nasi ayam 2

Click here to load reader

Post on 19-Jan-2015

154 views

Category:

Food

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. Bahan-bahan: Bahan untuk ayam (direbus) : 1 ekor ayam dipotong 8 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 2 cm halia, ditumbuk halus 1 kiub ayam Bahan untuk ayam (diperap) : 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tiram 1 cm halia, ditumbuk halus 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 1 sudu besar kicap cair Sedikit madu untuk sapuan Bahan untuk nasi: 3 cawan beras 4 cawan air rebusan ayam 2 sudu besar butter 1 cm halia ditumbuk halus 3 ulas bawang putih ditumbuk halus Sedikit garam 2 bunga lawang* 4 buah pelaga*
  • 2. 1 kayu manis* 1 batang serai ketuk 2 helai daun pandan Sedikit kunyit untuk warna dan aroma Bahan untuk sos: 5 biji cili merah 3 ulas bawang putih 2 cm halia 1 sudu besar cuka 1 sudu teh garam 1 sudu teh gula 1/2 cawan air rebusan ayam Bahan untuk sup: Air rebusan ayam 1 biji bawang besar, dikisar Rempah sup bunjut Garam Daun sup dan daun bawang yg dihiris Bahan untuk kuah kicap: Kuah kicap perapan ayam di atas Kicap manis cap kipas udang Sedikit garam Air rebusan ayam
  • 3. Cara Membuat: Cara untuk ayam: 1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk. 2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk. 3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam) 4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu. Cara untuk memasak nasi: 1. Basuh beras dan tos air. 2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa. Cara untuk memasak sup: 1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup. Cara untuk memasak sos:
  • 4. 1. Kisarkan semua bahan di atas. 2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma. Cara untuk memasak kuah kicap: 1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang. 5 bintang - berdasarkan 1 reviews Komen Tambah KomenRating: 5bintang nampak bahan mcm byk, tpi tak la susah sangat nak buat,memang sedap resepi ni, anak2 & suami suka sgt

View more