pemilihan p&p

Upload: putehmanaf

Post on 10-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

[HIT 3023 : SEJ. PERKEMBANGAN PI.]

[HIT 3023 : SEJ. PERKEMBANGAN PI.][2014]

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

SEMESTER 2 : SESI 2013/2014HIT 3023 : Sejarah Perkembangan Pengajian Islam.TUGASAN

TUAN GURU DATO DR. HARON DIN.

KUMPULAN_____UPSI 01____DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

PUTEH BINTI MANAF.D20111049406019-5151330

NAMA TUTOR E-LEARNING: Dr. Wahibah binti Twahir @ Haji Tahir.TARIKH SERAH: 26 May 2014.

Isi Kandungan Assignment.Bil.Isi KandunganMuka Surat

Muka Hadapan 1

Isi Kandungan 2

1.0 Pengenalan 3

2.0Latarbelakang TG Dato Dr. Haron Din. 3

3.03.13.23.33.43.5Latarbelakang Pendidikan.Pendidikan Awal.Pendidikan Sekolah Rendah.Pendidikan Sekolah Menengah Rendah.Pendidikan Sekolah menengah Tinggi.Pengajian Tinggi. 4 5 5 6 7 8

4.04.1 Sumbangan Dalam Bidang Pendidikan.Sumbangan Dalam Pelbagai Bidang. 9 10

5.0Manfaat Yang Boleh Diteladani Sebagai Seorang Guru. 12

6.0Sumbangan Dato Dalam Masyarakat. 14

7.0 Penutup 17

Rujukan 19

PROF. DATO DR. HARON DIN.

1.0 PENGENALAN.Tokoh pemikir pendidikan dan tokoh ilmu yang menjadi pilihan saya ialah TUAN GURU DATO DR. HARON DIN .Keharuman nama beliau tidak hanya diakui oleh sahabat dan murid-murid beliau. Bahkan kalangan yang bertentangan idologi politik beliau juga memberikan sanjungan tidak hanya berkaitan dengan ketinggian keilmuan beliau tapi juga keperibadinya.Prof. Dato Dr. Haron Din merupakan Naib Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cemerlang daripada Universiti Darul Ulum Kaherah (1972-1974). Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat Profesor kepadanya sejak tahun 1986.Beliau seorang akademik dan fasih berbahasa Arab, Inggeris dan Melayu.Ceramah- ceramah dan kuliah-kuliah Prof amat berkualiti isi kandungannya dan terbukti antara yang terbaik di dalam negara kita. Beliau begitu disegani oleh orang kebanyakan. Prof Dato Dr. Haron Din yang telah mendidik dan membimbing jutaan muslimin dan muslimat serantau melalui kuliah-kuliah beliau yang berpaksikan kepada kebenaran Islam.Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri sebagai pengiktirafan kepada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.

1.0 LATAR BELAKANG TUAN GURU DATO HARON DIN.Tuan Guru Dato Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359h. di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki manakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Oleh yang demikian, kehidupan beliau telah terdidik sejak kecil lagi dalam keadaan baik dan ilmiah. Ibu bapa beliau berkhidmat sebagai guru al-Quran kepada masyarakat setempat pada ketika itu. Ia suatu peluang baik kepada beliau serta adik beradiknya yang lain untuk lebih mendalami bidang al-Quran.Oleh kerana kealiman dan keilmuan ayahanda Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din, dia dikenali sebagai Lebai Din. Semasa zaman remaja Lebai Din telah merantau mencari ilmu dari Patani sehingga sampai ke Perlis dan menetap di Kampong Bohor Mali kerana di situ adalah tempat pengajian ilmu. Beliau telah menetap dan berumahtangga di situ. Lebai Din dikenali umum sebagai seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan secara Islam. Selain daripada itu, Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani.Namun, ilmu persilatan ini tidak diperturunkan kepada anak-anaknya. Akan tetapi, ilmu pengubatan Islam ini tidak terhenti setakatnya sahaja. Ilmu ini telah diperturunkan secara pengijazahan dengan menyerahkan buku catatan pengubatannya kepada Ustaz Haron Din. Memandang minat dan kecenderungan terhadap ilmu pengubatan Islam, Ustaz Haron Din sahaja terpilih untuk mewarisi ilmu pengubatan Islam daripada ayahandanya.

3.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DATO HARON DIN.Sejarah Pendidikan Tuan Guru Dato' Haron Din. Madrasah al-Islahiyah al-Wataniah, Bohor Mali. Madrasah al-Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965). Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - Universiti Al-Azhar (1966-1968). Diploma Pendidikan - Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968). PhD Syariah - Universiti Darul Ulum, Kaherah (1972-1974).

3.1 PENDIDIKAN AWAL. Beliau menerima pendidikan awal daripada ayah dan ibunya sendiri. Sikap keprihatinan ayah beliau dalam memberi didikan agama kepada anak-anak, sehinggakan tidak membenarkan anak-anaknya mendapat pendidikan selain daripada pendidikan agama di pondok. Tidak seorang pun anak-anaknya yang mengikuti persekolahan secara formal pada ketika itu. Setelah menamatkan pengajian di peringkat pondok, rumah pula menjadi tempat bagi beliau mendalami bidang al-Quran dipimpin oleh ayahnya. Beliau bukan sahaja diajar kaedah bacaan al-Quran dengan betul, malah dilatih dan diberi kepercayaan sebagai pembantu ayahandanya mengajar al-Quran kepada anak-anak qaryah. Beliau juga telah dilatih menjadi imam solat dan tenaga pengajar fardu ain kepada umum.

Manakala bondanya pula, seorang ibu yang memiliki sifat keibuan sempurna. Dengan perwatakan baik sebagai seorang ibu, dengan sifat lemah lembutnya, dia berjaya mendidik dan membentuk anak-anak secara berhikmah dan berbeza dengan cara suaminya. Dengan kombinasi kedua-dua bentuk didikan ini, maka terbentuklah keperibadian baik kepada tokoh ini. Ia menjadikan Tuan Guru Dato' seorang yang amat tegas pendiriannya dalam membela, mempertahan dan memperjuangkan agama di tanahair. Sifat lemah lembut ibunya juga telah diwarisi oleh beliau. Beliau amat berlemah lembut dalam tutur katanya serta mesra denganmadunya tanpa mengira batasan usia, pangkat dan kedudukan.

3.2 PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH ( IBTIDAII)Setelah menjangkau usia Tujuh tahun, ayahandanya telah menghantar beliau belajar di sebuah sekolah aliran pondok di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali yang terletak hanya lebih kurang 100 meter dari rumahnya. Walaupun jarak antara pondok dan rumahnya amat dekat, namun beliau mengambil keputusan menetap di pondok supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian dan dalam pada itu dapat mendidik diri hidup secara berdikari.Kecenderungan Tuan Guru Dato' terhadap bahasa Arab berputik semenjak hari pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Pendekatan pengajian bahasa Arab secara berinovasi dan menyoronokkan daripada guru beliau, ustaz Shafie Omar, sedikit sebanyak telah memberi rangsangan kepada beliau untuk terus mendalami matapelajaran bahasa Arab ini.Berbekalkan keazaman dan kesungguhan serta minat yang mendalam dalam diri, menjadikan bahasa Arab sebagai alat untuk beliau menimba ilmu-ilmu wahyu dengan lebih jauh. Berteraskan kemahiran bahasa Arab inilah, beliau dapat menggali khazanah ilmu dari sumber-sumber muktabar dalam bahasa Arab dalam pelbagai bidang ilmu termasuk aqidah, fekah, muamalat Islam, siasah Islam, perubatan Islam, kekeluargaan dan sebagainya.Satu pengajaran yang dapat kita ambil di sini mengenai kepentingan pendidikan bahasa Arab kepada generasi muda supaya mereka dapat menyelami dan mendalami pusaka khazanah ilmu peninggalan ulama-ulama Islam terbilang. Amatlah wajar dielakkan tanggapan sesetengah orang yang beranggapan bahawa bahasa Arab ini bahasa yang sukar dipelajari dan difahami sehinggakan wujudnya golongan yang anti atau fobia dengan bahasa al-Quran juga bahasa syurga. Sesungguhnya Allah telah permudahkan bagi kita untuk mempelajari bahasa al-Quran.

3.3 PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH ( IDADIAH)Setelah beliau menamatkan pengajiannya di sekolah pondok Madrasah Islahiyah al-Diniah beliau telah menyambung pengajian ke Madrasah al-Alawiyah al-Diniah. Perpindahan beliau ke sekolah menengah memberi maksud penerusan perjuangan beliau yang lebih mencabar dalam mendalami ilmu pengetahuan agama. Tambahan pula, pada ketika itu jarak antara sekolah dan rumah beliau adalah lebih kurang 12 batu (20km). Kayuhan basikal sejauh 40km sehari, sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau dalam menuntut ilmu Allah S.W.T.Bermula dari sinilah, terserlahnya kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan sifat kepimpinan. Di mana beliau telah mendapat tempat pertama (imtiaz) sepanjang tahun pengajian di situ. Sifat kepimpinan mula menyinar di mana beliau telah lantik menjadi ketua pelajar di sekolah. Keperibadian beliau yang cemerlang telah diakui oleh kedua-dua gurunya. Semasa belajar di sini, beliau dikenali sebagai seorang murid yang baik, cerdik, tekun dan fokus dalam pelajaran sehingga sentiasa berada dalam senarai pelajar terbaik ketika itu.Tuan Guru Dato hanya sempat menghabiskan pengajian pada tahap tiga thanawi sahaja. Kemudian beliau terpaksa meninggalkan sekolah tersebut kerana terlibat dalam satu gerakan pelajar untuk membantah campur tangan pihak luar yang cuba campur tangan pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ia berikutan kerana, pada ketika itu ada pihak tertentu yang berhasrat menggantikan pentadbir baru yang bukan dari aliran atau lulusan agama. Akibat peristiwa ini, beliau telah di tahan lokap polis selama dua malam dan akhirnya beliau beserta seramai 60 orang rakannya telah dibuang dari sekolah sehingga mengakibatkan sekolah tersebut ditutup terus selama setahun.Peristiwa ini membuktikan kepada kita semangat juang dan ketokohannya sebagai pemimpin yang berkarisma dan bermagnetisma yang menjadikan pelajar-pelajar di bawah pimpinannya sanggup mendengar arahan dan sebulat suara menyokong dan mendokong hak yang diperjuangannya.Di sini juga kita dapat lihat ketokohannya sebagai seorang yang mempunyai prinsip yang tinggi dalam kamus perjuangannya. Di ketika itu beliau sanggup mempertahankan prinsip dan kebenaran sehingga sanggup membayar satu harga yang cukup tinggi dalam hidupnya, iaitu penyingkiran daripada persekolahan.Semasa penggantungan itu, beliau bersama seorang rakan karibnya Almarhum Ustaz Dahlan Mat Zin telah memulakan kembara berbasikal dari Arau ke Kuala Lumpur. Satu jarak yang agak jauh, dengan keadan fizikal jalan pada ketika itu.Ini dapat membuktikan kepada kita kecekalan dan ketabahan beliau untuk mengharungi cabaran untuk melihat dunia luar. Apa yang dapat kita lihat sekarang, apabila beliau telah menjadi seorang ulama yang telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk menyampaikan dakwah dan kerja-kerja kebajikan.

3.4 PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH TINGGI.Beliau dipujuk untuk memohon menulis surat dalam bahasa Arab kepada pihak Kolej Islam Malaya ketika itu. Akhirnya beliau memberanikan diri menulis surat permohonan tersebut dalam bahasa Arab bertulisan tangan. Berasaskan nilaian terhadap kandungan surat tersebut beliau telah dipanggil untuk ditemuduga. Sesi temudgua dijalankan dalam bahasa Arab sepenuhnya. Beliau dapat mejawab soalan temuduga yang dikemukakan dengan baik. Akhirnya beliau diterima belajar pada hari itu juga.Semasa beliau mengikuti pengajian di Kolej Islam Malaya ini, cabaran besar kepadanya ialah sistem pengajian di Kolej Islam itu disampaikan dalam bahasa Arab sepenuhnya sedangkan kemampuan beliau hanya di tahap thanawi dua thanawi. Apa yang banyak membantunya untuk menyaingi pelajar lain dalam berbahasa Arab ialah sistem pengajian Madrasah Alawiyyah yang juga menggunakan bahasa Arab sepenunhya semasa pengajian.Menyedari dirinya tidak mempunyai kelulusan yang setanding dengan pelajar-pelajar lain yang menyambung belajar di kolej itu, beliau telah menggembelingkan tenaga dan usaha dengan belajar bersungguh-sungguh. Masanya banyak dimanfaatkan di perpustakaan. Ini menjadikan beliau kurang aktiviti luar dan kesukanan seperti pelajar-pelajar lain.Semasa beliau mengikuti pengajian di Kolej Islam Malaya ini, cabaran besar kepadanya ialah sistem pengajian di Kolej Islam itu disampaikan dalam bahasa Arab sepenuhnya sedangkan kemampuan beliau hanya di tahap thanawi dua thanawi. Apa yang banyak membantunya untuk menyaingi pelajar lain dalam berbahasa Arab ialah sistem pengajian Madrasah Alawiyyah yang juga menggunakan bahasa Arab sepenunhya semasa pengajian.Pengajian di Kolej ketika itu disampaikan secara tutorial dalam bahasa Arab sepenuhnya. Pada petangnya, beliau telah diminta oleh rakan-rakannya untuk mengajar mata pelajaran yang sukar iaitu Mantiq dan Falsafah. Beliau bertindak sebagai tutor kepada mereka.Di Kolej Islam Malaya atau namanya ketika itu al-Kuliah al-Islamiah, Kelang, Selangor, beliau memperoleh Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang.

3.5 PENGAJIAN TINGGI. Minat Tuan Guru Dato terhadap ilmu pengetahuan tidak terhenti di peringkat pengajian tinggi sahaja. Dengan kecekalan dan kesungguhan dalam pengajian, beliau telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkatMaster Degree. Setelah tamat pengajian di Kolej Islam Malaya, beliau menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1966-1968) dengan biasiswa tersebut. Semasa di Mesir, beliau telah mendaftar untuk belajar dua degree sekaligus iaitu Master di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan Diploma Pendidikan di Universiti Ain Shams, Kaherah. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak ada ruang untuk mengikuti aktiviti luar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang lain ketika itu. Beliau terpaksa mengerah tenaga dan mental untuk belajar pagi dan petang. Masanya banyak dihabiskan dibilik perpustakaan untuk mendapatkan rujukan serta membuat kajian.

Semasa di Kaherah,beliau memilih untuk menyewa di luar bersama-sama dengan pelajar-pelajar Mesir. Ini memberi lebih banyak peluang baginya untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan penutur aslinya. Dua orang sahabat karibnya yang tinggal bersamanya di Kaherah ialah Lutfi Ali Omar dan Mahmud al-Kafif seorang yang buta. Banyak masa beliau belajar bersama-sama dengan kedua-dua rakannya ini. Dan mereka juga banyak membantu beliau untuk menyiapkan tugasan pelajaran sehingga berjaya. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk menggilap bahasa Arabnya dari aspek percakapan, penulisan dan juga kaedah bahasa Arab.Tuan Guru Dato tidak pernah lokek dalam menyebarkan ilmu yang dimilikinya. Beliau diamanahkan mengajar pelajar-pelajar Melayu di Mesir terutama kuliah kepada pelajar-pelajar wanita yang kebanyakannya lemah dalam pelajaran dan ramai yang terkandas pada ketika itu. Kelas-kelas ini dianjurkan oleh pelajar Melayu di Mesir. Pengamalan sebegini masih diteruskan sehingga ke hari ini bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Antara matapelajaran yang diajar oleh beliau ialah Bahasa Arab, Usul Fiqh, Qawaed Fiqhiyyah dan lain-lain.Semasa di Mesir, beliau telah membuat dua degree; satu MA (Ijazah Sarjana) Syariah di Universiti al Azhar dan Diploma Pendidikan di Ain Shams, Universiti Cairo. Akhirnya dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperoleh kedua-dua degree tersebut serentak dengan cemerlang.Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

4.0 SUMBANGAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT.Beliau seorang yang sangat aktif semenjak usia muda hinggalah kini, walau dalam keadaan uzur masih lagi menyumbang keringat, buah fikiran, dalam pelbagai situasi mengikut kemampuan beliau.Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (19751976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi.

4.1 HASIL SUMBANGAN BELIAU DALAM PELBAGAI BIDANG .

Ketekunan dan kesungguhan beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan sepanjang penglibatan beliau dalam dunia akademik dapat dibuktikan dengan penghasilan pelbagai karya ilmiah seperti buku-buku, kajian ilmiah dan kertas kerja. Antaranya;

PENERBITAN BUKU

A. Buku Terbitan dalam Bahasa ArabDissolution of Marriage and Related Problem: A Comparative Study of Schools of Law I Watan Press, Kuala Lumpur. 1983. The Separation of Spouse Based on Legal Prohibition by Law and Court Watan Press 1984. Some Family Cases : Maintenance, Breach of Marriage and Polygamy an Islamic Solution. Watan Press, Kuala Lumpur, 1985 dan Spread of Islamic Mission in Malaysia - Watan Press, Kuala Lumpur, 1985.

B. Buku Terbitan dalam Bahasa Malaysia

1.Buku Teks untuk sekolah menengah Pengetaahuan Agama Islam sebagai Ketua Editor Obor Islam I, II, III, IV dan V.2.Rawatan Pesakit Menurut al Quran dan as Sunnah. Percetakan Watan, terbitan bersama rakan. 19903.Buku tajuk Jawapan Kepada Hadith Satu Penilaian Semula terbitan Dewan Pustaka Fajar 1988 Ketua Pengarang.4. Masalah Pendidian Islam di Malaysia (bersama Dr Sabri Salamon) 1988.5.Pengenalan Islam : Kemusykilan dan Penjelasan (bersama Ishak Din) 1989.6. Rawatan Gangguan Makhluk Halus Percetakan Watan 1989.7. Taklik Talak Antara Hukum Fiqh dan Hukum Kanun Watan 19898. Soal Jawab Agama Fiqh Harian (bersama Ishak Din Percetakan Akademi Art Printing Services Sdn Bhd 1992.9. Aqidah Tauhid (bersama Ishak Din) 1995.10. Hudud dalam Perundangan Islam Pakar Print 1978.11. Manusia dan Islam Edisi Pertama (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1991) Ketua Editor12. Manusia dan Islam Edisi Kedua (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1992) Ketua Editor13. Manusia dan Islam Edisi Ketiga (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1992) Ketua Editor13. Tasawwur Islam Percetakan Graphico Kajang 1404H.14. Melihat Anak Bulan di Malaysia : Maslah dan Kemungkinan15. Kewajipan Menegak Negara Islam Indera Press.16. Suami Isteri dan Rumahtangga Menurut Islam Maju Press KL 1979.17. Penyelenggaraan Jenazah Unit Bimbingan Agama UPM 1981.18. Methodologi Zikr Watan 1988.19. Pengurusan Jenazah Percetakan Zizi Kajang 1989.20. Hudud dalam Perundangan Islam Dany Press 1993.21. Muhammad Rasulullah : Anugerah Kejayaan Bahagian Hal Ehwal Islam JPM 1993.22. Ulama Bukan Cap Getah Percetakan Watan 1993.23. Islam : Keadilan Membebaskan Manusia 2007 (PTS Millenia)24. Islam : Jihad Sebagai Survival Insan 2001 (PTS Millenia).25. Islam : Ibadah Pembina Tamadun Manusia 2007 (PTS Millenia)26. Islam : Ada Apa Dengan Islam 2007 (PTS Millenia).27. Islam : Agama, Bisnes dan Pengurusan 2007 (PTS Millenia).28. Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia 2007 (PTS Millenia).29. Islam : Rujukan Afektif Akhlak Mulia 2007 (PTS Millenia).30. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab 2009 (Darussyifa).31. Fikh Harian 2009 (Edisi Kemaskini ) PTS Millenia.32. Pengantar Pengubatan Islam Jilid I 2011 (Darussyifa).33. Rawatan Penyakit Jasmani 1 Jilid II 2011 (Darusyifa).34. Rawatan Penyakit Jasmani 2 Jilid III 2011 (Darussyifa).35. Rawatan Penyakit Akibat Sihir Jilid IV 2011 (Darusyifa).

5.0 Manfaat yang boleh anda ambil daripada sumbangan untuk kerjaya anda sebagai pendidikan.Manfaat yang boleh dijadikan teladan dan panduan sebagai seorang pendidik.Antara kata-kata Tuan Guru Dato Haron Din.Pendidikan yang baik dan tulen ialah pendidikan yang berteraskan kepada konsep tauhid, kerana dengan tauhidlah peribadi insan yang luhur dapat dibentuk di mana terdapat kesepaduan yang harmoni antara ilmu, bumi, jiwa dan amal soleh untuk menjadikan sains dan teknologi yang menjadi asas pembangunan negara lebih terjamin manfaatnya kepada manusia dan alam. Maka, keharmonian antara sains teknologi dengan amal soleh itu perlu ditanamkan pada setiap peringkat pendidikan kanak-kanak Muslim.Konsep pengabdian manusia kepada khaliqnya tidak akan tercapai tanpa pendidikan Islam. Dalam rangka pembangunan negara ke arah kemajuan, sepatutnya konsep tauhid diserapkan dalam pembelajaran sains dan teknologi supaya para saintis dan teknologi dapat mengamalkan kerjaya mereka dengan penuh sedar akan tanggungjawab mereka sama ada kepada manusia, alam atau khaliqnya. Ia penting untuk mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.Amal soleh juga adalah perlaksanaan ilmu yang dipelajari samada melalui membaca atau mendengar dan menjadi hujah yang kuat kalau diamal dan menjadi akasnya kalau tidak diamal. Dengan beramal akan meneguhkan ilmu dan menguatkan aqidah, terkeluar dari alam teori dan khayalan semata-mata, dan melayakkan seseorang itu berada di medan jihad dan mujahadah. Meningkatkan diri dan membina peribadi sebagai seorang Islam.

Amal yang soleh juga boleh memutus pertarungan di antara dua dorongan yang wujud di dalam diri manusia, iaitu dorongan ke arah kebaikan dan dorongan ke arah kejahatan. Apabila seseorang itu beramal soleh, bermakna dia memberi kemenangan kepada kebaikan dan mengalahkan dorongan kejahatan yang ada di dalam dirinya. Misalannya; Apabila kita membaca tentang kelebihan orang-orang yang membelanjakan harta bendanya fi sabilillah, tiba-tiba lahir perasaan takut untuk mengeluarkan harta, maka lahirlah pula sifat bakhil dan kasihkan harta, serta perkara itu menjadi penghalang. Tetapi apabila kita menunaikannya secara amali bukannya sahaja kita berjaya mengatasi penghalang yang tidak baik itu, tetapi membuktikan adanya aqidah kepada apa yang dibaca tentang kelebihan membelanjakan harta fisabilillah begitulah seterusnya dengan amal-amal yang lain.

Sesungguhnya amal itu mempunyai medan yang luas, mencakupi segala bidang kehidupan manusia kerana Islam itu meliputi seluruhnya. Tetapi hendaklah diketahui bahawa amalan yang menyuburkan hubungan dengan Allah itu mempunyai peranan yang besar dalam membina aqidah dan syakhsiah. Apabila terlaksananya ciri-ciri taqwa dan meningkat pula kepada darjat ihsan yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W,"Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, maka jika engkau tidak melihatnya maka dia melihat engkau."(Muttafaqun 'Alaihi)

Sehinggalah beramal dengan setiap kebaikan yang dikasihi oleh Allah dan Rasul-Nya dan meninggalkan setiap keburukan yang dimurkai Allah dan Rasul-Nya, bahkan tidak merasa jemu dan keberatan untuk menyerahkan apa sahaja bagi mencapai keredhaan Allah. Sesungguhnya memilih jalan bagi menyuburkan hubungan dengan Allah Taala adalah suatu perkara yang tidak boleh dianggap ringan melalui jalannya, memerlukan kekuatan rohani dan keyakinan yang kuat yang boleh dihasilkan dengan amalan, antaranya :1. Mendirikan solat, bukan sahaja yang wajib ditunaikan, tetapi juga solat-solat sunat. Sebaik-baiknya dengan cara bersuci diri manusia ke arah menguatkan hubungan dengan Allah, dengan cara yang lebih melahirkan keikhlasan terutamanya di waktu tengah malam dan sepertiganya yang akhir, kerana manusia itu seringkali dihinggapi sifat buruk yang tertanam di hati, seperti riak, ujub dan sum'ah. Kadang-kadang boleh membinasakan peribadinya dan mengsia-siakan amalannya. Sifat ini menghinggapi juga amalan yang lain.2. Berpuasa, bukan sahaja puasa fardu tetapi juga puasa-puasa sunat seperti yang diajar oleh sunnah Rasulullah S.A.W dengan menghasilkan tujuannya yang dikehendaki oleh Allah Taala.3. Zikrullah (mengingati Allah), yang sepatutnya tidak terputus dari ingatan manusia dalam semua keadaan dengan cara yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W, bukannya cara yang diilhamkan dari unsur-unsur yang bukan Islam. Di sana banyak doa-doa dan zikir-zikir yangma'thurahdari Rasulullah S.A.W, Para Sahabatnya dan salafussoleh. Bukan sekadar menghafal dan menggerakkan lidah tanpa memahami tujuannya.4. Berbelanja pada jalan Allah, bukan sekadar zakat yang wajib tetapi juga sedekah-sedekah sunat sekadar kemampuan. Perlu difahami bahawa nilaiannya bukanlah jumlah yang disumbangkan tetapi menurut keikhlasan hati kerana Allah. Seorang miskin yang memberi beberapa sen yang amat dihajatinya kerana Allah lebih besar dan mulia di sisi Allah dari ribuan ringgit yang diberi oleh seorang jutawan yang menganggapnya satu sumbangan yang dirasakan tidak menyentuh sedikit pun perasaan hatinya dengan kadar itu. Sesungguhnya sumbangan harta itu menurut apa yang dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya, antara jalan untuk membersihkan hati.Setiap Mukmin khususnya pendokong cita-cita Islam bagi mentarbiyahkan hati yang melahirkan kecintaan kepada Allah Taala yang melahirkan pengorbanan dan jihad serta sifat-sifat yang menjadi ciri mencapai pertolongan Allah. Cinta dan kasihkan Allah tidak dilahirkan melalui iman dalam pengertian ilmu semata-mata. Kalaulah ilmu semata-mata menjadi alasan maka para orientalislah menjadi orang-orang yang pertama menganut Islam dan mengasihi Allah dengan menegakkan agama-Nya dan melaksanakan perintah serta menjauhi larangannya. Kedudukan mereka menjadi penentang paling berdepan dan sejarah ahli kitab di zaman Rasulullah jugalah menjadi iktibar kepada kita semua.

6.0 Sumbangan Tuan Guru Dato Haron Din Dalam Masyarakat.Tuan Guru banyak memberi pendidikan dalam masyarakat dengan meluas sekali terutamanya selepas beliau tidak lagi bertugas di UKM. Banyak bentuk sumbangan beliau lakukan sebagai khalifah di muka bumi ini yang sesuai dengan keilman beliau, teknologi terkini dan perkembangan isu-isu semasa.Antaranya :1. Pusat Perubatan DarussyifaHaron Din adalah antara pengasas Darussyifa, sebuah pusat perubatan Islam. Penglibatan Haron Din dalam dunia perubatan Islam adalah rentetan daripada pengalaman hidupnya semasa kecil. Zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan mengikut bapanya menurunkan ilmu perubata itu kepada beliau. Pada masa itu bapa beliau hanya mengajar ilmu perubatan yang asas kepda Haron Din. Sebelum bapanya mengajar ilmu perubatan, bapanya menyuruhnya mendalami ilmu agama.Beliau sendiri mengambil inisiatif mempelajari kaedah rawatan Islam daripada alim ulama. Antaranya, guru yang mengajar kaedah rawatan Islam ini ialah Doktor Kamal yang menggunakan kaedah rawatan Hypnotism semasa di Mesir. Di Malaysia, guru yang mengajar beliau pula adalah Tuan Haji Mursidi dengan kaedah perawatan yang sama.Semasa beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah, beliau sempat menimba ilmu perubatan Islam daripada Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Selain daripada itu, guru-guru lain yang turut mengajar beliau adalah Syeikh Muhammad Bayumi, Bapak Mokhtar Lintang, Tahir Abdullah, Pak Andak Noh dan Haji Husin.Haron Din mempelajari beberapa ilmu bidang perubatan Islam yang dipelajari daripda guru-gurunya itu. Antara ilmu yang dipelajari termasuk ilmu berkaitan dengan penyakit barah, demam panas, ketumbuhan, kayap dan penyakit kulit. Sementara itu, beliau juga mempelajari ilmu berkaitan tumbuh-tumbuhan di samping menggunakan ayat-ayat Quran. Tidak ketinggalan juga beliau turut mempelajari ilmu Laduni iaitu ilmu yang diberikan oleh Allah kepada orang tertentu sahaja. Beliau mempelajari ilmu itu daripada Haji Husin atau dikenali dengan nama Tuk Chin. Kebanyakan ilmu yang dipelajari dan diamalkan oleh Haron Din adalah ilmu yang hanya bertepatan dengan syariat Islam sahaja.2.Sedia Memberi Pandangan, Teguraan Dan Nasihat Kepada Masyarakat.Sedia menjawab sebarang persoalan apabila dikemukakan kepada beliau.Beliau seorang yang tegas dalam memberi dan pengeluarkan pandangan.Pendapat yang beliau utarakan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah,pendapat yang ikhlas,berani, jelas,tidak berselindung juga tanpa alasan untuk kepentingan kroni dan peribadi.Contohnya :3.Menjawab Pertanyaan dalam isu-isu semasa Serta Memberi teguran Untuk Mendidik Masyarakat.*PANDANGAN DAN NASIHAT TUAN GURU DATO DR. HARON DIN. Antara ringkasan kuliah maghrib Dato Dr Haron Din yang menyentuh tentang isu MH370 dan mengambil kesempatan memberi beberapa nasihat dan teguran untuk kebaikan kita semua di sebalik misteri MH370 yang harus kita semua difahami dan lakukan muhasabah diri.-ISLAM ITU SISTEM HIDUP YANG SEBENAR. Kembali kepada cara hidup islam, sistem Islam Ayuh kita semua kembali kepada Allah Taala yang Maha berkuasa. Insaflah bahawa kita sedang diuji Allah. Hadapilah ia dengan penuh keinsafan dan bertaubatlah segera atas segala dosa dan kesilapan.-KUASA ALLAH MENGATASI SEGALANYA. Air di empangan makin kurang.. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru insiden MH370. Berpuluh-puluh kapal laut dan kapal terbang dengan teknologi terkini cari pun tidak jumpa. Allah hendak mengajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.*Dalam keadaan begitu banyak masalah gejala sosial, bala bencana alam sekitar, banjir, tsunami, gempa bumi di seluruh dunia. Malah di Malaysia pula dihujani dengan masalah fitnah yang berleluasa iaitu dosa kita bertambah dan semakin hari semakin besar. Seolah-olah kita sedang memanggil bala itu supaya datang, seperti kita menunggu Allah sedang menghukum kita. Apa pandangan ustaz?

Sudah berdekad masyarakat Malaysia dibebani dengan masalah yang disebutkan sebagai masalah sosial yang kebelakangan ini semakin parah. Dahulu pada penghujung abad ke-20. Kita mendengar hanya cerita-cerita kemaksiatan berlaku dengan angka-angka yang terus meningkat dalam media. Tetapi barang itu akhirnya telah menjadi kenyataan contohnya fenomena pergaulan bebas, tangkapan khalwat dan sebagainya. Pada akhir-akhir ini sangat ketara dengan anak-anak yang dicampak, dibunuh dan ditinggalkan dan anak-anak yang dilahirkan tanpa bapa yang didaftarkan dengan statistik menggerunkan.

*Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu-tugu ini boleh mendatang syirik.Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit atau sebesar zarah pun dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu." dan kata beliau lagi. " walaupun kita tidak pergi ke tugu-tugu tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa-apa, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik."Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu Perlis Indera Kayangan." Menurut kamus dewan... Indera bermaksud nama tuhan Hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan-tuhan bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan Hindu bersemayam.. "Ini sekadar beberapa contoh sahaja. Sebenarnya terdapat begitu banyak sekali teguran dan nasihat dari Tuan Guru ke arah untuk kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

5. Terdapat juga karya Dato dalam pelbagai bentuk terkini seperti CD, DVD, Youtube dll.yang boleh didapati di pasaran dalam usaha beliau untuk berdakwah.Contoh penulisan buku-buku ilmiah terkini di pasaran.Antara Koleksi Buku Dato' Dr Haron Din.

Penutup.

7.0 Penutup.Tuan Guru Dato Dr. Haron Din , seorang ahli akademik, ahli politik,ahli perubatan dan sentiasa mengutamakan Islam dalam segala bentuk tindakannya.Peribadi kehidupannya sentiasa mengutamakan ajaran agama. Penampilannya pula adalah berwatak alim, warak, sederhana dan mesra. Dalam menjalankan tugas, keputusannya mengutamakan hukum syarak dan syura.Religiously charismatic boleh difahami sebagai kehebatan mengamalkan prinsip kehidupan selaku ulama yang bijaksana dan kental berpegang kepada ajaran Islam. Hakikat sifat keulamakan yang zahir dalam diri rohani dan jasmani Tuan Guru Dato Dr. Haron Din merupakan manifestasi religiously charismatic.Meskipun, charismatic difahami sebagai sifat pemimpin yang berupaya mencetus kuasa penarik untuk orang ramai menerima dan menghormatinya, namun apabila charismatic itu diikat dengan religiously, maka kekuatan amalan kepimpinan yang berkarisma itu sebenarnya adalah berteraskan ajaran agama yang merupakan satu anugerah Ilahi yang memantapkan kepimpinan seseorang. Demikian pula, semasa berceramah Tuan Guru Dato Dr. Haron Din akan mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja. Pendekatan ini dikira menepati dengan uslub dakwah yang mengambil kira semua pendengar dapat menerima atas lunas keIslaman bukan kepartian.Jika banyak menyebut parti, mungkin akan ada sebahagian pendengar akan rasa tersinggung atau menolak hujah yang disebut semasa berceramah. Ia berbeza, apabila hujah agama dijadikan sandaran, maka tidak akan ada orang menolak agama. Apabila mereka memahami agama, dan agama yang difahami itu adalah Islam, maka sampai masanya parti yang memperjuangkan Islam akan dapat difahami dan diterima.Selanjutnya, sifat pemimpin Islam adalah mengutamakan sembahyang kerana ia tugas wajib hamba kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Sebenarnya bukan sifat pemimpin Islam apabila berpergian (bermusafir), ibadat sembahyang dikemudiankan, sebaliknya mengutamakan makan-minum ketika berpergian.Maka, pengajaran besar bagi setiap ahli dan pemimpin di jalan politik-dakwah ialah mengingatkan tempat untuk bersembahyang dan menunaikan sembahyang sewaktu bermusafir diyakini akan mendapat berkat Allah SWT di sepanjang perjalanan, sehinggalah kita semua akan sampai dengan selamatnya ke tempat yang dituju.Ia sesuai dengan amanat Rasulullah SAW apabila menghantar orang-orang mukmin yang akan memulakan perjalanan, baginda bersabda, semoga Allah membekali kamu dengan takwa, mengarahkan kamu kepada segala kebaikan, melaksanakan bagi mu segala keperluan mu, menyelamatkan agama dan dunia mu, mengembalikan kamu pulang dengan selamat dan memperoleh keuntungan (Riwayat Ibnu Babawih).Demikianlah perspektif yang dapat ditonjolkan atas nilai-nilai religiously charismatic kepimpinan Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.Serlahan kepimpinan itu selayaknya menjadikannya sebagai idola untuk kita mengikut jejak ilmu, politik,dakwah dan keperibadian hidup ibadatnya.Sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.Inilah yang diperjuangkan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan. Perlu kita fahami bahawa Negara umat Islam suatu ketika dahulu semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w memerintah Madinah. Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka ditubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabiin yang digelar Khulafa ur-Raashidin, Daulah Umayyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924.Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam. Pada 1924, berlaku tragedi di mana musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan, undang-undang Islam diketepikan dan undang undang ciptaan manusia diterima pakai. Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat.Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikchendaki Allah Taala. Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.Dalam satu hadith, Rasulullah s.a.w. menyebut (mafhumnya), Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al-Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al-Quran.Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, hukum al-Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah. Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al-Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya. Sekian terima kasih.

Rujukan.Al-Quran.Abdul Hadi Awang. 1995. Sistem Pemerintahan Negara Islam. Pulau Pinang : Dewan Muslimat.Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam Di Malaysia. Jakarta : Gema Insani.Haron Din. 2007. Islam Jihad Sebagai Survival Insan. Selangor DE : Percetakan Zafar Sdn. Bhd.Muhamad Al-Anbariy, Khalid. 2008. Sistem Politik Islam edisi Malaysia terj : wan Hassan Wan Mat. Kuala Lumpur : Telaga Biru.Muhammad Abdul Qadir. 2000. Fiqh Siasah Menurut Imam Syahid Hassan Al-Banna, edisi terj : Muhamat Zaini Yahaya . Kuala Lumpur : Pustaka Syuhada.Mujahid Yusof.2009. Wajah Baru Politik Malaysia. Selangor : Farhus Interprise.Yusuf al-Qardhawi. Agama Dan Politik, edisi Malaysia terj : Ibnu Salam. Kuala Lumpur : Alam Raya Interprise.Tuan Guru Dato Dr. Haron Din. 2008. Ikhtiar Penyembuh Penyakit.Selangor DE : Darussyifa.http://alamceritera.blogspot.com/2008/08/buku-dato-dr-haron-din-terbitan-pts.htmlhttp://www.tarbawi.my/2013/06/islam-tidak-diukur-melalui-tingkah-laku.htmlhttp://www.darussyifa.org/biodata.phphttp://www.harakahdaily.my/kisah-benar-tuan-guru-dato-dr-haron-din

[ PUTEH BINTI MANAF/640526075978]Page 18