nota oum hci bab1

7
2 OUM PENGENALAN KEPADA INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER UNIT 1 APA ITU INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER BAB 1 BAB 1 APA ITU INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER PENGENALAN Adakah anda mengetahui apa yang dimaksudkan dengan interaksi? Interaksi merupakan satu proses komunikasi antara dua entiti yang berlaku dalam suatu masa. Apabila dua orang sedang berbual, kita boleh katakan bahawa mereka sedang berinteraksi. Interaksi juga boleh berlaku antara tiga atau lebih individu atau entiti. Satu lagi bentuk interaksi yang berlaku tanpa kita sedari adalah interaksi dengan alatan yang tidak bernyawa seperti mesin fotostat, alat perakam video, dan komputer. Interaksi saling tindak yang berlaku bukanlah secara lisan seperti dua orang yang sedang berbual tetapi ia dalam bentuk tindak balas operasi. Contohnya, jika kita menekan kekunci ‘Del’ pada papan kekunci komputer, tindak balas yang berlaku adalah satu aksara atau item dihapuskan. Interaksi manusia komputer (IMK) merupakan satu bidang kajian tentang mereka bentuk, menilai, dan mengimplementasikan sistem komputer yang interaktif untuk kegunaan manusia dengan melibatkan faktor persekitarannya. Sistem komputer di sini merujuk kepada teknologi perkakasan dan perisian manakala manusia pula merupakan pengguna kepada sistem komputer tersebut dalam persekitaran seperti pejabat, rumah dan pembelajaran. Dalam bab ini kita akan membincangkan tentang entiti-entiti yang terlibat tentang tugas dan jangkaan masing-masing bagi memudahkan proses interaksi. Walau bagaimanapun penekanan lebih kepada pengguna kerana adalah lebih mudah memahamkan manusia tentang komputer berbanding mengharapkan komputer untuk memahami manusia. Rajah 1.1: Gambarfoto pengguna sedang berinteraksi dengan komputer

Upload: sebijitelur1

Post on 02-Aug-2015

379 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2 OUM

PENGENALAN KEPADA INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER UNIT 1

APA ITU INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER BAB 1

BAB 1 APA ITU INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER

PENGENALAN

Adakah anda mengetahui apa yang dimaksudkan dengan interaksi? Interaksi merupakan satuproses komunikasi antara dua entiti yang berlaku dalam suatu masa. Apabila dua orang sedangberbual, kita boleh katakan bahawa mereka sedang berinteraksi. Interaksi juga boleh berlakuantara tiga atau lebih individu atau entiti.

Satu lagi bentuk interaksi yang berlaku tanpa kita sedari adalah interaksi dengan alatan yangtidak bernyawa seperti mesin fotostat, alat perakam video, dan komputer. Interaksi salingtindak yang berlaku bukanlah secara lisan seperti dua orang yang sedang berbual tetapi iadalam bentuk tindak balas operasi. Contohnya, jika kita menekan kekunci ‘Del’ pada papankekunci komputer, tindak balas yang berlaku adalah satu aksara atau item dihapuskan.

Interaksi manusia komputer (IMK) merupakan satu bidang kajian tentang mereka bentuk,menilai, dan mengimplementasikan sistem komputer yang interaktif untuk kegunaan manusiadengan melibatkan faktor persekitarannya. Sistem komputer di sini merujuk kepada teknologiperkakasan dan perisian manakala manusia pula merupakan pengguna kepada sistemkomputer tersebut dalam persekitaran seperti pejabat, rumah dan pembelajaran.

Dalam bab ini kita akan membincangkan tentang entiti-entiti yang terlibat tentang tugas danjangkaan masing-masing bagi memudahkan proses interaksi. Walau bagaimanapunpenekanan lebih kepada pengguna kerana adalah lebih mudah memahamkan manusia tentangkomputer berbanding mengharapkan komputer untuk memahami manusia.

Rajah 1.1: Gambarfoto pengguna sedang berinteraksi dengan komputer

OUM 3

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER

BAB 1 APA ITU INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER

OBJEKTIF

Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. menyatakan makna dan fungsi interaksi manusia komputer;

2. menerangkan sumbangan bidang lain kepada bidang kajian interaksi manusiakomputer ini dan

3. menghuraikan kepentingan dan sumbangan bidang interaksi manusia komputer ini.

1.1 SEJARAH DAN EVOLUSI IMK

Istilah yang mula digunakan untuk menjelaskan tentang interaksi antara komputer denganpenggunanya adalah antara muka manusia komputer (Man-Machine Interface) yangdiperkenalkan pada tahun 1970-an. Kajian ini termasuklah kesemua jenis alat bantu bermesinyang digunakan oleh manusia dalam melaksanakan tugas seharian mereka. Contohnya, alattelekomunikasi seperti telefon bimbit dan mesin faksimili; peralatan rumah seperti mesinbasuh dan ketuhar gelombang mikro dan juga peralatan teknologi maklumat terkini sepertikomputer dan pembantu peribadi digital (PDA). Kebanyakan syarikat komputer pada masaitu menggunakan kajian ini sebagai strategi pemasaran sistem komputer syarikat mereka.Mereka merasakan sekiranya mereka mengeluarkan sistem komputer dengan antara mukayang lebih menarik, sudah pasti jumlah jualan akan meningkat.

Para penyelidik pula berminat untuk mengkaji bagaimana komputer boleh meningkatkan mutukerja dan kehidupan manusia. Tumpuan diberikan kepada had kemampuan pengguna dalaminteraksi antara komputer dan penggunanya. Terdapat beberapa isu yang perlu diberi perhatiandalam menentukan kejayaan atau kegagalan sistem komputer seperti isu latihan, amalanbekerja, isu pengurusan dan pengorganisasian, serta kesihatan.

Istilah Interaksi Manusia komputer (Human computer Interaction) atau IMK mula digunakanpada tahun 1980-an. Istilah ini digunakan bukan hanya untuk reka bentuk antara muka tetapiapa sahaja yang berkaitan dengan interaksi antara komputer dan penggunanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sejarah dan evolusi interaksimanusia-komputer (IMK), anda boleh lawati laman web berikut:

• Chapter 2: Human-Computer Interaction {p.5}http://www.sigchi.org/cdg/cdg2.html#2_1

• Stanford University Program in Human-Computer Interaction(http://hci.stanford.edu/cs377)

Cuba buat rumusan ringkas tentang sejarah dan evolusi IMK daripada kedua-dua laman web tersebut.

4 OUM

PENGENALAN KEPADA INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER UNIT 1

APA ITU INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER BAB 1

1.2 ISU-ISU PENGGUNAAN KOMPUTER

1.3 MATLAMAT IMK

Matlamat utama kajian interaksi manusia komputer ini adalah untuk menghasilkan sistemkomputer yang lebih mudah dan selamat digunakan di samping ianya dapat berfungsi denganbaik. Sistem komputer ini bukan setakat mudah digunakan malah mudah dipasang, dipelajaridan juga disenggarakan. Disamping itu, sistem komputer tersebut mestilah dapat beroperasidengan tepat tanpa mengelirukan pengguna. Kesilapan kecil yang berlaku sepatutnya tidakmengakibatkan kerosakan yang teruk. Kesemua matlamat ini dinyatakan sebagai matlamatkebolehgunaan.

Anda pergi ke bank untuk memasukkan duit ke dalam akaun ibu. Pegawaibank yang anda temui menunjukkan satu mesin yang menurut beliau bolehdigunakan untuk memasukkan duit ke dalam akaun ibu anda. Ini adalahpertama kali anda menggunakan perkhidmatan sedemikian. Dapatkah andamenggunakannya tanpa bantuan dari sesiapa jua? Adakah anda rasa antaramuka yang digunakan memudahkan anda?

Penggunaan komputer kini menjadi satu kemestian. Bank, pasar raya, sekolah malahpengurusan masjid juga menggunakan komputer dalam melaksanakan tugas harian mereka.Cabaran utama yang dihadapi adalah ketika memulakan penggunaan komputer. Pada awalnyamemang kedengaran kata-kata negatif seperti komputer menyusahkan, tidak boleh dipercayaidan tidak cekap. Ini kerana pada peringkat permulaan pengguna menghabiskan banyak masauntuk mempelajari dan membiasakan diri dengannya. Namun begitu lama kelamaan timbulrasa seronok menggunakannya.

Kita tidak dapat menafikan bahawa terdapat banyak perisian wujud yang boleh mengelirukanpengguna. Jika kurang berhati-hati pengguna akan membazirkan wang membeli sesuatuyang kurang penting dan berguna. Contohnya, pembelian sebuah komputer peribadi yangtercanggih dan terbaru dalam pasaran untuk kegunaan di rumah. Akhirnya, komputer tersebuthanya digunakan untuk bermain dengan permainan komputer.

Suatu ketika dahulu, komputer diletakkan di sudut-sudut tertentu di pusat membeli belahsebagai pemberi maklumat kepada orang awam. Komputer tersebut menggunakan teknologiskin sesentuh yang begitu mudah digunakan. Apakah maklumat tentang pusat membeli belahtersebut yang anda rasakan perlu dicari oleh pengunjung pada komputer itu?

Sebagai bacaan tambahan anda digalakkan untuk membaca tulisan Bill Gatesseorang jutawan perisian komputer dalam bukunya “The Road Ahead” atauterjemahan dalam Bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Latihan 1.11. Terangkan maksud interaksi manusia dengan komputer.

2. Dengan menggunakan satu contoh yang sesuai, huraikan tentangkesukaran untuk menggunakan sesuatu peralatan atau alat bantu buatpertama kalinya.

OUM 5

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER

BAB 1 APA ITU INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER

Matlamat kebolehgunaan merangkumi aspek-aspek berikut:

• Sistem tersebut hendaklah berfungsi dengan sebaiknya (faktor keberkesanan).

• Sistem tersebut hendaklah cekap berfungsi (faktor kecekapan).

• Sistem tersebut hendaklah selamat untuk digunakan (faktor keselamatan).

• Sistem tersebut hendaklah mempunyai utiliti yang sepatutnya (faktor utiliti).

• Sistem tersebut hendaklah mudah dipelajari (faktor kebolehbelajaran).

• Sistem tersebut hendaklah mudah untuk diingati tentang cara menggunakannya (faktorkebolehingatan).

1.4 KEPENTINGAN IMK

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, matlamat kajian interaksi manusia dankomputer ini adalah untuk menghasilkan sistem yang bukan sahaja mudah digunakan malahselamat digunakan. Tahukah anda kepentingan sistem yang mudah dan selamat digunakan?Kepentingannya ialah ia dapat meningkatkan produktiviti dan keselamatan organisasi malahsejagat. Mari kita lihat contoh senario di bawah.

1.4.1 Produktiviti

Suatu ketika dahulu anda menggunakan pemproses perkataan Word Perfect. Kini anda dimintamenggunakan pemproses perkataan yang baru diperkenalkan di pasaran yang diberi namaMicrosoft Word. Perisian ini memang berbeza dengan perisian Word Perfect terutama darisegi penggunaan ikon, arahan dan sebagainya. Apakah yang berlaku? Pastinya andamengambil masa yang agak panjang untuk mempelajarinya. Di sinilah pentingnya reka bentukantara muka yang baik. Jika antara mukanya mudah difahami, maka sudah tentu perisianMicrosoft Word tersebut akan mudah dipelajari, digunakan dan disenggarakan. Secara tidaklangsung ianya dapat meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti.

Rajah 1.2

6 OUM

PENGENALAN KEPADA INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER UNIT 1

APA ITU INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER BAB 1

1.4.2 Keselamatan

Komputer telah digunakan dalam bidang penerbangan, di logi janakuasa nuklear dan pusatkawalan angkasa lepas. Bidang-bidang seperti ini memerlukan sistem komputer yang cekapdan tepat demi keselamatan umum. Tanpa interaksi yang baik antara juruterbang dengansistem komputer dalam kapalterbang sudah pasti ia menjadi sistem pengangkutan yangmerbahaya. Begitu juga pada logi janakuasa nuklear yang boleh memusnahkan bumi ini jikatiada interaksi yang baik antara penyelidik dengan sistem kawalan janakuasa yang jugamerupakan satu sistem komputer.

Latihan 1.21. Terangkan tentang matlamat kajian interaksi manusia komputer.

2. Jelaskan tentang kepentingan kajian interaksi manusia dengan komputer.

1.5 HUBUNGAN DENGAN BIDANG-BIDANG LAIN

IMK merupakan satu bidang pelbagai disiplin di mana ianya bergantung kepada perkembanganbidang yang lain. Bidang-bidang yang turut memberi sumbangan besar kepada bidang IMKini adalah sains komputer, ergonomik, psikologi, kejuruteraan, kepintaran buatan, bahasa,seni, sosiologi, antropologi, reka bentuk, falsafah dan fisiologi. Perkaitan ini dapat kitagambarkan seperti Rajah 1.3.

Untuk bidang-bidang yang lain, sila rujuk pada topik “Disciplines Contributingto HCI” dalam buku Human-Computer Interaction, Jenny Preece et. Al., atau“The Relationship of HCI to Other Disciplines” dalam buku The Essence ofHuman Computer Interaction, Christine Faulkner.

Dalam bab ini kita hanya membincangkan empat bidang yang utama sahaja iaitu sainskomputer, psikologi, ergonomik dan kejuruteraan.

Rajah 1.3: Hubungan IMK dengan bidang-bidang lain

1.5.1 Sains Komputer

Bidang sains komputer merupakan salah satu bidang teknologi yang begitu pantas mengalamiperubahan. Kemajuan teknologinya merangkumi teknologi perkakasan dan perisian. Teknologiperkakasan bukan hanya merangkumi reka bentuk luaran komputer malah termasuk

OUM 7

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER

BAB 1 APA ITU INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER

kepantasan pemprosesan, saiz ingatan, ketepatan pemprosesan dan kepantasan perpindahandata.

Perkembangan aksesori komputer juga tidak kurang hebatnya. Perisian komputer turutmengalami perubahan terutama dari segi konsep antara mukanya, konsep interaksi, teknikpemprosesan dan capaian dan juga keselamatan data. Kini kita boleh lihat pelbagai jenisperisian yang ada di pasaran.

Reka bentuk antara muka yang cantik dengan hiasan grafik, animasi dan seumpamanyatidak dapat berfungsi dengan baik jika masa pemprosesannya lambat. Begitu juga denganpenyelidikan dalam mencari teknik-teknik melukis lukisan grafik yang dapat mengurangkanpenggunaan ingatan komputer. Semua ini adalah sumbangan bidang sains komputer terhadapteknologi IMK.

1.5.2 Ergonomik

IMK mengambil kira pandangan dan perasaan pengguna komputer. Ini bermakna ia juga menitikberatkan keselesaan pengguna. Ergonomik merupakan bidang kajian berkenaan hubunganmanusia dengan persekitaran kerjanya. Sumbangannya adalah dalam mereka bentukperalatan atau perkakasan yang digunakan berbeza mengikut tujuan, fungsi dan keadaan.Contohnya, reka bentuk kerusi yang digunakan di bilik kuliah tidak sama dengan sofa di rumah.Begitu juga dengan reka bentuk peranti input dan output komputer untuk pengguna biasaberbeza dengan pengguna kurang upaya seperti pengguna buta atau cacat pendengaran.

Pada pendapat anda peranti input dan output yang bagaimanakah sesuai bagipengguna yang cacat penglihatan?

1.5.3 Psikologi

Bidang psikologi menumpukan kepada kajian struktur sosial dan bagaimana komputer bolehmempengaruhi amalan kerja seseorang. Terdapat empat tumpuan teras psikologi sosial,iaitu:

• pengaruh seseorang individu terhadap sikap dan kelakuan individu yang lain;

• kesan sekumpuan individu terhadap sikap dan kelakuan ahli kumpulannya;

• kesan ahli kumpulan terhadap aktiviti dan struktur kumpulan dan

• hubungan struktur dan aktiviti antara kumpulan yang berlainan.

Bidang psikologi juga cuba untuk memahamkan perlakuan manusia dan proses mental bagimenentukan had kemampuan pengguna. Ini bagi membolehkan antara muka yang sesuaidireka bentuk untuk pengguna yang berbeza. Sebagai contoh, had pemahaman bagi penggunayang berusia lima tahun adalah berbeza dengan pengguna yang berusia dua puluh lima tahun.Pereka bentuk antara muka mestilah dapat menjangkakan bagaimana kedua-dua penggunaini memahami sesuatu arahan komputer. Lazimnya pengguna yang berusia lima tahun tidakmemahami banyak arahan komputer. Maka, antara muka yang sesuai untuknya adalah antaramuka yang mudah dengan diselitkan ikon-ikon yang bergambar kartun yang menarik.

8 OUM

PENGENALAN KEPADA INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER UNIT 1

APA ITU INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER BAB 1

1.5.4 Kejuruteraan

Bidang kejuruteraan menyumbangkan kemahiran kreatif dan pengetahuan dalam proses untukmenghasilkan peralatan dan perkakasan yang bukan sahaja berteknologi tinggi malahbersesuaian. Sebagaimana yang dinyatakan pada awal tadi, bahawa antara muka yang baikbukan sahaja terletak pada reka bentuknya tetapi juga kepada kepantasan pemprosesannya.Ini adalah sumbangan bidang kejuruteraan yang bergabung dengan teknologi sains komputer.

Kita sering melayari Internet untuk mencari bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberikanoleh pensyarah. Adakalanya proses memuat turun sesuatu dokumen mengambil masa yangagak panjang. Mungkin anda telah mempelajari dalam kursus sistem rangkaian ataupunkomunikasi data bahawa perpindahan data dari satu hos komputer ke komputer penggunaadalah melalui talian kabel. Perpindahan yang berlaku dalam talian fizikal ini memerlukansistem pengangkutan yang pantas dan boleh dipercayai. Tanpa penyelidikan kejuruteraan,perpindahan dokumen atau data menerusi talian kabel ini sudah pasti akan mengambil masaberhari-hari malah mungkin sesuatu yang mustahil wujud pada masa ini.

Pada teknologi komputer mikro yang biasa anda gunakan, dapatkah andabezakan antara sumbangan dari bidang sains komputer dan sumbangan daribidang kejuruteraan?

Latihan 1.11. Dalam bidang interaksi manusia komputer penglibatan bidang ilmu lain

sangat diperlukan. Bidang-bidang ini banyak memberikan sumbanganterhadap HCI. Senaraikan bidang-bidang ilmu tersebut dan beri huraianringkas tentang dua daripadanya.

2. Jelaskan tentang perbezaan antara interaksi manusia komputer denganantara muka komputer.

RUMUSAN

Kini diharapkan anda telah pun dapat menerangkan apakah yang dimaksudkan denganinteraksi manusia komputer. Sumbangan dari kajian bidang lain merupakan suatu sumbanganyang bernilai, tanpa semuanya itu interaksi antara manusia dengan komputer tidak akan berjalanlancar.

Dalam bab 2 nanti, kita akan membincangkan tentang hubungan antara faktor kemanusiaandengan interaksi manusia komputer.