nilai murni

27

Upload: danish-khan

Post on 23-Jun-2015

6.795 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nilai murni

••••

•••

••

••

•••

••

••

•••

•••••

••••

••••

•••••

•••••

Page 2: Nilai murni

••

••••

•••

•••

•••

•••

••••

••••

•••••

••

GEMA BAHASA Indahnya Bahasa Kita..

PENULISAN BM TAHAP 2-BAHAGIAN C

BAHAGIAN C

-Merupakan salah sebuah karangan yang perlu dijawab oleh  murid-murid   tahap 2 dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu (012) di mana mereka dikehendaki membuat ulasan tentang petikan atau bahan rangsangan yang diberi.

Page 3: Nilai murni

-Sebelum membuat ulasan murid perlulah tahu menentukan nilai murni dalam setiap pernyataan yang terkandung dalam bahan rangsangan tersebut.

-Ulasan yang dibuat mestilah berkisar tentang petikan sahaja.

-Jumlah markah bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60.

A.SENARAI NILAI MURNI

RAJIN BERTANGGUNGJAWAB

TOLONG-MENOLONG BERDIKARI

BEKERJASAMA KEBEBASAN

BAIK HATI BERSIKAP SEDERHANA

PEMURAH/MURAH HATI BIJAKSANA / BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN

JUJUR BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI

AMANAH DEDIKASI

RELA/SANGGUP BERKORBAN BERDIKARI

MENGHARGAI MASA BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR

MENGHARGAI / MEMBALAS JASA MEMPUNYAI JATI DIRI

PRIHATIN BERANI

BERDISIPLIN HORMAT / MENGHORMATI

MENJAGA KEBERSIHAN PERAMAH/MUDAH MESRA

MENJAGA KESIHATAN IKHLAS

MENJAGA KESELAMATAN KASIH SAYANG/ SIMPATI

SEMANGAT PATRIOTIK RASIONAL

Page 4: Nilai murni

TABAH/SABAR/CEKAL TAAT / PATUH

BERADAB SOPAN SEMANGAT BERMASYARAKAT/ KEJIRANAN

B.MODUL JELMAAN  

CONTOH MODUL YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MENENTUKAN NILAI MURNI

BIL PENYATAAN NILAI

1 Membawa bekal / menabung berjimat cermat

2 Berjalan kaki ke sekolah menjaga kesihatan

3 Bangun awal berdisiplin / menepati masa

4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas berdisiplin

5 Menyapu sampah rajin / mementingkan kebersihan

6 Bersalam / mencium tangan ibu menghormati

7 Membaca buku / mengulang kaji rajin,

8 Melaksanakan tugas yang diberi bertanggungjawab / amanah

9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas

berhati-hati / berwaspada

10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih mementingkan kebersihan / kesihatan

11 Bersarapan bersama keluarga kasih sayang / mementingkan kesihatan

12 Sembahyang / solat taat

13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku patriotisme / menghormati

14 Sayang akan negara patriotisme / bertanggungjawab

15 Belajar bersungguh-sungguh tekun / gigih / rajin

16 Memberi salam menghormati

Page 5: Nilai murni

17 Pergi ke perpustakaan mencintai ilmu / menghargai masa

18 Menyediakan jadual harian berdisiplin / menghargai masa

19 Menziarahi kawan sakit / di hospital prihatin / kasih sayang

20 Bertegur sapa sesama jiran semangat kejiranan / hemah tinggi

21 Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga

kasih sayang

22 Bergotong- royong kerjasama

23 Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan semangat kemasyarakatan / kasih sayang

24 Menelefon bomba / ambulans apabila berlaku kecemasan

cepat bertindak / tanggungjawab

25 Menderma / bersedekah /memberi bantuan baik hati / pemurah

26 Memaafkan kesalahan orang lain hemah tinggi / baik hati

27 Menolong haiwan baik hati / kasih sayang / belas kasihan

28 Mengendalikan perlawanan dengan adil amanah / tanggungjawab

29 Menyelamatkan kawan lemas setia kawan / kasih sayang / berani

30 Memulangkan barang yang dijumpa jujur

31 Menjaga adik semasa ketiadaaan ibu bapa tanggungjawab / kasih sayang

32 Berterima kasih bersyukur

33 Masak makanaan untuk keluarga / anak tanggungjawab / kasih sayang / rajin

34 Mengakui kesilapan / menyedari kesilapan insaf / jujur

35 Makan dengan sopan hemah tinggi / tertib

36 Bercakap dengan lemah- lembut Hemah tingggi / sopan / berbudi bahasa

37 Memakai pakaian sekolah / lencana berdisiplin / patuh

38 Mendengar nasihat patuh / akur

Page 6: Nilai murni

39 Meminta izin guru / ibu bapa menghormati

40 Membantu rakan yang bermasalah baik hati / kasih sayang

41 Menumpukan perhatian semasa guru mengajar endah / tekun

42 Membeli / memberi cenderahati / hadiah / buah tangan

baik hati / menghargai / kasih sayang

43 Berdoa kepada tuhan untuk keluarga, rakan kasih sayang / prihatin

44 Tidak menconteng dinding sekolah berdisiplin

45 Mempunyai hobi menghargai masa

46 Memuji keindahan bersyukur, menghargai

47 Tidak terpengaruh hasutan rakan rasional /

48 Menerima pendapat orang lain toleransi / rasional

49 Terselamat daripada bencana / kemalangan bersyukur

50 Menyimpan alatan di tempat asalnya berdisiplin / tanggungjawab

51 Menyusun buku mengikut jadual waktu sekolah berdikari / rajin / tanggungjawab

52 Bercita-cita tinggi berwawasan tinggi

53 Menerima pendapat/cadangan rasional / toleransi

54 Beratur menunggu giliran berdisiplin / bertimbang rasa

55 Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan berwawasan tinggi

56 Menyanjungi guru mengenang jasa / menghormati

57 Tidak pernah berputus asa tabah / cekal

58 Melayanan tetamu dengan mesra kasih sayang / hemah tinggi

59 Bersimpati akan bebanan ayah ibu prihatin / kasih sayang

60 Membuang sampah ke dalam tong sampah berdisiplin / mementingkan

Page 7: Nilai murni

kebersihan61 Mengotakan janji amanah

62 Bersikap tidak keterlaluan / tidak menujuk-nunjuk

bersedarhana / rendah diri / hemah tinggi

63 Berfikir sebelum melaksanakan sesuatu rasional

63 Melakukan sesuatu yang tidak melanggar peraturan

patuh

64 Berkongsi masalah sesama rakan kasih sayang / setia kawan

65 Tidak sombong / meninggi diri rendah diri /

66 Rela berkorban nyawa Ikhlas / pqtriotisme

67 Melaksanakan tugas tanpa merungut dedikasi / ikhlas

68 Membalas budi ibu bapa/ guru/ rakan/jiran mengenang jasa / menghargai

69 Berucap di hadapan kelas/perhimpunan/majlis berani

70 Bersedia menghadapi cabaran berani / yakin

71 Rela mengorbankan masa dan tenaga dedikasi

72 Melakukan tanpa mengharapkan balasan ikhlas

73 Bersatu padu dalam hidup bermasyarakat kerjasama / bermuafakat

74 Percaya akan kebolehan diri sendiri yakin

75 Menjaga perlakuan / pertuturan hemah tinggi

76 Bersepakat dalam menjalankan sesuatu pekerjaan

bermuafakat

77 Mengambil berat keperluan dan perasaan orang lain

bertimbang rasa / bertolak ansur

78 Mencipta sesuatu dengan bahan terbuang kreatif / yakin / berani mencuba

79 Mengutamakan golongan orang tua / kanak-kanak

kasih sayang / baik hati / hemah tinggi

Page 8: Nilai murni

80 Tidak meninggikan suara apabila bercakap hemah tinggi / sopan

81 Menghadiri kenduri di kawasan tempat tinggal semangat kejiranan / peka

82 Menolong ibu menghidangkan makanan rajin / baik hati

83 Membeli barang yang perlu sahaja berjimat cermat

84 Belajar mengikut jadual yang dibuat sendiri berdisiplin / menepati masa

85 Datang awal ke sekolah menepati masa

86 Merawat binatang yang cedera prihatin / baik hati / cepat bertindak

87 Menolong kawan yang pernah menolong kita setia kawan

88 Berhenti apabila lampu isyarat merah menyala patuh

89 Ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading berwawasan tinggi

90 Minum air lapan gelas sehari mementingkan kesihatan

91 Memeriksa keadaan kereta sebelum memandu cermat / teliti / tanggungjawab

92 Membalut buku-buku teks sendiri berdikari

93 Melakukan kerja tanpa mengharap balasan ikhlas

94 Memberi baki wang yang terlebih dipulangkan jujur

95 Menerima kekalahan pasukan semangat kesukanan

96 Tidak merungut menghadapi dugaan hidup tabah / cekal

97 Menyesali kesalahan yang pernah dibuat insaf

98 Menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah aktif

99 Mengadakan sambutan Hari Guru / Hari Ibu / Hari Bapa

menghargai / mengenang jasa

100 Menanam pokok bunga pada waktu lapang menghargai masa

101 Menbelek-belek baju yang hendak dibeli teliti

Page 9: Nilai murni

102 Mengemas tempat tidur apabila bangun berdikari

103 Merindui keluarga yang jauh di kampung kasih sayang

104 Mendengar dan mengikuti arahan guru / ibu bapa

patuh / akur

105 Menjalankan tugas mengikut jadual tugasan amanah / tanggungjawab

106 Hampir terjatuh keran hendak cepat berhati-hati

107 Memberi perangsang kepada murid-murid tanggungjawab

108 Segera meminta maaf hemah tinggi

109 Segera berlari untuk mendapatkan pertolongan cepat bertindak

110 Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan lagi insaf

111 Bersalaman dengan datuk dan nenek menghormati

112 Makan makanan yang tidak berkhasiat mementingkan kesihatan

113 Berazam untuk mengubah kehidupan keluarga berwawasan tinggi

114 Sanggup mengajar dengan percuma ikhlas

115 Menegur rakan yang berbuat salah berani

116 Berjumpa guru jika ada masalah dalam pelajaran berani

117 Berdoa agar rakan cepat sembuh setia kawan / kasih sayang / prihatin

118 Memberi cenderamata kepada penceramah menghargai

119 Kagum akan keindahan alam cinta akan alam sekitar / bersyukur

120 Memberi tempat duduk kepada wanita mengandung

baik hati / bertimbang rasa

121 Merayau-rayau di pusat membeli-belah menghargai masa

122 Memandu tanpa lesen patuh

Page 10: Nilai murni

123 Membuang sampah ke dalam sungai tanggungjawab

124 Membaca novel sementara menunggu ibu bapa rajin / menghargai masa

125 Menolong ayah berkebun pada hujung minggu rajin / kasih sayang

126 Menyusun buku-buku di rak yang telah disediakan

berdisiplin

127 Membeli buku di pameran buku mencintai ilmu

128 Berhati-hati semasa menggunting kertas teliti

129 Membeli barang dengan wang simpanan sendiri berdikari

130 Menyertai perarakan Hari Kebangsaan patriotisme

131 Tidak melayari laman web yang tidak beretika rasional

132 Bersama-sama melakukan kerja kerjasama

133 Jangan cepat memberi hukuman adil / rasional

134 Hidup sepakat membawa berkat bermuafakat / toleransi

135 Tidak memilih rupa atau pangkat rasional / adil

136 Bersaing-saing ketika berbasikal di jalan raya berhati-hati / patuh

137 Berderma kepada mereka yang memerlukan baik hati

138 Menutup suis lampu bilik ketika keluar berjimat cermat

139 Ketua kampung juga turut membantu kami tanggungjawab

140 Berebut-rebut menaiki bas berdisiplin

141 Menghisap rokok hingga menyebabkan rakan terbatuk

bertimbang rasa / peka

142 Leka menonton televisyen dan tidak menyiapkan kerja sekolah

menghargai masa

143 Bangun lewat kerana mononton televisyen hingga larut malam

menghargai masa / menepati masa

Page 11: Nilai murni

144 Terima kasih cikgu, kerana membimbing saya selama ini

bersyukur / mengenang jasa

145 Berlatih bersungguh-sungguh sebelum menyertai acara larian

tekun / tanggungjawab

146 Memberi kata-kata semangat kepada rakan yang menyertai pertandingan

setia kawan

147 Bergotong-royong membersihkan kawasan rekreasi

kerjasama / mementingkan kebersihan

148 Memastikan pintu dan tingkap sudah dikunci sebelum meninggalkan rumah

berhati-hati

149 Sekolah kami telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan

semangat patriotisme

150 Kami bertafakur untuk mengingati para pejuang negara yang telah terkorban

mengenang jasa

C.   CONTOH PETIKAN BAHAGIAN C

PETIKAN 1

Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat

sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh

sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah

menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati

Aidil supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu

kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak

memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak

makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan

bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil

pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu,

Aidil menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan

bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.

Page 12: Nilai murni

PETIKAN 2

Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya

segera masuk tidur kerana hari sudah lewat malam. Ibu tidak mahu Azim

terlewat ke sekolah. Azim segera mematikan suis televisyen. Namun

begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim secara senyap-senyap

kembali menonton televisyen. Azim tidak mahu terlepas peluang

menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi

kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun. Sudah

dua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut.

Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang sudah

menunjukkan pukul 7.30 pagi. Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa

bersiap. Dia hampir-hampir tersungkur apabila kakinya terlanggar bucu

katil.Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi. Azim ternampak

seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim memasamkan

mukanya apabila pengawas mencatat namanya. Kali ini tentu dia akan

didenda lagi.

PETIKAN 3

Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu

dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup

serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful

sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara

kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful

akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah

mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak

pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang

dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa

menerima pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi

membantu membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering

menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang di

Page 13: Nilai murni

sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikan bimbingan

kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful mahu memastikan adik-

adiknya juga cemerlang sepertinya.

PETIKAN 4

Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal

ketika hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan

kemalangan itu termasuk rakannya Amin.Amin berlari ke pondok telefon. Dia

menelefon polis dan ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang

motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan jururawat merawat

Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di

hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid

menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya

menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan.

Selepas kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika

berada di jalan raya. Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya

berulang.

PETIKAN 5

Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di

Malaysia, beliau terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang

dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang olahraga. Minatnya dalam bidang

olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi. Beliau mendapat galakan

daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak.Kemudian

Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak.

Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau mempunyai

keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan.

Kegigihan beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau

telah dipilih mewakili negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean.

Penglibatan beliau dalam bidang olahraga telah mengharumkan nama

negara di seluruh Asia. Kejayaan yang diperoleh tidak menjadikan Nordin

Page 14: Nilai murni

jadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan sentiasa mendengar

nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara

PETIKAN 6

Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada

rakan mereka. Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa

kerana telefon di pondok itu telah rosak. Di dinding pondok telefon itu juga

terdapat beberapa kesan contengan. Mereka dapat mengagak perbuatan itu

dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak bertanggungjawab.

Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang

bermain-main di situ ketika mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua

bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka

berharap setelah laporan itu dibuat, pihak berkuasa akan mengenakan

tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak

bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak

kerajaan sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua

penduduk

PETIKAN 7

Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini. Taman ini

terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun

penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa

bersatu padu. Mereka hidup dengan harmoni.

Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk

membersihkan kawasan taman itu. Mereka membersihkan longkang-

longkang supaya pengaliran air tidak tersekat. Air yang tersekat boleh

menjadi tempat pembiakan nyamuk. Aktiviti yang mereka lakukan dapat

mengatasi masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran

setaman.

Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad. Dengan senaman ini

kesihatan penduduk terjamin. Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan

kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ.

Page 15: Nilai murni

Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti

kepada penduduk setempat

PETIKAN 8

Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak. Dia

pulang dengan menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan, terlebih

dahulu ayah Izmir memeriksa keadaan keretanya. Setelah pasti semuanya

berada dalam keadaan selamat, mereka pun memulakan perjalanan.

Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir

terpukau melihat keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari

pemandangan. Selepas lebih tiga jam di perjalanan, merekapun sampai di

kampung mereka. Izmir bersalaman dengan neneknya sambil

menghulurkan buah tangan yang dibawanya

PETIKAN 9

“Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja .

Peperiksaan dah semakin hampir. Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak

Cik Melah jiran kita tu,” rungut Puan Swee Mooi pada anaknya.“Alah mak ni,

bisinglah. Tahulah saya nak baca buku.” Saban hari begitulah sikap Ah Long.

Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama kawan-kawannya.

Senja baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak dihiraukannya.

Suatu petang, Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar

menyahut ajakan kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya.

Malang tidak berbau. Ah Long hilang kawalan apabila terlanggar seekor

anjing yang melintas secara tiba-tiba.

“Makkkk ........!”

”Anak encik perlu menjalani beberapa ujian kerana otaknya

mengalami sedikit gegaran akibat terhentak pada batang pokok semasa

kemalangan itu. Dia akan sedar sedikit hari lagi. Sama-samalah kita berdoa,”

Page 16: Nilai murni

pujuk doktor muda itu kepada Puan Swee Mooi sekeluarga. Air mata Puan

Swee Mooi mengalir laju.

PETIKAN 10

Pergi ke pasar bersama Cik Zaitun,

Hendak membeli si ikan parang;

Hidup mesti bersopan santun,

Supaya kita tidak dibenci orang.

Dayung sampan ke Tasik Cini ,

Peluh mengalir nampak di dahi;

Perkara baik kita teladani,

Yang buruk kita jauhi.

Nanas ditanam di tepi paya,

Lalu dijual di pinggir kota;

Rajin berusaha pasti berjaya,

Malas bekerja membawa derita.

Bunga kiambang sungguh menawan,

Kembang mekar di pagi hari;

Kalau dapat mengapai awan,

Jangan pula meninggi diri.

Buah labu si buah kundur,

Banyak tumbuh di Pulau;

Perahu terlajak boleh diundur

Terlajak kata membawa padah.

Page 17: Nilai murni

D.CONTOH SOALAN BAHAGIAN C

Nama :………………………….. Tarikh:…………….

Tahun:……………………

Arahan:Tulis lima nilai berdasarkan petikan di bawah.Berikan

contoh yang sesuai berdasarkan petikan

tersebut.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi

50patah perkataan.Tulis jawapan dalam satu perenggan

sahaja.

Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya.

Tiba-tiba dia dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta

wang daripada Aminah.Aminah telah memberikan wang syiling baki

wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan

terima kasih sebelum pergi. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah

beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada

murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada

di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun 2 membuang

sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan

memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana

boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.

Page 18: Nilai murni

Jawapan:

----------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Page 19: Nilai murni

1 comment:

1.

Azmee Abdullah12 December 2012 18:33

Satu lagi hasil kerja yang cukup baik bagi penambahbaikan pencapaian murid. Tahniah dan teruskan usaha murni ini.

Reply

Load more...Home Subscribe to: Posts (Atom)

You are honoured to do this

Total Pageviews

2528

TENTANG SAYA

Faridah Doya View my complete profile

Blog Archive

►   2012 (6)

Page 20: Nilai murni

HALAMAN BLOG

HALAMAN UTAMA NOTA DAN LATIHAN TATABAHASA KOLEKSI SOALAN PEMAHAMAN UPSR VIDEO UNTUK PENGAJARAN BM PANDUAN PENGAJARAN BM GALERI HASIL KERJA SAYA SUDUT PUISI MELAYU GAMBAR AKTIVITI SEKOLAH KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5 PENULISAN BM TAHAP 2-BAHAGIAN C KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HIMPUNAN MUTIARA KATA PENULISAN BM THP 2 - BAHAGIAN B PERIBAHASA

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA..

NAMA :FARIDAH DOYA .NO.MATRIK UPSI :D20112053010KUMPULAN :EL N03PENSYARAH:EN.RASYIDI B.JOHANTEMPAT BERTUGAS:SK ASTANA RAJA,KOTA,NS

Fokus Pengisian Blog:

Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,Tahap 2

BUAT PENGUNJUNG BLOG...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Terima kasih dan sekalung penghargaan buat semua yang terlibat dalam membantu saya membangunkan blog ini untuk kerja kursus KRT 3013 (Teknologi Maklumat)...suami,anak-anak dan rakan-rakan..Jasa anda semua tidak mungkin dapat saya lupakan..

Kepada pengunjung-pengunjung blog..

Terima kasih kerana sudi melayari blog,menjadi pengikut,memberi idea untuk penambahbaikan dan memberi komen yang membina untuk blog saya yang tak seberapa ini..Ini saja yang mampu saya siapkan buat masa ini..

Page 21: Nilai murni

Saya benar-benar bersyukur kerana berpeluang mempelajari dan membangunkan blog sendiri melalui kerja kursus ini..Walaupun dalam proses belajar saya akan cuba sebaik mungkin.Saya juga berhasrat meneruskan blog ini untuk manfaat semua terutama untuk diri saya sendiri.

Semoga blog ini menjadi wadah perkongsian maklumat dan percambahan ilmu buat semua..

Harapan saya kalian terhibur dengan pengisian blog ini...Terima kasih..

PENGIKUT SETIA..

Cuteki ecards

*/

Cuteki gadgets

layout

Gema Bahasa on Facebook

Picture Window template. Powered by Blogger.