pembangunan mapan dalam islam

11
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM Tajuk:Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Sosial Nama:Zuraida Binti Abd Rahman No Matrik:A 147449 Pensyarah:Prof. Dato' Ir. Dr Riza Atiq Abdullah Bin O.K. Rahmat

Upload: zaira-zue

Post on 09-Jan-2017

153 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan mapan dalam islam

PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

Tajuk:Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Sosial

Nama:Zuraida Binti Abd RahmanNo Matrik:A 147449

Pensyarah:Prof. Dato' Ir. Dr Riza Atiq Abdullah Bin O.K. Rahmat

Page 2: Pembangunan mapan dalam islam

SOALAN

Anda diminta mencari sekurang kurangnya satu amalan terbaik dalam pembangunan sosial. Sediakan laporan ringkas samaada dalam format pdf atau MS Power Point. Jika anda memilih power point, upload laporan anda ke SlideShare dan berikan pautannya. 

Page 3: Pembangunan mapan dalam islam

AMALAN TERBAIK DARI SEGI PEMBANGUNAN SOSIAL-SEKOLAH

DAN BIASISWA PENDIDIKAN

https://www.openlearning.com/courses/pembangunan-mapan-dalam-islam/Pages/KesejahteraanSosialDalamIslam

Page 4: Pembangunan mapan dalam islam

CONTOH:AMALAN TERBAIK

Pendidikan adalah perkara teras dalam pembangunan sesebuah negara kerana melalui pendidikan, pelapis kepada pemimpin masa depan dapat dibentuk.

Sehubungan itu, selain membangunkan infrastruktur pendidikan terbaik, penajaan kepada pelajar termasuk untuk melanjutkan pengajian di universiti luar negara sentiasa menjadi keuta maan.

Point:1. Membangunkan infrastruktur pendidikan terbaik2. Penajaan kepada pelajar

Page 5: Pembangunan mapan dalam islam

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

Membangunkan infrastruktur pendidikan terbaik adalah satu amalan yang sangat mulia kerana perkara ini memberi kemudahan kepada pelajar dan Guru, (Pensyarah/Tenaga Pengajar).

Kemudahan dan infrastruktur yang dimaksudkan ialah seperti kelengkapan asas seperti papan hitam,kerusi dan meja. Selain itu kemudahan yang lain seperti perpustakaan,makmal computer,makmal sains dan bilik tayangan

Page 6: Pembangunan mapan dalam islam

SAMB...Pembangunan infrastruktur sekolah/institusi pengajian yang memadai akan memberi banyak impak positif yang berguna untuk memajukan kualiti pelajar.

Contohnya kelas akan menjadi lebih nyaman sehingga pelajar akan menjadi lebih tekun dalam belajar dan dengan keadaan suasana yang selesa akan menjadikan pembelajaran menjadi lebih mudah dan senang difahami.

Page 7: Pembangunan mapan dalam islam

SAMB...

Dengan adanya kemudahan dan infrastruktur yang lengkap ini dapat menaikkantaraf pendidikan di sesebuah insitusi tersebut.

Penggunaan pelbagai sumber dankemudahan ini dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pelajar dan yang paling pentingnya ialah pelajar dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran merekadengan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap ini

Page 8: Pembangunan mapan dalam islam

PENAJAAN KEPADA PELAJAR

Di samping kecemerlangan akademik, pertimbangan latar belakang pelajar seperti dari luar bandar dan ber asal daripada keluarga berpendapatan rendah serta sederhana juga harus diambil kira.

Sehingga kini,Menurut Pengarah Bahagian Penajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Abdul Aziz Hassan walaupun negara berdepan cabaran ekonomi global, 10,000 pelajar sedang melanjutkan pelajaran di luar negara manakala 70,000 pelajar pula di dalam negara menggunakan kemudahan pinjaman pelajaran Mara.(http://www.utusan.com.my/rencana/biasiswa-pelbagai-kriteria-diambil-kira-1.411484#sthash.V2D4taOz.dpuf )

Page 9: Pembangunan mapan dalam islam

SAMB...

Perkembangan pendidikan di Malaysia sememangnya senantiasa berubah mengikut arus dan tidak jauh ketinggalan jika dibandingkan negara-negara maju yang lain.

Ramai rakyat Malaysia berjaya menjadi cendekiawan dan muncul sebagai yang terbaik di mata dunia

Oleh itu,penajaan sama ada dari segi pinjaman,tajaan penuh atau bentuk sumbangan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar menyambung pelajaran terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan dan latar belakang keluarga yang susah.

Hal ini dapat menyelamatkan keadaan di mana pelajar yang intelek pemikirannya ketinggalan dan mundur dalam mencapai kejayaan kerana faktor ketidakmampuan menyambung pengajian.

Page 10: Pembangunan mapan dalam islam

KESIMPULAN Iklim dan budaya sekolah yang kondusif memainkan pernanan yang penting dalam mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia.

Sungguh pun begitu sekolah tersebutperlulah menjalani pelbagai usaha penambahbaikan bagi mencapai iklim dan budaya sekolah/institusi pengajian yang kondusif.Begitu juga dari segi penajaan kepada pelajar untuk menyambung pengajian hendaklah ditingkatkan.

Dengan sokongan yang berterusan dari semua pihak, Insya-Allah segala onak dan duri dalam perjuangan ini dapat dihadapai oleh pihak sekolah/institusi pengajian bagi mencapai objektif yang murni itu.

Hal ini menunjukkan satua malan terbaik dalam sesebuah pembangunan sosial kerana dapat melahirkan Negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berwawasan sekaligus mempercepatkan kemajuan sesebuah Negara kerana dari sini akan lahir idea-idea yang bernas daripada lepasan-lepasan university/institusi pendidikan.

Page 11: Pembangunan mapan dalam islam

AMALAN TERBAIK-PEMBANGUNAN SOSIAL