pembacaan buku ungu

22
Pengertian sejarah Penakrifan tentang sejarah sangat penting bagi membolehkan para pengkaji memahmai secara mendalam tentang pengertian sejarah. Tanpa memahami secara mendalam tentang pengertian sejarah, maka sukar bagi seseorang itu menjalankan penyelidikan sejarah dan seterusya mnghasilkan penulisan sejarah yangberkualiti. Oleh yang demikian, penakrifan sejarah akan membolehkan para pengkaji sejarah memahami secara lebih mendalam dan juga tepar tentang ruang lingkup sejarah. Pemahaman terhadap ruang lingkup sejarah amat penting untuk memudahkan ahli sejarah menjalankan penyelidikan mengikut bidang yang mereka minati Selain itu para pengkaji sejarah juga dapat memahami secara mendalam satu ukuran sejauh manakah pendekatan sejarah dapat dibezakan daripada pendekatan ilmu-ilmu lain seperti sains kemasyarakatan dan sains tulen Pemahaman terhadap pendektan sejarah yang mempunyai perbezaan yang besar dengan pendekatan ilmu-ilmu lain membolehkan para ahli sejarah menjalankan penyelidikan sejarah tanpa sebarang keraguan dan seterusnya Berjaya menghasilkan penulisan sejarah yang tidak mendapat kritikan mendalam daripada ahli sejarah lain Pengertian tentang sejarah menjadi rumit setelah muncul aliran- aliran baharu yang memberi pentakrifan berbeza tentang pengertian sejarah Justeru itu berlaku perubahan yang besar dalam kaedah penulisan sejarah Aliran-aliran baharu tersebut bukan sahaja memperluaskan lingkungan kajian sejarah bahkan pada masa yang sama telah memperkenalkan kaedah-kaedah baharu dalam mnejalankan kajian sejarah dan juga menghasilakn penulisn sejarah

Upload: carolinerong

Post on 19-Nov-2015

249 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pembacaan Buku Ungu

TRANSCRIPT

Pengertian sejarahPenakrifan tentang sejarah sangat penting bagi membolehkan para pengkaji memahmai secara mendalam tentang pengertian sejarah.Tanpa memahami secara mendalam tentang pengertian sejarah, maka sukar bagi seseorang itu menjalankan penyelidikan sejarah dan seterusya mnghasilkan penulisan sejarah yangberkualiti.Oleh yang demikian, penakrifan sejarah akan membolehkan para pengkaji sejarah memahami secara lebih mendalam dan juga tepar tentang ruang lingkup sejarah.Pemahaman terhadap ruang lingkup sejarah amat penting untuk memudahkan ahli sejarah menjalankan penyelidikan mengikut bidang yang mereka minatiSelain itu para pengkaji sejarah juga dapat memahami secara mendalam satu ukuran sejauh manakah pendekatan sejarah dapat dibezakan daripada pendekatan ilmu-ilmu lain seperti sains kemasyarakatan dan sains tulenPemahaman terhadap pendektan sejarah yang mempunyai perbezaan yang besar dengan pendekatan ilmu-ilmu lain membolehkan para ahli sejarah menjalankan penyelidikan sejarah tanpa sebarang keraguan dan seterusnya Berjaya menghasilkan penulisan sejarah yang tidak mendapat kritikan mendalam daripada ahli sejarah lain

Pengertian tentang sejarah menjadi rumit setelah muncul aliran-aliran baharu yang memberi pentakrifan berbeza tentang pengertian sejarahJusteru itu berlaku perubahan yang besar dalam kaedah penulisan sejarahAliran-aliran baharu tersebut bukan sahaja memperluaskan lingkungan kajian sejarah bahkan pada masa yang sama telah memperkenalkan kaedah-kaedah baharu dalam mnejalankan kajian sejarah dan juga menghasilakn penulisn sejarahHal ini telah menimbulkan kerumitan dalam kalangan ahli-ahli sejarah sewaktu memberikan penakrifan sejarah sama ada sejarah tersebut merupakan satu bidang ilmu sahaja ataupun merupakan gabungan pendekatan-pendekatan lain dalam menghasilkan satu kajian sejarah dan juga penulisan sejarah

Takrifan yang diberikan oelh kamus2 yang sedia ada memang menglirukan dan tidak menepati akibat kemunculan aliran2 yang telah memperluaskan lingkungan kajian sejarahMengikut Kmaus Dewan pengertian sejarah ialah asal-usul ataupun salasilajSelain itu terdapa juga pengertian lain yang diberikan iaitu peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat, dan tamboKamus Dewan juga memberikan pengertian lain iatu kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu ataupun tawarikhKamus Dewan telah memberikan pengertian yang berbeza untuk memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat umumPengertian yang idberikan oleh kamus Dewan boleh diterima pakai dan diguna pakaiNamun begitu penakrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan adalah bersifat satu penakrifan umum sahajaPenakrifan umum tersebut tidak dapat memberikan penakrifan yang tepat dan jitu tentang sejarah yang meruapakan satu cabang ilmu yang penting dalam membuat kajian dan menghasilkan penulisan sejarah.Bersifat kajianDalam memberikan penakrifan tentang sejarah, professor Collingwood menyatakan bahawa sejarah merupakan satu unsur kajian ataupun sejarah adalah merupakan penyelidikanTakrifan yang diberikan oleh Profesor Collingwood relevan dengan peranan dan tugas yang dimainkan oleh ahli sejarahApabila membuat kajian dan penyelidikan, ahli sjarah akan berusaha untuk memahami sesautu peristiwa yang belum lagi diketahui dan tidak pernah ada sebarang kajian dan penulisan tentang perkara tersebut yangdibuat oleh para ahli sejarah yang lainOleh itu para ahli sejarah akan berusaha untuk mnejawab soalan2 tersebutSebagai contohnya jikalau seorang ahli sejarah hendak menjalankan kajian tentang pembukaan sesuatu tempat maka ahli sejarah tersebut akan menjalankan kajian berdasrakna soalan-soalan yang dibinaSeterusnya hli sejarah akan berusaha untuk menjalankan kajian supaya soalan-soalan yang telah dibina dapat dijawabPenyeldikan yang ijankan oleh ahli sejarah juga berlku dalam bidang-bidan ilmu yang lainAntara bidang-bidang yang berkait ialah bidang sains kemasyarakan, bidang sains tulen, dan juga bidang perubatanJikalau kita mendalami bidang sains tulen maka seseorang hali sains akna menjalankan kjian dan penyelidikan untukmendpatkan jawapan bagi hipotesis yang telah dibina sebelum memulakan penyelidikanBagi professor Collingwood, sebarang kajian ataupun penyelidikan ayng dijalankan untuk mendapatkan jawapan adalah merupakan sainsLanjutan itu Profesor Collingwood juga menegaskan ilmu sains adalah satu kajian ataupun penyelidikan yang dijalankan untuk mengetahui sesautuJusteru itu professor Collingwood menyatakan bahawa sejarah merupakan atu jenis sains

Apabila bidang sejarah memntingkan kajina ataupun penyelidikan sebagai satu ciri yang penting maka wujud dua kedsan akibat penerimaan ciri tersebutKesan pertamam ialah kajian ataupun penyelidikan dalam bidang sejarah adalah berdasarkan tafsiran bukti2 yang sedia ada atau sumber2 yang sedia wujudSemasa membuat kajian sejarah,para ahli sejarah amat bergantung kepada sumber-sumber.Tanpa danya sumber maka ahli sejarah tidak dapat menjalankan penyelidikanKetiadaan sumber juga menyebabkan ahli sejarah tidak mendapat jawapan kepada persolan2 yang mereka bina

Sumber 2 yang sedia wujud boleh didiapati dalam bentuk tulisan dan juga kesan-kesan peninggalan lamaBerdasarkan bukti dan sumber sedia ada, ahli sejarah akan menggunakan bukti tersebut untuk mendapatkan jawapn berdasarkan pembinaan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian ataupun penyelidikanKesan kedua ialah kajian ataupun penyelidikan tentang sejarah harus dijalankan oleh mereka yang merupakan ahli sejarah yang mempunyai kemahiran luas dalam bidang ilmu sejarahDalam hal ini professor collingwod menyatakan bahawa terdapat ramai orang yang telah menerima pendedahan tentang pemikiran sejarah di peringkat pendidikan tinggiWalaupun terdedah terhadap pemikiran sejarah namun bagi professor Collinwood mereka tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk mmebrikan pendapat tentang tujuan, kaedah, sifat san pemikiran sejarahDalam hal ini bagi mereka yang menjalankan kajian ataupun penyelidikan dalam bidang sejarah boleh melayakkan diri mereka digelar sbg ahli sejarah

Sarjana2 yangberkecimpung dalam bidang sejarah juga bersetuju bahawa unsur kajian ataupun penyelidikan merupakan satu ciri yang penting dalam ilmu sejarahDalam kajian sejarah, ahli sejarah ahrus melakukan kajian/ penyeldiikan yang terperinci dan mendalam berdasarkan kepada pnemuan sumber2 yang sedia adaBerdasarkan kajian/ penyeldiikan tersebut maka ahli sejarah dapat menegakkan kebenaran tentang kejadian2 tertentu ataupun peristiwa2 khusus yang telah benar2 berlaku

Jelas di sini, ahli sejarah sebenarnya mempunyai tugas yang berat iaitu mengumpul ababd-babad dan rekod2 masa lampauTanpa pengumpulan babad2 dan rekod2 masa lampau maka ahli sejarah tidak dapat menjawab sebarang persolan yang telh mereka binaPemaparan babd2 dan rekod2 lampau hanya dpt dibuat setelah ahli sejarah menjalankan kajian secara mendalam terhadap babd2 dan juga rekod2 masa lampauSeterusnya melalui penggunaan babad2 dan rekod2 masa lampau maka ahli sejarah Berjaya memaparkan hubungan yang dapat diwujudkan berdasarkan fakta2 yang tertulis dalam bahan2 tersebut

Melalui kaedah kajian ataupun penyelidikan sejarah maka ahli sejarah diberi ruang untuk mnegemukakan bukti2 yang bebas sewaktu mengesahkan kebenaranDi samping itu ahli sejarah juga mampu memberikan hujah2 yang menyakinkan untuk menghasilkan satu kajian ataupun penyeldikan ayng bermutu tidak akan menjadi bahan kecaman ataupun mendapat kritikan dalam kalangan ahli2 sejarah lainTanpa kajian ataupun penyeldiikan dalma ilmu sejarah maka para sarjan sejarah tidak mahu mempertimbangakn bahn penyelidikan tersebut sebagai satu kajn sejarahKesimpulannya ahli2 sejarah perlu menjalankan kajian ataupun penyeldikan yang rapi berdasarkan kepada penemuan babd-babad lama dan rekod-rekod yang lampau

Ilmu sejarah adalah ciptaan orang Yunani pada abad ke-5 S.M. Pelopor kepada pengwujudan ilmu sejarah iaitu Herodotus yag kemudiannya digelar sebagai Bapa SejarahGelaran sebagai Bapa Sejarah diberikan atas inisiatif yang dilakukan oleh Herodotus untuk menjalankan penyeldiikan ataupun membaut kajian terhadap peristiwa sejarah.Dalam hal ini Herodotus telah menjalankan penyelidikan tentang Perang ParsiDalam menjalankan penyelidikan terhadap Perang Parsi, beliau telah berusaha mencari sumber2 sejarah seperti babad, kesan peninggalan alam serta saksi masih hidup yang merupakan bahan dokumen yang sangat penting apabila membuat dalam bidang sejarahTernyata bahawa Herodotus telah memahami sejarah sebagai satu bidang kajian ataupun penyelidikan yang bergantung sepenuhnya kepada penemuan dan pencarian sumber tersebut.

Herodotus telah menggunakan segala sumber tersebut untuk membuat penulisan sejarah yang memaparkan peristiwa2 penting yang berlaku dalam Perang ParsiHerodotus telah menamakan karya sejarahnya sebagai HistoriesDalam bahasa Yunani Histories bermaksud penyelidikan ataupun penyiasatan.Penggunaan istilah penyiasatan ataupun penyelidikan telah mengangkat Herodotus sebagai Bapa Sejarah

Beberapa kesan telah wujud akibat penulisan sejarah yang mementingkan kajian ataupun penyeldiikan sebagai satu unsur penting dalam kalangan ahli-ahli sejarahKesan pertama ialah sejarah tidak boleh diberi pentakrifan sebagai kejadian atau peristiwa lama yang telah berlaku walaupun secara umumnya sejarah diberi takrifan seperti yang tercatat dalam Kamus DewanSejarah merupakan satu cabang ilmuOleh itu sejarah boleh dipisahkan daripada perkara yanghendak dikaji terutamanya tentang peristiwa masa lampauWalaupun terdapat pertalian antara sejarah dengan situasi masa lampau namun begitu dalam pengertian sebenar sejarah bukanlah hanya mengkaji peristiwa masa lampau semata-mata

Kesan kedua ialah jikalau penulisan sejarah tidak bersandarkan kepada sesuatu kajian/ penyelidikan maka ia tidak boleh dikatakan sebagai sejarahPerkara ini boleh dibuktikan dari sudut tulisan yang berkaitan dengan autobiografi.Autobiografi tidak boleh dipandang sebagai sejarah kerana penulisannya bergantung kepada ingatan, kenangan dan pengalaman lepas

Oleh itu penulisan autobiografi tidak bergantung kepada penggunaan sumber, dokumen, rekod2 lama dan juga data2Sebaliknya ia bergantung kepada daya ingatan dan pengalaman menyebabkan ia tidak melalui kajian yang mendalamDi samping itu penulisan yang melibatkan autobiografi tidak perlu melibatkan ahi2 sejarah sahajaBagi golongan yang berminat untuk melakukan penulisan autobiografi, mereka dengan mudahnya dapat menghasilkan satu penulisan memandangkan ia tidak melalui proses kajian atau penyelidikan yang mendalam berdasarkan penggunaan sumberOleh itu wujud keraguan fakta dan menjadi bahan kritikan apabila kita mengkaji penulisan autobiografi tersebutPenulisan autobiografi tersebut tidak boleh diiktiraf sebagai penulisan seharah tetapi boleh dilihat sebagai salah satu sumber sejarah sahaja

Begitu juga dengan sejarah lisanSejarah lisan tidak boleh diiktirad sebagai sejarah tetapi lebih kea rah kepada penyelidikan sejarah sahajaDalam lain perkataan sejarah lisan menjadi satu sumber untuk ahli2 sejarah apabila ahli2 sejarah mendapati sumber2 yang sedia ada tidak mencukupi untuk menjalankan kajian ataupun penyelidikan merekaMalahan penggunaan sumber lisan juga bergantung kepada persekitaran semasaMisalnya apabula kita hendak mengkaji tentang peristiwa pembunuhan Mahsuri, ahli2 sejarah amat bergantung kepada sumber lisan kerana tidak ada penemuan rekod dan babad2 yang boleh dijadikan kajianJadi sumber lisan adalah lebih kea rah mengumul saksi2 yang berkaitan dengan kajian/ penyelidikan yang dijalankan oleh hali2 sejarahBerdasarkan penerangan yang diberikan oleh saksi2, ahli2 sejarah akan menggunakan segala maklumat tersebut untuk menghasilkan penulisan sejarah yang berkualitiOleh yang demikan sejarah lisan merupakan suatu sumber sejarah yang berguna dan juga sangat penting untuk ahli2 sejarah dalam menjalankan penelidikan dan bukannya satu bidang ataupun ilmu sejarah

Perkara ini juga berlaku ke atas kes tradisi lisanTradisi lisan lebih kepada pemaparan keterangan yang diberikan secara lisan tentang peristiwa yang berlaku pada masa lampauOrang yang menyampaikan keterangan secara lisan ini tidak berada dalam situasi tersebut fan juda tidak hidup semasa berlaku peristiwa tersebutOrang yang menyampaikan keterangan secara lisan hanya menyampaikan keterangan berdasarkan cerita yang diterima secara lisan dari keturunana nenek moyangJadi tradisi lisan menjadi satu tradisi turun temurun dan dibawa dari satu generasi ke generasi lainBerdasarkan hujahan di atas, ternyata tradisi lisan bukanlah satu bidang sejarahTradisi lisan hanyalah sejenis sumber yang dapat digunakan oleh ahli sejarah dan juga menjadi bahan rujukan sewaktu menghasilkan penulisan sejarah

Beralih kepada penggunaan babad pula timbul perbezaan pendapat dan perdebatan dalam kalangan ahli sejarah sama ada babad merupakan sejarah ataupun menjadi sumber sejarah.Babad lebih menjurus kepada kejadian dan peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu dan dimasukkan hal2 berbeza yang tidak bersangkut paut dalam peristiwa urutan tersebutOleh itu professor Frederick J. Teggart dan Profesor A.C. Danto telah menolak pendapt yang menyatakan babd ialah sejarahPada pendapat mereka, babad lebih merupakan sumber sejarahHal ini disandarkan kepada penakrifan ke atas ilmu sejarahBagi Profesor Frederick J.Teggart, sejarah suatu ikatan dan perkembangan yang berkaitan dengan hal2 yang hendak dipaparkan dalam penulisan sejarahManakala bagi Profesor A.C. Danto sejarah memberikan pengertian dan makna sesuatu peristiwa dan kejadian yang berlaku

Walau bagaimanapun terdapat juga babad lain yang boleh dikategorikan sebagai sejarah dan bukannya sebagai sumber sejarahBabad yang boleh dikategorikan sebagai sejarah lebih ke arah memberikan pengertian dan tafsiran terhadap peristiwa sejarah yang telah berlakuSebagai contoh babad yang terdapat di negara China dibahagikan kepada dua jenisBabd pertama dikenali sebgai Cheng-shih ataupun sejarah rasmi manakala babd kedua pula dikenali sebgai Tung-shih iaitu sejarah umumBabad ini mempunyai kelemahan dari sudut perkaedahan sejarahNamun begitu penulisan babad ini telah memaparkan pengadilan moral dan penilaian terhadap peristiwa sejarahOleh kerana babad ini telah dimasukkan unsur2 pengadilan moral dan juga penilaian terhadap kejadian sejarah maka babad ini layak dikategorikan sebagai sejarah

Beralih kepada perbincangan berkenaan isu penulisan sejarah yang hanya membenarkan dan melibatkan orang yang berkelayakan dalam bidang sejarah sahajaHal ini telah menimbulkan satu perdebatan yang menarikProfessor Collingwood mahukan orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang sejarah sahaja terlibat dalam kajian dan penyelidikan sejarahBerdasarkan kepada hujahan Profesor Collingwood, mereka yang mempunyai kepakaran dan juga kefahaman tentang kaedah2 penulisan dan penyelidikan sejarah sahaja mampu menghasilkan penulisan sejarahPendapt professor Collingwood ada kebenarannya kerana tanpa mengetahui secara mendalam kaedah penyelidikan sejarah dan juga disiplin ilmu sejarah maka tidak boleh menjalankan sebarang kajian dan penyelidikan sejarah yang konkrit mahupun berkualitiBagi mereka yang berminat dalam ilmu sejarah tetapi tidak memilki kemahiran tertentu mengenai kaedah penyelidikan sejarah akan membawa kecacatan dalam penyelidikan sejarah dan seterusnya akan membawa banyak keraguan dalam penulisan sejarah Justeru pendapat yang dikemukakan oleh Profesor Collingwood mempunyai asas dan kebenaran bagi membolehkan kejadian/peristiwa sejarah tersebut hanya dikaji oleh ahli2 sejarah yang memiliki kemahiran tinggi dalam soal kaedah sejarah dan penyelidikan sejarah

Berdasrkan perbincangan di atas, kelihatan seolah-olah segala kajian dan penulisan sejarah sebelum abad ke-19 tidak boleh diterima kerana ahli sejarah pada zaman tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik dan juga kepakaran dalam kaedah2 penulisan dan penyelidikan sejarahSituasi tersebut tidak boleh diterima memandangkan penulis sejarah yang terlibat sebelum abad ke-19 diiktiraf sebagai para pengasas bidang sejarahAntaranya ialah Herodotus yang merupakan Bapa Sejarah dan juga ThucydidesJadi dalam penulisan sejarah kelayakan akademik bukanlah kriteria penting terutamanya sewaktu membuat kajian/ penyelidikan sejarahSebaliknya yang perlu dipentingkan ialah kelayakan seseorang itu yang perlu diukur melalui mutu karya sejarah yang dihasilkan dan bukan bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata

RUANG LINGKUP SEJARAHMenurut F.J. Teggart, sejarah merupakan kajian terhadap tindak-tanduk manusia yang membawa kesan mendalam ke atas rakyat ataupun ke atas negaraBagi beliau, sejarah bukanlah hanya semata-mata mengkaji nasib individu sahajaPada masa sama, F.J. Teggart juga menyatakan bahawa sejarah bukan hanya mengkaji kehidupan harian individu ataupun kehidupan peribadi individuOleh itu F.J. Teggart menerangkan ruang lingkup sejarah menjadi terbatas memandangkan ia lebih menjurus kepada kajian terhadap tindakan sosial manusia yang dilakukan oleh individu ataupun kelompok2 tertentu dalam sesebuah negara

F.J. Teggart telah membuktikan hujahnya melalui kajiannya terhadap penulisan yang dilakukan oleh ahli2 sejarahApablia mengkaji penulisan Bapa Sejarah; Herodotus, F.J.Teggart menunjukkan kajian Herodotus hanya melibatkan nasib org Yunani dan orang Parsi yang terlibat dalam Perang ParsiBegitu juga dengan kajian oleh ahli sejarah Rom iaitu Plybius dan LivyKedua-dua ahli sejarah Rom tersebut telah mengkaji tentang kemunculan negara Rom sebagai kuasa duniaBegitu juga dengan pensejarahan Eropah khususnya pada abad ke-19.Ahli sejarah telah menghasilkan kajian dan penulisan yang berkaitan dengan kebangkitan nasionalisme dan juga mempertahankan kedaulatan negara melalui siri peprangan.

Berdasarkan kajian tersebut, maka F.J. Teggart telah menegaskan bahawa penulisans ejarah adalah ke arah membuat kajian tentang tindak tanduk manusia dan negara dalam menentukan nasib sesuatu kelompok atau nasib sesebuah negaraPendapat F.J. Teggart tidak boleh ditepis begitu sahaja memandangkan perkara tersebut juga berlaku dalam pensejarahan MalaysiaDalam pensejarahan Malaysia terutama selepas tamat zaman pendudukan jepun di tanah melayu penulisan ahli2 sejarah adalah menjurus kepada survival masyarakat tempatan sehinggalah membawa kepada perjuangan menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah

Ruang lingkup sejarah yang ditetapkan oleh F.J. Teggart tidak menyekat sma sekali ahli2 sejarah lain untuk mengkaji ruang2 yang lainAhli sejarah lain telah mengkaji kedudukan dan pengaruh golongan petani, pekerja kilang, hamba abdi dan wanita memandangkan golongan tersebut telah memberikan sumbangan besar terhadap kegiatan ekonomi tempatanBapa Sejarah iaitu Herodotus dalam kajiannya tidak hanya mempertengahkan tindak tanduk manusiaHerodotus sewaktu mempertengahkan sejarah negara Mesir misalnya telah turut menunjukkan kajian tentang budaya orang Mesir dari pelbagai sudutBegitu juga Livy, ahli sejarah Rom telah memaparkan kajian tentang penderitaan rakyat biasa walaupun kajian keseluruhannya lebih ke arah perjuangan kelas atasan dan perjuangan kelas bawahanPensejarahan TradisionalPensejarahan tradisional lebih ke arah kajian tentang peranan dan penglibatan kerajaan serta tokoh2 kelas atasanPensejarahan tradisional ini telah diterus dan digiatkan secara mendalam dengan kemunculan aliran yang mendokong pensejarahan tradisionalAliran yang mendokong pensejarahan tradsional dikenali sebagai aliran sejarah objektifAliran sejarah objektif dipelopori oleh Leopold von RankeRuang lingkup kajian oleh aliran sejarah objektif hanya menumpukan kepada soal2 diplomasi, ketenteraan, peperangan dan pentadbiran sahajaIsu sosial, ekonomi dan peranan wanita tidak diberi penekanan oleh Leopold von Ranke

Aliran AnnalesAliran2 baharu telah muncul sejak tahun 1920an apabila wujud situasi tidak menyetujui kajian/penyelidikan sejarah dijalankan bersandarkan kepada pensejarahan tradisional semata-mataBerikutan ahli sejarah Perancis telah mula menggerakkan aliran baharu yang dikenali sebagai aliran AnnalesAliran Annales telah memperkenalakn sejarah keseluruhan yang menumpukan kajian tentang kegiatan manusai yang dilihat dari perspektif alam dan institusi sosialSebagai contoh Fernand Braudel yang mengkaji sejarah kawasan Mediterranean telah membaut kajian secara menyeluruh melibatkan aspek politik, sosial dan geografi

Di samping itu terdapt kajian tentang aspek kehidupan manusia seperti kesihatan, budaya dan keluargaSelain itu aliran Annales juga mengkaji peranan kejadian alamSebagai contohnya kajian tentang hubung kait alam geografi dengan kegiatan manusiaDalam kajian tersebut dapat ditunjukkan tindakan alam yang memepngaruhi tingkah laku manusia pada masa lampau

Aliran Sejarah SosialAliran ini berkembang pesat pada tahun 1950anAliran ini menekankan kajian tentang orang bawahan, kehidupan manusia dari pelbagai sudut, sejarah sosial dan sejarah ekonomi yang menumpukan perhatian terhadap perubahan2 dan kesan ke atas kedudukan masyarakatDi samping itu aliran sejarah sosial juga menumpukan kajian tentang keluarga, perbandaran, kependudukan, kedudukan kelas dalam masyarakat dan juga pergerakan sosialAliran Sejarah RakyatMenumpukan kajian tentang hal2 budaya dan sosial masyarakat dalam se2buah negara. Aliran sejarah rakyat lebih menitikberakan kajian tentang kegiatan manusia dari pelbagai sudut, penggunaan alat teknologi, pergerakan sosial, dan juga aspek kekeluargaan. Di samping itu, aliran sejarah rakyat juga menumpukan kajian ke atas golongan yang tertindas, golongan sesat dan juga golongan yang dipisahkan oleh kelompok masyarakat. Berdasarkan kemunculan aliran2 baharu maka para ahli sejarah telah juga berusaha untuk mengkaji kejadian alam.

Unsur PemikiranProfesor Collingwood menyatakan terdapat unsur yang sangat penting lain dalam ilmu sejarah yang tidak terdapat dalam sains tulenUnsur terpenting yang terdapat dalam ilmu sejarah ialah unsur pemikiranSejarah ialai satu bidang yang mengkaji tentang tindakan manusiaProfessor Collingwood menyatakan tindakan manusia ini boleh dikaji melalui dua sudut iaitu sudut dalaman dan sudut lahiriah.

Sudut dalaman melibatakan kajian tentang pemikiran manusia yang mencetuskan sesuatu tindakan tertentuManakala lahiriah melibatkan kajian tentang aspek fizikal sesuatu tindakanBagi professor Collingwood kajian ke atas pemikiran manusia yang mencetuskan sesuatu tindakan adalah sangat penting dalam penulisan sejarah kerana unsur ini akan membezakan kajian sejarah dengan kajian alam semula jadiOleh itu bagi Profesor Collingwood kejadian2 alam adalah merupakan kejadian semata-mata dan bukan melibatkan proses pemikiranSebagai contohnya kejadian malapetaka seperti tsunami dan gempa bumi disebabkan oleh persekitaran alam semulajadi dan tidak sama seklai melibatkan pemikiran manusia

Walau bagaimanapun tindakan untuk mengkaji pemikiran manusia adalah terhad memandangkan tindakan manusai adalah didorong oleh pemikiran reflektif sahajaPemikiran reflektif hanya berlaku dalam tndakan secara snegaja sahajaTindakan sengaja ini dikaji oleh ahli2 sejarah semasa melakukan penyelidikan sejarah Oleh itu mengikut professor Collingwood kajian sejarah hanya memberi tumpuan terhadap tindakan manusia yang dirancang mengikut landsan tertentu dan tindakan tersebut dilakukan secara sengajaOleh yang demikian ahli2 sejarah akan hanya menumpukan kajian ataupun penyelidikain terhadap kegiatan manusia yang tertentu dan terpilih sahajaSebagai contohnya pemikiran manusia boleh dilihat dari aspek politik memandangkan ahli politik akan merancang polisi untuk dilakasanakan dan keberkesanan dalam melaksanakan polisi tersebut akan melonjakkankedudukan ahli poltik tersebutBegitu juga pemikiran manusia boleh dikaji apabila seseorang pemimpin tersebut mengambil tindakan untuk menyerang negara lainTindakan yang diambil oleh ahli politik dan pemimpin negara merupakan tindakan sengaja yang dapat dikaji oleh ahli2 sejarah lain

Selain aspek ekonomi, moral manusia dan bidang ketenteraan, bidang lain ysng boleh dikaji dari sudut pemikiran manusai ialah bidang seni, sains, agama dan falsafah. Oleh itu professor Collingwood menekankan sejarah bukan hanya melibatkan kajian tentang politik, sosial dan ekonomi sahaja tetapi juga melibatkan kajian tentang aspek moral, falsafah, seni dan agamaKe semua aspek ini boleh dikaji memandangkan ia melibatkan pemikiran manusia reflektif dan mampu dikaji oleh ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan sejarah

Ahli sejarah yang melibatkan diri dalam mengkaji pemikiran manusai reflektif juga tidak meningglkan kajian ataupun penyelidikan tetang aspek tingkah laku manusia yang tidak bersifat reflektif seperti aspek naluri semula jadi manusiaTingkah laku manusai yang tidak bersifat reflektif merupakan satu proses semula jadi dan tidak melibatkan pemikiran reflektifBagi professor Collingwood pula sejarah tidak sepatutnya mengkaji tentang perasaan, emosi, dan pengalaman mausai yang berlaku secara mendadakProfessor Collingwood menegaskan perasaan, emosi dna pengalman manusia lebih kepada kegiatan akal dan bukan melibatkan kegiatan pemikiranKegiatan akal dikelilingi oleh factor perasaan dan emosi sahaja

Pendapat yang dikeluarkan oleh professor Collingwood adalah bertentangan dengan pendapt yang dipertegnahakan oleh F.J. TEggart.Professor Collingwood menyatakan kajian dari sudut pemikiran reflektif hanya perlu melibatkan hal2 yang melibatkan nasib individu sahajaManakala F.J. Teggart pula lebih menitikberatkan pemikiran reflektif yang memberi kesan kepada negara dan masyarakat sahaja

Sebagai contohnya dari aspek pembunuhan, Profesor Collingwood menyatakan ia harus dikaji memandangkan peristiwa tersebut merupakan satu tindakan dan pemikiran reflektifBagi F.J. Teggart pula pembunuhan tersebut tidak perlu dikaji kerana tidak memberi kesan kepada negara dan masyarakatDalam hal ini pendapat F.J. Teggart boleh diterima memandangkan ia melibatkan kajian tentang peristiwa yang membawa kesan kepada negara dan masyarakatMisalnya aspek pembuhanJiakalau pembunuhan tersebut membawa kesan terhadap negara dan masyarakat ia patut dikaji mendalam oleh ahli2 sejarahContohnya peristiwa pembunuhan Putera Mahkota Austria yang dilihat sebgai sebab semerta tercetusnya Perang Dunia Pertama

Profesor W.H. Walsh juga tidak seuju dengna pendapat Profesor Collingwood yang menegaskan perasaan, emosi dan pengalaman manusia tidak boleh dikaji dari sudut kajian sejarahBagi profesor W.H. Walsh, penelitian terhadap pemikiran reflektif oleh ahli sejarah tidak akan sempurna tanpa menitikberatkan soal perasaan dan emosi yang mempengaruhi pemikiran reflektif

Pemikiran reflektif dan pemikiran bukan reflektifDalam penulisan sejarah tidak ada garis pemiah di antara pemikiran reflektif dan pemikiran bukan reflektifThucydides sendiri dalam kajiannya tentang Perang Peloponnesia telah memaparkan aspek emosi seperti keghairahan dan kekecewaan yang melanda dalam kalangan pihak2 yang terliabt dalam peperangan tersebut.Oleh kerana sesuatu peperangan itu melibatkan negara dan maruah bangsa maka soal emosi dan perasaan tidak boleh dipandang rendah semasa menjalankan kajian sejarah

Walau bagaimanapun ahli sejarah masih mementingkan pemikiran reflektif dalam kajian mereka walaupun tidak ada garis pemisah antara pemikiran reflektif dan pemikiran bukan reflektifAhli sejarah lebih ke arah kajian tentang tujuan, motif, keinginan dan lain2 lagi yang dilakukan oleh pihak2 tertentu dan juga institusi2 tertentu

Kesedaran tentang kepentingan pemikiran bukan reflektif telah mencetuskan kelahiran satu bidang baharu yang dikenali sebagai psychohistoryBidang ini menggunakan kaedah yang sedia ada dalam sejarah dan jua kaedah psikologi untuk membolehkan pemahaman yang mendalam tentang tingkah laku individu yang bukan rasional dan juga tindakan yang bukan sengajaSebagai contohnya Otto Pflanze telah membuat kajian tentang seorang pemimpin iaitu Bismarck yang telah memeprlihatkan kesulitan yang dialami oleh Bismarck dalam hubungannya dengan keluarga dan guru telah mempengaruhi tindak tanduknya sebgai pemimpin Jerman

Walaupun sudah ada ruang lingkup sejarah yang telah berunbah dan jua tidak ada satu batasan namun ramai ahli sejarah masih lagi menyetujui pendapat yang dipertengahkan oleh profesor CollingwoodPersepsi bahawa tingkah laku manusia adalh disebabkan oleh tujuan tertentu dan tujuan tersebut boleh dikaji menyebabakan Bapa Sejarah: Herodotus Berjaya membina pengajian sejarah sebagai bidang yang kukuh

Berbentuk NaratifProfesor Collingwood menyatakan penulisan sejarah adalah berbentuk naratif ataupun berbentuk deskripsi tentang kejadian yang dikaji mengikut urutan waktuF.J.Teggart pula menyatakan penulisan sejarah adalah berbentuk naratif yang mempunyai titik permulaan, pertengahan dan kesudahan tentang sesuatu kejadian ataupun peristiwaMandelbaum pula menyatakan sejarah adalah satu penulisan naratif yang menunjukkan perubahan2 yang berlaku dalam sesuatu peristiwaPendapat ketiga2 ahli sejarah tersebut ada kebenarannya jikalau penulisan sejarah melibatkan kajian tentang sesebuah negara dan bangsa

Kajian sejarah ttg sesuatu kejiadian ataupun peristiwa khusus juga melibatkan satu penulisan yang naratifDi samping itu ahli2 sejarah yang menghasilkan penulisan sejarah mengikut tema2 tertentu juga tidak boleh lari drpd penulisan berbentuk naratifOleh yang demikain ia masih dalam keadaan penulisan secara naratif

Pada masa yang sama bukan semya penulisan sejarah berbentuk naratif walaupun kajian sejarah tersebut adalah untuk mengkaji kebenaran sesuatu kes ataupun situasiSelain itu penulisan sejarah yang melibatkan kajian/ penyelidikan ttg struktur am sesebuah masyarakat, pertubuhan dan juga bentuk pemerintahan tidak ditulis secara naratif oleh ahli2 sejarahKemunculan aliran pensejarahan baharu iaitu aliran sejarah sosial, aliran sejarah rakyat dan juga aliran sejarah keseluruhan berpendapat penulisan sejarah secara naratif bukan merupakan kaedah terbaik

Aliran2 di atas brependapat penulisan naratif lebih ke arah penceritaan kepada soalan apa dan bagaimana dan tidak menjawab persoalan kepada mengapaAliran ini yang lebih kepada kajian terhadap masyarakat menyebabkan penulisan sejarah berbentuk naratif dianggap tidak sesuai dan mempunyai kelemahan2 tertentuKajian yang dijalankan oleh aliran2 di atas lebih menggunakan model2, teori2 dan juga disertakan gambar, peta dan carta untuk membuktikan kebenaran dalam hujan penulisan sejarahWalaupun penulisan sejarah berbentuk naratif yang condong kea rah penceritaan tentang perkara2 yang berkaitan dengan tingkah laku tokoh2 tertentu namun kaedah penulisan naratif tidak diketepikan sama sekaliAhli2sejarah telah menggunakan gaya naratif dan gaya analisis untuk menghasilkan gaya penulisan sejarah yang berkualiti