msm bicara muharam 1431h

12
Tahun 1 / Bil. 1 Jan 2010 www.msmonline.info Buletin Rasmi Majlis Syura Muslimun UK & Eire A ssalamualaikum ikhwah dan akhawat yang dikasihi sekalian. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Muham- mad ibn Abdullah, utusan Allah dan penghulu segala nabi. ، م وأ آSaya ingin mengucapkan Selamat Meyambut Maal Hijrah kepada semua ikhwah & akha- wat sekalian. Sedar atau tidak, kita telah melangkah ke tahun baru, tahun 1431 Hijriy- yah. Mungkin sebahagian kita telah menanam azam baru atau menyambutnya dengan majlis-majlis yang tertentu atau mungkin sebahagian lagi membiarkan ia berlalu begitu sahaja sepertimana hari-hari lain. Apapun sikap dan tindakan kita terha- dap kedatangan tahun baru ini, kita sewa- jarnya menyedari akan sebuah peristiwa penting yang berlaku di dalam lipatan se- jarah Islam yang agung. Apakah sebenarnya Hijrah? Hijrah bukan Apakah sebenarnya Hijrah? Hijrah bukan Apakah sebenarnya Hijrah? Hijrah bukan Apakah sebenarnya Hijrah? Hijrah bukan perlarian perlarian perlarian perlarian Sebahagian besar daripada orientalis meli- hat peristiwa hijrah kaum muslimin ke Yats- rib sebagai satu tindakan melarikan diri daripada penindasan dan kekejaman pihak musyrikin Quraisy. Pandangan ini mungkin juga telah menjalar ke benak pemikiran masyarakat muslim. Kita harus sedari akan kepentingan peristiwa hijrah ini dalam perkembangan Islam dan ia bukanlah tinda- kan si pengecut. Mana mungkin seorang pengecut boleh menjanjikan kekuasaan terhadap sebuah kerajaan di Parsi. Hijrah bukan lari medan pertempuran. Hijrah langkah strategik Hijrah langkah strategik Hijrah langkah strategik Hijrah langkah strategik Hijrah ke Madinah adalah satu tindakan yang berbeza berbanding hijrah ke Habsyah. Hi- jrah ke Habsyah adalah bertujuan mendapat- kan perlindungan tatkala umat muslimin ditekan dan ditentang habis-habisan oleh pihak musyrikin. Sebelum penghijrahan ke Madinah, Rasulullah telah memulakan dak- wah terhadap beberapa penduduk Madinah M U H A R A M 1 4 3 1 H Perutusan Ameer MSM Sempena Maal Hijrah Menarik Di Dalam Muka 2 - 3: Perutusan Ameer MSM (samb…) Muka 4 - 5: Jejak Langkah Yang Ditinggalkan Muka 6 - 7: Kata-kata Hikmah & Puisi Muka 8: Perubahan Kita Adalah Perubahan Hati Muka 9: Meh Datang Dekat Muka 10 - 11: MSM Sana Sini 1 Bersambung ke muka 2 …

Upload: maktabmedia-ikramuke

Post on 29-Feb-2016

263 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

MSM bicara Muharam 1431h

TRANSCRIPT

Page 1: MSM Bicara Muharam 1431H

Tahun 1 / Bil. 1

Jan 2010

w w w . m s m o n l i n e . i n f o

Buletin Rasmi Majlis Syura Muslimun UK & Eire

A ssalamualaikum ikhwah dan

akhawat yang dikasihi sekalian.

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Muham-mad ibn Abdullah, utusan Allah dan penghulu

segala nabi.

آ� � م وأ�� ����،

Saya ingin mengucapkan Selamat Meyambut Maal Hijrah kepada semua ikhwah & akha-wat sekalian. Sedar atau tidak, kita telah melangkah ke tahun baru, tahun 1431 Hijriy-yah. Mungkin sebahagian kita telah menanam azam baru atau menyambutnya dengan majlis-majlis yang tertentu atau mungkin sebahagian lagi membiarkan ia berlalu begitu sahaja sepertimana hari-hari lain. Apapun sikap dan tindakan kita terha-dap kedatangan tahun baru ini, kita sewa-jarnya menyedari akan sebuah peristiwa penting yang berlaku di dalam lipatan se-

jarah Islam yang agung.

Apakah sebenarnya Hijrah? Hijrah bukan Apakah sebenarnya Hijrah? Hijrah bukan Apakah sebenarnya Hijrah? Hijrah bukan Apakah sebenarnya Hijrah? Hijrah bukan

perlarianperlarianperlarianperlarian

Sebahagian besar daripada orientalis meli-hat peristiwa hijrah kaum muslimin ke Yats-rib sebagai satu tindakan melarikan diri daripada penindasan dan kekejaman pihak musyrikin Quraisy. Pandangan ini mungkin juga telah menjalar ke benak pemikiran masyarakat muslim. Kita harus sedari akan kepentingan peristiwa hijrah ini dalam perkembangan Islam dan ia bukanlah tinda-kan si pengecut. Mana mungkin seorang pengecut boleh menjanjikan kekuasaan terhadap sebuah kerajaan di Parsi. Hijrah

bukan lari medan pertempuran.

Hijrah langkah strategikHijrah langkah strategikHijrah langkah strategikHijrah langkah strategik

Hijrah ke Madinah adalah satu tindakan yang berbeza berbanding hijrah ke Habsyah. Hi-jrah ke Habsyah adalah bertujuan mendapat-kan perlindungan tatkala umat muslimin ditekan dan ditentang habis-habisan oleh pihak musyrikin. Sebelum penghijrahan ke Madinah, Rasulullah telah memulakan dak-wah terhadap beberapa penduduk Madinah

M

U

H

A

R

A

M

1

4

3

1

H

Perutusan Ameer MSM

Sempena Maal Hijrah

Menarik Di Dalam

Muka 2 - 3: Perutusan Ameer MSM (samb…) Muka 4 - 5: Jejak Langkah Yang Ditinggalkan

Muka 6 - 7: Kata-kata Hikmah & Puisi Muka 8: Perubahan Kita Adalah Perubahan Hati

Muka 9: Meh Datang Dekat Muka 10 - 11: MSM Sana Sini

1

Bersambung ke muka 2 …

Page 2: MSM Bicara Muharam 1431H

2

yang diperlihatkan dalam peristiwa Bai’atul Aqabah yang pertama dan kedua. Seterusnya, baginda s.a.w. telah mengutuskan Mus’ab bin Umair dan juga melantik 12 orang naqib dalam usahanya menyebarkan dakwah Islam di Madinah. Hijrah ke Madinah bermula dengan pembi-naan asas Islam yang kukuh di dalam masyarakat, menyediakan mereka dari sudut fizikal, men-

tal dan spiritual.

Madinah sebuah anugerahMadinah sebuah anugerahMadinah sebuah anugerahMadinah sebuah anugerah

Keberhasilan umat Islam dalam menguasai Madinah dan menubuhkan Daulah Islamiyyah yang pertama bukanlah satu perkara magis yang berlaku secara tiba-tiba. Ia adalah satu anugerah daripada Ilahi setelah umat mus-limin berusaha bersungguh-sungguh dan me-lakukan pengorbanan yang besar dengan

harta dan jiwa mereka.

Mereka telah berhijrah terlebih dahuluMereka telah berhijrah terlebih dahuluMereka telah berhijrah terlebih dahuluMereka telah berhijrah terlebih dahulu

Kembali melihat sejarah Islam, kita akan dapati para sahabat r.a. telah lama berhijrah sebelum berlakunya perjalanan ke Madinah. Hijrah yang saya maksudkan adalah perpindahan daripada jahiliyyah kepada cahaya Islam. Mereka telah melalui satu proses revolusi minda dan kefahaman yang membersihkan hati dan akidah mereka. Islam telah muncul dengan mencetuskan revolusi

dalam masyarakat Makkah walaupun kita tidak dapat melihat sebarang penentangan fizikal.

Hijrah sebuah revolusi manusiaHijrah sebuah revolusi manusiaHijrah sebuah revolusi manusiaHijrah sebuah revolusi manusia

Kisah pengislaman Bilal r.a. telah membuktikan bahawa Islam mampu mengubah persepsi dan pemikiran manusia. Beliau telah bebas sebelum dibebaskan oleh Abu Bakar r.a. daripada penghambaan. Bermula daripada individu, Islam juga menganjurkan perubahan dalam masyara-kat. Hijrah memperlihatkan ukhuwwah Islamiyyah yang terjelma dalam masyarakat muslim seperti kisah Abdur Rahman Al-Auf r.a. dan Sa’ad bin Ar-Rabi’ r.a. yang dipersaudarakan oleh

Rasulullah s.a.w.

Islam telah menukar asas-asas ikatan masyarakat dan membina sebuah ummah yang bersatu atas dasar aqidah Islamiyyah. Lantas menghapuskan prejudis qabilah, negara, bangsa, daerah

atau warna kulit yang menjadi punca utama pertumpahan darah di dunia ini.

�� �� وا��ة �� أ,+ ا%* س ا)�'ا ر��� ا%#ي ! �,

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari

diri yang satu

(Surah An-Nisa’: 1)

Perutusan Ameer MSM S

… dari muka hadapan

Page 3: MSM Bicara Muharam 1431H

3

Islam milik siapa yang mahuIslam milik siapa yang mahuIslam milik siapa yang mahuIslam milik siapa yang mahu

Islam bukanlah milik sesebuah bangsa atau kaum, baik Arab, Parsi ataupun Melayu. Peristiwa hijrah menunjukkan bahawa Islam akan dimiliki mereka yang beriman dengannya. Selama 13 tahun baginda s.a.w. telah berusaha berdakwah kepada penduduk Makkah, tetapi hanya sekum-pulan kecil sahaja yang menerimanya. Dengan keizinan Allah, Rasulullah s.a.w. telah bertemu 6 pemuda yang telah ditentukan oleh Allah menjadi perintis kepada dakwah Islamiyyah di Madinah. Kemudiannya, Islam telah berkembang ke seluruh ruang di Madinah. Mereka telah menyediakan segala kekuatan dan potensi untuk menerima kedatangan Rasulullah s.a.w. untuk memimpin mereka. Islam diterima di tanah yang asing, jauh dari tempat asalnya. Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz dan Salahudin Al-Ayubi pula telah menyelamatkan maruah umat Islam walaupun mereka

bukan di kalangan Arab.

��% -��''ا أ, /��آ� .� %� وإن )�'%'ا ,3�4�ل 1'

Dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan menggantikan dengan kaum yang lain, dan mereka

tidak akan seperti kamu

(Surah Muhammad: 38)

Jelaslah bahawa hijrah merupakan suatu peristiwa yang penting dalam Islam. Hijrah merupakan turning point dalam agenda dakwah, Islam kini telah muncul sebagai sebuah daulah. Daulah Islamiyyah inilah seterusnya menggerakkan usaha dakwah, mengembangluaskan penguasaannya

ke seluruh alam.

Kita sebagai pekerja-pekerja di dalam Gerakan Islam sewajarnya menyedari akan keadaan umat kini yang memerlukan kepada satu perubahan. Perubahan yang kita maksudkan telah pun dijelas-kan melalui peristiwa hijrah ini. Kita akan membawa umat kepada satu era peralihan, daripada penindasan kepada penguasaan. Islam tidak akan tertegak dalam runtuhan jahiliyyah. Islam perlu keluar daripada kebusukan jahiliyyah dan dibina atas tapak yang suci murni. Benih yang baik,

tanah yang baik akan menghasilkan tuaian yang baik.

Marilah kita insan-insan yang bersama-sama memperjuangankan ad-Din ini berpergian dengan segera apabila perintah untuk berjuang disemboyankan. Kita berjuang untuk kemenangan yang dijanjikan Allah dengan penuh kebijakan strategi dan pergantungan kepada Allah. Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan amal Islami dan semoga semangat jihad dan pengorbanan

akan sentiasa segar di dalam jiwa kita. Marilah kita mulakan Hijrah, menuju sinar cahaya….

Abdul Azim Ismail Ameer, Majlis Syura Muslimun UK & Eire 1 Muharram 1431H

Perutusan Ameer MSM Sempena Maal Hijrah

Page 4: MSM Bicara Muharam 1431H

4

SSSS etiap kali tahun baru menjelang, maka setiap kali itulah kita semua akan membilang umur kita. Sebenarnya sudah melangkah ke alam tua bangka dan bukannya melang-kah ke alam muda remaja. Kita masih sibuk lagi dengan menghimpun harta dunia yang tidak pernah habis, membolot dengan lahapnya. Mengaut harta kekayaan selagi hidup

dan selagi berkuasa. Mengaut dan memboloti harta dunia dengan rakusan hawa nafsu. Namun kalau harta itu berjaya digunakan ke arah jalan yang baik dan diredhai oleh Allah, maka manfaat besar ke atas diri sendiri amat berbaloi di dunia dan memudahkan perjalanan hidup kita di akhi-

rat.

Maka adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebe-saran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsu, maka sesungguhnya, syurgalah

tempat tinggalnya. (Surah An Naziat: 37 – 41)

Ibnu ‘Athaillah Al-Iskandari, dalam kitabnya (Al-Hikam) mengatakan: “Satu kerugian dan kehi-naan yang besar iaitu anda selesai melaksanakan kesibukan dan pekerjaan anda, lalu anda tidak menghadap Allah; dan bebananmu telah berkurang, tapi engkau tidak bergerak menuju

(keredaan)Nya. Yakni Kekasih dan Pelindung hamba Jalla Jalaluhu.”

Kalau sepanjang hidup dipenuhi dengan kerja-kerja mengumpat dan mencela orang lain, maka faedahnya adalah bahang api yang membakar sehingga melunyaikan segala isi perut dan daging yang membaluti jiwa yang bergelumang dengan dosa yang tidak pernah dihirau sedikit keke-

salan pun oleh si pemilik tubuh tersebut.

Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali ti-dak!. Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah. Dan tahukah kamu apakah (neraka) Hutamah itu?. (iatu) api (azab) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. Sungguh, api itu ditutup rapat atas (diri) mereka. (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang

yang panjang. (Surah Al Humazah: 1 – 9)

Kalau sepanjang hidup tidak pernah menghambakan diri kepada yang maha Esa, maka saksi-kanlah nanti apabila kita berhadapan dengan saat-saat nazak yang mana malaikat maut akan datang menghampiri kita dengan begitu ganas dan rakus untuk menyentap nyawa dari tubuh yang selama ini dijaga dan dirawati dengan semoleknya. Jiwa dibiarkan kering dan gersang den-gan tiadanya sifat kehambaan kepada yang maha Esa. Selama kita hidup, dibiarnya jiwa kita dibaluti dengan karat-karat mazmumah yang hanya melayakkan jiwa dan tubuh kita dimamah

oleh api neraka jahanam.

Kalau sepanjang hidup tidak pernah sama sekali bersyukur ke atas nikmat yang dikurniakan oleh yang Maha pemberi Rezeki. Maka tunggulah azab pedih yang akan menanti untuk menga-

jar diri sendiri supaya lebih menghargai erti kesyukuran.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?. Inilah neraka jahanam yang didu-

stakan oleh orang-orang yang berdosa. (Surah Ar Rahman : 42 – 43)

Jejak Langkah Yang Ditingga

Page 5: MSM Bicara Muharam 1431H

5

Jejak Langkah Yang Ditinggalkan... Salam Maal Hijrah

Lebih-lebih lagi nikmat Islam yang memang telah menjadi pegangan dan cara hidup kita sejak dari kecil lagi. Terfikirkah kita betapa besarnya hidup dalam Islam. Hidup di dalam keamanan dan sentiasa dinaungi kasih sayang dan rahmat Allah Taala. Banyak sangat nikmat yang telah diberi-

kan oleh yang maha Berkuasa. Bagaimanakah pula nikmat ciptaan ke atas diri kita sendiri?..

Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku sempurnakan nikmatku

bagimu dan Aku redha Islam sebagai agamamu. (Surah Al Maidah: 3)

Semoga amal kita semua akan bertambah baik dan molek dengan semangat azam tahun baru. Tahun baru yang datang tetap merupakan tahun baru, tetapi sedarlah setiap kali kedatangan mereka maka setiap kalilah usia kita akan hampir dengan ajal dan maut. Beringatlah demi untuk

keselesaan hidup kita di akhirat.

“Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin.” (Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari

Ibnu Abbas r.a.)

“Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya), bagaimana ia habiskannya? Ilmunya, bagaimana ia amalkannya? Hartanya, dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? Tubuh-badannya, bagaimana ia gunakannya?” (Hadis riwayat Imam at-

Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami)

Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1431H.

Surajagat 1431H

Page 6: MSM Bicara Muharam 1431H

6

Sesungguhnya..

kebenaran TIDAK akan memimpin,

kebaikan TIDAK akan tersebar,

keadilan TIDAK akan tertegak,

panji-panji kemuliaan akan jatuh

dengan wujudnya

orang-orang yang menggadaikan prinsip demi keuntungan dunia

dan

orang-orang yang bersifat riya’

yang hanya mahu diri mereka dilihat orang,

kata-kata mereka didengar,

mereka menjadi buah mulut masyarakat,

dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk.

.

Kebenaran, kebaikan, kemuliaan HANYA akan tertegak dengan …

orang-orang yang ikhlas,

yang berpegang teguh dengan prinsip,

yang boleh mempengaruhi orang lain bukannya dipengaruhi.

Mereka adalah orang-orang yang

berkorban bukannya mengambil manfaat,

memberi bukannya mengambil.

~ As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Page 7: MSM Bicara Muharam 1431H

7

DI RUANG RINDUDI RUANG RINDUDI RUANG RINDUDI RUANG RINDU

apalah gunanya sujana tanpa renjana

apalah gunanya hamba tanpa tuannya?

di sisi pelangi, aku

bersendiri mencari rohku

yang hilang di ruang gersang

langit mana belum kuanyam dengan cinta

bumi mana belum kutanam dengan cinta

yang membeku di kalbuku syahdu

o Rabb … ketahuilah –

adalah Kau kiblat rinduku yang

kuhampiri untuk mengenali

kukenali untuk mencintai

kucintai untuk merindui

kurindui untuk mengintai kesegalaan-Mu

lalu Kau siram kujarat cinta-Mu

mengirimnya dalam hangat ketaran, aku –

aku membalas dengan salju sekepal

yang kulempar semula ke pangkal

berharap agar Kau menyambutnya

tatkala jasadku mengewap, lesap

dalam setiap ratib sepi

yang kutitip di sini –

di ruang rindu-Mu.

Hazwan Ariff Hakimi Nottingham, UK

16 Disember 2009

www.darmaseni.blogspot.com

Page 8: MSM Bicara Muharam 1431H

Perubahan Kita Adalah

Perubahan Hati

. Dipetik dari www.muntalaq.wordpress.com

T itik tolak awal kita adalah dari dalam. Luaran hanya pengikut, patuh dan ‘islam’ dengan kehendak dalaman. Oleh itu mereka yang tidak memahami ‘kaedah’ ini akan terumbang ambing dan terkagum dengan perubahan luaran yang berlaku. Tetapi tiba waktunya

akan ter’kejut beruk’ dengan suatu yang tidak disangka-sangka sebaliknya berlaku.

Allah telah menceritakan sunnahNya ini di dalam kitab pedoman kita di jalan ini:

�+4�7� � ��'م ��;: ,8�9�وا � �8�9, إن; ا% ;> %

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga

mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (13:11)

Apa yang ada di dalam diri?Apa yang ada di dalam diri?Apa yang ada di dalam diri?Apa yang ada di dalam diri?

Ianya adalah hati, perasaan, sikap, pandangan, tasawwur, diri atau katakanlah apa sahaja. Yang penting ianya bukan tangan, kaki, mulut, hidung, mata atau apa sahaja anggota zahir. Anggota zahir hanya mengikut kehendak hati dan perasaan. Oleh itu bila seseorang manusia

telah berjaya mengubah hati manusia, maka ia telah berjaya mengubah manusia itu.

Ar-Rasul saw juga telah memaksa kita untuk memahami hal ini.

�L9M إذا H I JK I ا%4D� آ C> ، وإذا 4E�ت 4E� ا%4D� آ C> . أA وه: ا%� ?[1] �4D%ا :E ;وإن Aأ

Ertinya: Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah. Apabila ia baik , maka akan baiklah seluruh jasad. Apabila ianya rosak, maka akan rosaklah seluruh

jasad. Ketahuilah.. ia adalah hati.

Usaha awal ar-Rasul saw telah membuktikan hal ini. Fokus Rasul saw bukan pada merun-tuhkan berhala batu dan kayu yang disembah oleh orang Quraisy. Berhala-berhala itu adalah dibina oleh tangan-tangan setelah di’suruh’ oleh hati-hati yang sesat dan tidak mengenali tu-

han yang benar. Dan tangan-tangan itu tidak bersalah kerana ia menurut perintah ‘tuannya’.

Oleh itu, jika berhala yang diruntuhkan, manusia-manusia berhati ‘syirik’ itu akan membina

berhala-berhala lain samada kayu, batu, besi, wanita, pangkat, duit dan lain-lain.

[1] Sahih al-Bukhari, Jil. 1, hlm. 101, Bab Fadhl man istabra’ lidinihi. petikan dari buku: “TENTANG DAKWAH

KITA” akan terbit oleh team muntalaq.

8

Page 9: MSM Bicara Muharam 1431H

H ari ini masih ramai orang yang suka pada islam, pakai baju islam, berhias dengan ac-cesories islam, mempunyai nama islam, menyokong pihak yang mendokong islam dan suka juga untuk merasa membawa islam. Alhamdulillah, golongan ini mesti diramaikan

lagi bilangannya, dengan apa cara sekalipun. Buatlah apa-apa majlis, aktiviti, iklan, de-sign, rancangan tv, kelab, buku, majalah, radio, kempen, poster, untuk mempromosikan islam

sehebat-hebatnya untuk menyeru manusia kepada cahaya islam dan beriltizam dengannya.

Namun, di sebalik semua penampilan islamik itu, mungkin masih banyak ruang-ruang dalam diri kita (yang sudah minat pada kebaikan & suka pada islam ini) yang masih tidak disentuh, tidak dijamah dan belum diresapi betul-betul oleh pewarna islam. Kadangkala apa-bila bersahabat, apabila semakin rapat, banyak pula hal ’tidak cantik’ yang tersingkap.

Aduh! Adakalanya hingga dapat menimbulkan fitnah pula. =(

Betapa mudahnya lidah mengatakan kalimat Islam, namun alangkah sulitnya menancapkan Iman di dalam hati. Kebanyakan ucapan lidah tidak sesuai dengan keyakinan hati. Bahkan

lebih banyak lagi ungkapan lisan yang tidak seiring dengan amal perbuatan.

Seorang mukmin yang jujur adalah seorang yang seiring perkataannya dengan keyakinan hati-nya, dan selari juga perkataannya dengan amal perbuatannya. Dari luar, dari kaca mata manu-sia, dia kelihatan seperti seorang yang baik. Hakikatnya, di belakang, di sebalik pengetahuan

orang, dia adalah jauh lebih baik lagi!dia adalah jauh lebih baik lagi!dia adalah jauh lebih baik lagi!dia adalah jauh lebih baik lagi! …lantaran begitu banyak amal soleh yang disembunyikan.

Justeru apabila bersamanya, maka banyaklah percikan keimanan & amal soleh yang terserlah tanpa sengaja, mutiara hikmah yang dapat diambil darinya. Semakin dekat, semakin harum. Dengan itu, dia akan kian menghampiri qudwah yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w….. iaitu seorang manusia yang semakin dikenali, semakin nampak kesempurnaannya. Apakah kita sedemikian? Atau apakah kita sebaliknya…. semakin didekati, semakin nampak

kecacatan?

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam dada. Mengetahui mata yang tidak jujur dan suara yang disembunyikan di lubuk jiwa. Mengetahui yang munafik dari yang mukmin, yang dusta dari yang benar. Cuma terserah pada kehendakNya untuk mendedahkan rahsia-rahsia itu kepada manusia lainnya, melalui amal perbuatan mahupun kata-kata diri kita

sendiri juga. Sabda Rasulullah saw, dari Anas bin Malik,

“Tidak lurus keimanan seseorang“Tidak lurus keimanan seseorang“Tidak lurus keimanan seseorang“Tidak lurus keimanan seseorang kecuali sehinggakecuali sehinggakecuali sehinggakecuali sehingga lurus hatinya, dan tidak lurus hati seseo-lurus hatinya, dan tidak lurus hati seseo-lurus hatinya, dan tidak lurus hati seseo-lurus hatinya, dan tidak lurus hati seseo-

rang sehingga lurus pula lisannya.” rang sehingga lurus pula lisannya.” rang sehingga lurus pula lisannya.” rang sehingga lurus pula lisannya.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Namun pastilah bukan tanggapan manusia yang kita bimbangi, tetapi tidak lain tidak bukan adalah pandangan Allah azza wajalla, Tuhan semesta alam kepada diri kita yang kerdil ini. Se-moga Allah mengampunkan kita! Di atas timbunan dosa-dosa yang kita sesali itu, kita bertaubat dan berterusan berdoa agar masih termasuk dalam angkatan mukmin jujur yang menjadi pili-hanNya untuk membawa seruan risalah Islam kepada dunia, dan moga akan terus terpilih un-

tuk mendapat berita gembira ke syurgaNya.

“Mereka itu adalah orang“Mereka itu adalah orang“Mereka itu adalah orang“Mereka itu adalah orang----orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyeru berbuat makruf dan mencegah berbuat mung-melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyeru berbuat makruf dan mencegah berbuat mung-melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyeru berbuat makruf dan mencegah berbuat mung-melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyeru berbuat makruf dan mencegah berbuat mung-kar, dan yang memelihara hukumkar, dan yang memelihara hukumkar, dan yang memelihara hukumkar, dan yang memelihara hukum----hukum Allah. Dan gembirakanlah oranghukum Allah. Dan gembirakanlah oranghukum Allah. Dan gembirakanlah oranghukum Allah. Dan gembirakanlah orang----orang mukmin orang mukmin orang mukmin orang mukmin itu.” itu.” itu.” itu.” (Surah At-taubah: ayat 112)

9

Meh Datang DekatMeh Datang DekatMeh Datang DekatMeh Datang Dekat

Page 10: MSM Bicara Muharam 1431H

10

MSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINI

Alhamdulillah, pada 29 November 2009 yang lepas, MSM Manchester telah berjaya menganjur-kan Kejohanan Badminton (ikhwah) bertempat di Mosside Leisure Centre. Bertemakan ‘Mari Bermain Badminton’, seramai 38 peserta telah mengambil bahagian bagi merebut piala kejo-

hanan.

Selain beriadah menjaga kesihatan tubuh badan, kejohanan kali ini juga telah merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan peserta yang datang dari pelbagai universiti di sekitar Man-chester, Keele dan Lancaster. Berikut adalah keputusan Kejohanan Badminton anjuran MSM

Manchester bagi tahun 2009:

Kategori ‘Cup’: Johan: Nik & Syed Ahmad

Naib Johan: Shahrin & Mursyid

Kategori ‘Plate’: Johan: Idzehan & Khalis

Naib Johan: Dzul & Budiman

Kategori ‘Bowl’ (Johan sahaja):

Johan: Afiq & Fattah

KEJOHANAN BADMINTON MSM MANCHESTER

Pada 1 Disember yang lepas, rombongan haji MSM telah selamat tiba di lapangan terbang heathrow. Alhamdulillah penerbangan pulang dari terminal Haji Lapangan terbang Jeddah berjalan dengan lancar tanpa sebarang ‘delay’. Hampir kesemua ahli rombongan mengalami demam setelah kembali ke UK. Mungkin faktor perubahan cuaca dari panas ke sejuk, serta faktor keletihan (kekurangan

tidur) menjadi penyebab kepada demam.

Apapun, semangat tanah haram dan semangat haji masih terus membara. moga semangat ini berkekalan untuk menjadi pendorong kepada perubahan dalam diri setiap ahli rombongan. Man-faatkan sebaik mungkin pengalaman haji 1430H ini untuk menjadi muslim yang lebih baik. Moga allah catatkan setiap ibadah yang dilakukan sepanjang hampir 3 minggu di Madinah/Mekah sebagai amal-amal soleh yang insya allah akan membawa kita ke syurga allah. Seperti-

mana sabda junjungan mulia kita dalam bukhari dan muslim:

‘Umrah ke umrah itu menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur itu tiadalah

ganjarannya melainkan syurga’

Allahu’alam

ROMBONGAN HAJI MSM SELAMAT TIBA DARI MEKAH

Page 11: MSM Bicara Muharam 1431H

11

MSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINI

11 Dis 2009, Perlis – Seperti yang kita semua telah maklum dan sepertimana yang telah terpampang di dada-dada akhbar tempatan, akh Mohd Ariff Abd Kadir, 23, ikhwah kita yang pernah menuntut dan mengembangkan dakwah di bumi Nottingham, UK, telah pergi mening-

galkan kita buat selama-lamanya, menyahut panggilan Ilahi.

Allahyarham telah terlibat dalam kemalangan jalan raya seusai majlis akad nikah yang berlan-gung di rumah isteri beliau, ukht Teh Afifah Abdul Hamid, 23, di Taman Berlian, Alor Setar. Ibu bapa serta rakan beliau yang terlibat di dalam kemalangan tersebut juga turut meninggal

dunia. Semoga mereka semua peroleh tempat yang mulia disisi Allah Taala.

“Berita yang benar2 menyedihkan. Ariff merupakan housemate ana sebelum pulang ke Malaysia.. semoga Allah mengampuni dosa2 beliau dan familynya dan menempatkan mereka ke dalam

syurgaNya…”

“Arif anak usrah ana dulu merupakan seorang akh yg taat dan sentiasa cuba memperbaiki diri, pengalaman berukhuwah dgn Arif sgt manis. Ana terasa spt kehilangan adik kandung sendiri se-moga Allah memperkenankan segala amal beliau, memasukkan

beliau kedalam golongan org soleh dan merahmatinya.”

“Ana sangat sayang pada akhi Arif… begitu cepat dia bertemu

dengan Allah… rasa bagai semalam bertemu dengannya…”

“…perginya seorang ikhwah yang telah mebuktikan cintanya pada

Allah dan kerja dakwah ini…”

“…sangat-sangat terkejut dengan berita ini. Baru je berjumpa dengan Ariff sebulan lebih lepas dalam sebuah prog di malaysia. Tak sangka die lebih awal dipanggil oleh-Nya.. tazkirah besar

untuk kita semua…”

“Perginya akh ini pada Penghulu hari iaitu hari Jumaat dan dalam perjalanan melaksanakan salah satu sunnah Nabi saw iaitu mendirikan masjid. Pastinya permergian ini dirahmati dan diiringi para malaikat seumpama Hanzalah sahabat Rasul saw yang pergi ke medan jihad. Walau tidak menegnali akh ini tetapi tetap terasa

kehilangan kerana ukhuwwah fillah.”

“Inalillah wa inna ilaihi raajiuun. Entah berapa kali ana menangis pemergian akh Ariff.. mudahan Allah mengampuni dosa2nya.. dan

menempatkannya di kalangan orng2 yg soleh.”

“kad jemputan yang dihantar seolah2 menjemput semua org dtg

utk mendoakan jenazahnya.”

ALLAHYARHAM ARIFF DALAM KENANGAN

Page 12: MSM Bicara Muharam 1431H

12

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru:

1) Muhammad Zahid Jiwa ♥ Wan Nurul Hidayah Wan Ahmad 2) Hartono Morshidi ♥ Nik Aida Mastura Nik Abdul Majid

3) Rais Shaari ♥ Noorsuriani Yusop 4) Ahmad Fathi Ghazali ♥ Nurul Aini Hasshim

5) Azim Azizi ♥ Miza Lodfi 6) Mus'ab Sahrim ♥ Aliyyah Mohammad Khuzaini

Semoga menjadi pasangan mithali dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah Taala.

MAKTAB MEDIA MSM