modul struktur sejarah t5 set 1 (pp) spm 2014sbp

Upload: ckg-rmy

Post on 02-Jun-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Modul Struktur Sejarah t5 Set 1 (Pp) Spm 2014SBP

    1/6

    Perfect Score SPM 2014 Sejarah Tingkatan 5 Modul 1 (PP)

    1

    BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA (PP)

    1. Jadual berikut menunjukkan pemimpin gerakan nasionalisme di negara-negara AsiaTenggara.

    (a) Nyatakan perbezaan gerakan nasionalisme tahap pertama berbanding dengan tahapkedua?

    F1 Tahap pertama penentangan masyarakat secara terbuka dan bersifat setempat

    F2 Tahap kedua penentangan adalah lebih menyeluruhF3 Isu-isu pencetus nasionalisme tahap pertama adalahi budaya, agama dan hak peribumiF4 Isu pada tahap ke dua pula membentuk kerajaan sendiri yang berdaulatF5 Tahap pertama dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat dan Asia

    BaratF6 Tahap pertama ipimpin golongan berpendidikan Barat yang luas dalam berpengetahuan

    dan kebudayaanF7 Tahap pertama tidak meminta kemerdekaanF8 Tahap kedua menuntut kemerdekaan negaraF9 Tahap pertama nenekankan kesedaran politik daripada tindakan politik serta mereka

    menuntut hak dan taraf hidup rakyat dibaik.F10 Tahap kedua pula menekankan tindakan politk.

    F11 Tahap pertama gerakan secara sederhanaF12 Tahap kedua pula secara kekerasan seperti revolusi KatipunanF11 Tahap pertama perjuangan tidak berorganisasiF12 Tahap kedua perjuangan rakyat diastukan melalui berorganisasi seperti Parti

    Nasional Indonesia di bawah pimpinan Sukarno[2 markah]

    (b) Apakah keistimewaan gerakan nasionalisme di Thailand berbanding dengan negara AsiaTenggara lain?

    F1 Berbezadaripada negara Asia Tenggara lain yang bersifat anti penjajah.F2 Merupakan kegelisahan rakyatterhadap penguasaan politik kerabat diraja.

    F3 Rakyat menentang sistem raja berkuasamutlak.F4 Menuntut sistem raja berpelembagaanF5 Menjadikan isu kelemahan sistem pentadbirandan sikap borosRaja Vajiravudh.F6 Parti Rakyatpimpinan Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram.F7 Melancarkan Revolusi Thai(1932) dan menamatkan sistem raja mutlak.F8 Tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomikapitalis Barat dan orang Cina.F9 Phibul Songram Perdana Menteri, Thailand meluluskan undang-undang.F10Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina.F11Sekolah dan akhbarCina dibubarkan.

    Pemimpin Gerakan Nasionalisme di Asia Tenggara

    Negara Tahap Pertama Tahap Kedua

    Indonesia Raden Adjeng Kartini Sukarno

    Filipina Jose Rizal AndresBonifacio

    Thailand Pridi Panomyong Phibul Songram

  • 8/10/2019 Modul Struktur Sejarah t5 Set 1 (Pp) Spm 2014SBP

    2/6

    Perfect Score SPM 2014 Sejarah Tingkatan 5 Modul 1 (PP)

    2

    F12Penduduk peribumi digalakkan terlibat dalam ekonomi.F13Jawatan tertinggidalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.F14Menukar nama negara Siam kepada Thailand(Tanah Bebas)

    [2 markah]

    (c) Apakah kejayaan perjuangan golongan nasionalis tahap kedua berbanding tahap

    pertama?

    F1 Di Filipina Katipunan melancarkan revolusiterhadap SepanyolF2 Bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir SepanyolF3 Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan PerhimpunanF4 Parti Nasional memenangi pilihanrayaF5 Sukarno memimpin Parti Nasional Indonesia berjaya menyatukan rakyatF6 Indonesia mendapat kemerdekaandaripada Belanda secara kekerasanF7 Di Burma Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya dan dilantik menjadi Perdana Menteri

    pertama Burma- Mana-mana jawapan yang munasabah

    [3 markah]

    (d) Sebagai rakyat yang cinta akan negara, apakah matlamat perjuangan anda pada masaini?

    F1 Menjadi masyarakat berilmudan berminda kelas pertamaF2 Perpaduanrakyat yang berbilang kaum agar negara harmoniF3 Menyokong dasar-dasarekonomi negara agar pembangunan negara terus mapan/

    majuF4 Menjamin kestabilan politikagar negara amanF5 Mengisi kemerdekaannegara agar kekal sebagai negara dan bangsa berdaulatF6 Mempunyai pendapatan tinggi dan merealisasikani taraf negara majupada tahun 2020.F7 Menjadikan Malaysia model contoh negaramaju yang aman.

    F8 Menjadi hab duniadalam ekonomi Islam, makanan halal, perbankan Syariah danpendidikan yang holistik.

    - Mana-mana jawapan yang munasabah[3 markah]

  • 8/10/2019 Modul Struktur Sejarah t5 Set 1 (Pp) Spm 2014SBP

    3/6

    Perfect Score SPM 2014 Sejarah Tingkatan 5 Modul 1 (PP)

    3

    BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA (PP)

    2. Jadual berikut menunjukkan pertubuhan di Tanah Melayu sebelum dan selepas PerangDunia Kedua

    (a) Nyatakan matlamat perjuangan pertubuhan sebelum Perang Dunia Kedua tersebut?

    F1 Kesatuan Melayu Singapura (KMS) desakan British menjaga kebajikanorang Melayu

    Singapura.F2 Memperoleh kawasan penempatankhasbagi orang Melayu di Singapura.F3 PASPAM menggalakkan ahlinya berkenal dan bertukarpendapatbagi memajukan diri

    dan bangsa.F4 Menggalakkan perpaduandan persaudaraan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.F6 KMM menggalakkan perpaduandalam kalangan pemuda Melayu di Tanah MelayuF7 Meningkatkan pendidikanorang MelayuF8 KMM lebih bersifat politikF9 Menuntut kemerdekaan negaraF10 MenubuhkanMelayu Raya / Indonesia Raya

    [2 markah]

    (b) Apakah kejayaan perjuangan pertubuhan sebelum Perang Dunia Kedua?

    F1 KMS desakan menjaga kebajikanorang Melayu Singapura.F2 Memperoleh kawasan penempatankhasbagi orang Melayu di Singapura.F3 Mendorong menubuhan cawangannyadi Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Melayu yang

    lainF4 Persatuan Melayu menggabungkantenaga intelektual MelayuF5 Membincangkan nasib orang Melayu.F6 Memperjuangkan soal ekonomidanjawatandalam perkhidmatan kerajaan.F7 Menggalakkan perpaduanMelayu SarawakF8 Persatuan kebangsaan Melayu menggalakkanpendidikanF9 Menjaga budayadan maruah bangsa

    F10Menegakkan ajaran agama IslamF11Mendapat sambutanorang Melayu Sarawak di KuchingF12PASPAM menggalakkan ahlinya berkenal dan bertukarpendapatbagi memajukan diri

    dan bangsa.F13 Menggalakkan perpaduan dan persaudaraanorang Melayu di seluruh Tanah Melayu.F14Organisasi PASPAM kemas mempunyai perlembagaannya sendiri.F15PASPAM merupakan asas kesedaran perpaduan Melayu.F16KMMmembeli Warta Malayauntuk dijadikan alat propaganda anti British.F17Menjelajah Tanah Melayu untuk mencari sokongan.

    Pertubuhan sebelum Perang Dunia

    Kedua

    Parti Politik Selepas Perang

    Dunia KeduaKesatuan Melayu Singapura

    Persatuan Sahabat PenaMalaya(PASPAM)

    Kesatuan Melayu Muda (KMM)

    UMNO

    Malayan Chinese Association(MCA)

    Malayan Indian Congress (MIC)

  • 8/10/2019 Modul Struktur Sejarah t5 Set 1 (Pp) Spm 2014SBP

    4/6

    Perfect Score SPM 2014 Sejarah Tingkatan 5 Modul 1 (PP)

    4

    F18CawanganKMM ditubuhkan bagi meluas propaganda menentang British.F19MenubuhkanMaahad II Ihya Assyariff, di Gunung Semanggol, Perak.F20Menyediakankaderdikenali tentera semut bagi menentang British.

    - Mana-mana jawapan yang munasabah[2 markah]

    (c) Mengapakah matlamat perjuangan pertubuhan selepas Perang Dunia Kedua berbezadaripada sebelum Perang Dunia Kedua?

    F1Gerakan nasionalisme bersifat kebangsaansementara Perang Dunia Kedua sebelumkesedaran lebih bersifat kenegerian

    F2 Gerakan nasionalisme selepas Perang Dunia Kedua berjaya menyatukan rakyatseluruh negara berbanding sebelumnya

    F3 Selepas perang matlamat perjuangan lebih berani menentang penjajah impak daripadakeganasan/ kezaliman pendudukan Jepun

    F4 Matlamat selepas Perang Dunia Kedua adalah menamatkan penjajahandanmembentuk negara merdeka sebelum Perang Dunia Kedua bersifat social, ekonomidan membela nasib bangsa

    F5 Selepas Perang Dunia Kedua gerakan politik orang dagangdalam MCA dan MIC lebihberfokus kepada isu dalam negara dan berhasrat untuk sama-sama terlibat dalam politiktempatan berbanding sebelumnya berorentasikan negara asal.

    - Mana-mana jawapan yang munasabah[3 markah]

    (d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pertubuhan selepas PerangDunia Ke dua tersebut masih kekal wujud hingga kini?

    F1 Mendapat sokongan padudaripada kaum masing-masing. UMNO (Melayu) MCA(Cina) dan MIC (India)

    F2 Pertubuhan yang kukuh kerana bergabung membentuk Parti Barisan Nasional

    F3 Pengabungan parti diikat daripada semangat pakatan murnidan toleransi yang tinggiF4 Matlamat perjuangan mereka bukan sahaja mencapai kemerekaan tetapi mengisi

    kemerdekaanF5 Menyakinkan rakyat kerana telah berjaya membawa kemajuan negara dalam dan luar

    negaraF6 Proses demokrasi yang dijalankan menjadikan parti tersebut terus relevan.F7 Berjaya mmembawa kestabilan politik dan keamanannegara.- Mana-mana jawapan yang munasabah

    [3 markah]

  • 8/10/2019 Modul Struktur Sejarah t5 Set 1 (Pp) Spm 2014SBP

    5/6

    Perfect Score SPM 2014 Sejarah Tingkatan 5 Modul 1 (PP)

    5

    BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA (PP)

    3. Rajah berikut adalah tokoh yang terlibat dalam pembinaan negara dan bangsa.

    Tokoh NegaraCount Camillo Benso de Cavour Itali

    Otto Eduard von Bismarck Jerman

    Nabi Muhammad SAW Madinah

    (a) Senaraikan usaha yang dilakukan oleh Count Camillo Benso de Cavour dan OttoEduard von Bismarck untuk membentuk negara bangsa masing-masing.

    Italy

    F1 Penyatuan Itali oleh Count Camillo Benso di CavourF2 Asalnya Itali terbahagi kepada beberapa wilayahF3 Venetiadan Lombardydikuasai oleh Austria

    F4 Menyatukan wilayah dengan menghalau orang Austriadari ItaliF5 Mengamalkan realpolitikF6 Yang dipelopori Niccolo Machiavelli dalam buku The PrinceF7 Mewajarkan apa cara seperti tipu helahF8 Kekerasan bersenjataF9 Dan peperanganuntuk mencapai matlamatF10 Penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarkiF11Berkerjasama denganNapoleon III(Pemerintah Perancis)F12 Bagi menewaskan AustriaF13 Mengadakanpungutan suaraF14 Memperoleh sokongan majoriti rakyatuntuk menyatukan ItaliF15 Membantu Prussiamenewaskan Austria

    F16 Wilayah Venetia dipulangkan kepada ItaliF17 Menyatukan Rom dan Itali membentuk negara bnagsa ItaliF18 Setelah Perancis mengundurkan tentera dari Rom

    Jerman

    F19 Penyatuan JermanF20 MengamalkanrealpolitikF21 Politik darah dan besiuntuk menyatukan Jerman (1871)F22 Pemalsuan dokumenF23 ProvokasiF24 Menggunakan tipu helah

    F25 Ugutanuntuk mencetuskan peperanganF26 Rakyat menerima sistem kediktatoranBismarck untuk menyatukan JermanF27 Menggunakan isu membenci kuasa asingF28 Untuk membangkitkan semangat rakyat Prussiadi medan tempurF29 Berperangdengan Denmark (1864), Austria (1866), Perancis (1870)

    [2 markah]

  • 8/10/2019 Modul Struktur Sejarah t5 Set 1 (Pp) Spm 2014SBP

    6/6