

Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya

yang lain di dalam kelas

Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah,

mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya sekiranya tidak faham

atau tidak tahu

Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh.

Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di dalam kelas

supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh. Maka jika

ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti

murid contoh; murid tersebut akan menerima hadiah serupa seperti murid contoh. Ini akan

memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik.

Page 24: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

24

Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia

dalam pembelajaran.

Seperti murid-murid lain, murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu kasih

sayang, pencapaian dan aspirasi. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan bukan hanya dari

guru semasa di sekolah.

Mengikut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan terdapat beberapa objektif bimbingan dan kaunseling

bagi murid pintar cerdas seperti berikut :-

1. Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan

dirinya dan menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin

tidak pada semua aktiviti atau perkara.

2. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain

3. Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya, sosial, bakat, emosi selaras

dengan kebolehan, bakat dan minat.

4. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang membawa

kesimbangan.

5. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil

bahagian dengan murid lain.

6. Mengenal akan perlunya empati, menghormati dan menerima individu lain

dengan sifat dan kebolehan mereka.

7. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu mereka

memenuhi keperluan hidup mereka.

8. Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap orang lain

berasaskan sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang.

9. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan

10. Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran.

Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan kemajuan murid pintar cerdas dari

segi akademik serta melayan mereka agar rasa gembira memiliki kelebihan sendiri tanpa

memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang sebaya dengannya yang mungkin

memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada dirinya.

Page 25: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

25

5. Murid Ingin Tahu

Murid ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dari perkara besar hingga sehalus

kuman. Guru pun boleh lemas dan letih menjawab pertanyaan murid yang mempunyai sikap ingin

tahu yang terlalu tinggi. Adakalanya soalan yang dikemukakan tidak terdapat di dalam sukatan

pelajaran. Tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan sehingga

boleh merimaskan guru untuk menjawabnya. Murid-murid lain di dalam kelas hanya termanggu-

mangu menanti jawapan dari guru. Sedikit sebanyak sikap murid sebegini boleh mengganggu

proses pembelajaran di dalam kelas.

Contohnya :

Cikgu Ani : Murid-murid, ini adalah gambar bunga raya. Nampak tak apa warna bunga raya?

Murid-murid : Nampak cikgu. Warna merah. ( murid-murid menjawab ….. )

Amirul :Cikgu, mengapa bunga raya mesti berwarna merah? Ada tak bunga raya

berwarna lain. Apakah kelebihan warna merah berbanding warna lain ?

Cikgu Ani : Oh… sememangnya bunga raya ada memounyai warna lain seperti…….

( Cikgu Ani menjwab soalan yang dikemukakan oleh Amirul ). Kemudian Amirul

bertanya beberapa soalan lagi kepada Cikgu Ani sehingga masa pembelajaran

tamat sebelum Cikgu Ani sempat memberi kesimpulan topik perbincangan kelas

pada hari itu .

Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan diri boleh digunakan bagi murid yang

mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi:-

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau kenalpasti soalan yang dia ingin

tahu mengenai jawapannya

Murid berusaha mencuba mendapatkan jawapan sendiri selain dari guru.

Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada jawapan yang dicari adalah

betul atau tidak. Sekiranya tidak yakin, murid boleh bertanya guru untuk kepastian.

Murid dapat menilai kebolehan diri dan mencapai kepuasan.

Guru hanya bertindak sebagai pakar rujuk atau pemerhati.

Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang sehingga ia mencapai tahap

keberkesanan guru dan murid,

Page 26: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

26

PENUTUP

Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan

yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang

terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam

kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan

dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan

asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu

kelancaran perjalanan kelas.

Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh

terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi

merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku

bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah.

Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan sempurna

kepada anak-anak. Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari wang

ringgit dan keperluan asas mereka.

Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk memilih

apa yang mereka suka, mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi sokongan tentang

perkara-perkara yang mereka minati. Ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran

atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa memberi galakan dan motivasi.

Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan

teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan

mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

Page 27: Pendidikan Khas

Tingkah laku Bermasalah

27